Sunday, August 22, 2010

KECIK2 DAH BERMUKAH...ADAKAH MASIH BELUM GAWAT KE... PERKARA ZINA...HAIRAN BETUL...ADA MUFTI2/PENCERAMAH2 TERKENAL... TAK BACAKAH BERITA BEGINI...ASYIK CERITA AMALAN ISLAM...MASALAH HUDUD SANGAT KURANG DITEKAN...MEREKA TAK TAKUT ALLAH KE...ATAU HANYA MEMENTINGKAN FULUS

Gadis sunti bermukah

Oleh Nor Husaini Nor Majid
am@hmetro.com.my
2010/08/23

KULIM: Usianya baru menjengah 12 tahun, namun gelora nafsu seorang gadis sunti yang juga murid tahun enam, tidak dapat membendungnya daripada melakukan maksiat.
Lebih mengejutkan, ketika umat Islam menahan lapar dan dahaga kerana menunaikan ibadah puasa, murid sebuah sekolah rendah di Kuala Ketil, dekat sini, bertindak di luar dugaan apabila berkhalwat bersama dua lelaki sekali gus pada siang hari.

Malah, ketika operasi mencegah maksiat dilakukan, remaja terbabit didapati sedang melakukan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki berkenaan dalam sebuah rumah di Taman Desa Aman, Karangan, dekat sini.

Dalam operasi dijalankan Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, murid perempuan berkenaan didapati sedang bersetubuh dengan lelaki terbabit, manakala seorang lelaki lagi turut berada dalam rumah itu.

Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya menerima aduan orang awam mengenai perbuatan terkutuk remaja terbabit pada jam 10.35 pagi sebelum pegawai PADK, diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib bersama tujuh anggota, membuat pemeriksaan di rumah berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, melalui intipan sebelum melakukan serbuan, pihaknya mendapati remaja perempuan itu bersama seorang lelaki berusia 23 tahun dalam sebuah bilik, manakala seorang lagi lelaki turut berada dalam rumah sama.

“Gadis sunti itu baru mengenali lelaki berusia 23 tahun terbabit sebelum mereka melakukan hubungan seks,” katanya.

Azmi berkata, seorang lagi lelaki berusia 20 tahun menjemput remaja berkenaan di Kuala Ketil sebelum membawanya ke rumah sewa lelaki itu di sini.

“Berdasarkan siasatan, lelaki berusia 20 tahun itu turut mengaku tidur bersama remaja perempuan terbabit pada malam sebelum itu.

“Mereka mengakui tidak mempunyai hubungan mahram dan ketiga-tiganya ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Kulim untuk diambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, gadis berkenaan dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut manakala kedua-dua lelaki terbabit ditahan di lokap Balai Polis Kulim.

Difahamkan, polis mengklasifikasikan kes sebagai rogol kerana membabitkan remaja perempuan bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Dalam perkembangan sama, Azmi berkata sedikit kekecohan berlaku apabila ibu gadis terbabit dipanggil ke pejabat PADK berikutan ketidakpuasan hati wanita berkenaan terhadap tindakan anaknya dan pasangan.

“Ibu remaja itu memukul kepala, muka serta badan lelaki yang ditahan menggunakan kasut kerana tidak puas hati selepas anaknya didapati bersekedudukan, namun kekecohan berjaya dileraikan pegawai bertugas,” katanya.


Pelajar perempuan didakwa sembunyi kelahiran bayi



2010/08/23

MELAKA: Mahkamah Majistret di sini hari ini bersidang di sebuah wad di Hospital Melaka untuk prosiding mendakwa seorang pelajar perempuan yang sedang menerima rawatan, atas tuduhan menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat seorang bayi lelaki secara sulit.
Pelajar berusia 21 tahun dari sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini, didakwa melakukan kesalahan itu dalam tandas perempuan Wad Kecemasan Hospital Melaka antara jam 2.30 pagi dan 3 pagi pada 17 Ogos lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Majistret Mohd Fairuz Johari menetapkan 23 September ini untuk sebutan semula kes itu.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mahmoodah Abdul Latif dan Haslinda Abu Bakar.-Bernam


3 wanita penari lucah ditahan positif dadah



2010/08/23

SERDANG: Tiga wanita beragama Islam ditahan ketika sedang menari separuh bogel di sebuah kelab malam di daerah ini, awal pagi semalam.
Mereka antara lima wanita yang ditahan polis ketika serbuan Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang jam 1.45 pagi di sebuah pub di Bukit Puchong Jaya, di sini kerana positif dadah bersama empat lagi lelaki.
Ketika serbuan, wanita terbabit didapati sedang khayal kerana meneguk arak dan mengambil pil khayal dipercayai Eramin 5.

Premis hiburan itu didapati menjalankan perniagaan melebihi masa selain menawarkan tarian lucah kepada pengunjungnya selepas tengah malam.

Ketua Polis Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, premis itu menjadi pilihan orang ramai berikutan persembahan tarian lucah yang disediakan.

“Ketika serbuan, 50 pengunjung termasuk pelayan pelanggan (GRO) berada di premis berkenaan termasuk beberapa orang yang sedang membuat persembahan pada besi tiang di atas pentas yang disediakan.

“Polis tidak menolak kemungkinan mereka sedang khayal dengan mengambil pil khayal ketika beraksi ghairah di atas pentas,” katanya.

Mereka semua dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut dan akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Khamis lalu, 22 lelaki yang sedang leka berjudi diberkas polis di dua premis judi Internet berasingan di Pusat Perniagaan Seri Kembangan, dekat sini.

Lebih memalukan, ketika pemeriksaan dilakukan semua lelaki berusia 30-an itu didapati tidak berpuasa apabila ditemui makanan serta minuman di atas meja komputer mereka. Mereka pada mulanya mendakwa berpuasa tetapi selepas disiasat terpaksa mengakui sebaliknya


KOMEN DARI FACEBOOK



Umno Roboh Masjid Bujal's Photos - Wall Photos

Photo 118 of 50   Back to Album · Umno Roboh's Photos · Umno Roboh's Profile


Berani kah Umno menulis sedemikian...sebab umno mengaku islam..memertabatkan islam...berani kah seorang ahli umno yang islam baka menulis kepada Pemimpinnya khususnya najib....kahkahkah


Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wanita Islam Kuala Lumpur akan menghantar memorandum kepada tiga kementerian bagi mendesak langkah yang lebih serius diambil dalam mengawal lambakan bahan pornografi di media massa yang dilihat menjadi punca kepada masalah sosial di negara ini.
Jurucakap gabungan yang diwakili lapan NGO itu, Dr Niekmah Adam berkata, memorandum berkenaan akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang dilihat bertanggungjawab dalam masa terdekat ini.
"Setelah buat pertama kali semua NGO ini mengadakan perbincangan mengenai masalah sosial yang dirumuskan salah satunya berpunca daripada lambakan bahan porno, kami sebulat suara mendesak kerajaan secara umumnya mengambil langkah serius dan bersungguh-sungguh untuk mengawal kebanjiran bahan porno di internet dan media massa," kata Niekmah pada sidang media di pejabat Jemaah Islah Malaysia (JIM), dekat sini, hari ini.
Menurutnya, pendedahan terhadap unsur-unsur pornografi di kalangan remaja ini menjadi salah satu punca utama kepada peningkatan kesalahan melibatkan kes jenayah seksual dan juga di kalangan remaja di Malaysia.
Memorandum yang dijangka akan diserahkan awal bulan depan itu mengandungi beberapa desakan kepada kementerian terbabit.
Antaranya gabungan itu mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil tindakan undang-undang yang tegas dan lebih berat keapda mana-mana pihak yang menjual dan mengedar bahan porno dan mengawal lambakan video cakera padat (VCD) di pasaran.
Mereka juga mendesak Kementerian Dalam Negeri mengawal penerbitan buku, nmajalah dan akhbar yang memaparkan cerita, berita, dan grafik yang mengandungi unsur-unsur kelucahan melampau.
Selain itu, desakan turut dibuat terhadap Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan konsisten dalam mengawal bahan-bahan siaran samaada di stesyen televisyen milik kerajaan atau swasta.
"Hak penapisan kandungan bahan siaran yang diberikan kepada sesetengah stesyen penyiar perlu ditarik balik dan Lembaga Penapisan Filem dilihat gagal memainkan peranan dan fungsinya perlu dinilai semula,” katanya yang juga Ketua Wanita JIM Kuala Lumpur.
Selain itu, gabungan berkenaan berpandangan bahawa penguatkuasaan hukuman perlu ditingkatkan kerana hukuman berbentuk denda dilihat tidak mampu memberi kesedaran kepada pengedar VCD lucah.
Sementara itu, Pengurus Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga JIM, Faridah Maludin memberitahu, kebanyakan remaja yang terlibat dalam masalah sosial khususnya zina mengakui mereka terjebak ke dalam tindakan negatif itu kerana terpengaruh dnegan bahan porno yang sangat mudah untuk didapati melalui internet dan telefon bimbit.
Beliau turut berpandangan bahawa ibu bapa memainkan peranan penting mendidik kanak-kanak dan remaj agar mempunyai benteng awalan diri yang mantap terhaap masalah-masalah sosial sejak daripada kecil lagi.
"Saya menyerulah kepada ibu bapa agar tidak memandang remeh isu ini sebaliknya mengawasi anak-anak dengan cara yang betul dan memberikan sepenuh kasih sayang agar mereka tidak mencari keseronokan di luar rumah," katanya.
Pengarah Nisa'  Wilayah Persekutuan, Nor Hafiza Fadzil pula berkata, statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran negara dari tahun 2000 hingga 2008 sangat membimbangkan dan memerlukan perhatian daripada semua pihak.
"Berdasarkan kepada laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
"Ini sangat membimbangkan, jadi sebab itulah kami selaku NGO membawa isu ini dan bersetuju untuk menghantar memorandum kepada kerajaan," katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai Konvensyen Sosial Kebangsaan yang akan diadakan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat bagi membincangkan masalah sosial dalam masyarakat, Niekmah berkata, pihaknya menyokong penuh usaha itu dan bersedia untuk turut serta.
"Ini satu usaha yang bagus dan kami menyokong penuh konvensyen ini diadakan dan bagi pihak kami, bersedia untuk menyertainya jika diundang untuk turut serta," katanya.
NGO lain yang menyertai gabungan berkenaan ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), An Nidaa', Women Institute For Research, Development and Advancement (Wirda), Persatuan Kebajikan Darul Najah, Wanita IKRAM Wilayah Persekutuan dan Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal Hulu Klang


'Nikah gantung tangani kemaruk nafsu, buang bayi'
Ogos 23, 10 3:46pm
Proses perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu
terjebak dalam kancah seks bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan.

Menurut, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:

# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.

"Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:

# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.
# idak mempunyai kemampuan menyewa rumah.
# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.

Nasrudin berkata, kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara.
"Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

"Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).

"Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah," tambahnya .

Menurutnya lagi, kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit.

"Malah mereka juga takut untuk kembali ke pangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama .

"Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara," tegasnya lagi.



Pegangan agama longgar

SHAH ALAM - Longgar pegangan agama dalam kalangan masyarakat adalah punca utama berlakunya gejala maksiat pada bulan penuh keberkatan ini.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, gejala seperti itu harus dibanteras segera kerana ia mencemarkan nama agama dan umat Islam, apatah lagi maksiat berlaku ketika Ramadan.

Menurutnya, Ramadan adalah bulan membersihkan jiwa, bulan beribadat dan bulan di mana Allah limpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-Nya.

“Kita harus mengisi bulan ini dengan amal ibadat dan bukan mendekatkan diri dengan maksiat. Jika seseorang itu tahu azab dan seksaan yang bakal menimpa sekiranya melakukan maksiat, sudah tentu mereka tidak melakukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pengulas laporan Sorot semalam yang memaparkan kegiatan maksiat tidak menurun pada bulan Ramadan, malah ada umat Islam yang berani melakukan perbuatan terkutuk itu secara terang-terangan.

Mereka yang sudah ‘sebati’ dengan perbuatan keji begitu, usahkan mahu memuliakan Ramadan, hari-hari biasa dalam bulan-bulan lain pun tidak ‘senang duduk’ tanpa ‘tabiat’ buruk tersebut.

Abdul Rahman berkata, maksiat berlaku bila-bila masa dan bukan hanya ketika Ramadan sahaja.

“Kalau pada bulan lain, mungkin boleh kita membuat tafsiran bahawa ia adalah pengaruh syaitan, tetapi ketika Ramadan adakah juga disebabkan pengaruh syaitan?

“Syaitan telah dirantai, jadi maksiat berlaku pada bulan tersebut disebabkan tabiat manusia itu sendiri yang gemar melakukan maksiat. Bila maksiat sudah menjadi darah daging, tentulah sukar untuk berubah,” katanya.

Abdul Rahman meminta, individu yang masih melakukan maksiat agar segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

“Renunglah dan ingatlah mati. Besar azab dan seksaan Allah jika masih lagi melakukan apa yang dilarang oleh-Nya,” katanya.

Dalam masa sama, Abdul Rahman menggesa setiap pendakwah di Jabatan Agama Islam negeri masing-masing peka dan fokus dengan apa yang berlaku di negeri mereka

No comments:

Post a Comment