Friday, August 24, 2012

MEMANG ADA ORANG LETAK OTAKNYA DIBONTOT...TU SEBAB KENA HUKUM HUDUD...DAH TUTUP AURAT BAGUS JANGAN PULA KERJAYA BERCAMPUR LELAKI DENGAN PEREMPAUAN SECARA BEBAS

Perkosa anak gadis kawan

Posted on the August 24th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dikatakan menggunakan alasan hendak memperkenalkan seorang gadis dengan anak lelakinya sebelum dia mengambil kesempatan merogol remaja berusia 14 tahun itu dalam kejadian berhampiran Pantai Penarik, Setiu, kelmarin.
Akibat perbuatannya itu, lelaki berusia 49 tahun dan bekerja sebagai nelayan terbabit direman selama tujuh hari selepas perintah reman dikeluarkan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Rusila Nik, di sini, semalam.
Suspek yang juga bapa kepada lapan anak disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Difahamkan sebelum kejadian, suspek yang juga kenalan bapa mangsa mengambil gadis itu di rumahnya kira-kira jam 4 petang dengan alasan hendak memperkenalkan mangsa dengan anak lelakinya.


Selepas perjumpaan itu, mangsa dikatakan meminta suspek menghantarnya ke Pantai Penarik, Setiu, kerana dia hendak bertemu rakannya sebelum suspek mengambil kesempatan merogol mangsa ketika dalam perjalanan ke pantai berkenaan.
Bagaimanapun, selepas melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam semak, suspek kemudian menghantar mangsa pulang ke rumahnya kira-kira jam 7 malam.
Mangsa yang ketakutan menceritakan kejadian itu kepada keluarganya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Setiu pada jam 1 pagi semalam. Susulan laporan itu, suspek ditahan di rumahnya di Kampung Telaga Papan, Setiu, kira-kira jam 3 pagi semalam.
Harian Metro

Suspek utama ke bakar Nurul Firzanah ditahan

Posted on the August 24th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

KUALA LUMPUR: Suspek utama disyaki membakar Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, yang kini koma sejak kejadian 13 Ogos lalu akhirnya ditahan awal pagi semalam ketika dalam keadaan ‘lalok’ (khayal) akibat pengaruh dadah bersama lima rakan, empat daripadanya wanita.
Remaja lelaki berusia 18 tahun itu yang juga kekasih mangsa ditahan kira-kira jam 3.30 pagi bersama lima rakan berusia 18 hingga 20 tahun di dalam sebuah rumah panjang di Setapak Jaya, di sini, yang jaraknya hanya kira-kira lima kilometer dari lokasi Nurul Firzanah dibakar.
Sumber polis berkata, serbuan diketuai Pegawai Siasatan Kanan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul (Zon Setapak), Asisten Superintendan Shan Gopal bersama sepasukan anggota hasil risikan dan maklumat orang awam.


Menurutnya, siasatan polis mendapati sejak kejadian 10 hari lalu suspek tidak keluar dari rumah itu yang menjadi tempat persembunyiannya bagi mengelak ditahan polis selepas gambarnya disebarkan di media.
“Sebelum serbuan dilakukan, polis membuat pemantauan di rumah berkenaan selama hampir lima jam bermula jam 11.30 malam dan serbuan dilakukan menerusi pintu belakang dan depan secara serentak.
“Suspek cuba melarikan diri, namun dapat dicekup dan ketika itu dia dan rakan-rakannya didapati berada di bawah pengaruh dadah, malah polis turut menemui peralatan menghisap dadah di rumah berkenaan,” katanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah yang dihubungi semalam mengesahkan penahanan suspek utama itu serta lima rakannya.
Menurutnya, hasil pemeriksaan di rumah berkenaan polis turut menemui beberapa bahan bukti penting, antaranya pakaian dengan kesan minyak petrol yang dipercayai digunakan suspek semasa membakar mangsa. “Polis turut merampas telefon bimbit suspek selepas mendapati di dalamnya terdapat beberapa mesej berbaur ugutan antara suspek dan mangsa,” katanya.
Ku berkata, selain suspek, lima individu yang ditahan bersamanya turut didapati positif dadah dan semua mereka kini direman lima hari bermula semalam untuk siasatan yang dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Sementara itu, bapa Nurul Firzanah, Mat Zaki Mat Hussin, 45, yang dimaklumkan mengenai tangkapan suspek mengucapkan rasa syukur dan tahniah di atas kejayaan polis.
“Alhamdulillah, solat hajat dan doa kami sekeluarga serta orang ramai dimakbulkan Allah. Kami berharap dia (suspek) akan menerima pembalasan setimpal dengan apa yang dilakukannya terhadap anak saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi 13 Ogos lalu, Nurul Firzanah yang keluar bersama suspek disimbah petrol sebelum dibakar di kawasan semak berhampiran Flat Wangsa Sari, Seksyen 1, Wangsa Maju, hingga menyebabkan dia koma manakala 25 peratus tubuhnya terutama bahagian muka hingga paras pinggangnya terbakar.
Harian Metro Selasa lalu melaporkan remaja itu berkemungkinan akan koma untuk tempoh antara tiga hingga enam bulan kerana Mat Zaki diberitahu doktor terpaksa memberinya ubat pelali supaya dia terus tidak sedarkan diri.
Menurutnya, rawatan itu adalah terbaik untuk mangsa kerana Nurul Firzanah yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan bertambah teruk dan sakit jika dia sedar daripada koma dalam masa terdekat.
Harian Metro

Ustaz Don-Husna selamat diijab kabul

Posted on the August 24th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
Ustaz Don dan Husna menjadi tumpuan anggota keluarga dan rakan selepas majlis pernikahan pagi semalam. – Foto ihsan Beautifulnara
SHAH ALAM – Pengacara program 30 Minit Ustaz Don, Don Daniyal Don Bijayid selamat bernikah pagi semalam, di Pulau Pinang, dengan wanita pilihannya, Husna Zahry Rafie.
Majlis pernikahan itu berlangsung dalam suasana sederhana tanpa liputan besar-besaran.


Dalam kenyataannya dipetik Amin Idris Personaliti Al-Hijrah, Don, seorang penceramah bebas berkata: “Saya hanya bersederhana. Yang penting ialah pengisian selepas kahwin.”
Menurut blog hiburan Beautifulnara pula, pasangan pengantin baru itu bakal bersanding 1 September ini.
Husna seorang penuntut tahun kelima jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir.
Pasangan yang nampak cantik berseri-seri dalam persalinan berwarna putih itu turut menerima banyak ucapan tahniah daripada peminat dan rakyat Malaysia menerusi laman-laman sosial.
Awal Mei lalu, beliau mengakui bahawa dirinya sudah pun bertunang selepas tersebarnya gambar majlis pertunangan mereka. Majlis pertunangan dikatakan diadakan Mac lalu.
Sinar

Ustaz Don: Kami sama seperti pasangan lain

Posted on the August 24th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
Tidak ketinggalan, saudara mara mengambil peluang bergambar kenangan bersama Ustaz Don.
“BOLEH tak saya skrip jawapan itu.” Itulah jawapan ringkas penceramah popular, Ustaz Don ketika ditanya mengenai pertemuannya dengan isteri, Husna Zahry.
Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid dalam kalangan peminat ceramah agamanya, malah fenomena Ustaz Don sama naik seperti Ustaz Azhar Idrus.


Ceramah yang disampaikan melalui kuliah-kuliah agamanya mula popular melalui laman Youtube sehingga ke laman sesawang Facebook, namun kini dia sudah pun menyampaikan ceramah dan mempunyai peminat yang tersendiri.
Lelaki berusia 28 tahun itu ditemui Sinar Harian setelah tiba di kampung halamannya di Kampung Dodol sebelum dinikahkan petang semalam di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Husna berasal dari Balik Pulau dan majlis kenduri sebelah pengantin perempuan diadakan esok sementara majlis perkahwinan Ustaz Don akan diadakan pada 1 September 2012 di Dewan Kuis.
Dia yang bersahaja dengan kemeja lengan panjang hadir bersama adik bongsunya, Don Asyraf, 24, disambut puluhan saudara-mara dan orang kampung di situ.
Ketika ditemui dia dengan rendah diri memaklumkan jamuan berkenaan diadakan bukan untuk menyambut kedatangannya, sebaliknya adalah jamuan Aidilfitri yang diadakan setiap tahun bersama saudara-mara.
“Alang-alang disebabkan perkahwinan saya diadakan hari esok (hari ini), jadi mereka semua menyambutnya sekali,” katanya.
Don yang kini bekerja sebagai tenaga pengajar di Kolej Universiti Islam Selangor (Kuiscell) mengakui alam perkahwinan yang akan dilalui bersama Husna sama seperti pasangan suami isteri yang lain.
“Bagi saya tiada bezanya, apa yang pasangan lain rasakan itulah yang akan kami rasa, sama sahaja,” katanya.
Ustaz muda yang sentiasa tersenyum itu juga sempat menyampaikan nasihatnya kepada pasangan muda di luar sana.
“Bagi saya mana-mana pasangan yang ingin bercinta lama atau sebaliknya itu adalah subjektif, seperti juga nabi kita tidak pernah meletakkan sesuatu sebaliknya nabi telah meletakkan landasan kepada kita.
“Sebagai contohnya bergantung kepada kita untuk gunakan keretapi bagaimana, ekspres atau keretapi wap, jika terbabas atau sebaliknya itu adalah pada diri kita sendiri.
“Ia adalah bergantung atas kecerdikan kita sendiri, itu subjektif, namun kepada pasangan muda apa yang saya boleh nasihatkan ialah sememangnya kita melakukan kesalahan dan begitu juga orang tua, tidak boleh lari masalah.
“Namun kita masih boleh perbaiki diri kita dan tidak berterusan melakukan kesalahan itu, sebagai orang Islam dan mempunyai iman kita perlu perbaiki,” katanya.
Dia yang mempunyai keluarga di sebelah ibu di Kampung Dodol sementara sebelah bapanya pula di Gelugor.
Mula bersekolah di Sekolah Kebun Sireh Bukit Minyak kemudiannya menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal.
Dia kemudiannya menyambung diploma di Maahad Tahfiz Pulau Pinang dan ke Maahad
Qiraat Shoubra Mesir.
Sementara itu, Don Asyraf adik lelaki bongsu Ustaz Don berkata, dia bersyukur kerana akhirnya ada wanita yang boleh mendampingi abang sulungnya itu.
“Kami mempunyai empat beradik, yang sulung adalah kakak dan Ustaz Don adalah abang kedua, dalam keluarga ini adalah perkahwinan kali ketiga buat keluarga kami.
“Mudah-mudahan perkahwinan ini diberkati dan kakak ipar saya dapat meneruskan perjuangan bersama Ustaz Don,” katanya.
Kedua-duanya ditemui ketika majlis jamuan Aidilfitri di rumah bapa saudaranya, Abdul Hamid Abdul Kadir, 74.
Abdul Hamid berkata, sebagai bapa saudara dia begitu seronok anak saudaranya itu akan melalui alam perkahwinan.
Dia yang juga abang kepada ibu Ustaz Don berkata, apa yang menarik mengenai Don Daniyal ialah adab sopannya.
“Sejak kecil memang keluarganya sudah terbentuk dengan akidah Islam, bukan dia sahaja malah kesemua adik beradiknya, dan ketika belajar di Mesir, Daniyal mempunyai seorang guru yang mana dipanggil Sheikh.
“Sheikh berkenaan cacat penglihatan dan dialah yang akan mengambil dan membawa pulang kembali Sheikh setiap hari, adabnya terhadap guru memang terpuji,” katanya kepada Sinar Harian.
Petah berkata-kata
Ketika ditanya siapa lagi ahli keluarga yang mengikut jejak langkah Ustaz Don dalam menyampaikan ceramah, Abdul Hamid memaklumkan adik perempuannya iaitu ibu kepada Ustaz Don sememangnya suka bersyarah dan memasuki pertandingan.
Tidak ketinggalan gembira dengan berita perkahwinan Ustaz Don ialah sepupunya, Mohd Zaki Abdul Hamid, 27.
Dia mengakui sepupunya itu petah berkata-kata sejak dari kecil lagi.
Antara pengalaman yang diingat bersama Don ketika musim perayaan ialah berhari raya di sekeliling kampung.
“Setelah kami masing-masing sambung pelajaran memang lost contact tetapi masih berhubungan, apa pun sebagai sepupu saya mendoakan kebahagiaan dia bersama isteri,’ katanya.
Sinar

Janji ‘kerat’ Johari Pain versi kedua

Posted on the August 24th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
Kenyataan ‘berani mati’ individu yang menggelar dirinya, Jat Raindy yang tersebar di Facebook, semalam, mengundang perasaan marah peminat bola sepak Kedah
SELEPAS tewasnya juara treble 2007 dan 2008, Kedah pada aksi pertama kumpulan B Piala Malaysia kepada Juara Liga Premeir 2012, ATM 2-0 di laman sendiri kelmarin, seorang lelaki yang menggelar dirinya Jat Raindy sanggup memotong kemaluannya jika Kedah berjaya di dalam saingan Piala Malaysia.
Terdahulu, Jat telah menulis tentang kekecewaannya di laman sosial Facebook serta mendakwa skuad Kenari layak jatuh ke saingan Liga Perdana berdasarkan prestasi yang tidak konsisten yang ditunjukkan.


Jat bagaikan mahu mengulangi fenomena yang dicetuskan Johari Pain di laman sosial Facebook sebelum ini yang sanggup memotong kemaluannya seandainya atlet terjun negara, Pandalela Rinong berjaya memperoleh pingat pada saingan temasya Olimpik 2012 di London baru-baru ini.
Johari membuat kenyataan itu beberapa jam sebelum Pandelela bersaing dalam peringkat akhir acara 10m Platform Wanita, namun selepas Pandalela berjaya memperoleh pingat gangsa pada acara kegemarannya, jelas Johari Pain tidak mengotakan janji bahkan memohon maaf kepada semua peminat sukan tanah air melalui Twitternya di atas keterlanjurannya.
Bagaimanapun, tindakan Johari yang jelas berhadapan dengan reaksi dan marah dan tersinggung rakyat Malaysia rupanya masih gagal diambil iktibar oleh Jat yang jelas telah menyinggung perasaan penyokong setia Hijau Kuning.
Selepas teruk mengkritik Hijau Kuning di atas prestasi yang kurang kosisten, Jat turut menambah komennya, “okyh aq krat XXXX sampai kat XXXX un xpa..aq dok as..mai cr aq law kdah lyak…”
Jat yang menulis kenyataan tersebut di laman sosial Facebook Penyokong Setia Hijau Kuning sanggup memotong kemaluannya sekiranya pasukan tersebut mara sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat suku akhir.
Bagaimanapun, komen beliau dipadamkan admin laman tersebut.
Kemudian, kenyataan itu dimuatkan kembali oleh laman sosial Persatuan Bola Sepak Kedah dan mendapat reaksi kurang senang peminat pasukan Kedah.
Sinar

Saya bagi tempoh seminggu cari bukti – Jue Aziz

Posted on the August 24th, 2012 under Artis by admin

  • Share

NAMA pelakon cantik Zuliana Abd. Aziz, 29, atau lebih popular dengan panggilan Jue Aziz hampir tidak pernah dibicarakan lagi sejak kebelakangan ini. Jue seperti sudah terhakis dengan sebarang kontroversi, terutamanya yang berkaitan soal cinta.
Bagaimanapun, nama pelakon berkenaan tiba-tiba kembali hangat diperkatakan ramai apabila sebuah akhbar baru-baru ini mendedahkan tentang hubungan istimewanya dengan pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abd. Radzak yang juga suami kepada pelakon Rita Rudaini Mokhtar.
Hubungan antara Jue dan Aidil dikatakan akrab dan seperti pasangan dilamun cinta, sedangkan pada masa yang sama kes membabitkan Aidil dan Rita masih lagi dibicarakan di Mahkamah Syariah.


Ketika dihubungi Kosmo! semalam, Jue mengakui dirinya terlalu kecewa dengan kontroversi yang melanda dan menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan pemain bola sepak tersebut.
Kosmo!: Apakah reaksi Jue apabila didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan Aidil?
JUE: Sudah tentu saya berasa sedih dan kecewa kerana ketika sambutan
1 Syawal umat Islam merayakan Aidilfitri dan dihidangkan dengan pelbagai juadah, saya pula telah dihidangkan dengan sebuah kisah kontroversi yang boleh mengaibkan diri saya.
Apa yang boleh anda katakan apabila dikaitkan mempunyai hubungan dengan suami orang?
Pertama sekali, saya ingin menegaskan yang saya memang tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Aidil seperti yang didedahkan. Saya sendiri agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan sehingga boleh menimbulkan impak yang buruk. Bagaimanapun, saya akui memang mengenali Aidil dan sejujurnya ia sekadar kenalan biasa. Tidak lebih daripada itu. Kalau ada yang mengatakan kami dilamun cinta atau pernah keluar berdua-duaan, sudah tentu ia tidak benar sama sekali. Sejak kebelakangan ini juga jadual saya agak padat dengan aktiviti lakonan dan sering menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur. Jadi, tidak mungkin saya ada masa untuk keluar dengan Aidil, apatah lagi dengan statusnya yang masih lagi suami orang.
Adakah anda tahu individu atau pihak yang telah mengaitkan nama anda dalam kontroversi ini?
Sebenarnya saya tahu identiti individu yang bertanggungjawab mereka cerita ini memandangkan nama Ayu Raudhah turut dikaitkan sama. Lagipun saya yakin, pembaca yang membaca cerita berkenaan juga sudah dapat agak siapa individu tersebut. Cuma saya agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan pula, sedangkan saya langsung tiada masalah dengan individu itu. Kalau betul dia ada bukti seperti yang diperkatakan, sila bersemuka dengan saya.
Setelah kontroversi berkenaan tersebar, adakah ia memberi impak kepada anda?
Apa yang saya dapat tahu bukan nama saya seorang sahaja yang telah terjejas, malah ia juga memberi impak yang buruk terhadap Ayu. Walaupun hubungan kami tidaklah terlalu rapat, tetapi saya kasihan dengan Ayu apabila dia pula dituduh menjadi orang tengah.
Bagaimana pula dengan tindakan anda selanjutnya untuk berhadapan dengan kontroversi ini?
Saya beri tempoh seminggu kepada individu tersebut untuk mengemukakan bukti kalau betul saya ada hubungan dengan Aidil. Sekiranya tidak ada bukti yang dikemukakan, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka malah saya berani tampil dan bersemuka dengannya kerana tahu diri saya memang tidak bersalah. Saya ada
hak untuk membersihkan nama kerana kontroversi ini pastinya boleh menjejaskan periuk nasi saya sebagai seorang pelakon.
Kosmo

Lebaran versi Diana, Heliza, Yatt

Posted on the August 24th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

PAGI Jumaat yang indah bersahut kicauan burung menyatukan tiga artis muda, Diana Amir, Heliza Helmi dan Yatt Hamzah untuk satu sesi fotografi khas sempena Aidilfitri bersama Kosmo!.
Tiga sahabat itu pernah bersama-sama menunaikan ibadah umrah sekitar pertengahan tahun ini dan ketika dipertemukan sekali lagi, pelbagai kisah meluncur laju dari butir kata mereka.
Berkongsi nikmat dan rasa yang berbeza untuk bercerita hakikat dan hikmat lebaran kali ini, tiga jiwa itu membuka bicara.


Zaman kanak-kanak Heliza
Bicara bermula dengan si gadis Sunsilk, Heliza Helmi yang baru pulang dari mengerjakan umrah kali kedua bersama keluarga pada hujung bulan Julai lalu. Selain sibuk mengatur karier sebagai penyanyi dan pengacara, bintang Akademi Fantasia 5 itu rancak menyebar dakwah melalui ceramah motivasi.
“Ramai cakap saya sering menghilangkan diri tapi hakikatnya saya sibuk dengan penggambaran rancangan Rasa Halal Astro sejak awal tahun hingga bulan Mei lalu. Menerusi rancangan itu saya menjelajah ke lima buah negara untuk meneroka makanan halal di Turki, Korea, Australia, Perancis dan United Kingdom,” tuturnya memulakan bicara.
Pengacara Man Jadda Wa Jada dan Sinar Itu Hadir Jua kini sibuk menyusun kembali jadual kerja sekembalinya ke tanah air baru-baru ini. Tidak hairanlah, persiapan raya Heliza dan keluarga dirancang pada saat-saat akhir menjelang 1 Syawal.
“Tahun ini saya sekeluarga beraya di Kuala Lumpur memandangkan semua sudah berpindah ke sini. Kalau ditanya mengenai baju raya, memadai sehelai dua untuk dipakai pada hari raya pertama.
“Keluarga saya bukan jenis berkonsep dan pakai baju warna sedondon, cukup hanya menghayati nikmat berhari raya sebagai seorang khalifah Allah,” katanya yang memilih baju raya warna turquoise tahun ini.
Kenangan beraya ketika zaman kanak-kanak di kampung, kata Heliza merupakan detik terindah baginya menyambut lebaran.
“Selain kemeriahan bergurau senda bersama keluarga yang telah lama tidak berjumpa, rasa teruja mendapat duit raya dan berlumba-lumba mengumpul paling banyak duit raya melengkapkan memori indah berhari raya,” ujarnya yang pernah sakit perut akibat tidak menjaga makan semasa berhari raya beberapa tahun lalu.
Diana pakai baju lama
Pertama kali menyambut puasa dan raya selepas berhijrah hujung tahun lalu, Diana Amir pula mengakui dia kini mahu lebih mendalami ilmu agama dan kerohanian.
“Saya mahu fokus belajar tentang ibadat puasa dan nikmat Aidilfitri. Jika sebelum ini puasa sekadar menahan lapar dan dahaga kini ilmu dan ibadat diaplikasikan lebih mendalam,” katanya jujur.
Aidilfitri bagi Diana bukan waktu untuk berbelanja sakan dan membeli pelbagai kelengkapan untuk meraikan hari kemenangan berpuasa, jauh sekali untuk bermegah-megah.
Malah, bintang program TV Impian Sunsilk itu sekadar memakai kembali jubah-jubah yang dibelinya ketika mengerjakan umrah di Mekah.
“Saya pakai apa yang ada sahaja, beri peluang kepada golongan kurang berkemampuan merasa nikmat berhari raya dengan pakaian baharu,” ujarnya merendah diri.
Keseronokan berhari raya, kata Diana lebih terasa ketika pulang ke kampung. Tahun ini dia menyambut raya di Pulau Pinang dan Johor.
“Raya pertama kami sekeluarga meraikannya di kampung ibu saya di Pulau Pinang, manakala kami akan pulang kampung sebelah bapa saya di Johor pada hari raya kelima. Tradisi raya yang paling ditunggu-tunggu adalah saat bermaaf-maafan antara ahli keluarga dan makan beramai-ramai,” tutur pelakon filem Salam Cinta yang bakal menemui penonton pada 6 September ini.
Baju raya Yatt terbakar
Seminggu bercuti sebelum kembali melaksanakan tugasan menyampaikan pesanan dan dakwah melalui forum atau ceramah, Yatt Hamzah berkongsi kemeriahan raya keluarga besarnya yang terdiri daripada sembilan beradik.
“Tahun ini keluarga saya memakai baju warna kuning sedondon. Bayangkan apabila semua adik-beradik saya berkumpul beramai-ramai bersama anak masing-masing. Suasana bukan sekadar meriah, tapi juga gamat!
“Hari raya pertama disambut di kampung saya di Seremban, Negeri Sembilan dan pada hari raya kedua pula ke Ampang, Selangor di rumah keluarga sebelah suami.
“Biasanya pada pagi raya, kami cuba untuk tidak terlepas solat sunat Aidilfitri biarpun terpaksa melakukannya di pekarangan masjid. Kemudian tradisi beratur beramai-ramai untuk memohon restu dan kemaafan daripada ibu saya selalunya melengkapkan pengertian Syawal saya,” laju ibu kepada seorang cahaya mata, Suci Hanania Malika, 2 ini bercerita.
Penghijrahannya pada 5 April lalu menghadiahkan makna lebaran berbeza kepada Yatt. Katanya, selain teruja meraikan Aidilfitri bersama imej baharu, dia kini lebih menghayati dan mendalami pengertian sebenar hari raya.
“Saya lebih bahagia, tapi dalam masa yang sama sedih dan terharu kerana diberikan hidayah oleh Allah untuk berubah. Masih belum terlambat lagi dan kesempatan yang diberikan ini bukti kekuasaan-Nya untuk menikmati keindahan yang ada di depan mata,” ungkapnya.
Sepasang baju kurung kuning hitam sedondon bersama permata hatinya telah dibeli beberapa hari sebelum raya, manakala lapan pasang baju raya dihadiahkan butik yang menaja pakaiannya.
Yatt menggemari ketupat daun palas, kuih bahulu, tart dan rendang hitam masakan ibunya yang biasanya menjadi rebutan dengan lapan lagi adik-adiknya.
Berkongsi kenangan raya bermain bunga api ketika darjah satu, kata Yatt pernah baju kurung yang dipakai pada malam raya terbakar gara-gara disambar percikan bunga api akibat terleka.
“Baju terbakar dan dada melecur sudah cukup buat saya menangis tanpa henti, mujur ibu tampal bahagian yang berlubang kerana terbakar itu dan mencuci baju untuk hilangkan bau.
“Selepas dijemur di ampaian, baju itu terjatuh ke rumah (apartment) bawah pada pagi raya. Sambil menangis terpaksalah saya pakai baju raya tahun sebelumnya,” cerita pelakon drama Ular Emas itu bersungguh-sungguh.
Kosmo

Bekas mufti: Terkeluar Islam jika persenda hudud

Posted on the August 23rd, 2012 under Agama,Tempatan by admin

  • Share
Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi amaran kepada golongan yang mempersenda usaha untuk melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam.
Dr Mohd Asri berkata, sendaan itu boleh dilihat ketika Kelantan mula memperkenalkan hukum hudud – melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.
“Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan ‘sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan’ adalah melampaui batasan agama.


“Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam,” katanya dalam satu tulisan di blognya, drmaza.com.
Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa golongan yang menolak hukum hudud yang tertulis di dalam al-Quran sahaja yang akan terkeluar daripada Islam.
Golongan yang menolak penafsiran oleh para sarjana atau mana-mana individu mengenai undang-undang Islam itu, tidak akan jatuh hukum sehingga murtad, katanya.
”Sebagai seorang muslim, kita tak boleh persoalkan hukum tuhan. Cuma di sini ada perbezaan dalam menafsirkan undang-undang hudud.
”Ada tiga. Pertama, bagi orang yang menentang hukum yang ada di dalam al-Quran, dia terkeluar agama. Bagi orang yang menentang penafsiran tidak semestinya mereka menentang hudud tetapi mereka hanya menentang penafsiran (hukuman) hudud.
“Dan ketiga, apabila seseorang mengatakan, hukuman itu tidak dapat dilaksanakan pada zaman ini kerana tidak cukup syarat atau suasana tidak sesuai, tidak boleh dikatakan mereka sebagai menentang hudud,” katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini.
Mengulas lanjut perkara itu, Mohd Asri berkata, hukum hudud yang termaktub di dalam al-Quran boleh memberi lebih daripada satu penafsiran.
Katanya, mereka yang memberi penafsiran mengenai hukuman itu pula tidak semestinya menentang Islam. Sebaliknya, hanya melontarkan pandangan mengenai hukuman tersebut.
“Umpamanya (bila ada yang bertanya) apa syarat tangan untuk dipotong, apa kesan jika tangan dipotong. Serta beberapa pandangan sarjana mengenai hukuman ini. Jika beberapa pandangan terhadap penafsiran itu yang berlaku sekarang, itu bukan menentang hudud.
“Kalau tolak penafsiran, sebagai contoh, PAS- mengenai enakmen liwat atau kes zina dan empat orang saksi. Itu bukan menentang al-quran tetapi (menentang) penafsiran,” jelasnya.
Sehubungan itu, Mohd Asri berpendapat, situasi yang berlaku sekarang bukan mengenai seseorang yang menentang hukum Allah itu tetapi hanya memberikan pendapat mengenai kesesuaian melaksanakan hukuman berkenaan.
“Saya rasa kini mereka bukan menentang hukum tuhan tetapi memberi pendapat dengan mengatakan suasana sama ada sesuai atau tidak untuk melaksanakan hudud. Bukan hudud itu tidak sesuai tetapi suasana.
“Kita kena tahu sama ada orang itu pertikaikan hudud itu sendiri atau mengatakan hukuman itu sesuai atau tidak sesuai. kalau pertikai hudud itu sendiri, dia telah keluar agama tetapi kalau menentang penafsiran hudud itu, tidak sampai hingga terkeluar daripada agama,” katanya lagi.
Kelantan promosi hudud
Dalam tulisan di blognya itu, beliau turut mempertahankan usaha melaksanakan hudud seperti dijalankan kerajaan negeri Kelantan yang disifatkannya sebagai tindakan yang jujur untuk melaksanakan perintah Allah.
Namun, langkah itu terhalang kerana tidak mendapat kerjasama oleh kerajaan persekutuan, kata Dr Mohd Asri lagi.
“Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu. Walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan.
“Ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan,” katanya.
Tambahnya, beliau mendapati demikian apabila melihat kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberitahunya: “Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”.
“Di Kelantan suasana kondusif untuk hudud terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran pusat.
“Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan. Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan.
“Maka, bukan menjadi kesalahan Kelantan jika beberapa hukuman hudud tidak dilaksanakan disebabkan keterbatasannya,” kata Dr Mohd Asri lagi.
Awal tahun lalu, Nik Abdul Aziz menjelaskan bahawa Kelantan memutuskan untuk tidak melaksanakan enakmen tersebut kerana bimbang kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat dan merampas pentadbiran kerajaan negeri.
Katanya, perdana menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Kelantan dan memberi amaran untuk mengambil tindakan sekiranya undang-undang itu dilaksanakan.
Selain Kelantan, Terengganu turut meluluskan undang-undang serupa melalui Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Kisas yang diwartakan pada 2002) ketika negeri itu berada di bawah pentadbiran PAS.
BN yang mengambil alih pentadbiran Terengganu selepas itu juga tidak melaksanakan peruntukan tersebut kerana belum cukup persediaan, seperti dinyatakan seorang wakil kerajaan dalam persidangan DUN akhir tahun lalu.
Malaysiakini

10 Perkara yang Membatalkan Syahadat

Assalamualikum Warohmatullah Wabarokatuh.
Wahai saudaraku, pernahkah kita mendengar atau belajar tentang hal-hal yang membatalkan sholat, membatalkan puasa, membatalkan zakat, atau mungkin haji. Ada juga perkara-perkara yang membatalkan wudlu. Namun seringkah kita belajar tentang perkara-perkara yang membatalkan syahadat ??
Syahadat adalah pondasi dalam Islam yang juga merupakan rukun islam yang pertama. Batalnya syahadat berakibat fatal bagi batalnya keislaman seseorang. Untuk itu setiap mukmin diperintahkan untuk membaca syahadat minimal 9 kali atau dalam setiap 5 kali sholat setiap hari agar pondasi keislaman seorang muslim tetap terjaga. Batalnya syahadat berakibat fatal terhadap batalnya keislaman seseorang.
Nah, apasaja perkara-perkara yang membatalkan syahadat. Para fuqoha’ dalam kitab-kitab fikih telah menulis bab khusus yang diberi nama “Riddah” (kemurtadan). Dan yang terpenting adalah 10 hal, yaitu :

1. Syirik Kepada Allah,

Firman Allah :


Termasuk didalamnya menyembelih karena selain Allah, misalnya untuk kuburanyang dikeramatkan atau untuk jin dan lain-lain.

2. Orang yang menjadikan antara dia dan Allah perantara-perantar.

Ia berdoa kepada mereka, meminta syafaat kepada merekadan bertawakkal kepada mereka. Orang seperti ini kafir secara ijma’. Kejadian ini pernah terjadi pada zaman Rosulullah SAW yaitu yang telah dilakukan oleh kaum kair Quraisy. Salah jika menganggap kaum Quraisy sepenuhnya berTuhan kepada Latta, ‘Uzza, Manat, serta Huban. Mereka hanyalah Ghoroniq buatan kaum mereka sendiri dengan dalih para ghoroniq inilah yang akan menyampaikan do’a-do’a serta permohonan mereka kepada Allah. Tuhan mereka hanyalah pemberi syafaat kepada mereka. Tampaknya hal ini juga banyak terjadi di kalangan masyarakat di negeri kita saat ini yaitu generasi-generasi jahiliyah modern.

3. Orang yang tidak mau mengkafirkan orang musyrik dan orang yang masih ragu terhadap kekufuran mereka atau membenarkan madzhab mereka, dia itu kafir.

4. Orang yang meyakini bahwa selain petunjuk Nabi Muhammad SAW lebih sempurna dari petunjuk beliau.

Seperti orang-orang yang mengutamakan hokum thaghut di atas hukum Rosulullah SAW, mengutamakan hukum atau perundang-undangan manusia di atas hukum Islam, maka dia kafir.

5. Siapa yang membenci sesuatu dari ajaran yang dibawa oleh Rosulullah SAW sekalipun ia juga mengamalkannya, maka ia kafir

6. Siapa yang menghina sesuatu dari agama Rosul SAW atau pahala maupun siksanya, maka ia kafir.

Hal ini ditunjukkan oleh firman Allah :




7. Sihir

diantaranya sharf dan ‘athf (barangkali adalah amalan yang membuat suami benci kepada istrinya atau membuat wanita cinta kepadanya/pelet). Barangsiapa melakukan atau meridhoinya, maka ia kafir. Firman Allah :


8. Mendukung kaum musyrikin dan menolong mereka dalam memusuhi umat Islam.

Firman Allah :


9. Siapa yang meyakini bahwa sebagian manusia ada yang boleh keluar dari syari’at Nabi Muhammad SAW seperti halnya Nabi Khidir boleh keluar dari syariat Nabi Musa maka ia kafir. Sebagaimana diyakini oleh ghulat sufiyah (sufi yang berlebihan / melampaui batas) bahwa mereka dapat mencapai suatu derajatatau tingkatan yang tidak membutuhkan untuk mengikuti ajaran Rosulullah SAW.

10. Berpaling dari agama Allah, tidak mempelajarinya dan tidak pula mengamalkannya.

Firman Allah :


Syaikh Muhammad at Tamimi berkata, “tidak ada beda dalam hal yang membatalkan syahadat ini antara orang yang bercanda, yang serius (bersungguh-sungguh) maupun yang takut, kecuali orang yang dipaksa. Dan semuanya adalah bahaya yang paling besar serta yang paling sering terjadi. Maka setiap muslim wajib berhati-hati dan mengkhawatirkan dirinya serta mohon perlindungan kepada Allah SAW dari hal yang bisa mendatangkan murka Allah dan siksaNya yang pedih.”
Jadi pertahankanlah keislaman kalian wahai saudaraku sekalipun nyawa terpisah dari jasad.
Selamat berjuang wahai saudaraku, semoga Allah SWT melindungi . . .
Referensi : Kitab Tauhid (Dr. Shalih bin Fauzan bin Abdullah al Fauzan)

Perkara-perkara yang membatalkan syahadah

Diantaranya adalah :

1. Syirik kepada Allah swt. Sebagaimana didalam firman Allah swt :-

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar." - [An-Nisaa': 48].

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَار "Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam. Padahal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim." [Al-Maaidah : 72].

2. Pengambilan seseorang atau sesuatu sebagai perantara dalam berdo'a atau beribadah kepada Allah. Sebagaimana firman Allah swt :-

أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ "Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik) dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya, sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)." - [Az-Zumar : 3]

3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik atau meragukan kekafiran mereka atau membenarkan agama mereka.

4. Mempercayai bahawa ada ajaran lain yang lebih benar dan sempurna dari ajaran Nabi Muhammad saw atau adanya hukum-hukum yang lebih baik dari hukum-hukum Nabi Muhammad saw seperti halnya orang-orang yang lebih menyukai hukum-hukum thaaghuut daripada hukum-hukum Nabi saw, atau menganggap hukum Islam sudah tidak sesuai lagi atau menganggap hukum Islam adalah sebab dari kemunduran kaum muslimin pada zaman ini atau menganggap agama Islam hanya sesuai untuk mengatur hubungan antara pribadi-pribadi dengan Allah swt. Sebagaimana firman Allah swt :-

إِنَّا أَنْزَلْنَا التَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُوا لِلَّذِينَ هَادُوا وَالرَّبَّانِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُوا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ وَكَانُوا عَلَيْهِ شُهَدَاءَ فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir. " - [Al-Maidah : 44]

وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَا أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنْفَ بِالْأَنْفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ فَمَنْ تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ "Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa dan mata dibalas dengan mata dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." - [Al-Maidah : 45]

وَلْيَحْكُمْ أَهْلُ الْإِنْجِيلِ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فِيهِ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ "Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. "- [Al-Maidah : 45,47]

5. Membenci sesuatu dari apa-apa yang diajarkan Rasulullah saw, walaupun perkara itu dikerjakan oleh orang tersebut. Sabda Nabi saw :

فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي “Barangsiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku”. (Muttafaq `Alaih)

6. Mengejek, Mencemuh, Memperli atau mencela sesuatu dari agama Islam. Sebagaimana firman Allah swt :-

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ. لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ. "Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah." - [Al-Taubah : 65-66]

7. Melakukan perbuatan sihir, bagi yang melakukannya atau ridha terhadapnya. Firman Allah swt :-

وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ "Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui"- [Al-Baqarah :102].

8. Mendukung dan membantu kaum kuffar dalam melawan, menindas dan memusuhi kaum muslimin, dan dia adalah kufur akbar. Firman Allah swt :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ. "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. " -[Al-Maaidah : 51)

9. Sesiapa yang menyangka bahwa orang-orang boleh keluar dari syari'at Islam, maka orang itupun batal Islamnya dan menjadi orang kafir. Firman Allah swt :-

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا "Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. " - [Al-Nisaa :60].

10. Barangsiapa yang acuh (lekeh) kepada agama Islam, tidak mempelajarinya dan tidak mengamalkannya, maka orang itu adalah orang kafir. Firman Allah swt :-

كَذَلِكَ نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنْبَاءِ مَا قَدْ سَبَقَ وَقَدْ آتَيْنَاكَ مِنْ لَدُنَّا ذِكْرًا. مَنْ أَعْرَضَ عَنْهُ فَإِنَّهُ يَحْمِلُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وِزْرًا . خَالِدِينَ فِيهِ وَسَاءَ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حِمْلًا . "Demikianlah Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), sebahagian dari kisah-kisah umat manusia yang telah lalu dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu, dari sisi Kami (sebuah Kitab Al-Quran yang menjadi) peringatan. Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka sesungguhnya dia pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat. Mereka kekal di dalam (azab) dosa itu dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada hari kiamat, (Iaitu) hari ditiup Sangkakala dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan kelabu" - [Al-Thaha :99-101)


40 Perkara Yang Membatalkan IMAN


  1. 40 Perkara Yang Membatalkan IMAN

    Menurut AL-QURAN & SUNNAH

    1 Syirik

    2 Meninggalkan Solat Fardu


    3 Meninggalkan Puasa Ramadan


    4 Enggan Mengeluarkan Zakat


    5 Enggan Menunaikan Haji


    6 Riddah (Murtad)


    7 Kufur Terhadap Allah


    8 Mengingkari Takdir Allah


    9 Beramal Selain Mencapai Keredaan Allah


    10 Mentaati Selain Pernitah Allah dan Rasul


    11 Tawakal Selain Allah


    12 Memperhambakan Manusia


    13 Berpaling dan Peringatan Al-Quran


    14 Mengkhianati Amanah Allah dan Rasul


    15 Menyembunyikan kebenaram Ayat Allah S.W.T Kerana Takut Kepada Ancaman Manusia


    16 Mengubah dan Menayalahgunakan Ayat-ayat Allah S.W.T


    17 Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin


    18 Mempermainkan Kesucian Agama


    19 Menghukum dengan Hukum Manusia dan Menolak Hukum Allah (Hudud)


    20 Menghalalkan yang Haram dan Mengharamkan yang dihalalkan Allah S.W.T

    21 Mengajak Umat Islam Meninggalkan Jihad di Jalan Allah

    22 Mengkafirkan Sesama Muslim


    23 Cinta Kepada Kehidupan Dunia Melebihi Cinta kepada Allah atau Akhirat

    24 Mengamalkan Cara Hidup Orang Kafir

    25 Berpegang Teguh kepada Adat Resam Nenek Moyang yang Berlawan dengan Syariat Islam

    26 Munafik (Nifak)

    27 Beramal dengan Riak

    28 Gemar Mengamalkan Perkara Bidaah

    29 Membuat peraturan atau Undang-undang yang Berlawan dengan Petunjuk Allah dan RasulNya

    30 Tidak Beradab Terhadap Rasullulah s.a.w

    31 Menghina Sahabat Rasullah

    32 Mengankat Orang Kafir Menjadi Pemimpin

    33 Menolong Orang Kafir Mengintip Rahsia Orang-orang Beriman

    34 Memberi Amanah atau Kepercayaan kepada orang Kafir untuk Kepentingan Umat Islam

    35 Memohon Keampunan Dosa bagi Orang Kafir

    36 Taksub kepada Ulama dalam Perkara Maksiat

    37 Mempercayai Tukan Tenung

    38 Mengamalkan dan Mempercayai Sihir

    39 Mempercayai Kuasa Azimat

    40 Bersumpah dengan Selain Nama Allah

GAMBAR PENANGKAP IKAN LEBIH MENARIK DARI IKAN YANG BESAR...MANUSIA SECANTIK2 KEJADIAN CIPTAAN ALLAH SWT...TU SEBAB SURUH TUTUP AURAT...TU PUN ADA YANG DEGIL PADA PENCIPTA IAITU ALLAH SWT...RASIKO SENDIRI TANGGUNGLAH

Bahana tegur adik ipar

INILAH rumah di Kampung Serkam Pantai, Merlimau tempat Rashid ditikam adik iparnya kelmarin.


MELAKA – Niat murni seorang lelaki yang menegur adik iparnya yang didakwa kerap memukul isteri berakhir dengan mangsa mati ditikam oleh pemuda itu di sebuah rumah di Kampung Serkam Pantai di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam, mangsa, Rashid Ahmad, 46, meninggal dunia di Hospital Melaka pada pukul 1.40 pagi semalam selepas mengalami kecederaan parah di bahagian pinggang kiri akibat ditikam adik iparnya yang berusia 41 tahun.
Amat menyedihkan apabila tragedi berdarah tersebut berlaku di rumah ibu Rashid pada hari raya keempat ketika suspek, mangsa bersama sanak saudara berkumpul di rumah tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, siasatan polis mendapati sebelum kejadian mangsa yang bekerja sebagai jurukimpal di Muar, Johor dikatakan menegur sikap adik iparnya itu ekoran suspek didakwa kerap memukul isterinya yang merupakan adik perempuan mangsa.
“Teguran mangsa menyebabkan suspek marah lalu berlaku pergaduhan dan pergelutan.
“Semasa pergelutan suspek tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau lalu menikam mangsa,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Melaka di sini.
Menurut beliau, selepas ditikam mangsa yang masih bernyawa dihantar ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan tetapi dia disahkan meninggal dunia pada pukul 1.40 pagi.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Kata beliau, polis belum menahan suspek kerana lelaki itu menghilangkan diri dengan memandu sebuah kereta Proton Iswara berwarna hitam selepas kejadian tersebut.
Sementara itu, isteri Rashid, Siti Hawa Ibrahim, 44, berkata, dia tidak sangka teguran suaminya terhadap adik iparnya boleh mencetuskan pergaduhan sehingga meragut nyawanya.
“Ketika kejadian saya dan sanak saudara berada di dalam rumah manakala suami dan adik ipar berada di luar rumah selepas suami selesai menunaikan solat Maghrib.
“Saya hanya mengetahui suami saya ditikam selepas terdengar jeritan kuat ‘sakit’, ‘sakit’,” ceritanya ketika ditemui di Kampung Serkam Pantai di sini.
Siti Hawa memberitahu, dia yang keluar melihat apa yang berlaku nampak adik iparnya memegang sebilah pisau manakala suaminya terbaring berlumuran darah.
Kata wanita itu lagi, suspek kemudian menghantar suaminya ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan sebelum menghilangkan diri sebaik menurunkan mangsa di Wad Kecemasan Hospital Melaka.
Jenazah Rashid yang merupakan bapa kepada tiga orang anak berusia antara sembilan hingga 14 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Jalan Bakri Muar, Johor semalam.

Keluarga Pak Tam rayu bantuan

OMAR dan isterinya membaca kad Selamat Hari Raya daripada Pak Tam ketika ditemui di Kampung Paya Embun, Pekan Nanas, Pontian semalam.


PONTIAN - Keluarga kepada Sheikh Faeizan Omar, 23, (gambar kecil) atau Pak Tam yang kini ditahan di penjara Taiwan kerana disyaki membawa dadah, merayu badan-badan bukan kerajaan membantu membebaskan anak mereka itu.
Ibunya, Hadiah Gondet, 53, berkata, dalam surat yang dikirimkan dua minggu sebelum Ramadan, Pak Tam memberitahu, rayuan yang dibuatnya di Mahkamah Taiwan sebanyak tiga kali telah ditolak.
"Dia juga mengulangi permintaan supaya membantu membebaskannya," katanya ketika ditemui di Kampung Paya Embun, Pekan Nanas di sini semalam.
Kisah Pak Tam pernah menggemparkan negara apabila dia ditahan oleh pihak berkuasa Taiwan di Taipei pada 24 Mac 2008 selepas menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang berselindung di sebalik operasi menghantar barangan kristal ke Taiwan.
Remaja itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana didapati membawa keluar heroin seberat 2.1 gram di dalam begnya.
Mengulas mengenai perkembangan Pak Tam sekarang, Hadiah memberitahu, pada Ramadan lalu, dia hanya berpeluang bercakap selama enam minit bersama anaknya melalui telefon.
"Dia asyik bertanya tentang kami berbanding cerita tentang keadaan dirinya di sana.
"Saya tidak tahu bagaimana keadaan dia tetapi yang pasti, percakapannya lebih kepada telo Cina," ujarnya sebak.

Awas geng langgar, samun kereta


PEMANDU kereta dinasihat tidak berhenti jika kenderaan mereka dilanggar dari belakang kerana dikhuatiri ia dilakukan oleh kumpulan penjenayah. - Gambar hiasan


KAJANG - Hati-hati jika kenderaan anda dilanggar dari belakang ketika memandu seorang diri melalui beberapa laluan utama di daerah ini ekoran sudah terdapat 10 kes kenderaan disamun pada tahun ini selepas perlanggaran itu.
Berdasarkan aduan, lokasi sasaran kenderaan banyak dilarikan penjenayah selepas dirempuh dari belakang ialah semua persimpangan menuju ke Lebuh Raya Silk, susur ke Lebuh Raya Utara-Selatan, jalan menuju ke Besraya dan semua susur masuk ke Lebuh Raya Grand Saga.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab (gambar kecil) berkata, kumpulan penyamun yang terdiri daripada dua hingga empat suspek tersebut dikesan aktif di daerah ini sejak setahun lalu dan memilih lokasi-lokasi tersebut sebagai lokasi menyamun kerana kawasan tersebut sunyi dan kenderaan yang disamun pula mudah dilarikan.
"Kumpulan penjenayah ini akan melakukan kegiatan tersebut mengikut peluang seperti jika ada kenderaan yang melalui kawasan tersebut memandu seorang diri tanpa mengira jantina, penjenayah terbabit akan bertindak," katanya ketika dihubungi.
Menurut beliau, semasa melakukan jenayah itu, suspek membawa parang untuk mengugut mangsa supaya menyerahkan barang berharga mereka dan keluar dari kenderaan selepas diarahkan.
"Modus operandi penjenayah ini senang iaitu suspek-suspek menaiki sebuah kereta dan melanggar kereta sasaran mereka dari arah belakang.
"Sebaik mangsa berhenti dan turun untuk melihat kes perlanggaran tersebut, kumpulan suspek terbabit terus menyamun mangsa dan melarikan kenderaan tersebut," kata beliau.
Kata beliau, terdapat beberapa kes mangsa dicederakan oleh suspek yang cuba melawan.
Polis telah menahan beberapa suspek yang disyaki terbabit dengan kegiatan itu tetapi saki-baki ahli kumpulan yang masih bebas meneruskan aktiviti jenayah berkenaan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pemandu kereta yang memandu seorang diri supaya tidak memberhentikan kenderaan sekiranya kereta mereka dilanggar dari belakang.
"Mangsa sepatutnya memandu terus ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan mengenai kejadian itu," nasihat beliau.

Aishah derita mata ditusuk wau


MOHD. SHAHIMIN melihat mata Siti Aishah yang mengalami masalah penglihatan di Tanah Merah Dalam, Jitra baru-baru ini.


JITRA - Biarpun sudah empat tahun berlalu, kejadian mata kanan tertusuk bilah wau masih menjadi igauan buruk buat Siti Aishah Shahimin, 11, apabila dia kini menghadapi masalah penglihatan sehingga menjejaskan pembelajarannya.
Siti Aishah yang mengikuti program pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin di sini masih tidak dapat membaca dengan lancar selain sukar mengingati apa yang diajar.
Lebih memburukkan lagi keadaan apabila kecederaan mata itu turut mengakibatkan gangguan pada sistem saraf dan menyebabkannya kerap diserang sawan pada tahun lalu. Bagaimanapun ia pulih selepas menerima rawatan hospital.
Bapa Siti Aishah, Mohd. Shahimin Mat Khir, 44, memberitahu, akibat diserang sawan, hampir setiap hari dalam tempoh sebulan pada tahun lalu, anaknya juga menghadapi masalah pertuturan.
"Tragedi pada 10 Mei 2008 itu menyebabkan masa depan anak saya kabur dan hanya satu harapan saya iaitu matanya dapat dipulihkan semula untuk dia teruskan pembelajaran," katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Tanah Merah Dalam di sini semalam.
Kejadian empat tahun lalu itu berlaku ketika Siti Aishah yang baru berusia tujuh tahun bermain di hadapan rumahnya sebelum wau secara tiba-tiba jatuh di hadapan mukanya dengan bilah menusuk mata kanan.
Akibat kejadian, mata anak keempat daripada enam beradik tersebut berdarah kerana korneanya terkoyak.
Katanya, kornea anaknya digantikan dengan kornea baharu berbentuk gel, bagaimanapun penglihatan anaknya tidak kembali seperti asal.

2,000 keluarga beraya tanpa air


BASRI menunjukkan telaga yang dikorek di kawasan belukar di Kampung Carok Bunting untuk mendapatkan sumber air di Baling, Kedah semalam.


BALING - Lebih 2,000 keluarga di daerah Baling kini menghadapi gangguan bekalan air yang kritikal sejak dua bulan lalu.
Ketika menyambut Aidilfitri Ahad lalu, mereka langsung ketiadaan bekalan air yang sebelum itu dibekalkan Syarikat Air Darul Aman (Sada) untuk kegunaan mandi dan memasak.
Keadaan tersebut dialami sejak beberapa hari sebelum kedatangan 1 Syawal lagi, apabila paip air yang masuk ke rumah mereka langsung tidak menitis.
Antara kampung terbabit dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang yang teruk terjejas ialah Kampung Parit Panjang, sekitar pekan Kupang, kawasan perumahaan sekitar Pekan Tawar dan Pekan Malau.
Dalam kawasan DUN Kuala Ketil pula, kampung yang terbabit ialah di taman perumahan sekitar pekan Kuala Ketil.
Dalam kawasan DUN Bayu, lebih 10 kampung tiada bekalan air antaranya Kampung Tanjong Pari, Kampung Weng Luar dan Weng Dalam, Kampung Carok Putih, Kampung Becah Sawa, Kampung Lalang, Kampung Carok Bunting, Kampung Pokok Setol, Kampung Luar dan Kampung Siput.
Ada penduduk terpaksa menggunakan air kolam ternakan ikan untuk mandi di pagi raya, manakala di Kampung Carok Bunting, mukim Siong, seorang penduduk menggali telaga untuk mendapatkan air sejak sebulan yang lalu.

Penculik diberkas, mangsa selamat


KERETA Porsche milik mangsa culik yang ditinggalkan di Kampung Portugis, Bandar Hilir, Melaka semalam.


MELAKA - Drama penculikan selama hampir lapan jam membabitkan seorang ahli perniagaan di Kampung Portugis, Bandar Hilir di sini kelmarin, berakhir selepas sepasukan anggota polis berjaya menahan lima lelaki di Ayer Keroh awal pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kelima-lima suspek berusia 36 hingga 51 tahun itu dipercayai telah melarikan mangsa dengan menaiki sebuah MPV jenis Toyota Alphard berwarna hitam ke Kuala Lumpur pada pukul 9 malam.
Sebelum diculik, mangsa dipercayai telah meletakkan kereta mewah jenis Porsche miliknya berharga kira-kira RM1 juta di tempat letak kereta berdekatan sebuah medan selera makanan laut di Kampung Portugis, Bandar Hilir untuk minum bersama rakannya.
"Bagaimanapun, belum sempat rakan mangsa datang, kesemua suspek terlebih dahulu datang ke tempat tersebut lalu terus menculik mangsa menaiki sebuah Toyota Alphard.
"Mangsa diculik sejurus selepas turun dari keretanya," kata beliau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini semalam.
Raja Shahrom memberitahu, sebelum kejadian kesemua suspek dipercayai telah mengekori mangsa dari awal sehingga mangsa meletakkan keretanya.
Beliau berkata, kejadian hanya diketahui selepas rakan mangsa yang tiba di lokasi berkenaan kira-kira 10 minit kemudian diberitahu oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bahawa mangsa telah dibawa lari.
"Ekoran maklumat itu, rakan mangsa kemudian terus membuat laporan di Balai Polis Bandar Hilir," tambahnya.

Diculik, dibelasah angkara Botak


Kumanan yang cedera ditetak dan dibelasah kumpulan samseng dirawat di Hospital Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Angkara seorang pelesit rempit bergelar Botak yang menjadi buruan sekumpulan samseng, seorang remaja diculik, dibelasah dan ditetak kumpulan tersebut dalam kejadian di Bandar Menjalara di Kepong dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, A. Kumanan, 17. yang dalam perjalanan pulang selepas selesai mencuci motosikal tiba-tiba dikejar sebuah kereta Proton Perdana yang dinaiki tiga lelaki sehingga sampai ke rumahnya.
Setibanya di rumahnya, ketiga-tiga lelaki bersenjatakan parang itu meluru masuk ke dalam rumah mangsa dan menyerangnya dengan disaksikan oleh ibu dan nenek mangsa.
Mangsa yang lemah akibat serangan itu, kemudian ditarik memasuki kereta oleh kumpulan lelaki berkenaan sebelum pelajar tersebut terus dipukul.
Lima jam kemudian, mangsa yang patah tangan kiri dan kaki kiri serta beberapa kesan kecederaan di badan ditemui ditinggalkan berhampiran Taman Tasik Titiwangsa di sini.
Mangsa yang ditemui oleh oleh orang awam pada pukul 7.30 malam kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sementara itu, Kumanan berkata, dia benar-benar tidak tahu kenapa dia menjadi mangsa culik dan dibelasah sehingga cedera oleh tiga lelaki terbabit sedangkan kumpulan tersebut sebenarnya mencari seorang pelesit rempit bernama Botak.
“Dalam kejadian tersebut saya sudah dijadi umpan bagi menjerat Botak tetapi Botak sebenarnya bukan kawan rapat saya,” dakwanya ketika ditemui di HKL semalam.
Selepas menjadi mangsa culik, cerita Kumanan lagi, kumpulan lelaki berkenaan menghubungi keluarganya dan mengugut akan mencederakannya jika rakan mangsa yang bernama Botak tidak datang berjumpa mereka.

Lelaki gigit ular tedung hingga mati

GAMBAR fail menunjukkan seekor ular tedung.


KATHMANDU - Seorang petani Nepal menggigit seekor ular tedung sehingga haiwan itu mati, kata polis semalam.
Petani itu, Mohamed Salmo Miya melakukan perbuatan itu bagi membalas dendam selepas haiwan tersebut mematuknya, lapor agensi berita AFP semalam.
Ketua polis tempatan, Uma Prasad Chatrubedi menyatakan Mohamed sedang bertani dekat kampungnya yang terletak 200 kilometer ke tenggara Kathmandu ketika dia dipatuk ular tersebut.
"Seorang petani di Kampung Bardanga telah membunuh seekor ular tedung putih dengan giginya kerana marah.
"Ular tersebut mematuknya semasa dia sedang bekerja di sawah padi miliknya pada Selasa lalu.
"Lelaki itu kemudian berlari dan membunuh ular tersebut," katanya.
Mohamed turut dirawat di sebuah klinik tempatan dan dia kini berehat di rumahnya.
"Saya berasa amat marah selepas ular itu mematuk saya. Kemudian saya mengekori haiwan itu, menangkap dan menggigitnya sehingga mati," dakwanya yang berusia 55 tahun kepada akhbar Annapurna Post.
"Saya mungkin membunuhnya dengan kayu tetapi saya menjadi 'gila' kerana marah dan mahu membalas dendam.
"Saya membunuhnya dengan gigi saya," tambahnya.
Nepal mempunyai pelbagai jenis ular berbisa dan tidak berbisa.
Salah satu ular berbisa itu dikenali sebagai ular batu India sepanjang 10 meter.
Menurut agensi berita Reuters, seorang pegawai polis, Niraj Shahi berkata, lelaki itu tidak akan didakwa membunuh ular tersebut.
Menurutnya lelaki itu tidak didakwa kerana haiwan tersebut tidak disenaraikan sebagai spesies terancam. - Agensi

Tentera Syria tawan semula kawasan Kristian


ASAP kelihatan dari beberapa buah bangunan semasa para pemberontak menentang tentera Syria di daerah Seif El Dawla, Aleppo kelmarin.


BEIRUT - Tentera Syria menawan semula kawasan penganut Kristian di bandar Aleppo selepas pertempuran sengit berlaku dengan para pemberontak, kata beberapa penduduk semalam.
"Kami mempunyai dua hari yang teruk dalam kehidupan kami," kata seorang isteri ahli perniagaan di bandar tersebut yang hanya dikenali sebagai Sonia.
"Jika rumah kami tidak dibina seperti kubu, kami semua telah mati," tambahnya.
Beliau tinggal di kawasan kediaman Telal yang berada semula di bawah penguasaan tentera Syria kelmarin.
Tentera Syria turut merampas kawalan daripada pemberontak di Jdeide.
Menurut beberapa penduduk, pertempuran sengit berlaku di tengah bandar Aleppo, utara Syria.
Kawasan Jdeide dan Telal kerap dikunjungi pelancong kerana ia terkenal dengan keenakan makanan di restoran dan kedai-kedai kraf tangan.
"Pertempuran pada hari Isnin dan Selasa amat sengit dan berlanjutan berjam-jam sebelum pihak tentera menghancurkan semula para pemberontak," kata seorang penduduk tempatan.
Pertempuran di Syria bermula pada Mac lalu apabila sebahagian penduduk memberontak menentang kepimpinan Presiden Bashar Al-Assad.
Lebih 18,000 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran antara pemberontak dengan tentera Syria.
Para pemberontak itu menuntut Bashar meletakkan jawatan kerana gagal melaksanakan pembaharuan politik dan hak asasi manusia. - Agensi

Media diminta jangan siar gambar bogel Harry


BEBERAPA muka depan akhbar menyiarkan liputan tentang gambar bogel Putera Harry di London semalam.


LONDON - Keluarga diraja Britain kelmarin meminta akhbar-akhbar tempatan negara ini agar tidak menyiarkan gambar bogel Putera Harry (gambar kecil) bersama rakannya di Las Vegas.
Harry merupakan cucu pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II.
Beberapa gambar yang disiarkan sebuah portal hiburan dari Amerika Syarikat, TMZ.com menunjukkan pewaris ketiga takhta Britain itu berada dalam keadaan bogel di sebuah bilik hotel dengan seorang rakan wanitanya.
Seorang jurucakap istana kemudian mengesahkan keluarga diraja Britain itu menghubungi Suruhanjaya Aduan Akhbar bagi meminta supaya akhbar-akhbar di sini tidak menyiarkan gambar itu kerana ia melanggar privasi.
Laman TMZ.com melaporkan, dua gambar bogel Harry itu dirakamkan di sebuah bilik persendirian di Wynn Resort, Las Vegas selepas satu permainan biliard pada hujung minggu lalu.
Rumah Clarence yang merupakan kediaman bapa Harry, Putera Charles kelmarin mengesahkan imej itu tulen.
Sementara itu, akhbar-akhbar di negara itu semalam mematuhi permintaan istana.
Satu sumber istana memberitahu, Harry melakukan perbuatan tidak senonoh itu sebelum dia memasuki fasa seterusnya dalam kerjaya ketenteraan.
Harry, 27, berada di Las Vegas selepas menganjurkan sebuah majlis amal di San Diego.
Dia pernah membangkitkan kemarahan pada tahun 2005 apabila beberapa gambarnya yang muncul di akhbar menunjukkan dia menghadiri parti dengan memakai lilitan lengan yang mempamerkan lambang Nazi, swastika. - Agensi

Tangkap ikan layar gergasi di Hawaii

PALMER berdiri di sebelah ikan layar yang ditangkapnya
di Kailua-Kona, Hawaii pada 18 Ogos lalu.


HONOLULU - Seorang wanita berusia 28 tahun, Molly Palmer menangkap seekor ikan layar seberat lebih setengah tan di Kailua-Kona di Hawaii pada 18 Ogos lalu, lapor agensi berita AFP semalam.
Ikan seberat 463 kilogram (kg) dan sepanjang 3.65 meter itu ditangkap semasa Pertandingan Jemputan Ikan Layar Pulau Besar.
Penganjur pertandingan, Jody Bright berkata, tangkapan itu mengatasi rekod yang dibuat seorang wanita yang berjaya menangkap ikan sama dengan berat 430.91kg.
Bagaimanapun, Palmer tidak diisytiharkan pemenang dan memenangi hadiah wang tunai kerana dia menaikkan ikan tersebut dengan bantuan rakan-rakannya di atas kapal.
Berdasarkan undang-undang pertandingan menangkap ikan antarabangsa, pemenang perlu menangkap dan menarik ikan tersebut di atas kapal tanpa bantuan rakan-rakan.
Menurut kapten kapal, Neal Isaacs, ikan itu ditangkap selepas 40 minit Palmer mula memancing.
Beliau berkata, ikan tersebut mati di bawah kapal selepas pertarungan untuk menangkapnya berlaku.
Kapten kapal dan suami Palmer kemudian memutuskan untuk membawa naik ikan tersebut di atas kapal kerana berat wanita tersebut hanya 72.57kg kurang enam kali ganda berat ikan itu. - Agensi

Stor simpanan gading gajah di Zimbabwe


SEORANG pegawai memeriksa stor gading gajah milik Pihak Berkuasa Pengurusan Hidupan Liar dan Taman Negara Zimbabwe di Harare
kelmarin. - REUTERS


HARARE, Zimbabwe - Pihak berkuasa Zimbabwe menyimpan 50 tan gading gajah yang dirampas daripada pemburu haram.
Gading itu juga diperoleh daripada gajah yang ditemui mati.
Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Pengurusan Hidupan Liar dan Taman Negara Zimbabwe, Vitalis Chadenga mahu melelong gading tersebut.
Chadenga juga meminta Konvensyen Perdagangan Antarabangsa dan Spesies terancam Fauna dan Flora membenarkan gading itu dilelong.
Menurutnya, hasil lelongan itu akan digunakan untuk membiayai projek pemuliharaan haiwan. - Agensi

Ikan paus muncul di tepi bot


KEPALA seekor ikan paus humpback muncul dekat seorang peluncur laut (kanan) di San Luis Obispo pada 18 Ogos lalu.


SAN LUIS OBISPO, California - Seorang jurugambar amatur, Bill Bouton merakamkan gambar kepala seekor ikan paus humpback yang muncul di tepi sebuah bot dan kayak dekat pantai di sini pada 18 Ogos lalu.
Beberapa pelancong yang menaiki bot itu turut merakamkan gambar ikan tersebut.
Ikan itu kerap berenang dekat bot dan kayak semasa ia makan ikan sardin.
"Saya berasa amat bertuah," kata Bouton selepas dia berjaya menangkap gambar tersebut. - Agensi

KADANG2 KITA SENDIRI MENGUNDANG MASALAH...KITA PUN TIDAK HIRAU SURUHAN ALLAH DAN TEGAHAN ALLAH...KITA ANGGAP AGAMA ITU HAK PERIBADI...SEDANGKAN PERLU PENGUATKUASA UNDANG2 JIKA MELANGGARNYA SEBAGAI KEHENDAK ALLAH...CONTOH ORANG MENIGGALKAN SOLAT...MENCURI...ZINA DAN SEBAGAINYA

Teguran bawa maut

Oleh Yusmawati Mhd Yusof
yusmawati@hmetro.com.my

SEDIH...isteri mangsa, Siti Hawa bersama anak.
SEDIH...isteri mangsa, Siti Hawa bersama anak.
TRAGEDI...kawasan tempat mangsa ditikam.
TRAGEDI...kawasan tempat mangsa ditikam.
MELAKA: Aidilfitri sepatutnya disambut dengan amalan bermaaf-maafan, namun bagi dua bersaudara keadaan menjadi sebaliknya apabila seorang lelaki maut akibat ditikam adik iparnya sendiri di Kampung Serkam Pantai, dekat sini, malam kelmarin.
Mangsa, Rashid Ahmad, 46, mati jam 1.40 pagi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka kerana cedera di bahagian pinggang kiri akibat ditikam dengan pisau.
Sebelum itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan adik iparnya di halaman rumah ibunya jam 7.30 malam sebelum mangsa ditikam.

Kejadian bermula selepas mangsa, anak kelapan daripada 10 beradik, menegur sikap adik iparnya itu yang sering memukul isterinya berusia 36 tahun.

Disangka haiwan buruan

Oleh Jaafar Mulup
am@hmetro.com.my

LOKASI...laluan ke lokasi kejadian mangsa ditembak.
LOKASI...laluan ke lokasi kejadian mangsa ditembak.
TAMPIN: Seorang guru maut akibat terkena peluru penabur daripada tembakan abang iparnya ketika mereka memburu rusa bersama tiga rakan di hutan Kampung Anak Air, Durian Daun, Pondoi di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, abang ipar mangsa berusia 52 tahun dikatakan melepaskan tembakan senapang patah ke arah pokok bergoyang dalam gelap kerana menyangkakan terdapat haiwan buruan.
Bagaimanapun, lelaki terbabit terperanjat besar sebaik mendengar suara orang mengerang kesakitan sebelum pergi memeriksa dan mendapati adik iparnya, Amir Ain, 40, parah di perut manakala rakan mereka, Mohd Isa Salican, 50-an yang bekerja di ladang lembu di kampung itu cedera di bahagian pinggul.

Amir yang berasal dari Perlis dan mengajar di sebuah sekolah menengah di Selangor, baru pulang bercuti menyambut Aidilfitri di kampung isterinya di Taman Desa Permai, Repah, di sini.

Tergolek disentap peragut

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

SAKIT...Rathi (kiri) patah tulang bahu dan tangan bersama Rathigah di rumah mereka di Kempas.
SAKIT...Rathi (kiri) patah tulang bahu dan tangan bersama Rathigah di rumah mereka di Kempas.
JOHOR BAHRU: Seorang wanita parah dengan bahu dan tangan kirinya patah selepas terjatuh dari motosikal ditunggangnya apabila dua lelaki bermotosikal merentap beg tangan adik iparnya yang membonceng ketika mereka dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura.
Lebih malang, pekerja hotel itu dan adik iparnya yang turut cedera, kini berdepan risiko dibuang kerja berikutan majikan meragui kemampuan mereka meneruskan tugas atas faktor kesihatan.

V Rathi, 23, berkata, kejadian berlaku pada jam 4.15 pagi, 11 Ogos lalu, ketika dia dan adik iparnya, K Rathigah, 22, menunggang motosikal ke Tambak Johor untuk memasuki Singapura.
Ibu kepada seorang anak itu berkata, apabila tiba di jalan utama berhampiran Kampung Semangat di Kempas di sini, mereka dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki berpakaian gelap.

Katanya, mereka merentap beg tangan adik iparnya dan berlaku pergelutan menyebabkan dia gagal mengawal motosikal lalu merempuh sebuah motosikal lain di hadapannya.

“Kami berdua terseret hampir lima meter hingga saya patah bahu dan tangan kiri manakala kaki kiri Rathigah dan lututnya pula koyak.

“Nasib baik ada beberapa penunggang motosikal berhenti membantu kami,” katanya.
Dalam kejadian itu, Rathigah kehilangan kad pengenalannya, kad pengenalan milik dua anaknya, lesen memandu serta kad kredit milik suaminya.

Rathi berkata, akibat kecederaan itu dia terpaksa mendapatkan rawatan susulan di hospital pakar dan klinik swasta selepas rawatan kecemasan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Menurutnya, mengikut laporan perubatan, tulang bahunya patah manakala Rathigah belum pulih berikutan lututnya terkoyak.

“Kami berdua bekerja di hotel berkenaan sejak empat bulan lalu dan tidak menyangka ditimpa nasib malang hingga berdepan risiko kehilangan kerja.

“Majikan sepatutnya prihatin dengan keadaan kami. Mereka tidak membenarkan kami cuti sakit melebihi tempoh tertentu malah menyatakan tidak yakin kemampuan kami bekerja selepas ini,” katanya yang masih bercuti sakit hingga 26 September ini.

Mereka turut membuat laporan di Balai Polis Kempas pada 12 Ogos lalu.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi berkata pihaknya menerima laporan berkenaan dan siasatan masih dilakukan.

Bagaimanapun, katanya, belum ada tangkapan dilakukan dan pihaknya meminta bantuan orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Penduduk resah sikap biadab Awang Afrika

LEPAK...warga Afrika di kawasan Apartmen Mentari Court.
LEPAK...warga Afrika di kawasan Apartmen Mentari Court.
SUBANG JAYA: Peningkatan bilangan warga Afrika di Apartmen Mentari Court, di sini, semakin ketara berbanding beberapa tahun sebelumnya sehingga membimbangkan penduduk berikutan kehadiran kumpulan terbabit mencetuskan pelbagai masalah sosial di kalangan masyarakat.
Setiap kali menjelang Aidilfitri, warga asing terbabit diibaratkan ‘raja’ kerana kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya mereka untuk ‘menguasai’ penempatan berkenaan selain melakukan aktiviti sosial keterlaluan ketika penduduk pulang ke kampung.

Tinjauan ke kawasan berkenaan semalam mendapati kebanjiran warga asing terutama dari Afrika begitu jelas dengan kehadiran kumpulan Awang Hitam yang memenuhi setiap ruang di situ.
Setiausaha Badan Pengurusan Bersama apartmen terbabit, Jamal Ismail berkata, pada tahun lalu dianggarkan hanya 500 warga Afrika mendiami apartmen itu, namun tahun ini bilangannya mencecah lebih 1,000 orang.

“Kami (penduduk) bimbang dengan peningkatan Awang Hitam di sini kerana banyak masalah dilakukan mereka,” katanya.

Menurut Jamal, apartmen itu mempunyai tujuh blok membabitkan 3,469 rumah dan 17,345 penduduk.
“Selain warga Afrika, turut mendiami perumahan itu ialah warga Indonesia, Bangladesh dan lain-lain. Namun, lebih menjadi tumpuan adalah warga Afrika kerana bilangan mereka lebih ramai,” katanya.

Kata Jamal, warga Nigeria paling ramai tinggal di apartmen itu dan melakukan aktiviti memalsukan wang, bergaduh dengan penduduk, meraba gadis, mengganggu anak dan dan isteri penduduk.
“Laporan polis dan imigresen sudah beberapa kali dibuat, namun setiap kali serbuan dijalankan, Awang Hitam terbabit melarikan diri kerana terlebih dulu mendapat maklumat.

“Apartmen ini bagaikan syurga buat mereka, tambahan pula ketika Aidilfitri lalu, mereka menguasai sepenuhnya kawasan ini,” katanya.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Iskandar berkata, warga Nigeria disifatkan sebagai kurang ajar kerana tidak menghormati adat dan budaya penduduk tempatan.

“Mereka berpakaian mencolok mata, membawa perempuan, minum arak dalam lif, membuang botol arak dari tingkat atas dan bersikap biadab ketika berkumpulan,” katanya.

Menurut Iskandar, kemasukan golongan itu sebagai pelajar, namun kewujudan mereka meningkatkan kadar jenayah.

“Lebih mengecewakan apabila kumpulan itu juga mempunyai restoran dan kedai runcit di apartmen ini. Kami mohon supaya kerajaan memandang serius perkara ini,” katanya.

15 minit pecah masuk 3 rumah

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Dalam tempoh 15 minit, tiga penghuni rumah di Jalan Ipoh, di sini, kerugian lebih RM100,000 selepas disamun enam lelaki bersenjatakan parang dan penyembur lada yang memecah masuk rumah mereka, malam kelmarin.
Kejadian jam 8.30 malam itu berlaku ketika semua penghuni rumah berkenaan beristirahat sambil menonton televisyen.

Menurut sumber, mangsa rumah pertama yang berusia 45 tahun memberitahu keenam-enam lelaki terbabit memakai topeng dan memasuki tiga rumah berkenaan serentak.
“Seorang daripada lelaki terbabit masuk ke rumah mangsa pertama dan mengacukan parang manakala seorang lagi rakannya meluru ke dalam bilik tidur di tingkat atas sebelum membawa lari barang berharga.

“Empat anggota kumpulan terbabit pula berpecah ke dua lagi rumah yang juga jiran mangsa sebelum menggeledah seluruh rumah itu,” katanya.

Sumber berkata, mangsa menurut arahan mereka kerana bimbang disembur menggunakan penyembur lada.
Katanya, semua penghuni rumah kedua dan ketiga diarahkan masuk dalam tandas sebelum empat lelaki terbabit mengurung mereka.

“Mereka membawa lari pelbagai barang berharga milik mangsa termasuk barang kemas, berlian, telefon bimbit, komputer riba, kamera digital, beg tangan berisi dokumen pengenalan diri, kad bank, jam tangan dan cermin mata berjenama,” katanya.
Katanya, berdasarkan dialek pertuturan keenam-enam suspek berkenaan, kumpulan lelaki terbabit dipercayai warga tempatan.

“Mereka mengambil masa 15 minit untuk menyamun ketiga-tiga rumah teres dua tingkat yang terletak bersebelahan sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti jenisnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan polis masih memburu anggota kumpulan terbabit yang dipercayai masih berada di sekitar daerah ini.

‘Bertapa’ 10 hari

Oleh Muhammad Apendy Issahak dan Kalidevi Mogan Kumarappa
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Suspek utama disyaki membakar Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, yang kini koma sejak kejadian 13 Ogos lalu akhirnya ditahan awal pagi semalam ketika dalam keadaan ‘lalok’ (khayal) akibat pengaruh dadah bersama lima rakan, empat daripadanya wanita.
Remaja lelaki berusia 18 tahun itu yang juga kekasih mangsa ditahan kira-kira jam 3.30 pagi bersama lima rakan berusia 18 hingga 20 tahun di dalam sebuah rumah panjang di Setapak Jaya, di sini, yang jaraknya hanya kira-kira lima kilometer dari lokasi Nurul Firzanah dibakar. Sumber polis berkata, serbuan diketuai Pegawai Siasatan Kanan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul (Zon Setapak), Asisten Superintendan Shan Gopal bersama sepasukan anggota hasil risikan dan maklumat orang awam. Menurutnya, siasatan polis mendapati sejak kejadian 10 hari lalu suspek tidak keluar dari rumah itu yang menjadi tempat persembunyiannya bagi mengelak ditahan polis selepas gambarnya disebarkan di media.

“Sebelum serbuan dilakukan, polis membuat pemantauan di rumah berkenaan selama hampir lima jam bermula jam 11.30 malam dan serbuan dilakukan menerusi pintu belakang dan depan secara serentak.
“Suspek cuba melarikan diri, namun dapat dicekup dan ketika itu dia dan rakan-rakannya didapati berada di bawah pengaruh dadah, malah polis turut menemui peralatan menghisap dadah di rumah berkenaan,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah yang dihubungi semalam mengesahkan penahanan suspek utama itu serta lima rakannya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di rumah berkenaan polis turut menemui beberapa bahan bukti penting, antaranya pakaian dengan kesan minyak petrol yang dipercayai digunakan suspek semasa membakar mangsa. “Polis turut merampas telefon bimbit suspek selepas mendapati di dalamnya terdapat beberapa mesej berbaur ugutan antara suspek dan mangsa,” katanya.
Ku berkata, selain suspek, lima individu yang ditahan bersamanya turut didapati positif dadah dan semua mereka kini direman lima hari bermula semalam untuk siasatan yang dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Sementara itu, bapa Nurul Firzanah, Mat Zaki Mat Hussin, 45, yang dimaklumkan mengenai tangkapan suspek mengucapkan rasa syukur dan tahniah di atas kejayaan polis.
“Alhamdulillah, solat hajat dan doa kami sekeluarga serta orang ramai dimakbulkan Allah. Kami berharap dia (suspek) akan menerima pembalasan setimpal dengan apa yang dilakukannya terhadap anak saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi 13 Ogos lalu, Nurul Firzanah yang keluar bersama suspek disimbah petrol sebelum dibakar di kawasan semak berhampiran Flat Wangsa Sari, Seksyen 1, Wangsa Maju, hingga menyebabkan dia koma manakala 25 peratus tubuhnya terutama bahagian muka hingga paras pinggangnya terbakar.

Harian Metro Selasa lalu melaporkan remaja itu berkemungkinan akan koma untuk tempoh antara tiga hingga enam bulan kerana Mat Zaki diberitahu doktor terpaksa memberinya ubat pelali supaya dia terus tidak sedarkan diri.

Menurutnya, rawatan itu adalah terbaik untuk mangsa kerana Nurul Firzanah yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan bertambah teruk dan sakit jika dia sedar daripada koma dalam masa terdekat.

Pencuci kereta curi dua seluar jean



KOTA BHARU: Seorang pencuci kereta mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, terhadap pertuduhan mencuri dua helai seluar jean bernilai RM279.80 di sebuah pusat beli-belah di sini, menjelang Aidilfitri, baru-baru ini.
Pengakuan itu dibuat tertuduh, Tengku Syakirin Fakhran Tengku Shukri, 31, di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen, Abdul Rashid Mustafa.

Bagaimanapun, Abdul Rashid menetapkan hukuman diputuskan, 12 September ini. Mengikut pertuduhan, Tengku Syakirin Fakhran dari Kota Bharu, didakwa mencuri dua helai seluar jean jenama Blue Tom’s bernilai RM279.80 di sebuah pusat beli-belah di sini, pada jam 8.50 malam, 17 Ogos lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, S M Wong yang mengendalikan pendakwaan menawarkan tertuduh dijamin RM5,000.

Bagaimanapun, tertuduh memohon jumlah jaminan itu dikurangkan dengan mengambil kira latar belakang keluarganya.
“Saya hanya bekerja pencuci kereta dengan pendapatan RM400 sebulan. Saya ada tiga anak dan seorang isteri untuk ditanggung,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000.

Mati ketika disoal siasat

Oleh Abd Rahman Adam
abdulrahman@hmetro.com.my

MIRI: Seorang penyelia sebuah syarikat keselamatan meninggal dunia ketika disoal siasat berhubung kehilangan wang tunai berjumlah RM68,000 milik sebuah syarikat menjual barangan elektronik dan perabot di Balai Polis Pusat Miri, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, kejadian berlaku jam 5 petang ketika lelaki berusia 59 tahun itu disoal siasat pegawai penyiasat kes berkenaan.

Beliau berkata, suspek ditahan bersama seorang rakan tiga hari lalu selepas disyaki terbabit dalam kes kehilangan wang milik syarikat berkenaan yang disimpan dalam sebuah peti keselamatan.
“Suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah, namun ketika diambil keterangan, dia tiba-tiba rebah dari tempat duduk lalu tidak sedarkan diri.

“Ketika disoal siasat, tangan suspek tidak digari selain dilihat dalam keadaan baik, malah kami juga tidak dimaklumkan andai dia menghidap sebarang penyakit.

“Pasukan paramedik Hospital Miri tiba di tempat kejadian sebaik dimaklumkan perkara itu sebelum mengesahkan suspek sudah meninggal dunia,” katanya.
Katanya, mayat suspek kemudian dihantar ke hospital dan polis sudah memanggil pakar patologi dari Kuching untuk urusan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

Beliau turut memberi jaminan pihaknya akan menyiasat kes berkenaan secara telus dan terperinci mengikut prosedur dan undang-undang tanpa menyebelahi mana-mana pihak.
“Kami bersimpati dengan kejadian itu dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

‘Pergi angkut anak awak’



KUALA LUMPUR: “Pergi angkut anak awak di Tasik Titiwangsa.” Itu panggilan diterima seorang ibu selepas anak lelakinya berusia 17 tahun dilarikan sekumpulan lelaki yang tiba-tiba menyerbu masuk ke rumahnya di Bandar Menjalara, di sini petang kelmarin.
Panggilan itu diterima ibu mangsa jam 10.30 malam iaitu lapan jam selepas anaknya dilarikan dan pada mulanya, ibu mangsa sukar mempercayai panggilan berkenaan berikutan dibuat menggunakan nombor telefon anaknya sendiri.

Bapa saudara mangsa, M Kalithasan, 42, berkata pada hari kejadian, mereka sekeluarga sedang sibuk membuat persiapan untuk kenduri kematian bapa saudaranya di rumah itu.
Bagaimanapun, ketika kejadian, semua ahli keluarga lelaki keluar membuat upacara sembahyang di kuil manakala anak saudaranya itu yang masih menuntut di tingkatan lima berada di rumah bersama ahli keluarga wanita lain.

“Ketika itu, tiba-tiba datang tiga lelaki menaiki kereta Proton Perdana bersenjata parang menyerbu masuk ke rumah.

“Pada mulanya, kami menyangka tiga lelaki itu berniat untuk menyamun tetapi mereka bertindak lebih agresif apabila mengheret anak saudara saya itu ke dalam kereta sebelum memecut,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Katanya, ketika mereka risaukan keselamatan anak saudaranya itu, tiba-tiba kakaknya mendapat panggilan daripada nombor telefon anak saudaranya itu jam 10.30 malam.
“Kami terkejut selepas seorang lelaki mengarahkan kami untuk ‘mengangkut’ anak saudara saya itu di Tasik Titiwangsa. Lelaki berkenaan turut menyatakan anak saudara saya dalam keadaan kritikal selepas ditetak mereka,” katanya.

Kalithasan berkata, pada mulanya mereka menyangka ia panggilan palsu namun tetap menyalurkan maklumat itu kepada polis dan selepas polis mengesahkan memang anak saudaranya, barulah mereka bergegas ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Anggota polis menemui anak saudara saya di Tasik Titiwangsa dalam keadaan berlumuran darah sebelum menghantarnya ke HKL dengan ambulans.

“Anak saudara saya parah di lengan kiri, kaki kiri dan belakang badan yang turut menyebabkan kecederaan pada tulang belakang akibat ditetak,” katanya.

Anak saudaranya kini dirawat di Unit Rawatan Rapi HKL.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah yang mengesahkan kejadian itu berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada pergaduhan antara dua geng kongsi gelap.



Keluarga perlu berdampingan dengan polis



KUALA LUMPUR: Keluarga arwah Nur Afifah Mohd Zuhari (gambar), 16, yang dilarikan lelaki warga Indonesia ke Lombok sebelum meninggal dunia pada 6 Mei lalu perlu kerap berdampingan dengan pihak berkuasa sekiranya berdepan situasi mencurigakan.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, melalui cara sedemikian saja dapat membantu keluarga berkenaan yang kini diganggu penculik arwah anaknya melalui ugutan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Saya pasti, polis mempunyai caranya sendiri dalam membantu keluarga berkenaan menyelesaikan masalah dihadapi termasuk mengenal pasti lokasi kediaman mangsa ugutan ataupun sebagainya yang berbaur jenayah.
“Sebab itu, jika ada individu yang disyaki berada di persekitaran kediaman atau kampung ataupun mengekori anak gadisnya, keluarga berkenaan hendaklah memaklumkan kepada polis yang berada di kebanyakan tempat sebagai langkah pencegahan,” katanya.

Beliau mengulas mengenai laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai kisah keluarga arwah Nur Afifah Mohd Zuhari, 16, yang dilarikan lelaki warga Indonesia ke Lombok sebelum meninggal dunia pada 6 Mei lalu mendakwa diganggu penculik anaknya itu dengan menghantar pelbagai ugutan menerusi panggilan telefon dan SMS.

Ibu Allahyarham, Hasliza Ismail, 45, mendakwa lelaki itu yang dikenali sebagai Mohamad Yani, 30-an, kerap menghantar SMS dan menelefonnya sejak sebulan lalu dengan menggugut untuk menculik seorang lagi anak perempuannya, Nur Amalina, 18.
Hasliza yang ditemui di rumahnya di Taman Panglima, Kamunting, Perak, berkata, penculik arwah anaknya itu mengugut mahu menghantar empat rakannya bagi melarikan Nur Amalina ke Lombok untuk menggantikan arwah Nur Afifah.

Ibu mangsa menyifatkan tindakan penculik berkenaan mungkin akibat tidak puas hati kerana hajat mereka untuk memperdagangkan Nur Afifah kepada sindiket pelacuran tidak tercapai apabila anaknya itu meninggal dunia.
Menurutnya, Nur Amalina kini melanjutkan pengajian di sebuah kolej dan dia sering menasihatkan anaknya itu supaya sentiasa berwaspada dan tidak mendekati warga asing.

Ramli berkata, hanya nasihat saja dapat diberikan kepada keluarga berkenaan supaya lebih berhati-hati dalam melakukan aktiviti seharian kerana terdedah kepada bahaya diculik kumpulan individu berkenaan.

“Polis boleh buat apa yang terdaya untuk elak kejadian tidak diingini berlaku, lebih-lebih lagi sudah ada petanda diterima mereka melalui ugutan telefon dan SMS. Kalau boleh simpan SMS dikirimkan.

“Mungkin jika sudah dikenal pasti dalang pengirim SMS ugutan berkenaan, kerjasama boleh dilakukan dengan pihak berkuasa negara jiran kerana kalau ada yang berbaur jenayah boleh diambil tindakan mengikut undang-undang,” katanya.

Mengulas mengenai senario gadis tempatan diculik atau dilarikan ke Lombok, beliau berkata meskipun ia menjadi budaya dan tradisi lama golongan lelaki dari negara itu, tetapi rakyat negara ini perlu lebih berhati-hati.

“Dalam melakukan sesuatu perkara kita perlu lebih berobjektif dan jangan mudah terpesona dan terpedaya dengan penampilan individu baru dikenali kerana jika tersilap langkah boleh menjejaskan masa depan.

“Walaupun soal jodoh, ajal maut dan termaktub, ada caranya pertimbangan rasional dan berobjektif diambil kira kerana ia membabitkan masa depan seseorang. Hasil perkongsian hidup sudah pasti akan memperoleh anak, tetapi lebih rumit jika membabitkan campur tangan kedua-dua keluarga,” katanya.

Katanya, kaunseling secara tidak formal dengan mendapatkan pandangan adik beradik dan keluarga dapat membantu individu terjebak dengan warga asing supaya membuat keputusan bijak membabitkan soal jodoh.

Adat berlandas al-Quran, sunah

Oleh Ahmad Fauzan Yahaya

APABILA Syawal menjelma, rata-rata kita tidak ketinggalan untuk mengadakan rumah terbuka bagi menjemput kaum keluarga, sahabat handai, jiran dan rakan sekerja. Mungkin ramai tertanya, dari manakah asalnya amalan rumah terbuka ini? Kita pasti akan mengatakan bahawa rumah terbuka sudah lama diperkenal dan diamalkan sejak turun-temurun lagi.
Untuk apa? Sudah semestinya niatnya baik. Untuk memberi makan kepada insan dalam masa yang sama merapatkan ukhuwah sesama insan.

Mengapa ia timbul?

Amalan rumah terbuka disebabkan kepelbagaian budaya yang sudah lama wujud di Malaysia. Secara sejarahnya, amalan rumah terbuka sebenarnya tidak dianjurkan secara khusus oleh Rasulullah s.a.w dan juga salaf soleh.

Ini bukan bermaksud bahawa ia dilarang dan tidak dibenarkan dianjurkan. Malah, sebagaimana kita tahu, bahawa terdapat kaedah usul-fiqh yang mengatakan bahawa “asal hukum setiap sesuatu atau adat adalah harus, sehinggalah datangnya dalil mengharamkannya”.

Ia berlainan dengan kaedah dalam bab Ibadah iaitu “asal hukum ibadah itu adalah haram, hingga ada dalil membenarkannya”. Ini antara kaedah yang masyhur dalam kita menilai sesuatu adat yang rata-rata diamalkan di negara ini sama ada ia bertepatan dengan sunah ataupun tidak.

Jika bercanggah, maka harus ditentang dan disanggah dengan baik dan penuh berhikmah. Sebagai contoh, amalan menanam uri selepas isteri bersalin digalakkan menyalakan lilin dan meletak sesuatu objek atau benda dengan alasan si bayi akan menjadi terang hati dan pandai. Ini kepercayaan yang tiada asas dan boleh mengundang syirik.

Rumah terbuka adalah adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Malah, ia hanya istilah dan terminologi yang sinonim dengan masyarakat Melayu di Malaysia. Amalan ini juga diamalkan masyarakat Cina dan India dalam perayaan mereka.

Rumah terbuka yang selalunya dipraktikkan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia lebih bersifat sebagai ‘semangat’ hari raya. Jika diambil kira daripada sudut ukhuwah Islamiyyah, semestinya, rumah orang Islam hendaklah sentiasa terbuka dan sedia menerima tetamu jika masa diizinkan.

Dalam surah Al-Nur ayat 27, Allah mengingatkan kita agar meminta izin daripada tuan rumah sebelum masuk atau bertandang ke rumah mereka. Firman Allah: “Wahai orang-orang beriman janganlah kamu masuk ke dalam sesebuah rumah yang bukan rumah kamu hingga kamu meminta izin dan memberi salam ke atas ahli keluarga rumah tersebut, justeru adalah lebih baik kamu dapat mengambil peringatan.”

Jika ayat itu dihalusi dengan baik, maka dapatlah difahami, bahawa agama kita mempunyai prinsip dan peraturan berkaitan ziarah dan kunjung.

Oleh itu, rumah terbuka lebih bersifat kesediaan tuan rumah dalam membuat persiapan dengan lebih rapi, dari segi bajet, tetamu, makanan dan pemilihan hari kerana kesibukan bekerja dan keperluan tuan rumah untuk membahagikan masa ziarah beliau ke rumah orang lain.

Malah, jelas amalan memberi makan ini selari dengan firman Allah dalam bersedekah dan memberi makan kepada orang lain. Di dalam surah Al-Imran ayat 92: “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”

Dan begitu juga dalam surah Al-Isra’, Allah menyebut: “Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu membelanjakan (hartamu) secara boros.” (Al-Isra’: 26)

Jika ditinjau dalil sunnah dan hadis Rasulullah, kita dapati bahawa Nabi bersabda akan sesiapa yang memberi infaq, sedekah dan makan kepada insan, sebagaimana diriwayatkan daripada Imam Al-Bukhari bahawa memberi makan kepada orang berpuasa tidak akan dikurang pahala sedikitpun seperti yang berpuasa itu.

Nabi bersabda yang bermaksud: “Barang siapa memberi makan orang lapar, Allah akan memberinya makanan daripada buah-buahan syurga. Barang siapa memberi minuman kepada orang dahaga, pada hari kiamat nanti, Allah akan memberinya minuman syurga amat lazat (ar-rahiq al-makhtum), dan barang siapa memberi pakaian kepada orang tidak mempunyai pakaian, Allah akan memberinya pakaian syurga berwarna hijau (khudhr al-jannah).” [HR Abu Daud: no 1,432; At-Tirmizi: no 2,373].

Walaupun begitu, penganjur rumah terbuka harus peka mengenai perkara yang jauh daripada petunjuk Allah dan rasul, dan hendaklah menjaga prinsip majlis dengan tatacara bersandarkan al-Quran dan sunah Rasulullah.

Antara beberapa perkara yang harus dititik beratkan oleh penganjur rumah terbuka dapat disimpulkan dalam beberapa perkara:

1. Hendaklah majlis rumah terbuka tidak disertai dengan maksiat, pergaulan antara lelaki dan perempuan, jauh daripada punca dan pintu kemaksiatan. Di dalam kaedah fiqh: “Man a’ana ‘ala ma’shiyyatin fahuwa syariik fi al ithmi” (Barang siapa membantu dalam suatu kemaksiatan, maka dia sudah bersekutu dalam berbuat dosa). [Syarah Ibnu Bathal, 17/207]

2. Si penganjur rumah terbuka tidak boleh memilih tetamu hanya dalam kalangan orang kaya dan meminggirkan orang miskin. Ini sebagaimana larangan Rasulullah kepada orang yang membuat walimah agar tidak menjemput dan mengasingkan antara kelompok mereka yang kaya dan miskin.

3. Hendaklah ia dianjurkan dengan suasana bersederhana dan tidak membazir, malah tidak dijadikan majlis rumah terbuka sebagai platform untuk bermegah-megah dengan apa yang dimiliki dan apa yang layak untuk dirinya.
4. Dijauhi daripada segala unsur riya dan takbur.

5. Dijadikan majlis rumah terbuka dengan niat untuk bersedekah dan merapatkan ukhuwah dengan keluarga, sanak saudara, jiran dan sahabat handai. Ini juga harus difahami oleh tetamu yang berkunjung agar tidak meletakkan syarat untuk mengetahui menu untuk menentukan persetujuan memenuhi jemputan itu.

Sesungguhnya Islam itu mudah, dan amat sesuai untuk semua lapisan masyarakat, malah lebih baik agar jemputan rumah terbuka bukan khusus untuk orang Islam saja, malah dipanjangkan juga kepada masyarakat bukan Islam bagi membuktikan bahawa Islam adalah agama bersifat rahmat dan memberi rahmat kepada mereka yang bergelar insan.


Penulis berkelulusan hadis di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) adalah Timbalan Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia

‘Selamatkan anak saya’

Oleh Siti Azila Alias
am@hmetro.com.my

BUKIT MERTAJAM: “Saya bimbang dengan masa depan kedua-dua anak saya. Mereka bukan saja enggan pulang ke rumah ibu kerana takut dipukul bekas isteri dan adik ipar, malah anak sulung juga kini trauma dan takut berjumpa dengan lelaki kerana pernah menjadi mangsa cubaan cabul bekas adik ipar,” kata seorang anggota keselamatan, lingkungan 40-an, kelmarin.
Bapa kepada dua anak, masing-masing berusia tujuh dan lapan tahun itu mendakwa, dia hanya mengetahui insiden anaknya dipukul ketika hendak mengambil kedua-dua beradik perempuan itu di rumah bekas isteri di Seberang Perai Selatan (SPS), pada 25 Mei lalu.

Menurutnya, ketika itu, kedua-dua anaknya kelihatan takut-takut, tetapi tidak menceritakan apa yang berlaku sehinggalah dia ternampak kesan lebam dan bengkak pada mata kirinya lalu pergi mendapatkan rawatan di klinik.
Dua hari kemudian, katanya, dia terlihat kaki kanan anak sulung lebam ketika membawa kedua-duanya keluar berjalan-jalan.

“Selepas itu, anak kedua mula bercerita kepada saya mengenai apa yang berlaku sepanjang tempoh tinggal bersama ibu mereka selain mendakwa ditendang pak ciknya (bekas adik ipar) dan terjatuh, manakala kakaknya turut dipukul di kaki oleh lelaki itu.

“Bukan itu saja, mereka turut mendakwa dikurung bekas isteri di dalam bilik air hanya kerana meminta air sirap selain diberi makan pada jam 5 petang selepas bekas isteri balik kerja,” katanya yang hadir di pejabat Harian Metro, di sini, semalam.
Berikutan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Taiping pada 9 Jun lalu bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Dia berkata, memang pada mulanya, dia menyangka kedua-dua anaknya itu hanya dipukul, tetapi terkejut apabila anak sulung memberitahu ibunya (nenek), bekas adik iparnya cuba mencabulnya.
Menurutnya, anaknya mendakwa bekas adik ipar membuka seluar dan memegang kemaluannya sebelum insiden itu dilihat adiknya berusia tujuh tahun yang kebetulan naik ke bilik berkenaan dalam kejadian Mei lalu.

Akibatnya, bekas adik ipar lingkungan 20-an terbabit dimarahi dan dipukul oleh bekas isteri dan tidak menolak kemungkinan kedua-dua anaknya itu didera akibat perasaan tidak puas hati.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat ibunya di Balai Polis Nibong Tebal pada 8 Julai lalu selepas berbincang dengan ahli keluarga.

Kedua-dua kanak-kanak itu sudah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan laporan doktor yang dikeluarkan pada 27 Julai lalu turut mengesahkan ada kesan lebam dan bengkak pada mata dan kaki kedua-duanya.

“Saya terpaksa menyerahkan anak-anak kepada bekas isteri pada 5 Julai lalu selepas mendapat perintah mahkamah. Meskipun berat hati, saya lepaskan juga dan pada masa sama berharap perkara sama tidak berulang, tetapi jangkaan saya silap apabila pada 20 Ogos lalu, ketika mengambil kedua-duanya dari jagaan isteri, saya nampak lebam pada mata kiri anak kedua, lalu membawanya ke HSJ,” katanya.

Difahamkan, anak keduanya itu kini masih dirawat di HSJ untuk pemeriksaan lanjut.

Justeru, dia berharap polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil tindakan sewajarnya bagi membela nasib kedua-dua anak perempuannya itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah SPS, Deputi Superintendan Shariffudin Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan dua kanak-kanak terbabit didera mengikut Seksyen 323, Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja.

Manakala, bagi kes cubaan mencabul pula, katanya, siasatan sudah dijalankan dan akan mengambil tindakan lanjut.