Monday, November 1, 2010

TAKDIR AKAN TIBA...TAK PAYAH DITUNGGU....IA TETAP DATANG...BERLINDUNGLAH KEPADA ALLAH SWT..

NEGARA


TAKDIR BOLEH DATANG TIBA2...INGATLAH ALLAH ITU TERSANGAT BERKUASA.....

2 penumpang kudung kaki


NORAINI ABAS, ibu kepada Nor Faiz memberi minuman kepada anaknya yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - "Saya sungguh sedih mengenangkan nasib diri yang kini cacat kerana sudah tidak mempunyai kedua-dua belah kaki.''
Demikian kesedihan yang menyelubungi diri Mohd. Adib Ramli, 20, salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran di Kilometer 36, Jalan Genting Sempah pada Khamis lalu.
Mengimbas tragedi itu, Mohd. Adib berkata, dia hanya menyedari kedua-dua belah kakinya tiada setelah tersedar daripada pengsan ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurutnya, sebaik sedar dia melihat keadaan sekeliling dan tahu bahawa dia berada di hospital dengan separuh badannya ditutupi selimut.
"Saya kemudian terasa sakit pada kedua-dua belah kaki dan ketika itu terlintas di fikiran bahawa kesakitan yang dialami pada kaki agak pelik.
"Apabila saya buka selimut saya dapati kedua-dua belah kaki saya dari paras lutut ke bawah sudah tiada sebelum saya menangis kerana tidak dapat terima apa yang telah berlaku," katanya dalam nada sedih.
Mohd. Adib memberitahu, dia tidak dapat membayangkan bagaimana dia akan menempuh kehidupan dalam keadaan cacat selepas ini



DUNIA


ALLAH BERKUASA ATAS SESUATU...

Merapi hambur awan debu 46 minit


GUNUNG MERAPI yang mengeluarkan awan debu dapat dilihat dari Cangkringan, Yogyakarta semalam.



GUNUNG MERAPI, Pulau Jawa - Gunung Merapi menghamburkan awan debu semalam selama 46 minit sekali gus menyebabkan ribuan penduduk di sekitarnya panik.
Sebelum ini ribuan penduduk tersebut mengambil peluang pulang ke kampung halaman selepas bermalam di pusat perlindungan sementara selepas gunung itu tidak lagi meletus.
Letusan terbaru itu berlaku semasa ratusan anggota penyelamat tiba untuk menghantar bekalan makanan dan memindahkan mangsa-mangsa yang cedera akibat tsumani di Kepulauan Mentawai di perairan Sumatera semalam.
Tsunami itu berlaku pada minggu lalu akibat kejadian gempa bumi bawah laut sekuat 7.7 pada skala Richter.
Bilangan mangsa yang terbunuh dalam letusan Gunung Merapi dan tsunami itu hampir mencapai 500 orang semalam.
Siren dibunyikan manakala terdapat beberapa orang terjun ke dalam sungai bagi menyelamatkan diri semasa Gunung Merapi mengeluarkan awan debu.
Menurut seorang pegawai bencana tempatan, Rusdiyanto, sebahagian orang lagi melarikan diri dengan menggunakan kereta dan trak.
Gunung Merapi itu telah membunuh 38 orang.
Walaupun amaran telah dikeluarkan, ribuan daripada lebih 53,000 orang yang dipindahkan dari zon bahaya bertindak kembali semula ke kampung di sekitar gunung itu semalam untuk melihat haiwan ternakan.
"Ladang saya musnah akibat serpihan gunung itu dan debu tebal. Apa yang tinggal kini ialah beberapa ekor lembu dan kambing," kata seorang mangsa, Subarkah.
Menurutnya, dia perlu membawa rumput untuk memberi makan haiwan ternakannya itu bagai mengelakkan ia mati.
Sejak Gunung Merapi itu meletus pada Selasa lalu, para pegawai berusaha untuk mengelakkan penduduk kampung berada dekat dengan gunung tersebut.
Lebih 2,000 askar dikerah untuk memaksa penduduk meninggalkan kawasan dekat dengan gunung itu kelmarin.
Menurut seorang pegawai dari sebuah agensi pemantau gunung berapi, Subandrio, sejak Sabtu lalu, Gunung Merapi itu telah menghamburkan 63 letusan lahar dan sembilan gas.

GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan satu kawasan yang musnah akibat tsunami di Kepulauan Mentawai, di perairan Sumatera.



"Trend itu menunjukkan bahawa aktiviti gunung berapi itu semakin meningkat," katanya.
Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Bambang Ervan berkata, lapangan terbang di Solo, 40 kilometer ke timur Merapi terpaksa ditutup semalam selama sejam ekoran debu gunung itu jatuh seperti hujan.
Syarikat penerbangan Garuda turut menjadualkan semula penerbangan dari Yogyakarta kerana bimbang debu Gunung Merapi akan merosakkan enjin pesawat, kata jurucakap syarikat tersebut, Pujobroto.
Sementara itu, seorang pegawai Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Nelis Zuliastri berkata, jumlah kematian akibat tsunami di Kepulauan Mentawai meningkat kepada 449 orang ekoran penemuan berpuluh-puluh mayat.
Seorang lagi pegawai bencana, Ade Edward berkata, sebuah pesawat C-130, enam buah helikopter dan empat bot panjang membawa bekalan makanan dan kemanusiaan semalam kepada mangsa-mangsa tsunami.
Menurutnya, antara mangsa tsunami yang dipindahkan ialah seorang bayi yang baru dilahirkan dan seorang budak perempuan berumur 12 tahun yang menghidap kecederaan di dada. - AP




HIBURAN


ADAKAH TERKECUALI DARI DOSA...ATAU TAK TAHU IA BERDOSA....ATAU BUAT TAK TAHU....WALAUPUN TAHU IA DOSA....

 

Babak ranjang lumrah - Ady





PROFIL kerjaya aktor kacak, Ady Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim dilihat cukup konsisten. Sudah pelbagai watak yang dibawakannya, antaranya anak derhaka, guru, remaja nakal dan terbaru Ady muncul untuk karakter antagonis sebagai Bad menerusi filem Haq.
Namun, bagi mereka yang telah menonton sedikit sedutan filem tersebut pada majlis sidang media baru-baru ini, dua perkara yang hangat diperkatakan. Pertama, sosok tubuh Adi yang sasa dan kedua, adegan asmara antara Ady dan aktres Nanu Baharuddin.
Tertawa saat dipersoalkan tentang dua perkara tersebut, Ady menjelaskan adegan atas katil yang secara automatik diklasifikasikan sebagai adegan panas itu merupakan suatu kebenaran dan lumrah dalam alam realiti.
Dalam nada berani, Ady memberitahu dia ada sebab menerima dan melakonkan adegan panas itu.
"Adegan seperti itu adalah kebenaran. Saya berani melakonkan adegan itu selepas meneliti skrip dan ingin tunjukkan perkara sebenar kepada masyarakat. Saya tidak boleh cerita sejauh mana panasnya adegan itu kerana penonton kena saksikannya sendiri.
"Saya juga secara berterus terang mengakui itu adalah cara untuk melariskan filem. Meskipun memiliki adegan panas, filem ini mempunyai mesej yang ingin disampaikan ia bukan sekadar cerita kosong," ujarnya.
Sedar dia mungkin akan dihujani kritikan selepas filem yang menelan belanja sebanyak RM2.5 juta itu ditayangkan kelak, Ady pasrah dan yakin peminatnya akan mengerti.
"Sebelum ini saya banyak juga bawa watak jahat tetapi Alhamdulillah peminat dapat bezakan diri saya di dalam filem dan di luar filem.


ADY mengakui babak ranjang dalam filem adalah suatu cara untuk melariskan filem.


"Saya pernah didatangi peminat yang terdiri daripada mak cik-mak cik yang marah dan geram dengan watak lakonan saya tetapi mereka puji mutu lakonan saya itu yang menurut mereka mampu membuatkan mereka sakit hati. Sebagai pelakon tidak mungkin saya akan bawa watak baik sahaja kerana peminat sekarang sudah pandai menilai," tuturnya.
Tayang badan
Menerusi filem Haq juga, Ady tanpa segan menayangkan tubuhnya yang sasa untuk tatapan penonton. Gembira dengan hasilnya, Ady menerangkan dia berusaha membuat latihan bina badan semata-mata mengikut tuntutan watak.
"Sebenarnya saya dan pihak produksi berbincang bagaimana untuk menggambarkan watak Bad ini dengan baik. Menerusi perbincangan itu, keputusannya adalah saya harus membuat latihan bina badan selama dua bulan sebelum penggambaran bermula untuk mendapatkan tubuh yang sasa.

BARISAN karyawan filem Haq yang bakal ditayangkan pada 27 Januari tahun depan.



"Sebelum ini berat badan saya 71 kilogram (kg), selepas dua bulan berat badan saya bertambah kepada 81 kg. Selain bersenam saya juga mengamalkan diet yang seimbang dan mengambil banyak protein dan kurangkan karbohidrat," ceritanya.
Tambahnya, dia seorang pelakon yang sanggup untuk mengubah berat badan semata-mata untuk memenuhi tuntutan watak dan dia menggalakkan pelakon lain turut melakukan hal yang sama.
"Saya sanggup naik dan turunkan berat badan sebab saya ikhlas dengan apa yang saya lakukan. Pelakon antarabangsa juga lakukan hal yang sama. Kalau dalam filem Haq saya bertubuh sasa tetapi dalam filem Hanyut saya turunkan berat badan.
"Jadi, penonton boleh bezakan watak saya dengan melihat saiz badan. Setakat hari ini saya tidak ada sebarang masalah kesihatan, saya juga mempunyai jurulatih peribadi yang membantu saya untuk turun dan naikkan berat badan," katanya.
Bertutur empat bahasa
Haq menyaksikan Ady bertutur dalam empat bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Kantonis dan Perancis. Bagi Ady, perkara itu agak mencabar kredibiliti dirinya.
Jelas Ady, meskipun membawa watak antagonis, namun karakter itu merupakan seorang yang bijak dan terpelajar.
"Bila saya bertutur dalam bahasa yang tidak begitu lazim, kalau tersalah sikit nanti orang akan gelak. Jadi, ketika ada skrip yang memerlukan saya bertutur dalam bahasa Perancis, mesti akan ada orang Perancis yang memantau sebutan saya supaya disebut dalam nada yang betul," terang aktor berusia 29 tahun itu lagi.


ADY sanggup berusaha keras bagi merealisasikan karakter lakonannya.


Filem arahan Jumaatun Azmi dan C.L Hor itu merupakan filem tentang superhero pertama yang dilakonkan Ady. Tidak memerlukan sebarang kostum seperti filem superhero yang lain, Ady tampil cukup segak dengan hanya mengenakan baju kemeja dan kot.
"Skrip filem ini cukup menarik, mereka mempunyai kuasa luar biasa dan Bad dengan wajah menarik serta nampak baik tetapi dalam hati dia inginkan kuasa yang lebih tinggi tetapi berbalik kepada asas, yang berada paling atas adalah Allah.
"Walaupun ada yang cakap filem ini seperti drama bersiri Heroes, itu adalah nilai komersialnya. Saya cukup seronok sepanjang berlakon dalam filem ini bersama Zul Huzaimy dan seluruh tenaga produksi. Secara jujur meskipun belum lihat secara keseluruhan, saya cukup kagum dengan hasil filem Haq," terangnya










NEGARA


HUKUM ALLAH TAK BOLEH LARI...TAHULAH ALLAH NAK MENGAJAR MANUSIA BEGINI...

Mana laporan kes dera SMK Bunut Susu?



DR. WEE KA SIONG


KUALA LUMPUR – Apa sudah jadi dengan laporan kes dera Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut Susu di Pasir Mas, Kelantan?
Walaupun kejadian kes dera membabitkan dua pelajar sekolah tersebut iaitu Muhammad Al-Hakim Mat Nawi, 16, dan adiknya, Muhammad Fairuz, 14, berlaku pada 12 Oktober lalu tetapi sehingga semalam, laporan mengenai kes itu masih belum diterima.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya hairan kenapa laporan kes penderaan di SMK Bunut Susu itu lewat diterima oleh pihaknya.
Sehubungan itu, Ka Siong mahu Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas menghantar laporan mengenai kejadian itu seberapa segera kerana ia melibatkan reputasi kementerian dan keselamatan pelajar.
“Saya harap laporan ini dapat dihantar secepat mungkin untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan melampau seorang guru yang didakwa menggunakan seterika panas bagi mengejutkan pelajar-pelajar asrama di SMK Bunut Susu di Pasir Mas supaya menunaikan solat Subuh pada 12 Oktober lalu.
Dalam kejadian itu, dua adik-beradik berkenaan dikatakan melecur masing-masing pada tapak kaki dan lengan kiri selepas guru terbabit yang juga warden asrama sekolah itu menggunakan seterika untuk mengejutkan mereka




NEGARA


RAMAI YANG TAK SERIK2 DITIPU...KERANA INGINKAN WANG...

Ejen penipu beri harapan palsu


TAWARAN kerja di negara luar mungkin menarik, namun adakalanya penuh dengan penipuan.



KUALA LUMPUR – Kadar tukaran mata wang asing yang tinggi menjadi satu daya penarik yang kuat kepada rakyat negara ini untuk memilih bekerja di negara asing.
Bayangkan, menjadi pengawal keselamatan di Singapura umpamanya, gaji yang ditawarkan mampu mencecah RM4,000.
Pastinya ia satu jumlah imbuhan bulanan yang sukar diperoleh di negara ini.
Berdasarkan satu kajian oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan kerjasama Universiti Boston, Amerika Syarikat, dianggarkan seramai 785,000 warga Malaysia tinggal dan bekerja di luar negara terutamanya di Singapura sehingga awal tahun lalu.
Ia diikuti oleh negara-negara seperti Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Jepun dan Korea.
Faktor upah mungkin satu daya penarik yang kuat, namun bukan semuanya indah belaka jika memilih untuk bekerja di negara asing.
Tarikan itu menjadikan ramai dari kalangan rakyat Malaysia mangsa penipuan oleh ejen-ejen pencarian kerja.
Penduduk di sekitar Johor, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur antara yang paling ramai tertipu dengan ejen-ejen yang menjanjikan ‘bulan dan bintang’ untuk bekerja di negara luar




NEGARA


BERHATI2 DIJALAN RAYA...BERUSAHALAH MENGELAK KEMALANGAN....

5 korban kereta bertembung van


KEADAAN kereta Proton Wira yang meragut empat nyawa selepas merempuh sebuah van di Jalan Permaisuri-Penarik dekat Kampung Nyatuh, Setiu semalam.



SETIU - Tiga beradik bersama seorang bayi yang dalam perjalanan pulang selepas membeli ikan di sebuah pantai dekat sini menemui ajal apabila kereta dinaiki mereka terbabas sebelum bertembung dengan sebuah van di Jalan Permaisuri-Penarik dekat Kampung Nyatuh di sini semalam.
Turut maut dalam kemalangan pada pukul 1.30 petang itu ialah seorang wanita warga emas, Mek Wook Yaakob, 76. Mek Wook merupakan salah seorang daripada 13 penumpang yang menaiki van yang terlibat dalam kemalangan itu.
Tiga adik-beradik lelaki malang yang terkorban ialah pemandu kereta Proton Wira, Noorazydyelwy Sidek, 32; Noorazry Elmy, 29; dan Noor Afzan Efizalman, 16.
Anak tunggal Noorazryelwy yang dibawa sama membeli ikan, Nor Amysha Maisarah, 1, turut terbunuh.
Kesemua mangsa berasal dari Kampung Bukit Cina, Pasir Akar, Besut dekat sini.
Tiga beradik itu maut di tempat kejadian manakala bayi itu pula meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Setiu.
Sebelum kemalangan, Noorazydyelwy yang juga kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan dua adiknya serta anak saudaranya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai membeli ikan di Pantai Penarek.
Bagaimanapun, tiba di tempat kejadian kereta yang dipandu mangsa gagal dikawal dipercayai akibat jalan licin ekoran hujan.
Ekoran itu, kereta itu terbabas ke kanan jalan sebelum ia bertembung dengan sebuah van membawa 13 penumpang dari arah Permaisuri menuju ke Kuala Terengganu



NEGARA


BILA YANG NAK BERMAKSIAT BANYAK...HUKUM TAK MENAKUT YANG MEMBUAT MAKSIAT...NI JADINYA...

Bilik hotel dijadikan pusat pesta


SEBAHAGIAN wanita yang ditahan kerana 'berpesta dadah' di sebuah bilik hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.



PORT DICKSON – Tindakan sekumpulan 18 pasangan kekasih berpesta liar di sebuah bilik hotel sambil mengambil dadah membawa padah apabila kesemua mereka dicekup polis dalam satu serbuan di sini semalam.
Dalam operasi pada pukul 3.15 pagi itu, seramai sembilan pemuda berusia dalam lingkungan 18 hingga 33 tahun ditahan.
Turut ditahan pasangan mereka melibatkan sembilan wanita berusia dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh berkata, semasa pesta itu bermula, kesemua yang ditahan berada dalam keadaan khayal sambil menari dengan diiringi muzik dipasang dengan kuat.
Menurut beliau, penghuni yang curiga dan tidak tahan dengan bunyi bising di sebuah bilik hotel itu menghubungi polis.
“Hasil saringan air kencing yang dilakukan mendapati sembilan wanita dan lapan lelaki terbabit didapati positif mengambil dadah.
“Namun polis tidak menemui dadah yang digunakan mereka ketika berhibur di bilik hotel berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam

NEGARA


BILA TIADA TOLAK ANSUR...HIDUP BERJIRAN...NI KESANNYA...

Patah kaki, hidung dibelasah jiran


DI salah sebuah rumah di Flat Bandar Baru Perda di Teluk Kumbar, Pulau Pinang di sinilah seorang wanita menjadi mangsa belasahan oleh jiran baru-baru ini.



GEORGE TOWN - Seorang nenek patah paha kanan dan hidungnya selepas dia mendakwa diserang, ditumbuk dan dipijak oleh ibu bapa kepada dua beradik yang membuat bising di hadapan rumahnya di Flat Bandar Baru Perda di Teluk Kumbar di sini baru-baru ini.
Amat menyedihkan apabila semasa kejadian pada pukul 6 petang pada 27 Oktober lalu itu berlaku ketika mangsa yang berusia 43 tahun sedang memangku cucu lelaki sulungnya yang baru berusia sebulan.
Akibat tindakan ganas pasangan suami isteri itu, bayi tersebut tercampak ke lantai.
Ketika ditemui, mangsa yang bekerja sebagai operator pengeluaran di Bayan Lepas di sini mendakwa, dia memarahi anak-anak jirannya yang didakwa sudah beberapa kali membuat bising di hadapan rumahnya di tingkat empat walaupun selepas beberapa kali ditegur.
"Dua beradik itu bukan saja bermain di hadapan rumah tetapi turut mengejek dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.
"Niat saya hanya menegur mereka agar tidak bersikap kurang ajar dan membuat bising di hadapan rumah disebabkan cucu saya ketika itu sedang nyenyak tidur," ceritanya yang enggan dikenali.
Menurutnya, selepas menegur kedua-dua beradik lelaki itu, ibu bapa kepada kanak-kanak itu datang menyerangnya yang ketika itu mendukung cucu berada di hadapan rumah

NEGARA


BILA SIFAT ZALIM DAN PENIPU ADA PADA PENIAGA...PENIAGA YANG ADIL MASUK SYURGA.....

Peniaga tidak pamer tanda harga


ISMAIL SABRI (dua dari kiri) menunjukkan tanda harga merah jambu yang dipamerkan seorang peniaga ketika melawat Pasar Awam Sentul, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Ramai peniaga pasar di negara ini didapati gagal mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu untuk barangan kawalan meskipun peraturan itu telah diperkenalkan sejak 10 tahun lalu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu berlaku mungkin disebabkan ada di kalangan peniaga yang masih tidak tahu mengenai penguatkuasaan peraturan tersebut ketika musim perayaan.
"Tanda harga merah jambu ini hanya dikuatkuasakan ketika musim perayaan, mungkin kerana hari ini hari pertama Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali dikuat kuasa dan ada di antara mereka (peniaga pasar) tidak tahu mengenainya.
"Oleh itu, kita akan mendidik dan memberitahu para peniaga mengenai keperluan tanda harga berwarna merah jambu itu," katanya selepas melawat Pasar Awam Sentul di sini semalam.
Ujarnya, tujuan peraturan itu dilaksanakan ialah untuk memudahkan pengguna mengenal pasti barangan kawalan dengan bukan kawalan ketika musim perayaan




NEGARA


MANA PERANAN PUSAT ZAKAT...KERJA AMIL@PUSAT ZAKAT ....KUTIP DAN BAGI YANG BERHAK...TU SEBAB DAPAT BAHAGIAN...BUKAN DUDUK DAN TUNGGU.....

Abang Husin Jebon juga susah



DETIK-DETIK gembira pertemuan antara Muhammad Husabni (kiri) dan abangnya, Muhammad Husaiful pada tahun 2006.


KUALA LUMPUR – “Saya bukan tak mahu jaga Husin tapi saya sendiri susah dan tinggal pun menumpang hasil ihsan kawan di Kuala Lumpur ini.”
Demikian penjelasan abang kedua kepada pelakon kerdil Pontianak Jebon, Muhammad Husaiful Che Rashid, 37, terhadap rintihan adiknya, Husin Jebon yang mengadu kini kembali hidup melarat setelah terpisah dengannya sejak empat tahun lalu.
Jelas beliau, perpisahan itu memang berlaku dan atas bantuan rakannya pada Sabtu lalu, beliau dapat menghubungi adiknya semula setelah sekian lama terpisah.
“Saya telah memohon maaf kerana lama tak tanya khabar dia dan saya sudah jelaskan apa sebenarnya yang berlaku,” katanya yang baru mengetahui adiknya, Husin Jebon atau nama sebenarnya Muhammad Husabni, 35, berhijrah dan menetap di Chow Kit di sini setelah kematian datuknya setahun lalu.
Muhammad Husaiful memberitahu, beliau tiada niat untuk meninggalkan adiknya yang mempunyai masalah penglihatan serta pendengaran, hidup keseorangan dan terumbang-ambing.
Menurutnya, ketika bertemu kembali dengan Husin Jebon pada 18 Disember 2006, beliau nekad untuk menyatukan semua ahli keluarganya termasuk ayah kandung, Che Rashid Ngah, 60-an untuk hidup bersama namun hasrat itu tidak kesampaian




NEGARA


INSAFLAH...MUHASABAH DIRI....

Pitam lihat rumah dilanda ribut


BEGINILAH keadaan rumah Maznah selepas dilanda ribut di Kampung Padang, Pengkalan Balak, Masjid Tanah semalam.



ALOR GAJAH – Seorang suri rumah yang hendak mengerjakan solat Asar, pitam apabila rumah yang didiami dipukul ribut di Kampung Padang, Pengkalan Balak disini semalam.
Nasib baik dalam kejadian pukul 4.50 petang itu, suri rumah tersebut, Maznah Abdul, 42, dan dua anaknya yang berada di halaman rumah tersebut tidak mengalami kecederaan.
Cerita Maznah, sebelum ribut selama 10 minit itu berlaku, dia sedang berada di dalam bilik air untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat Asar.
‘’Ketika berada di dalam bilik air, saya terdengar bunyi deruan angin kuat serta dentuman kuat tetapi bukan dentuman petir,’’ ceritanya ketika ditemui semalam.
Kata Maznah, belum pun sempat selesai wuduk, tiba-tiba anak bongsunya, Zairi Zulkifli, 9, memanggilnya dalam keadaan cemas.
Cemas dengan panggilan anaknya itu, Maznah kemudian terus keluar dari bilik air dan terus ke bahagian belakang rumah.
‘’Selepas keluar, saya pitam sebentar melihat keadaan rumah yang musnah teruk dengan kepingan atap bertaburan terutama di bahagian ruang tamu.
‘’Syukur anak saya yang sedang bermain di belakang rumah tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut,’’ katanya lagi .....
 .

Sunday, October 31, 2010

BILA ALLAH MENENTUKAN TAKDIRNYA.....

JADIKAN PENGAJARAN....

Pangku bayi atas jalan

Oleh Mohd Nasif Badruddin, Zarina Abdullah dan Nojie Nadzirah
am@hmetro.com.my

pix_middle
SETIU: “Saya terus memangku bayi yang ada di atas jalan dan menahan sebuah kereta yang melalui kawasan itu sebelum menghantarnya ke hospital, sebelum membantu mangsa lain,” kata Zakaria Ismail, 61, saksi kemalangan berkenaan.
Menceritakan detik cemas itu, Zakaria berkata, kejadian berlaku ketika hujan dan dia yang berada di depan rumahnya di Kampung Nyatoh terdengar dentuman kuat sebelum melihat sebuah Proton Wira remuk serta suara meminta tolong daripada sebuah van Ford.

“Saya lihat bayi dan pemandu Proton Wira tercampak keluar lebih 10 meter dan ketika itu saya hanya terfikir nak menyelamatkan bayi terbabit sambil bertanya kepada penumpang van, bayi ini anak siapa,” katanya


Ketika itu bayi berkenaan, Nor Amisya Maisarah, 1, masih bernyawa, bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Setiu (HS) jam 6.15 petang, semalam


“Hanya saya saja di tempat kemalangan dan selepas itu orang ramai mula datang dan kami membantu mengeluarkan mangsa yang cedera daripada van, namun seorang penumpang daripada Proton Wira gagal dikeluarkan kerana tersepit,” katanya.

Katanya, seorang penduduk menghubungi pasukan bomba dan penyelamat sebelum pasukan berkenaan tiba dan mengambil masa kira-kira setengah jam mengeluarkan mangsa yang tersepit



JADIKAN IKTIBAR AGAR BERHATI2 DAN BERDOA KESELAMATAN DARIPADA ALLAH SWT...

Badan putus 2

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhammad Apenddy Issahak
am@hmetro.com.my

NGERI...anggota polis trafik   mengalihkan  mayat mangsa di MRR2, awal pagi semalam. Gambar kecil, Digat.
NGERI...anggota polis trafik mengalihkan mayat mangsa di MRR2, awal pagi semalam. Gambar kecil, Digat.
KUALA LUMPUR: Tubuh seorang penunggang motosikal terputus dua selepas digilis berpuluh kenderaan yang tidak sempat mengelak mangsa yang terbaring di atas jalan raya.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi semalam, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian hancur lumat akibat rempuhan bertali arus kenderaan yang melalui Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) berhampiran Bandar Tasik Selatan, di sini.

Sumber polis trafik Kuala Lumpur berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke ibu kota sebelum dilanggar dari belakang

“Berdasarkan siasatan, polis percaya mangsa berkemungkinan dirempuh kuat dari belakang oleh sebuah kereta atau kenderaan berat menyebabkan dia tercampak ke atas jalan raya

“Mangsa terjatuh ke tengah jalan kemudian dirempuh beberapa kenderaan yang dipandu laju. Keadaan jalan yang gelap dan menurun bukit dipercayai menyebabkan pemandu kenderaan yang melalui lokasi kejadian tidak sempat mengelak lalu menggilis tubuh mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang digilis berulang kali menyebabkan badannya terputus dua.

“Malah beberapa penunggang motosikal turut terjatuh dan mengalami cedera ringan selepas terlanggar tubuh dan kepala mangsa.

“Namun semua kenderaan yang tidak sengaja merempuh tubuh mangsa terus meninggalkan lokasi kejadian selepas menyedari objek dilanggar adalah mayat manusia,” katanya.

Katanya, orang ramai kemudian segera menghubungi polis sebelum anggota polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Siasatan awal, mangsa dikenali sebagai Digat a/l Mentagas, 29, berasal dari Rumah Kanawit, Sarawak.

“Susulan kejadian itu, anggota polis trafik terpaksa mengutip cebisan daging mayat mangsa yang berteraburan di atas jalan sepanjang,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa yang hampir hancur itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Sementara itu, orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau talian Rakan Cop 03-21159999

KITA TAK TAHU APA YANG BERLAKU...ITU RAHSIA RUMAH TANGGA ORANG....TAPI HUKUM ALLAH SERTI BAB AURAT PERLU PATUH....

'Bohong belaka'

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

BAHAGIA...Emran bersama Erra
BAHAGIA...Emran bersama Erra
KUALA LUMPUR: “Rumah tangga saya aman damai dan kami tidak pernah menghadiri kaunseling dengan jabatan agama. Saya selalu berkepit dengan suami pun orang tak suka tengok. Apabila sekarang jarang muncul berdua, dikatakan rumah tangga kami bermasalah pula. Susahnya hendak puaskan hati semua orang,” jelas Erra Fazira, 36, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek mengenai keadaan rumah tangganya yang dikatakan tidak bahagia.
Menurut isteri kepada Engku Emran Engku Zainal Abidin itu, sebaik ibunya membaca cerita dalam akhbar semalam mengatakan rumah tangganya berantakan, terus dia menghubungi Erra minta kepastian.

“Saya beritahu emak, bukannya baru sekarang rumah tangga saya difitnah, tapi sudah banyak kali. Saya dan Emran sudah tidak kisah lagi. Tetapi sebagai ibu tentulah dia bimbang
 “Untuk pengetahuan semua, Alhamdulillah, rumah tangga kami bahagia. Tiada apa yang hendak dirisaukan. Sebenarnya saya tidak terkejut pun mendengar cerita ini kerana sudah biasa sangat orang mengatakan yang mereka pernah berjumpa Imran dengan orang itu dan ini, tetapi tidak benar,” katanya.

Cerita kurang enak mengenai rumah tangga Ratu Filem Melayu itu mula kedengaran sejak pementasan teater muzikal Tun Mahathir yang dipersembahkan di Istana Budaya (IB), baru-baru ini. Kononnya Emran tidak datang menonton persembahan isterinya itu.

“Selama 11 hari teater muzikal itu dipentaskan, Emran ada datang sekali. Cukuplah sekali dia datang kerana kalau dia datang banyak kali, banyak pula yang akan dikomennya mengenai lakonan saya.

“Lagipun, dia perlu temankan Aleesya (anak) kerana sepanjang tempoh pementasan itu, setiap malam saya tiada di rumah. Waktu latihan pun saya sibuk, selepas Aidilfitri terus sambung latihan teater itu.

“Jadi kalau Aleesya tengok saya tak ada bersamanya, ayahnya ada menjaganya. Mungkin ketika Emran ke IB, tak ada wartawan yang terserempak dengannya. Jadi timbullah macam-macam cerita.

“Emran juga selalu hantar atau ambil Aleesya yang ada kalanya saya bawa ke IB dan Emran juga selalu hantar makanan kepada saya kerana IB dekat dengan pejabatnya di Bernama TV.

“Biarlah orang hendak kata apa, asalkan kami tahu situasi sebenar. Yang orang kata kami pergi kaunseling itu pun, satu penipuan yang amat jelas,” katanya.

Tambah Erra lagi, tahun pertama perkahwinan mereka, Emran rajin juga mengikutnya ke mana-mana majlis hiburan dan sekarang apabila Emran semakin sibuk dengan tugasnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Saluran Berita, Bernama TV, dia jarang ada masa lagi untuk menemaninya.

“Kami faham kerja masing-masing. Saya pun kalau tak ada kerja, lebih suka duduk di rumah,” katanya

HIBURAN KECIL2 DAH DIDIK...BUKANNYA TAQWA...HIBURAN BANYAK MELALAIKAN...MUNGKIN MENGUNDANG DOSA...BERGAUL...AURAT DAN PERKARA2 LAIN YANG BERTENTANG DENGAN SYARAK....

Diana Amir Tak Kisah Hilang ‘Ayu’

Diana (kanan) di samping Ana Dahlia di majlis Festival Filem Malaysia ke-23 di Pusat Konvensyen Shah Alam, pada 24 Oktober lalu. - Foto oleh AZMAN GHANI
PETALING JAYA: Pelakon drama bersiri Impian 2, Diana Amir, 24, tidak kisah hilang keayuan setelah memotong rambut pendek.
Menurut pemilik nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim, dia terpaksa memotong rambut pendek demi menjayakan watak Sam, seorang tomboi untuk filem 321 Cinta.
Ekoran memotong rambut pendek, ramai peminat yang mengkritik penampilan terbaru pelakon yang baru meningkat naik dan menempa populariti dalam industri seni ini.
“Saya tak kisah kerana memang hilang ayu pun. Apabila memotong rambut pendek, penampilan saya terus berubah.
“Memang itu yang saya dan Abang Azhari Zain, pengarah filem 321 Cinta mahukan untuk watak saya dalam filem itu. Pengarah nak tengok bagaimana saya yang feminin sebelum ini berubah menjadi tomboi.
“Rambut boleh panjang lagi, yang penting hati kena baik,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Filem romantik komedi ini mengisahkan Sam yang membesar dengan keluarga tiri setelah kehilangan ibu dan bapa tersayang.
Disebabkan faktor itu, Sam menjadi seorang tomboi, garang, kaki pukul dan banyak kali dibuang kolej pengajiannya.
Namun akhirnya dia dimasukkan ke sebuah kolej yang turut menempatkan rakan baiknya sebelum ini iaitu Fariz (Pierre Andre).
“Ini merupakan filem pertama saya memegang watak utama. Sebelum ini saya pernah berlakon dalam filem Aku Masih Dara yang akan ditayangkan pada 16 Disember ini serta filem Keramat dan Senario Ops Pocot yang turut akan ditayangkan tidak lama lagi,” ujarnya.
Setelah selesai menjalani penggambaran filem 321 Cinta pada Khamis lalu, Diana sedang menunggu tawaran berlakon sebuah drama. Tetapi setakat ini, perkara itu masih dalam perbincangan



Ke Mana Hala Tuju Peserta 'Gadis Melayu'?

Sembilan finalis Gadis Melayu 3 di Auditorium MBSA, Jumaat lalu. - Foto oleh BRIAN MOH
SHAH ALAM: Pasti ramai yang tertanya-tanya ke mana hala tuju peserta Gadis Melayu selepas program realiti TV9 itu berakhir.
Menurut Pengurus Penjenamaan TV9, Diyana Anuar, setiap peserta yang menyertai Gadis Melayu diuruskan oleh pihak mereka sekaligus memberikan jaminan untuk menyerap peserta ke dalam mana-mana program di bawah Media Prima Berhad.
Begitu juga dengan sembilan finalis Gadis Melayu 3 yang telah berakhir pada Jumaat, di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini.
Mereka adalah Norazrina Mohd Salleh (Rina), 25, Nur Diana Zainuddin (Diana), 19, Fatheen Nabila Ghazali (Fatheen), 24, Afiqah Hazwani, Md Nordin (Afiqah),18, Nor Shamimi Ernida Mansor (Mimie),20, Siti Nur Afiqah Abdullah (Siti),21, Norhidayah Samsudin (Hidayah), 21, Siti Nurzakiah Abdul Aziz (Zakiah),21, dan Siti Mastura Mohamad Saleh (Mastura),24.
“Kami akan serapkan peserta Gadis Melayu 3 yang terpilih untuk mengendalikan program-program di TV9 dan stesen lain di bawah Media Prima.
“Setakat ini, masih awal untuk kami memberitahu tentang perancangan itu kerana program ini baru sahaja berakhir. Mungkin kami akan meuar-uarkan dari semasa ke semasa nanti,” katanya selepas pertandingan itu berakhir dan menobatkan Rina sebagai juaranya.
Diyana juga menafikan bekas peserta Gadis Melayu sebelum ini hilang arah tuju dan tidak mempunyai peluang pekerjaan.
“Kami menawarkan kepada peserta Gadis Melayu yang sesuai untuk mengendalikan sesebuah program itu. Misalnya, Sharifah Jasmine Soraya Syed A Jalil Jamalullail (Gadis Melayu 2) dipilih sebagai pengacara program Auto di TV3,” ulasnya lagi



N45 Galas: Habuan RM250 Menyalahi Peraturan Pilihan Raya

GUA MUSANG: Tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk pulang mengundi merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.
"Pihak parti mungkin boleh memberikan pelbagai alasan bahawa pemberi wang itu adalah sebagai saguhati untuk tujuan menampung kos makan minum ataupun saguhati meninggalkan kerja atau apa sahaja.
"Tapi Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 4 November depan.
Abdul Halim menyifatkan pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah sebaliknya sebagai insentif bagi menarik minat pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.
Bagaimanapun menurut Wan Ahmad, perkara berkenaan terpulang kepada parti lawan untuk mengambil tindakan susulan sekiranya pihak berkenaan mempunyai bukti yang kukuh.
"Dalam hal ini terserah kepada parti lawan, kalau mereka mahu ambil tindakan undang-undang...pihak PAS sewajarnya tahu apakah implikasinya.
"Sebarang aduan boleh dikemukakan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk disiasat," katanya.
Ditanya sama ada tindakan parti-parti politik menyediakan pengangkutan pada hari pengundian untuk membawa pengundi ke pusat mengundi turut menjadi satu kesalahan, Wan Ahmad berkata: "Perkara berkenaan boleh diterima kerana hanya menyediakan perkhidmatan pengangkutan.
"Kita pun faham bahawa kadangkala orang kampung tiada pengangkutan, jadi perkhidmatan berkenaan tidak salah kerana mereka hanya bantu untuk hantar pengundi."



Rina (Gadis Melayu) Mahu Bantu Wanita Melalui Perniagaan

Rina menjuarai Gadis Melayu musim ketiga di Auditorium MBSA, Jumaat. - Foto oleh BRIAN MOH
SHAH ALAM: Juara Gadis Melayu musim ketiga (GM3), Norazrina Mohd Salleh (Rina), 25, berjanji akan membantu golongan wanita melalui bidang perniagaan yang diusahakan.
Rina berkata, sekarang ini dia sedang mengusahakan perniagaan pakaian bersama-sama keluarganya yang dibuat secara kecil-kecilan melalui dalam talian.
Gadis berasal dari Subang Jaya, Selangor ini akan menjadikan kemenangannya ini sebagai platform untuk merealisasikan cita-citanya untuk membantu keluarga dan wanita di luar sana dengan mendapatkan sokongan pihak badan bukan kerajaan (NGO).
“Alhamdulillah, saya mempunyai latar belakang perniagaan. Jadi, saya akan memberikan peluang kepada suri rumah dan remaja wanita untuk menyertai perniagaan dengan bantuan NGO.
“Dengan adanya peluang seperti ini, saya juga akan menggunakannya untuk membantu keluarga,” katanya semasa sidang media selepas malam kemuncak GM3 melabuhkan tirainya pada Jumaat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini.
Rina turut berkongsi kejayaannya dengan ibu dan bapa tersayang.
Melalui kemenangan itu juga, ia secara automatik memberikan gelaran selebriti kepada Rina. Dia yang mengakui masih solo itu tidak teragak-agak untuk menceburi bidang seni sekiranya mendapat tawaran pada suatu masa nanti.
“Bidang penyiaran masih baru buat saya. Banyak lagi perkara yang saya perlu pelajari untuk fahami proses penyiaran dan sebagainya.
“Jika berpeluang menjadi pengacara, saya mahu menyebarkan kebaikan kepada masyarakat seperti Majalah 3. Saya juga tidak menolak jika ditawarkan peluang sebagai pembaca berita. Semuanya bergantung kepada pihak TV9 yang lebih layak menentukan,” kata graduan Ukur Bahan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini.
Rina akui minatnya kepada aktiviti kemasyarakatan telah lama ada dalam dirinya memandangkan dia lebih banyak terdedah dengan aktiviti seperti itu di universiti dahulu.
Selepas menamatkan pengajian, dia pernah bekerja sebagai juru ukur bahan. Kini, dia telah meninggalkan pekerjaan tersebut dan menumpukan kepada perniagaan keluarganya.
Antara hadiah yang dimenangi oleh Rina berupa wang tunai berjumlah RM30,000. Dia berkata hadiah tersebut akan dikongsikan dengan ahli keluarganya kerana akui datang dari keluarga yang susah. Selain itu, dia berhasrat untuk membawa ibu dan bapanya menunaikan umrah.
Lima finalis Gadis Melayu 3.
Pasti ramai yang ingin tahu rahsia kejayaan Rina memandangkan dia kelihatan tenang dan bersahaja ketika menjawab soalan daripada salah seorang juri iaitu angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sheikh Shukor Al-Masrie.
“Walaupun penonton nampak saya tenang tetapi sebenarnya saya menggeletar juga ketika di atas pentas. Pada saya, mungkin secara kebetulan soalan yang ditanya itu berkaitan dengan isu semasa dan saya ada membaca tentang persidangan Asean yang merancang untuk membantu masyarakat.
“Jadi, pembacaan juga sebenarnya banyak membantu saya untuk berjaya,” ujarnya yang turut terkejut dengan kemenangan itu.
Pada jangkaan Rina, Fatheen Nabila Ghazali (Fatheen), 24, yang layak mendapat tempat ketiga dalam pertandingan realiti di TV9 itu akan bergelar juara
 
 
Presley Muncul Johan Bintang Kecil 2010
Gelagat Presley Petrus selepas diumumkan sebagai juara Bintang Kecil 2010, Sabtu malam. - Foto THE STAR Oleh ANDRE OLIVEIRO
KUCHING: Peserta lelaki tunggal Presley Petrus, 10, yang mewakili Sabah muncul johan dalam Pertandingan Bintang Kecil 2010 peringkat kebangsaan dengan menumpaskan lapan peserta peringkat akhir lain di Auditorium Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) Kuching.
Presley yang mendendangkan lagu "Hanya Di Mercu" membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000, piala dan sijil.
Nurshahira Razali
Naib johan disandang oleh Nurshahira Razali, 11, wakil negeri Perak dengan lagu "Zapin Yang Tinggal" sementara tempat ketiga di menenangi peserta tuan rumah Fatin Nurfatihah Drahman, 11, menerusi lagu Gemilang.
Kedua-duanya masing-masing menerima wang tunai RM6,000 dan RM4,000, piala dan sijil.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.
Fatin Nurfatihah Drahman
Memberitahu pemberita kemudiannya, Rais berkata Bintang Kecil merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan lagi sahsiah dan bakat kanak-kanak tanpa mengira kaum.
"Bukan sahaja di peringkat Bintang Kecil, kita juga mahu menggalak lebih ramai penyertaan bukan Melayu dalam pertandingan lagu-lagi P.Ramlee pada masa akan datang," katanya. - BERNAMA

JADIKAN IKTIBAR DAN PENGAJARAN DIMASAAKAN DATANG

Terbunuh ketika pujuk isteri



KUALA LUMPUR: Akibat mahu memujuk isterinya, seorang lelaki berusia awal 30-an maut selepas terjatuh dari tingkat 36 sebuah kondominium di KL Sentral, di sini, semalam.
Difahamkan, keengganan isteri mangsa untuk bertemu suaminya dengan mengurungkan di sebuah bilik menyebabkan mangsa nekad memanjat balkoni dan cuba menyelusup masuk melalui tingkap.

Bagaimanapun, tindakannya memakan diri apabila mangsa yang berasal daripada Indonesia itu terjatuh.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi berkata, berdasarkan percakapan isteri mangsa, mereka mengalami masalah rumah tangga dan sering bertengkar.


“Ketika kejadian, isteri mangsa mengurung diri dalam bilik utama dan enggan bertemu suaminya. Walaupun mangsa cuba memujuknya untuk membuka pintu, namun wanita terbabit berkeras.

“Mangsa kemudian keluar melalui balkoni kediamannya sebelum cuba memanjat masuk ke bilik berkenaan melalui tingkap,” katanya

Menurutnya, namun mangsa tergelincir sebelum terjatuh dari tingkat 36 kondominium itu.

“Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Laporan Kematian Mengejut (SDR),” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan di Nirvana Memorial Park, seorang pengawal dan sembilan pekerja tanah perkuburan berusia antara 20 hingga 50 tahun diikat sebelum dikurung sekumpulan lapan lelaki bersenjatakan parang.

Dalam kejadian itu, kumpulan terbabit yang lengkap memakai topeng dan sarung tangan dikatakan memanjat pagar kawasan itu sebelum menyerang mangsa.

Bari berkata, sebaik semua mangsa diikat, kumpulan terbabit melarikan sebuah peti besi mengandungi wang tunai RM300,000


Pelajar kena cekup di hotel murah

Oleh SURAYA ROSLAN

PETALING JAYA: Niat sepasang remaja untuk bermalam di sebuah hotel murah di sini tidak kesampaian apabila dicekup dalam operasi penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), tengah malam kelmarin.
Remaja perempuan berusia 21 tahun itu dari sebuah institusi pengajian tinggi awam disyaki berdua-duaan dengan teman lelakinya yang datang dari Perak.

Difahamkan, lelaki berusia 23 tahun itu yang bekerja sebagai pemandu lori dikatakan mahu menghabiskan baki cutinya dengan kekasihnya di hotel terbabit.

Ketua Unit Tindakan Khas Bahagian Penguatkuasa Jais Shah Alam, Mohammad Haffizi Mohd Roslan berkata, operasi bersepadu bersama beberapa anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu dibuat khas selepas mendapat aduan orang ramai mengenai wujud aktiviti tidak bermoral di sebuah hotel di sini

“Malah, dalam serbuan itu juga, kami terpaksa menunggu kira-kira 15 minit sebelum remaja perempuan yang lengkap berpakaian membuka pintu. “Hasil pemeriksaan kami mendapati lelaki berkenaan berpakaian lengkap dan berseluar pendek, manakala kekasihnya berpakaian lengkap. Kedua-duanya terus menuju ke sebuah katil selepas membuka selak pintu bilik,” katanya di lokasi kejadian, di sini, kelmarin.

Mohammad Haffizi berkata soal siasat mendapati kedua-dua remaja terbabit didapati tidak mempunyai sebarang hubungan mahram dan seterusnya dibawa ke pejabat Jais untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut

Difahamkan, gadis itu memberi alasan dia hanya menemani teman lelakinya seketika sebelum ke kolej.

Menurutnya, kedua-dua mereka dibawa ke pejabat Jais untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut.

Mengikut Seksyen 18 (1), Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, pesalah yang berkhalwat boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Sementara itu, sebuah kelab malam berdekatan hotel berkenaan yang menjadi tumpuan remaja Islam untuk mendapatkan keseronokan dengan mengambil minuman memabukkan dan berpakaian menjolok mata turut diserbu penguat kuasa Jais.

“Tiga remaja lelaki berusia lingkungan 20-an ditahan ketika leka meneguk minuman keras manakala enam wanita Islam ditahan kerana berpakaian tidak senonoh dan boleh mencemar agama,” katanya



Rita tetap nanti Aidil

Oleh RUDY IMRAN SHAMSUDDIN dan MURSHID EUNOS

KUALA LUMPUR: Perselisihan faham yang berlaku membabitkan rumah tangga aktres jelita, Rita Rudaini Mokhtar dan suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak masih tiada penghujungnya hingga ke hari ini.
Tiada gambar yang merakam pertemuan dua jiwa ini, sebaliknya pasangan yang diijab kabul pada Februari 2008 di Songkla, Thailand itu hanya menggunakan media untuk berperang kenyataan.

Kronologi bermula apabila Mohd Aidil memfailkan permohonan Sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban selain tidak lagi menjenguknya dan anak sulung mereka, Airit Rayyan Rizqin meskipun kini mengandung tiga bulan anak kedua pasangan itu.

Malah, aktres berusia 34 tahun itu pernah mengeluarkan kenyataan yang rumah tangganya dilanda badai akibat campur tangan keluarga mentua dan orang luar.


Bagaimanapun, dalam beberapa laporan akhbar, Aidil mendakwa isterinya yang juga dramatis terkenal bagai keliru dan tidak memahami kaedah Sulh yang dituntutnya hingga mengeluarkan kenyataan yang tersimpang.

Ketika Rita yang popular menerusi filem Mistik, Mami Jarum Junior dan Cinta dihubungi untuk mengulas dakwaan Aidil, dia menyifatkan segala salah faham dan kekeliruan tidak pernah menghantuinya, sebaliknya Aidil gagal merealisasikan proses perbincangan dengannya berhubung kemelut rumah tangga mereka

“Saya terkejut dan kecewa dengan kenyataannya (Aidil). Kononnya saya keliru dengan kaedah Sulh dan mula mengeluarkan kenyataan lain pula, sedangkan sejak awal saya faham sedalam-dalamnya erti taklik sebuah perkahwinan, hukum-hakam dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

“Mengapa Aidil tidak mengambil inisiatif dengan melapangkan masa untuk duduk berbincang dengan saya selaku isterinya daripada menggunakan media dan menjawab persoalan media berhubung masalah ini.

“Saya memang terkejut kerana hanya mengetahui segala cerita melalui akhbar, sedangkan dia masih suami saya dan kini saya mengandung anak kedua kami.

“Mungkin kekeliruan itu datang hingga meninggalkan tanda tanya kepada saya apabila membaca laporan media yang suami pergi memfailkan Sulh, sedangkan sebelum itu kami sudah berbincang untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Saya semakin tertanya-tanya mengapa dia hanya menangguhkan tuntutan Sulh dan tidak menarik balik. Namun, apabila saya mempersoalkannya, Aidil menjelaskan jika berlaku lagi perselisihan faham seperti ini, dia tidak perlu lagi ke mahkamah dan memfailkan tuntutan Sulh kali kedua.

“Justeru, saya membuat kesimpulan sendiri, berdasarkan kenyataan dan tindakannya yang dia sebenarnya menyimpan niat untuk tidak berbincang atau menyelesaikan masalah kerana awal- awal lagi dia berfikir soal perselisihan faham di kemudian hari,” katanya.

“Saya memang sedih dan kecewa dengan perkara itu. Saya bingung dan enggan berfikir panjang kerana bimbang memudaratkan kandungan,” katanya.

Jelas Rita, berdasarkan apa diketahuinya dan sumber sahih, Sulh adalah untuk pasangan yang sedia bercerai dan bukan sesi kaunseling biasa bagi memperbaiki masalah rumah tangga.

“Sekarang saya ingin bertanya, siapa yang keliru akan fungsi undang-undang yang sebenarnya? Jika benar Aidil pernah membuat kenyataan ingin kembali menjaga kami sekeluarga, mengapa tidak terus dia berbincang dan duduk mencari penyelesaian bersama saya sebagai isterinya,” katanya.

Rita ketika dihubungi, berada di rumah adiknya di Taiping, Perak, bersama anak sulungnya memandangkan kesihatan yang tidak stabil. Dia turut menegaskan suaminya juga tahu perkara itu dan mengizinkannya dan anak untuk tinggal di situ kerana Aidil sibuk memberi tumpuan pada perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung malam tadi.

Dia mengakui pernah dihimpit masalah serupa sebelum ini tetapi segala-galanya dapat diselesaikan kerana mereka berdua sememangnya mengamalkan sikap terbuka untuk duduk berbincang. Cuma, katanya, kali ini dia tidak faham mengapa Aidil bersikap sedemikian.

“Saya faham keadaannya. Selama ini saya memahami kerjayanya yang menuntut untuk kami berjauhan. Oleh itu, saya meminta izin untuk tinggal bersama adik kerana kesihatan yang tidak mengizinkan sejak mengandung kali kedua.

“Aidil ada menghantar SMS untuk bertanya khabar kepada saya dan anak tapi peliknya, dia tidak pula memujuk untuk kami berdua duduk berbincang. Saya jujurnya terbuka hati dan sentiasa reda bagi bersemuka dan menyelesaikan masalah yang berlaku dengan proses perbincangan. Saya percaya itu saja yang mungkin memberi petunjuk kepada kami berdua menyelesaikan segala kekusutan,” katanya



Ibu tua terbiar

Oleh ARIFIN SALLEH

ALOR GAJAH: Dia mempunyai enam anak berusia 20 hingga 50 tahun, tapi semuanya memilih untuk membawa haluan masing-masing hingga menyebabkan hidup si ibu dalam kedaifan.
Itu nasib K Puspathy, 75, warga emas yang hanya bergantung dengan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri untuk meneruskan kehidupannya di sebuah rumah usang sejak beberapa tahun lalu.

Dia yang menetap di Kampung Machap Baru, dekat sini, tinggal seorang diri di rumah usang yang menunggu masa untuk rebah ke bumi selepas mendiang suaminya meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Puspathy berkata, kehidupannya mula berubah selepas kesemua anaknya tidak tinggal bersama dengannya, sekali gus menyebabkannya sentiasa merenung nasib diri pada sisa-sisa usia


Menurutnya, walaupun menyedari keadaan rumah yang diduduki sejak 35 tahun lalu itu tidak selamat, dia tidak mempunyai pilihan lain selepas kediaman lamanya diambil bagi pembinaan empangan.

“Saya terpaksa tinggal di rumah ini kerana tiada rumah lain, selain biasa dengan keadaan ini. Walaupun rasa kurang selesa, apa boleh buat kerana ini saja tempat yang ada selagi saya masih hidup

“Sebelum ini saya ada memohon bantuan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin tetapi tiada tanah untuk menyokong permohonan. Jika mohon pun belum tentu boleh dapat, menyebabkan tiada pilihan selain terpaksa tinggal di rumah usang ini.

“Cuma saya masih bernasib baik apabila berjiran dengan sebuah keluarga Melayu yang banyak menghulurkan bantuan tanpa mengira warna kulit kerana mereka sentiasa mengambil berat keadaan saya yang tinggal seorang diri di rumah ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, keadaan rumah itu memang teruk kerana terlalu usang dengan lantai semakin mereput, manakala bumbung pula bocor dan terpaksa ditutup menggunakan plastik sampah bagi mengelak basah jika ditimpa hujan.

Malah, katanya, lantai papan pecah di banyak tempat dan berlubang, manakala siling rumah bocor dan tidak selamat untuk didiami selain pernah beberapa kali dimasuki ular sawa dan binatang liar.

“Semua bumbung dan siling bocor, kalau hujan lebat waktu saya tidur, saya terpaksa berlari turun ke bawah rumah sambil membawa bantal dengan kain selimut untuk berteduh.

“Apa lagi yang boleh saya lakukan kerana tidak mampu bekerja kecuali mengharapkan wang bantuan, dan tinggal bertemankan beberapa ekor binatang peliharaan bagi menghilangkan kesunyian, tetapi perlu sentiasa cekal untuk meneruskan hidup.

“Lagipun, saya biasa dengan keadaan di sini. Bila angin kencang, bumbung rumah bergegar dan pasti ada dinding atau bumbung tertanggal, malah papan lantai turut tercabut, tetapi saya nak pergi ke mana lagi, mahu mengharapkan anak, mereka pun jarang menjenguk,” katanya.

Jirannya, Harun Omar, 53, yang juga keluarga angkat kepada warga emas itu berkata, warga emas berkenaan pernah memohon rumah di bawah PPRT sejak dua tahun lalu, tetapi hingga kini tiada jawapan.

“Kalau tengok pada struktur rumah didiami Puspathy, memang tidak sesuai. Saya bukan apa, cuma khuatir kalau perkara tidak diingini berlaku terhadap dirinya,” katanya



Letusan Merapi: 'Banjir' abu setebal dua meter



YOGYAKARTA: Buat sekian kalinya, selepas hampir 50 tahun, Kota Jogja diselaputi abu volkanik yang dihasilkan akibat letusan Gunung Merapi yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam, kelmarin.
Muntahan debu putih itu yang kemudian dibawa angin membuatkan sekitar kawasan di barat dan selatan Gunung Merapi terbabit berkabus dengan kesan abu di jalanan yang mencapai ketebalan hingga dua meter.

Jika selama ini Kota Jogja yang dianggap sebagai kawasan ‘kebal’ daripada ancaman daripada Gunung Merapi kerana mempunyai Kraton (istana) tetapi ia berubah apabila turut diselaputi debu putih.

Bagi golongan muda yang tinggal di sekitar kota terbabit, kesempatan itu diambil untuk melihat kesan abu yang kali pertama dialami seumur hidup dengan lebih dekat

Ternyata, mereka bagaikan tidak gentar dengan kesan abu terbabit kerana masing-masing mahu mengalami fenomena yang berlaku akibat muntahan Gunung Merapi yang menghasilkan ‘hujan abu’ itu.

Tinjauan Metro Ahad kira-kira jam 5 pagi (WIB) di sekitar Jalan Kaliurang, Sleman, yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Kota Jogja mendapati ramai penduduk yang keluar untuk melihat kesan debu putih di jalan

Selain itu, mereka juga dilihat menjalankan aktiviti harian seperti biasa tetapi terpaksa memakai topeng untuk mengelak kesan abu terbabit.

Seorang remaja yang ditemui, Fifi, 19, berkata dia bersama rakan mengambil kesempatan keluar melihat kesan abu berhampiran rumah mereka.

“Ini kali pertama saya mengalami dan melihat kesan debu putih di kawasan ini dan saya mengetahuinya ketika menonton berita di televisyen.

“Ketika letusan berlaku, bau belerang sangat kuat dan bagi saya, ini satu pengalaman dan saya tidak gentar, namun hanya berjaga-jaga kerana risau berlaku kemungkinan perkara buruk,” katanya. Kesan debu juga dapat dilihat di premis, rumah serta kenderaan dan ada beberapa sekolah terpaksa ditutup lebih awal untuk keselamatan.

Dengan jarak penglihatan yang kurang 10 meter boleh dilihat dengan jelas, pemandu di jalanan terpaksa membawa kenderaan dengan lebih berhati-hati bagi mengelak kecelakaan.

Selain itu, Lapangan Terbang Antarabangsa (Bandar Udara) Adisutjipto Yogyakarta, terpaksa ditutup jam 6 pagi bagi tujuan keselamatan sebelum dibuka kembali sejam kemudian selepas abu reda dan kerja mencuci selesai.

Letusan gunung merapi yang berlaku malam kelmarin itu dikatakan antara yang terkuat sejak 10 tahun lalu hingga membuatkan penduduk yang tinggal kira-kira 10 kilometer dari gunung berapi itu menjadi panik




Tsunami di Mentawai: Hilang keluarga sekelip mata



KEPULAUAN MENTAWAI: Hati wanita mana dapat menahan kesedihan selepas kehilangan lima anak bersama suami tercinta dalam kejadian tsunami yang melanda Pulau Muntei, di sini, lewat malam Isnin lalu.
“Hancur luluh hati saya mengetahui lima anak lelaki saya maut ketika dibadai ombak tsunami berkenaan ketika nyenyak tidur.

“Hanya dua daripada tujuh anak saya dapat diselamatkan tetapi pinggang mereka patah akibat merempuh pokok ketika dihanyutkan air,” kata Warna, 39, yang kehilangan lima anak lelakinya dan suami yang dicintainya dalam bencana tsunami.

Ketika ditemui di Pos Kesihatan Sikakap, di sini, Warna menemani dua anak perempuannya yang masih hidup, namun seorang daripada mereka, Melda Yanti, 10, patah pinggangnya


Menurutnya, ketika kejadian, mereka sekeluarga sembilan beranak tidur di dalam rumah ketika merasakan sedikit gegaran dan membuatkannya terjaga daripada tidur sebelum cuba mengejutkan keluarganya.

“Sebelum sempat saya mengejutkan mereka, rumah kami dihempas ombak tinggi setinggi 13 meter yang menyebabkan kami semua dihanyut ombak berkenaan menghala ke pantai

Saya sempat berpaut pada sebatang pokok di depan rumah sambil melihat suami dan tujuh anak saya dihanyutkan air ke kawasan depan rumah.
“Suasana ketika itu gelap dan saya hanya dapat mendengar teriakan orang kampung yang meminta tolong,” katanya.

Warna berkata, selang beberapa minit air mulai surut dan terus mencari anaknya yang dihanyutkan air dan menemui anak perempuannya Melda tersangkut di sebatang pokok di kawasan semak di depan rumahnya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Katanya, selepas itu dia mengendong Melda dan pergi mencari anaknya yang masih hilang.

Menurutnya, mereka bertiga dibawa ke pos kesihatan Rabu lalu dengan menaiki bot laju sebelum dirawat bersama ratusan lain yang masih cedera di sini

DEDAH AURAT HARAM...BENCANA MUNGKIN MUSIBAH...BERTAQWA LAH

Dua beradik melecur diseterika


MUHAMMAD AL-HAKIM (kanan) menunjukkan kecederaan pada lengan adiknya,
Muhammad Fairuz akibat diseterika guru mereka ketika ditemui di Kampung Anak Keranji, Slow Machang, Kelantan semalam.


PASIR MAS - Dua beradik antara 11 pelajar yang melecur akibat tindakan melampau seorang guru menggunakan seterika panas bagi mengejutkan mereka supaya menunaikan solat Subuh baru-baru ini.
Kejadian berlaku di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut Susu dekat sini pada 12 Oktober lalu ketika Muhammad Al-Hakim Mat Nawi, 16, dan adiknya, Muhammad Fairuz, 14, nyenyak tidur.
Dalam kejadian pada pukul 6.15 pagi itu, kedua-dua mereka melecur masing-masing pada tapak kaki dan lengan kiri selepas guru tersebut yang juga warden asrama menggunakan seterika untuk mengejutkan mereka.
Turut mengalami nasib yang sama ialah sembilan lagi pelajar lain.
Menurut Muhammad Al-Hakim, biasanya mereka akan bangun pukul 6 pagi untuk bersiap menunaikan solat Subuh.
Bagaimanapun, pada hari tersebut, sebahagian besar pelajar di dalam dom asrama itu nyenyak tidur.
"Ketika nyenyak tidur, saya terkejut apabila terasa panas pada kaki.
"Apabila tersedar, saya nampak cikgu tersebut berdiri sambil memegang seterika panas yang digunakan untuk mengejutkan kami.
"Ketika itu dalam dom kami ada 14 pelajar tetapi tiga daripadanya telah bangun lebih awal menyebabkan mereka terselamat daripada dikenakan tindakan oleh cikgu tersebut," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Anak Keranji, Slow Machang dekat sini semalam.


NEGARA


Pemandu bas terbalik tiada lesen


KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - Sukar untuk dibayangkan pemandu bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan tujuh nyawa di Kilometer 36, Lebuh Raya Karak dekat Genting Sempah di sini kelmarin tiada lesen memandu.
Namun, itulah hakikat yang disahkan oleh Ketua Jabatan Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Supritendan Che Hussin Omar.
Sebelum kemalangan kira-kira pukul 7.40 malam itu, dia dipercayai telah memandu sejauh lebih 400 kilometer dari Baling, Kedah ke Genting Highlands.
Menurut beliau, berikutan kemalangan itu lelaki berkenaan yang berusia lingkungan 40-an kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.
"Berdasarkan keterangan daripada penumpang, lelaki tersebut didakwa memandu bas ketika kejadian dan kita menahannya untuk siasatan lanjut.
"Setakat ini dia masih lagi menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana kakinya patah," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam


NEGARA


Hidup Husin Jebon kembali melarat


MUHAMMAD HUSABNI (kiri) bersama Muhammad bersiar-siar di Chow Kit baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Saat dipertemukan dengan abang kedua kira-kira empat tahun lalu setelah terpisah selama 29 tahun, Muhammad Husabni Che Rashid, 35, mengharap sinar baru dalam hidupnya.
Bagaimanapun, impian Muhammad Husabni atau dikenali sebagai ‘Husin Jebon’ tidak kesampaian apabila dia kembali terpisah dengan saudara kandungnya, Muhammad Husaiful, 37, sekali lagi menyebabkan hidupnya kembali melarat.
Situasi Husin bertambah buruk apabila datuk yang menjaganya sejak kecil meninggal dunia di Kelantan setahun lalu.
Susulan daripada itu, dia yang pernah berlakon sebagai hero dalam telemovie, Pontianak Jebon pada tahun 1999 berhijrah ke ibu kota.
Mereka yang selalu mengunjungi Chow Kit pasti akan terserempak dengan Husin yang merayau-rayau di situ.
“Saya kini hidup sebatang kara dan menumpang di rumah flat di Chow Kit dengan kawan-kawan OKU yang lain,” katanya.
Husin yang berketinggian 105 sentimeter (sm) dan berat 15 kilogram, pernah mendapat liputan meluas di Kosmo! empat tahun lalu


NEGARA


Mangsa puting beliung rayu bantuan


BUMBUNG beberapa buah rumah yang rosak akibat dipukul ribut puting beliung masih belum dibaiki di Arau semalam.


KANGAR - Mangsa-mangsa ribut puting beliung dilima buah kampung di sekitar Jejawi, Arau, Khamis lalu merayu pihak berkenaan segera menyalurkan peruntukan membaiki bumbung rumah mereka yang rosak.
Tinjauan Kosmo Ahad! mendapati tiada kerja-kerja membaiki bumbung dibuat kerana kebanyakan mangsa tidak mempunyai wang yang mencukupi.
Abas Jusoh, 78, berkata, dia masih terkejut dengan bencana itu sehingga tidak tahu apa yang hendak dilakukan disebabkan mereka hidup susah.
"Nasib saya bagai jatuh ditimpa tangga, sudahlah rumah rosak dipukul ribut, hendak baiki pun kami tidak cukup wang.
"Jadi, saya dan isteri terpaksa keluar dan menumpang di rumah anak," katanya ketika ditemui di Kampung Pulau, Arau di sini semalam


HIBURAN


Fasha bahagia dibenci


MENGENALI Fasha secara luarannya, wanita muda ini bagai sudah lali dikaitkan dengan bermacam kontroversi. Sama ada dalam fasa kebangkitan semula atau membasuh skeptikal, dia semakin bijak mengatur langkah.


TANPA mahu agar penjuru-penjuru romantikanya bersama sang pengarang jantung, Rizal Ashram Ramli diperhalusi berulang-ulang kali, bait dan jeda dalam bicara bersama Fasha Sandha sebaliknya terisi oleh khabar kontemporari.
Sengaja alur bicara diolah begitu, barangkali kami sepakat, enggan bingkisan terkini Fasha yang sudah bertahun terpisah daripada Sensasi Bintang ini cenderung klise sifat lahiriahnya.
Saya tertarik tatkala rasa yang bertakung di hempedu hatinya melantun patah demi patah dari mongel bibirnya. Dia masih beraksi sebagai Fasha Sandha, yang berhemah menuturkan bahasa walaupun di tangannya, tergenggam erat gading bertuah idaman ramai.
Mengalih perhatiannya menelaah topik kemahuan, wanita yang kelihatannya matang berbanding usia 26 tahun itu dipinta mengulas, cukup selesakah hidup buatnya hingga setiap kemahuan sudah mampu digentas tanpa terkekang banyak halangan.
“Setakat ini, banyak kemahuan saya sudah tercapai memandangkan hidup saya juga sekadar sederhana. Tetapi untuk kemahuan akan datang, saya tidak tahu. Apa yang paling membahagiakan saya adalah, setiap kali membuka mata, saya sedar bahawa masih ada ramai peminat yang menyokong perjuangan saya. Ada yang bencikan saya tetapi mereka masih menonton kerja saya. Itulah momen paling bahagia buat saya,” beritahunya menambah informasi, terdapat sekitar 31,870 peminat yang mengikuti perkembangannya di laman perkongsian sosial Twitter.
Tidak pernah berkehendakkan sesuatu yang mustahil cuma katanya, kemahuan kewanitaan tidak akan tercapai tanpa ikatan perkahwinan atau menimang cahaya mata sendiri.
“Seseorang wanita itu tidak sempurna selagi belum bergelar isteri dan ibu,” ujarnya dipintas satu usikan, bagaimana jika bahagia dan impian untuk hidup bersama lelaki yang digelar ‘sayang’ ketika ini tidak berakhir di jinjang pelamin.
Fasha menjawab spontan: “Saya tidak gentar, saya masih muda dan bukannya berusia 40 tahun, jadi saya tidak perlu pening kepala. Macam-macam perkara yang lebih teruk pernah berlaku dalam hidup saya. Rasanya tidak perlulah ia dihuraikan satu-persatu. Saya menjadi semakin matang, lebih dekat dengan keluarga dan paling penting, saya kenal siapa kawan dan siapa lawan.

MENINGGALKAN Chinta di lokasi, banyak ’sempadan’ dibawa pulang oleh Fasha.


Fasha masih berpegang dengan kata-katanya, dia bahagia dengan situasi ketika ini, bahagia kerana kemunculan sebagai pelakon semakin diterima dan bahagia diulik cinta Rizal Ashram yang lebih mesra dipanggil Jejai walaupun ditohmah bermacam nista. Ketika masyrakat asyik mempertikaikan sejauh mana dirinya mampu diterima keluarga Jejai, dalam masa yang sama pula, keluarga Fasha sendiri ditindih kesulitan mengenangkan Jejai sendiri ada sejarah kelam. Itu situasi ‘vakum’ yang peribadinya memberikan manis kepada Fasha, satu situasi yang memberikan lebih banyak tempoh terutama untuk diri sendiri membelah kesediaan.
Pelacur kelas atasan
Sedang terbakar rasa terujanya, Fasha dibidik persoalan lagi. Kali ini tentang gelombang apakah yang paling kencang berkocak kencang di jiwa. Dia tersenyum seraya membolak-balikkan gaun labuhnya. Duduknya dibetulkan sebelum menghela nafas panjang.
“Fenomena Natasha kembali dalam karier lakonan saya. Lama benar rasanya khalayak tidak memanggil saya dengan nama watak, kecuali dulu ketika drama Natasha ditayangkan. Sekarang, sejak Chinta ditayangkan dan meraih rating antara yang tertinggi, rasanya fenomena itu kembali kepada saya,” kata pembawa roh Chinta Chandurry yang mula berlegar di sekelilingnya.
Menjiwai watak pelacur kelas atasan yang memilih Tuhan untuk dimusuhi, itu satu dendam yang maha berat. Enam tahun bergelar pelakon, menghayati karakter Chinta melebihi segala cabaran mental dan fizikal watak-watak terdahulu yang pernah dilakonkannya.
“Watak Chinta datang pada ketika dan usia saya yang tepat, pengalaman terdahulu juga antara yang mematangkan lakonan saya dalam drama itu. Ia bukan kisah pelacur tetapi bagaimana seorang gadis baik bertukar menjadi pendendam kepada lelaki lebih besar lagi kepada Tuhan kerana kecewa dengan takdir. Chinta satu watak berat dan ramai menyatakan Chinta sebuah karya yang sukar dijangka,” meladeni Chinta juga katanya, menjadi bekal untuk dijadikan sempadan dan teladan.

MAHU terus mencari ruang keyakinan peminat untuknya, Fasha meniti satu lagi proses kematangan. Dia mahu lebih selektif memikirkan impak karakter tetapi dalam masa yang sama tidak pernah menolak nama-nama tertentu untuk bekerjasama dengannya.


Sepintas lalu, watak Chinta Chandurry pantas mengheret satu nama, Nidah Kirani menerusi judul sebuah novel dari seberang yang berjudul Tuhan, Izinkan Aku Menjadi Pelacur! Memoir Luka Seorang Muslimah.
Novel karya Muhidin M. Dahlan itu banyak diperdebatkan atas dasar kemunafikan seorang muslim, iaitu Nidah yang memilih Allah sebagai subjek mahupun objek untuknya melampiaskan dendam. Nidah bulat hati menjadi penggoda dan menjadikan seks sebagai makanan percuma untuk merosakkan akidah ahli-ahli agama manakala Chinta pula menjadi pelacur bagi mengisi kekosongan hati.
“Saya gelar Chinta sebagai pelacur kelas atasan dan dia melacur bukan kerana duit tetapi untuk keseronokan, mengisi sepi dan dendamnya kepada Tuhan. Terlalu besar dan banyak ilmu yang saya kutip daripada Chinta, apa yang patut dan apa yang terlarang, jika yang terlarang juga yang dipilih, ada pula akibatnya,” walaupun sebuah cereka, Fasha menembus realiti hidup daripada naskhah arahan Feroz Khan itu.
Menjadi pemandu jentera akal dan hati, aktres yang pernah membintangi puluhan judul filem termasuk Berlari Ke Langit, Evolusi KL Drift serta terbaru 4 Madu itu semakin mengenali erti optimistik. Semakin lama dalam industri, anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu juga semakin berani menjadi selektif terhadap watak. Terbaru dari lokasi, Fasha kini sibuk berlatih tubi untuk beraksi bersama Awie menerusi filem Dari Kerana Mata arahan Melissa Saila. Sekitar Februari 2011 pula, satu projek besar yang ditunggu-tunggunya bakal menjadi nyata. Tunggu! itu kata Fasha kepada peminatnya


DUNIA


Yogyakarta dilanda hujan abu


ORANG ramai yang bermotosikal meredah hujan abu di Yogyakarta selepas Gunung Merapi meletup pada awal semalam.


HARGOBINANGUN, Yogyakarta - Orang ramai bertempiaran melarikan diri ke tempat lebih selamat apabila Gunung Merapi di Indonesia mengeluarkan letusan dahsyat awal semalam.
Gunung setinggi 2,968 meter itu yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar raya Yogyakarta, Jawa Tengah, meletus selama 21 minit.
Abu dari gunung berkenaan melitupi kawasan lebih 10 kilometer di sekitarnya.
Anggota tentera dan polis yang berkawal di sekitar Merapi bergegas menyelamatkan diri bersama ratusan penduduk apabila mendengar bunyi gegak gempita sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan) semalam.
Tidak sampai beberapa minit, jalan-jalan di sekitar Merapi dipenuhi trak, kereta dan motosikal ketika orang ramai segera meninggalkan lokasi bencana.
Jurucakap Hospital Sardjito di Yogyakarta, Arif Novianto berkata, setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada terdapat mangsa yang terbunuh dalam bencana semalam. Namun, dua orang maut semasa orang ramai berasak-asak melarikan diri.
"Dua lagi, seorang wanita dewasa dan seorang budak lelaki dua tahun, maut dalam kemalangan semasa bencana semalam," katanya.
Letusan semalam adalah yang kedua selepas Merapi meletus pada Isnin lalu yang meragut nyawa 36 orang.
Sebelum meletus, Merapi mengeluarkan asap dan memuntahkan lahar sejauh 3.5 kilometer ke bawah cerun pada pagi semalam.
Sementara itu, di zon tsunami di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, pasukan petugas bantuan swasta bergelut dengan ombak besar dan hujan lebat untuk menghantar makanan dan bekalan lain kepada mangsa-mangsa tsunami.
Lokasi tersebut terjejas teruk akibat tsunami yang dicetuskan oleh satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 pada skala Richter pada Isnin lalu.
Cuaca buruk di kepulauan Mentawai memaksa pihak tentera menggugurkan bekalan dari beberapa pesawat dan menghentikan penggunaan bot dan helikopter bagi penghantaran bantuan.
Setakat ini, lebih 413 orang terkorban manakala lebih 23,000 lagi hilang tempat tinggal dalam bencana tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, doktor-doktor di Hospital Sikakap, pulau Pagai Utara yang paling teruk terjejas akibat tsunami kecewa kerana tidak dapat membantu sekitar 150 mangsa yang cedera ekoran kekurangan bekalan ubat-ubatan.
"Kami amat memerlukan morfin," kata seorang sukarelawan, Dr. Alyssa Scurrah, dari Sydney, Australia.
Katanya, hospital berkenaan amat memerlukan sebuah generator dan ubat antibiotik dan lain-lain peralatan perubatan.
Di sisinya, seorang budak perempuan berusia 12 tahun yang terbaring nazak akibat kecederaan di dada.
Scurrah bimbang kanak-kanak itu tidak dapat diselamatkan kerana kekurangan peralatan perubatan manakala usaha memindahkannya ke hospital utama di Sumatera tergendala akibat ombak besar dan hujan lebat. - Agensi

BERTUDUNG BAIK DAN WAJIB...TAPI BENTUK BADAN AURAT JUGA....PERLU DIJAGA...DAN HARAM BERSOLEK@TABARUJ DI DEPAN LELAKI BUKAN MUHRAM...TAK BERTUDUNG MEMANGLAH HARAM

Amalan berpantang

Oleh NORAINON OTHMAN, MOHD AZAM SHAH YAACOB dan HIDAYATUL AKMAL AHMAD

HIDUP BARU... Maizawati menunggu kelahiran anak ketujuh.
HIDUP BARU... Maizawati menunggu kelahiran anak ketujuh.
KUALA LUMPUR: Kegebuan dan kemampuannya memiliki ramai anak mungkin dicemburui wanita lain, tapi semua itu tidak datang bergolek.
Sebaliknya, Maizawati Zainal, 35, yang namanya tersohor dek kontroversi dengan bekas suaminya, Akhil Hayy, mengamalkan enam petua bagi melengkapkan impiannya menjadi wanita ‘sempurna’ di mata lelaki.

Menurut Maizawati atau lebih mesra disapa Maiza, petua utama adalah berpantang selepas melahirkan anak kerana percaya proses berkenaan dapat memulihkan tenaga dan memelihara kecantikan


“Saya cuma mengamalkan berpantang. Saya yakin dengan kebaikan amalan tradisional itu selepas mendengarnya daripada ibu saudara. Proses berpantang membuang darah kotor dan wanita yang melahirkan anak beruntung kerana susah hendak diserang penyakit kronik

“Ketika berpantang, saya memakan makanan yang boleh memanaskan badan dan makan jamu serbuk kerana percaya kesan pemulihan lepas bersalin lebih cepat. Sepanjang berpantang, saya banyakkan minum air akar kayu walaupun ia pahit. Saya berpantang selama setahun tidak minum ais dan minuman berkarbonat,” katanya.

Dia yang kini menjalankan perniagaan Madu Herba Maiza — produk kesihatan dengan campuran habbatussauda — turut memasukkan madu sebagai amalan pemakanan harian.

“Saya turut amalkan meminum madu setiap pagi dan malam bagi membantu meningkatkan antibodi tubuh dan awet muda,” katanya yang berminat menceburi bidang lakonan jika tiada aral.

Model sambilan itu memaklumkan, dia dinasihatkan doktor supaya banyak berehat dan mengurangkan aktiviti harian bagi menjaga kehamilan disebabkan terlalu aktif dan banyak berdiri.

“Selepas disahkan hamil dan berlaku pendarahan, saya perlu mengurangkan aktiviti harian dan banyak berehat seperti dinasihatkan doktor. Alhamdulillah saya tidak mabuk, cuma berlaku pendarahan kerana terlalu aktif. Selepas ujian imbasan dilakukan, bayi dalam rahim aktif,” katanya.

Ternyata Maiza yang kini meniti hari bahagia bersama suami baru, Mohd Yassin Ben @ Abd Rahim, 23, bertuah kerana tidak perlu menunggu lama selepas akad nikah, sebaliknya ‘bunting pelamin’ dan dijangka menyambut kelahiran anak terbaru, Mei depan.

‘Kesuburannya’ yang bakal menimang cahaya mata ketujuh pada usia 35 tahun — sesuatu yang jarang dialami wanita moden hari ini — turut membuatkan ramai wanita di luar sana mengagumi dan tertanya-tanya rahsia awet mudanya.

“Tiada rahsia besar memiliki ramai anak. Tambahan pula, keluarga ibu mempunyai ramai adik beradik. Saya bersyukur kerana disahkan hamil dan menganggapnya sebagai rezeki Allah. Tidak sangka hamil dalam waktu terdekat ini kerana kami tidak merancang apa-apa,” katanya.

Menurutnya, dia mengesyaki dirinya hamil apabila lewat datang bulan sebelum melakukan ujian kehamilan di rumah.

Selepas ujian itu menunjukkan tanda positif, Maiza mendapatkan pengesahan doktor dan disahkan hamil dua bulan.

“Sebenarnya kalau difikirkan, saya takut hendak mengandung. Proses mengandung dan melahirkan anak masih segar di ingatan. Suami gembira dengan berita itu dan meminta saya banyak berehat. Dia mengambil berat makan minum serta melarang saya melakukan kerja berat,” katanya.

Maiza mempunyai empat cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Akhil Hayy iaitu Siti Nur Maisarah, 13; Mohd Syarif Idayatullah, 12; Mohd Syakir Idayatullah, 9, dan Mohd Syatiri Idayatullah, 3. Manakala dua lagi anak, Dania Sofea, 17, dan Danial Arif, 16, adalah hasil perkahwinan dengan bekas suami pertamanya.

Model sambilan itu sebelum ini dikenali berikutan kesnya ditinggalkan bekas suami, bercerai dan kemudian dicemuh kerana berpasangan dengan lelaki lebih muda 12 tahun daripadanya.

Biarpun perkahwinan barunya mengundang pelbagai persepsi, Maiza berkata, dia tidak bimbang perbezaan usia kerana yakin Mohd Yassin mampu menjadi suami dan ayah kepada anaknya serta menjadi pelindung keluarga.


>PETUA MAIZAWATI
1. Amalkan berpantang
2. Amalkan makan makanan panas
3. Makan jamu serbuk
4. Minum air akar kayu
5. Elakkan minum ais dan minuman berkarbonat selama setahun
6. Minum madu setiap pagi dan malam

SETERIKA BALAS SETERIKA JUGA...ITU HUKUM

Dua beradik ditekap seterika

Oleh SITI FATIMAH HASSAN

BERTANDA... Muhammad Al- Hakim (kanan) menunjukkan kesan parut pada lengan kiri adiknya Muhammad Fairuz yang diseterika oleh warden asrama di sebuah sekolah di Pasir Mas.
BERTANDA... Muhammad Al- Hakim (kanan) menunjukkan kesan parut pada lengan kiri adiknya Muhammad Fairuz yang diseterika oleh warden asrama di sebuah sekolah di Pasir Mas.
PASIR MAS: Dua beradik melecur pada anggota badan mereka selepas dipercayai ditekap menggunakan seterika oleh seorang warden asrama di sebuah sekolah, di sini, pada 12 Oktober lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi, mangsa terbabit, Muhammad Al Hakim, 16, dan Muhammmad Fairuz Mat Nawi, 14, melecur teruk pada tapak kaki dan lengan kiri sebelum dirujuk ke Hospital Lati, di sini, untuk rawatan.

Kejadian itu dikatakan berlaku apabila warden berkenaan ke asrama menempatkan mangsa bersama pelajar lain untuk mengejutkan mereka bangun daripada tidur

Sebaik tiba di asrama itu, warden terbabit didakwa berada di sebelah katil mangsa sambil memegang seterika sebelum menekap pada anggota badan mereka

Menurut ibu mangsa, Siti Fatimah Mat Yusof, 52, dia dikejutkan dengan kejadian itu kira-kira jam 7 malam apabila rakan anaknya membawa pulang Muhammad Fairuz ke rumah mereka di Kampung Anak Keranji, di sini.

Katanya, walaupun sebelum itu Muhammad Al Hakim pulang ke rumah terlebih dulu, dia tidak dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

“Saya terkejut mendapati keadaan anak saya yang melecur. Muhammad Fairuz melecur teruk pada lengan kiri manakala abangnya di tapak kaki.

“Saya tidak faham mengapa warden terbabit perlu berbuat demikian. Setahu saya seramai 11 pelajar, termasuk anak saya di asrama berkenaan turut ditekap dengan seterika,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Siti Fatimah berkata, berdasarkan apa diceritakan anaknya, warden terbabit tidak mengejutkan pelajar dengan cara sepatutnya, sebaliknya terus menekap seterika pada anggota badan mereka.

Katanya, sebelum ini juga dia mendapat tahu mengenai sikap buruk warden berkenaan yang turut menggunakan alatan lain seperti penyapu dan air sabun untuk mengejutkan pelajar daripada tidur.

“Sebelum ini memang saya tahu ada berlaku tetapi tiada laporan dibuat. Kali ini dianggap melampau kerana sanggup menyebabkan cedera parah kepada pelajar.

“Saya turut mempersoalkan mengapa pihak sekolah berdiam diri dan tidak memaklumkan kejadian ini,” katanya.



Berikutan kejadian itu, kedua-dua mangsa membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Siti Fatimah berkata, dia pernah berbincang dengan pihak sekolah tetapi diarah menarik balik laporan yang dibuat mengenai kes berkenaan.

Katanya, dia kini bercadang mengambil tindakan undang-undang bagi pihak anaknya yang kini mengalami trauma.

“Anak saya tidak mahu bercakap kerana trauma. Saya tidak puas hati dengan perkara ini dan bercadang mengambil tindakan undang-undang,” katanya



Tak mahu terikat

Oleh ISMA ISMAIL dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN

TIDAK LARAT... Rozita tumpu perhatian kepada anak dan perniagaan.
TIDAK LARAT... Rozita tumpu perhatian kepada anak dan perniagaan.
KUALA LUMPUR: Aktres jelita, Rozita Che Wan mengakui tidak terdesak untuk berkahwin, sebaliknya selesa hidup bersendirian kerana lebih mudah membuat sebarang keputusan tanpa terikat kepada sesiapa.
Tanpa mengiyakan atau menidakkan, pelakon berkenaan enggan mengulas lanjut mengenai gosip hubungannya dengan seorang lelaki di Singapura yang dikenali hanya sebagai ‘Shah’ sudah berakhir.

“I prefer to be silent (saya rasa lebih baik berdiam diri) mengenai hal ini, biarlah apa orang nak cakap dan tanggapan terhadap saya

Yang saya boleh cakap, bukan semua orang boleh faham dengan kerja seperti saya ini sebagai orang seni,” katanya.


Menurutnya, biar masa menentukan segala-galanya dan dia tidak mahu memikirkannya kerana ingin memberi tumpuan untuk menamatkan penggambaran sebelum meninggalkan bidang seni.

Katanya, pengalaman pernah bergelar isteri satu ketika dulu mungkin membuatkannya sedikit cerewet dalam memilih teman hidup selepas tujuh tahun bergelar ibu tunggal.

“Saya dengan dia (Shah) masih berkawan dan berhubungan tetapi saya kini sibuk dengan tugas, mengenai fasa seterusnya dalam hubungan kami ini saya tidak mahu komen apa-apa,” katanya.

Bagi Rozita, dia tidak mahu dalam sesuatu hubungan itu ada kongkongan dan sifat cemburu, jika tidak tentu hubungan itu tidak boleh berjaya.

Bercerita perkenalannya dengan Shah, ibu kepada Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, itu berkata, dia akrab dengan lelaki yang bekerja dalam bidang perbankan di Kota Singa itu kira-kira tujuh bulan lalu dan ia adalah cinta pertamanya selepas berpisah dengan suami.

Menurutnya, sebelum itu mereka pernah ‘berkawan’ selepas bergelar ibu tunggal tetapi hubungan terbabit tidak lama sebelum bertaut kembali pada tahun ini selepas bertemu semula tahun ini.

Mengenai laporan media dia tidak jadi kahwin pada 2011, kakak kepada seorang lagi pelakon dikenali ramai, Ayu Raudhah, itu berkata berita mengenai perkahwinannya hingga mengaitkan persaraannya daripada bidang seni kerana mahu menamatkan zaman jandanya adalah spekulasi orang.

Menurutnya, dia tidak pernah mencanang berkahwin, tetapi mungkin kerana ada menyatakan sedang mengenali seorang lelaki menyebabkan ada pihak sengaja membangkitkan isu kahwin itu.

“Sekali lagi ingin saya jelaskan, pengunduran saya daripada bidang seni tiada kaitan untuk berumah tangga, sebaliknya ia semata-mata kerana saya terlalu penat dan mahu menumpukan perhatian kepada anak serta perniagaan.

“Saya memang sudah tidak larat dan sekarang pun hari-hari saya bekerja dari siang hingga malam dan ada juga waktu hingga ke awal pagi keesokannya.

“Cukuplah saya mahu satu kehidupan tenang dan tidak terkejar-kejar lagi,” katanya yang akan menamatkan penggambaran filem terakhirnya pada 17 Januari tahun depan