Kejadian berlaku di sebuah rumah di ibu kota kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangsa yang meminta identitinya dirahsiakan mendakwa, empat lagi gadis turut menjadi mangsa pelakon berusia 40-an itu.
Menurutnya, dia tertarik untuk menyertai sesi uji bakat itu selepas terbaca iklan dibuat pelakon lelaki terbabit di dalam sosial facebook (fb) untuk mencari pelakon wanita baru bagi memegang watak heroin dalam satu filem yang bakal diusahakan.
Gadis itu berkata, selepas menghubungi pelakon terbabit, dia diarahkan datang ke sesi uji bakat berkenaan di sebuah rumah di ibu kota.
“Pelakon itu bagaimanapun mengarahkan saya supaya hadir ke sesi uji bakat bersendirian dan tidak boleh ditemani sesiapa. Biarpun agak pelik dengan arahan itu, tapi saya langsung tidak mengesyaki sesuatu yang buruk,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Haid tak menentu bongkar rahsia
Dalam kejadian antara jam 8 hingga 9 malam itu, mangsa dikatakan diperkosa suspek di rumah keluarga mangsa di sekitar bandar ini.
Bagaimanapun, usaha mangsa menutup tragedi itu daripada pengetahuan keluarganya gagal apabila terpaksa memaklumkan kejadian itu kerana bimbang hamil selepas haidnya tidak menentu.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Hanafi Daud berkata, keluarga mangsa kemudian membuat aduan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat sebelum suspek ditahan di rumah keluarganya, petang kelmarin dan kini direman bagi membantu siasatan.
“Berdasarkan laporan dibuat, mangsa mendakwa mengenali suspek setahun lalu ketika belajar bersama di sebuah sekolah menengah di daerah ini,” katanya, semalam.
Menurutnya, mangsa mendakwa pada hari kejadian, suspek datang ke rumahnya dan mengajak melakukan hubungan seks, namun menolak permintaan itu.
“Mangsa mendakwa terpaksa membiarkan dirinya diperkosa suspek kerana tidak mahu kisah lampaunya dijaja. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan mangsa sudah diarah menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Segamat,” katanya.
Dituduh rogol sampai mati
Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my
murni@hmetro.com.my
Dia yang berasal dari Tambunan, Sabah juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub atas empat pertuduhan rogol terhadap dua kanak-kanak, dua remaja dan melakukan seks luar tabii terhadap salah seorang mangsa antara tahun 2009 dan 2011.
Bagi pertuduhan membunuh dan merogol remaja berusia 17 tahun itu, tiada pengakuan diambil. Rabidin juga digelar Rambo Bentong.
Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 17 Januari ini sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Rabidin didakwa membunuh mangsa di sebuah rumah di Kampung Ketari di sini antara jam 11.30 malam (7 Mac 2009) dan 1.50 tengah hari pada 8 Mac 2009.
Bravo! Perak pun dah ada Baby Hatch…
hanabira | Dec 14, 2012 | Comments 0
+1
0
IPOH: The country’s first baby hatch in a hospital has begun operation.
Located in KPJ Ipoh Specialist Hospital at Jalan Raja di-Hilir here, the hatch was launched by state senior executive councillor Datuk Hamidah Osman.
Memang hebat!!! Korang tau ke apa makna berita di atas tu? Secara
ringkasnya ia memberitahu kita, “tempat nak buang anak yang berlesen ”
sudah ada di Ipoh! Korang bawak je anak “tak sah taraf” tu ke Hospital
KPJ,Ipoh dan masalah korang selesai!!!Located in KPJ Ipoh Specialist Hospital at Jalan Raja di-Hilir here, the hatch was launched by state senior executive councillor Datuk Hamidah Osman.
Hospital chief executive officer Nasirruddin Harun said the
programme was part of its corporate social responsibility.“The baby
hatch is aimed at saving the lives of innocent newborns who are not
wanted by their
parents,” he said.
Sebagai anak kelahiran Perak aku rasa malu. Rasa terpukul. Sebelum ni yang aku tahu, ada sebuah Baby Hatch di Jalan Tunku, Petaling Jaya. Dah la kat Melaka dengan Sekolah Mengandung -nya. Khabarnya akan ditambah dua lagi Baby Hatch ni. Satu di Johor dan satu lagi di Kelantan! Apa sebenarnya yang mampu ditangani dengan adanya Baby Hatch tersebut?
Mari kita lihat apa dia Baby Hatch ni? Dari mana kerajaan mendapat idea untuk menubuhkannya? Berdasarkan dari maklumat yang ada, sejarah Baby Hatch ini bermula pada abad ke 8 di Milan,Itali . Ianya diperkenalkan dengan meluas sebagai satu sistem pada 1198 oleh Pope Innocent III. Digunakan di gereja dan merupakan satu cara untuk mencegah pembunuhan bayi. Sistem ini digunakan dengan agak meluas pada zaman pertengahan sekitar abad ke 18 dan ke 19. Kini ia digunakan di merata negara termasuklah Jerman, Perancis, Ireland, dan sebagainya termasuklah kita di Malaysia!
Sistem ini dulu dikenali sebagai ” foundling wheel”
. Berupa sejenis alat yang diletakkan di satu tempat yang dikhususkan
untuk sapa-sapa yang tak mahukan bayi-bayinya. Alat ini berfungsi
seperti dua buah bakul yang satunya diletakkan di sebelah dalam pusat
penjagaan dan satu lagi kat diluar. Bila bayi diletakkan didalam bakul
tersebut, maka ia akan berputar dan digantikan dengan bakul yang
kosong. Bakul yang berisi bayi tadi akan bergerak ke dalam pusat
tersebut dan penjaga yang bertugas akan mengambil bayi tersebut. Seiring
dengan arus kemodenan, alat ini sudah diperbaharui termasuklah
disediakan alarm yang berbunyi apabila bayi diletakkan. Canggih kan?
Di negara luar seperti di Jepun dan Jerman sebuah pusat khas yang dikenali dengan istilah Baby Hatch ditubuhkan
bagi memberi sokongan kepada ibu tunggal yang tidak boleh membesarkan
anak mereka sendiri. Di sini, bayi akan diletakkan dalam jagaan pengasuh
hinggalah ada pasangan suami isteri atau keluarga yang tampil untuk
mengambil mereka sebagai anak angkat. Ok,itu di luar negara.
Namun demikian setelah sekian lama ianya beroperasi, hasil yang didapati ialah majoriti hospital atau pusat penjagaan yang dibina ini terpaksa ditutup selepas beberapa tahun akibat daripada jumlah bayi yang dibuang bertambah dengan mendadak hampir setiap tahun.Sebagai contoh, Jerman yang membuka pusat seumpamanya pada tahun 1709 terpaksa menutup operasinya berikutan masalah kewangan, lambakan bayi dan sebagainya 5 tahun selepas itu (1714).
Namun demikian setelah sekian lama ianya beroperasi, hasil yang didapati ialah majoriti hospital atau pusat penjagaan yang dibina ini terpaksa ditutup selepas beberapa tahun akibat daripada jumlah bayi yang dibuang bertambah dengan mendadak hampir setiap tahun.Sebagai contoh, Jerman yang membuka pusat seumpamanya pada tahun 1709 terpaksa menutup operasinya berikutan masalah kewangan, lambakan bayi dan sebagainya 5 tahun selepas itu (1714).
Persoalannya sekarang ialah apakah dengan adanya Baby Hatch ini,
masalah “kelahiran anak-anak luar nikah” ini akan berkurangan? Tidakkah
nanti ianya menjadi satu tempat tumpuan setelah anak-anak remaja kita
terlanjur? Mereka tak perlu susah hati kerana Baby Hatch sudah ada!
Aku dah berjumpa ramai golongan seperti ini. Malah sorang darinya
meninggalkan bayinya pada seseorang dalam keadaan ibu dan bapanya di
kampung langsung tidak tahu bahawa mereka punya cucu “tidak sah taraf!”
Malah si anak dengan muka selamba pulang bertemu emak ayah seolah-olah
dia tak pernah melakukan kesilapan yang sangat terkutuk itu!
Apakah tidak boleh jika :
1) Satu sistem alternatif lain harus difikirkan untuk menggantikan
sistem ini dengan dimasukkan elemen-elemen Islam yang sememangnya
terbukti sebagai satu cara hidup yang terbaik.
2)Kerajaan harus memikirkan bagaimana masa depan anak-anak yang
“lahir” daripada pusat jagaan ini, tentang hak mereka, status dan
sebagainya.
3)Media massa sebagai alat utama mestilah berfungsi dan berperanan
untuk mengembalikan kesedaran kepada masyarakat untuk menerapkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan mengikut panduan Al Quran dan Sunnah.
Aku rasa sudah sampai masanya kita semua kembali kepada Islam yang syumul. Kita dilambakkan dengan seribu macam masalah sosial kerana telah sekian lama kita membelakangkan hukum Tuhan. Tangan kitalah yang telah merosakkan bumi ini. Sedangkan kita tahu, bumi ini Tuhan yang punya. Kita memacunya mengikut acuan masing-masing,mengikut persepsi masing-masing. Maka jika bala menimpa kita,jangan salahkan Tuhan. Bala juga tidak mengira siapa. Yang berdosa malah yang tidak berdosa sama-sama menerima bahang dan tempiasnya. Wallahua’lam.
Aku rasa sudah sampai masanya kita semua kembali kepada Islam yang syumul. Kita dilambakkan dengan seribu macam masalah sosial kerana telah sekian lama kita membelakangkan hukum Tuhan. Tangan kitalah yang telah merosakkan bumi ini. Sedangkan kita tahu, bumi ini Tuhan yang punya. Kita memacunya mengikut acuan masing-masing,mengikut persepsi masing-masing. Maka jika bala menimpa kita,jangan salahkan Tuhan. Bala juga tidak mengira siapa. Yang berdosa malah yang tidak berdosa sama-sama menerima bahang dan tempiasnya. Wallahua’lam.
“ Telah nampak kerusakan di
darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya
Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari perbuatan mereka, agar
mereka kembali. (QS. AR-Ruum [30]: 41)
***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2012/12/14/bravo-perak-pun-dah-ada-baby-hatch/
Bagaikan bermimpi
Oleh Mohamad Hussin dan Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
REMUK...keadaan van dan bas selepas perlanggaran.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam, van dinaiki sembilan penumpang termasuk pemandu merempuh belakang sebuah bas ekspres yang menunggu giliran membayar tol di Kilometer 30, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Plaza Tol Jitra, di sini.
Van berkenaan membawa tujuh kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok dari Alor Setar ke pusat pengajian tinggi itu.
Mangsa yang parah ialah pemandu van itu, Mohd Esman Osman, 54; Haslina Mohamed Shah, 39; Wan Merina Wan Saad, 51; Zurina Yahya, 43; Norhaneza Nordin, 42; Nelwati Abidin, 39, dan Alina Mohd Mahdzir, 46.
Manakala, mangsa yang cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar ialah Hasliza dan Noor Azura Othman, 41.
Datuk K nahas, Siti batal konsert
Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my
yanie@hmetro.com.my
SEHATI SEJIWA...Siti Nurhaliza bersama Datuk K.
Siti menerusi akaun twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminatnya di Banjarmasin kerana kejadian berkenaan.
“Salam...maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua ‘team’ konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya,” katanya.
Menurut kakak iparnya, Datin Zaitun Mohd Jiwa, Siti ketika dihubungi terkejut apabila perkara itu dimaklumkan kepadanya.
“Dia meminta saya membeli tiket penerbangan ke New Zealand dan akan berbincang dengan pihak penganjur untuk membatalkan Konsert Ekspresi Karya Gemilang di Banjarmasin, Jakarta,” katanya.
Siti dan seorang rakan berangkat ke New Zealand jam 9 pagi tadi.
“Datuk K berada sejak beberapa hari lalu kerana mempunyai urusan perniagaan dan beliau bersama rakan lain menghabiskan masa petangnya di bandar Queenstown dengan menunggang motosikal,” katanya. Bagaimanapun, katanya, keluarganya bersyukur kerana dimaklumkan keadaan Datuk K stabil.
Dua kali gerai dirempuh
MUSNAH...orang ramai melihat MPV yang terperosok ke dalam gerai makan.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, bahagian depan gerai makannya roboh, manakala dapurnya pula musnah sama sekali apabila MPV jenis Toyota Estima dinaiki pasangan suami isteri berkenaan merempuh gerainya yang dibuka sejak jam 3 petang.
Katanya, sebelum kejadian, dia baru selesai menyiapkan nasi goreng dipesan pelanggan, manakala suami, Ikhwan Nasir Jahudin, 37, berada di bahagian tepi gerai bersama anak keduanya, Nor Syafikah Ikhwan Nasir, empat tahun.
“Selepas masak, saya pergi ke arah anak bongsu saya (Nor Ain Aisyah, 16 bulan) yang berada di sofa di tepi dapur dan mengangkatnya ke dalam buaian bagi menidurkannya.
“Namun, beberapa saat kemudian saya mendengar bunyi brek kenderaan sebelum melihat sebuah kereta berwarna putih meluru laju ke arah gerai menyebabkan saya menjerit ke arah suami dan seorang pelanggan supaya melarikan diri,” katanya.
Katanya, kereta berkenaan merempuh bahagian dapur sebelum terhenti di hadapan gerai dan apa yang membimbangkan, kereta itu berkemungkinan meletup kerana tong gas digunakan untuk memasak turut diseret dan melekat di bawah kenderaan berkenaan.
“Saya kecewa kerana pemandu yang merempuh gerai saya tidak meminta maaf sebaliknya terus meninggalkan gerai ini dengan menaiki sebuah kereta lain,” katanya.
Sementara itu, Ikhwan berkata, dia tidak menyangka kejadian sama yang pernah berlaku dua tahun lalu berulang kembali dan lebih menyedihkan, kerosakan dan kerugian kali ini lebih teruk.
Ratap ayah ditindih bas
Oleh Junaidi Ladjana
hmkk@hmetro.com.my
hmkk@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 8 pagi, mangsa dikenali sebagai Arasadi Pornah, 38, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di dada dan perut.
Sebelum kejadian mangsa bersama anak lelakinya berusia 16 tahun dalam perjalanan dari bandar ini menuju ke Kampung Sarang untuk mengambil rombongan perkahwinan ke Beaufort.
Menurut sumber, keluarga pengantin itu menyewa bas ekspres milik mangsa yang boleh memuatkan 44 penumpang bagi membawa ahli rombongan untuk ke majlis perkahwinan.
“Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian bas dipandu mangsa mengalami masalah enjin, menyebabkan mangsa memberhentikan kenderaan.
78 peratus pesakit HIV belia 19 hingga 39 tahun
Pengarah Bahagian Latihan dan Peningkatan Kapasiti, Majlis Aids Malaysia (MAC), Zamzuri Abdul Malik berkata, MAC kini menumpukan langkah kesedaran kepada orang ramai agar tidak memandang serong golongan berkenaan kerana mereka berhak hidup seperti masyarakat normal.
Menurutnya, pandangan buruk terhadap penghidap HIV mesti dihentikan segera kerana teknologi perubatan telah mencipta ubat yang boleh mengawal penularan virus itu.
“Mereka kini boleh hidup seperti manusia biasa yang menghidap selesema dengan syarat sentiasa berdisiplin mengambil ubat percuma yang dibekal kerajaan.
“Kami mahu sebarkan maklumat tepat berkenaan jangkitan ini sebenarnya tidak lagi berbahaya kerana ia adalah penyakit terkawal seperti jantung dan kencing manis,” katanya ditemui selepas program ‘Getting to Zero’ anjuran bersama Kolej SEGi, Subang Jaya.
Menurut beliau, pihaknya sentiasa berusaha membantu pesakit HIV untuk meneruskan kehidupan dengan memberikan mereka motivasi serta didikan.
Isteri kecoh bela suami
Oleh Norasikin Daineh
norasikin@hmetro.com.my
norasikin@hmetro.com.my
Ketika prosiding di hadapan Hakim Cindy Mc Juce Balitus, semalam, isteri tertuduh mendakwa anaknya yang berusia 17 tahun itu adalah seorang gadis bermasalah selain sudah menghilangkan diri sebaik keluar dari Sekolah Khas Taman Sri Puteri di Manggatal.
Terdahulu, tertuduh berusia 40 tahun didakwa mencabul anak kandungnya di rumah mereka kira-kira jam 6.45 pagi pada 5 Januari lalu.
Lelaki berkenaan dikatakan memasuki bilik anaknya sebelum bertindak mencabulnya.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-dua sekali jika didapati bersalah. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Azaman Hamat manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Ketika perbicaraan lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 8 Januari depan sebagai sebutan semula kes berkenaan selain menunggu arahan dari Pejabat Pendakwa Raya.
No comments:
Post a Comment