Saturday, August 28, 2010

BAGUSLAH....JANGAN TENDER ATAS TENDER DAH...AKHIR SUSU BERNILAI MURAH...SUSU YANG HAMPIR LUPUS TARIKH...PIHAK BERWAJIB KENA PANTAU SELALU....NI PENENDER YANG TAK BERTANGGUNG JAWAB NAK UNTUNG ATAS ANGIN

NEGARA


Susu percuma diteruskan tahun ini

LAHAD DATU - Pemberian susu percuma untuk pelajar sekolah rendah di seluruh negara yang dihentikan dua tahun lalu akan dilaksanakan semula tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia akan diberi nama baru iaitu Program Susu 1Malaysia.
Kata beliau, jika boleh ia akan dilaksanakan sebelum akhir tahun ini atau lebih awal daripada itu.
"Jika boleh pada bulan Oktober. Apapun kita akan laksanakan seberapa segera yang boleh," kata beliau yang juga Menteri Pelajaran kepada pemberita selepas menerima taklimat berhubung pembangunan daerah Lahad Datu di sini semalam.
Muhyiddin berkata, perkara itu telah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pada masa ini, urusan dengan pihak pembekal sedang dimuktamadkan.
"Kita setuju supaya skim yang dahulu kita tangguhkan kerana ada masalah seperti susu basi dan pelajar sakit perut, diteruskan," ujarnya. - Bernama

No comments:

Post a Comment