Friday, August 27, 2010

BANYAKNYA ZINA DAN SUMBANG MUHRAM,MUFTI2 KENA BERTANGGUNG JAWAB DIHADAPAN ALLAH.SWT DI AKHIRAT, MEREKA PENASIHAT PEMERINTAH SBB ABAIKAN HUKUM ALLAH



Bapa rogol anak kena 60 tahun
Oleh M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@bharian.com.my
2010/08/21

MUSA  (kiri) bersama dua anaknya, Mahmud dan Mazlan (kanan) keluar   Mahkamah Sesyen Kuching, selepas perbicaraan,  semalam.
MUSA (kiri) bersama dua anaknya, Mahmud dan Mazlan (kanan) keluar Mahkamah Sesyen Kuching, selepas perbicaraan, semalam.
Dua anak lelaki turut dipenjara 36 tahun, 24 sebatan

KUCHING: Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 60 tahun selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya yang kudung tangan, manakala dua anak lelakinya masing-masing dikenakan penjara 36 tahun dan 24 kali sebatan kerana kesalahan sama yang dilakukan terhadap mangsa di antara 2006 dan 2008.

Hakim Mahkamah Sesyen, Amelati Parnel mendapati bapa mangsa berusia 52 tahun bersalah atas lima tuduhan merogol dan melakukan sumbang mahram ke atas mangsa yang kini berusia 20 tahun

“Bagi kesalahan kelima iaitu merogol mangsa di atas motosikal berdekatan Padang Golf Petra Jaya, pada November 2008, tertuduh juga dikenakan hukuman penjara 20 tahun bermula selepas tempoh hukuman 40 tahun bagi kesalahan pertama hingga keempat selesai,” katanya.

Amelati berkata, tertuduh kedua, 24 tahun dan tertuduh ketiga, 22, yang juga abang kepada mangsa turut didapati bersalah, masing-masing di atas dua pertuduhan merogol dan sumbang mahram.
Mereka berdua secara bersama dituduh merogol dan melakukan sumbang mahram ke atas adik kandung mereka antara Januari dan Disember 2006 serta antara Januari hingga Disember 2007 di bilik mangsa di sebuah rumah di Bandar Baru Semariang.

“Hukuman dijatuhkan selepas mengira kepentingan awam dan teladan kepada orang ramai dalam memastikan anak-anak diberi peluang untuk hidup sempurna walaupun mangsa dalam kes ini adalah seorang insan kurang upaya,” katanya.

Terdahulu, peguam Mohd Fairus Masri, yang mewakili semua tertuduh meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepada mereka berikutan keluarga berkenaan kehilangan anak bongsu berusia 10 tahun yang lemas, tahun lalu selain terpaksa berhadapan pandangan negatif masyarakat.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Stella Augutine Deruce, menyifatkan kesalahan yang dilakukan semua tertuduh adalah sangat serius dan mereka wajar dijatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan.




JAIP cekup remaja asyik rakam hubungan seks


2010/08/28

KUALA LUMPUR: Sepasang kekasih dipercayai remaja masih bersekolah ditangkap pasukan pencegah maksiat ketika sedang asyik melakukan hubungan seks termasuk merakam aksi ghairah mereka menggunakan video telefon bimbit di Kuantan, Pahang.

Aksi panas rakaman selama 10 minit itu disebarkan secara meluas melalui internet sejak seminggu lalu dan kejadian itu dipercayai berlaku jam 3 petang, minggu lalu

Bagaimanapun, rakaman aksi seks mereka hanya dirakam selama dua minit manakala baki lapan minit rakaman adalah perbualan serta sesi soal jawab dengan pencegah maksiat.

Remaja lelaki yang dipercayai memegang telefon bimbit dan merakam aksi mereka dikatakan tidak sempat mematikan rakaman kerana terkejut apabila disergah pihak berkuasa dipercayai pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyebabkan telefon bimbit terjatuh tetapi masih merakam audio perbualan mereka.

Seorang lelaki dipercayai pencegah maksiat menahan mereka dan meminta kad pengenalan pasangan berkenaan tetapi dibantah, sebaliknya remaja itu meminta pencegah maksiat menunjukkan kad kuasa.

Apabila ditanya apa hubungan mereka sama ada sebagai suami isteri atau tidak, pasangan remaja itu mengaku hanya sebagai kawan tetapi remaja tetap berkeras tidak mahu menyerahkan kad pengenalan untuk diperiksa. Sebaik saja penguat kuasa bertegas termasuk mengugut untuk menggunakan kekerasan dan membawanya ke balai polis, barulah dia memberikan kerjasama.

“Saya akan bawa kad pengenalan ni ke balai polis dan hubungi ibu bapa awak. Orang lain sibuk nak sambut raya, kamu pula sibuk f**k anak orang,” kata pegawai penguat kuasa tetapi remaja lelaki itu berkali-kali merayu mengatakan keluarganya orang susah dan seboleh-bolehnya tidak mahu perkara itu diketahui keluarga.

‘Drama’ itu berterusan apabila remaja lelaki itu meminta pegawai penguat kuasa berterus terang apa sebenarnya yang dia mahukan termasuk wang sebagai ganjaran jika melepaskan mereka.

Tawaran itu ditolak dengan tegas, sebaliknya memberi amaran supaya tidak melakukan apa-apa yang boleh menimbulkan kemarahan atau kesalahan lain.

Remaja lelaki kemudian meminta maaf dan merayu lagi supaya tidak dibawa ke balai polis atau pejabat agama yang terletak berhampiran mahkamah Kuantan.

“Awak ingat saya tak serius ke tangkap orang buat maksiat, kamu ingat saya menyamar ke? Sekarang saya nak tolong kamu, ikut saya ke pejabat agama. Kenapa nak minta maaf dengan saya, saya bukan Tuhan... kamu buat salah dengan Tuhan kenalah minta maaf dengan Tuhan,” kata pegawai penguatkuasa itu.

Pasangan remaja itu juga mengaku, itulah kali pertama mereka bertemu sebelum melakukan hubungan seks tetapi terus merayu supaya tidak dibawa ke pejabat agama dengan alasan tidak mahu berkahwin kerana masih terlalu muda.

“Tolonglah encik, saya tak nak kahwin, dia (pasangan wanita) pun masih sekolah lagi. Saya pun masih bersekolah, nanti mak saya risau,” kata remaja lelaki sambil disampuk teman wanitanya.



ADAKAH DENGAN RAKAMAN...SAKSI DARI PENGUATKUASA AGAMA TAK CUKUP BUKTI UNTUK JALANKAN HUKUM ALLAH....JANGAN MAIN2 DAN PERSENDA HUKUM ALLAH...IA SAMA MEPERSENDA ALLAH...SIFAT ALLAH MAHA KUASA SERTA MAHA BIJAKSANA....ALLAH TUNJUK BUKTI2 NYATA...YANG MANUSIA TIDAK BOLEH MENGELAK...JANGAN SAMPAI ALLAH MURKA...ALLAH TURUNKAN BALA....DIMANA ORANG SOLEH DAN TAK BERSALAH DITIMPA SAMA...INGAT SEJARAH KAUM LUT...MALANG LAGI KESIAN....GULUNGAN AGAMA(BUKAN SEMUA) LEKA DIULIT KEMEWAHAN DAN PANGKAT...ADAKAH MEREKA INI TERLEPAS DARI MATI.....FIKIRLAH DENGAN ADIL...TOLAK BISIKAN SYAITAN JAUH2...RASULLULLAH SAW TAK BIMBANG FITNAH DAJJAL....TAPI BAGINDA SAW BIMBANG ULAMAK SUQ@ROSAK....IA SESAT LAGI MENYESATKAN...MAKSUD RINGKASAN ALHADIS....


Penagih jadikan lima adik hamba seks


2010/08/28

KOTA BHARU: Seorang abang 18 tahun yang kaki botol serta menagih dadah, tergamak menjadikan lima adik perempuannya termasuk yang berusia 5 tahun sebagai hamba seksnya.

Adik perempuannya yang lain berusia 9, 12,14 dan 16 tahun itu turut dirogol lebih 20 kali oleh abang sulung
berkenaan

Kejadian itu terbongkar apabila tiga daripada mereka yang berasal dari Kampung Sadur, Tawang, Bachok, melarikan diri dan meminta perlindungan seorang penghulu kerana tidak tahan dengan sikap abang mereka.

Lebih mengejutkan, ayah yang selama ini diharapkan sebagai tempat bergantung juga kaki botol dan penagih, sering memarahi serta memukul mereka yang kematian ibu selepas bersalin adik bongsu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat (JKKM), Kampung Tok Ku, Mat Rani @ Abdul Ghani Ibrahim, 61, berkata kisah lima beradik itu terbongkar selepas tiga mangsa ditemui penduduk di Masjid Kedai Lalat.

Katanya, ketiga-tiga beradik itu dibawa pulang penduduk dan diserahkan kepada beliau jam 8.45 malam kelmarin untuk diberi perlindungan sementara. Mereka sudah dibawa ke balai polis Binjai, dekat sini, untuk perlindungan sementara.

“Saya terkejut dimaklumkan mangsa berusia 14 tahun dirogol lebih 20 kali sejak Darjah Empat lagi dan diugut akan dibunuh jika membocorkan rahsia itu. Mangsa mengadu kejadian itu kepada ibu saudaranya yang membuat laporan di Balai Polis Tawang,” katanya.

Beliau berkata, mangsa bekerja di kedai makan dengan upah RM10 sehari untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Remaja itu juga terpaksa meminjam RM5 daripada kawan untuk perbelanjaan harian selain memberi wang kepada bapanya untuk membeli arak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Yahya Saleh, mengesahkan menerima laporan itu dan seorang lelaki ditahan bagi siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Tak tahan diratah abang

Oleh Mohd Sabran Md Sani

2010/08/28

KOTA BHARU: Akibat tidak sanggup lagi menjadi mangsa kerakusan abang kandung yang meratah tubuh mereka, tiga beradik nekad melarikan diri dari rumah di Kampung Saador, Pantai Senok, dekat sini, petang kelmarin.
Ketika umat Islam sibuk bersiap menyediakan juadah berbuka puasa, tiga beradik terbabit yang berusia 5, 14 dan 16 tahun itu melarikan diri sebelum mencari perlindungan sementara di Masjid Kota Jembal, dekat sini.

Seorang ahli kariah masjid itu, Abdullah Harun ternampak tiga beradik terbabit termasuk seorang daripada mereka yang berpakaian seragam sekolah dalam keadaan kepenatan ketika berjalan berhampiran kawasan masjid itu kira-kira jam 8 malam.

Simpati nasib tiga beradik itu, Abdullah membawa mereka ke rumahnya untuk berbuka puasa sebelum ke rumah Penghulu Kampung Tok Ku, Mat Rani@Abdul Ghani Ibrahim, 61, dekat sini, bagi mencari jalan penyelesaian selepas mendengar kisah sedih mereka.

Tiga beradik itu memberitahu mereka lari dari rumah kerana tidak sanggup dirogol berulang kali oleh abang kandung berusia 18 tahun. Mereka kematian ibu sejak lima tahun lalu dan tinggal bersama ayah yang menagih dadah dan pemabuk. Abang yang merogol mereka turut menagih dadah.

Selepas lima jam mendapatkan perlindungan di rumah penghulu kampung itu, tiga beradik terbabit dibawa seorang anggota polis wanita ke balai polis untuk direkodkan kenyataan

Mangsa yang berusia 14 tahun mendakwa, abangnya merogolnya 20 kali dan kakak serta tiga adik perempuannya yang lain juga pernah menerima nasib sama.

“Malah, abang juga tergamak merogol seorang adik perempuan kami yang berusia lima tahun,” dakwanya ketika ditemui di rumah Mat Rani, malam kelmarin

Menurut remaja itu, dia nekad meninggalkan rumah kira-kira jam 2.10 petang kelmarin bersama kakaknya yang berusia 16 tahun dan adik, lima tahun.

“Itu saja peluang yang ada. Ketika itu, kami terserempak ayah yang mabuk sambil memegang sebatang kayu. Tanpa berlengah dan kerana bimbangkan keselamatan diri, kami segera meninggalkan rumah.

“Kami tak tahu apa nasib dua adik perempuan lain berusia 12 dan 9 tahun kerana mereka berdua bersekolah ketika kejadian dan berharap kedua-duanya selamat,” katanya sambil memeluk adik bongsunya.

Menurutnya, mereka tiga beradik berjalan menuju rumah ibu saudara di Tumpat untuk mendapatkan perlindungan meskipun menyedari jaraknya terlalu jauh.

“Saya tiada pilihan kecuali menyelamatkan diri dari rumah itu. Dapat membawa keluar kakak dan adik sudah cukup. Dalam keadaan berpuasa, kami gagahkan diri untuk cuba sampai ke rumah ibu saudara.

“Kami tak sangka ketika dalam perjalanan ke Tumpat, seorang pak cik memanggil kami untuk berbuka puasa kerana melihat keadaan kami yang terlalu lesu,” katanya.

Dia yang juga anak ketiga daripada enam beradik bersyukur kerana dihantar ke rumah penghulu kampung berkenaan sementara menunggu polis membawa mereka ke rumah kebajikan.

Remaja terbabit juga berkata, dia terpaksa mencari rezeki dengan mengambil upah membasuh pinggan di kedai makan untuk menanggung perbelanjaan keluarga.

“Ibu sudah lima tahun meninggal dunia dan ayah tidak menjalankan tanggungjawabnya selain menagih pil kuda serta kerap mengambil minuman keras manakala abang sulung pula terbabit penyalahgunaan dadah.

“Walaupun masih bersekolah, beban menyara adik-beradik terpaksa saya pikul dengan mencari kerja di kedai makan sebagai pencuci pinggan mangkuk dengan upah RM10,” katanya yang kadangkala terpaksa menyerahkan sebahagian upahnya itu kepada bapa untuk digunakan membeli minuman keras.

Katanya, meskipun ketika ini abangnya sudah lebih seminggu berada di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok selepas ditahan bersabit penyalahgunaan dadah, dia tetap diselubungi kebimbangan apabila melihat tindakan agresif bapanya ketika mabuk, kelmarin.

“Sebelum ini ada laporan polis dibuat saya bersama ayah di balai polis mengenai abang kandung kerana terbabit dadah, tapi saya takut melaporkan kejadian rogol berikutan diugut abang.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila ayah tiba-tiba mahu memukul saya dengan menggunakan kayu kerana tidak puas hati dengan laporan itu, sedangkan kami sama-sama ke balai berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Yahya Salleh mengesahkan menerima laporan kes itu dan siasatan dijalankan.

“Seorang suspek berusia 18 tahun yang sudah ditahan sebelum ini, kini disoal siasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya




Budak 11 tahun hamil diperkosa bapa saudara



2010/08/28

SERI ISKANDAR: Tiga kanak-kanak perempuan termasuk seorang yang baru berusia 11 tahun didakwa hamil angkara perbuatan tidak berhati perut bapa saudara sendiri yang mengambil kesempatan terhadap kesusahan keluarga mangsa manakala seorang lagi dirogol rakan sekolah sendiri selepas saling berbalas SMS lucah.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, kes sumbang mahram membabitkan mangsa berusia 11 tahun di Tanjung Blanja, dekat sini, berlaku enam bulan lalu, tetapi hanya disedari ibu mangsa baru-baru ini apabila mendapati anaknya hamil enam bulan sebelum membuat laporan polis pada 10 Ogos lalu.
“Bapa saudara mangsa berusia 59 tahun dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sejak enam bulan lalu, tetapi disedari ibu mangsa selepas mendapati perut anaknya makin membesar.

“Kejadian berlaku ketika suspek membawa mangsa keluar bersiar-siar, tetapi mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa. “Selepas dua bulan melakukan perbuatan itu, suspek mengajak mangsa tinggal bersamanya dengan alasan menjaga mangsa kerana ibunya orang susah,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha stesen minyak, kedai emas, institusi kewangan dan kilang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini, kelmarin.

Beliau berkata, berikutan laporan itu, polis menahan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Menurutnya, kes kedua membabitkan pelajar perempuan sekolah menengah di Seri Iskandar berusia 15 tahun yang mendakwa dirogol rakan sekolah sendiri selepas saling berbalas SMS berunsur lucah antara satu sama lain.

“Kejadian berlaku apabila mangsa keluar dari kelas dipercayai mahu memberikan wang kepada adiknya, suspek dikatakan menarik mangsa memasuki bilik utiliti lalu dirogol. “Mangsa membuat laporan polis menyebabkan suspek ditangkap pada hari sama,” katanya.

Katanya, kes ketiga berlaku di Kampung Gajah membabitkan mangsa berusia 12 tahun yang dikatakan dirogolg lelaki berusia 23 tahun pada 15 Ogos lalu.

'Akuarium wanita'

Oleh Shamsul Munir Safini

2010/08/28

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat kesihatan dan spa di Jalan Klang Lama di sini, dikesan menyediakan satu ruang pameran berkaca seperti akuarium untuk menempatkan wanita tukang urut untuk dipilih pelanggan sebelum masuk ke bilik.
Difahamkan, taktik itu bagi mengelak wanita terbabit ditangkap pihak berkuasa yang melakukan serbuan kerana perlu menggunakan pintu lain untuk ke ruang berkenaan. Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral itu berjaya ditumpaskan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian Bukti Aman yang menyerbu pusat itu, malam kelmarin.
Dalam serbuan jam 10.45 malam, seramai 15 wanita dipercayai bekerja sebagai tukang urut seks dan empat lelaki serta seorang wanita tempatan dipercayai penjaga premis ditahan.

Menurutnya, mereka yang terdiri daripada 10 wanita Thailand, tiga Indonesia, seorang China menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke negara ini malah ada yang langsung tidak mempunyai dokumen.

“Polis menemui ratusan peket kondom disimpan di dalam almari pekerja dan di bawah tilam.

“Ini membuktikan ada khidmat seks ditawarkan. Difahamkan, bayaran RM178 dikenakan kepada pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat seks selepas berurut,” katanya.

Menurut sumber polis, premis itu dikesan sudah dua tahun beroperasi dengan berselindung di sebalik sebuah pusat kesihatan dan spa
“Ketika hari kejadian, suspek dikatakan membawa mangsa ke rumah sewanya di Changkat Lada sebelum dirogol dan suspek ditahan selepas mangsa membuat laporan polis pada keesokan hari,” katanya

MENARIK BAGI LELAKI...TAK MENARIK BAGI WANITA...FIKIR BAIK@POSITIF...HUKUM ALLAH MEMBENARKAN,MENOLONG KAUM SEJENIS...MENGELAK ZINA...RAMAI PEREMPUAN NI KETENTUAN ALLAH...HARAM KITA PERTIKAIKAN....

Peluang kahwin 2



2010/08/27

KUWAIT : Seorang anggotta Parlimen semalam mencadangkan supaya kerajaan menghulurkan bantuan kepada warga lelaki negara ini untuk berkahwin isteri kedua dalam usaha mengurangkan jumlah wanitanya yang tidak berkahwin.
“Cadangan itu bertujuan menyelesaikan masalah wanita tidak berkahwin yang dihadapi masyarakat kita dan menggalakkan janda dan duda membentuk keluarga baru,” kata Ahli Parlimen Syiah, Faisal Al Duwaisan.
Buat masa ini, lelaki Kuwait yang berkahwin kali pertama diberikan bantuan berjumlah 4,000 dinar (RM43,600). sebahagian daripadanya adalah pemberian percuma dan sebahagian lagi pinjaman tanpa faedah dengan bayaran secara ansuran yang mudah.

Faisal mencadangkan kerajaan memberi pakej bantuan tambahan kepada lelaki yang ingin berkahwin kali kedua, dengan beberapa syarat yang mesti dipenuhi.

Antaranya, lelaki itu mesti mendapat kebenaran bertulis daripada isterinya yang masih ada atau mereka mesti duda, - Agensi

TAK ROGOL CUMA ZINA...ZINA SALAH GAK....LAH NI MUDAHNYA BERLAKU ZINA...BAGAIMAN JIKA KENA BATANG HIDUNG KITA...NANGIS TAK BERLAGU....HUKUM ALLAH DIELAK2 UNTUK DILAKSANAKAN

Nafi perkosa gadis sunti

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

2010/08/27

SHAH ALAM: Seorang jurukimpal di syarikat gali minyak di pantai timur dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas empat tuduhan merogol pelajar tingkatan satu, di sebuah rumah di Rawang, empat bulan lalu.
Bagaimanapun, Gordon Adrian Gabriel, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Di hadapan Hakim Hasbi Hasan, pemuda Murut berasal dari Sabah itu didakwa merogol mangsa yang berusia 13 tahun satu bulan di rumah bernombor 4-13 Blok Cempaka Jalan Desa 5/2, Bandar Country Homes, dekat sini. Dia didakwa melakukan perbuatan itu tiga kali iaitu pada 5.30 petang dan 11 malam, pada 25 Jun lalu selain 8 malam keesokan harinya.
Di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob, dia didakwa pula merogol remaja itu sekali lagi pada 11 malam, pada 26 Jun lalu. Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebat. Kedua-dua hakim menetapkan jaminan RM8,000 untuk setiap pertuduhan dengan syarat tambahan perlu melapor diri ke balai polis berhampiran. Selain itu, tertuduh juga diperintahkan tidak menghubungi atau mendekati mangsa. Mahkamah kemudian menetapkan 28 September sebagai tarikh sebutan semula bagi penyerahan dokumen dan melantik peguam. Pada tarikh itu juga, semua kes itu akan disebut serentak di depan Hasbi. Pada prosiding semalam, pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum dan Salwa Asmery Abd Rahim.

CARI NAHAS..MALAM JANGAN KELUAR SORANG...SEKURANGNYA 4 ORANG TU PUN SOLEHA...ATAU MUHRAM....TAK KIRA SIANG ATAU MALAM....JIKA DIKIAS DENGAN HUKUM PERGI HAJI PEREMPUAN YG TIADA MUHRAM

Diperkosa tepi tangga

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

2010/08/27

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun bukan saja dipukul, malah turut dirogol lelaki tidak dikenali di kawasan tangga sebuah flat di Bandar Tasik Selatan, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang sedang menunggu lif untuk naik ke rumahnya selepas pergi ke kedai berhampiran, tiba-tiba didatangi seorang lelaki berusia lewat 20-an dari arah belakang.
Menurut sumber, suspek kemudian memegang tangan mangsa dan menutup mulutnya sebelum mengheretnya ke tangga kawasan perumahan itu.

“Suspek mengarahkan mangsa menanggalkan pakaiannya sebelum berbaring. Namun, mangsa enggan menyebabkan lelaki terbabit berang.

“Lelaki terbabit kemudian menampar mangsa beberapa kali sebelum mengarahkannya mendiamkan diri,” katanya.

Sumber berkata, suspek kemudian menanggalkan seluar mangsa sebelum merogolnya.

“Belumpun puas melepaskan nafsunya, suspek bergegas melarikan diri selepas terdengar suara penduduk flet berhampiran,” katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian pulang ke rumah sebelum memaklumkan kejadian itu kepada ibunya.

“Ibu mangsa membawa pelajar terbabit ke Balai Polis Salak Selatan sebelum membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

REDA DAN SABAR....NI GILIRAN KITA...SOK LUSA GILIRAN DIA PULAK...ALLAH ITU ADIL...ITU PUN JIKA SEMPAT TUA DAN BERTAUBAT....DULU IA KELUAR DI BULUH BETONG DAN AYAM BELA DAN MEMBESARKAN DIA TU IA JADI MACAM TU....JENIS ORG TAK MENGENANG BUDI BILA DAH SENANG DAN BERJAYA....

Pilu diri dibuang

Oleh Zulfa Mohamad

2010/08/27

KEPALA BATAS: “Nampaknya tahun ini saya terpaksa menyambut Aidilfitri di rumah orang tua. Saya masih ingat kepada dia (anak perempuan) tetapi sudah tidak ada hati lagi,” demikian kata Azizah Abdul Manaf, 53, penghuni Kompleks Darul Hanan, Pongsu Seribu, dekat sini.
Wanita warga emas itu menghuni pusat jagaan berkenaan sejak lima bulan lalu selepas dikeluarkan dari pusat jagaan orang tua bukan Islam di Mengkuang, Bukit Mertajam.
Menurutnya, terkilan apabila dihantar anak perempuannya berusia 30-an yang sudah berkahwin ke pusat jagaan berkenaan walaupun sebelum itu berjanji menjaganya.

Bekas atendan hospital itu berkata, sebelum ini dia tinggal bersama anak lelaki yang bekerja sebagai posmen di Gelugor, Georgetown selepas berpisah dengan suami pada 2005.

“Pada mulanya anak perempuan berjanji menjaga saya, namun tidak sampai sebulan, dia menghantar saya ke rumah orang tua bukan Islam. “Malah, dia turut meminta kad mesin juruwang automatik sebelum saya mendapat tahu wang pencen berjumlah RM38,000 habis dikeluarkan,” katanya. Ketika berada di rumah jagaan itu, Azizah terpaksa mengikat perut selama dua bulan kerana tiada selera makan sebelum keadaannya disedari orang ramai yang memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Berikutan itu, JKM kemudian menghantarnya ke Kompleks Darul Hanan dan bermula kehidupannya sebagai penghuni pusat jagaan orang tua.

Selama lima bulan menghuni pusat jagaan itu, dia hanya dilawati anak lelaki, namun anak perempuannya tidak berbuat demikian. “Saya geram mengenangkan perbuatannya terhadap saya, malah langsung tidak menjenguk saya di sini. “Saya masih ingatkan dia tetapi sudah tidak ada hati lagi. Tahun ini mungkin kali pertama beraya di rumah orang tua bersama rakan senasib,” katanya. Namun, katanya, dia masih berharap anak perempuannya akan datang menjenguk selain menunggu kunjungan anak lelakinya yang berjanji membelikan rumah untuknya

NI LAH SUKA DUKA JADI KAYA....AKHIRAT PULAK LAMA DIHISAB....

Bekas Adun disamun



2010/08/27

SEREMBAN: Seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), menempuh saat mengerikan apabila bukan saja disamun, malah turut ‘diculik’ penjenayah yang melarikan wang tunai dan kenderaan pacuan empat roda miliknya dalam satu kejadian di sekitar bandar ini, pagi semalam.
Difahamkan, dalam kejadian pada jam 7.30 pagi itu, mangsa berusia 50-an yang memandu kereta Nissan X-Trail dalam perjalanan pulang ke rumahnya sejurus selesai menghantar anaknya di sebuah sekolah di Ampangan, di sini.
Mangsa yang menetap di Taman Seremban Jaya dihampiri tiga lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta Proton Saga yang bertindak menghalang kenderaan mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang, berkata kereta mangsa ditahan kumpulan penjenayah dipercayai berusia 30-an di sekitar Dusun Nyior, Rahang, di sini

AWAS WAHAI SURI RAMAHTANGGA DAN KAUM BAPA YANG MEMBELI IKAN

Kesan pengawet mayat

Oleh Siti Nadirah Hafidzin

2010/08/27

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) memperluaskan penyelidikannya dalam bidang Bioteknologi dengan menghasilkan alat ‘Biosenser Elektrod Enzim’ yang bertindak bagi mengesan penggunaan formaldehid iaitu bahan awet mayat yang terdapat pada ikan dan makanan laut.
Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM, Prof Madya Dr Fatimah Abu Bakar berkata, penggunaan bahan kimia terlarang yang digunakan secara berleluasa oleh hampir keseluruhan pasar raya di Malaysia untuk menyegarkan makanan laut mengundang kesan negatif terutama pada aspek kesihatan.
Menurutnya, perkara itu menjadi lebih serius apabila tiada keseragaman aspek kajian dan pengawasan kerana memerlukan kepakaran bagi mengesan penggunaan formaldehid dalam makanan laut.

Beliau berkata, menurut The National Occupational Safety and Health (NIOSH), formaldehid adalah karsinogen yang bertindak sebagai mutegan yang mampu menyerang dan memusnahkan bahan genetik yang terdapat pada sel badan manusia selain menyumbang kepada risiko barah paru-paru dan otak.

Katanya, teknologi biosenser yang dihasilkan UPM adalah alat bagi mengesan bahan kimia pada makanan laut dengan penggunaan mudah iaitu dengan meletakkan sampel yang dicurigai mengandungi bahan formaldehid ke dalam alat biosenser dan hanya 10 minit nilai keputusan akan diperoleh.

Katanya, kebiasaannya makanan laut yang bebas daripada kandungan formaldehid akan menghasilkan nilai bacaan tiga ke bawah dan bacaan pada nilai lima ke atas adalah nilai yang tidak dibenarkan dan bakal mendatangkan bahaya.

“Alat pengesan ini nyata mempunyai pelbagai kelebihan di mana penggunaan yang mudah dan pantas, tepat, sensitif iaitu dapat mengesan nilai 0.1 hingga 20 di mana tidak terdapat pada mana-mana alat pengesan lain,” katanya ketika Sidang Media Alat Bagi Mengesan Bahan Awet Pada Makanan Laut, di UPM, di sini, semalam.

Tambah beliau, UPM mensasarkan penggunaan alat ini dikalangan agensi pengawasan dan pemantauan, pemborong dan peruncit ikan selain Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia untuk memiliki alat biosenser.