Wednesday, February 10, 2010

DAH KAYA NIKAH AJE.....WATPE WAT CAMNI



Jutawan khalwat
Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@bharian.com.my
2010/02/11
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KLUANG: Mencurigakan apabila seorang pegawai atasan syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang mengedarkan minuman kopi penjana tenaga bertaraf jutawan, memberi alasan kononnya dia berbincang hal bisnes dengan seorang kakitangan wanita dalam gelap apabila dicekup berkhalwat dalam bilik di sebuah hotel di Simpang Renggam, awal pagi semalam.
Hasil maklumat, sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Kluang melakukan serbuan ke hotel berkenaan selepas tengah malam sebelum mendapati seorang lelaki berusia lingkungan usia 40-an berkurung bersama wanita berusia lingkungan 20-an.


Difahamkan, lelaki itu memberi kerjasama dan membuka pintu sebaik pegawai JAJ mengetuk pintu bilik hotel.


Bagaimanapun, apabila pintu dibuka, bilik itu agak gelap menyebabkan pegawai meminta lelaki berkenaan membuka lampu kamar.


Sebaik lampu dibuka, pegawai penguat kuasa JAJ mendapati seorang wanita berada dalam bilik berkenaan dengan berpakaian lengkap, sama seperti lelaki terbabit.


Siasatan mendapati, lelaki sudah beristeri itu antara pegawai tinggi syarikat jualan langsung terkemuka di negara ini dan dikatakan memandu Mercedes Benz, manakala wanita terbabit kakitangan syarikat berkenaan.

Pasangan itu dikatakan memberi alasan mereka berada dalam bilik hotel berkenaan bagi membincangkan urusan kerja.


Pemeriksaan pegawai penguat kuasa agama mendapati keadaan tilam belum terusik, namun pasangan warga tempatan itu tetap dibawa ke pejabat JAJ Kluang bagi membantu siasatan berikutan tindakan mereka berada dalam bilik secara berdua-duaan dan mencurigakan.


Pasangan berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin dan kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 itu akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Kluang, pada 20 Mac ini.


Jika sabit kesalahan mengikut seksyen berkenaan, seseorang itu boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.


Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Kluang, Mohamad Khalil Md Noor, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan, tetapi enggan mengulas.


Katanya, JAJ sering melakukan operasi cegah maksiat dari semasa ke semasa dan serbuan dibuat apabila pihaknya menerima aduan daripada orang ramai.

No comments:

Post a Comment