Wednesday, December 12, 2012

KRONI DILUPUS HUTANG BERJUTA....NI PATUTKE...RAKYAT DIPERBODOH2KAN

Isteri Yahya Sulong nafi dihalau

YAHYA yang uzur termenung di beranda rumahnya di Flat DBKL Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Isteri Datuk Yahya Sulong, Datin Alisah Ali menafikan mereka dihalau keluar dari rumahnya di Flat Bandar Baru Sentul oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana gagal melunaskan sewa rumah sejak lapan bulan lalu.
Alisah (gambar kecil), 65, yang dihubungi Kosmo! semalam memberitahu, beliau tidak tahu bagaimana cerita mereka dihalau keluar dari rumah itu timbul.
"Bohong. DBKL tidak pernah halau saya walaupun saya dan suami gagal membayar sewa sebanyak RM800," tegasnya.
Sebuah laman portal semalam menyiarkan kononnya Alisah serta Yahya gagal membayar tunggakan sewa rumah selama lapan bulan sebanyak RM800 dan mereka telah diarahkan DBKL agar mengosongkan rumah mereka di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.

Liyana Jasmay tunda majlis nikah


LIYANA bersama tunangnya, Fathuddin pada majlis pertunangan mereka pada 29 Mac lalu.


KUALA LUMPUR – Majlis pernikahan pelakon terkenal, Liyana Jasmay dengan tunangnya, Fathuddin Mazlan yang sepatutnya dilangsungkan pada 24 Januari depan telah ditunda ke tarikh baharu iaitu 2 Februari 2013.
Menurut Liyana, 24, majlis tersebut terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu walaupun dia dan tunangnya, Fathuddin, 28, sebelum ini telah mengumumkan akan bernikah pada 24 Januari tahun depan.
Pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mac lalu.
Liyana yang baru pulang ke tanah air lewat malam kelmarin selepas menamatkan kursus enam bulan dalam bidang lakonan dan pengarahan di New York Film Academy, Amerika Syarikat berkata, majlis akad nikah dan persandingan akan diadakan pada hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
“Akad nikah akan diadakan pada waktu pagi dan bersanding pada sebelah malam di PWTC,” jelas aktres itu yang merupakan pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 2009 menerusi filem Papadom.

KDN rampas majalah buka dada


ANGGOTA penguat kuasa KDN memeriksa majalah yang memaparkan gambar wanita dalam keadaan mengghairahkan di sebuah kedai buku di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Unit Penguat Kuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran semalam bertindak menyerbu sembilan buah kedai buku dan merampas kira-kira 300 naskhah majalah berunsur lucah dalam operasi yang dijalankan sekitar Lembah Klang.
Operasi yang diketuai oleh Penolong Pegawai Penguat Kuasanya, Harris Fadzillah Abdul Ghani itu dilakukan di pusat beli-belah Amcorp Mall, Petaling Jaya dan Plaza Sungei Wang di sini.
Antara judul majalah yang dirampas ialah Hooters, FHM, Maxim, Tattoos, GQ dan Shape. Bagaimanapun, majalah Vanity Fair edisi Disember 2012 yang menyiarkan empat keping gambar model Kate Moss tidak memakai coli tidak terdapat di kedai-kedai buku berkenaan.
Turut dirampas ialah majalah High Times dan Weed World yang mengajar cara menggunakan dadah dan menanam pokok ganja.
Menurut Harris Fadzillah, hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan majalah yang dijual secara terbuka di premis berkenaan diimport dari negara luar seperti China dan United Kingdom.

Subsidi kerajaan perlu dikurangkan


DR. MAHATHIR (tengah) bersalaman dengan sebahagian pegawai daerah pada Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Daerah Siri 2/2012 di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Rakyat negara ini perlu mengurangkan kebergantungan kepada subsidi pemberian kerajaan kerana wang berkenaan boleh dibelanjakan untuk bidang-bidang lain yang boleh menguntungkan mereka.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemberian subsidi walaupun pada dasarnya bagaikan menguntungkan mereka tetapi pada masa sama ia mengurangkan perbelanjaan untuk keperluan yang lain.
"Masih wujud banyak ruang untuk pembangunan dalam negara ini seperti infrastruktur, kemudahan dan macam-macam lagi.
"Kita boleh guna wang itu untuk tujuan berkenaan tetapi kalau ia (subsidi) banyak diberikan kepada rakyat maka kita terpaksa mengorbankan keperluan rakyat yang lain," katanya.

Lelaki larikan RM1.46 juta dicari


IMEJ lelaki yang dicari polis.


KUCHING – Wajah lelaki yang memecah masuk rumah teres milik seorang ahli perniagaan dan kontraktor di Taman Malihah, Matang di sini sebelum wang tunai berjumlah RM1.46 juta lesap pada 1 Disember lalu sudah dikenal pasti menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, imej suspek yang memakai topi dan menggalas sebuah beg itu dirakam menerusi CCTV yang dipasang di belakang rumah dan ruang tamu rumah tersebut.
Menurut beliau, imej yang dirakam pada pukul 10.08 malam melalui CCTV yang dipasang di belakang rumah menunjukkan suspek yang dipercayai berseorangan memanjat pagar sebelum mengumpil jeriji dan pintu belakang rumah tersebut menggunakan sebatang besi.
Seterusnya, Roslan berkata, rakaman CCTV di ruang tamu menyaksikan suspek dilihat mundar-mandir sebelum memasuki sebuah bilik di rumah tersebut.



Penipu rakan Facebook dicekup


IZANY menunjukkan komputer riba dan pelbagai barangan yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras semalam.


KUALA LUMPUR - Kes-kes penipuan internet didalangi warga Afrika yang memperdayakan rakyat negara ini dengan meminta mangsa memasukkan wang kononnya untuk menuntut hadiah tidak pernah reda walaupun kejadian tersebut banyak disiarkan di akhbar-akhbar.
Pada 4 Disember lalu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras menahan 17 lelaki Nigeria, seorang wanita tempatan dan seorang wanita Thailand yang dipercayai anggota sindiket tersebut yang menjadikan tiga unit sebuah kondominium di Pandan Perdana di sini sebagai pangkalan operasi.
Para penyiasat percaya sindiket itu sudah memperdayakan beberapa mangsa membabitkan jumlah kerugian lebih RM400,000.
Ketua JSJK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, kesemua suspek berusia 22 hingga 44 tahun itu ditahan di sekitar kawasan Taman Maluri, Pandan Perdana dan Kepong di sini.
"Siasatan mendapati sindiket tersebut menggunakan Facebook untuk mencari mangsa secara rambang dengan menyamar sebagai kenalan sama ada lelaki atau wanita dari luar negara," kata beliau pada sidang akhbar di sini.

Geng Selayang Tata tumpas


SAIFUL AZLY menunjukkan barang kes yang dirampas daripada empat lelaki pada sidang akhbar di Seremban semalam.


SEREMBAN - Perbuatan empat lelaki bergelar Geng Selayang Tata menyamun sebuah kios stesen minyak di City Park, Seremban 2 di sini sebelum melarikan sebuah peti besi mengandungi wang RM6,000 memakan diri apabila kesemuanya diberkas lima jam selepas melakukan jenayah itu.
Kejadian pukul 7.30 pagi Ahad lalu itu berlaku apabila tiga daripada suspek bersenjatakan parang masuk ke dalam kios tersebut manakala seorang lagi menunggu di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di pekarangan premis.
Difahamkan, tiga daripada suspek merupakan pelajar peringkat diploma jurusan kejuruteraan mekanikal di sebuah kolej swasta di bandar ini manakala seorang lagi bekerja sebagai budak penghantar surat. Mereka berusia antara 18 hingga 26 tahun.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, suspek kemudi

Kemaluan perogol bertayam


MOHAMAD FADZLIE (kanan) dan Mohd. Khairiell Idzham berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Keterangan seorang wanita Vietnam mengatakan dia terpegang satu objek keras pada kemaluan lelaki yang merogolnya ketika sesi kawad cam dapat mengheret pemuda itu ke muka pengadilan sekali gus membuatkan tertuduh mengaku salah atas tuduhan tersebut.
Mohamad Fadzlie M. Rosdi, 20, mengaku yang dia ada memasang bebola besi atau ‘tayam’ pada kemaluannya ketika merogol mangsa di sebuah rumah urut di Setapak di sini pada pukul 1 pagi 25 November lalu.
Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Difahamkan, kawad cam itu dilakukan sebaik polis menahan Mohamad Fadzlie yang datang ke balai polis. Dia diserahkan oleh bapanya selepas gambar tertuduh yang dirakam kamera televisyen litar tertutup premis itu disiarkan akhbar.
Selain merogol, penganggur itu turut dituduh merompak premis tersebut bersama buruh kontrak, Mohd. Khairiell Idzham Hashimi, 21, dan dua lagi yang masih bebas menggunakan parang di tempat dan waktu yang sama.

Minyak pelincir tiruan dibongkar


MOHD. YUSOFF menunjukkan minyak pelincir tiruan yang dibotolkan dengan jenama terkenal selepas serbuan di sebuah stor di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam malam kelmarin.


SHAH ALAM – Sebuah syarikat pengeluar minyak pelincir dipercayai mampu mengaut keuntungan besar dengan hanya menjual minyak pelincir motosikal tiruan menggunakan jenama terkenal di sekitar Lembah Klang sejak dua tahun lalu.
Bagaimanapun, berdasarkan maklumat awam, taktik licik itu terbongkar malam kelmarin selepas sepasukan pegawai dan anggota daripada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor menyerbu sebuah stor di Kampung Bukit Lanchong di sini.
Stor yang disewa pengusaha syarikat terbabit dijadikan tempat simpanan dan operasi pemindahan minyak pelincir motosikal tiruan ke dalam botol minyak jenama terkenal seperti Shell, Yamaha, Honda, Castrol dan Motul sebelum dijual pada harga pasaran.
Penolong Pegawai Perihal Dagangan PPDNKK negeri, Mohd. Faruk Abdul Wahab berkata, dalam operasi selama 12 jam bermula pukul 5.30 petang, pihaknya merampas 3,120 botol dan 10,000 liter minyak tiruan bernilai lebih RM100,000.
Menurutnya, lima lelaki berumur 30-an terdiri daripada tiga warga Myanmar dan dua Indonesia yang merupakan pekerja stor ditahan bersama seorang lelaki tempatan berumur 40-an disyaki pemilik syarikat terbabit.

Sekolah JSJ perkasa kaedah siasatan jenayah


MOHD. BAKRI (dua dari kanan) bertanyakan sesuatu kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Muar, Deputi Superintendan Azahar Muda (kiri) yang menjuarai Daerah League Table Kategori A di Kangar semalam.


KANGAR - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) akan memperkasakan kaedah siasatan dalam usaha menyelesaikan kes jenayah secara lebih berkualiti dan berkesan.
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, sebuah sekolah JSJ akan diwujudkan bagi melatih para pegawai penyiasat dan detektif termasuk berkaitan siasatan forensik dan psikologi.
"Kami telah mengenal pasti lokasi sekolah dan berharap ia dapat direalisasikan secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah bilangan 3/2012 di sini semalam.
Katanya, walaupun keupayaan JSJ dalam melakukan siasatan semakin baik namun tahap keupayaan itu perlu dipertingkatkan termasuk melalui cadangan mewujudkan sekolah JSJ.

Stesen radio bayar RM1.6 juta

CHRISTIAN (kiri) dan Greig meninggalkan sebuah studio televisyen selepas diwawancara di Sydney kelmarin.


SYDNEY - Sebuah stesen radio Australia berjanji menyalurkan sekurang-kurangnya AS$523,600 (RM1.6 juta) semalam untuk membantu keluarga seorang jururawat yang menjadi mangsa panggilan telefon palsu susulan kontroversi berhubung penipuan tersebut.
Pada Jumaat lalu, jururawat berkenaan, Jacintha Saldanha ditemui mati di apartmen yang menempatkan kakitangan Hospital King Edward VII di London kerana membunuh diri.
Kematian tragis ibu dua anak yang berasal dari India itu berlaku selepas dia menyambungkan panggilan palsu oleh dua penyampai stesen radio 2Day FM dari sini ke hospital berkenaan.
Saldanha menyambungkan panggilan itu kepada seorang rakan sekerjanya yang mendedahkan bahawa isteri Putera William, Kate Middleton semakin sembuh selepas dimasukkan ke hospital berkenaan ekoran mengalami alahan mengandung yang teruk.
Stesen radio itu pada awalnya membekukan semua bentuk pengiklanan ekoran kematian tragis Saldanha tetapi kemudian menyatakan, siaran iklannya akan disambung semula esok.
Bagaimanapun, semua keuntungan siaran iklan stesen radio itu sehingga penghujung tahun ini akan disalurkan kepada sebuah dana bagi membantu keluarga Saldanha.
Dana itu berjumlah sekurang-kurangnya AS$523,600.
"Kami meminta maaf di atas apa yang berlaku," kata ketua eksekutif syarikat induk 2Day FM, Rhys Holleran dalam satu kenyataan.
"Kami berharap sumbangan kepada dana memorial tersebut dapat membantu keluarga Saldanha mengharungi detik-detik yang amat sukar ini," tambahnya.
Dalam satu wawancara penuh emosi kelmarin, penyampai radio 2Day FM, Mel Greig dan Michael Christian berkata, walaupun mereka yang membuat panggilan dengan menyamar sebagai Ratu Elizabeth II dan anakanda baginda, Putera Charles ke Hospital King Edward VII, keputusan untuk menyiarkan segmen itu dibuat oleh orang lain tanpa pembabitan mereka.
William ialah cucunda ratu tersebut dan anakanda kepada Charles.
"Bukan kami yang membuat keputusan menyiarkan jenaka panggilan palsu itu. Kami cuma merakamnya dan ia diserahkan ke beberapa jabatan lain untuk diputuskan," kata Greig dalam temu bual bersama saluran televisyen Australia, Nine Network.
Holleran sebelum ini menyatakan, stesen radio tersebut telah lima kali menelefon Hospital King Edward VII untuk berbincang tentang rakaman itu sebelum ia disiarkan.
Di bawah undang-undang Australia, kebenaran pihak yang menjadi mangsa jenaka radio perlu dipohon sebelum segmen itu disiarkan.
Namun, pihak pengurusan hospital yang terletak di London itu menafikan mereka dihubungi berhubung perkara tersebut.
Suami jururawat itu ialah Benedict Barboza yang bertukas sebagai akauntan dan salah seorang anaknya ialah Lisha yang berusia 14 tahun.
Kelmarin, Greig dan Christian menyatakan kekesalan mereka dalam dua program televisyen di Australia kerana melakukan penyamaran itu. - Agensi

Empat maut termasuk bayi di Narathiwat


SEORANG lelaki membawa mayat bayi berusia 11 bulan yang mati ditembak di Narathiwat semalam.


BANGKOK - Empat termasuk bayi berusia 11 bulan terbunuh manakala empat yang lain cedera parah apabila beberapa lelaki melepaskan tembakan ke arah sebuah kedai kopi di Narathiwat semalam.
Ketua Polis Ranget, Kolonel Jiradech Pornsawan berkata, tembakan itu dilepaskan ke arah semua mangsa semasa mereka sedang bersarapan di kedai kopi di Kampung Dama Buah, Tanjung Lima, Ranget, Narathiwat pada kira-kira 7.30 pagi.
Tiga yang terbunuh dikenal pasti sebagai Pakngah Rimae, 79, Kabari Hak, 37, dan Amizi Chekdo, 23, manakala identiti bayi itu masih belum dikenal pasti.
Jiradech berkata, seorang lagi bayi berusia lapan bulan, Muhd Rishakimi Yaena, adalah antara empat yang cedera selain Siti Rohimah Mamat, 70, Tuanma Tingi, 61, dan Misbah Musa, 25.
Mangsa yang cedera telah dipindahkan dari Hospital Ranget ke Hospital Narathiwat berikutan keadaan mereka yang kritikal.
Polis menemui 40 butir kelongsong peluru daripada tiga jenis raifal iaitu M-16, AK-47 dan HK yang digunakan oleh penyerang yang tiba dengan menaiki pikap, katanya.
Lebih 5,000 orang terbunuh sejak kumpulan pemisah dikatakan menyambung semula kempen bersenjata mereka untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala, lapan tahun lepas.
Dalam satu lagi kejadian berasingan, seorang guru besar dan guru lelaki mati ditembak selepas mereka makan di kantin sebuah sekolah di Pattani.
Menurut polis, sekumpulan enam lelaki bersenjata mencuri sebuah kenderaan sekolah untuk melarikan diri. - Agensi

Penduduk Syria cipta kereta berperisai kawalan jauh


SEBUAH kereta berperisai yang dicipta oleh kumpulan penentang Bashar.


DAMSYIK - Kumpulan penentang rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad memperkenalkan kereta perisai buatan sendiri yang menggunakan alat kawalan.
Dinamakan Sham II, kenderaan perang tersebut dibina dalam tempoh kurang satu bulan.
Kereta perisai itu yang menggunakan rangka badan sebuah kereta diesel dan beberapa bahagian badannya diambil dari sebuah kawasan besi lusuh.
Ia boleh dikawal dengan alat permainan video Sony Playstation.
Kenderaan tersebut dicipta oleh sekumpulan penduduk yang menyertai kumpulan Briged Al-Ansar.
Memiliki panjang sekitar empat meter dan lebar dua meter, Sham II dilengkapi sebuah mesingan di atas bumbung.
Kenderaan perang buatan sendiri itu menyertai pasukan penentang untuk bertempur dengan kebal kebal T-72 yang digunakan oleh rejim Bashar.
Pertempuran antara kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan askar-askar Bashar bermula sejak Mac tahun lalu.
Kumpulan tersebut mahu Bashar meletakkan jawatan kerana beliau gagal membawa pembaharuan dalam pentadbiran dan kebebasan bersuara.
Lebih 40,000 orang terbunuh sejak pertempuran tersebut berlaku. - Agensi

Petani China cipta pod penyelamat


QIYUAN keluar dari lubang pod penyelamat itu.


KAMPUNG QIANTUN, China - Seorang petani, Liu Qiyuan membina tujuh buah pod penyelamat yang berbentuk bulat dan boleh terapung di permukaan air di rumahnya di sini, selatan Beijing.
Dia mendapat ilham untuk mencipta pod tersebut berdasarkan filem Hollywood tentang hari kiamat yang berjudul 2012 dan tragedi tsunami di Asia pada tahun 2004.
Qiyuan berharap ciptaan itu akan digunakan oleh beberapa pertubuhan antarabangsa dan jabatan kerajaan bagi menghadapi ancaman tsunami dan gempa bumi.
Pod itu boleh terapung dan mengandungi tangki oksigen dan tali pinggang keledar. Seramai 14 orang boleh berada di dalam pod tersebut.
Pod itu dicipta supaya ia tidak berpusing bila terapung di permukaan air.
Ia dihasilkan dengan menggunakan kaca gentian yang diletakkan di sekeliling rangka keluli yang berbentuk bulat. - AFP

Keys mahu imej berambut pendek


GAYA rambut Keys pada 26 November lalu.


NEW YORK - Penyanyi terkenal, Alicia Keys mengejutkan media dan para peminatnya apabila dia mendedahkan hasrat untuk menipiskan lagi rambutnya.
Keys tampil dengan gaya rambut pendek paras leher pada tahun ini.
Ketika ditanya sama ada dia mahu membotakkan kepalanya, Keys berkata: "Saya berfikir tentang sesuatu seperti itu. Saya akan melakukannya," kata penyanyi berusia 31 tahun itu.
Pemenang Anugerah Grammy itu pernah muncul dengan imej berambut panjang.
Selebriti lain yang pernah membotakkan kepala ialah Natalie Portman, India Arie, Chrisette Michelle dan Kellie Pickler. - Agensi

No comments:

Post a Comment