Friday, June 18, 2010

MANUSIA SUDAH HILANG RASA MALU DA TAK KISAH TENTANG DOSA....MUNGKIN RASA BANGGA

DUNIA


Aktres lucah tuntut Woods buat ujian genetik



DEVON JAMES



MIAMI - Seorang aktres lucah, Devon James kelmarin memfailkan tuntutan undang-undang di sebuah mahkamah di sini bagi meminta bintang golf No.1 dunia, Tiger Woods menjalani ujian genetik untuk mengesahkan dia ialah bapa kepada seorang anak lelakinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Aktres lucah itu memfailkan tuntutan bagi membuktikan seorang anak lelakinya yang kini berumur sembilan tahun, Austin T ialah anak hasil hubungan seksnya dengan Woods.
Dia yang juga bekas pelacur berusia 29 tahun mendakwa pernah memberitahu Woods, 34, mengenai Austin tiga tahun lalu ketika pemain golf itu melanggani dirinya bersama seorang lagi wanita tidak dikenali untuk melakukan hubungan seks dengan harga AS$2,000 (RM6,503) satu malam.
Menurutnya, Woods mengetahui mengenai kanak-kanak itu selepas ditunjukkan gambar anaknya pada 2006 namun sehingga kini dia enggan bertemu dengan Austin.
Namun Woods pernah menghantar beberapa hadiah kepada anaknya itu.
Dalam petisyen tuntutan itu, dia yang menggunakan nama rasmi Melinda Jannette mahu ujian genetik itu dilakukan kerana ia akan membolehkan Woods melakukan tanggungjawab sebagai bapa, berkongsi masa dan memberi sokongan kepada Austin jika terbukti bintang golf itu bapanya.
Pendedahan terbaru tersebut berlaku selepas salah seorang daripada 14 wanita simpanan Woods, Joslyn James, 32, mendakwa secara terbuka pernah dua kali mengalami keguguran selepas menjalin hubungan sulit dengan bintang golf itu.
Woods yang pernah menjalani rawatan ketagihan seks tahun lalu dikatakan dalam proses perceraian dengan isterinya, bekas model Sweden, Elin Nordegren, 30. - Agensi



DUNIA


Polis minta Ariel-Luna Maya mengaku



GAMBAR menunjukkan Luna Maya dan Ariel.



JAKARTA - Polis meminta agar pasangan Nazriel Irham alias Ariel Peter Pan dan pengacara terkenal di Indonesia, Luna Maya segera berterus terang dan mengaku kepada polis berhubung penglibatan mereka dalam video seks yang kini tersebar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang pegawai polis, Saud Usman Nasution menyatakan pengakuan kedua-dua selebriti itu akan mempercepatkan kes berkenaan diselesaikan.
"Alangkah baiknya kalau semuanya bekerjasama. Kita meminta agar berterus terang agar cepat (kes itu) ditangani," kata Saud semalam.
Pengakuan Ariel dan Luna Maya itu akan menyebabkan kes tersebut tidak berlanjutan.
"Di luar negara, isu itu sudah terkenal. Jadi, kita sangat malu," kata Saud.
Setakat ini, kedua-dua selebriti itu masih belum mengaku bahawa mereka merupakan lelaki dan wanita yang melakukan hubungan seks dalam video tersebut.
Bagaimanapun, kata pegawai polis itu, pihaknya tidak akan memaksa Ariel yang merupakan penyanyi kumpulan Peter Pan, Luna Maya dan seorang lagi pengacara, Cut Tari untuk membuat pengakuan terlibat dalam video seks yang kini heboh diperkatakan.
Terdapat dua klip video itu.
Satu klip video menunjukkan Ariel berasmara dengan Luna Maya yang merupakan kekasihnya manakala satu lagi melibatkan Ariel dengan Cut Tari yang merupakan bekas kekasihnya.
Sementara itu, Boy Afrian Bondjol yang merupakan peguam bela Luna Maya dan Ariel mendedahkan satu maklumat berhubung skandal video seks dua selebriti itu.
Menurut Boy Afrian, seorang saksi polis skandal video seks itu, Roy Suryo pernah menghantar mesej menerusi telefon bimbit kepada Luna Maya dan Ariel pada 6 Jun lalu dengan meminta mereka menyatakan bahawa video tersebut adalah palsu.
Dia berkata, saksi itu meminta kedua-dua selebriti tersebut menyatakan lelaki dan wanita dalam video berkenaan bukannya mereka.
Peguam itu menyatakan demikian kepada wartawan dengan menunjukkan mesej berkenaan di telefon BlackBerry . - Agensi



DUNIA


Ditangkap polis kerana bogel di pantai



GAMBAR menunjukkan beberapa anggota polis mengiringi wanita yang berbogel di pantai Sandown, Britain baru-baru ini.



NEWPORT, England - Sepasang kekasih ditangkap oleh enam anggota polis kerana berbogel dan berasmara di hadapan sejumlah ibu bapa di tepi pantai peranginan Sandown, Isle of Wight, lapor sebuah akhbar semalam.
Adegan itu bermula apabila seorang wanita berambut perang dan berusia 22 tahun dari Ireland Utara bersama dengan kekasih lelakinya dari Surrey melompat-lompat di hadapan beberapa ibu bapa dan anak-anak mereka dengan berpakaian renang pada waktu tengah hari, baru-baru ini.
Namun, wanita itu menanggalkan colinya menyebabkan sekumpulan pengunjung bar yang berdekatan di pantai tersebut bersorak.
Menurut seorang saksi, seluar dalam wanita itu kemudian dilucutkan oleh kekasihnya.
Enam anggota polis bergegas ke pantai itu selepas menerima aduan daripada orang awam mengenai adegan tersebut.
Pasangan tersebut ditahan kerana mewujudkan situasi lucah dan berkelakuan tidak sopan.
Pasangan itu dipercayai berada di pantai berkenaan kerana mengunjungi festival muzik tahunan terbesar di pulau tersebut di Seaclose Park dekat sini. - Agensi


DUNIA


Senaman yoga di tengah jalan



SEBUAH bas melalui dekat dengan lelaki melakukan senaman yoga.



GUANGZHOU, China - Seorang lelaki di sini membuat senaman yoga di tengah-tengah sebatang jalan raya yang sibuk di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia melakukan senaman itu dengan bersahaja seolah-olah seperti jalan tersebut tidak dilalui oleh bas, kereta dan trak.
Pada satu ketika, sebuah bas bergerak hanya beberapa sentimeter daripada tempat dia melakukan senaman yoga itu, baru-baru ini.
Anggota-anggota polis kerap menghentikan kenderaan yang melalui jalan itu bagi mengusir lelaki itu keluar dari jalan tersebut.
Namun, dia kemudian kembali semula ke lokasi sama untuk melakukan senaman yoga.
Setakat ini, masih tidak diketahui kenapa lelaki itu memilih kawasan tengah jalan berkenaan untuk melakukan senaman yoga. - Agensi


NEGARA


Godaan syahwat wanita China



DUA pelacur ini menghabiskan masa dengan berbual sambil mata liar mencari
pelanggan yang melalui kawasan pasar raya di Jalan Pudu semalam.



KUALA LUMPUR - Golongan suami yang pergi ke pasar raya seorang diri perlu berfikir dua kali selepas ini kerana jika tidak kental perasaan setia kepada isteri mereka mungkin akan terkulai dengan godaan amoi China di hadapan tandas di sebuah pasar raya di Jalan Pudu di sini.
Selain dilatih khas untuk melacurkan diri, mereka juga pakar dalam memikat lelaki-lelaki gersang atau berjalan bersendirian dengan sapaan dan lirikan mata yang menggoda.
Jika dulu golongan itu menjalankan kegiatan persundalan ini dengan berselindung tetapi kini mereka semakin berani menjual diri secara terbuka di hadapan tandas pasar raya berkenaan.
Menurut seorang pekerja di pasar raya tersebut yang mahu dikenali sebagai Suhaimi, 20, dia sudah lali dengan pemandangan itu..



Cut akui mirip pelakon seks



2010/06/22

JAKARTA: Selebriti, Cut Tari tidak menunjukkan kebimbangan dikaitkan dengan skandal video seks yang didakwa membabitkannya dengan Ariel, penyanyi utama kumpulan Peterpan.
Pengacara terkenal televisyen itu dilaporkan mengaku kepada penyiasat, pelakon seks dalam video berkenaan mirip dirinya.
“Dia (Cut) memberitahukami: ‘Wanita dalam video itu mirip saya. Tetapi belum tentu dia itu saya,” kata anggota penyiasat polis Indonesia, Marwoto ketika dihubungi wartawan, semalam.

Bagaimanapun, menurutnya, sehingga kini polis belum menemui bukti pembabitan Cut dan Ariel dalam video berkenaan.

“Ini baru pemeriksaan awal. Kami memerlukan siasatan lanjut sebelum dapat mengenal pasti pelakon seks berkenaan,” katanya.

Cut sepatutnya disoal siasat untuk kali kedua semalam tetapi dia gagal muncul di balai polis. Dalam pada itu, Marwoto mengesahkan sudah menyoal enam orang yang dikatakan terbabit dalam penyebaran video berkenaan, termasuk beberapa rakan rapat Ariel dan Luna Maya, seorang lagi selebriti Indonesia yang didakwa terlibat dalam skandal video lucah itu.

Menurutnya, keenam-enam yang disoal itu belum dinamakan sebagai suspek dan polis masih mencari orang pertama yang memuat turun video itu ke Internet.

Sebelumnya, polis mebebaskan dua lelaki yang didakwa menjadi dalang penyebaran video berkenaan.

Tindakan memuat naikkan video itu ke Internet itu dipercayai dilakukan di Bandung dan Kendari. - Agensi

No comments:

Post a Comment