DUNIA AKAN HANCUR ATAU KITA MATI DULU CARILAH BEKALAN AKHIRAT...MASA MENGEJAR KITA...DAN KITA SEMAKIN TUA...BERUBAN SERTA KEREPOT...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Suney Leo Ertza Neo Sulaiman anbia@hmetro.com.my 2010/02/12
KUALA LUMPUR: Hati-hati jika cuba mendapatkan perkhidmatan seks di kaki lima sekitar ibu kota, berikutan polis kini giat menggempur aktiviti maksiat membabitkan ‘bapa ayam’ termasuk ‘kupu-kupu jalanan’ yang dikesan aktif mencari pelanggan terutama di kawasan segi tiga emas ibu kota. Difahamkan, bapa ayam dan pelacur terbabit menjadi sasaran polis berikutan kewujudan mereka mampu mencacatkan imej ibu kota selain mencegah aktiviti persundalan di kalangan warga asing.
Dalam kejadian operasi terbaru kira-kira jam 3 petang kelmarin, sepasukan anggota polis Cawangan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Daerah (IPPD) Dang Wangi memberkas dua wanita tempatan berusia awal 20-an yang dikesan cuba menjual tubuh di kaki lima jalan berhampiran hotel di Jalan Raja Laut di sini.
Sumber polis berkata, hasil intipan lebih 10 minit, kedua-dua wanita itu aktif menawarkan diri kepada beberapa lelaki yang singgah untuk bertanya harga perkhidmatan seks.
“Selepas yakin kedua-dua wanita itu menjalankan kegiatan pelacuran, sepasukan polis menghampiri mereka sebelum menunjukkan kad kuasa dan memperkenalkan diri anggota polis,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua gadis terbabit yang terkejut dengan kehadiran polis berpakaian awam cuba melarikan diri, namun diberkas.
PARIS - Menteri Imigresen Perancis, Eric Besson terpaksa menafikan bahawa beliau bakal memeluk agama Islam untuk berkahwin dengan kekasihnya yang merupakan seorang wanita Muslim, lapor sebuah akhbar semalam.
Besson sebelum ini mengesahkan menjalin hubungan dengan teman wanitanya, Yasmine Tordjman, seorang pelajar di Paris yang berusia separuh daripada umurnya.
Pendedahan mengenai hubungan itu muncul ketika Besson, yang disebut-sebut sebagai bakal perdana menteri, mengetuai satu kempen menentang pelaksanaan kebudayaan dan amalan agama bukan Kristian di dalam masyarakat majmuk Perancis.
Beliau sebelum ini mahu memperkenalkan dasar melarang pemakaian burka atau purdah serta mewajibkan imigran yang berhijrah ke negara itu untuk menduduki ujian bahasa Perancis dan mengangkat sumpah kesetiaan kepada republik itu.
Namun, Besson, seorang duda anak tiga, dikatakan pernah pergi ke Tunisia sebelum Krismas lalu untuk bertemu dengan ibu Yasmine yang berasal dari keluarga ternama dan mencetuskan spekulasi beliau akan berkahwin pada Jun ini.
Bagaimanapun menteri itu yang dilahirkan di Maghribi mengeluarkan satu kenyataan menafikan beliau akan memeluk agama lain.
Beliau menimbang untuk menyaman laman web Bakchich Info yang melaporkan beliau akan memeluk agama Islam. - Agensi
§ Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota
2. KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM
- membentuk insan muslim sejati
- supaya istiqamah dalam ibadat
- melahirkan generasi berakhlak mulia
3. PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN
· SYIRIK
· MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya
· JENIS-JENIS SYIRIK :
1. Syirik Jali
- Maksud :
§ perlakuan syirik secara terang-terangan
- Contoh :
§ menyembah patung dan berhala
§ menyembah bulan atau matahari
§ mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan
- Akibat :
§ rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat
2. Syirik Khafi
- Maksud :
§ tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat
- Contoh :
§ riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri),
§ ujub (mengagumi diri sendiri),
§ takbur (membangga diri)
- Akibat :
§ dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat
§ sukar menerima pandangan orang lain
3. Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana :
· Ia membatalkan iman seseorang
· Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah
· Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik
· Mencemarkan kesucian agama Islam
4. Cara mengelak perbuatan syirik
· Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas
· Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi
· Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik
5. Kesan syirik
· Membatalkan iman
· Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah
· Dimurkai Allah
· KUFUR
· MAKSUD :
- tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W
· JENIS-JENIS KUFUR :
1. Kufur Hakikat :
- Maksud :
§ ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah
- Contoh :
§ tidak mengakui balasan diakhirat
§ menolak hukum yang terdapat dalam al-quran
§ menyatakan solat fardhu merugikan masa
§ menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi
2. Kufur Nikmat :
- Maksud :
§ mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan
- Contoh :
§ menggunakan nikmat kejalan maksiat
§ enggan mengeluarkan zakat / sedekah
§ boros membelanjakan harta
· FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG ITU BOLEH MENJADI KUFUR :
§ pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala
§ terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan
§ kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup
· KESAN PERBUATAN KUFUR ….
· RIDDAH
· MAKSUD :
- berpaling atau keluar daripada agama islam
· SESORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA
- Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam
- Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam
- Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam
· SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH
- lemah pegangan agama
- jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam
- terpengaruh dengan tawaran kebendaan
· AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD
- hubungan suami isteri terfasakh
- haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam
- haram dikebumikan diperkuburan Islam
- menjadi penghuni neraka selama-selamanya
· CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD
- memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam
- memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
- pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum
· TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD
- menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam
- sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh
· HIKMAH ISLAM MENGANJURKAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD
- memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan
- mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam
- menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huru-hara
· LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD
- berpegang teguh dengan ajaran islam
- menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah
- mendalami ilmu-ilmu agama
· LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD
- memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam
- memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan murtad
- mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad
· KESAN PERBUATAN MURTAD …
· KHURAFAT
· MAKSUD
- Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat
· CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN
- mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
- mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
- membuang ancak bagi menghalau hantu
- mengunjungi kubur yang dianggap keramat
· FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM
- iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat
- terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat
- ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal
· CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM
- menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat
- mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat
- mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat
· AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT
- menyebabkan syirik dan batal iman
- membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia
- menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik
· SIHIR
· MAKSUD
- ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia
· CONTOH
- menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna
- mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan
- pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus
· PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR
- perasaan dendam seseorang terhadap orang lain
- iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang
- ada perasaan benci terhadap seseorang
· CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR
- mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir
- menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat
- tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut
· AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR
- merosakkan akidah dan membatalkan iman
- memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah
- hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan
· HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR
- supaya akidah seseorang tetap terpelihara
- supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera
- supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar
· CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR
- membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat
- membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya
- banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah
· NIFAK
· MAKSUD
- Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah
· CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK
- berdusta apabila bercakap
- khianat apabila diberi amanah
- bersikap melampaui batas apabila bertengkar
- selalu mungkir janji
· CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK
- meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
- bercakap benar apabila berbicara
- bersifat jujur dan amanah
- menunaikan janji
· AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK
- menghilangkan sikap percaya-mempercayai
- melemahkan perpaduan masyarakat
- menghancurkan kekuatan umat islam
4. CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN
· Berpegang teguh pada ajaran Allah
· Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah
· Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan keinanan kepada Allah
5. KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL
· Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah
· Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah
· Dilaknat dan dibenci oleh Allah
· Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah
6. PERBANDINGAN IMAN ORANG FASIK, MUNAFIK DAN IMAN YANG SEMPURNA
ORANG FASIK
· Tidak beriman sepenuhnya kepada Allah
· Masih melakukan perbuatan yang dilarang Allah
ORANG MUNAFIK
· Keimanan mereka berpura-pura sahaja
· Menunjukkan diri mereka beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka adalah musuh Allah
ORANG YANG SEMPURNA IMAN
· Terus sujud dan memuji Allah jika dibacakan ayat-yat Allah
· Sentiasa berdoa kepada Allah dengan penuh harapan
· Sentiasa membelanjakan harta pada jalan kebaikan
KUALA LUMPUR: "Dari awal perkahwinan kami, dia tidak pernah beri sebiji beras pun. Begitu juga dalam poligami, dia tidak pernah adil," kata seorang pekerja swasta ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam. Plaintif, Anida Mohd Shah, 43, berkata demikian ketika menjawab soalan peguam syarie dari Biro Bantuan Guaman, Halimahtun Saadiah Mustah dalam kes pengesahan lafaz cerai dibuat suaminya, seorang bekas juruaudit di sebuah syarikat kewangan melalui SMS, awal bulan lalu.
Dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie Khairul Azwadi Mohamed Noor, Anida memberitahu mahkamah dia menerima SMS itu selepas mendakwa ada membuat permintaan cerai daripada suaminya, Shamsudin Mohd Nor, 55, (defendan) berikutan tidak menjalankan tanggung jawab sepanjang berkahwin.
Anida yang juga isteri kedua, berkata suaminya tidak pernah berlaku adil dalam poligami malah mendakwa suaminya itu terlalu berkira jika ingin membeli keperluan harian mereka.
"Saya hantar SMS pada suami mengatakan kalau dia tidak adil dan jalankan tanggungjawab sebagai suami, lepaskan saya," katanya.
Bagaimanapun, pada 4 Januari lalu defendan mengirimkan SMS yang berbunyi 'Kalau itu yang you (awak) mahu, I (saya) kabulkan permintaan you. I lepaskan dengan talak satu'.
Anida berkata, dia yakin SMS itu dihantar sendiri suaminya kerana sebelum itu dia pernah menyuarakan hasrat meminta dilepaskan kerana tidak tahan dengan perangai defendan.
Mereka bernikah pada 6 Ogos 2007, namun tidak kurniakan anak dan difahamkan plaintif mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu manakala defendan mempunyai lima anak dengan isteri pertama.
Anida berkata, selepas menerima SMS itu, dia ada menelefon defendan dan lelaki itu mengaku menjatuhkan talak kepada plaintif melalui SMS.
Sementara itu, Shamsudin yang diwakili peguam syarie, Nahar Alias ketika memberi keterangan mengakui melafazkan cerai melalui telefon bimbitnya itu tanpa dipaksa sesiapa.
Menurutnya, secara keseluruhannya dia mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menaip, membaca sebelum menghantar SMS berkenaan.
"Ketika menghantar SMS saya dalam keadaan waras dan tiada sesiapa yang paksa saya untuk menceraikan isteri saya," katanya.
Mahkamah bagaimanapun menangguhkan sehingga Jumaat ini untuk keputusan permohonan pengesahan lafaz cerai berkenaan.
KUALA LUMPUR: Salah seorang gadis Melayu yang sarat mengandung dan menjadi mangsa 'keldai dadah' oleh sindiket dadah antarabangsa akhirnya melahirkan bayi lelaki di dalam sel penjara baru-baru ini selepas dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Sydney, Australia terhadap jenayah dilakukan. Difahamkan, suspek yang sudah melahirkan bayi dengan selamat itu bagaimanapun tidak dibenarkan menjaga bayi berkenaan yang kini diserahkan ke Jabatan Perkhidmatan Masyarakat negara berkenaan untuk dipelihara.
Agak mengejutkan apabila suspek sebelum ini ditahan pihak berkuasa Australia selepas didapati menelan 25 ketulan plastik dadah heroin di dalam perutnya tanpa langsung memikirkan keselamatan dan nyawa bayinya yang terancam sekiranya bungkusan kecil heroin terbabit pecah atau bocor di dalam perut.
Difahamkan, suspek yang dikenali sebagai Nirmala, 26, ditahan oleh pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia pada Jun tahun lalu selepas mengambil penerbangan terus dari Phuket, Thailand.
Sumber polis berkata, suspek bagaimanapun ditahan pihak kastam negara berkenaan selepas imbasan X-Ray mendapati suspek cuba menyeludup dadah jenis heroin seberat 105 gram di dalam 25 bungkusan yang ditelannya.
Melalui maklumat dikumpulkan, suspek wanita terbabit mengaku bahawa dia bersetuju untuk membantu rakannya menyeludup dadah heroin berkenaan yang disangka pil penahan sakit.
"Rakan mangsa berjaya memperdaya mangsa kononnya pil terbabit diseludup masuk ke Australia bagi mengelakkan ia dikenakan bayaran cukai tinggi.
"Mangsa yang memikirkan amat memerlukan wang bagi membiayai caj perubatan dan kelahiran bayinya kelak termakan dengan pujukan serta imbuhan wang dijanjikan sindiket itu," katanya.
Berdasarkan maklumat, mangsa yang ingin menaiki pesawat penerbangan di Phuket, Thailand, bagaimanapun mula berubah fikiran dan cuba membatal hasrat untuk menyeludup pil berkenaan.
Sementara itu. Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Othman Harun, berkata pihaknya masih memandang serius dan mengawasi kegiatan pengedaran dadah oleh warga asing berkenaan walaupun statistik menunjukkan penurunan bilangan gadis yang diperdaya.
Menurutnya, usaha mengesan dan melumpuhkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa terbabit akan diperhebatkan bagi memastikan tiada lagi wanita tempatan diperdaya dan dijadikan keldai dadah antarabangsa.
KUALA LUMPUR: Seorang eksekutif syarikat swasta membuat laporan di Balai Polis Travers,, semalam, berikutan kenyataan disiarkan dua wanita bukan Islam yang menulis perkataan didakwa menghina Nabi Muhammad s.a.w dalam laman sembang popular, Facebook milik mereka. Moohamad Faizal Abdul Raub, 28, berkata dia tidak mewakili organisasi membuat laporan polis kerana sebagai tanggungjawabnya berusaha menghentikan mana-mana pihak, sengaja menimbulkan rasa kegusaran pihak lain.
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my 2010/02/11
KUALA LUMPUR: Penemuan memeranjatkan apabila produk Viagra yang selama ini sinonim dengan golongan lelaki, diubah suai penggunaannya secara haram oleh sebuah syarikat jualan langsung (MLM) bagi dijadikan ‘resipi rahsia’ produk perangsang tenaga batin khusus untuk wanita. Penemuan itu amat mengejutkan pihak berkuasa berikutan produk persis `viagra wanita’ itu dijual secara haram dan diakui boleh mengancam nyawa ribuan wanita yang mengambilnya kerana menyangka ia makanan kesihatan.
Bagaimanapun, penjualan produk `viagra wanita’ itu tumpas selepas pihak penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merampas produk `panas’ yang bernilai hampir RM1 juta, semalam.
Pengarah Bahagian Penguat kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mohd Hatta Ahmad berkata, serbuan dilakukan serentak di seluruh negara oleh pegawai penguat kuasa farmasi dengan dibantu pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) terhadap cawangan dan syarikat jualan langsung terbabit.
Menurutnya, lebih 200 pegawai penguat kuasa farmasi menyerbu serentak lebih 20 premis kira-kira jam 11.30 pagi semalam selepas risikan dilakukan sejak lebih sebulan lalu.
“Hasil ujian makmal mengesahkan produk untuk wanita mengandungi kimia berbahaya tadalafil manakala produk untuk lelaki mengandungi kimia hydroxythiohomosildenafil yang kerap dicampurkan dalam produk rangsangan seks haram,” katanya.
Dalam operasi semalam, beliau dibantu Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Farmasi KKM , Wan Hamid Wan Ibrahim menjalankan pemeriksaan di ibu pejabat syarikat jualan langsung itu di Taman Shamelin Cheras, di sini.
“Setiap kotak produk terbabit yang mengandungi 10 bungkus kecil berisi serbuk perangsang dijual pada harga RM300 sekotak.
“Kimia taladafil dalam produk itu boleh menyebabkan saluran darah mengembang secara tidak normal selain menyebabkan pelbagai tindak balas pada tubuh seperti mati mengejut, sakit kepala, gangguan perut, penglihatan, kesan sampingan seperti sakit kepala, otot selain boleh menyebabkan penyakit hati dan buta. “Bahan kimia itu amat berbahaya kepada individu yang menghidap darah tinggi, sakit jantung dan kandungan kolestrol tinggi. Ia boleh menyebabkan tekanan darah dalam tubuh menjadi terlalu rendah. Akibatnya mangsa boleh pengsan mendadak atau pitam,” katanya Menurutnya, kimia taladafil yang disifatkan tiga kali lebih kuat dari kimia sildenafil yang terkandung dalam pil Viagra pastinya boleh menyebabkan pelbagai implikasi buruk apatah lagi jika dimakan setiap hari.
“Kedua-dua produk itu diedarkan ke seluruh negara termasuk turut dieksport ke Indonesia berdasarkan invois ditemui dalam syarikat milik seorang kenamaan itu. Hasil serbuan itu, KKM turut memeriksa satu kilang di Melaka,” katanya.
Badan anak lebam-lebam
Oleh Hadzlan Hassan hadzlan@hmetro.com.my 2010/04/08
KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun kini terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, selepas mendakwa didera bapa sendiri sejak setahun lalu, menyebabkannya lebam di badan, kaki dan tangan.
Penderitaan kanak-kanak berkenaan terbongkar selepas dia dilihat lemah dan tidak bersemangat ketika dalam kelas sebelum memberitahu seorang guru mengenai kejadian menimpanya. Pihak sekolah kemudian menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
Susulan maklumat itu, JKM membuat laporan polis sebelum mangsa dibawa ke HUSM oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut untuk rawatan susulan.
Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut, Jertih, itu dimasukkan ke HUSM kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin dan kini diletakkan di bawah pengawasan JKM.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihak sekolah bertindak pantas dengan memaklumkan kepada pegawai JKM yang bergegas ke sekolah lalu membawa mangsa ke Pusat Kesihatan Besut sebelum dirujuk ke Hospital Besut.
Bagaimanapun, katanya, mangsa diminta mendapatkan rawatan susulan di HUSM.
Kamaruddin berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan dipercayai didera bapanya sejak tahun lalu berdasarkan kesan lebam yang ditemui pada badannya dan polis menemui banyak kesan lebam agak serius pada tubuh mangsa termasuk di kaki dan tangan.
“Tidak banyak yang dapat saya katakan kerana siasatan masih di peringkat awal. Kami juga perlu meneliti laporan perubatan mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Harian Metro difahamkan, sebaik menerima laporan kes itu kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin, sepasukan anggota polis menjalankan siasatan dan menahan seorang lelaki berusia 30 tahun di Kampung Gertak 100, Kuala Besut, kira-kira jam 4 petang hari sama. “Hari ini (semalam), polis mendapat perintah untuk menahan reman suspek selama empat hari. Dia yang bekerja sebagai mekanik ditahan untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991.
“Siasatan masih dijalankan dan kami akan mendapatkan keterangan isteri dan ahli keluarga lelaki terbabit untuk membantu siasatan,” kata Kamaruddin.
berhati2 dijalan raya
Digilis lepas jatuh
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my 2010/04/05
PETALING JAYA: Menyayat hati apabila seorang gadis yang tercampak ke atas jalan raya sejurus motosikal dinaiki terbabas tidak sempat bangkit menyelamatkan diri sebelum digilis sebuah kereta menyebabkannya mati di tempat kejadian, kelmarin.
TRAGEDI...mayat Norlaili diangkat untuk dibedah siasat. Gambar kecil, Norlaili.
Kereta itu yang mengekori mangsa dari belakang gagal mengelak selepas Norlaili Jamaludin, 25, tergolek di atas jalan sebelum melanggar mangsa.
Sumber polis berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 6 petang ketika mangsa bersama rakan lelakinya menaiki motosikal di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) arah Kuala Lumpur berhampiran Taman Medan, di sini.
Menurutnya, rakan mangsa, Faizul Majid, 22, dalam perjalanan menghantar Norlaili pulang ke rumah saudaranya tidak jauh dari tempat kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi Faizul gagal mengelak lalu merempuh sisi belakang sebelah kanan sebuah bas RapidKL yang diletak di bahu jalan menyebabkan kedua-dua mereka tercampak ke atas jalan raya.
“Sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun gagal mengelak sebelum merempuh Norlaili. Rempuhan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di muka dan badan,” katanya.
Menurutnya, siasatan mendapati Norlaili berasal dari Jalan Sawi 6, Yap Tau Sah, Kluang, Johor.
“Kemalangan itu turut menyebabkan Faizul cedera parah. Faizul dari Kemaman, Terengganu penuntut tahun pertama, Ijazah Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam,” katanya.
Orang ramai yang menghubungi talian kecemasan 999 resah apabila ambulans tidak muncul selepas lebih 30 minit sehinggalah pegawai penyiasat trafik muncul di lokasi kejadian.
Akhirnya, sebuah kereta peronda polis yang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 7 malam mengambil risiko menghantar Faizul ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Jenazah Norlali turut dihantar ke PPUM dengan kenderaan pacuan empat roda polis beberapa minit kemudian untuk bedah siasat.
Ketua Polis Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar berkata, pemandu kereta terbabit sudah membuat laporan polis bagi membantu siasatan.
Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang pemandu kereta yang memandu laju menggunakan tayar gantian maut selepas tercampak keluar sejurus kenderaan dipandu terbabas dan melanggar pagar kawasan tapak pembinaan.
Dalam kejadian jam 5 pagi semalam, rempuhan kuat kereta Proton Satria itu turut mengakibatkan enjin kenderaan tercabut sebelum tercampak keluar kira-kira 20 meter.
Sumber polis berkata, kemalangan berlaku ketika Jinnah Rao Munusamy, 23, memandu bersendirian berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) susur Kepong, di sini.
Jejak 4 gadis
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Suney Leo Ertza Neo Sulaiman am@hmetro.com.my 2010/04/05
KUALA LUMPUR: Terjebak dengan cinta monyet selain pujukan rakan sebaya dipercayai menjadi punca semakin ramai gadis remaja sanggup melarikan diri dari rumah untuk mengikut kekasih hati tanpa memikirkan masa depan serta perasaan keluarga.
Malah, dalam beberapa kes, ada antara gadis terbabit terus ‘ghaib’ dan gagal dikesan sejak lebih lima bulan lalu oleh anggota keluarga dan polis selepas dipercayai disembunyikan kekasih yang berusia jauh lebih tua.
Susulan itu, polis kini sedang menggiatkan usaha bagi menjejaki beberapa gadis yang dilaporkan hilang oleh anggota keluarga tanpa diketuai sama ada masih hidup atau mati.
Dalam kes terbaru, dua remaja perempuan Ng Kha Yee, 14, turut dilaporkan hilang dari rumahnya di Pelangi Indah Kondominium, Jalan Ipoh, sejak beberapa bulan lalu.
Sumber polis berkata, mangsa dipercayai melarikan diri dari rumah bersama rakannya.
Dalam satu lagi kes, polis turut cuba mengesan seorang remaja wanita, Siti Syahira Sakri, 14, yang melarikan diri dari rumahnya di Blok PPR Pekan Batu, Jalan Ipoh. Remaja yang masih bersekolah itu dipercayai menghilangkan diri bersama kenalannya.