Wednesday, February 1, 2012

SEGALA KEJADIAN DAH BERLAKU...MAKA TELAH JADI TAKDIR...MAKA KENALAH REDA...KECUAIAN KENA BAYARAN PAMPASAN KEPADA MANGSA....

Hilang nyawa demi sahabat


Anggota bomba mengangkat Mohd. Sharul (gambar kecil) yang ditemui lemas di Pantai Batu Hitam, Beserah, Kuantan semalam.


KUANTAN - Niat murni seorang budak lelaki berusia 12 tahun untuk menyelamatkan rakannya yang terkapai-kapai lemas ketika mandi di Pantai Batu Hitam dekat Beserah kelmarin memakan diri apabila dia yang mati lemas manakala rakannya itu selamat.
Kejadian pukul 4 petang itu berlaku ketika mangsa, Mohd. Sharul Hafiz Ramli, 12, turun ke pantai untuk mandi bersama dua rakannya, Mohd. Nor Faiz Rolzami, 10, dan Mohd. Taufik Firdaus Omar, 12.
Namun ketika pelajar Sekolah Kebangsaan Balok di sini itu cuba menyelamatkan Mohd. Sharul yang terkai-kapai, dia sendiri yang tenggelam dan hilang sebelum ditemui lemas tiga jam kemudian.
Cerita Mohd. Taufik, sebaik sampai di pantai mereka yang tinggal di Kampung Batu Hitam iaitu kira-kira 50 meter dari pantai, mereka hanya mandi di tepi pantai sebelum Mohd. Sharul dan Nor Faiz bergerak ke tengah pantai.
"Saya yang secara tiba-tiba tidak sedap hati menoleh ke arah mereka sebelum ternampak Nor Faiz terkapai-kapai.
"Saya kemudian nampak Mohd. Sharul cuba menyelamatkan Nor Faiz namun Mohd. Sharul turut lemas sebelum hilang," cerita Mohd. Taufik.

Mengaku salah kerana cuai


GAMBAR fail menunjukkan tiang lampu limpah yang menyebabkan Muhammad Naqiuddin (gambar kecil) maut selepas terkena renjatan elektrik di Shah Alam, Selangor tahun lalu.


PETALING JAYA - Seorang pekerja pendawaian elektrik didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana cuai ketika menyambung kabel di sebuah padang permainan hingga menyebabkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun mati direnjat elektrik tahun lalu.
Turut menerima hukuman serupa dengan Mohd. Amin Rosli @ Miswan, 28, ialah majikannya, Afandi Embong, 45, kerana bersubahat.
Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid yang menerima pengakuan salah kedua-dua tertuduh mengarahkan mereka dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.
Mohd. Amin didakwa melakukan perbuatan itu sehingga menyebabkan kematian Muhammad Naqiuddin Mohd. Mazuki di Padang Permainan Taman Batu Tiga, Subang Jaya di sini di antara pukul 7.10 petang dan 11.29 malam, 19 Mac 2011

Anak Datuk didakwa membunuh

SUNGAI PETANI - Tanda tanya mengenai kes pembunuhan seorang eksekutif pemasaran yang ditemui mati separuh bogel di kawasan perumahan elit Kelab Cinta Sayang enam tahun lalu bakal terjawab apabila seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam.
Shahril Jaafar, 31, yang juga anak seorang kenamaan bergelar Datuk dari Pengkalan Jaya Bukit Kecil, Air Keroh, Melaka dituduh membunuh Chee Gaip Yap, 25, di kelab tersebut di antara pukul 5.30 petang pada 14 Januari 2006 hingga 3.05 pagi keesokan harinya.
Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu hanya dapat dilakukan semalam selepas tertuduh sebelum ini telah melarikan diri ke Perth, Australia sebelum dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 17 Januari lalu.
Dia melarikan diri ketika dibebaskan sementara bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh tersebut.

Lim Ah Lek tertekan bil elektrik melambung


AH LEK (tengah) dan Peck Chin (kanan) menunjukkan bil elektrik masing-masing sambil diperhatikan Song Tuck di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang warga emas, Lim Ah Lek, 72, mendakwa hidupnya kini tertekan apabila terpaksa menanggung bil elektrik yang tidak munasabah sejak beberapa bulan lalu.
Menurut Ah Lek, bacaan bil elektrik di rumahnya di Taman Perumahan Rakyat Iskandar di sini berubah secara mendadak sejak meter bacaan ditukar oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa pengetahuannya pada Oktober tahun lepas.
Jelasnya, sejak itu, bil elektrik melambung tinggi sehingga mencecah RM1,092.52 sebulan berbanding hanya purata RM17 sebulan sebelum ini.
Katanya, jumlah tersebut tidak munasabah memandangkan dia hanya tinggal bersendirian dengan memiliki sebuah kipas, televisyen dan peti sejuk dengan penggunaan yang cukup minimum.
Ujarnya, pada bulan Oktober tahun lalu, bil elektrik di rumahnya melambung sehingga RM96 dan dia kemudian menerima notis pemotongan pada bulan Disember apabila bil mencecah RM150.
“Apabila saya ajukan masalah ini kepada pihak TNB, saya dimaklumkan bahawa meter telah ditukar dan saya perlu membayar bil mengikut jumlah yang ditetapkan. Saya akur dan membayarnya.
“Bagaimanapun, bil terbaharu yang saya terima awal Januari lalu menunjukkan jumlah mengejutkan iaitu RM1,092.52. Ia membuatkan saya tertekan kerana tidak ada duit untuk membayarnya,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Biro Aduan Awam Pemuda MCA Johor, Kua Song Tuck di sini semalam.

Penduduk resah lori bermaharajalela


SEBUAH treler melalui Jalan Bayu 17, Bandar Seri Alam, Masai, Johor yang mengundang keresahan penduduk.


JOHOR BAHRU - Kira-kira 500 penduduk di Jalan Bayu 17, Bandar Seri Alam, Masai di sini hidup tertekan ekoran kehadiran lori-lori yang bermaharajalela di laluan tersebut.
Menurut penduduk, keadaan itu telah menjejaskan keselamatan penduduk selain pencemaran bunyi dan alam sekitar.
Seorang penduduk, K. Manoharan, 55, berkata, kawasan perumahan tersebut menjadi laluan pelbagai jenis lori sejak dua tahun lalu mengakibatkan kehidupan keluarganya terganggu.
"Kenderaan berat ini termasuk treler mula menggunakan laluan ini seawal pukul 5 pagi sehingga larut malam.
"Bukan sahaja bunyi bising dari enjin kenderaan malah treler misalnya mengeluarkan bunyi dentuman setiap kali melalui bonggol di atas jalan," katanya ketika ditemui selepas mengadukan perkara itu kepada Pusat Aduan Rakyat Permas di sini semalam.

Makmal alam sekitar UMT terbakar


DUA anggota forensik bomba sedang memeriksa keadaan makmal UMT yang terbakar di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dekat sini kecoh apabila makmal alam sekitar yang menempatkan pelbagai jenis bahan kimia terbakar dalam kejadian malam kelmarin.
Kejadian pukul 9.30 malam itu disedari seorang pelajar, Muhammad Hafizuddin Md. Amin, 20, yang kebetulan memeriksa ternakan ikan keli di hadapan bangunan makmal tersebut.
Menurutnya, dia terkejut apabila melihat asap tebal keluar daripada bangunan makmal berkenaan sebelum menghubungi pihak bomba.
“Api marak begitu cepat dan kami tidak boleh berbuat apa-apa melainkan menunggu ketibaan bantuan bomba,” katanya ketika ditemui dekat sini kelmarin.

No comments:

Post a Comment