Wednesday, August 25, 2010

BERHATI2...SENTIASA MOHON PERLINDUNGAN ALLAH..KERANA ALLAH LAH SEBAIK2 PERLINDUNG...

Isteri terjun kereta dilarikan penjenayah



2010/08/25

KLANG: “Mulanya saya dengar suara sayup-sayup minta tolong sebelum saya toleh ke kereta dan lihat tangan isteri terkapai-kapai minta bantuan,” kata Basir Moksin, 55, ketika ditemui di rumahnya di Sungai Puloh, Taman Cempaka Sari, Klang Utama di sini, semalam.
BEGINI...Norsiah melakonkan semula kejadian terbabit, semalam.
BEGINI...Norsiah melakonkan semula kejadian terbabit, semalam.
Basir dan isterinya, Norsiah Azali, 52, disamun seorang lelaki ketika dia membeli burger di Jalan Cempaka Sari di sini, manakala isterinya menunggu di dalam kereta.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.10 malam, kelmarin, Norsiah bergelut dengan penyerang hampir 10 minit sebelum dia membuka pintu kiri hadapan dan terjun keluar sebelum suspek memecut Proton Satria Neo milik anak pasangan berkenaan.

Menceritakan kejadian, Basir berkata, sejurus melihat tangan isterinya terkapai-kapai sambil menjerit meminta tolong dia bergegas ke kereta, namun gagal membuka pintu berikutan suspek mengunci dari dalam.

“Isteri saya buka pintu dan terjun keluar sebelum lelaki itu melarikan kereta,” katanya.

Sehingga kini, kereta mangsa berwarna hitam bernombor pendaftaran BKC8374 tidak ditemui.

Pasangan itu membuat laporan di Balai Bukit Raja, Klang.

No comments:

Post a Comment