Sunday, September 26, 2010

BERHATI2..JENAYAH BERADA DIMANA2...MOHONLAH PERLINDUNGAN DARI ALLAH..DISAMPING HUKUM ALLAH JGN DIKETEPIKAN BEGITU SAJA

Saya sangka dia main-main'



2010/09/27

IPOH: “Ketika kehilangannya terpapar di dada akhbar baru-baru ini, saya ingatkan dia (Datuk Sosilawati Lawiya) main-main (bergurau), “ kata Rozita Ibrahim, pengasas produk kecantikan dan kesihatan jenama Sendayu Tinggi (ST) yang juga rakan baik Sosilawati.
Rozita antara rakan baik arwah Sosilawati dalam industri perniagaan kosmetik, malah beliau menyifatkan arwah seorang ikon kosmetik yang menceriakan dunia kecantikan wanita di negara ini.
Rozita yang ditemui selepas merasmikan cawangan pertama ST di sini, kelmarin, berkata dia terasa kehilangan Sosilawati dan keadaan itu membuatkannya sunyi kerana arwah seorang yang baik hati dan pemurah.

“Saya sering memasang impian untuk setanding dengannya. Beliau seorang yang begitu kuat dan tanpa menoleh ke belakang dalam membangunkan industri yang diceburinya serta tidak pernah buruk sangka terhadap sesiapapun,” katanya.

Ditanya adakah beliau akan lebih berhati-hati pada masa depan selepas kejadian menimpa Sosilawati, Rozita berkata, semua orang akan berhati-hati dan masa sama sentiasa berdoa kepada Allah.

“Pada saya, penampilan berpurdah kini antara ciri keselamatan diamalkan. Selain itu, saya juga jarang keluar rumah,” katanya

Artis dicekup di rumah janda

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad

2010/09/27

PUTRAJAYA: Seorang penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an dan awal 1990-an memberi alasan datang berhari raya ketika dicekup kerana disyaki berkhalwat di rumah janda dipercayai kekasihnya di kuarters kerajaan di Presint 15, di sini, kelmarin.
Artis berusia dalam lingkungan awal 50-an itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menyerbu premis itu pada kira-kira jam jam 11.45 malam.

Menurut sumber, artis terbabit dipercayai sudah beberapa kali mengunjungi kekasihnya yang menginap di tingkat dua kuarters 15 tingkat itu sebelum penguat kuasa Jawi menyerbu premis itu.

Sebelum itu, penguat kuasa Jawi mendapat maklumat awam berkaitan kehadiran artis itu di rumah janda beranak dua berusia lingkungan 30-an yang juga kakitangan kerajaan di sebuah kementerian, di sini, yang dikatakan berdua-duaan di dalam rumah itu, sejak jam 10.40 malam.

Sumber itu berkata, lima penguat kuasa Jawi membuat pemeriksaan dan terpaksa menunggu kira-kira 30 minit sebelum dibuka artis terbabit dan ketika itu pasangannya berpakaian kemas seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.

“Seperti biasa, penguat kuasa Jawi kemudian memasuki rumah dan melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang wanita yang juga berpakaian lengkap duduk di kerusi di satu sudut di dalam rumah itu

“Artis terbabit yang dipercayai panik cuba melepaskan diri, cuba merayu bagi mengelak dikenakan tindakan dan secara jujur mengaku bukan mahram, tetapi tidak melakukan maksiat di rumah itu,” katanya.

Sumber berkata, alasan tidak bijak artis terbabit tidak dipedulikan penguat kuasa Jawi yang kemudian mengingatkannya perbuatan berduaan dengan wanita bukan mahram adalah perbuatan maksiat dan boleh menjurus kepada perbuatan tidak bermoral termasuk zina.



Bomba pam air 2 lubang kubur

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad, Hadzlan Hassan, Riadz Radzi, Mohd Husni Mohd Noor, Mohammad Apendy Issahak, Zaid Salim dan Hamizah Badiran

2010/09/27

BANTING: Sebuah jentera bomba terpaksa digunakan untuk mengepam air yang bertakung dalam dua lubang besar di Ladang Gadong, semalam yang dipercayai kubur seorang ahli perniagaan dari Sungai Petani, Kedah, Mohd Shafik Abdullah, 37, dan rakannya.
KELUAR...jentera bomba keluar dari laluan utama kes pembunuhan jutawan kosmetik dan tiga individu lain.
KELUAR...jentera bomba keluar dari laluan utama kes pembunuhan jutawan kosmetik dan tiga individu lain.
MASUK...jentolak memasuki laluan utama ke lokasi pembunuhan jutawan kosmetik dan tiga individu lain.
MASUK...jentolak memasuki laluan utama ke lokasi pembunuhan jutawan kosmetik dan tiga individu lain.
Dua individu itu dipercayai turut menjadi mangsa bunuh suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Jentera bomba mula memasuki kawasan ladang terbabit kira-kira jam 10.30 pagi disusuli beberapa kenderaan polis termasuk dari Unit Forensik, selain van membawa empat suspek dipercayai pekerja ladang itu, 15 minit kemudian.

Mohd Shafik dan rakannya yang berasal dari Taiping, Perak dilaporkan hiang sejak 5 April lalu dan gagal ditemui hingga kini. Mereka sebelum itu dikatakan datang ke sini untuk bertemu dengan seorang peguam yang kini menjadi suspek utama pembunuhan Sosilawati.

Dua lubang besar itu terletak berasingan, satu di bahagian belakang ladang ternakan milik suspek dan satu lagi di kawasan penanaman kelapa sawit di luar ladang berkenaan. Lokasi kedua-duanya dipercayai dikenal pasti menerusi maklumat yang diperoleh daripada suspek sendiri.

Pada kira-kira jam 12.15 tengah hari, sebuah jengkaut dilihat memasuki kawasan ladang berkenaan dipercayai untuk menggali kedua-dua lokasi yang sudah ditanda polis.

Bagaimanapun, petugas media tidak dibenarkan menghampiri kawasan terbabit selepas pita kuning dipasang oleh polis kira-kira 300 meter dari pintu masuk ladang milik suspek utama kes pembunuhan berprofil tinggi itu.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, mereka ke lokasi terbabit selepas polis meminta bantuan bagi menyedut keluar air sungai yang memenuhi lubang berkenaan berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu

Bagaimanapun jurucakap itu enggan mengulas lanjut dan meminta kumpulan media supaya berhubung dengan polis bagi mendapatkan maklumat terperinci.

Kerja mengorek kubur berkenaan dijangka diteruskan hingga malam tadi bagi mencari bukti kemungkinan mayat mangsa suspek ditanam dalam kubur itu.

Seorang lagi individu yang hilang dan turut dikatakan menjadi mangsa pembunuhan suspek bekerjaya peguam itu seorang ahli perniagaan dari India, Allal Kanthan Muthuraja, 34.

Muthuraja dilaporkan hilang selepas tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu suspek berkaitan urusan perniagaan.

Sementara itu, isteri mendiang yang membatalkan perjalanan pulang ke Ramapuram, India semalam, S Usharani, 24, dilihat sekali lagi memasuki Ibu Pejabat Daerah (IPPD) Kuala Langat kira-kira jam 10 pagi dan keluar 45 minit kemudian.



Leher dikelar geng Mat Rempit

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhammad Apendy Issahak

2010/09/27

SHAH ALAM: Tidak ubah seperti binatang apabila sekumpulan kira-kira 10 Mat Rempit cuba merompak dan menyerang seorang penuntut sebuah institut pengajian tinggi awam sebelum mengelar leher mangsa hingga berlumuran darah.
pix_middle
Dalam kejadian jam 2.30 pagi kelmarin di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, kumpulan Mat Rempit berkenaan yang bersenjatakan pisau mencederakan pelajar berkenaan yang cuba menyelamatkan dompet dan telefon bimbitnya daripada dirompak.

Difahamkan, mangsa yang cedera parah dan berlumuran darah terpaksa lari ke tengah lebuh raya bagi menyelamatkan diri dan meminta bantuan beberapa pemandu kenderaan selepas dikejar kumpulan Mat Rempit terbabit.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Faris, 21, berkata kejadian berlaku berhampiran sebuah stesen minyak sebelum susur keluar ke Padang Jawa. Dia dan seorang rakan yang membonceng motosikalnya dalam perjalanan pulang ke rumah di kawasan berdekatan.

Menurutnya, dia tidak menggunakan laluan motosikal lebuh raya berkenaan kerana hari sudah pagi dan bimbang disamun kerana jalan agak sunyi. Namun, malang tidak berbau apabila sekumpulan Mat Rempit menaiki tujuh motosikal mengekorinya daripada belakang.

“Sebaik saja kumpulan terbabit mendekati, mereka tiba-tiba mengepung motosikal saya dan mengarahkan berhenti, namun saya yang bimbang sesuatu buruk berlaku cuba memecut.

“Tindakan saya itu menyebabkan kumpulan remaja terbabit tambah berang sebelum menendang motosikal saya hingga jatuh,” katanya.

Faris berkata, sebaik jatuh, kumpulan berkenaan terus menerpa dan membelasah dia serta rakannya untuk merampas dompet dan telefon bimbit.

“Mereka bertindak ganas, saya disepak dan ditumbuk manakala rakan pula ditampar. Kunci motosikal juga dirampas mungkin untuk melarikannya, saya cuba mempertahankan diri dan semasa bergelut saya tidak sedar leher sudah dikelar seorang daripada lelaki berkenaan.

“Saya yang berlumuran darah bertindak menyelamatkan diri dengan berlari ke tengah lebuh raya dan cuba menahan beberapa kereta untuk bantuan,” katanya.

Menurutnya lagi, dia bernasib baik apabila ada kereta berhenti dan sudi membantu.

Katanya, pemandu kereta itu menghantar dia dan rakan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan.

“Luka akibat dikelar itu agak parah dan leher terpaksa dijahit dengan lapan jahitan, manakala rakan tidak mengalami kecederaan.

“Selepas selesai mendapat rawatan dan dibenarkan pulang saya terus membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam,” katanya.

Tambah Faris lagi, dia tidak dapat ke kuliah tiga hari selepas insiden itu dan terpaksa menjalani rawatan susulan serta trauma melalui lebuh raya berkenaan.


Diperkosa perompak dalam kereta



2010/09/27
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan bukan saja dirompak malah, turut dirogol seorang lelaki yang tiba-tiba masuk ke dalam keretanya yang berhenti di satu persimpangan lampu isyarat di Taman Putra, di sini, malam Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, mangsa yang berusia 20-an memandu kereta bersendirian sebelum berhenti berhampiran di persimpangan lampu isyarat berkenaan.
Namun, tanpa diduga seorang lelaki tidak dikenali meluru masuk melalui pintu belakang keretanya sebelum memukul dan mengugut mangsa supaya mendiamkan diri. Menurut sumber, lelaki terbabit menunjukkan sebilah pisau untuk menakutkan mangsa sebelum memaksanya duduk di bahagian penumpang.

“Lelaki terbabit meminta mangsa mendiamkan diri sebelum dia membawanya berpusing sekitar Ampang.

“Mangsa diperlakukan kejam sebelum lelaki terbabit merogolnya dalam kenderaan itu,” katanya.

Difahamkan, selepas merogol, penjenayah terbabit menghantar kembali mangsa ke lokasi dia ditemui sebelum melarikan diri.

“Mangsa yang lemah itu datang ke balai polis membuat laporan kejadian terbabit,” katanya



Wanita kena ragut dalam lif
SUNGAI PINANG – Dua lelaki sanggup menunggu mangsanya di lif semata-mata untuk meragut beg tangan seorang wanita lingkungan 50-an.

Taktik lelaki berkenaan baru sahaja diketahui melalui rakaman kamera namun, kebiasaannya dua lelaki berkenaan akan menunggu di lif rumah pangsa Pinang Court antara jam 8 malam hingga 12 tengah malam.

Penduduk, Wong Mun Chai berkata, dia sendiri menyaksikan kejadian itu yang berlaku baru-baru ini dalam salah sebuah lif di perumahan berkenaan.

Menurutnya, pada mulanya ketiga-tiga penduduk yang berada dalam lif menyangka dua lelaki berkenaan adalah penduduk di perumahan sama.

“Namun, secara tiba-tiba mereka menarik beg dan barang mangsa sedangkan kesemua penumpang masih berada dalam lif. Saya berpendapat lelaki berkenaan berbahaya kerana mereka sanggup melakukan kegiatan itu walaupun masih ada penumpang lain.

“Nasib baik kami dapat cam wajah peragut berkenaan kerana sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang pihak pengurusan Pinang Court berjaya merakamkan wajah mereka,” katanya.

Tinjauan mendapati keadaan lorong di tingkat bawah sunyi dan memudahkan peragut berkenaan untuk mencari mangsa lain.

Namun, pihak pengurusan perumahan mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan dua pengawal dari Ikatan Relawan Rakyat (Rela) di hadapan lif bagi mengawasi pergerakan penduduk.

Penduduk, Siti Aishah Samsuddin, 28, berkata, dengan adanya dua anggota Rela berkenaan setiap malam, dia dan ahli keluarga lain berasa selamat.

Menurutnya, dia bimbang kerana hampir setiap malam pulang lewat kerana bekerja pada waktu malam.

“Memang dari dulu saya rasa seperti ada orang ikut dari belakang ketika balik dari kerja, tetapi saya fikir positif kerana pengawal keselamatan ada berkawal selama 24 jam.

“Tetapi tidak sangka pencuri berkenaan berani dengan menunggu mangsa terutama wanita di lif, jika mereka hanya mencuri tidak mengapa tetapi kami bimbang sekiranya mereka turut membawa pisau,” katanya


Suspek utama buat laporan polis

PETALING JAYA – Suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya yang merupakan peguam yang mendakwa bergelar ‘Datuk’ membuat laporan polis semalam kerana mendakwa dipukul dan ditampar sejak ditahan 11 September lalu.

Lelaki yang memakai baju lokap berwarna ungu itu diiringi empat peronda polis dilihat masuk ke perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, kira-kira jam 4 petang.

Dia kemudiannya masuk ke balai itu dengan ditemani dua peguamnya iaitu, Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam untuk membuat laporan polis kira-kira 10 minit selepas itu dan dilihat keluar sejam kemudian.

Ravi berkata, laporan polis itu dibuat oleh anak guamnya kerana mendakwa ditampar dan dipukul sehingga menyebabkan salah satu daripada gigi hadapannya goyang.

“Berdasarkan laporan itu, anak guam saya mengadu bahawa dia dipukul dengan hos getah ketika disoal siasat oleh pegawai polis di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, pada 12 September lalu.

“Dua hari kemudian, dia juga mendakwa seorang polis tidak berkaitan kesnya menyuruh mela�kukan ‘squat-stand’ sebanyak 60 kali sehingga menyebabkannya pengsan,” katanya ketika ditemui sesemalam.

Dalam laporan sama, katanya, anak guamnya juga mendakwa diugut polis akan melibatkan isterinya sekali jika dia enggan mengaku.

“Dia juga mendengar pegawai daripada Bukit Aman mengarahkan lima suspek lain mengaku bahawa dia antara salah seorang yang melibatkan mereka dalam jenayah itu, sewaktu di lokap IPD Banting.

“Peguam itu juga mendakwa dipaksa menunjukkan lokasi telefon bimbit mangsa pembunuhan dibuang menggunakan jarinya dan merakamnya. Ia seolah-olah memperlihatkan dia yang bersalah dalam kes ini,” katanya.

Ravi berkata, peguam itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut sejurus laporan polis dibuat.

Menurutnya, laporan polis dibuat di balai berkenaan kerana anak guamnya ditempatkan di lokap berkenaan sejak kelmarin



Polis guna khidmat bomba

BANTING - Sebuah jentera pasukan Bomba dan Penyelamat dibawa masuk ke Ladang Gadong, semalam.

Jentera itu dilihat masuk kira-kira jam 10.30 pagi.

Ia dipercayai digunakan untuk menyedut air yang bertakung selepas proses penggalian dua lokasi dipercayai tempat mayat ditanam dijalankan petang semalam dan diberhentikan akibat hujan lebat.

Selang 20 minit kemudian, pasukan Forensik ke lokasi kejadian bersama empat orang suspek tidak termasuk suspek utama yang berpakaian baju oren.

Kira-kira jam 12.15 tengah hari, sebuah jentolak masuk ke ladang berkenaan dipercayai bagi menyambung kembali kerja penggalian kubur berkenaan.

Jentera bomba meninggalkan ladang itu kira-kira jam 2.05 petang.

Kenderaan polis dan Unit Forensik beberapa kali dilihat keluar masuk ke ladang terbabit.

Pengarah Forensik Polis Diraja Malaysia, Datuk Malik Harun juga turut dilihat berada di lokasi dan keluar meninggalkan ladang berkenaan: kira-kira jam 6.40 petang.

Kelmarin, sebuah jentolak masuk ke ladang terbabit untuk menggali lokasi mayat ditanam dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kehilangan seorang ahli perniagaan, Mohd Shafik Abdullah, 37, dan rakannya dari Sungai Petani sejak April lalu.

Maklumat mengenai lokasi itu diperoleh daripada pekerja ladang milik peguam suspek utama yang kini ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, serta tiga rakan yang lain.:

Sementara itu, S Usharani, 24, isteri ahli perniagaan India, Muthuraja Allal Kanthan, 34, yang dilaporkan hilang awal tahun ini selepas bertemu dengan suspek utama dilihat berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat ditemani seorang lelaki kira-kira jam 10 pagi semalam.

Usharani dipercayai dipanggil untuk menyambung proses memberi keterangan.

Bagaimanapun beliau diminta datang semula esok (hari ini) untuk dirakamkan keterangannya menurut Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam ketika dihubungi semalam.

Beliau dilihat meninggalkan IPD tersebut kira-kira jam 10.45 pagi.



Hilang lepas pindah rumah mentua



2010/09/27

SEREMBAN: Seorang ibu kini diburu kebimbangan selepas anak perempuannya hilang lebih tiga bulan lalu.
Soyah Main, 59, berkata, anaknya, Azizah Abdul Mutalib, 32, yang berkahwin pada Jun 2008 gagal dikesan sejak Jun lalu selepas berpindah ke rumah ibu mentuanya di Shah Alam, Selangor.
“Anak saya yang bekerja di sebuah kilang di Senawang bertemu seorang lelaki di Rembau dan menjalin hubungan cinta selama sebulan sebelum mereka berkahwin.

“Sebaik berkahwin, anak saya dan suaminya tinggal di rumah sewa tidak jauh dari rumah saya di Taman Tuanku Jaafar (TTJ), dekat sini,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun selepas beberapa lama berkahwin anak saya berhenti kerja dan mengikut suaminya tinggal bersama keluarga di Shah Alam, Jun lalu.

Katanya, selepas itu dia tidak dapat menghubungi anaknya selepas telefon bimbitnya dimatikan.

“Saya bertambah terkejut selepas menerima surat pengesahan cerai anak saya dan suaminya daripada mahkamah tidak lama selepas mereka berpindah ke Shah Alam.

“Bimbang perkara buruk berlaku, saya ke rumah ibu mentua anak di Shah Alam untuk mencari Azizah, namun mereka kata tidak tahu di mana anak saya,” katanya yang turut ditemani suaminya, Abdul Mutalib Abdul Malik, 63.

Soyah berkata, pelbagai usaha dilakukan dengan bantuan adik-beradik dan saudara-mara untuk mencari Azizah, namun menemui jalan buntu.

Menurutnya, dia sekeluarga bimbang sekiranya terjadi perkara tidak diingini terhadap anaknya itu.

“Siang malam saya asyik terkenangkan nasibnya dan mendoakan Azizah tidak ditimpa kecelakaan. Saya merayu orang ramai yang mengenali atau terlihat Azizah supaya menghubungi balai polis terdekat

“Saya juga merayu Azizah kembali ke pangkuan keluarga kerana kami semua merinduiny,” katanya.

Berikutan kehilangan anaknya itu, Abdul Mutalib membuat beberapa laporan polis termasuk yang terbaru bulan lalu di Shah Alam.

Mereka yang melihat atau mengenali Azizah diminta menghubungi Mutalib di talian 013-6507332 atau balai polis berhampiran.



Misteri belum terungkai



2010/09/27
KUALA TERENGGANU: Penemuan dua ‘kubur’ di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Selangor yang dipercayai mengandungi mangsa terbaru suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya masih belum terungkai, malah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar enggan mengulas lanjut mengenainya.
Menurutnya, polis mempunyai pendirian untuk mengetahui apa lagi peristiwa atau kejadian yang berlaku di sekitar Ladang Gadong, Tanjung Sepat di Banting, Selangor, iaitu kawasan yang dikaitkan sebagai lokasi utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga lagi mangsa.
“Orang ramai dan pihak media diminta tidak membuat sebarang andaian dan menyerahkan segalanya kepada polis yang masih menjalankan siasatan terperinci bagi menyelesaikan kes berkenaan,” katanya pada sidang akhbar selepas meraikan Majlis Sambutan Hari Raya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan; Timbalannya, Senior Aisisten II Hamzah Jamil dan dua Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Superintendan Mohd Zani Che Din dan Superintendan K Manoharan.

No comments:

Post a Comment