Monday, September 6, 2010

SEMUA DENGAN IZIN ALLAH

DUNIA


Ajaib tiada mati gempa bumi


BEBERAPA orang semalam melintasi sebuah bangunan yangtiada dinding akibat gempa bumi di Christchurch kelmarin.


CHRISTCHURCH - Penduduk New Zealand bersedia menghadapi satu lagi kejadian kemusnahan apabila sebuah ribut kencang sedang menghampiri dan mengancam kawasan Christchurch yang dilanda gempa bumi yang teruk kelmarin.
Perdana Menteri, John Key berkata, ia merupakan satu keajaiban apabila tiada kemalangan jiwa dilaporkan apabila gempa bumi berukuran 7.0 pada skala richter menyebabkan kemusnahan bernilai satu bilion dolar (RM3.1 bilion).
Pegawai-pegawai Pertahanan Awam memberi amaran bahawa gegaran susulan berukuran sehingga 5.4 pada skala richter akan berlaku di sini.
Malah kejadian itu akan diikuti kejadian ribut kencang yang memberi ancaman kepada beberapa bangunan yang sudah mengalami kerosakan sebelum ini.
Selain kerosakan teruk, seramai 340,000 penduduk bandar di sini berada dalam keadaan selamat apabila gempa bumi melanda Christchurch petang kelmarin.
"Kesimpulan yang dapat dibuat adalah ia merupakan satu keajaiban kerana tiada seorang pun mangsa yang maut. Sebahagian daripada keadaan bandar ini kelihatan hampir musnah dan mengalami gegaran yang sangat kuat," kata Key. - AFP

No comments:

Post a Comment