Sunday, June 5, 2011

BILA MAHAR@BELANJA TINGGI...URUSAN NIKAH DISUSAHKAN...LEBIH2 UNTUK POLIGAMI...AKHIRAT JAWAB JER PENGUBAL DASAR..TAMBAH HUDUD DICICIRKAN...NAK TUNGGU APA LAGI BARU HUDUD NAK LAKSANAKAN.....NAK TUNGGU BALA TURUN KOD

Kes remaja terlanjur menakutkan



KUALA LUMPUR: Sebilangan besar remaja kini didapati bukan saja menjadikan hubungan seks terlarang sebagai percubaan, malah hobi mengisi masa lapang.
Fenomena menakutkan itu didedahkan penceramah bebas juvana, Mohd Yunus Mohd Ali, selepas sebilangan besar remaja bermasalah mengaku melakukannya untuk berseronok pada masa lapang.

Beliau berkata, golongan itu biasanya mendapat maklumat berkaitan seks, termasuk bahan lucah, melalui Internet atau video di rumah, selain telefon bimbit rakan.
“Selesai berceramah, saya buka peluang untuk mereka meluahkan isi hati dan saya sebenarnya terkejut dengan pengakuan diluahkan.

“Selepas melakukan seks sekadar suka-suka, mereka kini menjadikannya sebagai kegemaran dan ia perkembangan menakutkan,” katanya.

Situasi berkenaan turut diakui Pengasas Rumah Perlindungan Baitul Fiqh, Haliza Abdul Halim selepas melihat jumlah kes remaja terlanjur semakin serius.

Menurutnya, banyak kes diterimanya kini membabitkan remaja di bangku sekolah yang terlanjur dengan teman lelaki, selain menjadikan seks bersama rakan sebagai hobi.

“Berbanding lima tahun lalu, kebanyakan kes membabitkan remaja lepasan sekolah berusia antara 20 hingga 26 tahun, tetapi kebelakangan ini seawal 13 tahun.
“Sebagai pertubuhan bukan kerajaan, kita melihatnya sebagai masalah utama yang sangat membimbangkan. Jika tidak ditangani dengan segera dan betul, kita khuatir ia terus membarah hingga sukar ditangani,” katanya.

Dalam kebanyakan kes diterimanya, hampir 90 peratus mengaku melakukan seks dengan teman lelaki dan mengulanginya dengan teman baru.

Malah, kebanyakannya mengakui mempelajari perlakuan itu daripada sumber yang mudah dicapai seperti di laman Internet atau filem lucah.

“Mereka sebenarnya bermula melalui pengalaman sendiri. Mereka mempelajarinya daripada Internet atau video lucah dan kemudian diterjemahkan dalam bentuk sembang, sama ada antara teman lelaki atau dengan rakan rapat masing-masing.

“Selepas itu perbualan bertukar kepada cuba-cuba seperti bercium, berpelukan, seterusnya adegan seks ringan. Bila seronok dengan apa dilakukan, mereka cuba pula melakukan seks lebih berat hinggalah seks luar nikah,” katanya.

Haliza berkata, kebanyakannya mengaku bebas melakukan seks berikutan tiada pemantauan ibu bapa, malah ibu bapa membenarkan anak mereka keluar rumah tanpa mengetahui aktiviti dilakukan.

Ada ibu bapa yang tidak tahu anak mereka membawa teman lelaki balik ke rumah dan melakukan seks secara sembunyi.

“Bukan mahu menyalahkan ibu bapa. Namun, memang ada ibu bapa tidak tahu pergerakan anak apabila ditanya, termasuk apa dilakukan dalam rumah sendiri.

“Ada kes di mana remaja mengaku pergi ke negeri lain untuk berjumpa teman lelaki dan bermalam di sana tanpa pengetahuan ibu bapa,” katanya.

Katanya, sebagai NGO yang bertanggungjawab melindungi remaja hamil luar nikah, tugas mereka adalah memastikan mereka selamat melahirkan anak.

“Ini yang kita ingin tegaskan. Apabila menjaga mereka, kita terapkan dengan pengetahuan agama serta latihan kemahiran bagi mengelak mereka terjebak dan mengulangi perbuatan zina yang terkutuk itu.

“Namun, setakat itu tugas kami. Apabila remaja terbabit keluar, ibu bapa serta keluarga perlu memainkan peranan mereka. “Jika tidak mahu anak bergelumang dengan kegiatan lama, mereka hendaklah memantau pergerakan mereka,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya berharap semua pihak, khususnya ibu bapa, memberi lebih perhatian terhadap aktiviti anak.

Katanya, ibu bapa atau penjaga perlu ada perasaan curiga terhadap anak kerana itu antara cara mengawal pergerakan mereka.

“Curiga bukan bermaksud menjadi cerewet dalam semua hal, sebaliknya bagi memastikan keselamatan anak.

“Jika terlalu mempercayai anak dan mengiyakan perbuatan mereka tanpa perasaan curiga, ia mungkin digunakan remaja untuk melakukan perkara tidak bermoral,” katanya.


Perlu akui hakikat



KUALA LUMPUR: Hubungan terlarang membabitkan pelajar sekolah dan remaja semakin membimbangkan, dengan ramai mengaku kehilangan dara menjelang umur 18 tahun dan melakukannya dengan lelaki berlainan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, ini berdasarkan soal selidik membabitkan 2,800 responden berusia 15 hingga 25 tahun yang dijalankan sebuah universiti tempatan dengan portal YouthSays.com, baru-baru ini.

“Sebanyak 60 peratus gadis hilang dara menjelang umur 18 tahun, manakala 24 peratus daripada mereka mengaku pernah melakukan seks dengan lima kekasih.
“Hasil kajian rambang ini mungkin mengejutkan beberapa pihak, tapi inilah ‘reality check’. Kita kena terima hakikat remaja hari ini tahu mengenai seks lebih awal, seawal 10 atau 11 tahun.

“Majoriti memperoleh maklumat daripada teman sebaya atau Internet, dan ada juga mengenali seks melalui pornografi. Sangat sedikit mendapat pendedahan awal mengenai seks dengan bertanya ibu bapa atau guru,” katanya.

Menurutnya, 74 peratus remaja yang melakukan seks mengaku tidak mengamalkan kaedah perlindungan.

Malah, 83 peratus memberitahu tidak mengalami kesan negatif daripada tindakan mereka. Separuh daripada mereka berasa ‘bahagia’ kerana pengalaman seks itu.

Kira-kira 30 peratus remaja pula memikirkan seks setiap hari dan 50 peratus tidak pasti mereka ada pengetahuan cukup mengenai seks sebelum mengadakan hubungan.
Malah, berdasarkan soal selidik sama, ada 33 peratus hasil menunjukkan kemungkinan anak gadis yang masih belajar di tingkatan empat pernah melakukan hubungan seks. Dua daripada tiga pelajar melakukan hubungan seks kerana ingin mencuba dan bersuka-suka, manakala selebihnya kerana mengikut kehendak teman lelaki atau diajak kawan.

Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menunjukkan sebanyak 111 kes remaja hamil sepanjang empat bulan pertama pada 2010, menurun berbanding 131 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008.

 

Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin

http://drmaza.com/home/?p=501Minggu depan adalah minggu terakhir saya sebagai Mufti Negeri Perlis. Tulisan hari ini adalah yang kedua sebelum yang terakhir pada minggu hadapan. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan sepanjang tempoh dua tahun menjadi mufti.
Namun, nampaknya saya terpaksa tangguhkan terlebih dahulu hasrat itu kerana buat penghabisan kali di atas jawatan ini saya ingin menyentuh kerenah perkahwinan dalam negara ini. Hal ini penting terutama menjelang musim cuti sekolah kerana ramai yang akan berkahwin.
Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar.
Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi dan seterusnya pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.
Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya.
Apatah jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan.
Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:
“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; “kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?”. Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.
Sepatutnya si bapa bertanya: “kau dah ada pasangan ke?”. Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf.
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maka, menderitakan bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.
Saya bukan anti kursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga generasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, kursusnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh professional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan.
Malangnya, kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara penceramah kursus kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu menakut dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta. Maka, kita lihat walaupun yuran kursus nampaknya makin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan berkursus, masalah keretakan rumah tangga bagi generasi baru makin meningkat.
Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.
Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.
Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:
“Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi: Bab Iza Qala al-Khatib li al-Wali Zawwijni Fulanah, faqala qad Zauwajtuka bi Kaza wa Kaza, Jaza al-Nikah Wa In Lam Yaqul li al-Zauj Aradita au Qabilta, maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”.
Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.
Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut:
“Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).
Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.
Setelah berkahwin, rumahtangga yang dibina seperti yang diajar oleh Islam hendaklah menjadi syurga, bukan neraka. Jika perkahwinan tidak dapat membawa kebahgiaan, insan tidak disuruh memperjudikan hidup keseluruhan kerana isteri atau suaminya. Walaupun talak itu bukan perbuatan yang baik, namun ia dibenarkan jika terpaksa.
Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Maka Islam mengajar cara-cara yang berbagai demi menyelamatkan rumah tangga dari talak. Jika gagal, Islam juga mengajar talak untuk mengelakkan kezaliman berlaku antara salah satu pihak; suami atau isteri. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu Iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah al-Baqarah, ayat 231).
Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan, maka talak itu disuruh oleh al-Quran. Malanglah kaum wanita yang sepatutnya telah dikeluarkan oleh al-Quran dari kezaliman atau kemudaratan si suami, tiba-tiba terjatuh dalam kezaliman batin akibat proses birokrasi mahkamah yang bernama syariah.
Maka, wanita hari ini ada yang terseksa batinnya kerana menunggu proses mahkamah yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana mungkin isteri yang sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin tetap disahkan oleh mahkamah bahawa dia masih suami sekalipun isteri berulang meminta dipisahkan. Kata Dr Karim ‘Abd al-Karim Zaidan menyebut:
“Jika suami gagal menunaikan nafkah untuk isteri, kadi memisah antara mereka jika isteri memilih untuk berpisah…Hal ini diriwayatkan dari sejumlah para sahabat dan tabi’in” (al-Mufassal, 7/217).
Beliau juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir: “Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat”.
Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Taimiyyah:
“Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (dipasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Samada suami sengaja atau tidak sengaja”. (ibid 8/439).
Semua perbahasan yang begitu banyak boleh didapati dalam khazanah Islam itu menggambarkan rumahtangga untuk kebahagiaan hidup insan bukan untuk kedukaan mereka. Jika rumahtangga itu mengundang kedukaan, insan diberi peluang keluar oleh syarak untuk keluar dari daerah itu dengan segera. Malanglah, jika pintu keluar itu dihalang oleh kerenah biorokrasi mahkamah. Hakim barang kali ringan lidahnya menyebut: “kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir” sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri.
Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.
KREDIT.
drmaza.com


Seks hobi masa lapang

Oleh HADZLAN HASSAN dan MOHD AZAM SHAH YAACOB
metahad@hmetro.com.my

SESAL... Azy (kiri) dan Laili mencerita kesilapan lalu mereka.
SESAL... Azy (kiri) dan Laili mencerita kesilapan lalu mereka.
KUALA LUMPUR: Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.
Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.
Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.

“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.


“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.

Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.

“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.

“Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.

Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.

“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya,” katanya.

Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.

Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.

“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa... kawan menjadi penyelamat.

“Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain,” katanya.

Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.

“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.

“Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.

Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.

“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.

“Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah,” katanya.

Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.

Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.

Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.

“Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.

“Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,” katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.

Kes remaja terlanjur menakutkan



KUALA LUMPUR: Sebilangan besar remaja kini didapati bukan saja menjadikan hubungan seks terlarang sebagai percubaan, malah hobi mengisi masa lapang.
Fenomena menakutkan itu didedahkan penceramah bebas juvana, Mohd Yunus Mohd Ali, selepas sebilangan besar remaja bermasalah mengaku melakukannya untuk berseronok pada masa lapang.

Beliau berkata, golongan itu biasanya mendapat maklumat berkaitan seks, termasuk bahan lucah, melalui Internet atau video di rumah, selain telefon bimbit rakan.
“Selesai berceramah, saya buka peluang untuk mereka meluahkan isi hati dan saya sebenarnya terkejut dengan pengakuan diluahkan.

“Selepas melakukan seks sekadar suka-suka, mereka kini menjadikannya sebagai kegemaran dan ia perkembangan menakutkan,” katanya.

Situasi berkenaan turut diakui Pengasas Rumah Perlindungan Baitul Fiqh, Haliza Abdul Halim selepas melihat jumlah kes remaja terlanjur semakin serius.

Menurutnya, banyak kes diterimanya kini membabitkan remaja di bangku sekolah yang terlanjur dengan teman lelaki, selain menjadikan seks bersama rakan sebagai hobi.

“Berbanding lima tahun lalu, kebanyakan kes membabitkan remaja lepasan sekolah berusia antara 20 hingga 26 tahun, tetapi kebelakangan ini seawal 13 tahun.
“Sebagai pertubuhan bukan kerajaan, kita melihatnya sebagai masalah utama yang sangat membimbangkan. Jika tidak ditangani dengan segera dan betul, kita khuatir ia terus membarah hingga sukar ditangani,” katanya.

Dalam kebanyakan kes diterimanya, hampir 90 peratus mengaku melakukan seks dengan teman lelaki dan mengulanginya dengan teman baru.

Malah, kebanyakannya mengakui mempelajari perlakuan itu daripada sumber yang mudah dicapai seperti di laman Internet atau filem lucah.

“Mereka sebenarnya bermula melalui pengalaman sendiri. Mereka mempelajarinya daripada Internet atau video lucah dan kemudian diterjemahkan dalam bentuk sembang, sama ada antara teman lelaki atau dengan rakan rapat masing-masing.

“Selepas itu perbualan bertukar kepada cuba-cuba seperti bercium, berpelukan, seterusnya adegan seks ringan. Bila seronok dengan apa dilakukan, mereka cuba pula melakukan seks lebih berat hinggalah seks luar nikah,” katanya.

Haliza berkata, kebanyakannya mengaku bebas melakukan seks berikutan tiada pemantauan ibu bapa, malah ibu bapa membenarkan anak mereka keluar rumah tanpa mengetahui aktiviti dilakukan.

Ada ibu bapa yang tidak tahu anak mereka membawa teman lelaki balik ke rumah dan melakukan seks secara sembunyi.

“Bukan mahu menyalahkan ibu bapa. Namun, memang ada ibu bapa tidak tahu pergerakan anak apabila ditanya, termasuk apa dilakukan dalam rumah sendiri.

“Ada kes di mana remaja mengaku pergi ke negeri lain untuk berjumpa teman lelaki dan bermalam di sana tanpa pengetahuan ibu bapa,” katanya.

Katanya, sebagai NGO yang bertanggungjawab melindungi remaja hamil luar nikah, tugas mereka adalah memastikan mereka selamat melahirkan anak.

“Ini yang kita ingin tegaskan. Apabila menjaga mereka, kita terapkan dengan pengetahuan agama serta latihan kemahiran bagi mengelak mereka terjebak dan mengulangi perbuatan zina yang terkutuk itu.

“Namun, setakat itu tugas kami. Apabila remaja terbabit keluar, ibu bapa serta keluarga perlu memainkan peranan mereka. “Jika tidak mahu anak bergelumang dengan kegiatan lama, mereka hendaklah memantau pergerakan mereka,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya berharap semua pihak, khususnya ibu bapa, memberi lebih perhatian terhadap aktiviti anak.

Katanya, ibu bapa atau penjaga perlu ada perasaan curiga terhadap anak kerana itu antara cara mengawal pergerakan mereka.

“Curiga bukan bermaksud menjadi cerewet dalam semua hal, sebaliknya bagi memastikan keselamatan anak.

“Jika terlalu mempercayai anak dan mengiyakan perbuatan mereka tanpa perasaan curiga, ia mungkin digunakan remaja untuk melakukan perkara tidak bermoral,” katanya.

Bangga hilang dara

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Mior Azlan Kamarulbaid
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pengakuan ‘berani mati’ seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang berbangga kehilangan dara di blog miliknya menyebabkan dia dikecam hebat pengguna Internet sejak beberapa hari lalu.
Remaja itu dipercayai memaparkan pengakuan beraninya di blog pada Disember 2010, namun baru-baru ini secara tiba-tiba popular apabila tulisannya diulas beberapa blog lain selain laman sosial facebook dan twitter.
Menerusi tulisan blognya, remaja itu mendedahkan dia pernah melakukan hubungan seks dan pengakuannya itu adalah satu kejujuran. Malah, dia juga tidak kisah dengan tanggapan orang lain.

Malah akaun khusus facebook turut dibuka pihak tertentu untuk memberi maklum balas, sebahagian besar mengecamnya, namun ada juga memihak kepada remaja itu.

Pada mulanya, remaja Melayu yang mendakwa tinggal di Puchong berani membalas kecaman yang dilemparkan kepadanya dan bersikap tidak mempedulikan ratusan komen negatif pembaca.
Bagaimanapun, dia akhirnya memadam pengakuan beraninya itu kelmarin, mungkin akibat tertekan. Harian Metro cuba menghubungi remaja itu menggunakan facebook dan twitter, tetapi gagal.


Perangkap isteri miang



PUTRAJAYA: Tidak tahan mendengar ‘khabar angin’ isteri bermain kayu tiga dengan lelaki lain menyebabkan seorang suami memasang perangkap, yang akhirnya membongkarkan hubungan intim isterinya dengan lelaki ‘hidung belang’ yang kemudian dibelasah sebelum diserahkan kepada polis, kelmarin.
Pasangan intim terlarang, berusia 21 dan 20 tahun itu dicekup suami wanita terbabit ketika sedang bersama di rumahnya di Puchong, jam 11.30 malam.

Ketika kejadian, wanita itu yang sedang hamil anak ketiga berada dengan lelaki itu di rumah yang berkunci rapat ketika suami tidak ada di rumah.
Bagaimanapun, suami wanita itu sengaja memberitahu isteri kononnya bekerja syif malam bagi melihat kesahihan ‘khabar angin’ isterinya bermadu kasih dengan lelaki lain di rumahnya.

Sebaik menyedari skandal isteri, suami berusia 25 tahun terbabit menyerbu rumah itu bersama beberapa rakan.

Suami wanita itu membelasah lelaki yang menjalin hubungan dengan isterinya sebelum menyerahkannya kepada polis dan membuat laporan di Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada hari kejadian. Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jais, Shahrom Maarof berkata, berdasarkan siasatan, wanita itu mendakwa mengenali kekasihnya dalam tempoh tiga hari dan mereka lebih banyak berbual melalui telefon.

Beliau berkata, wanita itu mendakwa lelaki terbabit adik angkatnya.

“Kita percaya kegiatan wanita terbabit dengan kekasih hati yang didakwa adik angkatnya sudah berlarutan sejak beberapa bulan lalu,” katanya.
Shahrom berkata, suami wanita itu mendakwa isterinya menjalin hubungan dengan lelaki terbabit dan mengajaknya ke rumah ketika dia keluar bekerja.

Katanya, Jais juga akan memanggil wanita dan lelaki terbabit untuk siasatan sebelum tindakan susulan dilakukan.

Tiga didakwa rompak, rogol



SHAH ALAM: Tiga sekawan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam masing-masing atas tuduhan menyamar, merompak dan merogol seorang operator pengeluaran, dua bulan lalu.
Tertuduh, penjaga gudang, K Karthik, 23; penyelenggara, S Ramesh, 27; dan kelindan lori, P Kumaren, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Wan Norisham Wan Yaacob.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama merompak berkumpulan telefon bimbit, kunci rumah tumpangan dan wang tunai RM10 milik mangsa yang semuanya bernilai RM300 di dalam kereta jenis Perodua kancil, di sekitar Rawang dekat sini, jam 1.45 pagi pada 27 September 2010. Bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Pertuduhan kedua, mereka didakwa melarikan mangsa dengan mengetahui mungkin mangsa akan dipaksa melakukan persetubuhan luar tabii pada tarikh dan masa yang sama di tangga rumah tumpangan Rawang, No 11B, Jalan Maxwell, dekat sini dan mereka didakwa mengikut Seksyen 366 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Salwa Asmary Ab Rahim bagaimanapun hanya Karthik diwakili peguam S Karthigesan manakala Ramesh dan Kumaren tidak diwakili peguam.

Bagi kes samun, mereka tidak dibenarkan diikat jamin sementara kes melarikan mangsa dan menyamar polis dikembalikan ke Mahkamah Majistret kerana di bawah bidang kuasa Mahkamah Rendah.

Wan Norisham kemudian menetapkan sebutan semula kes di hadapannya pada 31 Januari tahun depan.

Remaja khalwat hisap syabu



MELAKA: Sepasang kekasih bukan saja menjadikan bilik hotel bajet yang disewa sebagai tempat melampiaskan nafsu, malah dipercayai turut menjadikannya sebagai tempat melepaskan gian untuk menghisap syabu.
Ini berikutan pasangan kekasih ditahan ketika ‘lalok’ menerusi operasi sepasukan polis ke atas sebuah hotel di Bandar Hilir, dekat sini, kira-kira jam 11.30 malam pada Rabu lalu.

Difahamkan, ujian air kencing terhadap kedua-dua pasangan itu yang membabitkan remaja perempuan berusia 18 tahun dan lelaki berusia 21 tahun didapati positif syabu, malah pemeriksaan lanjut polis menemui syabu pada lelaki terbabit.
Remaja perempuan terbabit kemudian diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) selepas reman ke atasnya selesai dan disabitkan dengan kesalahan berkhalwat dengan kekasihnya.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani, berkata berdasarkan siasatan, pasangan terbabit mendakwa memasuki bilik itu beberapa jam sebelum diserbu polis.

Katanya, ketika ditahan hanya pasangan terbabit berada di dalam bilik berkenaan dan polis menjalankan pemeriksaan terhadap mereka.

“Pasangan terbabit berdua-duaan di dalam bilik berkenaan dan dipercayai melakukan maksiat. Mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan gadis itu diserahkan kepada Jaim hari ini (semalam), manakala lelaki terbabit masih direman,” katanya di sini, semalam.

Rahimin berkata, pasangan terbabit berkenalan sejak beberapa tahun lalu dan sebelum ini gadis terbabit mengakui pernah beberapa kali ke rumah teman lelakinya itu.
Katanya, dia menjadikan bilik di rumah lelaki terbabit sebagai tempat melakukan maksiat, tetapi mereka tidak melakukan lagi di situ kerana beberapa kali diserbu penduduk kampung.

“Ketika ini, pihak Jaim mengambil keterangan gadis itu serta lelaki terbabit selepas dia akan diserahkan nanti.

Seorang mangsa hamil



HULU SELANGOR: Masa depan seorang daripada tiga remaja yang dijadikan hamba seks oleh seorang guru yoga punah apabila disahkan mengandung empat minggu.
Difahamkan, mangsa yang mengandung terbabit berusia 15 tahun dan dihantar ibu bapanya untuk mengikuti kelas yoga itu yang dijalankan selama empat kali sehari disebabkan mangsa enggan ke sekolah dan tidak disiplin.

Bagi tujuan itu, semua mangsa tinggal bersama guru berusia 54 tahun terbabit selama sebulan untuk menjalani ‘rawatan pemulihan’ sebelum dibenarkan pulang.
Difahamkan, rumah guru itu dihuni lebih 30 pelajar bermasalah lain yang dipulihkan dari segi disiplin mereka.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy, berkata kebanyakan pelajar yang dihantar ke rumah guru terbabit adalah untuk menjadikan anak mereka lebih baik mengikut tempoh perjanjian yang ditandatangani.

“Pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim dengan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Tipu suami pergi kursus

Oleh Nor Husaini Nor Majid
am@hmetro.com.my

KULIM: Seorang isteri beranak tiga bukan saja menipu suaminya, malah sangg up datang dari Sungai Buloh, Selangor semata-mata untuk memadu asmara dengan kekasihnya seorang warga Bangladesh berusia 31 tahun di sini, kelmarin.
Wanita berusia 45 tahun itu menipu suaminya seorang pesara polis untuk pergi ke Pendang, Kedah bagi menghadiri kursus penyediaan mi segera bagaimanapun turun di hentian bas Kulim sebelum dijemput kekasihnya dan dibawa ke rumah kongsi di Sungai Ular.

Menurut wanita itu, suaminya sendiri menghantarnya ke hentian bas di Selangor untuk ke Pendang tanpa mengesyaki niat sebenar wanita itu yang ingin bertemu kekasihnya di sebuah rumah kongsi.
Ketua Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab berkata, mereka mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kehadiran seorang wanita Melayu ke kawasan rumah kongsi yang didiami sekumpulan lelaki warga Bangladesh.

“Bertindak dari maklumat itu, penguat kuasa PADK datang ke rumah kongsi di Sungai Ular kira-kira jam 1.15 pagi untuk membuat pemeriksaan dan menemui pasangan itu di dalam sebuah rumah.

“Ketika pemeriksaan dibuat, wanita berusia 45 tahun itu hanya memakai baju kurung dan kain batik manakala lelaki warga Bangladesh itu hanya berbaju-T dan berkain pelekat,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pasangan itu adalah pasangan kekasih yang baru berjumpa pada malam itu dan mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.

“Wanita itu bekerja sebagai juruwang di Damansara dan tiba di Hentian Bas Kulim kira-kira jam 10 malam sebelum menghubungi kekasihnya untuk mengambilnya seterusnya dibawa ke rumah kongsi di Sungai Ular.
“Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Kulim menggunakan van PADK untuk membuat laporan tangkapan dan lelaki Bangladesh kemudiannya ditahan di lokap Balai Polis Kulim sementara itu wanita itu ditahan di lokap Balai Polis Lunas,” katanya.

Pasangan itu bagaimanapun dilepaskan selepas membayar jaminan RM1,000 setiap seorang semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 kerana berkhalwat sabit kesalahan boleh dihukum setahun penjara atau denda RM2,000 seorang atau kedua-duanya sekali.

Wanita diserah kepada majikan



MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) sudah menyerahkan wanita warga Indonesia yang bersekedudukan dengan seorang lelaki bukan mahram di sebuah kediaman atas pokok kepada majikannya, semalam.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani berkata, wanita berusia 22 tahun itu sudah diserahkan kepada wakil kilang terbabit supaya dia menetap di asrama kilang berkenaan di Tangga Batu, dekat sini.

Katanya, pihaknya perlu menghantar terus wanita terbabit kepada wakil syarikat bagi mengelak dia kembali tinggal bersama teman lelakinya yang berusia 31 tahun itu.
“Saya juga sudah menghubungi semula wakil syarikat terbabit petang ini (semalam) dan mereka mengesahkan wanita itu kini berada di asrama.

“Kita akan membuat pemantauan daripada semasa ke semasa bagi memastikan lelaki terbabit tidak lagi tinggal bersekedudukan dengan wanita berkenaan. “Malah, keluarga lelaki terbabit juga memberi jaminan serta ‘kawalan’ terhadap lelaki itu supaya dia tidak mengulangi perbuatannya,” katanya, di sini, semalam.

Dituduh perkosa, aniaya empat anak tiri



MELAKA: Seorang pemandu lori dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas empat tuduhan masing-masing membabitkan dua tuduhan merogol dan menganiayai secara seksual empat anak tirinya berumur antara empat dan 10 tahun pada 2009 dan 2010.
Bagaimanapun, tertuduh, 29, yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Pertuduhan pertama dan kedua itu dibacakan di hadapan Hakim Zaharah Hussain.
Mengikut pertuduhan pertama, Gunasilan yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan itu, didakwa merogol mangsa yang berusia 10 tahun 10 bulan di rumah bernombor 1266-1, Jalan Tanjung Keling, dekat sini, pada November 2010.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menganiayai daripada segi seks mangsa yang berusia lapan tahun lima bulan di alamat dan tarikh sama.

Terdahulu pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Shazwani Ishak tidak menawarkan ikat jamin kerana tertuduh tinggal bersama dalam satu rumah bersama mangsa.

Bagaimanapun, Zaharah membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan lelaki itu perlu melapor diri ke balai polis berhampiran dua kali sebulan dan diperintahkan supaya tidak mengganggu mangsa serta ibunya.

Zaharah kemudiannya menetapkan 3 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula bagi penyerahan dokumen dan melantik peguam.
Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga dan keempat, pemandu lori itu dihadapkan di Mahkamah Sesyen berasingan di depan Hakim Abu Bakar Katar.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa merogol seorang lagi anak tirinya berusia sembilan tahun tiga bulan di alamat dan pada tarikh sama. Tertuduh turut tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan ketiga dan keempat.

Gunasilan turut didakwa menganiayai daripada segi seks mangsa yang berusia empat tahun sembilan bulan di alamat sama pada awal Februari 2009.

Dia yang memakai t-shirt hijau bagaimanapun mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan minta dibicarakan, namun dia tidak membantah permohonan pendakwaan supaya tidak diikat jamin. Abu Bakar kemudian menetapkan 15 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula bagi penyerahan dokumen dan melantik peguam.


Mangsa rogol bapa angkat diberi kaunseling



JOHOR BAHRU: Kanak-kanak berusia 11 tahun yang menjadi mangsa rogol bapa angkat sendiri di sebuah rumah di Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Sungai Ara, Kota Tinggi di sini, sejak Oktober 2010 akan diberi kaunseling secara berterusan.
Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran (gambar) berkata, setiap sekolah mempunyai kaunselor dan mangsa diberikan kaunseling mengikut kesesuaian waktu.

“Mangsa masih kanak-kanak dan dia pasti trauma. Kami akan bantu dengan menyediakan kaunselor berpengalaman bagi memastikan dia tidak terpinggir demi memastikan emosinya sentiasa terkawal.
“Kami juga akan mengeluarkan mangsa dari sekolahnya sekarang dan dimasukkan ke sekolah berasrama di daerah lain,” katanya, semalam.

Markom mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam berkaitan nasib malang seorang kanak-kanak yatim piatu yang menjadi mangsa rogol bapa angkat.

Lebih memilukan, ibu angkat mangsa turut mengarahkannya menurut saja kehendak lelaki terbabit atau dimarahi. Kanak-kanak berkenaan yang tidak tahan diperlakukan seperti itu melarikan diri ke rumah guru sebelum membuat laporan polis.

Polis menahan sepasang suami isteri berusia 48 dan 59 tahun Rabu lalu bagi membantu siasatan.


Perkosa lepas singgah ‘mandi’



AMPANG: Dua remaja perempuan berusia 14 dan 17 tahun mendakwa dirogol teman lelaki masing-masing selepas tertidur di ruang tamu sebuah rumah pangsa, Taman Keramat, di sini, kelmarin.
Menurut sumber, sebelum kejadian dua remaja itu mengikut teman lelaki mereka berusia 23 dan 19 tahun bersiar-siar sebelum singgah di rumah bapa saudara seorang daripada lelaki terbabit kira-kira jam 4 pagi.

Katanya, seorang daripada teman lelaki mangsa memberi alasan singgah di situ kerana mahu mandi dan perlu ke tempat kerja selepas itu.
“Sementara menunggu kedua-dua lelaki itu mandi, mangsa tertidur di ruang tamu rumah sebelum mereka dirogol teman lelaki masing-masing di ruang tamu dan dalam bilik. Kedua-dua suspek mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada keluarga,” katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran dan ditinggalkan di situ.

Sumber itu berkata, sejurus pulang mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarga masing-masing sebelum kedua-dua keluarga berang dan mencari suspek.

Berikutan itu, seorang daripada ahli keluarga mangsa mengamuk sehingga berlaku pergaduhan di rumah suspek sebelum sepasukan polis tiba di tempat kejadian.

Menurutnya, kedua-dua suspek terbabit ditahan bagi membantu siasatan manakala mangsa dihantar ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.
Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kedua-dua suspek direman sehingga 6 Jun ini.

RM30 ratah tubuh montok



KUALA LUMPUR: Dengan bermodalkan wang RM30 sehari dan membelanja sepiring mi goreng sudah cukup untuk mendapatkan seorang wanita warga asing bertubuh montok bagi dijadikan bahan pemuas nafsu.
Kegiatan tidak bermoral itu berpusat di sebuah medan selera di Jalan Pudu, Cheras, di sini.

Lebih menarik wanita warga asing terbabit akan cuba menonjolkan diri seperti cuba memperagakan pakaian seperti pramugari, model pakaian seksi, eksekutif serta remaja hip hop untuk menarik perhatian lelaki.
Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar selepas salah seorang penghuni bangunan membuat aduan berhubung aktiviti berkenaan yang sudah sekian lama dilakukan di tingkat dua bangunan berkenaan yang turut menempatkan beberapa medan selera.

Penghuni terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Mahmud, 35, berkata, aktiviti harian wanita terbabit di tingkat dua bangunan berkenaan bermula seawal jam 7 pagi setiap hari apabila puluhan lelaki tempatan akan mula memenuhi ruang kaki tangga dan lif di bangunan berkenaan.

Menurutnya, golongan lelaki tempatan ini akan duduk di meja makan sambil menunggu ‘buah hati’ siap berdandan dan turun ke tingkat bawah bangunan berkenaan.

“Sebaik mereka bertemu, lelaki tempatan ini akan membelanjakan wanita yang menjadi pilihan bersarapan pagi dengan sepinggan nasi atau mi goreng sebelum menghabiskan masa berbual-bual atau bergurau senda.

“Perbuatan itu amat menjijikkan berikutan ia dilakukan di sudut gelap medan selera berkenaan yang sengaja dihias menyerupai kelab malam. Kebanyakan lelaki yang tampil berusia 30-an dan ke atas,” katanya.
Beliau berkata, aktiviti itu berlanjutan hingga ke tengah hari apabila lelaki terbabit kemudian berpimpin tangan dengan teman wanita masing-masing menaiki lif menuju ke kediaman wanita berkenaan di tingkat atas bangunan untuk melakukan hubungan seks.

Menurutnya, kebanyakan lelaki tempatan terbabit sanggup membayar kira-kira RM30 hingga RM50 sehari kepada wanita simpanan berkenaan yang memberi alasan ia digunakan bagi menjelaskan sewa bilik dan makan malam.

“Rutin ini berlanjutan sejak sekian lama dan kebanyakan lelaki tempatan ini adalah golongan lelaki berkerjaya termasuk ahli perniagaan.

“Lebih menarik, wanita terbabit tidak terikat dengan mana-mana lelaki sebaliknya boleh bertukar-tukar pasangan sekiranya tidak dibayar atau ditinggalkan begitu sahaja. Mereka ini langsung tidak memilih rupa berikutan sanggup menjadi wanita simpanan golongan warga emas termasuk warga asing Bangladesh atau Myanmar,” katanya.

Sementara itu, wartawan Harian Metro yang meninjau ke lokasi berkenaan mendapati kira-kira 30 gadis dan wanita majoritinya warga asing sudah mula berkeliaran untuk bertemu pasangan masing-masing.

Lokasi sulit berkenaan yang terletak di tingkat dua bangunan menyebabkan ia sukar dihidu pihak berkuasa.

Kebanyakan wanita terbabit yang berusia awal 20-an hingga lewat 30-an dilihat berdandan dengan menggayakan pelbagai fesyen termasuk ada antaranya hanya memakai baju tidur.

Mereka ini yang tampil dengan mekap tebal dilihat menghabiskan masa minum dan berbual mesra dengan teman lelaki masing-masing tanpa mengendahkan puluhan lelaki yang berkumpul di kaki tangga bagi memilih pasangan masing-masing.

Mewah jual ‘ayam’



KUALA LUMPUR: Seorang warga emas dipercayai ‘bapa ayam’ mampu memperoleh pendapatan lebih RM11,000 sebulan bagi sembilan pelacur warga asing yang dijaganya.
Malah, lelaki berusia lingkungan 60-an terbabit dipercayai terbabit secara langsung dalam kegiatan itu sejak lima tahun lalu.

Tembelang warga emas itu terbongkar selepas sembilan wanita berusia lingkungan 18 hingga 40 tahun yang dijaganya ditahan bersama 16 wanita lain yang disyaki pelacur dalam Ops Sayang yang dijalankan Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di beberapa hotel murah sekitar Brickfields, kira-kira jam 10 malam kelmarin. Semua wanita berkenaan kini dilindungi mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang (Atip).
Menurut sumber, setiap pelacur yang dijaga warga emas itu memperoleh RM27 manakala dia pula mengenakan caj RM13 setiap kali wanita itu melayani pelanggan.

“Itu menjadikan jumlah kasar bagi setiap layanan dan perkhidmatan seks yang ditawarkan pelacur terbabit adalah RM40 bagi setiap pelanggan dan dengan jumlah serendah itu, wanita terbabit mampu ditiduri mana-mana lelaki,” katanya.

Operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, G Balamurugan, dibuat selepas sebulan melakukan risikan di kawasan itu.

Warga emas terbabit kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 15 Atip 2007 (Akta 670) bagi kesalahan mendapatkan keuntungan daripada kegiatan mengeksploitasikan orang yang diperdagangkan.

Jika disabitkan kesalahan, lelaki terbabit boleh dipenjara tidak lebih 15 tahun dan denda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM500,000.
Operasi itu turut disertai sepasukan 30 pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 10 pegawai dan kakitangan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.

Turut ditahan dalam operasi sama, dua lelaki Indonesia dan Pakistan dipercayai pelanggan kepada pelacur terbabit.

Kedua-dua mereka kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 6(1) C kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.

Selain itu, 16 wanita lagi wanita warga asing yang ditahan dikenal pasti menggunakan Mykad palsu dan kini disiasat JPN Putrajaya.

Semua mereka dibawa ke Pejabat Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi proses dokumentasi dan siasatan lanjut.

Remaja perkosa budak 5 tahun

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pencuri setan. Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang remaja berusia 14 tahun yang merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun selepas menyelinap masuk ke rumah mangsa di sebuah flat di Kepong, di sini, kelmarin.
Difahamkan, suspek dipercayai masuk ke rumah itu untuk mencuri, namun berubah fikiran selepas melihat kanak-kanak itu tidur sendirian dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum merogolnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kanak-kanak terbabit tinggal sendirian kerana ibu bapanya berusia 30-an berniaga di bawah flat berkenaan.
Menurut sumber, sebaik menyelinap masuk ke rumah mangsa, suspek yang berkeliaran dalam kediaman itu dipercayai mencari barangan berharga kemudian melihat kanak-kanak perempuan itu tidur sebelum merogolnya.

Beliau berkata, mangsa kemudian turun menemui ibu bapanya dalam keadaan menangis kerana sakit pada kemaluannya.

“Ibunya terkejut sebaik dimaklumkan kejadian terbabit. Pemeriksaan lanjut pasangan suami isteri itu mendapati kemaluan mangsa mengalami pendarahan teruk.

“Pasangan itu segera membawa anaknya ke hospital untuk diberikan rawatan,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Difahamkan, remaja terbabit diberkas polis di rumahnya yang juga berhampiran rumah mangsa dan akan direman lima hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut.

Perasaan takut, malu punca wanita buang anak



KUALA LUMPUR: Perasaan takut, malu dan panik menjadi punca utama remaja dan wanita yang hamil luar nikah tergamak membuang atau membunuh bayi yang baru dilahirkan.
Pendaftar Besar Kanak-kanak Yang Memerlukan Perlindungan di Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Fatimah Zuraidah Salleh berkata, berdasarkan kajian dilakukan remaja dan wanita terlanjur dan hamil tidak mampu mengadukan hal berkenaan kepada sesiapa, seperti keluarga sebelum bertindak sendiri.

“Keluarga dan sahabat sebenarnya memainkan peranan penting bagi menangani isu pembuangan bayi yang makin menular dalam masyarakat ketika ini.
“Ini kerana, wanita yang mengandung luar nikah tidak dapat berfikir dengan betul disebabkan perasaan takut dan sebagainya, justeru sokongan keluarga amatlah penting untuk menerima perkara ini sebelum memberikan nasihat,” katanya.

Katanya, faktor lain yang turut dikenal pasti adalah khuatir dikenakan hukuman jika didapati mengandung luar nikah selain kurang didikan agama dan tidak dapat membezakan perkara buruk dan baik.

“Peranan institusi keluarga menjadi asas utama membentuk sebuah masyarakat yang lebih maju dan bertamadun perlukan perhatian,” katanya.

Gadis sunti khalwat

Oleh Jaafar Mulup

TAMPIN: Sepasukan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah ini terpaksa menunggu lebih dua jam sebelum dapat memeriksa sebuah hotel yang disewa pasangan pelajar sekolah di sebuah hotel di bandar ini, semalam, kerana pasangan dipercayai kekasih itu enggan enggan membuka pintu bilik hotel mereka.
Pegawai penguat kuasa pejabat agama itu kemudian meminta bantuan polis dan berjaya masuk ke dalam bilik hotel itu yang dibuka seorang pelajar lelaki.
Menurut sumber, sepasukan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah ini ke lokasi untuk melakukan serbuan di hotel berkenaan selepas mendapat maklumat awam kira-kira jam 8.50 pagi.

“Apabila pintu diketuk, penyewa bilik hotel berkenaan enggan bekerjasama dengan tidak membuka pintu untuk membolehkan pemeriksaan dilakukan.


“Pihak penguat kuasa hanya dapat masuk ke dalam bilik berkenaan dengan bantuan polis dan menemui seorang pelajar perempuan tingkatan dua dan seorang pelajar lelaki tingkatan lima,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam bilik mendapati pelajar lelaki itu berpakaian iaitu seluar sekolah hijau dan baju-T coklat manakala pelajar perempuan yang berusia 14 tahun itu ditemui sugul dan terkejut di dalam tandas dengan berpakaian lengkap baju-T putih dan seluar sukan.

Menurut sumber, pasangan pelajar itu dibawa ke balai polis sebelum ke Pejabat Agama Islam Daerah dan disiasat mengikut Akta Jenayah Syariah 1982, Seksyen 61 (1) kerana percubaan melakukan persetubuhan haram.

“Jika sabit kesalahan kedua-dua pelajar itu boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Difahamkan remaja perempuan berkenaan belajar di sebuah sekolah di daerah ini manakala pasangannya adalah pelajar tingkatan lima di Daerah Alor Gajah.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi, mengesahkan polis menerima laporan berhubung kejadian itu.

Tipu bapa ikut kekasih

Oleh Zuliaty Zulkiffli

ALOR SETAR: Seorang gadis sanggup menipu bapanya dengan mendakwa mengikuti rombongan bersama beberapa rakan perempuan ke Pulau Pangkor, Perak tetapi sebenarnya dia ‘bermadu kasih’ dengan seorang lelaki yang dikenalinya melalui laman web sembang di Internet di bandaraya ini.
Bagaimanapun, tembelang gadis dari Ipoh, Perak itu terbongkar apabila dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah motel di Jalan Lencong Barat, di sini, kelmarin.

Gadis berusia 21 tahun itu mendakwa pertama kali datang ke negeri itu dipercayai dijemput teman lelakinya berusia 26 tahun di Terminal Bas Shahab Perdana di Mergong sebelum menyewa sebuah rumah yang dijadikan motel yang mempunyai tiga bilik sewa.
Perbuatan sumbang mereka terbongkar apabila pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) memeriksa motel itu kira-kira jam 3.15 petang berikutan maklumat awam yang diterima.

Bapa gadis itu terkejut apabila pegawai Jaik menghubunginya memaklumkan anaknya dicekup berkhalwat di bandar raya itu kerana menyangka anaknya berada di Pulau Pangkor.

Gadis itu menangis teresak-esak kerana bimbang dimarahi bapanya kerana menipu dan sanggup datang ke bandar raya ini sejauh kira-kira 250 kilometer untuk berjumpa pasangannya yang sudah lama dikenali, tetapi hanya melalui ruangan laman sembang di Internet saja.

Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali, berkata beliau bersama lima pegawai penguat kuasa mengetuk pintu dan memberi salam sebelum pintu dibuka seorang lelaki yang berpakaian lengkap.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemui seorang gadis berada di dalam bilik itu dan berpakaian lengkap, tetapi pasangan berkenaan gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
“Gadis itu berasal dari Ipoh dan bekerja di sebuah hotel di negeri itu, manakala pasangannya berasal dari Pokok Sena dekat sini dan mengaku seorang peniaga.

“Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sebelum dibawa ke Jaik untuk diambil keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat,” katanya.

Polis sah tangkapan khalwat hakim



GEORGETOWN: Polis mengesahkan tangkapan khalwat membabitkan seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di sini, Ahad lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub berkata, pihaknya menerima laporan tangkapan dibuat pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) pada hari kejadian, namun enggan mengulas lanjut berhubung penangkapan itu.

Beliau berkata, kes itu di bawah bidang kuasa Jaipp dan menyerahkan kepada jabatan itu manjalankan siasatan.
Sementara itu, sumber Jaipp turut mengesahkan penangkapan seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di sebuah kuarters kerajaan dekat sini.

Sumber itu berkata, hakim berusia 40-an itu ditahan bersama pasangannya kira-kira jam 2 pagi dan kedua-dua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan Jaipp selama seminggu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai ugutan dilakukan tertuduh terhadap pegawai penguat kuasa agama yang melakukan tangkapan itu.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 kerana kesalahan berkhalwat.


Tiga remaja tak serik khalwat



ALOR SETAR: Tidak serik! Itu sikap tiga remaja perempuan berusia 14 hingga 16 tahun yang pernah dicekup berkhalwat dengan tiga lelaki di sebuah motel di Jalan Lencong Barat, di sini, bulan lalu apabila dicekup kali kedua di motel sama kelmarin.
Mereka ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) kira-kira jam 4.15 petang bersama dua remaja lelaki berusia 16 tahun dalam sebuah bilik.

Difahamkan, dua daripada mereka masih bersekolah manakala yang lain sudah berhenti dan sering berpeleseran di sekitar bandar raya ini dengan alasan mahu mencari kerja.
Malah, ketiga-tiga remaja perempuan itu sepatutnya menunggu proses perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Kota Setar, di sini, tetapi tidak serik dan menjalani dua proses perbicaraan kelak.

Ketika ditahan, seorang daripada mereka memberi alasan menemani rakan yang demam, tetapi pihak berkuasa mengesyaki mereka menyewa bilik itu sejak beberapa hari lalu berikutan beg pakaian dan baju yang berselerak.

Selain itu, ada anggota keluarga yang datang menjamin mereka berang sebaik dimaklumkan remaja terbabit dicekup lagi kurang sebulan selepas ditahan kali pertama.

Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali, berkata sebelum ini pihaknya pernah menahan tiga remaja perempuan itu bersama tiga remaja lelaki lain pada 1 November lalu sebelum mereka ditahan semula dengan dua lelaki lain kelmarin.

Beliau berkata, dua daripada mereka berasal dari bandar raya ini, satu dari Naka, Kuala Nerang, manakala dua lagi dari Kulim.
“Ketika pemeriksaan, seorang remaja lelaki berpakaian lengkap membuka pintu bilik dan apabila diperiksa, terdapat seorang lagi remaja lelaki dan tiga remaja perempuan berbaring atas katil bertingkat di bilik berkenaan.

“Semua mereka tidak mempunyai ikatan mahram atau suami isteri sah dan mengesyaki melakukan maksiat menyebabkan terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Warga asing noda budak

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Tindakan pasangan suami isteri meninggalkan anak perempuan tunggal mereka di bawah jagaan warga asing dari India di Kota Kemuning, di sini, mengundang padah apabila kanak-kanak itu disyaki menjadi mangsa rogol lelaki terbabit.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, Selasa lalu, suspek berusia 28 tahun dikatakan mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk ke atas kanak-kanak berusia enam tahun terbabit selepas menyedari penjaga kanak-kanak itu keluar rumah untuk membeli barang keperluan harian.

Difahamkan, sebelum meninggalkannya, ibu mangsa terlebih dulu mempelawa anaknya untuk mengikutinya keluar, namun anaknya enggan kerana mahu bermain permainan komputer di rumah suspek terbabit.
Bagaimanapun, sejurus pulang sejam kemudian, mangsa berkenaan terus menceritakan dia diraba selain kemaluannya dipegang suspek.

Tergamam dengan dakwaan yang dibuat anaknya, pasangan berkenaan terus membuat aduan polis pada hari sama sebelum anaknya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, hasil siasatan mendapati, pasangan terbabit yang tinggal di tingkat atas manakala suspek menyewa di bawah rumah ‘Town House’ di situ dan mereka dikatakan baru beberapa bulan mengenali antara satu sama lain.

Menurutnya, selepas menerima aduan daripada mangsa, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bergegas ke kediaman suspek sebelum menahannya untuk siasatan lanjut.

“Ketika ditahan, hanya warga asing itu saja berada di dalam rumah dan polis sedang menyiasat sama ada suspek tinggal berseorangan atau mempunyai rakan lain.
“Kami masih menunggu laporan perubatan daripada HTAR untuk mengesahkan sama ada benar dia dirogol atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Zehedi berkata, suspek kini direman sehingga 4 Januari bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

‘Jangan ulang kesalahan’



SHAH ALAM: “Mahkamah berharap ini kesalahan terakhir kamu,” kata Hakim Mahkamah Sesyen, Wan Mohd Norisham Wan Yaakob, selepas menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap seorang suami yang mengaku salah merogol pelajar tingkatan satu di Air Terjun Sakai, Kuang, Gombak, dekat sini, dua tahun lalu.
Tertuduh, Wan Shahrin Wan Mohd Salim, 25, yang bertugas sebagai operator pengeluaran mengaku salah merogol remaja berusia 13 tahun enam bulan baru dikenalinya di kawasan rekreasi itu jam 5.30 petang, 1 Disember 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Asrama maksiat

LANGKAWI: Sebuah bangunan tiga tingkat di Pantai Chenang di sini, sepatutnya menjadi asrama pekerja sebuah hotel, sebaliknya bertukar menjadi ‘bangunan maksiat’ apabila digunakan pasangan tidak berkahwin untuk bersekedudukan dengan pasangan masing-masing.
Keadaan itu terbukti apabila tiga pasangan dicekup berkhalwat dalam bilik masing-masing di bangunan itu dalam operasi dilancarkan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), awal pagi kelmarin.

Malah, seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital apabila pengsan sebaik melihat pegawai penguat kuasa Jaik berjaya membuka pintu biliknya.
Difahamkan, wanita itu masih lemah ketika ditahan selepas disyaki menggugurkan kandungannya hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya.

Wanita 20-an itu dipercayai tinggal sebilik dengan pasangannya yang sebaya di asrama pekerja sebuah hotel berhampiran sejak beberapa bulan lalu.

Ketika serbuan jam 3 pagi itu, pasangan terbabit dikatakan enggan membuka pintu bilik sewa mereka menyebabkan pegawai penguat kuasa terpaksa menunggu hampir sejam walaupun sudah mengetuk pintu berkali-kali.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaik, Muhammad Suhaimi Salleh berkata, pegawainya terpaksa memecah pintu bilik itu selepas terlalu lama menunggu dan sebaik pintu dibuka, seorang wanita didapati terus rebah dan pengsan.

Berikutan itu, katanya, pegawainya terpaksa menghubungi ambulans untuk menghantar mangsa ke Hospital Langkawi bagi mendapatkan rawatan.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan, mangsa terpaksa ditahan di wad kerana disyaki baru mengalami keguguran.

“Pada masa sama, teman lelakinya dikesan bersembunyi dalam bilik air kerana bimbang ditahan.

“Kita akan menahan wanita itu sejurus keluar hospital untuk diambil keterangan manakala pasangannya yang sudah disiasat dilepaskan dengan jaminan keluarga sementara menunggu tarikh perbicaraan,” katanya.

Menurutnya, Jaik turut menahan dua lagi pasangan berusia 20-an kerana disyaki berkhalwat dalam dua bilik berasingan di bangunan sama.

Katanya, semua mereka ditahan mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 1988 kerana disyaki berkhalwat yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali.

Keluar waran tangkap terhadap bomoh



AMPANG: Keputusan kes bomoh perubatan tradisional Cina yang menghadapi dua tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, lima tahun lalu, di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, ditangguhkan untuk kali ketiga selepas sekali lagi difahamkan tertuduh sakit.
Bagaimanapun, tindakan Soo Lai Chun, 53, itu yang kerap memberikan alasan sama menerima padah apabila Hakim Noradidah Ahmad memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap lelaki itu. Menurut hakim, tertuduh dilihat sengaja melambatkan prosiding keputusan di akhir pembelaan bagi menentukan nasibnya sama ada didapati bersalah atau sebaliknya terhadap pertuduhan rogol dihadapi selepas dua kali ditunda dengan alasan sama sebelum ini. Mengikut pertuduhan Lai Chun didakwa merogol seorang remaja perempuan antara jam 1 dan 2.30 pagi, 28 dan 29 Mac 2005.

Pemandu lori cabul anak angkat dipenjara 45 bulan



KLANG: Akibat nafsu serakah tidak mengenal darah daging sendiri, seorang pemandu lori dihukum penjara 45 bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas didapati bersalah mencabul anak angkatnya, tiga tahun lalu.
Majistret Afifah Mamat @ Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 43 tahun selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah. Lelaki itu kelihatan tenang dan tidak menunjukkan sebarang reaksi sebaik keputusan itu dibacakan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul mangsa yang berusia 13 tahun antara Januari dan Disember 2007. Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 356 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana gagal memikul amanah sebagai bapa kepada mangsa.

Pelajar dicabul



TEMERLOH: Perkenalan singkat seorang pelajar perempuan tingkatan tiga dengan seorang lelaki membawa padah apabila dia menjadi mangsa cabul ldi Taman Sri Semantan, dekat sini, Isnin lalu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam apabila mangsa berusia 15 tahun, pelajar sebuah sekolah menengah dekat sini, mengikut lelaki terbabit pulang ke rumah selepas mereka makan malam di sebuah warung.
Difahamkan, mereka berkenalan sejak tiga bulan lalu melalui kakak mangsa berusia 21 tahun yang mengenali lelaki terbabit sebelum mangsa saling berhubung dengan lelaki itu yang bekerja sebagai pelayan restoran.

Buat maksiat depan ayah



KULIM: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun tergamak mengambil kesempatan ke atas bapanya yang mengalami masalah penglihatan dengan membawa masuk teman lelaki ke rumah untuk melakukan maksiat sedangkan bapanya ada di dalam rumah ketika itu.
Lebih menyedihkan, perbuatan itu dilakukan pada siang hari bersama teman lelakinya yang berusia 30 tahun.

Begitupun, perbuatan biadab anak terbabit tidak kekal lama apabila dicekup sepasukan Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Kulim Kedah (PADK) yang membuat operasi di rumahnya, di Taman Kenari Kulim, Selasa lalu.
Dalam operasi kira-kira jam 10.30 pagi itu, pintu rumah itu dibuka teman lelaki remaja berkenaan selepas 10 minit pintu rumah itu diketuk dengan remaja perempuan itu didapati berbaring di ruang tamu, manakala bapanya berada di dalam salah sebuah bilik di rumah berkenaan.

Jurucakap PADK berkata, semasa disoal-siasat, remaja berkenaan mengaku lelaki terbabit adalah tunangnya dan mereka mendakwa akan berkahwin Disember ini.

“Bagaimanapun, tembelang pasangan itu pecah apabila bapa remaja itu menafikan anaknya sudah bertunang, malah tidak mengenali atau pernah menemui lelaki berkenaan,” katanya.

Sementara itu, pasangan terbabit melahirkan rasa tidak puas hati terhadap jiran mereka yang mendakwa jirannya membuat laporan kepada PADK sehingga mereka ditahan.

Pasangan itu dan bapa remaja perempuan berkenaan dibawa ke Balai Polis Kulim sebelum dibenarkan ikat jamin.
Mereka disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali setiap seorang.

Model cabul

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Suraya Roslan
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Impian seorang gadis warga Thailand datang ke Malaysia untuk mencuba bakat menjadi model profesional berkecai apabila diperdaya seorang lelaki tempatan yang mengambil kesempatan mencabul mangsa di bilik hotelnya, kelmarin.
Sumber polis berkata, suspek yang menyamar sebagai ejen syarikat mencari bakat model didakwa turut menyamun mangsa.

Difahamkan, siasatan mendapati mangsa yang berusia 22 tahun tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 2.30 petang, kelmarin.
Menurutnya, mangsa yang disambut suspek sebelum dibawa ke sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang, di sini.

“Suspek yang berusia 35 tahun mendaftarkan mangsa menginap dalam sebuah bilik hotel sebelum datang semula kira-kira jam 9 malam hari sama.

“Difahamkan, suspek masuk ke dalam bilik dan berpura-pura mahu berbincang berhubung surat perjanjian untuk mangsa menjadi model Malaysia,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian ke tandas sebelum terkejut apabila mendapati telefon bimbit dan pasport miliknya yang diletakkan di atas meja hilang.

“Mangsa yang mengesyaki barang berharga miliknya itu dicuri lelaki terbabit kemudian cuba memeriksa beg yang dibawa suspek, namun dia dihalang menyebabkan berlaku pergelutan sebelum mangsa dicabul.
“Mangsa yang cuba menarik beg milik suspek bagaimanapun terkejut apabila mendapati terdapat sebilah parang panjang dalam beg itu. Suspek turut mencabul mangsa sebelum melarikan diri. “Mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan,” katanya.

Susulan laporan itu, polis segera menjalankan siasatan sebelum memberkas suspek beberapa jam kemudian.

“Suspek direman untuk siasatan lanjut di Balai Polis Bukit Jalil, di sini,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang pemilik salun dan pekerjanya kerugian kira-kira RM1,700 apabila dirompak seorang lelaki tua di premisnya yang terletak di Jalan Raja Laut, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang berusia 40-an bersama pekerjanya berusia 20 tahun didatangi seorang pelanggan lelaki.

“Suspek berpura-pura bertanya nama seorang lelaki tidak dikenali sebelum mangsa memberitahu tidak mengenali individu terbabit. Bagaimanapun suspek tiba-tiba menunjukkan senjata menyerupai pistol ke arah mangsa.

“Suspek kemudian meragut rantai leher milik mangsa sebelum merampas telefon bimbit yang dipegang,” katanya.



Ibu lihat kesan gigitan cinta lapor anak dirogol



AMPANG: Pelik melihat leher anak yang mempunyai kesan gigitan cinta selepas beberapa hari menghilangkan diri dari rumah, seorang ibu membuat laporan polis kerana mengesyaki anaknya menjadi mangsa rogol.
Telahan si ibu ternyata benar apabila anaknya yang berusia 14 tahun mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya yang baru saja dikenali sejak beberapa minggu lalu.

Menurut sumber polis, remaja terbabit pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya didapati tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lalu.
“Ibu mangsa mencari anaknya tetapi gagal sebelum mangsa pulang ke rumah Selasa lalu. Namun, ibu mangsa agak curiga apabila melihat leher anaknya itu mempunyai kesan gigitan cinta.

“Selepas didesak, mangsa menceritakan segala kejadian dan memberitahu sepanjang kehilangannya, dia mengikut seorang lelaki dan tidur di rumahnya di Pandan Indah, Ampang,” katanya.

Sumber berkata, tidak puas hati kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis kerana anaknya itu masih di bawah umur sebelum dibawa menjalani pemeriksaan di hospital.

“Siasatan mendapati, mangsa mengenali lelaki berkenan yang bekerja sebagai jurujual melalui seorang rakannya sebelum dibawa ke rumah lelaki terbabit.

“Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 17 tahun bagi membantu siasatan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 kanun Keseksaan,” katanya.

Kes rogol ditunda 56 kali!

Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my

KOTA BHARU: “Ada kes rogol di Sungai Petani ditangguhkan 56 kali. Cuba bayangkan orang ramai yang terpaksa datang ke mahkamah berkali-kali? Keadaan ini menyusahkan rakyat,” kata Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.
Beliau berkata demikian ketika mendedahkan salah satu kes yang sering ditangguhkan atas sebab tertentu hingga menjejaskan orang ramai.

Zaki berkata, permohonan penangguhan perbicaraan oleh peguam dan pegawai pendakwa adalah punca sesuatu kes di mahkamah terpaksa melalui tempoh perbicaraan sehingga bertahun-tahun lamanya.
Katanya, biarpun begitu, orang ramai tetap mempunyai persepsi bahawa pihak mahkamah yang menyebabkan kes mereka tertangguh.

“Sekarang ini, orang ramai masih menyalahkan mahkamah kerana kes mereka ditangguhkan tetapi siapa yang pohon? Yang memohon penangguhan itu adalah peguam dan pendakwa atas pelbagai alasan.

“Memang mahkamah tangguh kerana ada perintah, jika hakim tidak membenarkan penangguhan, peguam akan kata ia tidak adil.

“Tetapi yang tidak adil sebenarnya ialah kepada mangsa sendiri. Kita kasihan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan bulanan dengan kakitangan mahkamah di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, semalam.

Hadir sama, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.
Sementara itu, Zaki berkata, beberapa penambahbaikan yang dilakukan terhadap sistem kehakiman ketika ini dilihat dapat menyelesaikan lebih 50 peratus jumlah kes tertunggak sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, antara faktor kes cepat diselesaikan ialah kecekapan pengurusan kes dan melakukan proses rundingan.

“Rekod terkini hanya menunjukkan kes yang didaftarkan pada 2010 belum selesai terutama di Mahkamah Sesyen dan Majistret.

“Ia berbanding pada 2009 apabila masih terdapat kes didaftar pada 1999 yang belum selesai,” katanya.


Penganggur dituduh cabul



KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan mencabul seorang wanita berumur 33 tahun, minggu lalu.
Choo Chee Kian, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan.

Choo didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul Yap Lee Hong, 33, dengan memegang payu dara mangsa di Jalan Raja Laut, 9 Februari 2011.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,900 dan menetapkan 29 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Pekerja kontrak tak mengaku perkosa remaja



SHAH ALAM: Seorang pekerja kontrak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang remaja di bawah umur, empat hari lalu.
Tertuduh, Mat Fozi Nok, 26, yang berasal dari Felda Sungai Klah, Sungkai, Perak bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hasbi Hasan. Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun satu bulan, di Bandar Baru Selayang, Batu Caves, dekat sini, kira-kira jam 4 pagi, pada 28 November 2010. Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Wan Noora Nisa Ngadirin bagaimanapun tertuduh tidak diwakili peguam. Wan Noora Nisa menawarkan ikat jamin RM10,000 dengan alasan kesalahan yang dilakukannya adalah serius. Selain itu, Wan Noora Nisa turut memohon tertuduh dikenakan syarat tambahan iaitu tidak dibenarkan mengganggu atau menghubungi mangsa. Bagaimanapun, Mat Fozi memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kerana dia berasal dari keluarga susah dan hanya berpendapatan RM1,000 sebulan. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dan menetapkan 4 Januari depan untuk sebutan lantik peguam.


Penangan mabuk cinta



KUALA LUMPUR: Hanya tinggal setahun untuk menamatkan pengajiannya, namun kerana mabuk cinta seorang remaja sanggup mengikut teman lelaki dan meninggalkan keluarga tanpa khabar berita sejak Julai lalu.
Remaja terbabit, Suhana Ahmad, 22, yang mengikuti kursus ijazah dalam bidang pertanian di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan mendapat biasiswa kerana sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dikatakan melarikan diri bersama teman lelaki yang dikenalinya sejak empat tahun lalu.

Menurut ibunya, Siti Marliah Marjunid, 53, mereka sekeluarga terlalu merindui Suhana dan berharap anaknya pulang dengan segera kerana sudah pelbagai ikhtiar dilakukan mengesan anak ketiga daripada empat beradik itu namun masih buntu.
“Hati ibu mana yang tidak risau mengenangkan anak yang sehingga kini tidak diketahui apa yang berlaku, sudah banyak usaha dilakukan untuk mencari termasuk secara tradisional namun anak saya masih gagal ditemui.

“Cubaan menghubunginya melalui telefon bimbit juga gagal berikutan anak saya mungkin sudah menukar taliannya,” katanya yang kini hanya mampu menangis mengenangkan anak perempuannya itu.

Menurutnya, sejak kehilangan Suhana Julai lalu, dia sentiasa menanti kepulangan anaknya itu terutama ketika menjelang Aidilfitri namun hampa kerana remaja terbabit langsung tidak pulang.

“Sebelum ini, pada Januari lalu dia pernah melarikan diri bersama teman lelakinya namun ditemui semula di stesen LRT Asia Jaya, Petaling Jaya bersama teman lelakinya itu.

“Selepas dibawa pulang, saya sangkakan dia akan berubah dan mahu meneruskan pengajiannya di UPM namun Julai lalu secara tiba-tiba dia memberitahu mahu menangguhkan pelajaran tanpa memberi sebarang alasan,” katanya.
Menurutnya, dia cuba memberikan nasihat kepada anak gadisnya itu supaya menghabiskan pengajian terlebih dulu namun kerana terlalu mengikut kehendak hati anaknya itu sekali lagi melarikan diri.

“Saya kenal dengan teman lelakinya itu dan mereka bercinta ketika anak saya bekerja di sebuah stesen minyak bersama dengan lelaki terbabit selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

“Apa yang membimbangkan, teman lelakinya itu masih tidak mempunyai pekerjaan dan saya pernah menghubungi keluarga lelaki terbabit yang tinggal di Negeri Sembilan namun ibunya juga memberitahu yang anaknya itu sudah lama tidak pulang,” katanya.

Menurutnya, dia berharap anak gadisnya itu segera pulang dan meneruskan kembali pengajian tertangguh kerana usianya masih mentah dan berharap dia tidak terlalu mengikutkan hati.

“Saya agak kecewa dengan keputusan yang dibuat anak kerana saya dan suami bertungkus-lumus bekerja menjual nasi lemak untuk menampung kos pembelajarannya di universiti.

“Demi masa depannya sendiri, saya amat berharap dia pulang dan menamatkan pengajiannya terlebih dulu dan jika mahu berkahwin kami sekeluarga akan merestui mereka,” katanya.

Cekup anak khalwat

Oleh Zuliaty Zulkiffli

ALOR SETAR: Tindakan seorang gadis yang sanggup menipu bapanya kononnya dia mahu menghadiri rumah terbuka sempena Aidiladha akhirnya terbongkar apabila dia dan pasangannya dicekup berkhalwat, pagi semalam.
Lebih mengejutkan, gadis berusia 18 tahun itu dicekup bapanya sendiri bersama empat anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Langkawi (Padal) di sebuah bilik sewa di Kampung Bendang Baru, Kuah, Langkawi pada jam 11.30 pagi semalam.

Ketua Operasi Padal, Shaiful Aswad Kasa berkata, gadis berasal daripada Pulau Tuba itu dikatakan menyewa bilik berkenaan semata-mata untuk membuktikan cinta kepada pasangannya yang baru berusia 16 tahun.
Beliau berkata, berdasarkan aduan diterima bapa gadis itu, pihaknya bergegas ke lokasi terbabit dan membuat pemeriksaan di sebuah bilik yang didapati berkunci dari dalam.

“Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang berpakaian lengkap membukanya dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Gadis itu yang berada di dalam rumah itu terkejut apabila melihat kehadiran kami bersama bapanya menyebabkan dia lari bersembunyi di belakang pintu bilik kerana takut.

“Bagaimanapun, selepas diarahkan keluar dari tempat persembunyiannya itu, dia terpaksa akur dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi sebelum ke pejabat agama untuk siasatan lanjut,” katanya.

Shaiful berkata, gadis yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di sini itu memberi alasan hanya menemani adik ‘angkatnya’ makan di rumah itu tetapi perbuatan mereka mencurigakan apabila pintu ditutup rapat dan hanya mereka berdua berada di dalam bilik itu.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati remaja lelaki itu sudah berhenti sekolah dan membantu ibunya berniaga di kedai makan.

“Siasatan mendapati, pasangan itu baru berkenalan empat minggu lalu tetapi percintaan mereka berjaya dihidu bapanya sebelum menahan mereka.

“Berdasarkan rekod, gadis itu sebelum ini pernah ditahan mengikut Seksyen 5 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 1988 kerana berkelakuan tidak senonoh dengan pasangan lain di Pekan Rabu, di daerah ini pada bulan Ramadan lalu,” katanya.

Difahamkan, bapanya yang bekerja di sebuah syarikat swasta di sini mengambil keputusan untuk menikahkan pasangan itu kerana malu dengan perbuatan anaknya yang mencemar nama baiknya sendiri.

Gadis itu dikatakan berkali-kali merayu kepada bapanya supaya tidak memarahinya selain menginsafi perbuatannya sehingga dicekup berkhalwat pada hari kedua Aidiladha, semalam.

Shaiful berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) EKJSK 1988 kerana berkhalwat sehingga menimbulkan syak pada orang ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Kami juga masih melakukan siasatan lanjut terhadap kedua-dua mereka,” katanya.

Hukum Zina


Pengertian dan Hukum Zina

Post by 8TeeN
PENGERTIAN ZINA

Ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan).

Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan itu bukan isterinya atau lelaki tadi menyangka bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syarak, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah, maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa dibawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam wati’ subhah iaitu persetubuhan yang meragukan.

Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)

ZINA TERBAHAGI KEPADA DUA :

1. ZINA MUHSAN
2. ZINA BUKAN MUHSAN

ZINA MUHSAN

Iaitu lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal (sudah pernah berkahwin)

ZINA BUKAN MUHSAN

Iaitu lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (belum pernah berkahwin).

Perzinaan yang boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan Zina Muhsan ialah lelaki atau perempuan yang telah baligh, berakal, merdeka dan telah pernah berkahwin, iaitu telah merasai kenikmatan persetubuhan secara halal.

Penzinaan yang tidak cukup syarat-syarat yang disebutkan bagi perkara diatas tidak boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina muhsan, tetapi mereka itu boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina bukan muhsan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh hukum syarak.

HUKUMAN YANG DIKENAKAN KEATAS ORANG YANG ZINA MUHSAN DAN BUKAN MUHSAN

Seseorang yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :

”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.

Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :

”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan keatas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”.

PEREMPUAN YANG DI ROGOL DAN DI PERKOSA

Perempuan-perempuan yang dirogol atau diperkosa oleh lelaki yang melakukan perzinaan dan telah disabit dengan bukti –bukti yang diperlukan oleh syarak dan tidak menimbulkan sebarang keraguan dipihak hakim bahawa perempuan itu dirogol dan diperkosa, maka dalam kes ini perempuan itu tidak boleh dijatuhkan dan dikenakan hukuman hudud,dan ia tidak berdosa dengan sebab perzinaan itu.

Lelaki yang merogol atau memperkosa perempuan melakukan perzinaan dan telah sabit kesalahannya dengan bukti – bukti dan keterangan yang dikehendaki oleh syarak tanpa sebarang keraguan dipihak hakim, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman hudud keatas lelaki yang merogol perempuan itu, iaitu wajib dijatuhkan dan dikenakan ke atas lelaki itu hukuman rejam dan sebat.

Perempuan-perempuan yang telah disabitkan oleh hakim bahawa ia adalah dirogol dan diperkosa oleh lelaki melakukan perzinaan, maka hakim hendaklah membebaskan perempuan itu dari hukuman hudud (tidak boleh direjam dan disebat) dan Allah mengampunkan dosa perempuan itu di atas perzinaan secara paksa itu.

Bab Hukuman Zina



1. PENGERTIAN ZINA

Dalam al-Mu’jamul Wasith hal 403 disebutkan, “Zina ialah seseorang bercampur dengan seorang wanita tanpa melalui akad yang sesuai dengan syar’i.”
2. HUKUM ZINA

Zina adalah haram hukumnya, dan ia termasuk dosa besar yang paling besar.
Allah swt berfirman:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (QS al-Israa’: 32)
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a, ia berkata: Saya pernah bertanya kepada Rasulullah saw, “(Ya Rasulullah), dosa apa yang paling besar?” Jawab Beliau, “Yaitu engkau mengangkat tuhan tandingan bagi Allah, padahal Dialah yang telah menciptakanmu.” Lalu saya bertanya (lagi), “Kemudian apa lagi?” Jawab Beliau, “Engkau membunuh anakmu karena khawatir ia makan denganmu.” Kemudian saya bertanya (lagi). “Lalu apa lagi?” Jawab Beliau, “Engkau berzina dengan isteri tetanggamu.” (Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari XII: 114 No. 6811, Muslim I: 90 No. 86, ‘Aunul Ma’bud VI: 422 No. 2293 No. Tirmidzi V: 17 No. 3232).
Allah swt berfirman:
“Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina. Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Al-Furqaan: 68-70).
Dalam hadist Sumarah bin Jundab yang panjang tentang mimpi Nabi saw, Beliau saw bersabda:
“Kemudian kami berjalan dan sampai kepada suatu bangunan serupa tungku api dan di situ kedengaran suara hiruk-pikuk. Lalu kami tengok ke dalam, ternyata di situ ada beberapa laki-laki dan perempuan yang telanjang bulat. Dari bawah mereka datang kobaran api dan apabila kena nyala api itu, mereka memekik. Aku bertanya, “Siapakah orang itu” Jawabnya, “Adapun sejumlah laki-laki dan perempuan yang telanjang bulat yang berada di dalam bangunan serupa tungku api itu adalah para pezina laki-laki dan perempuan.” (Shahih: Shahihul Jami’us Shaghir no: 3462 dan Fathul Bari XII: 438 no: 7047).
Dari Ibnu Abbas r.a bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidaklah seorang hamba berzina tatkala ia sebagai seorang mu’min; dan tidaklah ia mencuri, manakala tatkala ia mencuri sebagai seorang beriman; dan tidaklah ia meneguk arak ketikaia meneguknya sebagai seorang beriman; dan tidaklah ia membunuh (orang tak berdosa), manakala ia membunuh sebagai seorang beriman.”
Dalam lanjutan riwayat di atas disebutkan:
Ikrimah berkata, “Saya bertanya kepada Ibnu Abbas, ‘Bagaimana cara tercabutnya iman darinya?’ Jawab Ibnu Abbas: ‘Begini –ia mencengkeram tangan kanan pada tangan kirinya dan sebaliknya, kemudian ia melepas lagi–, lalu manakala dia bertaubat, maka iman kembali (lagi) kepadanya begini –ia mencengkeramkan tangan kanan pada tangan kirinya (lagi) dan sebaliknya-.’” (Shahih: Shahihul Jami’us Shaghir no: 7708, Fathul Bari XII: 114 no: 6809 dan Nasa’i VIII: 63).
3. KLASIFIKASI ORANG BERZINA
Orang yang berzina adakalanya bikr atau ghairu muhshan (Perawan atau lajang (untuk perempuan) dan perjaka atau bujang (untuk laki-laki)), atau adakalanya muhshan (orang yang sudah beristeri atau bersuami).
Jika yang berzina adalah orang merdeka, muhshan, mukallaf dan tanpa paksaan dari siapa pun, maka hukumannya adalah harus dirajam hingga mati.
Muhshan ialah orang yang pernah melakukan jima’ melalui akad nikah yang shahih. Sedangkan mukallaf ialah orang yang sudah mencapai usia akil baligh. Oleh sebab itu, anak dan orang gila tidak usah dijatuhi hukuman. Berdasarkan hadist “RUFI’AL QALAM ’AN TSALATSATIN (=diangkat pena dari tiga golongan)”.
Dari Jabir bin Abdullah al-Anshari ra bahwa ada seorang laki-laki dari daerah Aslam datang kepada Nabi saw lalu mengatakan kepada Beliau bahwa dirinya benar-benar telah berzina, lantas ia mepersaksikan atas dirinya (dengan mengucapkan) empat kali sumpah. Maka kemudian Rasulullah saw menyuruh (para sahabat agar mempersiapkannya untuk dirajam), lalu setelah siap, dirajam. Dan ia adalah orang yang sudah pernah nikah. (Shahih: Shahih Abu Daud no: 3725, Tirmidzi II: 441 no: 1454 dan A’unul Ma’bud XII: 112 no: 4407).
Dari Ibnu Abbas r.a bahwa Umar bin Khattab ra pernah berkhutbah di hadapan rakyatnya, yaitu dia berkata, “Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad saw dengan cara yang haq dan Dia telah menurunkan kepadanya kitab al-Qur’an. Di antara ayat Qur’an yang diturunkan Allah ialah ayat rajam, kami telah membacanya, merenungkannya dan menghafalkannya. Rasulullah saw pernah merajam dan kami pun sepeninggal Beliau merajam (juga). Saya khawatir jika zaman yang dilalui orang-orang sudah berjalan lama, ada seseorang mengatakan, “Wallahi, kami tidak menjumpai ayat rajam dalam Kitabullah.” Sehingga mereka tersesat disebabkan meninggalkan kewajiban yang diturunkan Allah itu, padahal ayat rajam termaktub dalam Kitabullah yang mesti dikenakan kepada orang yang berzina yang sudah pernah menikah, baik laki-laki maupun perempuan, jika bukti sudah jelas, atau hamil atau ada pengakuan.” (Mutafaqun ’alaih: Fathul Bari XII: 144 no: 6830, Muslim III: 1317 no 1691, ‘Aunul Ma’bud XII: 97 no: 4395, Tirmidzi II: 442 no: 1456).
4. HUKUMAN BUDAK YANG BERZINA
Apabila yang berzina adalah budak laki-laki ataupun perempuan, maka tidak perlu dirajam. Tetapi cukup didera sebanyak lima puluh kali deraan, sebagaimana yang ditegaskan firman Allah swt:
“Dan apabila mereka Telah menjaga diri dengan kawin, Kemudian mereka melakukan perbuatan yang keji (zina), Maka atas mereka separo hukuman dari hukuman wanita-wanita merdeka yang bersuami.” (QS An-Nisaa: 25)
Dari Abdullah bin Ayyasy al-Makhzumi, ia berkata, “Saya pernah diperintah Umar bin Khattab ra (melaksanakan hukum cambuk) pada sejumlah budak perempuan karena berzina, lima puluh kali, lima puluh kali cambukan.” (Hasan: Irwa-ul Ghalil no: 2345, Muwaththa‘ Malik hal 594 no: 1058 dan Baihaqi VIII: 242)
5. ORANG YANG DIPAKSA BERZINA TIDAK BOLEH DIDERA
Dari Abu Abdurahhman as-Silmi ia berkata: “Umar bin Khatab ra pernah dibawakan seorang perempuan yang pernah ditimpa haus dahaga luar biasa, lalu ia melewati seorang penggembala, lantas ia minta air minum kepadanya. Sang penggembala enggan memberikan air minum, kecuali ia menyerahkan kehormatannya kepada seorang penggembala. Kemudian terpaksa ia melaksanakannya. Maka (Umar) pun bermusyawarah dengan para sahabat untuk merajam perempuan itu, kemudian Ali ra menyatakan, ‘Ini dalam kondisi darurat, maka saya berpendapat hendaklah engkau melepaskannya.’ Kemudian Umar melaksanakannya.” (Shahih: Irwa-ul Ghalil no: 2313 dan Baihaqi VIII: 236).
6. HUKUMAN BIKR (PERAWAN ATAU PERJAKA) YANG BERZINA
Allah swt berfirman:
“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” (QS An-Nuur: 2). Dari Zaid bin Khalid-al-Juhanni ra, ia berkata, “Saya pernah mendengar Nabi saw mnyuruh orang yang berzina yang belum pernah kawin didera seratus kali dan diasingkan selama setahun.” (Shahih: Irwa-ul Ghalil no: 2347 dan Fathul Bari XII: 156 no: 6831)
Dari Ubadah bin Shamit ra bahwa Rasulullah saw bersabda, “Ambillah dariku, ambillah dariku; sungguh Allah telah menjadikan jalan (keluar) untuk mereka; gadis (berzina) dengan jejaka dicambuk seratus kali cambukan dan diasingkan setahun, dan duda berzina dengan janda didera seratus kali didera dan dirajam.” (Shahih: Mukthashar Muslim no: 1036, Muslim III: 1316 no: 1690, ’Aunul Ma’bud XII: 93 no: 4392, Tirmidzi II: 445 no: 1461 dan Ibnu Majah II: 852 no: 2550).
7. DENGAN APA HUKUM HAD SAH DILAKSANAKAN?
Hukum had dianggap sah dilaksanakan dengan dua hal: pertama, pengakuan dan kedua, disaksikan oleh para saksi. (Fiqhus Sunnah III: 352).
Adapun pengakuan, didasarkan pada waktu Rasulullah saw yang pernah merajam Ma’iz dan perempuan al-Ghamidiyah yang keduanya mengaku telah berzina:
Dari Ibnu Abbas ra. berkata, “Tatkala Ma’iz bin Malik dibawa kepada Nabi saw, maka Beliau bertanya kepadanya, “Barangkali engkau hanya mencium(nya) atau meraba(nya) dengan tanganmu atau sekedar melihat(nya)?” Jawabnya, “Tidak, ya Rasulullah.” Tanya Beliau (lagi), “Apakah engkau telah melakukan sesuatu yang tidak layak diutarakan dengan terus terang?” Maka ketika itu, Beliau menyuruh merajamnya.” (Shahih: Shahih Abu Daud no: 3724, Fathul Bari XII: 135 no: 6824 dan ‘Aunul Ma’bud XII: 109 no: 4404)
Dari Sulaiman bin Buraidah dari bapaknya ra bahwa seorang perempuan dari daerah Ghamid dari suku al-Azd datang kepada Nabi saw lalu mengatakan, “Ya Rasulullah, sucikanlah diriku!” Maka sabda Beliau, “Celaka kamu. Kembalilah, lalu beristighfarlah dan bertaubatlah kepada-Nya!” Kemudian ia berkata (lagi), “Saya melihat engkau hendak menolakku, sebagaimana engkau telah menolak Ma’iz bin Malik.” Beliau bertanya kepadanya, “Apa itu?” Jawabnya, “Sesungguhnya saya telah hamil karena berzina.” Tanya Beliau. “Kamu?” Jawabnya, “Ya.” Maka sabda Beliau kepadanya, “(Pulanglah) hingga engkau melahirkan (bayi) yang di perutmu.” Kemudian ada seseorang sahabat dari kawan Anshar yang mengurusnya hingga ia melahirkan bayinya, lalu ia data kepda Nabi saw dan menginformasikan kepada Beliau bahwa perempuan al-Ghamidiyah itu telah melahirkan. Maka beliau bersabda, “Kalau begitu, kami tidak akan segera merajamnya dan kami tidak akan biarkan anaknya yang masih kecil, tidak ada yang menyusuinya.” Kemudian ada seorang sahabat Anshar bangun lantas berkata, “Ya Nabiyullah, saya akan menanggung penyusuannya.” Kemudian Beliau pun merajamnya. (Shahih: Mukhtashar Muslim no: 1039, Muslim III: 1321 no: 1695).
Jika yang bersangkutan ternyata meralat pengakuannya, maka tidak boleh dijatuhi hukuman. Hal ini merujuk pada hadist Nu’aim bin Huzzal:
Adalah Ma’iz bin Balik seorang anak yatim yang dulu berada di bawah asuhan ayahku (yaitu Huzzal), kemudian ia pernah berzina dengan seorang budak perempuan dari suatu kampung … sampai pada perkataannya “Kemudian Nabi Saw menyuruh agar Ma’iz dirajam. Lalu dikeluarkanlah Ma'iz ke Padang Pasir. Tatkala dirajam, ia merasakan sakitnya lemparan batu yang menimpa dirinya, kemudian bersedih hati, lalu ia melarikan diri dengan cepat, lantas bertemu dengan Abdullah bin Unais. Para sahabatnya tidak mampu (menahannya). Kemudian Abdullah bin Unais mencabut tulang betis unta, lalu dilemparkan kepadanya hingga ia meninggal dunia. Kemudian Abdullah bin Unais datang menemui Nabi saw lalu melaporkan kasus tersebut kepadanya, maka Rasulullah berkata kepadanya, “Mengapa kamu tidak biarkan ia, barangkali ia bertaubat lalu Allah menerima taubatnya.” (Shahih: Shahih Abu Daud no. 3716, ‘Aunul Ma’bud XII: 99 no: 4396)
8. HUKUM ORANG YANG MENGAKU PERNAH BERZINA DENGAN SI FULANAH
Apabila seseorang mengaku bahwa dirinya telah berzina dengan fulanah, maka laki-laki yang mengaku tersebut harus dijatuhi hukuman. Kemudian jika si perempuan, rekan kencannya, mengaku juga, maka ia harus dijatuhi hukuman juga. Jika ternyata si perempuan tidak mau mengakui, maka ia (si perempuan) tidak boleh dijatuhi hukuman.
Dari Abu Hurairah dan Zaid bin Khalid ra bahwa ada dua orang laki-laki yang saling bermusuhan datang kepada nabi saw lalu seorang di antara keduanya menyatakan, “Ya Rasulullah, putuskanlah di antara kami dengan Kitabullah!” Yang satunya lagi --yang paling mengerti di antara mereka berdua-- berkata, “Betul, ya Rasulullah, putuskanlah di antara kami dengan Kitabullah, dan izinkanlah saya untuk mengutarakan sesuatu kepadamu.” Jawab Beliau, "Silakan utarakan!" Ia melanjutkan pengutaraannya, “Sesungguhnya anakku ini adalah seorang pekerja yang diberi upah oleh orang ini, lalu ia pun berzina dengan isterinya. Lalu orang-orang menjelaskan kepadaku bahwa anaku harus dirajam. Oleh sebab itu, saya telah menebusnya dengan memberikan seratus ekor kambing dan seorang budak wanitaku. Kemudian saya pernah bertanya kepada orang-orang alim, lalu mereka menjelaskan kepadaku bahwa anakku harus didera seratus kali dan diasingkan selama setahun lamanya. Sedangkan rajam hanya ditimpahkan kepada isteri ini.” Maka Rasulullah saw bersabda, “Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggamannya, saya akan benar-benar memutuskan di antara kalian berdua dengan Kitabullah; adapun kambing dan budak perempuanmu itu maka dikembalikan (lagi) kepadamu.” Beliau pun mendera anaknya seratus kali dan mengasingkannya selama setahun. Dan Beliau juga menyuruh Unais al-Aslam agar menemui isteri orang pertama itu; jika ia mengaku telah berzina dengananak itu, maka harus dirajam. Ternyata ia mengaku, lalu dirajam oleh Beliau. (Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari XII: 136 no: 6827-6828, Muslim III: 1324 no: 1697-1698, ‘Aunul Ma’bud XII: 128 no: 4421, Tirmidzi II: 443 no: 145, Ibnu Majah II: 852 no: 2549 dan Nasa’i VIII: 240).
9. HUKUM HAD HARUS DILAKSANAKAN BILA SAKSINYA KUAT
Allah swt berfirman:
“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, Maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik.” (QS An-Nuur: 4) Apabila ada empat laki-laki muslim yang merdeka lagi adil menyaksikan dzakar (penis) si fulan masuk ke dalam farji (vagina) si fulanah seperti pengoles celak mata masuk ke dalam botol tempat celak, dan seperti timba masuk ke dalam sumur, maka kedua-duanya harus dijatuhi hukuman.
Manakalah tiga saja yang mengaku menyaksikan, sedang yang keempat justru mengundurkan diri dari kesaksian mereka, maka yang tiga orang itu harus didera dengan dera tuduhan sebagimana yang telah dipaparkan ayat empat An-Nuur itu, dan berdasarkan riwayat berikut:
Dari Qasamah bin Zuhair, ia bercerita: Tatkala antara Abu Bakrah dengan al-Mughirah ada permasalahan tuduhan zina yang dilaporkan kepada Umar ra maka kemudian Umar minta didatangkan saksi-saksinya, lalu Abu Bakrah, Syibl bin Ma’bad, dan Abu Abdillah Nafi’ memberikan kesaksiannya. Maka Umar ra pada waktu mereka bertiga usai memberikan kesaksiannya, berkata, "Permasalah Abu Bakrah ini membuat Umar berada dalam posisi yang sulit." Tatkala Ziyad datang, dia berkata, "(Hai Ziyad), jika engkau berani memberikan kesaksian, maka insya Allah tuduhan zina itu benar." Maka kata Ziyad, "Adapun perbuatan zina, maka aku tidak menyaksikan dia berzina. Namun aku melihat sesuatu yang buruk." Makakata Umar, “Allahu Akbar, hukumlah mereka.” Kemudian sejumlah sahabat mendera mereka bertiga. Kemudian Abu Bakrah seusai dicambuk oleh Umar menyatakan, “(Hai Umar), saya bersaksi bahwa sesungguhnya dia (al-Mughirah) berzina.” Kemudian, segera Umar ra hendak menderanya lagi, namun dicegah oleh Ali ra seraya berkata kepada Umar, “Jika engkau menderanya lagi, maka rajamlah rekanmu itu.” Maka Umar pun membatalkan niatnya dan tidak menderanya lagi.” (Sanadnya Shahih: Irwa-ul Ghalil VIII: 29 dan Baihaqi VIII: 334).
10. HUKUM ORANG BERZINA DENGAN MAHRAMNYA
Barangsiapa yang berzina dengan mahramnya, maka hukumnya adalah dibunuh, baik ia sudah pernah nikah ataupun belum. Dan apabila ia telah mengawini mahramnya, maka hukumannya ia harus dibunuh dan hartanya harus diserahkan kepada pemerintah.
Dari al-Bara’ ra, ia bertutur, “Saya pernah berjumpa dengan pamanku yang sedang membawa pedang, lalu saya tanya, ‘(Wahai Pamanda), Paman hendak kemana?’ jawabnya, ‘Saya diutus oleh Rasulullah saw menemui seorang laki-laki yang telah mengawini isteri bapaknya sesudah ia meninggal dunia, agar saya menebas batang lehernya dan menyita harta bendanya.’” (Shahih: Irwa-ul Ghalil no: 2351, Shahih Ibnu Majah no: 2111, 'Aunul Ma'bud XII: 147 no: 4433, Nasa’i VI: 110, namun dalam Sunan Tirmidzi dan Sunan Ibnu Majah tanpa lafazh "menyita harta bendanya." Tirmidzi II: 407 no: 1373 dan Ibnu Majah II: 869 no: 2607).
11. HUKUM ORANG YANG MENYETUBUHI BINATANG
Dari Ibnu Abbas ra bahwa Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang menyetubui binatang ternak, maka hendaklah kamu bunuh dia dan bunuh (pula) binantang itu.” (Hasan Shahih: Shahih Tirmidzi no: 1176, Tirmidzi III: 1479, 'Aunul Ma'bud XII: 157 no: 4440, Ibnu Majah II: 856 no: 2564)
12. HUKUMAN ORANG YANG MELAKUKAN LIWATH, HOMOSEKSUAL
Apabila seorang laki-laki memasukkan penisnya ke dalam dubur laki-laki yang lain, maka hukumannya adalah dibunuh, baik keduanya sudah pernah menikah taupun belum.
Dari Ibnu Abbas ra bahwa Rasulullah saw bersabda: “Siapa saja yang kalian jumpai melakukan perbuatan kaum (Nabi) Luth, maka bunuhlah fa’il (pelakunya) dan maf’ulbih (korbannya).” (Shahih: Shahih Ibnu Majah no: 2075, Tirmidzi III: 8 no: 1481, ‘Aunul Ma’bud XII: 153 no: 4438, Ibnu Majah II: 856 no: 2561).
Sumber: Diadaptasi dari 'Abdul 'Azhim bin Badawi al-Khalafi, Al-Wajiz Fi Fiqhis Sunnah Wal Kitabil 'Aziz, atau Al-Wajiz Ensiklopedi Fikih Islam dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah Ash-Shahihah, terj. Ma'ruf Abdul Jalil (Pustaka As-Sunnah), hlm 820 - 834.

hukum zina, jadi pak sanggup dan qadzaf

Tafsir Al-Quran
Surah An-Nur ayat 1-5


“Ini ialah satu surah yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).(1)Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.(2)Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman(3). Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; (4)Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”(5).

Huraian ayat

“Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya)”.

Dalam ayat ini Allah SWT menegaskan bahawa Dia menurunkan satu surah yang penting dari langit yang mengandungi beberapa hukum (undang-undang) yang wajib dipatuhi dan dilaksanakan oleh setiap manusia.

Allah SWT juga menurunkan ayat-ayat atau bukti-bukti yang terang untuk manusia mentauhidkan-Nya, semoga dengan cara itu manusia akan memperolehi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Firman Allah SWT pada pangkal ayat kedua,

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat;..”

Ayat ini menjelaskan hukuman bagi orang lelaki dan perempuan yang berzina iaitu hendaklah masing-masing disebat dengan 100 kali sebatan jika sabit kesalahan. Merujuk kepada beberapa hadis Rasulullah saw, ayat ini ditujukan kepada penzina Ghairul Muhson iaitu penzina yang belum berkahwin.

Adapun bagi penzina yang sudah berkahwin, jika sabit kesalahan mereka hendaklah dijatuhkan hukuman samapai mati. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam hadisnya,

الشيخ والشيخة اذا زنيا فارجموهما البتة

Maksudnya : Lelaki tua dan perempuan tua yang berzina, maka rejamlah kedua-duanya sebagai balasan daripada hukuman Allah SWT.

Kalau dilihat pada ayat ini, hikmah Allah SWT mendahulukan perkataan ‘Az-Zaniyatu’ (perempuan yang berzina) adalah untuk menunjukkan bahawa penzinaan itu biasanya bermula dengan tarikan dari kaum perempuan yang memakai pakaian yang menjolok mata, bersolak dan memakai wangi-wangian yang memberahikan kaum lelaki.

Akan tetapi ini tidaklah bermakna kaum lelaki bebas dari kesalahan itu, malah mereka juga turut memainkan peranan seperti mengajak pasangannya untuk keluar bersama, makan bersama dan akhirnya tidur bersama.

Justeru ibubapa hendaklah memastikan anak-anak perempuan mereka supaya tidak keluar dengan mana-mana lelaki yang bukan mahram, walaupun mereka sudah bertunang. Kerana banyak terjadi ibubapa kepada anak perempuan yang sudah bertunang terpaksa mempercepatkan tarikh pernikahan apabila mengetahui perut anak gadisnya sudah pun berisi.

Firman Allah SWT di pertengahan ayat kedua,

“dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat;..”

Dalam ayat ini Allah SWT melarang sama sekali orang Islam merasa simpati dan kasihan terhadap penzina yang sedang menjalani hukuman Allah SWT, sehingga timbul perasaan untuk meringan atau menghapuskan hukuman tersebut.

Dengan kata lain hukuman Allah SWT sudah pun tetap, tidak boleh digantikan dengan hukuman yang dicipta oleh akal manusia. Hanya mereka yang tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat sahaja yang sanggup mengenepikan hukuman Allah lalu digantikan hukuman tersebut dengan bayaran denda, penjara atau sebagainya.

Di Malaysia, sebagai contoh enakmen jenayah syariah di negeri Perak menyatakan, mana-mana orang perseorangan yang melakukan persetubuhan haram (zina) jika sabit kesalahan hukumannya ialah RM5000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Walaubagaimanapun Hakim Mahkamah Syariah yang menjatuhkan hukuman seperti ini tidaklah dianggap berdosa kerana mereka hanyalah pegawai kerajaan yang melaksanakan kerjanya sahaja. Adapun golongan yang bertanggungjawab untuk mendaulatkan syariat Allah SWT ialah mereka yang memegang tampuk kekuasaan politik di dalam sesebuah Negara. Mereka inilah yang bakal dipersoalkan di hadapan Allah SWT kelak.

Dihujung ayat kedua Allah SWT berfirman,

“..dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”.

Dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan agar hukuman ini disaksikan di khalayak orang-orang yang beriman supaya mereka takut dan tidak melakukan kesalahan ini di masa akan datang.

Di zaman Rasulullah saw ketika baginda melaksanakan hukuman rejam ke atas Salma Al-Ghamidiah , darah dari badan Salma terpercik lalu mengenai baju Khalid Al-Walid, menyebabkan Khalid marah dan mencacinya. Mendengar cacian Khalid, Rasulullah saw bersabda,

“Jangan terlalu menghinanya kerana ia sedang menjalani hukuman Allah ”

Di sampuk oleh Saidina Omar Al-Khattab,

“Ya Rasulullah ! adakah tuan hamba akan menyembahyangkan jenazahnya ?”

Rasulullah saw bersabda,

“Jika aku bandingkan kebajikannya dengan tujuh puluh perempuan (beriman) di Madinah ini, maka luas lagi (amal) kebajikannya. Tidakkah kamu mengetahui sebaik-baik manusia di sisi Allah ialah orang yang sanggup mengorbankan dirinya kepada Allah ”

Dengan penjelasan Rasulullah saw itu, nyatalah hukuman Allah jika dijalankan bererti keampunan ke atas penjenayah itu terjamin dan itulah sebaik-baik yang kita kehendaki.

Firman Allah SWT pada ayat ketiga,

“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman”

Sebab ayat ini diturunkan seperti yang diriwayatkan oleh Mujahid dan Ato’,

Ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, di kalangan mereka ada yang miskin dan papa kedana. Manakala di Madinah pula ada segelintir wanita pelacur yang kaya raya. Justeru terdapat di kalangan para sahabat dari golongan muhajirin yang miskin ingin menikahi perempuan-perempuan pelacur itu, moga-moga mereka dapat menumpang kesenagan dengan perempuan-perempuan pelacur tersebut. Lalu para sahabat merujuk perkara ini kepada Rasulullah saw maka turunlah ayat ini yang melarang para sahabat mengahwini mereka.

Dan mengikut sebahagian pendapat golongan para mufassirin, ayat ini telah dimansuhkan (dibatalkan hukumnya) apabila turunn ayat 32 surah An-Nur yang berbunyi,

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui”. (An-Nur 032)

Justeru apabila hukum ini dibatalkan, maka sudah tidak menjadi kesalahan kepada orang-orang Islam yang ingin menikahi pasangan mereka yang penzina jika bertujuan untuk berdakwah atau menjadi Pak Sanggup.

Dalam hal menjadi Pak Sanggup disyaratkan tidak menasabkan anak yang dikandung oleh perempuan itu yang bukan dari hasil benihnya kepada nama dirinya. Kalau di lakukan juga maka Pak Sanggup ini telah melakukan dosa besar kerana menipu Allah dan juga Rasul-Nya.

Anak zina hendaklah dibin atau dibintikan dengan Abdullah selaras dengan Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM. Manakala di Negeri Sembilan Fatwa yang serupa juga telah diwartakan iaitu,

“Jika seorang bayi itu dilahirkan kurang 6 bulan daripada tarikh akad nikah maka anak tersebut haram dinasabkan kepadaa suami ibunya atau lelaki yang menyebabkan kehamilan anak tersebut. Dan jika seorang bayi yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan dan diketahui dengan yakin bahawa kehamilan telah berlaku sebelum akad, atau suami tidak bersetubuh selepas akad atau tidak dimasukkan mani suaminya ke dalam rahim, maka anak tersebut haram dinasabkan kepada suami ibunya atau lelaki yang menyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak tersebut”.

Firman Allah SWT pada ayat ke 4,

“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik..;”

Dalam ayat ini Allah SWT telah menetapkan beberapa perundangan iaitu, orang yang menuduh perempuan yang baik-baik (yang menjaga kehormatannya) dengan tuduhan zina hendaklah membawa empat orang saksi yang melihat dengan mata kepala mereka sendiri perbuatan tersebut.

Jika yang membuat tuduah itu gagal mengemukakan empat orang saksi maka dia akan dikenakan hukuman sebat sebanyak 80 kali sebatan. Moga-moga dengan hukuman ini akan memberi peringatan kepada umat Islam supaya berhati-hati dalam membuat tuduhan apatah lagi ia melibatkan maruah manusia.

Setelah mereka dihukum 80 kali sebatan, mereka sama sekali tidak boleh menjadi saksi selama-lamanya di masa akan datang kewibawaannya sudah tercemar akibat mereka-reka cerita yang bohong.

Pada ayat 5 pula Allah SWT berfirman,

“Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan sekiranya yang menuduh itu bertaubat dan menarik balik tuduhan tersebut, sekaligus menyesal atas apa yang telah dilakukannya dan kembali menjadi orang yang baik, maka Allah SWT akan menerima taubatnya kerana Dia adalah Tuhan yang Maha Pengampun Lagi Maha Pengasih.

Berdasarkan ini, menurut Mazhab Maliki, Shafi’ei dan juga Hanbali kesaksian orang yang sudah bertaubat ini diterima semula di masa akan datang.

Wallahualam.


Hukum Zina Bagi Ibu Tunggal (Janda)
Soalan:
Saya seorang ibu tunggal yang telah melakukan dosa besar iaitu perbuatan zina bersama seorang lelaki bujang dan kini lelaki itu telah melarikandiri dari menunaikan tanggungjawabnya kerana tiada persetujuan dari ibunya dan membawa diri bersama-sama ibunya kerana takut didatangi oleh keluarga pihak saya. Saya hampir putus harapan dan kembali bertaubat ke jalanAllah dengan berkat bimbingan keluarga dan kawan yang rapat dengan saya. Lelaki tersebut pergi selama lebih kurang seminggu lebih tanpa menanyakan khabar berita pun tentang diri saya. Tiap-tiap hari saya berdoa agar dia kembali menunaikan tanggungjawabnya dan terbuka pintu hati ibunya untuk menerima saya. Dengan izin Allah dia telah menghubungi saya dan bertanyakan khabar berita tentang diri saya. Ustaz di sini saya musykil kerana takut dianiayai lagi sekali. Apakah yang seharus saya lakukan?
Hamba Allah, KL
Jawapan:
Perbuatan zina merupakan dosa besar yang dikutuk oleh Allah terhadap pelakunya. Para ulamak telah bersepakat bahawa hukuman yang dikenakan atas diri yang melakukan zina muhshan (janda, duda, lelaki yang masih beristeri atau isteri yang masih bersuami) adalah wajib direjam sampai mati. Pendapat ini didasarkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah maksudnya: "Ada seorang lelaki yang datang kepada Rasulullah SAW ketika baginda sedang berada di dalam masjid. Lelaki itu memanggil-manggil Nabi seraya mengatakan: "Hai Rasulullah SAW, aku telah berzina, tetapi aku menyesal". Ucapan ini diulanginya sampai empat kali. Setelah Nabi mendengar pernyataannya yang sudah empat kali diulanginya itu lalu baginda memanggilnya seraya bertanya: "Apakah engkau ini gila ?". "Tidak". jawab lelaki itu. Nabi bertanya lagi apakah engkau ini orang yang muhshan?". "Ya ", jawab lelaki tersebut. Kemudian Nabi bersabda lagi: "Bawalah lelaki ini ini dan rejamlah oleh kami sekalian hingga mati". Perkara pertama yang perlu puan lakukan adalah bertaubat dan menyembunyikan perbuatan maksiat yang pernah dilakukan, bukan menghebohkannya kepada pihak lain. Sebab hukuman yang layak bagi wanita atau lelaki yang pernah menikah melakukan zina adalah dengan rejam hingga mati. Walaupun begitu jika seseorang itu melakukan zina kemudian tidak ada empat orang saksi untuk membuktikan perbuatan tersebut sehingga boleh dijalankan hukum Islam ke atasnya, maka adalah lebih baik ia menyembunyikan perbuatannya itu dan segera bertaubat.
Jika telah melaksanakan taubat dengan taubat yang sebenarnya, barulah puan berfikir masalah perkahwinan dengan bujang yang menjadi idaman puan. Masalah yang paling penting dalam kes puan ini bukan bagaimana cara menghindarkan dari dianiaya oleh pihak lelaki yang melakukan hubungan dengan puan, kerana perbuatan zina bukan aniaya melainkan perbuatan dosa besar yang dilakukan atas dasar suka sama suka yang wajib ditinggalkan dengan segera. Persoalan jodoh serahkan kepada Allah, kerana Allah yang menentukan jodoh seseorang itu, yang paling penting bertaubatlah dan carilah lelaki yang baik dan lelaki yang telah bertaubat daripada melakukan dosa besar.


Hikmah perlaksanaan hukum zina dari sudut sains

aferiza

Apabila Allah menjadikan manusia, Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri. Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukum dengan hukuman hudud antaranya ialah hukuman bagi mereka yang melakukan penzinaan. Apabila sabit kesalahan, terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu :
1. Sebat 100 rotan untuk pesalah yang BELUM BERKAHWIN.
2. Rejam sampai mati untuk pesalah yang SUDAH BERKAHWIN.
Maksudnya:“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”
Juga telah diriwatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibn. Mas’ud r.a bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali berlakunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan orang yang keluar daripada agamanya juga yang berpecah daripada jamaah orang-orang Islam.”
Adakah sahabat-sahabat sekalian terfikir mengapa terdapat perbezaan di dalam hukuman yang dijalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh kategori manusia yang berbeza?
Sepintas lalu ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika sabit kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran kepada mereka yang telah melakukannya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi pesalah jenis ini adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan. Keinginan mereka adalah disebabkan oleh dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskannya melakukan kesalahan zina.
Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah yang sudah berkahwin kerana pesalah jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.
HIKMAH DISEBALIK PELAKSANAAN HUDUD INI DARI SUDUT SAINS
Di dalam badan manusia, terdapat satu sistem pertahanan badan yang dipanggil sistem Imuniti. Sel yang paling berperanan dalam menghasilkan sistem pertahanan badan ialah sel darah putih. Sama ada B Limfosit yang berperanan menghasilkan Imuniti pembaikan sel ”Cell-Mediated Immune System”. Apabila virus Aids menyerang manusia, sistem pertahanan badan T4 Limfosit akan dimusnahkan dengan cara virus itu melekatkan dirinya di permukaan T4 Limfosit bagi menggagalkan fungsi T4 Limfosit sehingga manusia mengalami kelumpuhan sistem pertahanan badan AIDS ”Acquired Immunologic Deficiency Syndrome”. Bagi pesalah yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibodi T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Sekiranya seseorang pesalah itu sudah dihinggapi HIV selepas penzinaannya T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV AIDS yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan sel-sel sum-sum tulangnya mati tidak dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru dengan jumlah yang banyak kerana sebahagian daripada sel darah putih itu bertukar menjadi benih manusia. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang. Pesakit jenis ini mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan.
Tetapi dengan syarat :
Ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kerosakan sel yang banyak bagi merangsang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta menggalakkan sum-sum tulang mengeluarkan antibodi yang baru.
Cara yang terbaik adalah dengan cara menyebat di bahagian belakang tulang belakang manusia di kawasan antara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang tubuh badan manusiadengan sebatan yang merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfosit menjadi dua kali ganda jumlahnya daripada jumlah Virus Aids dalam tubuh badan manusia dan ia menjadi lebih dominan daripada Virus Aids sehingga ia dapat memusnahkan virus Aids dan terselamat daripada virus Aids.
Jika pesalah tersebut adalah mereka yang telah berkahwin, apabila dihinggapi virus Aids sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang kurang menghasilkan antibodi kerana fungsinya lebih banyak ditumpukan ke arah penghasilan benih-benih bagi menghasilkan sperma-sperma baru. Pesalah jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus Aids dan rejam sehingga mati merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberi pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.
Oleh :
Dr. Haji Jamnul Azhar B. Haji Mulkan

Apa Maksud Zina?


Bismillahirrahmanirrahim.....
Soalan:
Sy nk tnya….apakah dipanggil zina jika seseorang wanita itu mendedahkan seluruh auratnya kepada seorang lelaki walaupun tanpa persetubuhan dan sentuhan? apakah ia zina hati?mata?
terima kasih
Jawapan:
Zina adalah memasukkan zakar ke dalam faraj perempuan dan dengan kadar hasyafah (kepala zakar). Walau bagaimanapun, bagi pasangan yang belum berkahwin yang melakukan perbuatan seperti yang dinyatakan di atas adalah perbuatan terkutuk yang dilaknat oleh Allah SWT serta malaikat yang berada di kiri dan kanan mereka kerana perbuatan tersebut adalah muqaddimah zina.
Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”
Tentang apa itu zina hati, mata dan sebagainya ada diterangkan di sini: Apa itu zina hati?
Sabda Rasulullah…

“Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).
Nota:
1. Jawapan kepada soalan dirujuk melalui http://baheis.islam.gov.my
2. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.
Wallahualam.....

Menyiasati Hukum Zina

Assalammualaikum wr wb
Semoga Allah senantiasa memberikan rahmatnya kepada Ustadz dan keluarga. Begini pak Ustadz. Ada kawan saya menanyakan pada saya sehubungan dengan gaya pacaran dia, dan saya agak bingung menjawabnya.
Kawan saya ini pacaran sama janda tanpa anak. dalam acara kencannya dia memang agak keterlaluan, dalam keadaan sama-2 telanjang mereka berpacu dalam shahwat dimana wanitanya mengulum maaf, kemaluan teman saya. dan teman saya berkeyakinan kalau dia tidak melakukan persetubuhan/jima' dengan pacarnya dengan alasan kalau Mr. P nya tidak dimasukkan kedalam kemaluan wanitanya karena hanya disentuh-2kan saja tanpa dimasukkan. Menurut dia HUKUM JIMA' adalah bila Mr. P masuk kedalam Ms. V itu baru Zinah. termasuk mengulum Mr.P adalah bukan kategori Jima' alias Zinah.
Bagaimana menurut pak ustadz, saya bingung .
Terimakasih atas jawabannya, semoga menambah pengetahuan buat saya yang lagi belajar Agama.
Wasalammualaikum Wr Wb
Abu Kusuma

Jawaban

Waalaikumussalam Wr Wb
Saudara Abu Kusumah yang dirahmati Allah swt
Memang apa yang dilakukan kawan anda dengan pasangan kencannya yang tidak halal itu tidak terkategorikan jima’ karena jima’ didalam istilah fiqih adalah masuknya kemaluan pria kedalam kemaluan wanita sehingga bisa dikenakan hukuman had (hukum zina) dengan dicambuk atau dirajam akan tetapi bukan berarti bahwa hal itu tidak termasuk kedalam perbuatan zina yang diharamkan Allah swt.
Didalam sebuah hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairoh berkata dari Nabi saw,”Sesungguhnya Allah telah menetapkan terhadap anak-anak Adam bagian dari zina yang bisa jadi ia mengalaminya dan hal itu tidaklah mustahil. Zina mata adalah penglihatan, zina lisan adalah perkataan dimana diri ini menginginkan dan menyukai serta kemaluan membenarkan itu semua atau mendustainya.” (HR. Bukhori)
Imam Bukhori memasukan hadits ini kedalam Bab Zina Anggota Tubuh Selain Kemaluan, artinya bahwa zina tidak hanya terbatas pada masuknya kemaluan pria kedalam kemaluan wanita saja. Namun zina bisa dilakukan dengan mata melalui pandangan dan penglihatannya kepada sesuatu yang tidak dihalalkan, zina bisa dilakukan dengan lisannya dengan membicarakan hal-hal yang tidak benar dan zina juga bisa dilakukan dengan tangannya berupa menyentuh, memegang sesuatu yang diharamkan. Dan apa yang dilakukan kawan anda itu jelas lebih berat dari sekedar memandang atau menyentuh.
Ibnu Hajar menyebutkan pendapat Ibnu Bathol yaitu,”Pandangan dan pembicaraan dinamakan dengan zina dikarenakan kedua hal tersebut menuntun seseorang untuk melakukan perzinahan yang sebenarnya. Karena itu kata selanjutnya adalah “serta kemaluan membenarkan itu semua atau mendustainya.” (Fathul Bari juz XI hal 28)
Allah swt melarang dan mengharamkan setiap hamba-Nya melakukan segala perbuatan yang bisa mengantarkan pelakunya—muqoddimah—kepada terjadinya perzinahan yang sebenarnya sebagaimana disebutkan didalam firman-Nya :
Artinya : “Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al Israa : 36)
Namun bukan berarti bahwa muqoddimah zina diperbolehkan dengan alasan bahwa perzinahan belumlah terjadi. Karena zina termasuk perbuatan yang diharamkan oleh Allah swt maka segala perbuatan yang menyebabkan terjadinya perzinahan tersebut juga diharamkan, sebagaimana disebutkan didalam kaidah ushul “Apa Saja yang Membawa Kepada yang Haram adalah Haram”
Untuk itu hendaklah anda mengingatkan teman anda itu agar kembali kepada Allah swt dan memintanya untuk segera bertaubat dan menghentikan segala perbuatan yang menjadi muqoddimah zina, seperti : berduaan dengan yang bukan mahramnya (pacaran), memandang, menyentuhnya terlebih lagi dari perbuatan yang seperti anda ceritakan diatas.
Wallahu A’lam


No comments:

Post a Comment