Wednesday, August 25, 2010

AMAL JARIAH

RM2.1j sehari untuk berbuka



2010/08/25

MADINAH: Sepanjang Ramadan, jemaah di Masjid Nabawi meningkat hingga kira-kira sejuta orang.
Ia memerlukan perbelanjaan besar untuk menyediakan jamuan berbuka puasa.
Sudah menjadi tradisi sejak zaman Khalifah Abbasiah penduduk Madinah akan menyajikan makanan berbukasa puasa kepada jemaah di masjid berkenaan.

Meskipun hanya kurma dan kopi tempatan dibenarkan dibawa masuk di Masjidil Haram di Makkah tetapi Majlis Hal Ehwal Dua Masjid Suci tidak mengganggu amalan tradisi penduduk Madinah menyajikan makanan kepada jemaah di masjid Nabawi, kata Ketua Perhubungan Awam masjid itu, Abdul Wahid Al-Hattab.

Mulai jam 3 petang, lebih 10,000 orang, yang diatur oleh penduduk Madinah sendiri, mula membawa makanan dengan menggunakan kereta sorong.

Sejurus selepas solat Asar, kain alas mula dibentang.

Kebanyakan mereka yang membantu menyajikan makanan itu terdiri daripada warga asing.

Tugas itu kelihatan berat kerana jumlah jemaah yang begitu ramai.

Bagaimanapun, menurut Abdul Wahid, penduduk yang menyediakan makanan itu sudah mempunyai tempat tertentu.

Ada yang menyediakan makanan untuk 100 orang, ada untuk 200 dan seterusnya.

Setiap tahun, mereka akan membawa makanan itu ke kawasan yang sudah ditetapkan.

Setiap jemaah akan dibekalkan dengan 170 gram dadih, roti dikenalli sebagai Shraik, 250 gram kurma, dan kari serta kopi Saudi.

Makanan itu, termasuk plastik untuk membungkusnya berharga kira-kira SR2.5 (RM2.1) untuk setiap seorang.

Ini bermakna sebanyak SR2.5 juta (RM2.5 juta) dibelanjakan setiap hari untuk berbuka puasa di Masjid Nabawi.

Penduduk Madinah terkenal kerana kemurahan hati mereka.

Di pintu masuk, penganjur majlis berbuka puasa dan penderma lain akan mengarahkan anak mereka mempelawa jemaah berbuka di kawasan mereka. Hanya 12 minit diperuntukkan untuk berbuka puasa sebelum mereka bersolat Maghrib. - Agensi

No comments:

Post a Comment