Wednesday, August 25, 2010

KES MACAM NI DAN BUANG ANAK...ZINA KIAN SUBUR...NI AKAN TERUS BERLAKU JIKA HUKUM ALLAH KITA NAFIKAN...

Pekerja restoran makanan segera dituduh rogol dan liwat kanak-kanak perempuan



2010/08/25

IPOH: Seorang pekerja sambilan restoran makanan segera didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan iaitu merogol dan meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun pada awal bulan ini.
Bagi pertuduhan pertama, Haris Iskandar Abdullah, 38, berasal dari Tambun di sini, didakwa merogol mangsa di tepi pagar Wisma OAB, Jalan Gopeng di Kampar antara 8.15 dan 10.30 malam 4 Ogos lepas.
Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa meliwat budak perempuan itu di sebuah kawasan semak samun di Gopeng dekat sini antara waktu dan tarikh yang sama.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat.

Haris Iskandar mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Tan Hooi Leng dan memohon dibicarakan terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farid Mohd Mokhtar memohon supaya perbicaraan bagi kedua-dua pertuduhan itu dijalankan secara bersama-sama dengan satu pertuduhan lain iaitu culik yang terlebih dahulu disebut di Mahkamah Majistret kerana ia melibatkan mangsa dan saksi yang sama.

Mohd Farid turut memohon supaya mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana mangsa adalah seorang kanak-kanak yang hanya berumur 11 tahun dan tertuduh telah melakukan tiga kesalahan terhadap mangsa.

"Mangsa mengalami kesan trauma yang sangat mendalam dan jika tertuduh dibebaskan dengan jaminan ia akan menambahkan kesan trauma kepada mangsa," katanya.

Hakim kemudiaan meminta tertuduh untuk berkata sesuatu berkenaan jaminan selepas mendapati tertuduh hanya mendiamkan diri.

Selepas itu, penterjemah memberitahu tertuduh dalam bahasa Tamil dan tertuduh hanya berkata dia akan mendapat khidmat peguam


Pihak pendakwaan turut memohon satu tarikh bagi sebutan semula untuk mendapat laporan kimia dan perubatan untuk kes berkenaan.

Tan kemudiannya menetapkan 18 Okt ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan perbicaraan secara bersama-sama bagi kesemua pertuduhan yang dihadapi Haris Iskandar.

Terdahulu, Haris Iskandar dihadapkan ke Mahkamah Majistret bagi tuduhan menculik budak yang sama.

Dia didakwa menculik kanak-kanak perempuan itu dari penjaganya yang sah di kawasan perumahan Taman Jati 6, Taman Meru 3C di sini pada 8.15 malam 4 Ogos lepas


Kafe tawar khidmat seks di Petaling Jaya diserbu, 10 pelacur asing ditahan



2010/08/25

PETALING JAYA: Dengan berselindung di sebalik lesen perniagaan restoran, tetapi satu sindiket pelacuran ligat menjalankan kegiatan urut seks dan servis pelacur di sebuah bangunan berdekatan Taman Bukit Mayang, di sini sejak tiga bulan lalu.
Difahamkan pemilik restoran terbabit memperoleh lesen bagi menjalankan perniagaan makan dan minum di tingkat dua bangunan itu, tetapi menyalahgunakan lesen itu dengan menawarkan khidmat pelacuran kepada pelanggan di tingkat tiga bangunan itu yang turut dilengkapi dengan asrama untuk para pelacur terbabit.
Dalam serbuan yang dilakukan pada jam 9.30 malam tadi yang diketuai Pegawai Operasi, Asisten Komisioner Lim Chee Wah dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, seramai 10 orang pelacur warga asing ditahan.

Mereka yang berumur antara 20 hingga 38 tahun membabitkan lima orang warga Indonesia, empat orang warga Vietnam dan seorang warga China.

"Yang turut ditahan ialah dua lelaki tempatan berumur 20 dan 40 tahun yang bertindak sebagai penjaga restoran berkenaan," kata Lim.

Katanya, ketika diserbu, terdapat lima pelanggan di dalam premis itu, bagaimanapun mereka dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.

"Sebelum ini serbuan yang sama telah dilakukan pada Mac lepas di restoran berkenaan namun kegiatan pelacuran masih lagi berlaku dan kita sedang memburu pemilik restoran bagi membantu siasatan," kata beliau.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 373 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan kegiatan pelacuran.-Bernama



Pemandu teksi didakwa perkosa remaja



2010/08/25

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang remaja, Januari lalu.
Mohd Shaiful Anh'ar Abd Ghani, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Fathiyah Idris. Tertuduh turut mengaku tidak salah terhadap dua lagi pertuduhan masing-masing merompak telefon bimbit mangsa dan menggunakan senjata berbahaya yang mungkin menyebabkan kecederaan pada mangsa.
Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Shaiful didakwa merogol remaja berusia 17 tahun itu di dalam bilik hotel di Lorong Haji Taib, Off Jalan Tunku Abdul Rahman dekat sini, jam 12 malam pada 30 Januari 2010.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun atau sebat, jika sabit kesalahan. Pertuduhan kedua, dia didakwa merompak telefon bimbit mangsa di dalam sebuah teksi antara jam 8 hingga jam 12 malam

No comments:

Post a Comment