Thursday, February 11, 2010

TAKDIR ALLAH TAK BOLEH DITOLAK....KECUALI DOA ITU PUN DENGAN IZINNYA JUGA




Menteri ada kekasih Muslim


PARIS - Menteri Imigresen Perancis, Eric Besson terpaksa menafikan bahawa beliau bakal memeluk agama Islam untuk berkahwin dengan kekasihnya yang merupakan seorang wanita Muslim, lapor sebuah akhbar semalam.

Besson sebelum ini mengesahkan menjalin hubungan dengan teman wanitanya, Yasmine Tordjman, seorang pelajar di Paris yang berusia separuh daripada umurnya.

Pendedahan mengenai hubungan itu muncul ketika Besson, yang disebut-sebut sebagai bakal perdana menteri, mengetuai satu kempen menentang pelaksanaan kebudayaan dan amalan agama bukan Kristian di dalam masyarakat majmuk Perancis.

Beliau sebelum ini mahu memperkenalkan dasar melarang pemakaian burka atau purdah serta mewajibkan imigran yang berhijrah ke negara itu untuk menduduki ujian bahasa Perancis dan mengangkat sumpah kesetiaan kepada republik itu.

Namun, Besson, seorang duda anak tiga, dikatakan pernah pergi ke Tunisia sebelum Krismas lalu untuk bertemu dengan ibu Yasmine yang berasal dari keluarga ternama dan mencetuskan spekulasi beliau akan berkahwin pada Jun ini.

Bagaimanapun menteri itu yang dilahirkan di Maghribi mengeluarkan satu kenyataan menafikan beliau akan memeluk agama lain.

Beliau menimbang untuk menyaman laman web Bakchich Info yang melaporkan beliau akan memeluk agama Islam. - Agensi

No comments:

Post a Comment