DUNIA
Luna Maya digoda di ibu pejabat polis
JAKARTA - Pengacara terkenal, Luna Maya yang menjadi suspek dalam skandal video seks melibatkan penyanyi band Peterpan, Ariel digoda oleh beberapa orang yang berada di sebuah ibu pejabat polis di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa orang itu mengerumuni belakang pagar ibu pejabat polis tersebut selepas mereka mendengar kehadiran Luna Maya.
Luna Maya yang merupakan kekasih Ariel itu keluar dari pintu belakang pejabat polis itu pada pukul 5.15 petang waktu tempatan.
"Luna. Luna! Apa kabar? Kok kamu cantik banget (sangat)," kata beberapa orang itu.
Mendengar namanya dipanggil, Luna Maya hanya menoleh dan tersenyum malu-malu sambil cuba menutup wajahnya dengan selendang berwarna ungu.
Selebriti itu cuma diam tanpa memberikan sebarang reaksi semasa ditanya sama ada dia sempat bertemu dengan kekasihnya yang kini ditahan di ibu pejabat berkenaan berhubung kes video tersebut.
Dia turut diam semasa ditanya mengenai keadaan kesihatannya.
Luna Maya meninggalkan ibu pejabat itu dengan menaiki sebuah kereta Honda CRV. - Agensi
DUNIA
Majalah siar foto bogel Jolie
MIAMI - Sebuah majalah mingguan hiburan gosip terkenal Amerika Syarikat (AS) menyiarkan gambar-gambar bogel aktres sensasi Angelina Jolie yang belum pernah disiarkan lagi semasa dia berusia 24 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Majalah Star mendakwa memperoleh foto-foto eksklusif Jolie, 35, daripada buku terbaru, Angelina: An Unauthorized Biography, yang dihasilkan oleh penulis biografi ternama AS, Andrew Morton dan akan dijual bulan depan.
Salah satu gambar itu yang didakwa dirakamkan pada 1999 menunjukkan sekeping pita pelekat hitam menutup payu dara Jolie dengan seekor rantai anjing berada di lehernya.
Sekeping lagi gambar hitam putih memaparkan belakang badan Jolie yang berada di atas sebuah katil dengan dia memakai seluar dalam nipis G-string dan topi koboi.
Jolie pernah mengaku mengambil dadah jenis heroin pada zaman muda sebelum dia akhirnya meninggalkan tabiat itu.
Pendedahan itu dibuat ketika dia mempromosikan filem terbaru lakonannya, Salt. - Agensi
DUNIA
Mallika Sherawat dedah payu dara
MUMBAI - Pelakon terkenal Bollywood yang pernah membintangi filem Hollywood, Mallika Sherawat menyiarkan gambar separuh bogelnya di laman Twitter di Internet, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Dalam gambar itu, payu dara Sherawat dilindungi oleh rambutnya manakala tubuhnya mengandungi corak seperti kulit ular.
Gambar itu merupakan sebahagian daripada promosi filem terbaru lakonannya, HISSS.
Dia memegang watak sebagai wanita ular dalam filem tersebut.
Pelakon itu yang kini tinggal di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) meminta pandangan peminat-peminatnya berhubung gambar berkenaan.
Dalam mesejnya di laman itu, dia bertanya kepada peminat-peminatnya sama ada gambar itu boleh dianggap sebagai keterlaluan kerana sebahagian payu daranya boleh dilihat. - Agensi
NEGARA
Pelajar diculik depan sekolah
BESUT - Niat jahat dua lelaki yang menculik seorang pelajar dipercayai untuk dirogol bukan sahaja tidak termakbul malah, kedua-dua mereka dapat diberkas ketika sedang bersembunyi dalam keadaan parah di dalam sebuah rumah di Kampung Alur Jejawi, Kuala Besut di sini kelmarin.
Kejadian pukul 4.30 petang itu berlaku apabila suspek berusia 15 dan 23 tahun yang menaiki sebuah kereta Perodua Kenari melarikan Nurmuni Ainun Izzati Mohd. Roslan, 15, ketika dia sedang menunggu ibunya di luar kawasan sekolah untuk menjemputnya pulang selepas tamat kelas tambahan.
Sebelum kejadian, abang mangsa telah datang ke sekolah berkenaan tetapi pulang semula ke rumah selepas mendapati adiknya masih belum keluar.
Nurmuni Ainun Izzati merupakan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di sini.
Sebaik sampai di sekolah berkenaan, salah seorang suspek tersebut terus menarik mangsa ke dalam kereta hingga menyebabkan pelajar berusia 15 tahun berkenaan cedera manakala beg sandangnya putus dan tertinggal di situ.
Kejadian itu turut disaksikan oleh beberapa pelajar lain tetapi mereka tidak sempat membantu kerana mendakwa kejadian berlaku begitu pantas.
Difahamkan, suspek berusia 23 tahun tersebut dipercayai dalam keadaan gersang kerana isterinya dikatakan masih berpantang kerana baru lepas bersalin.
Mangsa kemudian diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan dengan salah seorang suspek memeluknya dari belakang.
Nurmuni Ainun Izzati kemudian bertindak melawan dengan meronta-ronta dan menendang papan pemuka kereta menyebabkannya rosak manakala pemandunya pula gagal mengawal kenderaan tersebut.
Ekoran tindakan drastik mangsa, kereta tersebut kemudian terbabas hingga memasuki sebuah parit di Kampung Limbongan dekat sini iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Supritendan Noor Zainy Md. Noor berkata, kemalangan itu menyebabkan mangsa pengsan serta mengalami cedera parah di kepala dan leher.
Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Besut sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
"Polis yang melancarkan operasi tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian dan mendapati kedua-dua suspek sudah melarikan diri dan pelajar berkenaan pengsan dalam kereta.
"Hasil maklumat orang ramai, polis kemudian telah menyerbu sebuah rumah dan mendapati kedua-dua suspek yang cedera parah itu sedang bersembunyi di dalamnya," katanya pada sidang akhbar di sini semalam
NEGARA
Ibu buang bayi kena jel dua tahun
JOHOR BAHRU - Seorang wanita warga Indonesia yang tergamak membuang mayat bayi lelaki yang dilahirkannya terpaksa meringkuk di dalam penjara selama dua tahun selepas Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman tersebut di sini semalam.
Tertuduh, Juliati, 27, turut dipenjara empat bulan lagi atas kesalahan memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.
Majistret Mazana Sinin mengarahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang tidak bekerja didakwa secara rahsia telah membuang mayat seorang bayi lelaki yang dilahirkannya ke dalam semak selepas membungkus mayat itu dan dimasukkan ke dalam sebuah beg plastik.
Juliati didakwa melakukan perbuatan tersebut di rumah nombor 585, Kampung Teluk Serdang, Pinggir Jalan Camar 15, Taman Perling di sini pada pukul 4.30 pagi 10 Julai lalu.
Rakan serumah tertuduh, Yanti Yulianti, 27, yang bekerja di sebuah kedai makan turut dihukum penjara empat bulan berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap kerana bersubahat dengan tertuduh
NEGARA
Bersalah bunuh suami isteri
|
|
SEREMBAN - Seorang bekas petinju remaja Negeri Sembilan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita hamil lapan bulan dan suaminya di sebuah rumah di Senawang dekat sini tiga tahun lalu.
Mohamad Azli Azhari, (gambar) 23, dilihat tenang ketika mendengar keputusan yang dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yassin.
Ahmad Nasfy dalam penghakimannya berkata, pihak Pendakwa Raya berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan semua bukti menunjukkan tertuduh telah membunuh pasangan malang itu.
Azli dituduh membunuh Syed Herie Azmi Syed Kassim, 25, dan Aniza Ayob, 24, di sebuah rumah di Taman Desa Anggerik, Senawang di sini antara pukul 8 pagi hingga pukul 10 pagi pada 16 Jun 2007.
Pasangan berkenaan baru lapan bulan bergelar suami isteri dan Aniza semasa dibunuh sedang sarat mengandung.
Pasangan suami isteri itu dijumpai mati oleh dua rakan mereka dengan beberapa kesan tikaman di badan. Mayat mereka terlantar di ruang tamu rumah.
Ahmad Nasfy berkata, beberapa jam selepas kejadian itu, tertuduh telah mengaku kepada rakan-rakannya bahawa dia telah membunuh Syed Herie yang juga dikenali sebagai Along Santan.
"Malah ketika ditahan, polis menjumpai senjata pembunuhan yang masih mempunyai darah di dalam simpanan kamu," kata Pesuruhjaya Kehakiman itu.
Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala peguam Hanif Hassan mewakili Azl
Ko perjuangkn apa???
ReplyDeleteKo fkr x pe perasaan fmly owng ni klau trbace kt blog ko ni..mst tringat kejadian kn..ko xpyh la nk papar kn itu ini mengalahkn owng serba tau
ReplyDelete