Thursday, August 26, 2010

Persoalan, bolehkan Orang Kafir memasuki Masjid?


Salam.

1. Orang bukan Islam boleh masuk masjid jika di benarkan.
2. Orang bukan Islam boleh masuk masjid sekiranya niat adalah betol dan tidak menghina masjid.
3. Mereka mempunyai sebab yang minasabah sekiranya kemasukan mereka ke dalam Masjid untuk memecahbelahkan perpaduan masyarakat atau menyebarkan fitnah maka kebenaran mereka tidak dibenarkan memasuki Masjid.
4. Mereka harus menghormati Masjid dan sedar akan kesucian Masjid bagi umat Islam beribadah
5. Lelaki dan Perempuan yang masuk ke dalam Masjid harus menutupi aurat dengan menggunakan pakaian yang bersesuaian.
Bagi aku, geng2 umno ni sudah terdesak. Habis isu perkauman, timbul pulak isu baru dari geng2 pencacai umno neh..
UMNO ni mmg lembu yang dicucuk hidungnya oleh pak jib dan penyamun-penyamun umno yang lain.. Bodoh kan?? Tak abis lagi isu khutbah, timbul pulak isu orang kafir masuk masjid adalah haram.. Baca yang di bawah ni samapi paham..

Kita tgok samada haram ke tak orang kafir masuk masjid..

===================================================================
Persoalan ini telah dibahaskan oleh ulamak ketika mentafsirkan ayat 28 surah at-Taubah.
Allah s.w.t. telah berfirman:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡمُشۡرِكُونَ نَجَسٌ۬ فَلَا يَقۡرَبُواْ ٱلۡمَسۡجِدَ ٱلۡحَرَامَ بَعۡدَ عَامِهِمۡ هَـٰذَا‌ۚ وَإِنۡ خِفۡتُمۡ عَيۡلَةً۬ فَسَوۡفَ يُغۡنِيكُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۤ إِن شَآءَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ حَڪِيمٌ۬

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjidilharam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah:28)

Ayat ini mengandungi beberapa persoalan.

Pertama : Orang-orang musyrik itu najis. Apakah yang dimaksudkan dengan najis di sini adalah tubuh badan mereka?

Di dalam tafsirnya Ibn Kathir berkata bahawa menurut jumhur (majority) ulamak tubuh badan mereka tidak najis. Dalilnya ialah Allah s.w.t. menghalalkan orang Islam makan makanan Ahli Kitab. Sebahagian ulamak dari kalangan mazhab az-Zohiri berpendapat tubuh badan mereka adalah najis. Asy’ath melaporkan al-Hasan al-Basri berkata sesiapa yang berjabat tangan dengan musyrikin,hendaklah dia mengambil wuduk selepas itu.

Al-Qurtubi, di dalam tafsirnya al-Jami’ li-Ahkam al-Quran melaporkan bahawa Ibn ‘Abbas r.a. berkata yang najis itu kesyirikan yang menjadi pegangannya, bukan tubuh badannya.

Kedua: Larangan keatas mereka menghampiri Masjid al-Haram. Sehubungan dengan larangan ini, al-Qurtubi telah membincangkan beberapa isu:

i. Maksud Masjid al-Haram. Yang dimaksudkan dengan Masjid al-Haram adalah seluruh tanah haram. Belaiu telah menyebutkan pendapat ‘Ato’ bahawa orang musyrik diharamkan memasuki tanah haram seluruhnya. Apabila mereka datang sebagai utusan, mereka hendaklah menunggu di luar dan pemimpin Islam (sekiranya bertapak di dalam kawasan tanah haram) mesti keluar menemui mereka dan mendengar apa yang mereka bawa. Sekiranya mereka menyusup masuk, kemudian mati, hendaklah digali kurburnya dan dikeluarkan tulang-tulangnya. Tidak halal bagi mereka sama ada bermastautin atau lalu larang di dalam kawasan tanah haram Mekah.
adapun Semenanjung Arab yang tidak termasuk kawasan tanah haram, maka Imam Malik dan asy-Syafi’e berkata mereka tidak boleh tinggal di dalamnya tetapi tidak dilarang dari memasukinya sebagai musafir.

ii. Hukum orang kafir memasuki masjid, sama ada Masjid al-Haram atau lain-lain. Imam al-Qurtubi telah mengemukakan lima pandangan ulamak mengenainya:

a. Pendapat Ahli Madinah: Larangan yang disebut di dalam ayat ini merangkumi semua golongan musyrik dan semua masjid. Dalil mereka adalah:

- Surat yang ditulis oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada gabenornya. Di dalam surat itu turut dimasukkan ayat ini (At-Taubah:28)

- Firman Allah yang bermaksud “(Nur hidayat petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.” (An-Nur:36). Masuknya orang kafir ke dalam masjid adalah bertentangan dengan suruhan memuliakannya.

- Hadis yang terdapat di dalam Sahih Muslim dan lainnya bermaksud: “Sesungguhnya masjid ini tidak selayaknya ada kencing dan sebarang kekotoran” , sedangkan orang kafir tidak terlepas daripadanya.

- Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Tidak dihalalkan masjid untuk orang haid dan junub”, sedangkan orang kafir berjunub.

- Firman Allah di dalam ayat di atas yang bermaksud: (Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis). Allah telah menyatakan mereka adalah najis. Najis di sini sama ada diri mereka atau mereka tidak mengamalkan hukum bersuci. Walau apapun maknanya, menghalang mereka dari memasuki masjid adalah wajib kerana illah najis itu ada pada mereka dan kehormatan masjid tidak boleh diabaikan.

b. Imam asy-Syafi’ei berkata: orang musyrik yang disebut di dalam ayat ini merangkumi semua golongan kafir, manakala masjid pula adalah khusus kepada Masjid al-Haram. Oleh itu mereka tidak dilarang memasuki masjid-masjid yang lain daripadanya.

c. Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya berkata orang Yahudi dan Nasrani tidak dilarang dari memasuki Masjid al-Haram dan lain-lain. Yang dilarang dari memasuki Masjid al-Haram hanyalah musyrik penyembah berhala sahaja.

d. Al-Kiya at-Tobariy berkata menurut Imam Abu Hanifah, orang zimmi harus memasuki semua masjid tanpa keperluan (hajat), sedangkan Imam asy-Syafi’ei berkata keharusan adalah mengikut keperluan. Sungguhpun begitu Masjid al-Haram tetap tidak harus bagi mereka memasukinya walaupun ada hajat.

e. Pendapat ‘Ato’ bin Rabah: Seluruh tanah haram adalah qiblat dan masjid, maka tidak harus bagi mereka memasuki seluruh tanah haram berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.

Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Isra’:1). Di dalam ayat ini Allah menyatakan Nabi di bawa dari Masjid al-Haram, sedangkan baginda diangkat dari rumah Ummu Hani. Ini menunjukkan seluruh tanah haram adalah masjid.

No comments:

Post a Comment