Sunday, October 10, 2010

DIDIKLAH DIRI AGAR JADI INSAN SOLEH DAN SOLEHAH

NEGARA


Muszaphar sah milik Harlina


SHEIKH MUSZAPHAR menyerahkan cek mas kahwin kepada isterinya, Harlina di Masjid Tuanku Sultan Mizan, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sah menjadi milik Dr. Harlina Mohd. Yunos setelah selamat diijabkabulkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini semalam.
Dengan hanya sekali lafaz, Sheikh Muszaphar telah dinikahkan oleh bapa Harlina, Lt. Kol. (B) Mohd. Yunos Mohd. Ali dengan mas kahwin RM80 sambil disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali.
Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian pengantin sedondon berwarna putih dan rombongan pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak pengantin perempuan.
Turut hadir pada majlis itu ialah ibu bapa Sheikh Muszaphar, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor dan Datin Zuraida Sheikh Ahmad serta ibu Harlina, Habibah Endan, keluarga dan kenalan masing-masing.
Perkahwinan itu turut dihadiri 100 angkasawan luar negara yang dijemput khas pada majlis berkenaan dan persandingan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi

HIBURAN


Rahsia pernikahan Bienda





DIA optimis dengan keputusannya. Menyembunyikan tarikh dan lokasi pernikahan daripada pengetahuan umum, Bienda tahu dia akan mendepani beragam spekulasi. Namun, hati penyanyi dan pelakon itu tekad untuk terus merahsiakan hari bahagianya atas alasan tertentu.
Bagi peminat yang belum mengetahui, Bienda atau Nor Razlinda Razli telah selamat disatukan dengan belahan jiwanya, Kamarul Zariman Abd. Rahman atau Boy, 25, dalam sebuah majlis sederhana yang hanya dihadiri keluarga terdekat baru-baru ini.
Memuntahkan segenap perasaan, anak kepada penyanyi dangdut, Sheeda itu pasrah jika selepas ini ada sebilangan pihak terus menebar pelbagai andaian termasuk yang kurang manis tentang penyatuan dirinya dan Boy dalam upacara lafaz akad nikah yang disembunyikan daripada pengetahuan umum.
“Terus terang, saya menyorokkan tarikh dan lokasi majlis pernikahan ini atas permintaan keluarga sendiri dan pihak Boy. Sebelum ini, timbul kekecohan kononnya saya sudah berkahwin secara senyap. Malah, ada lagi gosip menimpa kami sehingga menyebabkan banyak hati terluka.
“Oleh kerana terlalu banyak cerita negatif, keluarga sendiri minta hari pernikahan saya tidak digembar-gembur. Yang penting, saya dan Boy sudah selamat disatukan dalam ijab kabul,” katanya ketika ditemui usai resepsi persandingannya di Pusat Konvensyen Ideal, Selayang, Selangor Jumaat lalu.

BERKERAS merahsiakan tarih pernikahan mereka, Bienda dan Boy didakwa bernikah sekitar awal Aidilfitri yang lalu.



Kalau mengikut gerak hati mudanya, wanita berusia 25 tahun itu tidak mahu mengadakan sebarang majlis persandingan. Semahunya, Bienda ingin merealisasikan sebuah majlis di kampung halamannya di Kota Bharu, Kelantan. Namun, pada waktu sama, dia terikat dengan batasan lain sekali gus mahu meraikan teman artis dan pihak media.
“Pada kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat beritahu tarikh dan lokasi pernikahan. Biarlah orang lain ingin buat apa jua spekulasi, hakikatnya, saya tetap hendak merahsiakan hal baik ini. Lagipun, bukan mudah saya mahu memuaskan hati orang lain.
“Sejujurnya, selama ini saya sekadar berdiam diri dan menahan sabar jika ada cerita negatif tentang saya tersebar.
“Cuma, kali ini, saya minta mereka hormat keputusan dilakukan. Jangan paksa saya jadi macam artis lain yang terbuka untuk berkongsi kisah peribadi termasuk pernikahan,” jelasnya yang sudah 13 tahun mempertaruhkan diri dalam laman seni.
Selepas mengadakan resepsi persandingan yang disuntik tema Arab dan Bollywood untuk pihaknya dengan persalinan dari Butik Udaimatunnur dan Arma Abd. Rahman, sebuah lagi majlis meraikan pihak pengantin lelaki akan berlangsung di Melaka pada 17 Oktober ini.

PASANGAN ini akan meraikan pernikahan mereka sekali lagi pada 17 Oktober bagi pihak pengantin lelaki.



Cinta tiga tahun
Mengimbas bunga cintanya berputik bersama Boy, Bienda dengan pantas menuturkan kata. Jelasnya, bangunan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Kelang menjadi saksi pertemuan dua hati yang kebetulan belum terisi nikmat berpacaran.
“Saya jumpa Boy sewaktu sedang menjalani penggambaran untuk sebuah sitkom di Finas manakala dia pula bertugas sebagai salah seorang tenaga produksi secara sambilan. Kemudian, kami bertegur sapa antara satu sama lain sebagai salam perkenalan dan bertukar nombor telefon.
“Bayangkan, pada masa itu, dia tidak tahu saya merupakan seorang penyanyi. Dia ingatkan saya berlakon saja. Kami lebih banyak berhubung menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berbanding membuat panggilan telefon bagi merapatkan hubungan persahabatan.

BIENDA bakal berbulan madu ke Eropah.


“Tiga minggu selepas itu, dia mula melamar saya untuk menjadi teman wanitanya dan menyatakan hasrat menyunting saya sebagai isteri. Selepas itu, kami terus bercinta. Sepanjang tempoh tiga tahun lalu sehingga bersepakat menamatkan zaman bujang.
“Untuk sampai pada tahap alam perkahwinan, ianya bukan menjadi perkara senang. Ada dugaan yang kami lalui selama ini. Alhamdulillah, kini semua berjalan seperti dirancang apabila akhirnya kami sah bergelar suami isteri,” luahnya sambil menghela nafas lega.
Bercerita tentang personaliti suami yang bekerja sebagai penerbit di salah sebuah stesen televisyen swasta itu, pelantun lagu Penantian itu melihat Boy sebagai individu bersikap lemah lembut, menghormati orang tua dan bijak mendamaikan jiwa keras Bienda

MUHASABAHLAH DIRI

NEGARA


Kemalangan ngeri 10.10.10


PASUKAN penyelamat mengusung seorang mangsa kemalangan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam.



MELAKA – Tarikh 10.10.10 yang dinanti-nanti kebanyakan orang ‘meragut’ 12 nyawa manakala lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam.
Dalam tragedi ngeri pada pukul 6.40 petang, kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita.
Setakat tengah malam tadi identiti semua mangsa belum dikenal pasti.
Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah sebuah bas ekspres Delima, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.
Seorang jurucakap syarikat Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ketika dihubungi berkata, kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.
“Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.
“Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki

MATI RASHIA ALLAH..TAATLAH JANGAN BUAT PERKARA2 MUNGKAR

Menyayat hati

Oleh Meor Reduan Ahmad, Mohd Nur Asnawi Daud dan Iskandar Shah Mohamed
am@hmetro.com.my
2010/10/11

REMBAU: “Saya melihat ada mayat tanpa kepala dan ada yang putus tangan sebaik turun dari bas selepas kemalangan. Keadaan begitu tragis kerana banyak mayat bergelimpangan,” kata Bohari Saikon, 48, saksi kemalangan ngeri menyebabkan 12 kematian membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Pedas, petang semalam.
DAHSYAT...keadaan kereta yang dihempap bas ekspres.
DAHSYAT...keadaan kereta yang dihempap bas ekspres.

REMUK...bas JKM yang terbabit kemalangan, semalam. TAKDIR...mayat mangsa nahas di tepi jalan. BANTU...mangsa yang cedera dibantu anggota bomba dan orang awam.


TAKDIR...mayat mangsa nahas di tepi jalan.
Ketika kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, Bohari dan 43 rakannya yang juga bekas tentera menaiki bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis perhimpunan raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Bukit Jalil, jam 2.30 petang.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah bas ekspres dari Melaka tiba-tiba terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelum merempuh tiga kereta, sebuah van dari arah bertentangan termasuk bas dinaikinya.

“Bas ekspres itu terbalik merentangi jalan. Pemandu bas yang saya naiki juga parah akibat rempuhan bas terbabit yang mengenai bahagian pemandu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, sebaik kejadian, dia dan rakannya turun dari bas untuk membantu menyelamatkan penumpang yang selamat.

“Keadaan begitu menyayat hati apabila saya lihat banyak mayat bergelimpangan. Saya tidak dapat pastikan mangsa yang terbunuh itu menaiki kenderaan apa kerana keadaan bas ekspres, tiga kereta dan van itu remuk

“Kami hanya membantu mereka yang cedera dan mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mangsa yang selamat dan berjaya dikeluarkan dibawa ke tepi lebuh raya sebelum kami meminta bantuan kereta yang lalu untuk menghantar mangsa ke Hospital Melaka.

“Kami tidak berani mengangkat mayat kerana keadaan kecederaan pada mayat yang mengerikan. Setakat yang saya tahu, kebanyakan mangsa lelaki. Mungkin mereka ini penumpang bas ekspres berkenaan,” katanya

Sementara itu, jurucakap polis berkata, setakat ini, sembilan mangsa dikenal pasti lelaki manakala selebihnya wanita.

Katanya, polis belum dapat mengenal pasti identiti semua mangsa dan jenis kenderaan yang mereka naiki ketika kemalangan. Ini kerana mayat berkenaan bergelimpangan di atas jalan dipercayai tercampak sejurus selepas kejadian.

“Semua mayat dihantar ke Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat. Siasatan awal mendapati bas ekspres terbabit dalam perjalanan dari Melaka Sentral ke Kuala Lumpur,” katanya.

Pegawai Operasi Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Yusof Samad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.07 malam sebelum menghantar satu jentera ke tempat kejadian.

“Kami mengambil masa kira-kira sejam untuk tiba di tempat kejadian walaupun terletak kira-kira 20 kilometer berikutan kesesakan teruk lalu lintas sepanjang tiga kilometer,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menerima bantuan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin.




TERKINI


Senarai nama mangsa terbunuh dalam kemalangan ngeri

11/10/2010 10:47am

MELAKA - Berikut adalah nama 12 mangsa yang terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang semalam.
Polis melaporkan mereka terdiri daripada sembilan rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar.
Mangsa tersebut ialah pemandu bas ekspres R. Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar; penumpang bas ekspres Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim; Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas; Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar; Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana; dan Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga di sini.
Tiga lelaki warga Myanmar itu ialah Pau Khan Tual, 21; Kam Khaw Tual, 28; dan Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui, kenderaan yang mereka naiki belum disahkan).
Pemandu van, Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat, Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57, dan Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52 (belum disahkan kenderaan yang dinaiki). - Bernama

JALAN RAYA TAK BOLEH TUNJUK PANDAI MEMANDU...EGO TU

Monday, October 11, 2010

[Kemaskini] 10-10-10: Gambar sekitar kemalangan ngeri ragut 12 nyawa di negeri Ali Rustam..(video inside)

















































12 Maut, Lebih 40 Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Enam Kenderaan

REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.

Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.-BERNAMA

VIDEO: Kemalangan Ngeri 10-10-10 11 Orang Maut



CAKAPLAH WALAUPUN PAHIT..ARTISKE ORANG TERKENAL ATAU TAK...SELAGI IA ISLAM XLEPAS DARI HUKUM ALLAH...JANGAN SEKALI KITA MEMUJA ORANG YANG MEMBUAT MAKSIAT...REDA MAKSIATNYA KITA JUGA BERDOSA SAMA....TAK CAYA TAK USTAZ BERHAMPIRAN..MUFTI PUN BOLEH....

Sheikh Muszaphar Akhiri Zaman Bujang
PUTRAJAYA: Dengan sekali lafaz, Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Dr Halina Mohd Yunos di sini Ahad.
Majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, pernikahan ini dilakukan sendiri oleh bapa Dr. Halina, Lt Kol (B) Mohd Yunos Mohd Ali, dengan disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali.
Turut sama memberi restu ialah ibu Dr Halina, Habibah Endan; kedua ibu bapa Sheikh Muszaphar; Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor dan Datin Zuraida Sheikh Ahmad.
Ia juga turut disaksikan oleh kira-kira 1,500 tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan beberapa angkasawan luar negara.
Dr Sheikh Muszaphar tiba pada pukul 10.55 pagi dengan diiringi hantaran sebanyak sembilan dulang manakala Dr Halina tiba 15 minit kemudian dengan 11 dulang hantaran.
Kedua-dua pasangan memakai pakaian sedondon berwarna putih.
Pada malam ini, Dr Sheikh Muszaphar dan pasangannya akan disandingkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada pukul 8 malam.
100 angkasawan dari 35 negara juga tidak ketinggalan untuk menghadiri majlis itu. - BERNAMA



Angkasawan Negara Sah Bergelar Suami

Pasangan pengantin baru ini akan berbulan madu di Mekah sambil mengerjakan umrah FOTO The Star Oleh AZMAN GHANI
PUTRAJAYA: Dengan sekali lafaz, Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sah bergelar suami kepada Dr Halina Mohd Yunos dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, Ahad.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Yunos Mohd Ali dengan bersaksikan Ketua Pendaftar Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali kira-kira kira-kira pada pukul 11.45 pagi dengan dihadapan, keluarga dan sahabat-handai kedua-dua mempelai.
Pasangan yang bertunang pada 1 Januari lalu menzahirkan rasa syukur kerana majlis itu berjalan dengan lancar.
"Alhamdulilah semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat dan masyarakat yang datang meraikan majlis ini.
"Perancangan saya selepas ini adalah untuk meneruskan tugas yang diamanatkan di samping tanggungjawab sebagai seorang suami," kata Sheikh Muszaphar.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor lega selepas selesai upacara akad nikah
Manakala Dr Halina turut mengakui perasaan gemuruh dan gembira bercampur baur ketika melalui upacara akad nikah sebentar tadi.
"Syukur semua sudah selesai, perasaan saya ketika ini bercampur baur sama ada gembira sedih dan terharu kerana melangkah setapak lagi ke fasa hidup berumah tangga," ujarnya.
Ketika ditanya tentang harapan menimang cahaya mata, pasangan ini memberitahu menyerahkan segalanya kepada Allah. Mereka juga dijangka akan menunaikan umrah sambil berbulan madu.
Dr Halina anggun mengayakan pakaian dari butik Cosry
Pada majlis tersebut Dr Halina tampil anggun sementara suaminya tampak kacak apabila mengenakan persalinan berwarna putih rekaan Cosry.
Sheikh Muszaphar menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas 11 bertemakan rona putih gading dan perak. Hiasan hantaran turut diserikan dengan warna biru muda. Bagaimanapun wang hantaran tidak dimaklumkan atas keputusan kedua-dua belah pihak.
Majlis persandingan akan diadakan malam ini dengan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dengan bertemakan pahlawan Melayu di istana kayangan.
Lebih 1,000 jemputan akan hadir yang terdiri daripada golongan diraja, orang kenamaan, ahli keluarga, rakan rapat termasuk 100 angkasawan dari 35 negara dan 20 media antarabangsa
 
 
 
Soo Wincci ‘Seksa Diri’ Buat Tarian Tiang

Soo Wincci sedang gigih belajar tarian tiang demi menjayakan klip video dan persembahan semasa pelancaran album pertamanya pada Disember ini. - Foto oleh RAYMOND OOI
PENYANYI baru, Soo Wincci, 25, sanggup menyeksa dirinya membuat tarian tiang demi menjayakan klip video album pertamanya yang akan dilancarkan pada Disember ini.
Semasa majlis pelancaran tersebut, Wincci akan membuat persembahan tarian tiang yang dipraktisnya sejak empat bulan lalu di Bobbi’s Pole Studio, Ampang.
Disebabkan baru pertama kali mencuba tarian tiang, banyak kesan lebam pada betis dan pehanya yang putih melepak itu.
“Saya nak persembahkan semua jenis aksi dalam tarian tiang. Tarian ini memerlukan banyak tenaga. Setiap kali saya praktis selama dua jam, saya rasa lembik seperti nak pengsan.
“Walaupun sakit di betis dan peha serta menahan penat, saya terpaksa tahan jua sebab nak pandai buat tarian tiang untuk klip video dan persembahan semasa pelancaran album pada Disember nanti.
“Saya sanggup membeli tiang dari Amerika Syarikat yang berharga RM1,000 untuk berlatih di rumah sebab jarak antara rumah saya di Damansara ke studio di Ampang agak jauh,” katanya kepada mStar Online, Jumaat di Menara Star, Petaling Jaya.
Wincci berkata jurutarinya, Maple Loo menganggap perkara tersebut menjadi kebiasaan bagi sesiapa yang pertama kali mencuba tarian tiang.
Untuk permulaan, setiap penari perlu menahan sakit sedikit ditambah dengan kesan lebam di anggota badan.
Menyentuh tentang albumnya yang memuatkan 10 buah lagu itu, Wincci mencipta lima buah lagu menggunakan bahasa Melayu, Cina dan Inggeris.
Selain itu, artis rakaman di bawah Beyond Artist Management pada hujung tahun lalu itu juga berlakon dalam drama Cina berjudul Injustice di ntv7.


Aqasha Kini Suami Noor Baizura

Aqasha kini sah bergelar suami kepada Noor Baizura Mohd Sabri. Foto The Star Oleh SHAARI CHE MAT
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Firdee Aqasha Rosli, 28, sah bergelar suami kepada Noor Baizura Mohd Sabri, 27, dengan sekali lafaz di Lake Fields, di sini.
Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Pauzi Ilias dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Mohd Sabri Awang pada pukul 3.25 petang, Ahad.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80, wang hantaran RM20,000 dan seutas rantai emas putih.
Majlis pernikahan tersebut berkonsepkan dalam taman yang direka oleh Butik Pengantin Tepak Sirih.
Kedua-dua mempelai sama cantik sama padan ini mengenakan pakaian pengantin berwarna kuning. Pengantin perempuan disolek dan didandan oleh Shegar.
Majlis tersebut dihadiri oleh 300 tetamu iaitu ibu bapa, keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak pengantin termasuk rakan artis.
Mereka adalah Emelda Rosmila, Adlin Aman Ramlie, Tony Eusoff, Jehan Miskin dan Khir Rahman.
Majlis resepsi pihak lelaki dijangka akan berlangsung pada 25 Disember ini di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks dan Kebudayaan Shah Alam
 
 
Sharifah Abu Salem Tak Kering Idea Bikin Skrip & Novel

Sharifah Abu Salem (kiri) bersama Raja Alawiyah di majlis rumah terbuka di Taman Hillview, Ampang, Jumaat. - Foto oleh AZLINA ABDULLAH
NAMA novelis Sharifah Abu Salem bukanlah nama yang asing dalam dunia penulisan. Lebih-lebih lagi di kalangan kaki novel yang pernah membaca karyanya seperti Salam Taj Mahal, Tak Seindah Mimpi, Pesona Rindu dan Janji Diana.
Kini, dia bukan sahaja dikenali sebagai novelis, malah namanya semakin masyur sebagai penulis skrip drama-drama tempatan yang menghiasi kaca televisyen. Dsebabkan kerjanya tertumpu kepada penulisan sepenuh masa, jadi idea untuk membikin skrip dan novel tidak pernah kering.
“Saya tidak putus berdoa kepada Allah, minta dipermudahkan segala kerja. Selain itu, saya banyak melakukan kajian dan membaca kerana sesetengah dialog memerlukan fakta.
“Idea datang tidak menentu dan sentiasa ada untuk saya membuat skrip dan novel. Alhamdulillah,” katanya kepada mStar Online ketika majlis terbuka Hari Raya Aidilfitri di rumah penerbit Raja Alawiyah Raja Idris di Taman Hillview, Ampang, Jumaat.
Bermula daripada menulis skrip drama radio pada usia 16 tahun, Sharifah semakin menjadi buruan ramai penerbit drama.
Sebut sahaja drama Asmara, Nenek Kebayan, Gelora Di Hati Sara 1 & 2, Isabella, Kasih, Rahsia Demi Rahsia, Cik Yah Balik Kampung, Julia, Anakku Nik Aziz, dan Misteri Karina, semua skrip drama tersebut ditulis olehnya.
Terbaru, dua buah drama yang diadaptasi daripada novel-novelnya berjudul Biar Rindu Berlalu dan Trilogi Cinta sedang menjalani proses penggambaran.
Drama Biar Rindu Berlalu yang diadaptasi daripada novel berjudul yang sama itu diterbitkan oleh Bright Network Sdn Bhd manakala drama Trilogi Cinta diadaptasi daripada novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi yang diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.
Editor Kanan di Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd itu akui permintaan novel untuk diadaptasi sangat tinggi. Setakat ini, sebanyak 14 buah novel tulisannya yang dijadikan adaptasi untuk drama.
Walaupun sibuk menulis skrip, dia tetap meluangkan masa untuk menulis novel. Cuma fokus utamanya lebih diberikan kepada penulisan skrip.
Ini kerana dia hanya perlu menghasilkan dua buah novel dalam masa setahun jika mengikut kontraknya dengan syarikat penerbitan Alaf 21.
Sharifah pernah mengikuti kursus intensif penulisan kreatif dan kewartawanan di Universiti Sains Malaysia (USM) sesi 82/83 di bawah bimbingan Dr Fatimah Busu, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad.
Pada Julai lalu, dia menerima Anugerah Khas yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai lalu kerana karyanya mencatat jualan hampir 1 juta naskhah.
Selain itu, dia juga merupakan penerima anugerah Gold Club oleh Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd pada April lalu




Aznil bikin konsert


Aznil Nawawi


INI merupakan berita yang cukup menggembirakan. Diva rasa bukan cuma Diva tetapi semua anak cilik juga ibu bapa di luar sana. Teman Diva sempat berbincang dengan seseorang yang sudah masak dengan asam garam konsert tempatan.
Katanya, bulan Disember ini kanak-kanak pasti tidak sabar menunggu tarikh 11 haribulan.
Dia juga meminta agar ibu bapa tolong menandakan tarikh tersebut dalam kalendar anak masing-masing kerana penghibur hati mereka iaitu Aznil Nawawi akan mengadakan konsert.

“Saya pasti semua kanak-kanak akan gembira dengan berita ini. Kami memang mengalu-alukan semua kanak-kanak untuk melihat persembahan Aznil.
“Pasti mereka ingin melihat pengacara popular ini beraksi di hadapan mereka.
“Kami juga akan menampilkan beberapa artis popular yang disayangi oleh generasi kanak-kanak ini,” ujar orang kuat konsert tersebut.
Apa lagi, Diva rasa mulai hari ini adik-adik di luar sana boleh tanda 11.12.2010 dalam kalendar masing-masing untuk temu janji bersama Pak Nil.

NI KISAH JADIKAN PENGAJARAN DAN ILMU AGAR KITA SEDAR KITA DICIPTA BUKAN MENCIPTA

KAWIN JE ATAU JANGAN RAPAT SEBAB BUKAN MUHRAM...TETAP DILARANG ISLAM...

Saya tertekan

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my
2010/10/10

KUALA LUMPUR: “Sedikit sebanyak rasa terkesan juga. Tertekan pun ada juga, terutama apabila melihat pelbagai komen sinis di Internet, termasuk laporan sebuah akhbar tabloid (bukan terbitan kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd) yang sesuka hati melaporkan saya akan berkahwin dengan Rita,” kata personaliti Bernama, Zulkifli Bujang, 32.

“Di laman sosial Facebook saya muncul pelbagai komen negatif, sehingga ada yang terpaksa saya buang (komen itu). Itu belum lagi ungkapan seperti ‘tahniah’, ‘bertuah badan’ dan ‘wah... senanglah selepas ini’.

“Paling tidak bertanggungjawab, ada akhbar melaporkan dengan sebesar-besarnya tajuk ‘Kami Akan Nikah’. Tulis benda yang bukan-bukan... benda yang tak pernah keluar daripada mulut saya sendiri mahupun Rita.

“Saya pun wartawan juga. Sepatutnya kenalah jaga sensitiviti orang lain sebab saya tak nak masyarakat memandang serong,” katanya yang mahu mengkaji tindakan sesuai untuk akhbar terbabit.

Menurut Zul, laporan seperti disiarkan akhbar berkenaan memberi ruang kepada individu tertentu untuk ‘menyerangnya’ di Internet dengan memberi komen negatif mengenai dirinya.

“Orang mungkin akan kata saya mahu ambil kesempatan, malah marah sebab dalam keadaan berduka, ada pula berita seperti itu (kahwin) dan sudah ada pun komen sebegitu. Kemungkinan juga laporan seperti itu boleh menggugat hubungan baik saya dengan Rita serta keluarganya yang terjalin sejak sekian lama.
“Apa yang saya lakukan adalah ikhlas dan saya berasa bertanggungjawab untuk membantu keluarga Rita sebab kami dah kenal lama,” katanya.

Zul berkata, isu dia dan Rita kerap keluar bersama bukan bermakna mereka mempunyai hubungan cinta.

“Daripada dulu lagi kami keluar bersama. Keluar bersama Rita... bersama ibunya dan ahli keluarga lain,” katanya.Sekarang kalau kami keluar bersama, adalah yang akan mengusik, ‘wah... bahagianya’.

“Sampai satu tahap juga, apabila berada di tempat awam pula, ada yang mahu bergambar bersama. Justeru, sekali lagi saya tegaskan, saya dan Rita tak ada apa-apa (hubungan cinta),” katanya.

Metro Ahad sebelum ini melaporkan mengenai hubungan Rita dan Zul yang dilihat ramai bagai merpati dua sejoli, seolah-olah menggambarkan dua insan yang hangat bercinta.

Bagaimanapun, mereka menafikan mempunyai hubungan cinta



JIN BERADA DI MANA2..MOHONLAH PERLINDUNGAN DARI ALLAH SWT

Bomoh kejar lembaga

Laporan dan foto MOHAMMAD ISHAK
am@hmetro.com.my
2010/10/10

JERTIH: Rumah gadis misteri di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, yang kerap ghaib menjelang senja dan tengah malam diserbu ratusan penduduk apabila dua bomoh yang merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan jin dan makhluk halus, malam tadi.
TERTARIK... orang ramai berebut-rebut mengambil gambar jin dan makhluk halus yang dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum ia dihanyutkan ke laut oleh bomoh malam tadi.
TERTARIK... orang ramai berebut-rebut mengambil gambar jin dan makhluk halus yang dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum ia dihanyutkan ke laut oleh bomoh malam tadi.

Dua bomoh itu yang datang untuk menawarkan khidmat percuma selepas mengetahui kisah gadis itu menerusi akhbar sejak Selasa lalu, berpecah ketika sesi merawat, dengan seorang mengerjakan solat di dalam rumah dan seorang lagi menggunakan jampi di luar rumah.

Selepas 15 minit kedua-dua bomoh itu merawatnya, rakan bomoh di luar rumah ternampak satu lembaga dan terus mengejar lalu berjaya menangkap makhluk berkenaan.

Kerja menangkap berkenaan berlangsung satu demi satu sebelum sembilan jin atau makhluk halus berjaya ditangkap, menyebabkan beratus-ratus penduduk setempat menyerbu rumah gadis itu dan melihat usaha bomoh menangkap makhluk itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali serta isteri turut hadir untuk melihat peristiwa yang menggemparkan penduduk daerah ini.

Ramlan berkata, selepas menangkap sembilan jin dan makhluk itu, bomoh terbabit memasukkannya ke dalam bekas khas yang bertutup bagi mengelak ia keluar.
Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit, untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.

Ibu gadis itu, Norizan Said, 47, ketika ditemui berkata, sejak kisah anaknya disiarkan media ini, Selasa lalu, seramai 17 bomoh datang menawarkan diri untuk merawat Siti Balqis secara percuma, tetapi kejadian malam tadi paling kemuncak apabila bomoh berkenaan menunjukkan kepakaran berjaya menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.

Usaha wartawan Berita Minggu untuk mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri, sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap akan dihanyutkan ke laut


AMBIL JE YANG WAJIB2...JANGAN SAMPAI MEMBAZIR

Tutup cerita aib

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my
2010/10/10

KUALA LUMPUR: “Sebenarnya, saya berniat untuk mengadakan majlis perkahwinan ini secara kecil-kecilan saja. Namun atas nasihat keluarga dan untuk mengelak pelbagai kontroversi kembali terpalit, majlis ini harus diberitahu kepada semua,” kata Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha.
Menurut Muzaphar, dia turut menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menghadiri majlis pernikahan itu yang akan bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

“Walaupun ia hanya majlis pernikahan, saya tetap menyediakan jamuan untuk tetamu.

“Malah, saya menganggarkan seramai 10,000 tetamu datang memandangkan majlis resepsi pada sebelah malam nanti dibuat tertutup dan hanya menjemput saudara-mara serta kenalan.

“Malam ini, majlis resepsi akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC).
“Saya turut menjangkakan kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta 80 angkasawan dari 35 negara selain kenalan di sini,” katanya.

Muzaphar berkata, dia memilih tarikh 10.10.10 bukan kerana turutan nombornya saja, tetapi ia memberi makna mendalam buat dirinya.

“Saya berlepas ke angkasa lepas pada tarikh sama pada 2007. Jadi tarikh ini menjadi tarikh keramat buat saya, di mana saya menyambut dua hari bahagia dalam satu masa,” katanya.

Menyentuh kontroversi yang pernah dilontarkan kepadanya, Muzaphar berharap dengan berlangsungnya perkahwinan ini ia dapat menutup segala cerita mengaibkan itu.

“Sejak saya pulang dari angkasa lepas dulu, kontroversi dan gosip liar tidak dapat dipisahkan. Malah, saya juga seperti sudah serasi dengan perkara itu dan tidak mengambil berat mengenainya.

“Begitupun, saya tahu saya di pihak yang benar. Jadi, selepas ini harap-harap pelbagai perkara yang tidak elok disebarkan orang yang tidak bertanggungjawab itu tidak lagi diuar-uarkan,” katanya.

Perkahwinan pasangan itu turut disiarkan secara langsung oleh TV3 bermula pada jam 9 pagi ini.



NI GILA NOMBOR PELIK2

Rela bersalin secara paksa



2010/10/10

KUALA LUMPUR: Mereka sanggup melewatkan kelahiran walaupun sudah melepasi tarikh kelahiran yang ditetapkan, malah ada di antara mereka rela bersalin secara paksa melalui pembedahan.
Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Zaininah Mohd Zin berkata, pihaknya menerima permohonan daripada pesakitnya untuk melahirkan anak mereka pada tarikh tertentu.

Namun, katanya, HKL terlebih dulu akan menapis permohonan itu dengan memantau dulu keadaan si ibu dan bayi dalam kandungan.

“Kami tidak akan sewenang-wenangnya melayan permohonan demikian kerana di HKL, kami sangat mementingkan keselamatan pesakit.

“Selepas pemeriksaan dilakukan mendapati ibu dan bayi dalam kandungan sihat dan tidak berisiko berdepan komplikasi, baru proses kelahiran itu dilakukan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Menurutnya, proses kelahiran ini bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan nyawa manusia dan jika diturutkan kemahuan pesakit, mungkin kedua-dua nyawa akan melayang.

Katanya, jika sesuatu kelahiran dilewatkan, ia akan mendatangkan komplikasi kepada bayi dalam kandungan dan berisiko mendapat penyakit pneumonia atau paru-paru berair.

“Jika proses berkenaan dipaksa, bayi berkenaan mungkin berdepan risiko kelahiran pramatang dan lebih merumitkan, paru-parunya tidak berkembang secara normal.

“Akibatnya, bayi itu terpaksa diletakkan dalam inkubator dan berkemungkinan jangka hayatnya pendek berbanding bayi yang dilahirkan secara normal,” katanya.

Menurutnya, jika si ibu tetap berkeras untuk melahirkan anaknya pada tarikh yang dipilih, HKL akan menyarankan mereka mendapatkan perkhidmatan itu di hospital swasta


JANGAN NAMPAK NEGATIF BERMADU TU...YANG BAHGIA PUN RAMAI...YANG SENGSARA PUN ADA WALAUPUN IA TAK BERMADU...

Padah beristeri dua

Oleh FIRDAUS SAHAT dan SHAMRAN SARAHAN
metahad@hmtero.com.my
2010/10/09

KUALA SELANGOR: “Cucu menjadi mangsa dan tidak bersekolah hampir setahun. Malah, anak perempuan saya yang tidak bekerja terpaksa merempat dan menyerahkan anaknya kepada saya untuk dijaga,” keluh Arbaiyah Anang, 55, nenek kepada Ashraf Razali, 11, bersama tiga adiknya, Akhmal Rashid, 10, Azmeer Hafiz, 8, dan Aiman, 4, yang hidup dalam kedaifan dan serba kekurangan akibat perpisahan ibu bapa.
Lebih memeritkan, isteri muda itu bersama empat anaknya menjadi mangsa sikap tidak bertanggungjawab si suami hinggakan mereka tidak dijaga, malah dibuang dan dihalau oleh lelaki berkenaan.
Arbaiyah berkata, cucunya terbiar angkara hidup menantunya yang porak peranda hidup bermadu dengan anak perempuannya, Faezah yang juga ibu kepada Ashraf dan adiknya.
“Yang menyedihkan saya, dia (menantu) tidak pernah ambil peduli hidup anaknya. Mereka dibiarkan begitu saja tanpa diberi nafkah sepatutnya.
“Anak saya (Faezah) pula baru mendapat kerja, itupun hanya buruh kilang, tidak sampai dua bulan lalu. Bagaimana dia hendak membesarkan anak jika hidup tidak tentu hala? Saya kecewa dengan apa yang berlaku.
“Semua ini tidak akan terjadi jika menantu berfikir panjang sebelum berkahwin dengan anak saya,” katanya.
Menurut Arbaiyah, menantu yang kini pesara dan tidak bekerja menghadapi masalah kerana terpaksa menanggung keluarga besar akibat beristeri dua, namun tidak mampu memberi nafkah kepada keluarga kedua-dua isteri dan anaknya.
Katanya, Faezah yang tidak tahan keadaan hidup begitu mengambil keputusan bercerai dan kini tidak lagi hidup bersama selepas 16 tahun mendirikan rumah tangga.
“Bukan hendak menyalahkan sesiapa, tetapi dalam hal ini mengapa anak yang perlu menjadi mangsa? Sejak terabai setahun lalu, cucu saya tidak bersekolah. Jangankan sekolah rendah, tadika pun separuh jalan.
“Saya sedih melihat nasib mereka. Namun, saya juga tidak berdaya membantu. Saya dan suami tidak larat bekerja disebabkan penyakit tua dan cuma mengharapkan menantu yang bekerja di sawah untuk menampung kehidupan.
“Itupun belum cukup. Pendapatannya hanya RM500 hingga RM700, itupun mengikut musim padi. Lebih malang, dia hanya menerima gaji tiga bulan sekali.
“Jadi, saya hanya mampu memberi perlindungan kepada mereka. Makan apa yang kami makan dan tidur di ruang tamu beramai-ramai. Begitupun, setiap hari saya berdoa kepada Allah supaya masa depan cucu saya terpelihara,” katanya yang mendiami rumah usang hasil pemberian pusat zakat daerah itu bersama suami, anak dan menantunya.
Sementara itu, menurut Ashraf, dia dan adiknya, terutama Aiman, merindui ibu bapa mereka, namun semua itu hanya mampu dipendamkan kerana ibu bapa tidak ambil peduli pada mereka lagi.
“Kami rindukan ayah dan mak, tetapi kami tidak tahu ke mana mereka pergi. Tidak apalah... atuk dan nenek ada. Sekurang-kurang masih ada yang sayangkan saya dan adik,” katanya sebak.
Sekian lama terabai tanpa penjagaan rapi, nenek saudara kepada kanak-kanak malang ini menghantar Ashraf dan adiknya ke Rumah Anak-anak Yatim Baitul Hasanah, Kuala Selangor bagi membela nasib mereka.
Menurut Asraf, berada di rumah anak yatim sekurang-kurangnya mengubah hidup mereka adik beradik.
“Di sini, kami ada ramai kawan. Paling menyeronokkan, kami juga dapat bersekolah seperti kawan lain. Insya-Allah, saya mahu belajar rajin-rajin supaya dapat menjadi insan berjaya,” katanya.




ZINA DAN BUANG BAYI TETAP ADA SELAGI HUKUM ALLAH TAK DILAKSANAKAN...DAH LAKSANAKAN..TANGGUNG JAWAB KITA DENGAN ALLAH DAH SELESAI...NI BANYAK PULAK CERITANYA...

Cari keladi jumpa bayi

Oleh ABDULLAH WAHAB
abwahab@hmetro.com.my
2010/10/09

SHAH ALAM: “Pada mulanya saya ke sini nak cari daun keladi, nak bagi makan itik. Kemudian saya lihat kesan tanah baru ditimbus di bawah pokok sebelum saya cuba korek.
Berdasarkan keadaan mayat bayi yang sudah berbau dan cukup sifat itu, ia dipercayai meninggal dunia dan ditanam di situ beberapa hari lalu sebelum ditemui penduduk berhampiran kira-kira jam 11.30 pagi.



Harun berkata, selepas beberapa minit menggali bersama abang iparnya, Mazlan Endut, 43, dia melihat tangan bayi sebelum menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan ngeri itu.

“Rabu lalu, abang ipar saya sudah lihat perkara ini dan menyangka penghuni Indonesia yang tinggal berdekatan ini menanam bangkai binatang di bawah pokok ini kerana ada kesan tanah baru timbus.

“Dia ada beritahu saya, dan kami tak ambil peduli. Tapi tadi (semalam) ketika saya datang ke kebun ini, saya tergerak hati nak korek untuk lihat apa yang ditanam,” katanya berkata kejadian itu kali pertama berlaku sejak kebun berhampiran Sungai Klang diusahakan hampir enam tahun lalu.
Mereka mendakwa tidak melihat individu misteri memasuki kebunnya dan kawasan itu juga gelap dan jauh dari kediaman.

Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengumpul bukti berhubung kejadian itu.

Mayat bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.




NEGARA 

Kain berdarah temukan mayat bayi



HARUN menunjukkan tempat mayat bayi perempuan ditanam di Kampung Baru Hicom, Shah Alam semalam.



SHAH ALAM - Kain putih dengan kesan darah dalam sebuah lubang sedalam kira-kira 0.3 meter di Kampung Baru Hicom, Seksyen 2 di sini yang digunakan untuk membalut mayat bayi perempuan ditemui seorang penduduk pukul 12.30 tengah hari semalam.
Harun Sungep, 25, berkata, dia ketika itu sedang duduk berehat di bawah sebatang pokok selepas mengutip daun keladi untuk makanan itik peliharaannya.
Bagaimanapun, matanya terpandang secebis kain yang mempunyai kesan darah di atas timbunan tanah yang dihurung lalat sebelum bertindak mengoreknya dengan parang yang dibawa.
"Saya terkejut melihat ada kain putih berdarah dalam lubang itu dan apabila dibuka, saya nampak tangan kecil terkeluar daripada balutan kain tersebut.
"Saya kemudian segera meninggalkan tempat itu untuk meminta tolong abang ipar, Mazlan Endut, 43, membantu saya mengorek semula lubang tersebut sebelum terlihat ada satu mayat bayi perempuan di dalamnya," katanya semasa ditemui di lokasi itu di sini semalam

NI MEMANG HARAM..IA MERANSANG HENDAK BERJIMAK IAITU BERZINA...LAGI TAK TAKUT XDE REJAM DAN ROTAN 100X

Jangan tonton porno: Mufti Arab Saudi



2010/10/09

RIYADH: Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah Al-Asheikh memberi amaran kepada lelaki dan wanita muda supaya tidak menonton gambar atau filem pornografi.
Beliau turut berkata, menjual atau mengedar gambar atau filem porno dengan apa cara sekalipun adalah satu perbuatan mencabul.

“Ia bertujuan menyesatkan golongan muda dan menghancurkan masyarakat,” katanya.

Menurut Abdul Aziz, teknologi moden perlu digunakan untuk kebaikan manusia sejagat, termasuk pelajaran.

Beliau mengulas pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat (CITC) yang berkata, ia menyekat 240,000 laman Internet sejak enam bulan lalu. Kebanyakannya mengandungi pornografi.
Terdapat 11 juta penduduk Arab Saudi menggunakan Internet ketika ini. - Agensi



CURI... RAGUT...ROMPAK DLL..TAK DAPAT DIBENDUNG...SEBAB XDE HUKUM POTONG TANGAN...KITA CUBA NAK TUNJUK PANDAI DENGAN ALLAH....KITA NI MEMANG JENIS TAK SEDAR DIRI

 

NEGARA


Hiasan pagar istana dicuri


HANYA dua kuntum bunga hiasan (dalam bulatan) yang tinggal manakala yang lain dilarikan pencuri dari pagar belakang Istana Nur Nadhirah, Kuala Terengganu baru-baru ini.



KUALA TERENGGANU- Kira-kira 650 ukiran bunga hiasan tembaga pada pagar bahagian belakang Istana Nur Nadhirah, Jalan Kamarudin di sini hilang dipercayai dicuri baru-baru ini.
Kejadian itu hanya disedari kira-kira pukul 9 pagi Khamis lalu ketika pihak polis menjalankan pemeriksaan rutin di sekitar kawasan itu.
Istana itu menjadi tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin apabila Seri Paduka berangkat pulang ke bandar raya ini.
Ia berlaku sehari sebelum keberangkatan pulang Seri Paduka bagi menyaksikan upacara pelepasan peserta kejohanan sukan berkuda Sultan's Cup Endurance di negeri ini semalam.
Difahamkan, individu yang terlibat dalam kehilangan ukiran tersebut mungkin menyangka ia mengandungi emas kerana warnanya yang kekuningan atau mahu menjualnya kepada peniaga barangan lusuh.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan ketika ditemui mengesahkan kejadian itu namun beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan



NI JELAS MENUNJUKAN SAYANG AYAH JUGA BAWA KE MATI BUKAN IBU SAHAJA...TIADA AYAH TIADA KITA...SEJAHAT2 AYAH IAITU AYAH ZINA...EMAK ZINA JUGA JAHAT...KECUALI HAMIL SEBAB DIROGOL....

NEGARA


Dua beranak ditemui terapung


ANGGOTA polis mengangkat mayat dua beranak yang ditemui di pantai Kemasin semalam.



BACHOK - Dua lagi mangsa lemas di Pantai Kemasin dekat sini, Noordad Mohd. Noor, 51, dan anak bongsunya, Mohamad Norhaziq Aiman, 6, berjaya ditemui di dua lokasi berasingan oleh penduduk kampung dalam operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan sejak pukul 8 pagi semalam.
Mayat Mohamad Norhaziq ditemui terapung dan tersangkut pada batu kira-kira pukul 9.45 pagi oleh penduduk kampung yang turut membantu pihak polis, Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Yahya Saleh berkata, mayat Noordad yang juga bekas anggota polis ditemui kira-kira pukul 11.15 pagi, lima kilometer dari pantai Kemasin tempat beliau dikatakan lemas petang kelmarin.
"Mayat Noordad ditemui oleh penduduk kampung yang turut menjalankan kerja-kerja mencari dengan menggunakan bot nelayan masing-masing di sekitar pantai dan kawasan berhampiran.



JANGAN BUAT YANG PELIK2..TU NAMPAK AKAL MANUSIA NI SERTA ILMU NI TERBATAS...CUMA MANUSIA SUKA BERLAGAK

 

DUNIA


Maut bahana permainan seks




Lionel Webster


BARLASTON – Seorang ahli perniagaan di Britain mati dijerut kolar besi berpaku ketika dia tergantung pada bumbung bilik permainan seks di rumah sepasang suami isteri, lapor sebuah akhbar semalam.
Mangsa, Lionel Webster memakai sut gaya tahanan Teluk Guantanamo dan but kulit apabila dia sesak nafas dalam permainan seks di kediaman pasangan Colin Richardson, 75 dan isterinya yang berusia 68 tahun, Anne Richardson di sini, England.
Akhbar The Sun melaporkan bahawa inkues kes itu pada Khamis lepas mendapati Webster, 61, merupakan pelanggan tetap sesi seks sadis itu dengan bayaran £150 (RM745) bagi satu sesi.
Dia gemar meminta dirinya ‘diseksa’ seperti seorang tahanan tentera.
Selepas puting dan kemaluan Webster dikapit dan dirantai, Anne menyambungkan rantai pada kolar leherWebter dan menggantungnya.
Mereka cuba membuka kolar itu selepas mendapati dia terjerut dan lemas tetapi gagal kerana mangsa menguncinya dan menyembunyikan kunci di salah satu poket sut tahanannya.
Berdepan situasi cemas, pasangan itu yang berkahwin selama 49 tahun, membuat panggilan kecemasan.
Polis kemudian menemui sejumlah tali, cemeti, alat bantuan seks, seluar dalam kulit dan beberapa buku seks sadis di bilik berkenaan.
Pasangan itu pada awalnya ditangkap, tetapi dibebaskan selepas pihak pendakwa raya berpuas hati kes itu tiada unsur jenayah. – Agensi


NAMPAK TAK APE2...TAPI SEDAR TAK...WANITA DIBOGELKAN ...DIAMBIL GAMBARNYA DAN DIPAMER DLM MAJALAH2 UNTUK DITENGOK KEPADA SEMUA ORANG...PASTU MEREKA KAYA RAYA...KAYA RAYA DALAM BERBUAT MAKSIAT...

 

DUNIA


Pengarang Playboy Indonesia ditahan di Bali


GAMBAR fail 2006 menunjukkan pengarang Playboy Indonesia, Erwin Arnada memegang dua salinan edisi pertama majalah itu.



JAKARTA – Polis Indonesia menahan bekas pengarang majalah Playboy tempatan, Erwin Arnada yang dihukum penjara kerana kelucahan supaya dia boleh menjalani hukuman, kata seorang pendakwa raya semalam.
Erwin dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Agung Indonesia kerana kelucahan pada Ogos lepas walaupun tiada gambar bogel dalam penerbitan tersebut.
Lelaki itu dicekup polis di Pulau Bali selepas tiga kali gagal mematuhi arahan supaya menyerah diri.
“Kami menahannya di Pulau Bali dan akan membawanya ke Jakarta hari ini. Dia tidak menyerah diri kepada kami di sini,” kata ketua pendakwa raya Jakarta Selatan, Mohammed Yusuf.
Cuma beberapa edisi majalah tersebut diterbitkan di Indonesia sebelum kumpulan-kumpulan Islam memaksa ia ditutup pada 2006. – Agensi



TU MENUNJUKKAN AKAL MANUSIA TAK SEHEBAT MANA...

Permintaan aneh Lady Gaga



2010/10/09

LOS ANGELES: Meskinpun ramai yang mengaku Lady Gaga memiliki suara yang baik, penyanyi itu sering menjadi tajuk akhbar kerana pakaiannya yang aneh.
Lady Gaga
Lady Gaga
Menurut laporan, Gaga seringkali meminta tong oksigen ditempatkan di dalam bilik persalinannya, madu disimpan di kawasan belakang pentas, makanan yang dihidangkannya tidak berulang dan makanan berbeza disajikan setiap hari sepanjang seminggu.

Penyanyi itu berkata, baik oksigen mahupun madu perlu sentiasa disediakan ketika dia mengadakan persembahan konsert.

Gaga mengarahkan setiap penganjur menyajikan makan malamnya pada jam 5 petang.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penganjur didakwa melanggar kontrak.
Mengenai jenis makanan, Gaga dikatakan memilih berbeku untuk malam Ahad, masakan Asia atau Mexico pada Selasa dan Rabu.

Pada Khamis pula, penyanyi itu mahukan masakan asli Amerika dan daging dikhususkan pada Jumaat.

Gaga memilih pasta dan ayam belanda panggang untuk Sabtu. Dia juga mengarahkan penganjur menyajikan minuman tanpa ais setengah jam sebelum membuat persembahan.

Untuk memuaskan kehendak hatinya, Gaga turut memengarahkan penganjur berhenti menyajikan ais sama sekali pada waktu itu. - Agensi