Saturday, December 15, 2012

AWAS ZAMAN NI...ZAMAN BANYAK KAKI PENIPU

Ibu derita sendirian

Oleh Arifin salleh
am@hmetro.com.my

TERBIAR...warga emas terlantar sendirian di rumahnya dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan, kelmarin.
TERBIAR...warga emas terlantar sendirian di rumahnya dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan, kelmarin.
ALOR GAJAH: Memilukan apabila seorang wanita warga emas bukan saja terlantar bersendirian di ruang tamu rumahnya di Kampung Pulau Sebang di sini, malah bergelumang dengan najisnya sendiri berikutan keuzuran dialaminya tanpa mendapat pembelaan anak tunggalnya yang didakwa menghilangkan diri.
Lebih malang apabila permohonan Sabi Dollah berusia 85 tahun itu untuk tinggal di rumah kebajikan tidak mendapat pertimbangan sewajarnya.

Sumber berkata, warga emas itu terlantar beralaskan sekeping tilam nipis di atas lantai ruang tamu rumahnya yang tidak terurus.
“Dia (wanita itu) tinggal sendirian dengan keadaan kesihatannya yang lemah selain mengalami masalah penglihatan dan pendengaran. Dia hanya mampu mengharap simpati jiran terdekat memberinya makan minum selain menyediakan keperluan lain.

“Difahamkan, dia mempunyai seorang anak tunggal perempuan namun menghilangkan diri tanpa menjenguk keadaannya selama lebih lima tahun tanpa khabar berita,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, sejak terlantar sakit, warga emas itu hanya mampu mengharapkan perhatian dan ihsan jiran terdekat yang sering datang membawa makanan dan minuman.
“Beberapa jiran terdekat yang bersimpati menjenguk dan menyuapnya makanan tanpa bekalan air bersih yang dipotong disebabkan tunggakan bil lebih RM1,500.

“Lebih menyayat hati warga emas ini terpaksa membuang air kecil dan air besar di atas tempat tidurnya setiap hari hingga menyebabkan rumah busuk,” katanya.
Kata sumber itu, keperitan hidup ditanggung warga emas itu mendapat perhatian pihak berkaitan yang akan mendapatkan tempat tinggal dan memastikan kebajikannya terpelihara.

“Namun, tiada maklum balas diterima dan lebih mengecewakan apabila syarat yang perlu dipatuhi seperti pemeriksaan kesihatan turut dibuat,” katanya.

Melihat keadaan diri warga emas itu yang menghidap sakit pundi kencing dan darah tinggi, beberapa penduduk menghubungi bantuan kecemasan untuk dihantar ke Hospital Alor Gajah (HAG), petang kelmarin.

“Paramedik Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Alor Gajah yang dipanggil kemudian membawa warga emas berkenaan ke HAG sebelum dirujuk ke Hospital Melaka (HM),” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi JPAM daerah, Saiful Nazmi Said berkata, keadaan wanita berkenaan amat menyedihkan kerana bergelumang dengan najis.


Padah gatal layan gadis

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Mohd Hafizee Mohd Arop
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tergoda dengan pujuk rayu dan ‘lakonan’ ghairah gadis dikenalinya melalui Internet, seorang lelaki malu besar apabila aksi dia berbogel yang dirakam gadis itu dimuat naik ke laman Youtube.
Tidak cukup dengan itu, dia turut kerugian RM800 apabila gadis terbabit yang dipercayai warga Filipina meminta wang berkenaan jika mahu video bogel itu ditarik semula.
Mangsa, penuntut sebuah institusi pengajian tinggi di Kedah yang mahu dikenali sebagai Shahir, 27, berkata, dia mengenali gadis itu awal Julai lalu di laman sosial Tagged sebelum berhubung secara lebih rapat melalui facebook (FB).

Katanya, sewaktu awal perkenalan mereka, gadis berusia 19 tahun yang menggelarkan dirinya sebagai Kimoto Misaka berasal dari Jepun hanya berbual dengannya melalui FB sebelum semakin berani berhubung menerusi kamera web menggunakan Skype.

Menurutnya, selepas beberapa hari menjalinkan hubungan melalui panggilan video Skype, gadis itu mengajaknya berbogel dengan dia terlebih dulu memulakan aksi berahinya.

Lagak bukan main alim

Oleh Riadz Radzi dan Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
am@hmetro.com.my



INI DIA...mangsa memegang ‘batu petir’ yang dijual suspek.
INI DIA...mangsa memegang ‘batu petir’ yang dijual suspek.
SHAH ALAM: Auta seorang lelaki yang menyamar anak kepada pengamal perubatan Islam terkenal, Datuk Dr Haron Din dan kononnya dia mahir dalam ilmu perubatan Islam terbongkar apabila dia dicekup polis, malam kelmarin.
Lelaki berusia 28 tahun itu yang aktif memperdaya golongan kaya sekitar bandar raya ini dan Klang sejak tahun lalu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.
   
  • Foto SYIRIK...tangkal dan batu yang didakwa berkesan.
  • Foto TUMPAS...suspek ditahan polis kelmarin.
Dia ditahan di rumah seorang mangsanya di Seksyen 13, di sini, selepas mangsa terbabit berpakat dengan polis.

Polis menahan lelaki itu berikutan waran tangkap dikeluarkan ke atasnya oleh Mahkamah Majistret Klang kerana gagal hadir perbicaraan bersabit kes penipuan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dianggarkan berjumlah lebih RM300,000.

Sebelum penahanan suspek, mangsa yang mahu dikenali sebagai Tina, 46, menunggu kedatangan lelaki itu yang mahu menjual batu azimat dinamakan ‘batu petir’.

RM15,000 untuk buah zakar Bieber



BIEBER dan gunting yang ditemui dalam kereta suspek.
BIEBER dan gunting yang ditemui dalam kereta suspek.
LOS ANGELES: Satu dokumen mahkamah mendakwa sekumpulan penculik merancang menjerut dan memotong kemaluan penyanyi pop remaja, Justin Bieber.
Dana Martin didakwa meletakkan harga RM7,500 bagi setiap satu buah zakar Bieber ketika dia mendedahkan rancangan untuk menculik, memotong kemaluan dan menjerut penyanyi terkenal itu.

Martin yang kini menjalani hukuman penjara dan mempunyai tatu Bieber pada kakinya, dituduh mengupah dua lelaki lain untuk menculik dan membunuh penyanyi itu, pengawal peribadinya dan dua mangsa yang tidak ada kaitan.
Menurut dokumen itu, dia mengupah Mark Staake untuk melaksanakan rancangannya selepas kecewa Bieber tidak mempedulikan usahanya untuk menghubunginya. Anak saudara Staake, Tanner Ruane kemudian menyertai rancangan itu.

Selepas mengumumkan hadiah wang berjumlah RM7,550 untuk kemaluan penyanyi berusia 18 tahun itu, Martin kemudian mengarahkan Staake dan Ruane untuk menjerut Bieber dengan tali leher.

Kumpulan itu didakwa merancang menyerang Bieber ketika dia mengadakan konsert di Madison Square Garden, New York pada 28 dan 29 November lalu.
Bagaimanapun, rancangan itu gagal selepas Martin mendedahkannya kepada pengawal penjara.

Secara kebetulan, Staake, 41, ditangkap pada 19 November kerana kesalahan lain ketika memandu dengan Ruane, 23.
Polis membebaskan Ruane tetapi merakamkan perbualan telefonnya dengan Martin mengenai rancangan membunuh Bieber itu.

Mereka menahan Ruane sekali lagi pada 20 November di New York dan menemui gunting jenama Fiskars Durasharp yang baru dibeli di dalam keretanya.

Kandungan perbualan telefon itu yang mendedahkan rancangan berkenaan dinyatakan dalam waran tangkap.

Dokumen berkenaan menyatakan: “Apabila Martin bertanya apa yang dibawa oleh Staake untuk memotong kemaluan mangsa, Ruane menjawab, dia sudah membeli gunting. Mengenai keengganan Staake untuk memotong kemaluan Bieber, Ruane berkata, dia akan melakukannya. “Martin kemudian mengesahkan, Ruane akan memperoleh RM7,500 untuk setiap buah zakar Bieber.” Polis berkata, Martin memberitahu Ruane supaya menjerut Bieber dan mangsa lain dengan tali leher kerana ia serupa dengan yang digunakan ketika melakukan pembunuhan sebelum ini.

Martin kini menjalani dua hukuman penjara seumur hidup di Penjara New Mexico Selatan di Las Cruces selepas didapati bersalah merogol dan menjerut seorang gadis berusia 15 tahun pada 2000. - DM

No comments:

Post a Comment