Bedilan mercun
Oleh Riadz Radzi
2010/08/26
2010/08/26
MALANG... Nor Syafiqah hadapi risiko hilang penglihatan.
Norasiah berkata, pada masa sama, beberapa remaja lelaki yang juga anak jiran bermain mercun roket kira-kira tiga meter dari tempat anaknya berdiri.
“Saya difahamkan mercun itu dihalakan ke arah anak saya dan sebaik dinyalakan, ia terbang tepat ke mata kanannya sebelum meletup atas tanah,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam.
Nor Syafiqah yang meraung kesakitan kemudian dibawa jirannya masuk dalam rumah sebelum dibawa ke HSB oleh bapanya, Abd Halim Abdullah, 51. Difahamkan, remaja yang bermain mercun itu melarikan diri ketakutan.
Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Peremba, Jalan Kuala Kedah itu terpaksa menjalani pembedahan empat jam awal pagi kelmarin berikutan kecederaan pada mata hitamnya
Malah, Nor Syafiqah, anak bongsu daripada lima beradik itu berdepan risiko hilang penglihatan mata kanan apabila penglihatannya kabur walaupun stabil.
Sementara itu, Abd Halim yang kecewa dengan kejadian itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar, di sini, malam Isnin lalu
“Saya kecewa dengan remaja itu yang sudah dinasihatkan tidak bermain mercun tetapi berdegil.
“Sehingga hari ini (semalam) tiada seorang pun datang melawat atau meminta maaf,” katanya
No comments:
Post a Comment