Wednesday, August 25, 2010

BUFET HARAM..DE SIARAN TV HUKUM HARAM...VIDEO NYANYIAN HARAM...MASALAH AURAT...BERCAMPUR GAUL DGN BEBAS JUGA HARAM DAN BANYAK LAGI YANG HARAM

Bufet Ramadan haram

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

2010/08/26

KUALA LUMPUR: Masih ada hotel terkenal di ibu kota yang dikesan menggunakan arak masakan dan cuka pemanis mengandungi alkohol di dalam masakan untuk bufet Ramadan.
SOAL..Amri (kanan) menyoal siasat seorang chef berhubung penemuan wain masakan dan cuka alkohol di dalam stor hotel terbabit, semalam.
SOAL..Amri (kanan) menyoal siasat seorang chef berhubung penemuan wain masakan dan cuka alkohol di dalam stor hotel terbabit, semalam.
Tindakan itu terbongkar selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dibantu pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini, semalam.
Dalam serbuan mengejut kira-kira jam 11 pagi semalam, pegawai Jakim diketuai Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah melakukan pemeriksaan terperinci di dapur hotel terbabit yang didapati turut digunakan untuk memasak bufet Ramadan.

Amri berkata, pemeriksaan tidak hanya menilai tahap kebersihan dan penyajian makanan, malah paling utama bahan mentah yang digunakan di dalam masakan.

Menurutnya, pihaknya yang melakukan pemeriksaan di dalam stor barang kering bersebelahan dapur memasak di hotel itu menemui beberapa botol wain masakan dan cuka manisan yang mengandungi alkohol serta haram untuk dicampur ke dalam masakan.

“Berdasarkan soal siasat, chef di hotel terbabit mengaku mencampurkan wain dan cuka alkohol itu ke dalam masakan atau hidangan yang dipesan secara berasingan melalui menu.

“Bagaimanapun, pihak pengurusan hotel menafikan wain terbabit dicampurkan ke dalam masakan khusus untuk bufet Ramadan. Namun, menjadi sesuatu yang boleh menimbulkan curiga apabila bahan masakan haram itu dicampur-adukkan dengan bahan mentah halal,” katanya

No comments:

Post a Comment