Tuesday, November 20, 2012

BILA AKAL TIDAK DIPANDU DENGAN AGAMA...SEBAIK2 AGAMA IALAH AGAMA ISLAM

Sanggup derita kerana seni

Gambar kiri, seorang wanita digantung dengan cangkuk ditusuk pada belakang badan. Gambar kanan, seorang lelaki dibantu turut digantung dengan cangkuk tertusuk menerusi kulitnya.
Gambar kiri, seorang wanita digantung dengan cangkuk ditusuk pada belakang badan. Gambar kanan, seorang lelaki dibantu turut digantung dengan cangkuk tertusuk menerusi kulitnya.
MEDELLIN: Sudah menjadi perkara biasa bagi kita mendengar ada orang sanggup merana kerana seni.
Bagaimanapun, bagi sesetengah pihak, mereka bertindak lebih jauh.
Peminat seni tubuh ekstrem dari seluruh dunia baru-baru ini berkumpul untuk mempamerkan seni tatu dan tusukan tubuh melampau di Konvensyen Tahunan Tatu Antarabangsa Ketiga.

Mereka yang menghadiri konvensyen di Medellin, Columbia itu sudah pasti bukan yang lemah semangat.

Persembahan yang paling menarik perhatian ialah seorang wanita berambut merah berkorset kulit, digantung dengan dua cangkuk besi yang ditusuk pada kulit belakang badannya.

Persembahan melampau itu hanya dua daripada koleksi mereka yang bertindak ekstrem atas nama seni tubuh.

Ada yang sudah menghabiskan ribuan ringgit untuk melukis tatu pada tubuh mereka sementara yang lain, bertindak lebih jauh dengan apa yang dipanggil pengubahsuaian tubuh. - DM

Sembunyi kelengkapan pusat panggilan haram dalam peti ais



SHARJAH: Polis menangkap seorang lelaki kerana menjual secara haram panggilan telefon murah yang dibuat menerusi Internet dengan menyembunyikan peralatan itu di dalam peti ais.
Lelaki warga Pakistan itu mengubah rumahnya di kawasan Al-Naba di Sharjah untuk menjadi pusat panggilan haram dengan menggodam sistem telefon.

Polis yang menerima maklumat mengenai kegiatan lelaki itu yang dilakukan tanpa lesen, menyerbu rumah terbabit dengan bantuan pihak berkuasa Telekom.
Suspek ditahan dalam serbuan semalam dan kelengkapan yang digunakan untuk mengendalikan pusat panggilan haram berkenaan yang ditemui dalam peti ais, dirampas.

Suspek, KGS, mengaku membuat panggilan telefon haram menerusi program yang disambung pada pelayan komputer dan menjual panggilan telefon antarabangsa pada kadar murah.

Dia memberitahu polis, dia menyimpan kelengkapan itu di dalam peti ais dan membuat lubang di belakangnya bagi menyambung kabel.
Menurutnya, dia yakin tidak ada siapa yang akan menemui kelengkapan itu kerana tidak ada orang akan menyangka untuk menemui kelengkapan itu di dalam peti ais.

Polis Sharjah sebelum ini memberi amaran kepada orang awam dan pemilik kafe Internety supaya tidak melanggar peraturan Akta Telekom. - GN

Janin bayi ditemui dekat tempat sampah asrama siswi



NAKHON SI THAMMARAT: Seorang bayi perempuan yang digugurkan ditemui dekat tempat buang sampah berhampiran asrama siswi di Universiti Rajabaht Nakhon Si Thammarat, semalam.
Polis berkata, saksi melihat penjaga asrama membuang objek dibungkus dengan kain mempunyai kesan darah ke dalam tong sampah.

Polis percaya dua pelajar universiti melakukan pengguguran di asrama itu dan mereka meminta penjaga asrama untuk membuang janin itu, dipercayai berusia antara tujuh hingga lapan bulan. Pekerja mengangkut sampah memberitahu polis dia menemui janin itu ketika mengutip sampah di situ. - BP

Tidak mahu anak jadi YB



JAKARTA: Kebanyakan ibu bapa dan pasangan baru tidak mahu anak mereka atau bakal anak menjadi ahli Parlimen atau Yang Berhormat (YB) ekoran tanggapan negatif yang makin berkembang terhadap profesion itu.
Lembaga Survei Indonesia (LSI) mendapati dalam kajian terbarunya 56.43 peratus daripada 1,200 responden keberatan melihat anak mereka menjadi anggota Dewan Perwakilan.

Tinjuan dilakukan mulai 12 November hingga 15 November lalu di tujuh wilayah itu mendedahkan hanya 37.62 peratus responden menggalakkan anak mereka mengejar kerjaya sedemikian.
Berdasarkan tinjuan pada 2008, hanya 31.32 peratus responden menganggap menjadi ahli Parlimen adalah profesion negatif untuk anak mereka. Angka itu meningkat kira-kira 25 peratus dalam kaji selidik terbaru, menggambarkan hakikat bahawa orang ramai tidak gemar dengan profesion itu,” kata penyelidik LSI, Rully Akbar dalam sidang akhbar di Jakarta semalam.

Walaupun menawarkan gaji tinggi dan peluang memegang kuasa, kebanyakan ibu bapa berkata, mereka bimbang dengan hakikat bahawa ramai penggubal undang-undang terbabit dalam kes rasuah.

“Kelihatannya, ibu bapa benar-benar menimbangkan nilai moral kerjaya anak-anak. Kami dapati tahap kebimbangan yang sama antara responden lelaki dan wanita yang tinggal di bandar dan kawasan luar bandar,” katanya. - Jakarta Post

Kanak-kanak perempuan dibaham harimau bintang



MUMBAI: Seorang kanak-kanak dibaham dan dimakan oleh seekor harimau bintang ketika dia buang air kecil di sebalik semak.
Ibu kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu menjerit ketika melihat haiwan berkenaan menyerang anaknya tetapi tindakannya gagal menghentikan harimau bintang berkenaan mengheret kanak-kanak itu ke dalam hutan.

Usha Vinayak Yadav pergi ke semak berkenaan di hutan berhampiran Mumbai pada waktu malam untuk membuang air kecil apabila kejadian berlaku.
Polis menemui lengan dan kepala mangsa kira-kira 300 di dalam hutan.

Inspektor Srirang Nadgauda berkata: “Tidak ada cahaya di kawasan itu yang menjadi sebahagian daripada hutan berkenaan.

“Ibu Usha menjerit tetapi tidak ada siapa yang dapat mengesan harimau bintang atau kanak-kanak itu kerana keadaan terlalu gelap.” - TS

Lari menyorok nama tercicir

Oleh Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my

LEGA...Hafeq Shakirin tenang bersama ibunya selepas hilang dua jam.
LEGA...Hafeq Shakirin tenang bersama ibunya selepas hilang dua jam.
JOHOR BAHRU: Menyangka dia gagal memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 apabila namanya tidak dipanggil guru, seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Bandar Uda (2), di sini, melarikan diri sebelum bersembunyi dalam dewan kira-kira satu kilometer dari sekolah itu, semalam.
Hafeq Shakirin Abd Halim, 12, bersembunyi di dewan itu dua jam sebelum ditemui menangis oleh bapanya, Abdul Halim Abdul Manaf, 40, dan ibunya, Norlida Mohd Yusof, 37, yang sebelum itu menghubungi polis apabila mendapati anaknya hilang.
Ketika ditemui, Hafeq Shakirin berkata, dia nekad melarikan diri dari kawasan sekolah pada jam 1 tengah hari ketika menunggu giliran mengambil slip keputusan UPSR selepas mendapati namanya tidak disebut dalam senarai calon yang memperoleh 5A.

“Saya sangka gagal memperoleh 5A. Ketika itu, saya cukup tertekan dan berasa seperti anak tidak berguna kerana menghampakan harapan ibu bapa.

“Tambahan pula rakan asyik bertanyakan mengapa saya tidak mendapat 5A seperti mereka. Saya sedih kerana sudah melakukan yang terbaik,” katanya.

Terkejut diacu pistol

Oleh Na'imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my

MUSNAH...keadaan kenderaan Kam yang hangus dijilat api.
MUSNAH...keadaan kenderaan Kam yang hangus dijilat api.
BEGINI...Kam menunjukkan bagaimana  penjenayah mengacukan pistol 
ke arahnya.
BEGINI...Kam menunjukkan bagaimana penjenayah mengacukan pistol ke arahnya.
SUBANG JAYA: Seorang jurutera hampir maut apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbalik sebelum terbakar ketika cuba melepaskan diri daripada dikejar dua lelaki menaiki kereta Proton Wira yang mengacukan pistol ke arahnya di Lebuhraya Persekutuan di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, Kam Peng Wah, 53, terselamat selepas merangkak keluar dari Toyota Harrier dipandunya sebelum kenderaan berkenaan meletup dan terbakar di susur keluar Lebuh Raya Persekutuan ke Subang Jaya di sini, kelmarin.
Kam yang ditemui wartawan di tempat kejadian, mendakwa tidak menyedari kehadiran kereta dinaiki dua penjenayah terbabit sehinggalah seorang daripada mereka mengacukan pistol ke arahnya ketika dia berada di lorong kanan.

“Ketika kejadian, saya baru mengeluarkan wang RM2,000 dari mesin juruwang automatik (ATM) berdekatan dan tidak sedar diekori sesiapa.

“Ketika mahu memasuki susur keluar ke Subang Jaya, saya menyedari sebuah Proton Wira mengekori rapat di belakang dan apabila memotong kenderaan saya, seorang daripada mereka mengacukan pistol ke arah saya,” katanya yang masih gementar ketika ditemui.

Kepala bayi terhantuk

Oleh Mary Victoria Dass dan Siti Nadirah Hafidzin
am@hmetro.com.my

ROSAK...kereta pasangan suami isteri yang terbabit kemalangan.
ROSAK...kereta pasangan suami isteri yang terbabit kemalangan.
REMUK...Perodua Kembara yang terbabit kemalangan, kelmarin.
REMUK...Perodua Kembara yang terbabit kemalangan, kelmarin.
PASIR GUDANG: Seorang bayi berusia setahun antara lima yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua Perodua Viva serta masing-masing satu Perodua Kembara dan motosikal di Jalan Masai-Kong-Kong, di sini, jam 9 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin berkata, kemalangan berlaku apabila V Sadhees, 23, yang menunggang motosikal Honda EX5 dari Johor Bahru gagal memotong kenderaan lain di garisan berkembar.
Akibatnya, kata Mohd Roslan, motosikal itu bertembung sebuah Perodua Kembara dinaiki tiga lelaki, S Varathan, 35, (pemandu) S Sivakumar, 40, dan Mohamad Ismail Abdul Rahman, 46.

“Berikutan itu, penunggang motosikal terbabit mati di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala. Perodua Kembara itu pula hilang kawalan sebelum berpusing beberapa kali dan merempuh sebuah Perodua Viva berwarna perak.

“Rempuhan itu menyebabkan ketiga-tiga lelaki yang berada dalam Perodua Kembara mati di tempat kejadian,” katany

Tragedi cari kerja



PASIR GUDANG: Pemandu dan dua penumpang Perodua Kembara yang terbabit kemalangan meragut lima nyawa di Jalan Masai-Kong-Kong, di sini, malam kelmarin adalah rakan karib yang dalam perjalanan untuk mencari kerja sebagai pemandu lori.
Ketika kejadian, pemandu, S Varathan, 35, S Sivakumar, 40, dan Mohamad Ismail Abdul Rahman, 46, yang berasal dari Ulu Tiram dalam perjalanan dari Cahaya Masai ke Kota Masai. Adik saudara Mohd Ismail, Abu Bakar Abdullah, 42, berkata, kali terakhir dia bertemu Allahyarham pada Aidiladha lalu.

“Arwah yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak meminta maaf dengan ahli keluarga dan menyatakan mahu pergi. Bila ditanya mahu ke mana, arwah hanya menyatakan sudah tiba masa meminta maaf kerana mahu pergi jauh,” katanya.
Difahamkan, kemalangan yang berlaku menyebabkan Mohd Ismail yang duduk di bahagian penumpang belakang dan Varathan tercampak keluar daripada kenderaan, manakala Sivakumar mati di tempat duduk penumpang depan.

Abu Bakar berkata, sebelum kemalangan, Mohd Ismail yang juga kelindan lori meminjam RM20 daripada isterinya bagi mengisi minyak Perodua Kembara itu untuk pergi mencari kerja bersama dua rakannya.

Abu Bakar berkata, keluarga arwah hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan polis.
“Hari ini (semalam) anak kedua arwah sepatutnya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala anak bongsu mereka mengambil keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tetapi tragedi yang berlaku menyebabkan mereka terpaksa menguruskan jenazah bapa mereka,” katanya.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ulu Tiram, semalam.

Terduduk lihat kedai hangus



MARAK...anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran kedai terbabit. Gambar kecil, Lim.
MARAK...anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran kedai terbabit. Gambar kecil, Lim.
SUBANG JAYA: Seorang peniaga kedai runcit terduduk longlai apabila kedai yang diwarisi daripada mendiang datuknya, musnah dalam kebakaran bersama empat lot premis lain di Batu 12, Puchong, di sini, kelmarin.
Pemilik tiga daripada lima lot premis itu, Lim Lee Kwan, 49 berkata, dia mengetahui kebakaran terbabit apabila dimaklumkan rakannya yang melalui kawasan berkenaan jam 9.30 malam.

“Ketika itu saya makan malam bersama keluarga di sebuah restoran di Puchong Perdana, dekat sini dan bergegas ke sini (tempat kejadian). Apabila sampai, saya dapati tiga premis milik saya sudah musnah terbakar.
“Saya anggarkan kerugian RM100,000 termasuk sebuah lori yang musnah,” katanya.

Lim yang turut tinggal di lot kedai berkenaan bagaimanapun bersyukur kerana ketika kejadian, dia tidak berada di situ.

Pemilik kedai makan, J Periasamy, 66, berkata, sudah seminggu dia tidak menjalankan perniagaan kerana menyambut Deepavali.
“Saya rugi RM30,000 dan kini hilang punca pendapatan akibat kejadian inu,” katanya.

Sementara itu, Penyelia Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Puchong Haswan Mohd Wasir ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.55 malam.
Katanya, tiga jentera dengan kekuatan 18 anggota dari balai Puchong, Subang Jaya dan Seksyen 7 Petaling Jaya mengambil masa lima minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke premis berhampiran.

Tak lapor mangsa lemas



KLANG: Gara-gara keluarga mangsa tidak membuat laporan polis, gerakan mencari K Subramaniam, 32, yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam Sungai Rasau, Batu Tiga Lama, di sini, Sabtu lalu, dihentikan sementara, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Ishak Bakar berkata, pihaknya yang menghubungi polis di Balai Polis Bukit Raja, di sini, jam 9 pagi semalam, dimaklumkan keluarga Subramaniam tidak membuat laporan dakwaan lelaki itu terjatuh dalam sungai berkenaan.

Sebelum ini, adik mangsa, K Kumaran, 27, menghubungi bomba selepas mendakwa melihat abangnya itu terjatuh dalam sungai berkenaan jam 12.30 tengah hari, Sabtu lalu.

Tetak rakan lepas berhibur



PARIT BUNTAR: Seorang pekerja kontrak maut selepas ditetak dengan parang oleh rakan karibnya sejurus mangsa pulang dari sebuah kelab malam di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2.15 pagi itu, mangsa, Hong Peng Kang, 39, diserang rakan karibnya di hadapan rumah suspek di Pekan Baru di sini, selepas mangsa dan suspek bersama-sama berhibur di pusat hiburan berhampiran bandar Parit Buntar.

Abang mangsa, H’ng Peng Joo, 47, berkata, tragedi berlaku apabila adiknya itu didakwa berselisih faham dengan suspek ketika mereka berada di pusat hiburan itu.
Menurutnya, pergaduhan itu bagaimanapun dileraikan rakan lain sebelum adiknya beredar pulang ke rumah.

“Bagaimanapun pergaduhan itu tercetus semula di hadapan rumah suspek sebelum adik saya diserang dengan parang. Suspek bertindak menetak parang ke arah lengan tangan kiri adik saya hingga cedera parah.

“Adik saya yang berlumuran darah bagaimanapun mampu memandu kereta pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui di hadapan bangunan Unit Forensik, Hospital Parit Buntar, semalam.
Dia segera membawa adiknya mendapatkan rawatan di Hospital Parit Buntar namun adiknya itu disahkan mati jam 4.30 pagi semalam akibat pendarahan teruk.

Menurutnya, kematian adiknya itu amat mengejutkan memandangkan mendiang masih mampu berjalan untuk mendapatkan rawatan di unit rawatan kecemasan tanpa perlu dipapah sebaik tiba di hospital.

Tangan kiri tepis parang

Oleh Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: “Saya sempat menggunakan tangan kiri untuk menepis parang dilibas seorang lelaki yang muncul secara tiba-tiba. Mujur sempat menepis kerana lelaki itu mahu menetak kepala saya,” kata pekerja bengkel kimpalan, Liu Kien Hor, 25, seorang daripada dua mangsa amuk seorang lelaki berusia 40-an dipercayai bekas tentera dalam kejadian di Wakaf Che Yeh, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, Liu cedera di pergelangan tangan kiri manakala seorang lagi mangsa yang juga peniaga kedai emas, Chew Foi Sung, 51, parah di belakang kepala akibat ditetak suspek.

Kedua-dua mangsa dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) manakala lelaki terbabit diberkas anggota polis selepas menetak peniaga emas itu.

Menurut Liu, sebelum kejadian, dia bersendirian melakukan kerja kimpalan sebelum lelaki yang dikenalinya itu muncul secara tiba-tiba dan mengeluarkan parang dari belakang badan.

“Dia cuba menetak kepala, tetapi saya tepis menggunakan tangan kiri. Selepas melihat saya cedera, dia melarikan diri ke sebuah kedai emas kira-kira 15 meter dari bengkel kimpalan tempat saya bekerja dan menetak belakang kepala peniaga emas itu sebelum melarikan diri.

Masuk jerat CCTV

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Tidak lagi dapat mengelak berikutan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membongkar perbuatannya mendera anak majikan berusia lima tahun, seorang pembantu rumah warga Filipina melarikan diri, kelmarin, tetapi dia ditahan semalam.
Wanita berusia 34 tahun itu ditahan polis di Damansara di sini, selepas ibu bapa kanak-kanak lelaki terbabit membuat laporan mengenai kejadian itu yang berlaku ketika mereka berada di luar negara.

Bapa kanak-kanak itu, Ong Kah Hui, 31, mendakwa pembantu rumah terbabit dipercayai sudah beberapa kali memukul anaknya ketika dia dan isteri tiada di rumah mereka di Tropicana, Kota Damansara, di sini.

Pegawai sebuah syarikat swasta itu berkata, wanita terbabit bekerja di rumahnya sejak hampir setahun lalu dan sudah diberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatan sama.

“Bagaimanapun, Jumaat lalu isteri saya menyedari ada kesan lebam pada pipi dan kepala anak kami. Kami mengesyaki pembantu rumah memukulnya ketika kami berada di luar negara,” katanya.

Peluang rawat HIV, Aids ikut cara Islam



KUALA LUMPUR: Penghidap HIV dan Aids Muslim negara ini berpeluang dirawat mengikut pendekatan Islam menerusi penubuhan Rumah Ilaj kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pusat pemulihan itu dijangka mula beroperasi dua tahun lagi memfokus kepada pendekatan terapi Ruhiyah.

Katanya, terapi itu cenderung kepada usaha memperkuatkan jati diri pesakit menerusi bacaan ayat al- Quran selain integrasi rawatan jasmani, rohani dan emosi.
“Yang membezakan pusat ‘Ilaj Home’ ini dengan pusat rawatan HIV/Aids yang lain ialah kami berusaha merawat pesakit berasaskan kaedah dan pendekatan Islam.

“Insya-Allah ia akan beroperasi pada 2014 di Kuala Lumpur dengan kapasiti penghuninya seramai lebih 100 orang,” katanya ketika berucap di sini semalam.

Beliau merasmikan Persidangan Antarabangsa Islam dan HIV/Aids 2012 yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam membabitkan 300 peserta dari 15 negara.
Turut dilancarkan buku Manual Islam dan HIV/Aids versi bahasa Inggeris yang mengupas isu meningkatkan kesedaran dan keyakinan masyarakat bahawa pendekatan Islam alternatif terbaik menyelesaikan permasalahan HIV/Aids.

Rumah Ilaj bernilai RM16.5 juta kini dalam proses mendapatkan kelulusan pembinaan di Jalan Syed Putra, Seputeh, di sini akan terbuka kepada penghidap lelaki dan wanita beragama Islam.
Ia projek pertama kelolaan Jakim bagi rawatan pesakit membawa maut berkenaan, selepas beberapa pendekatan lain diadakan termasuk pengukuhan pendidikan dan penghayatan Islam di masjid dan sekolah.

Jamil Khir turut berkata, aspek pencegahan atau Al-Wiqayah yang mensyaratkan pasangan belum berkahwin menjalani ujian saringan HIV/AIDS serta kempen kesedaran banyak membantu mengekang penularan wabak itu.

“Akta Jenayah Syariah dan Enakmen Jenayah Syariah yang dilaksanakan di seluruh negara menentang amalan zina dan liwat turut membendung penularan kuman HIV/Aids,” katanya.


No comments:

Post a Comment