Sunday, August 22, 2010

MAKSIAT DIMANA2...WALAUPUN IA TIDAK ISLAM..PERBUATAN ITU MAKSIAT JUGA...DAN DIKHUATIRI JADI IKUTAN UMAT ISLAM...PERKARA JAHAT LEBIH MUDAH DIIKUT DARI PERKARA BAIK DAN TAKWA

Suami jaja aksi ranjang Heidi



2010/08/22
LOS ANGELES: Bintang siri hiburan The Hills, Heidi Montag, mungkin berdepan detik mengaibkan apabila suaminya - juga pelakon siri popular itu - Spencer Pratt, dilaporkan menjaja rakaman aksi seks mereka kepada pihak yang berminat.
ADA RAHSIA...Pratt dan Heidi di saat bahagia mereka.
ADA RAHSIA...Pratt dan Heidi di saat bahagia mereka.
Rumah tangga mereka gagal bertahan selepas Heidi memfailkan perceraian pada 30 Julai lalu.

Melalui rakaman itu, Pratt mendakwa, ia mengandungi aksi mereka di atas ranjang ketika kedua-duanya masih bahagia.

Sebuah laman sesawang terkenal melaporkan, Pratt kini cuba mengadakan pertemuan dengan syarikat penerbitan filem lucah, Vivid Entertainment, untuk menjual rakaman berkenaan.

Pengerusi bersama syarikat itu, Steven Hirsch, mengesahkan perkembangan itu dan berkata, persetujuan mengenainya mungkin dicapai tidak lama lagi.
“Perbincangan masih di peringkat awal,” katanya.

Sementara itu, Pratt berkata, dia ‘sering mengarah filem’ sejak sekolah dan kini tidak sabar ‘mempersembahkannya’ kepada orang ramai untuk pertama kali.

Cubaan mendapatkan pengesahan daripada Heidi mengenai kesahihan rakaman video itu pula gagal.

Jurucakap Heidi berkata, aktres itu sedang menjalani penggambaran di lokasi lain dan tidak dapat dihubungi untuk sementara waktu.

Awal minggu ini, Pratt berkata, dia dalam proses menulis buku yang bakal mendedahkan segala rahsia mengenai hubungannya dengan Heidi.

Pratt bertemu dan berpacaran dengan Heidi ketika mereka muncul dalam siri terbitan saluran hiburan MTV beberapa tahun lalu.

Mengenai rancangan Pratt menulis buku itu, Heidi berkata, dia mungkin akan mengemukakan saman bagi menghalang ia diterbitkan. Siri The Hills adalah program realiti televisyen memaparkan kehidupan orang muda di Los Angeles dan tayangannya berakhir Julai lalu selepas empat tahun disiarkan. - Reuters


Abai puasa Ramadan

Oleh FIRDAUS SAHAT dan MIOR AZLAN MIOR KAMARULBAID

2010/08/22

KUALA LUMPUR: Tua tidak sedar diri! Itulah yang boleh diibaratkan terhadap segelintir lelaki hidung belang beragama Islam yang sanggup berjoli di sebuah kelab dangdut di ibu kota pada bulan mulia ini semata-mata untuk melayan nafsu dengan pelayan pelanggan (GRO) yang rata-rata seksi dan gebu.
BUKTI... kelab dangdut masih mendapat perhatian pengunjung beragama Islam meskipun pada bulan puasa.
BUKTI... kelab dangdut masih mendapat perhatian pengunjung beragama Islam meskipun pada bulan puasa.

Mereka yang tidak mempedulikan Ramadan ini tanpa segan silu meneguk air kencing syaitan sambil rebah dibelai GRO terbabit.

Tinjauan Metro Ahad baru-baru ini mendapati, hampir setiap malam dianggarkan 50 pengunjung memenuhi pusat hiburan itu.

Malah, golongan lelaki berkenaan langsung tidak mempedulikan kesucian Ramadan dan mengabaikan ibadat Tarawih hingga sesetengah daripada mereka sanggup melakukan maksiat bersama pasangan masing-masing.

Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti senaman turut dieksploitasikan golongan GRO itu bagi mewujudkan gerak tarian yang memberahikan bagi menarik perhatian pelanggan.

GRO terbabit juga bukan saja berpakaian seksi dan mempersembahkan aksi tarian mengghairahkan, malah turut tidak kisah jika bahagian tertentu tubuh mereka dipegang serta diraba pengunjung.

Berdasarkan pemantauan, kelab dangdut berkenaan dibuka seawal 8.30 malam setiap hari sepanjang bulan ini dan menyediakan hampir 30 GRO manakala pada hari biasa, kelab ini dibuka seawal jam 3 petang.

Tanpa rasa curiga, seorang ‘Mami’ yang mendekati wartawan menawarkan gadis sebagai peneman dengan bayaran hanya RM40 untuk satu jam, malah GRO berkenaan juga boleh dijadikan teman ‘geli-geli’.

Pada masa sama, golongan GRO itu boleh ditempah dengan bayaran RM200 serta dibawa keluar sehingga pagi sebagai pemuas nafsu, tetapi semua itu atas perbincangan bersama GRO terbabit.

Dalam perbualan wartawan bersama seorang GRO, dia mendakwa kelab dangdut itu jarang diserbu pihak berkuasa tempatan.

GRO itu juga mendakwa dia tidak risau dengan kehadiran pihak berkuasa kerana kelab berkenaan berada di luar ‘pandangan’ mereka.

Seorang pengunjung tegar yang ditemui wartawan berkata, sama ada puasa atau tidak, kelab dangdut berkenaan menjadi tempat persinggahannya.

“Di sini kita tidak perlu risau apa-apa. Jarang sekali pihak polis datang membuat serbuan, malah tiada aktiviti luar biasa diadakan.

“Paling kurang, saya mendapatkan khidmat bersuka ria dengan GRO, menari dan geli-geli. Malah, jika suka sama suka, saya perlu membayar GRO berkenaan, kemudian membawanya ke hotel untuk memadu kasih.

“Saya kerap datang ke kelab ini untuk mendapatkan khidmat sama selain melupakan penat lelah bekerja seharian,” katanya.

Sementara itu, mengulas aktiviti golongan lelaki berkenaan, penceramah bebas, Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz berkata, kebanyakan individu yang melakukan dosa terang-terangan seperti ini mengalami krisis keimanan.

“Bayangkan, kenapa seseorang itu sanggup membelanjakan wang ringgit ke pusat hiburan daripada datang ke masjid yang dipenuhi pelbagai juadah berbuka percuma?

“Malah, melangkah ke masjid juga menjadi pahala percuma kepada mereka daripada mengutip dosa besar ke tempat maksiat.

“Itulah yang kita gelar krisis keimanan. Benteng iman pada diri masing-masing luntur dan rapuh hinggakan tergamak melakukan maksiat pada bulan mulia ini.

“Pada masa sama, meskipun sudah berumur dan kebanyakannya boleh digelar ‘senja’, mereka mengalami kerosakan akhlak dan sukar meninggalkan kemungkaran. Malah kelakuan mereka turut menghina dan menjatuhkan maruah islam,” katanya.

Menurut Hassan, golongan itu sesuai digelar lebai malang kerana sukar meninggalkan larangan-Nya, malah Nabi Muhammad SAW turut menamakan budaya berkenaan sebagai budaya lubang biawak.

“Budaya lubang biawak sama seperti individu yang gemar mencari keseronokan di pusat hiburan. Lepas satu pusat hiburan, dia mencari keseronokan di tempat lain pula.

“Ini sebenarnya penghalang dalam Islam. Perkara ini harus dibendung pihak berkuasa dan seharusnya mereka yang gemar melakukan kemungkaran ini disedarkan daripada terus terjerumus,” katanya.

No comments:

Post a Comment