Tuesday, June 15, 2010

INI ORANG KITA MINAT...BOLEH JADI CONTOHKE....

NEGARA

Tempoh reman Saiful Apek tamat hari ini


KERATAN muka depan Kosmo! 14 Jun 2010.


KUALA LUMPUR - Siasatan terhadap pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek (gambar), 41, berhubung dakwaan kes penyalahgunaan dadah yang dihadapinya dijangka selesai mengikut tempoh remannya hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, pihaknya sedang mengumpul laporan lengkap berhubung kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengambil dadah.

"Kita tidak menghadapi sebarang masalah untuk menyiasat kes ini kerana Saiful Apek dan beberapa lagi rakannya memberikan kerjasama kepada pihak polis," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.



Didakwa hari ini

Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my
2010/06/17

PETALING JAYA: Pelawak berusia 41 tahun yang ditahan bersama lima lagi suspek termasuk seorang wanita berhubung kes penyalahgunaan dadah dijangka didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

SAMBUNG REMAN...pelawak (tengah) bersama rakannya dijangka dituduh hari ini.
SAMBUNG REMAN...pelawak (tengah) bersama rakannya dijangka dituduh hari ini.
Semalam, Majistret Nur Afida Idris membenarkan perintah reman terhadap keenam-enam suspek itu disambung sehari lagi bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pelawak yang memakai baju reman warna oren diiringi beberapa anggota polis tiba di mahkamah kira-kira 10.35 pagi. Turut kelihatan di mahkamah, beberapa ahli keluarga suspek.

Pada 13 Jun lalu, akhbar melaporkan pelakon dan pelawak yang pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dan menganggotai sebuah kumpulan komedi terkenal itu ditahan di sebuah apartmen di PJS7, Subang Jaya oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Daerah Subang Jaya, kira-kira jam 10 malam.

Ketika serbuan, pelakon komedi terkenal itu bersama suspek lain yang semuanya berusia antara 20 dan 30-an berada dalam sebuah apartmen yang dipercayai miliknya.

Serbuan itu menemui beberapa peket kecil berisi daun kering dipercayai ganja dianggarkan seberat 40 gram dan siasatan awal berdasarkan kuantiti bahan larangan terbabit mendapati ia untuk kegunaan sendiri.
Semua suspek kemudiannya dibawa ke balai polis untuk menjalani ujian air kencing dan hasil ujian mendapati mereka positif ganja.


No comments:

Post a Comment