Pilu diri dibuang
Oleh Zulfa Mohamad
2010/08/27
2010/08/27
Wanita warga emas itu menghuni pusat jagaan berkenaan sejak lima bulan lalu selepas dikeluarkan dari pusat jagaan orang tua bukan Islam di Mengkuang, Bukit Mertajam.
Menurutnya, terkilan apabila dihantar anak perempuannya berusia 30-an yang sudah berkahwin ke pusat jagaan berkenaan walaupun sebelum itu berjanji menjaganya.
Bekas atendan hospital itu berkata, sebelum ini dia tinggal bersama anak lelaki yang bekerja sebagai posmen di Gelugor, Georgetown selepas berpisah dengan suami pada 2005.
“Pada mulanya anak perempuan berjanji menjaga saya, namun tidak sampai sebulan, dia menghantar saya ke rumah orang tua bukan Islam. “Malah, dia turut meminta kad mesin juruwang automatik sebelum saya mendapat tahu wang pencen berjumlah RM38,000 habis dikeluarkan,” katanya. Ketika berada di rumah jagaan itu, Azizah terpaksa mengikat perut selama dua bulan kerana tiada selera makan sebelum keadaannya disedari orang ramai yang memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Berikutan itu, JKM kemudian menghantarnya ke Kompleks Darul Hanan dan bermula kehidupannya sebagai penghuni pusat jagaan orang tua.
Selama lima bulan menghuni pusat jagaan itu, dia hanya dilawati anak lelaki, namun anak perempuannya tidak berbuat demikian. “Saya geram mengenangkan perbuatannya terhadap saya, malah langsung tidak menjenguk saya di sini. “Saya masih ingatkan dia tetapi sudah tidak ada hati lagi. Tahun ini mungkin kali pertama beraya di rumah orang tua bersama rakan senasib,” katanya. Namun, katanya, dia masih berharap anak perempuannya akan datang menjenguk selain menunggu kunjungan anak lelakinya yang berjanji membelikan rumah untuknya
No comments:
Post a Comment