Monday, August 23, 2010

APABILA JAHIL..HUKUM ALLAH LANGGAR IKUT SUKA...UNDANG2 YANG ADA TAK MENAKUT MEREKA

Lari separuh bogel

Oleh Zuliaty Zulkiffli

2010/08/24

ALOR SETAR: Seorang daripada empat lelaki berperwatakan wanita ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) sempat menanggalkan pakaiannya sebelum melompat keluar dari tingkap belakang van penguatkuasa sebelum melarikan diri, awal pagi semalam.
Suspek berusia 20-an itu dipercayai hanya berseluar dalam ketika melarikan diri di perkarangan Stadium Darulaman, di sini, bagi mengelak dicekup penguat kuasa Jaik yang membuat serbuan di kawasan itu, kira-kira jam 2 pagi.
Dalam serbuan itu, sekumpulan lebih 10 lelaki terbabit yang sedang berurusan dengan pelanggan bertempiaran lari sebaik van penguatkuasa Jaik tiba di lokasi.

Ketika serbuan, semua mereka yang berpakaian wanita termasuk kebaya dan skirt pendek berada di kawasan itu seawal jam 9 malam.

Ketua Operasi Jaik, Solehudin Saudi berkata, anggotanya 10 orang terpaksa mengepung kawasan itu selepas menyedari menjadi lokasi golongan itu berkumpul dan menawarkan khidmat seks.

Difahamkan, golongan itu mengenakan bayaran antara RM30 hingga RM50 bergantung kepada pelanggan untuk sekali khidmat seks.

“Sebelum ini kami sudah membuat beberapa kali serbuan di perkarangan Stadium Darulaman ini hingga kawasan itu lengang.

“Bagaimanapun, kegiatan itu kembali aktif dan semakin rancak pada Ramadan ini,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau berkata, sebelum itu lima anggotanya membuat intipan bermotosikal di kawasan itu hampir sejam untuk melihat gelagat golongan itu yang semakin bertambah dari masa ke semasa.

Menurutnya, pihaknya kemudian menyerbu kawasan itu dan berjaya menahan empat pondan menyebabkan rakan lain melarikan diri termasuk pelanggan mereka.

Katanya, ketika itu berlaku pergelutan antara pondan ditahan dengan penguatkuasa ketika masing-masing cuba melarikan diri

“Seorang pondan yang berada dalam van penguat kuasa sempat menanggalkan baju lalu melompat keluar melalui tingkap van hanya berseluar dalam.

“Bagaimanapun, dia gagal ditahan semula kerana keadaan cuaca gelap dan kejadian berlaku terlalu pantas. Mereka kemudian dibawa ke Bilik Gerakan Pejabat Agama Daerah Kota Star untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, mereka mengaku menjalankan kegiatan itu secara sambilan pada tengah malam kerana masing-masing bekerja di butik pakaian sekitar bandar raya ini.

Menurutnya, mereka disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-dua sekali

No comments:

Post a Comment