Monday, January 30, 2012

KETEGASAN UNDANG2 SANGAT PERLU...PERLAKSANAAN HUKUM ALLAH AMAT PERLU...JANGAN BERTANGGUH2 DAN BERDALIH2 LAGI LAH...BAGAIMANA JIKA KITA YANG KENA...BAGAIMANA ANAK2 KITA YANG KENA...BAGAIMANA ORANG YANG KITA SAYANG KENA....SETIDAK2NYA BAGAIMANA CUCU-CICIT KITA YANG KENA...DIZINA@DIROGOL ATAU MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH....

Serah tubuh demi anak

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Na’imah Mohamed
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Serah tubuh atau dua anaknya dibunuh. Itulah pilihan yang diberikan seorang penyamun kepada wanita berusia 32 tahun ketika suspek memecah masuk sebuah taska untuk menyamun dalam kejadian di Bukit Puchong, di sini, awal pagi, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai pembantu taska di premis berkenaan terpaksa ‘merelakan’ tubuhnya diratah suspek demi memastikan keselamatan dua anaknya berumur dua dan tiga tahun.

Difahamkan, mangsa baru bekerja di premis berkenaan sejak sebulan lalu dan turut menetap di taska itu.

Malah, mangsa mendakwa kejadian menimpanya itu bukanlah pertama kali berlaku kerana insiden sama pernah menimpa bekas pekerja taska itu beberapa bulan lalu.


Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Bayi tanpa kepala

Oleh KASDI ALI
kasdi@hmetro.com.my

AMPANG: Seorang pekerja kontrak tergamam apabila menemui mayat bayi tanpa kepala dan kaki kanan di dalam sungai, tengah hari semalam.
Mayat bayi yang disyaki dibuang ke Sungai Hulu Klang itu dipercayai dimakan binatang, menyebabkan sebahagian cebisan tubuhnya hanyut dibawa arus.

Saksi kejadian yang juga pekerja kontraktor, Roslan Ashari, 40, berkata dia datang ke sungai itu bersendirian untuk menjala ikan seperti dilakukan setiap hujung minggu.
Dia yang turun di tebing sungai berhampiran Lorong Embun 3, Kuala Ampang, di sini, terkejut melihat objek menyerupai anak patung terdampar berhampiran batu di sungai itu.

“Mulanya saya sangka ia anak patung sebelum pergi melihatnya dengan lebih dekat.

“Saya terkejut mendapati ia mayat bayi tanpa kepala dan kaki kiri. Keadaan mayat bayi itu hitam dan membengkak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, dia segera naik ke tebing untuk memaklumkan kejadian itu kepada seorang penduduk kampung yang kemudian menghubungi polis.

“Saya tak pasti jantina bayi itu kerana mayatnya hampir reput. Malah, saya cuba mencari kepala bayi itu bersama anggota polis di kawasan berhampiran sungai tetapi gagal.
“Sesiapa yang tergamak membuang dan membunuh bayi yang baru dilahirkan itu ke sungai memang tidak berperikemanusiaan,” katanya.

Sementara itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bergegas ke lokasi kejadian untuk menyiasat kejadian, selain berusaha mencari cebisan kaki dan kepala bayi berkenaan.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan siasatan kini dijalankan untuk mengesan ibu bayi itu.

VCD ‘terlampau mesra’

Oleh Aniza Zainudin, Nurul Husna Mahmud dan Muhammad Saufi Hassan
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Menggemparkan apabila penyanyi lelaki dalam cakera padat video (VCD) kononnya berunsur ‘ketuhanan’ yang dijual pelajar tahfiz di beberapa kawasan Rawat dan Rehat (R&R) lebuh raya sekitar Lembah Klang, rupa-rupanya individu sama dengan pengasas ajaran sesat Azhar Wahab.
Menggunakan nama samaran, klip video dalam VCD itu memaparkan kelibatnya menyanyi sambil diapit tiga wanita muda berpakaian ketat serta tidak bertudung lengkap menampakkan leher.

Menjadi tanda tanya, kemesraan yang ditonjolkan menerusi klip video itu seolah-olah menggalakkan hubungan lelaki dan wanita bukan mahram meskipun wujudnya kemungkinan adanya ikatan kekeluargaan antara mereka.

Etika pemakaian tiga wanita yang mengenakan seluar sendat (legging) bercorak harimau bintang dalam pelbagai warna, baju nipis menggunakan fabrik lace hingga mendedahkan bahagian anggota tubuh dan fesyen hijab mengikut peredaran masa hingga menampakkan leher kelihatan tidak sesuai.


Seharusnya imej seseorang Muslimah ditekankan tanpa mendedahkan dan menampakkan susuk tubuh seseorang wanita.

Mohon ketepi perintah muflis

Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Sukarelawan Peguam (SukaGuam) akan menghantar surat kepada Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung kes seorang penyanyi didakwa memperdaya sepasang suami isteri hingga terpaksa menanggung hutang hampir RM1 juta seperti dilaporkan Harian Metro, Jumaat lalu.
Selepas itu, SukaGuam juga dilaporkan akan membuat permohonan mengetepikan perintah muflis terhadap bekas vokalis kumpulan Baji, Abang Yusuf Abang Daud, 36, dan isteri, Noor Maszura Abu Bakar, 30, bagi membolehkan mereka bebas daripada status itu.

Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, notis itu akan dihantar hari ini dan segala tindakan susulan hanya ditentukan sebaik menerima maklum balas agensi berkenaan.
Beliau berkata, selain itu, SukaGuam juga akan mengeluarkan satu surat kepada institusi kewangan berkaitan dan meminta mereka menjelaskan kedudukan sebenar di sebalik dakwaan pasangan terbabit yang mendakwa ditipu selebriti itu menerusi pinjaman sebuah syarikat pada 2002.

“Setakat ini, kami sudah memulakan siasatan awal dan mendapati syarikat itu memiliki aset iaitu hartanah dengan anggaran nilai RM1.3 juta. SukaGuam akan mencadangkan kepada pihak berwajib menggunakan harta itu untuk mendapatkan wang bagi membayar hutang pengadu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, penyanyi berkenaan juga tampil memberikan kerjasama baik kepada pihaknya dan bersedia mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.

“Institusi kewangan yang memberikan pinjaman itu juga memberikan kerjasama positif dan saya yakin berdasarkan keadaan ini, ada sinar penyelesaian menunggu mereka tidak lama lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Maszura berkata, dia dan suami akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita), Datuk M Daud Wahid hari ini untuk menjelaskan kedudukan sebenar yang berlaku. Menurutnya, mereka kini semakin tenang selepas pendedahan itu, malah tekanan sebelum ini semakin berkurangan apabila mendapat nasihat kenalan dan rakan artis sendiri.
Katanya, Abang Yusuf sendiri sudah mulai yakin tindakan mereka itu kena pada masanya selepas menanggung derita lebih lapan tahun.

Hidup mewah jual anggota haiwan eksotik



PENGKALAN HULU: Rahsia hidup mewah seorang wanita bersama anak saudaranya terbongkar apabila serbuan sepasukan penguat kuasa kelmarin menemui puluhan anggota badan haiwan eksotik dalam dua banglo milik mereka.
Serbuan sepasukan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) negeri itu menemui anggota badan beberapa spesies haiwan dilindungi seperti tenggiling, harimau belang, beruang, rusa dan kambing gurun.

Dalam serbuan jam 3.45 petang itu, anggota berkenaan menemui 12 ekor tenggiling; lapan taring harimau belang serta empat kuku serta kulitnya; sepasang tanduk rusa; empat bahagian tapak kaki beruang; dua tanduk kambing gurun; daging tenggiling beku dan dua tong sisik tenggiling seberat 15 kilogram.
Wanita berusia 48 tahun bersama anak saudara lelakinya berusia 20 tahun itu masing-masing ditahan berasingan di kediaman mereka di Jalan Sri Delima, Taman Haji Md Noor dan Taman Sri Baling, Jalan Weng, Baling, Kedah.

Difahamkan, bahagian anggota badan haiwan berkenaan diperoleh daripada pemburu haram di sekitar Gerik, Baling dan Pengkalan Hulu sebelum dipasarkan dengan harga tinggi kepada restoran dan pengamal perubatan tradisional.

Komander Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Negeri, Asisten Superintendan Shamsuddin Pardi berkata, serbuan dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat mengenai rekod jual beli yang dijalankan dua suspek berkenaan sebelum menyerbu kediaman mereka kelmarin.

Beliau berkata, sebaik mendapat maklumat, pihaknya menempuh perjalanan sejauh 15 kilometer dari Pengkalan Hulu ke Baling, Kedah bagi menahan kedua-dua suspek.

“Serbuan pertama di lakukan di Jalan Sri Delima, Taman Haji Md Noor sebelum menemui anggota badan haiwan terancam itu yang disimpan dalam peti ais, ruang tamu dan bilik.
“Pada mulanya, wanita berkenaan bertegas tidak mengaku menyimpan anggota haiwan berkenaan malah, turut mempertikaikan serbuan dijalankan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, selepas didesak, wanita itu mengaku membeli pelbagai haiwan eksotik itu daripada pemburu haram di Baling dan Gerik. Shamsuddin berkata, wanita terbabit turut mengaku membeli 12 tenggiling berkenaan dengan harga RM350 sekilogram sebelum menjualnya semula kepada pihak tertentu pada harga lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment