Wednesday, August 29, 2012

KAHWIN NAK.. JADI BAPA ATAU SUAMI TAK MAU TANGGUNG JAWAB...NAK KAHWIN... SERTA JADI ISTERI ATAU IBU TAPI TAK MAU BERTANGGUNG JAWAB ATAU TAAT SERTA PATUH KEPADA SUAMI...SUKA DENGAR NASIHAT ORANG YANG BELUM TENTU BETUL ATAU SALAH

Bayi perempuan ditemui di hadapan kedai surat khabar

Posted on the August 29th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

KUALA TERENGGANU: Seorang bayi perempuan yang sihat dan cukup sifat ditemui di hadapan sebuah kedai menjual surat khabar di Jalan Sultan Omar di sini, hari ini.
Bayi yang dibalut dengan tuala berwarna biru dan hanya memakai lampin itu diletakkan dalam sebuah beg pakaian dan ditinggalkan di hadapan pintu kedai berkenaan.
Rozlan Shahril Hamzani, 31, yang menemui bayi itu ketika ingin memulakan perniagaan pada pukul 6 pagi, berkata beliau mendengar suara bayi menangis tetapi tidak menghiraukannya apabila bunyi tangisan itu hilang tidak lama kemudian.


“Masa nak buka kedai, saya nampak ada beg depan pintu dan tidak menyangka di dalamnya ada bayi. Saya terus alih (beg) letak atas bangku sebab ia diletak betul-betul di depan pintu kedai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Rozlan Shahril berkata beliau kemudian memulakan kerja memasukkan sisipan surat khabar di perhentian bas sebelah kedai itu sebelum sekali lagi mendengar bunyi tangisan bayi.
“Masa itulah baru saya cuba periksa beg itu dan mendapati beg itu tidak ditutup… saya terkejut apabila nampak ada bayi dalam beg itu,” katanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
“Doktor mengesahkan bayi itu sihat dan dipercayai dilahirkan beberapa hari yang lalu berdasarkan keadaan bayi itu,” katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Bernama
[nota] Islam mengharamkan zina dengan dalil yang jelas di dalam al Quran, Surah al Isra, ayat 32 :
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)
Telah disebut di dalam ayat ini bahawa zina tersebut akan membawa kerosakan. Antara kerosakan yang dapat dilihat ialah “pembuangan bayi” yang terjadi hari ini. Maka, Islam melarang sebarang kerosakan, tetapi sekular mempromosikan “zina” melalui serangan pemikiran sekularisme ( Mahyuddin Mokthar, Intisari Diskusi Buku Kenapa Kita Menolak Sekularisme, terbitan Pustaka Alaf Azhari, MANHAL PMRAM, ms 2 )
Gambar kredit: merahsilu.blogspot.com

Jangan kaitkan dengan saya – Jue Aziz

Posted on the August 29th, 2012 under Artis by admin

  • Share

“MASALAH mereka suami isteri belum selesai, jangan babitkan orang lain pula. Saya mengenali Aidil macam itu saja dan tiada sebarang hubungan intim dengannya. Sebenarnya saya lebih suka berdiam diri kerana ternyata segala tuduhan yang dilemparkan pada saya hanyalah fitnah semata-mata, tetapi memandangkan isu ini semakin hangat diperkatakan, saya perlu memberi kenyataan untuk membela diri saya”, tegas Jue Aziz mengulas dakwaan yang mengatakan dia sedang menjalin hubungan intim dengan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak iaitu suami kepada pelakon, Rita Rudaini.
Jelasnya lagi, nombor telefon Aidil pun tiada dalam simpanannya, jadi bila masa dan ketikanya yang mereka bercinta. Menurut Jue, dia cuma ada BBM Aidil, itu pun dia dapat menerusi kawan-kawannya yang turut berkawan dengan pemain bola sepak itu. Hanya baru-baru ini saja, Aidil minta nombor telefon bimbitnya selepas heboh kononnya mereka bercinta bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada Jue.
“Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan suaminya dengan saya pula. Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya yang dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya ada hubungan dengan suaminya untuk meraihkan simpati masyarakat.


“Tolong selesaikan masalah mereka suami isteri, tidak perlu babitkan orang lain dalam masalah rumah tangga mereka berdua. Jika benar saya ada keluar dengan Aidil, tunjukkan bukti bila dan di mana. Jangan buat cerita yang kru produksi nampak kami keluar berdua kerana sepanjang masa saya sibuk dengan penggambaran drama di luar ibu kota.
“Jadual saya ada bersama mereka. Kru produksi juga ‘kenal’ saya dan mereka juga mengenali siapa Rita yang sebenarnya. Kalau benar ada kru produksi yang nampak saya keluar dengan Adil, beritahu saya produksi mana.
“Dia boleh minta simpati dengan peminat di luar sana, tetapi bukan dengan orang dalam industri yang kenal siapa dia yang sebenarnya. Jika benar Rita ada bukti yang mengatakan saya intim dengan suaminya, sila berjumpa saya dan bawakan bukti sekali.
“Saya harap jangan panjangkan lagi isu ini kerana saya tiada kena mengena langsung dengan rumah tangga mereka ataupun ada hubungan dengan Aidil. Saya akan minta pendapat peguam apa yang patut saya buat jika perkara ini masih berpanjangan bagi melindungi diri dan hak saya. Tolong jangan jatuhkan maruah orang sehingga boleh merosakkan periuk nasi orang lain,” katanya.
Tambah Jue lagi, tidak semena-mena nama Ayu Raudhah pun terpalit sama sedangkan pelakon itu yang juga adik ipar kepada Aidil tidak tahu menahu pun mengenai perkara ini.
“Saya pun bukannya rapat sangat dengan Rita, jadi jangan ganggu hidup saya. Kami pernah berlakon bersama, tetapi itu pun dah lama. Sekarang pun saya tidak pernah bertemu dengannya kerana sibuk dengan penggambaran drama.
“Kalau dia tak puas hati dengan Ayu Raudhah, itu masalah dia dan bukannya masalah saya. Kemelut yang melanda rumah tangga mereka hanya menyusahkan orang lain saja.
“Isu ini sangat merimaskan saya kerana ia tidak benar sama sekali. Tak ada gunanya dia memburukkan saya kerana saya memang tiada hubungan dengan suaminya,” katanya.
Menurut Jue lagi, ini adalah kenyataannya yang terakhir dan dia tidak akan bercakap lagi mengenai perkara ini.
“Cukuplah setakat ini kerana tak ada gunanya saya terus bersoal jawab mengenai tuduhan yang saya bercinta dengan Aidil kerana ia tidak benar sama sekali,” katanya.
Ketika dihubungi Jue berada di lokasi penggambaran drama Antara Laut China Selatan di Dungun, Terengganu.
“Saya menjalani penggambaran drama 26 episod ini sebelum Ramadan lagi dan akan selesai pada awal Oktober ini. Dengan jadual yang padat kerana penggambaran ini turut dirakamkan di Sabah, manalah saya ada masa nak keluar bersuka ria dengan kawan-kawan terutama dengan suami orang,” katanya.
Harian Metro

Kes amuk: Muhdalena hadir di mahkamah pakai topeng Power Rangers

Posted on the August 29th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Muhdalena Ahmad, 28, memakai topeng ketika meninggalkan perkarangan Mahkamah Sesyen Putrajaya di sini hari ini. -Foto Bernama
PUTRAJAYA – Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng ‘Power Rangers’ warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media.


Pada prosiding hari ini, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin.
Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan.
Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Mazrah Ahmad Din berkata, tertuduh perlu melantik peguam dan menyelesaikan segera perkara-perkara yang dipersetujui antara pihak pendakwaan dengan tertuduh sebelum perbicaraan.
Menurutnya, terdapat pindaan dalam kanun prosedur jenayah yang menyatakan, kes perbicaraan perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh didakwa.
Pada 19 Julai lalu, Muhdalena Ahmad, 28, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang.
Prosiding pendakwaan ketika itu terpaksa dijalankan di Hospital Putrajaya kerana dia sedang dirawat selepas cedera dalam kejadian amuk berkenaan.
Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.
Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu.
Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.
Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan.
Sinar

Nekad sejam, rompakan 4 premis kedai 24 jam

Posted on the August 29th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Kelibat suspek melakukan samun ke atas pekerja salah sebuah kedai 24 di sini berjaya dirakam CCTV premis terbabit.
KUANTAN- Dua lelaki bermotosikal nekad menyamun empat premis kedai serbaneka 24 jam di sekitar Bandar Kuantan dalam tempoh kurang sejam awal pagi, semalam.
Suspek yang dipercayai penduduk tempatan berusia dalam lingkungan 20-an bertindak melakukan samun ke atas pekerja dan premis kedai di Jalan Semambu kira-kira jam 5.50 pagi sebelum melakukan perbuatan sama ke atas sebuah lagi kedai 24 jam di Jalan Beserah di sini kira-kira 10 minit kemudian.


Seterusnya kira-kira jam 6.15 hingga 6.30 pagi hari yang sama, suspek yang bersenjatakan pisau itu turut menyamun dua lagi premis kedai 24 jam di kawasan Kubang Buaya dan Jalan Setali di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, tindakan nekad dua suspek itu tidak membuahkan hasil yang lumayan sebaliknya mereka nyaris dicekup selepas terserempak dengan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) di persimpangan lampu Isyarat Jalan Beserah di sini kira-kira jam 6.50 pagi.
Menurutnya, berdasarkan maklumat pengadu yang juga pekerja di keempat-empat premis terbabit, identiti suspek berjaya dicamkan berdasarkan jaket dan warna topi keledar dipakai selain motosikal jenis Yamaha Lagenda 115Z berwarna hitam yang digunakan.
“Berdasarkan maklumat tersebut, angota MPV dikerahkan menjalankan rondaan sebelum terserempak dengan suspek di persimpangan lampu isyarat tersebut.
“Suspek cuba melarikan diri dengan memecut motosikal ke arah Lorong Air Putih 54 bagaimanapun cubaan mereka terhalang akibat jalan mati,” katanya ketika dihubungi di sini, petang semalam.
Abdul Aziz berkata, pada masa yang sama, motosikal yang dinaiki suspek turut terjatuh memaksa mereka meninggalkan kenderaan itu untuk meloloskan diri.
“Dalam cubaan mereka melarikan diri itu, salah seorang suspek tertinggal sebuah beg pinggang manakala beberapa barangan termasuk coklat dan rokok dipercayai hasil curi bertaburan di atas jalan.
“Turut ditemui dua buah pisau dipercayai senjata yang digunakan dalam kejadian samun selain beberapa dokumen penting yang mendedahkan identiti sebenar suspek,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan dokumen yang ditemui, motosikal yang digunakan adalah milik salah seorang daripada mereka dan menggunakan nombor pendaftaran asal.
“Bagaimanapun hasil semakan rekod mendapati suspek yang berasal dari Balok dekat sini tiada rekod jenayah lampau,” katanya.
Beliau berkata, walaupun suspek berjaya meloloskan diri, namun berdasarkan maklumat yang ada, identiti mereka sudah dikenal pasti.
“Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan dan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sinar

‘Si Tanggang Moden’ diperintah bayar RM18,866.50

Posted on the August 29th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

KUALA TERENGGANU: Seorang pengurus sebuah syarikat cari gali minyak diperintahkan membayar RM18,866.50 dan membuat permohonan maaf secara terbuka mengikut hukum syarak kepada ibu bapa serta dua anaknya yang diabaikan sejak lebih lapan tahun lalu.
Arahan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Rosdi Harun ke atas Nasrun Mustafa, 39, dalam prosiding semalam selepas membenarkan tuntutan difailkan bapa lelaki itu, Mustafa Ismail, 66, dari Kampung Beladau Kolam, Manir, di sini, dua tahun lalu.
Rosdi berkata, bayaran RM18,866.50 itu adalah kos tunggakan dan perbelanjaan serta teladan terhadap Mustafa selepas Nasrun tidak pulang ke rumah bertemu kedua-dua anaknya sejak lebih lapan tahun lalu.


Nasrun yang berpendapatan lebih RM17,000 sebulan diarahkan membayar RM400 setiap seorang kepada ibu bapa serta dua anaknya berusia 15 dan 17 tahun setiap bulan, selain RM500 seorang untuk dua anaknya sebagai perbelanjaan menyambut Aidilfitri setiap tahun.
Harian Metro

Jimmy serah 2 bukti video

Posted on the August 29th, 2012 under Artis by admin

  • Share

SHAH ALAM: Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley menyerahkan dua salinan rakaman video kepada Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam sebagai bukti bagi menyokong afidavit keterangannya kerana mempertikai kelayakan isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy yang menuntut hak penjagaan (hadanah) anak perempuan mereka, Zahra Rania Shanley.
Bagaimanapun, Hakim Syarie Mawardi Che Man berkata, isu salinan video dikemukakan Jimmy selaku defendan dalam kes itu ditangguhkan terlebih dulu sehingga Nursuhaila sebagai plaintif dapat melihat rakaman video berkenaan.
Terdahulu, peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus yang mewakili Jimmy memberitahu mahkamah pihaknya memfailkan afidavit keterangan defendan pada 15 Ogos lalu manakala plaintif menerima afidavit keterangan itu dua hari kemudian.


Selain afidavit keterangan Jimmy, Mohd Noor Aizan berkata, pihaknya juga menyertakan cetakan salinan SMS mengandungi SMS daripada ibu mentua Jimmy yang juga usahawan, Datin Muniroh Kassim dan Nursuhaila.
Harian Metro

Penggali kubur maut tertimbus liang lahad di Mentakab

Posted on the August 29th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Penduduk kampung memenuhi kawasan sekitar kubur Kampung Penak.
MENTAKAB – Seorang penggali kubur menemui ajal dalam liang lahad apabila dihempap ketulan tanah besar ketika sedang menggali kubur milik seorang warga emas dalam kejadian di Kampung Penak, pagi semalam.
Mangsa, Mohd Zailan Hamid, 46, dipercayai mati akibat patah tengkuk dan kecederaan teruk di kepala selepas tertimbus hampir keseluruhan badan ketika melakukan kerja akhir menyiapkan liang lahad milik Minah Ishak, 76, yang mati sakit tua lepas Subuh semalam.


Kejadian berlaku ketika Zailan bersama seorang lagi rakannya Mohd Nasir Musa, 40, berada dalam kubur terbabit untuk melakukan kerja-kerja akhir pada liang lahad kira-kira jam 10.15 pagi.
Menurut seorang lagi penduduk kampung, Nizri Bakar, 57, dia melihat Zailan dan Mohd Musa menyiapkan bahagian akhir liang lahad sebelum secara tiba-tiba ketulan tanah besar jatuh di atas badan Zailan dan menimbus keseluruhan badannya.
“Saya sedang bercangkung tepi kubur, tiba-tiba satu ketulan tanah menghempap Zailan yang sedang baring dalam liang lahad, Zailan terkambus lebih setengah meter, hanya kaki kanan dia yang terjulur keluar.
“Masa itu saya menjerit memanggil rakan-rakan lain yang sedang berehat minum di kawasan kubur supaya mengeluarkan Zailan.
“Kami gali beramai-ramai dengan tangan, takut nak guna cangkul sebab kepala dan badannya tertimbus dalam tanah,” katanya.

Penduduk kampung melihat kubur milik Minah Ishak yang runtuh ketika digali di Kampung Penak, semalam.
Ambil masa 5 minit keluarkan kepala mangsa
Sementara itu seorang lagi penduduk kampung Abdul Halim Musa, 43, berkata, dia dan penduduk kampung mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan kepala mangsa yang tertimbus.
“Masa gali saya nampak ada banyak darah pada kepala Zailan, ketika itulah saya dapat lihat arwah alami cedera teruk di kepala, tengkuk dan tulang pipi arwah patah.
“Kami angkat Zailan ke atas, tidak berapa lama kemudian dia menghembuskan nafas terakhir di sisi penduduk kampung,” katanya.
Tidak pernah alami kejadian seperti itu
Sementara itu Abdul Aziz Md Taha, 51, anak kepada Minah Ishak, 76, yang meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya dekat Taman Bukit Cermin di sini, pagi semalam menganggap kejadian tersebut sesuatu yang tidak pernah dialami penduduk kampung.
“Mak saya meninggal Subuh tadi, ketika menggali kubur berlaku pula kematian kepada si penggali kubur, ini tidak pernah berlaku di kampung ini,” katanya.
Sementara itu seorang penduduk, Abdul Walit Abdul Malek berkata, arwah Zailan tidak seperti biasa sebelum itu.
Menurutnya, ketika sedang menggali kubur, Zailan yang masih bujang, tidak seperti rakan lain, arwah lebih banyak mendiamkan diri dan tingkah lakunya tidak seperti biasa.
“Kami di sini sangat terkejut dengan kejadian yang berlaku, dalam satu hari ada dua kematian yang berkaitan antara satu sama lain.
“Zailan memang pakar menggali kubur terutama kerja menyiapkan liang lahad yang memerlukan hasil kerja yang halus, dia biasanya akan bersama Mohd Nasir melakukan kerja tersebut,” katanya.
Abdul Walit berkata, kubur arwah Minah yang sepatutnya dikebumikan tengah hari terpaksa digali semula menggunakan jengkaut atas sebab-sebab keselamatan.
Polis terima laporan
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Zundin Mahmood mengesahkan kejadian.
Menurutnya, mayat Zailan telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk bedah siasat.
Sinar

Haron Din: ‘Tun Mahathir harus bertaubat’

Posted on the August 29th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad harus bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang merosakkan akidah dirinya dan umat yang percaya kepada kata-katanya.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, tulisan Dr Mahathir dalam blognya berbunyi Better the devil you know than the angel you don’t yang membawa maksud lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak dikenali’ adalah pegangan yang silap.
Menurutnya, tiada istilah atau ayat di dalam al-Quran yang menjelaskan malaikat lebih buruk berbanding dengan syaitan.


“Malaikat adalah makhluk yang tidak pernah derhaka kepada ALLAH dan melakukan apa sahaja yang diperintahkan. Kenyataan (Dr Mahathir) itu seolah-olah ada malaikat yang lebih teruk daripada syaitan.
“Oleh itu, umat Islam tidak boleh mengambil pepatah Inggeris itu kerana ia boleh merosakkan akidah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, kenyataan Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk ALLAH yang paling kejam dan derhaka.
Selain itu, sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dalam tempoh yang lama, adalah tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.
“Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah ALLAH,” katanya.
Pada 22 Ogos lalu, dalam entri blog Dr Mahathir di chedet.cc/blog/ bertajuk ‘Change’ atau ‘berubah’ ada menyebut ‘lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali’ yang menggesa pembaca supaya tidak menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim, yang disifatkannya sama dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Pada sambutan rumah terbuka sempena Hari Raya baru-baru ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata, syaitan yang dimaksudkannya dalam blog itu merujuk kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Sinar

Sheila Amzah dituduh persenda hijab

Posted on the August 29th, 2012 under Artis by admin

  • Share

Atas desakan peminat, pelantun Patah Seribu ini kembali mengaktifkan semula akuan Twitternya.
Akui timbul rasa bersalah di atas keputusannya yang menutup laman sosial itu sejak seminggu lalu, Shila Amzah, akhirnya akur dengan kehendak peminat yang mahukannya kembali ke alam maya.
“Saya sebenarnya sibuk sangat sejak kebelakangan ini dan saya tak sempat untuk melayan peminat di Twitter.


“Tetapi banyak pula respons diterima sehingga saya rasa bersalah dengan peminat. Ada yang suka ada juga yang tak suka. Apa pun, demi peminat saya kembali mengaktifkan Twitter,” katanya.
Bagaimanapun, anak dara ND Lala ini tidak menafikan cemuhan diterima berikutan penampilannya yang tidak bertudung dalam program raya menjadi antara punca dia menutup akaun Twitternya.
“Saya terima banyak teguran dan kritikan akibat penyiaran itu. Mungkin mereka tidak tahu rakaman itu dilakukan sebelum saya bertudung. Ramai yang menyalahkan saya dan menuduh saya bertudung itu hanya sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’. Malah ada yang menganggap saya mempersendakan hijab.
“Sejujurnya saya kecewa dan tertekan dengan apa yang berlaku. Namun saya tidak menyalahkan stesen televisyen dalam situasi ini. Walaupun saya cuba menyepikan diri seketika, namun saya sedar masih ada peminat yang menyokong saya dari belakang,” kata kekasih Shanaarz Ahmad ini.
Ke Shanghai
Walaupun dihantui pelbagai kontroversi, namun Shila tetap menjaga karier nyanyiannya.
Bakal menggegarkan kota Shanghai dengan penyertaan dalam pertandingan Asian Wave, Shila berharap membawa nama negara ke persada dunia.
Bukan calang-calang pertandingan, Asian Wave akan menyaksikan wakil dari setiap negara hebat seperti Jepun dan Korea untuk berentap meraih gelaran juara.
“Pada 31 Ogos ini saya akan berangkat ke sana selama seminggu. Jika saya berjaya melepasi peringkat saringan, saya akan berentap sekali lagi pada 18 September nanti.
“Saya sangat berbangga kerana dapat mewakili Malaysia dalam pertandingan besar ini. Sebelum ini, memang saya berhasrat untuk berkunjung ke Shanghai.
“Saya teringin nak lihat masjid tertua di dunia yang terletak di sana,” katanya.
Sinar

 

Tidak solat punca utama cerai

Posted on the August 29th, 2012 under Agama by admin

  • Share
JOHOR BAHRU – Sebanyak sembilan puluh peratus daripada bilangan kes cerai yang dicatat di negeri ini didapati berpunca daripada latar belakang keluarga yang mengabaikan solat serta tidak mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.
Kadi Besar Negeri, Mohd Nooh Kadri berkata, sebahagian besar daripada 3,021 kes cerai yang berlaku di Johor terdiri daripada pasangan suami isteri yang mengabaikan amalan solat masing-masing.
“Tiga punca utama penceraian yang banyak berlaku di Johor termasuklah masalah ekonomi, jurang komunikasi serta ketidakpuasan hati dalam perhubungan seks.


“Namun apabila diselami dengan lebih mendalam, setiap permasalahan yang timbul adalah bertilik-tolak dari amalan gaya hidup pasangan suami isteri yang mengabaikan solat mereka.
“Apabila ditanya, kira-kira 90 peratus daripada pasangan yang merujuk kes cerai kepada Majlis Agama Islam Johor (Maij) mengaku tidak menjaga solat sedangkan Allah telah berjanji akan memberi jalan penyelesaian kepada umat yang bertakwa,” katanya.
Selain itu katanya, pada tahun lalu jumlah pernikahan dan penceraian meningkat berbanding tahun sebelumnya namun jumlah pasangan yang merujuk kembali menurun hampir 50 peratus iaitu daripada 416 pada tahun 2010 kepada 279 tahun lalu.
“Pada tahun 2010, jumlah pasangan baru yang bernikah adalah sebanyak 14,584 dan meningkat kepada 17,061 pada tahun lalu.
“Manakala kes cerai turut meningkat daripada 2,793 pada tahun 2010 kepada 3,021 kes tahun lalu,” katanya ketika ditemui, semalam.
Mohd Nooh berkata, sesebuah perkahwinan gagal diselamatkan turut berpunca daripada sikap ego yang terlalu sehingga menyebabkan mereka enggan berubah dan memperbetulkan kesilapan masing-masing.
Dalam pada itu katanya, setiap pasangan perlu mendalami matlamat dan tujuan sebenar mendirikan perkahwinan serta sentiasa mengamalkan sikap sabar dan toleransi antara satu sama lain bagi mengelakkan kes perceraian berlaku.
“Matlamat utama pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan selain menambahkan lagi bilangan umat Islam.
“Selain itu, perkahwinan juga mampu memperbaiki akhlak pasangan ke arah yang lebih baik dan menghalang manusia dari melakukan maksiat.
“Dan sebab itu penceraian dapat dielakkan jika kedua-dua pasangan memahami dan sedar mengenai matlamat sebenar perkahwinan mereka,” katanya.
Sinar

Dua wanita dibunuh lelaki mabuk

Posted on the August 29th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

DI kawasan rumah inilah tempat berlakunya kejadian seorang lelaki yang mabuk bertindak menikam Bibia dan Jalijah hingga mati di Kolombong, Kota Kinabalu kelmarin.
KOTA KINABALU – Bahana meneguk arak, seorang lelaki bertindak di luar batas kemanusiaan apabila membunuh dua wanita yang merupakan jiran bilik sewanya hanya kerana berang selepas ditegur meminum minuman keras tersebut dalam kejadian di Kampung Cenderakasih, Kolombong dekat sini kelmarin.
Pembunuhan pukul 7 petang itu mengakibatkan Bibia Daud, 40, dan Jalijah Jalin, 30, mati di tempat kejadian selepas masing-masing ditikam di leher dan perut oleh suspek berusia lingkungan 30-an tersebut. Kedua-dua mangsa merupakan warga Filipina.


Kejadian berlaku apabila suspek yang sedang mabuk naik berang selepas ditegur berulang kali mengenai kegiatannya itu oleh Bibia dan suaminya yang dikenali sebagai Elon, 52.
Tanpa disangka, suspek kemudian mengambil sebilah pisau lalu terus menikam leher suri rumah tersebut sebelum Elon mengejar suspek hingga berlaku pergelutan di dalam kawasan kejadian.
Bertambah malang apabila Jalijah yang baru pulang dari tempat kerja di sebuah pasar raya dirodok di perut oleh suspek ketika dia ingin memasuki rumah tersebut. Jalijah baru menyewa di situ sejak dua bulan lalu.
Difahamkan, kesemua yang terlibat tinggal di satu deretan rumah diperbuat daripada papan mempunyai 20 buah bilik dan dihuni lebih 60 penyewa.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun (gambar kecil) berkata, Elon yang semakin geram dengan tindakan suspek kemudian terus mengejar lelaki itu sejauh kira-kira 100 meter sambil membawa sebatang besi.
“Ekoran pergaduhan itu, kedua-duanya parah selepas mengalami pendarahan teruk. Mereka kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth.
Kosmo

Utusan mohon maaf pada Karpal Singh

Posted on the August 29th, 2012 under Politik by admin

  • Share
Seorang wartawan Utusan Melayu hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau menulis artikel mengenai Pengerusi DAP Karpal Singh, empat tahun lalu tanpa sebarang niat jahat.
Zulkifli Jalil, 40, yang kini memegang jawatan sebagai pengarang berita di syarikat Utusan Melayu (M) Bhd mengakui wujud ketidaktelitian dan salah faham di dalam artikel bertajuk ‘DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu’.
Pengarang berita itu, yang memberi keterangan berhubung saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh Karpal Singh terhadap Utusan Melayu (M) Berhad, turut menyatakan bahawa ketika kejadian beliau tidak tahu bahawa wujud perbezaan antara perkataan menolak negara Islam dan menolak agama Islam sebagai agama rasmi negara.


Zulkifli turut mengakui bahawa beliau tidak menghubungi Karpal Singh untuk mendapatkan penjelasan ketika menulis artikel tersebut dan penulisannya bergantung kepada pengalaman serta laporan berita lain mengenai Karpal Singh yang ada kalanya membidas perjuangan PAS untuk membentuk negara Islam.
Sepanjang memberi keterangan, beliau beberapa kali memohon maaf kepada Karpal Singh dan memberitahu hanya menyedari artikel itu tidak tepat selepas Utusan Melayu menyiarkan ‘ralat’ pada 26 Ogos 2008 untuk menarik balik dan membuat permohonan maaf.
Sementara itu, Karpal Singh, menerusi kenyataan saksinya berkata perkataan itu (bahawa beliau menolak Islam sebagai agama rasmi negara ini) adalah tidak benar dan beliau tidak pernah berkata demikian.
Beliau berkata Islam ialah agama rasmi Malaysia seperti termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan bebas untuk mengamalkan agama-agama lain secara aman dan harmoni, dan beliau secara konsisten menyatakan pendirian itu dalam ucapan-ucapan beliau dan di Parlimen selama 26 tahun lepas.
“Disebabkan oleh artikel ini, orang ramai telah mula menganggap saya sebagai antiIslam dan seseorang yang sengaja mahu mewujudkan rasa benci di kalangan pelbagai bangsa di negara ini. Ini telah memberikan impak buruk yang serius terhadap maruah saya secara peribadi dan sebagai seorang profesional dan ahli politik,” katanya.
Karpal Singh, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor, memfailkan saman tersebut pada 19 September 2008 kerana mendakwa penerbit akhbar Utusan Malaysia menyiarkan artikel berunsur fitnah berhubung ucapannya pada Kongres Kebangsaan DAP ke-15 pada Ogos 2008 bertajuk ‘DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu’ pada 25 Ogos tahun yang sama.
Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan 24 September untuk sebutan kes.
Defendan diwakili peguam B. Mohana Kumar manakala Sangeet Kaur bagi pihak Karpal Singh.
-Bernama

Minum racun kerana isteri tidak benarkan kahwin lagi

Posted on the August 29th, 2012 under Tempatan by admin
GEORGETOWN — Seorang warga emas nekad meminum sebotol cecair dipercayai racun setelah hasratnya untuk berkahwin lain tidak mendapat restu isteri pertama di Farlim, Air Hitam di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, dalam kejadian pukul 1.45 petang itu, lelaki berusia 68 tahun terbabit meminum racun itu di sebuah klinik swasta di sini.
Beliau berkata, tindakan itu diambil setelah permintaan lelaki berkenaan untuk berkahwin lain ditolak isteri pertamanya.


“Lelaki itu kini dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kong Meng berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. — BERNAMA

Lori dirempuh 3 kali, guru antara maut

Posted on the August 28th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Mayat Muhammad Farid berjaya dikeluarkan dalam masa kira-kira 30 minit.
ALOR GAJAH – Sebuah lori tiga tan yang merintangi lebuh raya dirempuh tiga kali, mengakibatkan dua maut dalam kemalangan Kilometer 197.3 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke selatan, berhampiran Alor Gajah di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.45 pagi membabitkan lima kenderaan itu, Muhammad Farid Mazlan, 27, yang bertugas sebagai guru di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor, sementara Mohammad Fakhrulrazi Baharuddin, 28, seorang jurutera, maut di tempat kejadian kerana cedera parah.


Muhammad Farid memandu kereta jenis Perodua MyVi dalam perjalanan ke Johor Bahru selepas bercuti sempena Aidilfitri selama seminggu.
Mangsa dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah lori tiga tan yang sebelum itu telah merempuh bahagian belakang sebuah treler.
Sumber berkata, kemalangan menyebabkan kenderaan mangsa terhumban ke tebing lebuh raya, sementara lori terbabit hilang kawalan dan memasuki laluan tengah sehingga merentangi jalan.
“Pemandu lori, Rosli Md Nor, 37, tersepit di tempat duduk selepas merempuh treler dan kemudian dirempuh pula oleh mangsa di bahagian belakang.
“Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Dengar jeritan pemandu lori
Menurutnya, selang 30 minit kemudian, Mohammad Fakhrulrazi yang menunggang motosikal Kawasaki Versys turut merempuh lori terbabit menyebabkan mangsa tercampak ke tebing lebuh raya.
“Beberapa saat kemudian, sebuah kereta jenis Proton Saga dinaiki empat sekeluarga dipandu Ahmad Faisal Azizan, 29, bersama isteri, Putri Hasmiza Irdawati, 29, serta dua anak mereka, Muhammad Faiz Irfan, 4, dan Nur Farzanah Irdina, 1, merempuh bahagian tepi lori terbabit,” katanya.
Saksi kejadian, Mohd Farhan Mohd Asri, 23, berkata, dia cuba membantu pemandu kereta Perodua MyVi tetapi gagal berikutan pintu kereta mangsa tidak dapat dibuka.
“Pada masa sama, saya mendengar jeritan pemandu lori yang meminta tolong tetapi saya tidak dapat membantu kerana lorinya berada di tengah jalan dan terpaksa menunggu anggota peronda lebuh raya tiba.
“Sementara itu, saya lihat empat sekeluarga yang menaiki kereta Proton Saga berjaya menyelamatkan diri ke tepi lebuh raya,” katanya yang mengakui panik dengan kejadian itu dan pantas menghubungi bantuan kecemasan sebelum sepasukan anggota Jabatan Pertahanan
Awam Malaysia (JPAM) serta anggota bomba Alor Gajah tiba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Ketua Operasi JPAM, Mohd Rizuan Rahmat berkata, tiga anggotanya bersama sepasukan anggota Skuad Penyelamat Integrasi (SPI) bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.
“Kedudukan mangsa yang tersepit rapat di bahagian tempat duduk penumpang menyukarkan operasi. Kami berjaya mengeluarkannya selepas 30 minit,” katanya.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian tersebut.
“Pemandu lori mengalami kecederaan parah di kaki akibat tersepit dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan, sementara empat sekeluarga menaiki kereta Proton Saga mengalami kecederaan ringan.
“Mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Isteri pantang anak pertama
Isteri Allahyarham Muhammad Farid, Nurul Ain Suhari, 20-an, yang sedang berpantang selepas melahirkan anak pertama, Muhammad Mikhail Zain Muhammad Farid, berusia 20 hari reda dengan pemergian suaminya itu.
Sementara itu, isteri Allahyarham Mohammad Fakhrulrazi, Ily Zafirah Shahrinan, 27, berkata, dia tidak menyangka permintaan agar kedua ibu bapanya tingal di rumahnya lebih lama adalah petanda dia mahu meluangkan masa bersama mereka.
“Bapa, Shahrinan Ibrahim, 53, dan ibu saya, Zan Abd Ghani, 53, pelik dengan permintaan suami yang seolah-olah menghalang mereka pulang namun hanya menurutkan sahaja permintaannya supaya pulang ke rumah malam ini (semalam),” katanya.
Bagaimanapun katanya, dia terkilan kerana hasrat arwah suaminya untuk membeli sebuah rumah baru buat mereka sekeluarga tidak kesampaian.
“Lebih seminggu arwah bercuti sempena Hari Raya dan tiada reaksi pelik ditunjukkannya cuma arwah enggan membeli apa-apa barangan raya untuk dirinya tetapi melebihkan saya serta anak, Mohamad Adeeb Zuhayr berusia 20 bulan,” katanya.
Sinar

Subhanallah! Fenomena Awan Berlubang

Posted on the August 28th, 2012 under Agama,Luar Negara by admin

  • Share
Fenomena ini dikenali sebagai Punch Hole Cloud atau Fallstreak. Ia berlaku apabila suhu air pada awan berada dibawah takat beku namun masih belum membeku kerana kekurangan ice nucleation particles.
Apabila sedikit particle air mula membeku, ia akan menyebabkan efek domino yg menyebabkan wap air di sekelilingnya turut membeku dan jatuh turun ke bumi. Ini menyebabkan wujudnya lubang besar pada awan cirrocumulus atau altocumulus. Jom lihat gambar di bawah ini.
Bagi pihak pengkaji barat, setiap kejadian yang berlaku di atas muka bumi sememangnya menggunakan logik akal berdasarkan kajian yang dilakukan. Ternyata kejadian Allah SWT ini mempunyai hikmah yang tersendiri dan memberi peluang kepada para pengkaji mencari rahsia di sebaliknya.

Sumber: Melayukini

No comments:

Post a Comment