Friday, July 30, 2010

BILA HILANG PERASAAN MALU....DAN BIADAP SERTA TAK BERAKHLAK

Dari bas ke balai polis

Oleh Mohd Fauzi Abdullah

2010/07/31

KUANTAN: Akibat kemaruk seks, seorang penumpang sebuah bas ekspres menerima padah apabila dia diturunkan pemandu bas berkenaan untuk ditahan di sebuah balai polis di Bentong, petang kelmarin.
Lelaki berkenaan dikatakan mencabul seorang wanita dalam bas ekspres berkenaan ketika dalam perjalanan dari Temerloh menuju ke Kuala Lumpur, dekat Bentong.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, penumpang lelaki berusia 49 tahun berkenaan menaiki bas dari Temerloh ke Kuala Lumpur atas urusan kerja namun mengambil kesempatan meraba tubuh dan payudara penumpang wanita berusia 24 tahun yang duduk di depannya.

Gara-gara tindakan gila itu, hajat lelaki terbabit untuk ke ibu negara tidak kesampaian apabila terpaksa turun di sebuah balai polis di Bentong selepas pemandu bas dimaklumkan perbuatan sumbang dilakukan penumpangnya itu.

Malah, penumpang bas kemaruk seks berkenaan turut terjerat apabila perbuatannya itu sempat dirakam seorang lagi penumpang yang melihat kejadian terbabit. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud, berkata ketika dalam perjalanan, mangsa yang juga seorang pelajar pada mulanya menyedari tubuh dan payu daranya diraba seorang penumpang yang duduk di belakangnya selepas terlihat ada tangan menjalar ke bahagian badannya.

Katanya, mangsa yang tidak selesa dengan perbuatan biadab lelaki berkenaan mengubah tempat duduk, bagaimanapun lelaki kemaruk seks itu terus mengulangi perbuatannya tanpa ada perasaan malu terhadap penumpang lain yang melihat kejadian berkenaan.

“Melihat perbuatan berterusan lelaki berkenaan, mangsa yang berang bangun dari tempat duduk dan memukul suspek dengan tangan sambil memarahinya sebelum menghubungi bapanya memaklumkan kejadian menimpanya,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. Mohd Haris berkata, menyedari perbuatan sumbang dilakukan seorang penumpangnya, pemandu bas berkenaan mengambil langkah bijak menuju ke balai polis berhampiran dan menurunkan suspek untuk diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut. “Pihak polis kemudian mengambil keterangan daripada mangsa selain meneliti rakaman video yang sempat dirakam seorang penumpang berhubung kejadian itu bagi membantu siasatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment