Tuesday, January 1, 2013

BERTAMBAH TAHUN...MAKA BERTAMBAH DEKAT TARIKH MATI KITA...SAMBUT DENGAN MENGINGATI ALLAH BUKAN BUAT MAKSIAT DAN MUNGKAR PADA ALLAH

Gelombang kedua banjir di Pahang, Terengganu

Posted on the January 1st, 2013 under Tempatan by admin

KUALA LUMPUR – Belum pun reda banjir gelombang pertama, kini dua negeri Pantai Timur kembali dilanda banjir gelombang kedua sehingga menyebabkan lebih 900 penduduk terpaksa dipindahkan.
Di TERENGGANU, 800 mangsa dipindahkan setakat 6 petang ini dengan tiga daerah iaitu Kemaman, Hulu Terengganu dan Dungun membuka kembali pusat pemindahan banjir kerana beberapa kawasan dinaiki air susulan air pasang dan hujan lebat sejak pagi.
Menurut portal banjir negeri, lima pusat pemindahan di Hulu Terengganu menempatkan 599 mangsa, manakala 162 berada di dua pusat di Kemaman dan 39 di satu pusat pemindahan di Dungun.
Di PAHANG, gelombang kedua banjir menyebabkan 152 mangsa dipindahkan ke tiga pusat pemindahan di sekitar Kuantan akibat banjir selepas hujan tidak berhenti sejak malam semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), 98 mangsa dari Kampung Galing, Galing Besar dan Taman Sri Kuantan kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Galing, manakala sembilan mangsa dari Kampung Sungai Ular dipindahkan ke SK Sungai Ular.
Seramai 45 mangsa dari Kampung Seberang Balok kini berada di Dewan Orang Ramai Balok. – BERNAMA

Lambat dilayan, pelanggan tetak kepala pekerja restoran nasi kandar

Posted on the January 1st, 2013 under Tempatan by admin


KULIM – Pengunjung sebuah restoran nasi kandar di sini bertempiaran menyelamatkan diri apabila lima lelaki bersenjatakan parang dan kayu mengamuk serta mencederakan empat pekerja restoran itu awal pagi kelmarin.
Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang daripada penyerang itu hanya kerana lambat dilayan.
Menurut seorang saksi, kejadian kira-kira jam 1.40 pagi bermula apabila seorang lelaki masuk ke restoran itu untuk membeli makanan.

“Dia masuk dan beratur bersama pelanggan lain. Mungkin kerana berasa dirinya lambat dilayan, dia memarahi seorang pekerja restoran sebelum masuk ke ruang hidangan dan membelasah pekerja itu.
“Tidak lama kemudian, empat lagi rakan pelanggan panas baran itu yang sedang menunggu di luar kedai, meluru masuk membawa parang dan kayu, sambil melibas ke arah pekerja dan pelanggan.
“Mujurlah ketika itu pelanggan-pelanggan sempat lari menyelamatkan diri,” katanya.
Kumpulan penyerang itu juga merosakkan beberapa perkakas di restoran tersebut, termasuk kerusi meja dan tempat meletak makanan.
“Seorang daripada penyerang itu masuk dan mengamuk di kawasan meja juruwang,” katanya.
Seorang daripada empat pekerja itu parah ditetak di kepala.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, semua empat mangsa amuk itu mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Kulim.
Katanya, wajah kelima-lima penyerang itu berjaya dirakam melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di restoran tersebut.
“Siasatan awal mendapati suspek adalah orang tempatan dan nombor pendaftaran kereta yang mereka gunakan adalah palsu.
Sinar

Pasangan khalwat larikan kenderaan Jaip

Posted on the January 1st, 2013 under Tempatan by admin


Gambar hiasan
KUANTAN – Seorang remaja yang ditahan bersama pasangannya berhubung tuduhan berkhalwat bertindak nekad melarikan kenderaan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam cubaan meloloskan diri daripada dikenakan tindakan awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, remaja terbabit bersama pasangannya dan dua individu yang turut ditahan atas kesalahan sama dipercayai berada dalam kenderaan sementara dibawa ke pejabat Jaip untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun remaja berusia 18 tahun itu bertindak menolak pemandu kenderaan jenis Mitsubishi Pajero sehingga terjatuh sebelum memecut kenderaan menghala ke Indera Mahkota dari di Jalan Wong Ah Jang.

Pegawai penguat kuasa Jaip berjaya mengejar kenderaan terbabit di satu kawasan di Indera Mahkota dan menahan satu pasangan dalam kenderaan itu.
Satu pasangan lagi termasuk lelaki yang melarikan kenderaan tersebut berjaya meloloskan diri.
Bagaimanapun mereka menyerah diri di pejabat Jaip.
Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuantan berhubung kejadian.
Dalam Operasi Cegah Maksiat sempena Tahun Baru 2013 itu, sebanyak 13 pasangan ditahan kerana disyaki berdua-duaan dalam bilik hotel bajet sekitar bandar Kuantan.
Semua yang ditahan berusia antara 18 hingga 30 tahun dibawa ke pejabat Jaip untuk disoal siasat mengikut Seksyen 145 (2) Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1984.
Sinar

Sekolah lahirkan lulusan Nabi di Israel

Posted on the December 31st, 2012 under Luar Negara by admin

Yahudi semakin sesat. Di negera Zionis itu ada sekolah yang bakal lahirkan lulusan dengan gelaran ‘nabi’.
Sekolah bernama ‘Cain and Abel School for Prophet’ itu mengenkan bayaran 200 shekel (sekira 53 dolar AS) bagi siapa saja yang berniat memiliki gelaran nabi. Untuk mendapatkan gelar Nabi, para pelajarnya hanya perlu mengikuti 40 kelas yang singkat.
Sekolah tersebut memberikan sijil kepada sesiapa yang lulus. Peraturan di sekolah itu juga tidak ketat.
Pelajar-pelajar di sekolah tersebut boleh masuk kelas hanya mengenakan t-shirt, menggunakan gadget semasa belajar, hingga ada yang memegang gitar masuk ke dalam kelas. Bahkan ada pelajar yang tidak segan keluar kelas untuk sekadar merokok.
Di sekolah ini, para pelajar belajar tentang erti mimpi, klasifikasi malaikat, dan misteri roh kudus. Mereka belajar bagaimana membezakan perasaan batin seseorang dari perilaku luaran dan penampilan.
Satu-satunya guru sekolah itu Shmuel Hapartzy percaya, Messias telah datang dan usia penebusan sudah dekat. Ertinya, sekolah itu berperanan untuk menyambut nabi baru.
Peliknya, Hapartzy mengaku tidak menjamin pengajian di sekolah tersebut boleh membantu murid-muridnya boleh terus berinteraksi dengan Tuhan.
Hapartzy menjelaskan kurikulum yang digunakan di sekolah tersebut adalah mengikut sifat-sifat seorang nabi. Sehinggakan jika murid-muridnya sudah boleh menguasai kurikulum yang diajarkan, mereka boleh mendapatkan ijazah bergelar nabi.
“Di masa lalu ada nabi. Tetapi sekarang, di zaman moden, Ketuhanan ada pada semua orang. Kita hanya perlu membuka mata kita untuk itu,” kata Hapartzy, seperti dinukil dari AP.
Sekolah itu berada di sebuah pusat keagamaan di kawasan penempatan di selatan Tel Aviv. Pusat keagamaan itu dikenali tempat yang menampung moral jalanan berbanding mempelajari soal agama. Pusat keagamaan itu mendapat sumbangan dari bayaran yuran masuk para murid-murid sekolah nabi.
Detik Islam

Tragedi Bukit Setiawangsa: Banglo 2 MP mungkin diroboh

Posted on the December 31st, 2012 under Tempatan by admin


Kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan giat dijalankan di Puncak Setiawangsa di sini hari ini. – Foto Bernama
KUALA LUMPUR – Dua banglo, masing-masing milik Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, yang terletak di Puncak Setiawangsa berkemungkinan akan dirobohkan bagi memberi ruang zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.
Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) Mohd Taufik Harun berkata sebelum sebarang tindakan diambil pihaknya perlu mendapatkan semua maklumat berkenaan keadaan tanah dan cerun tersebut.

“Orang boleh bagi pelbagai cadangan, tetapi kami akan mencari penyelesaian sebenar,” katanya di Pusat Operasi Bencana Tebing Runtuh di sini hari ini.
Beliau berkata langkah tersebut bertujuan menyelamatkan empat rumah lain yang terletak di atas bukit dan mengurangkan tekanan tanah di atas bukit.
“Buat masa ini kita lihat tiada kesan teruk akan berlaku terhadap rumah penduduk di kawasan atas tapi yang kita dikhuatiri adalah rumah penduduk yang
berada di bawah tebing cerun,” katanya.
Menurut beliau hari ini pergerakan tanah masih aktif tetapi tidak seaktif Ahad.
“Tindakan segera sekarang kita perlu musnahkan banglo yang terjejas itu sebab akan sebabkan runtuhan tanah lebih teruk dan kita akan cuba alihkan bongkah konkrit yang berat kira-kira 8,100 kilogram secara perlahan-lahan,” katanya.
Beliau berkata kaedah yang betul bagi proses merobohkan banglo itu perlu dilakukan bagi mengelakkan keadaan runtuhan tanah dan cerun menjadi teruk. – Bernama

Sebab Israel bunuh kanak-kanak Palestin

Posted on the December 31st, 2012 under Agama,Luar Negara by admin

Perang antara Israel-Palestin tidaka akan ada noktahnya. Entah sampai bila Israel akan melakukan pembunuhan terhadap warga Palestin. Dari sekian ribu mangsa korban keganasan perang Israel 75% dari mereka adalah kanak-kanak dan wanita.
Banyak dari kita yang mempersoalkan kenapa Israel sanggup meragut nyawa anak-anak Palestin? Ada yang kata memang tabiat Israel yang kejam dan biadab, ada juga yang berkataIsrael takut akan pertumbuhan kanak-kanak Palestin. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan masuk akal juga. Inilah sebeb mengapa Israel menjadikan kanak-kanak Palestin sasaran operasi mereka selain kumpulan Hamas.
Salah satu pimpinan Hamas, Ismali Haniya berkata kanak-kanak yang sudah hafal 30 juz Al-Quran ini sesungguhnya menjadi sumber ketakutan Zionis Yahudi.

“Jika dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Al-Quran, bayangkan 20 tahun lagi mereka akan jadi seperti apa?” Demikian pemikiran yang berkembang di fikiran orang-orang Yahudi. Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-Quran. Keadaan Gaza yang disekat dari segala arah oleh Israel menjadikan mereka terus berinteraksi dengan al-Quran. Tidak ada main Play Station atau game bagi mereka.
Seperti yang kita ketahui bahawasanya Hamas mengenakan syarat-syarat yang amat berat untuk menjadi ahli mereka, diantaranya Hafiz Al-Quran dan tidak pernah meninggalkan solat fardhu terutama sekali solat subuh.
Belajarlah dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka terancam setiap saat tapi itu semua tidak mengugat niat mereka untuk dekat dengan Sang Khalik dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh Agama Islam. Israel sememangnya gagah dalam segi jumlah pasukan dan peralatan tempur yang berteknologi tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang tinggi, mereka berani mati demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka.
Detik Islam

Bayi dipijak atas sofa

Posted on the December 31st, 2012 under Tempatan by admin


KUALA LUMPUR: Tangan kanannya patah manakala seluruh tubuh kecilnya dipenuhi kesan lebam dan berbirat. Itu penderitaan seorang bayi perempuan berusia setahun dipercayai akibat didera seorang bapa ayam di Lorong Haji Taib, di sini, sejak dua minggu lalu.
Mangsa dikatakan dipukul menggunakan penyangkut baju selain dipijak lelaki berusia lewat 30-an itu kerana kegagalan ibunya berusia 34 tahun untuk melacur seperti diarahkan. Malah, ibunya turut dipercayai dipukul lelaki berkenaan.
Kejadian menimpa bayi itu disedari bekas pengasuhnya selepas melawat mangsa di rumah berkenaan, jam 9 malam kelmarin.

Pengasuh itu yang mahu dikenali sebagai Ran, 35, berkata, selepas melihat kecederaan bayi itu, dia meminta supaya mangsa diserahkan kepadanya untuk dihantar ke hospital, namun bapa ayam itu tidak membenarkan sebaliknya menghalaunya.
Menurut Ran, dia merakamkan beberapa gambar menunjukkan kecederaan mangsa sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Harian Metro

Bakal penyerang Arsenal: “Assalamualaikum”

Posted on the December 31st, 2012 under Agama,Sukan by admin

Penyerang Newcastle United yang bakal berhijrah ke Arsenal pada awal Januari ini, Demba Ba dikenali sebagai pemain bola sepak Muslim yang taat. Selain dikenali seorang yang taat menjalani ibadah, Ba tidak segan menyokong perjuangan kemerdekaan Palestin dari penjajahan Israel.
Namun satu yang tidak boleh dilupakan, Ba boleh juga dipanggil sebagai pendakwah. Hal itu boleh dilihat dari akaun twitter bekas pemain West Ham United itu, @ dembabafoot. Di kala waktu dia mengingatkan bahawa meraikan dengan bersujud merupakan rasa bersyukur kepada Allah. Hal itu sebagai jawapan atas tuduhan legenda Liga Inggeris Gary Lineker yang menyebut aksi tersebut seperti orang sedang makan rumput.
Ba memang dikenali sebagai ikon pemain yang melakukan kejayaan dengan bersujud syukur selepas menyumbang gol. Ba pernah membalas dalam akaun dengan peminatnya dengan jawapan “terima kasih ya Allah” dan “inshaallah”.

Terkini pemain kebangsaan Senegal itu mengucapkan salam, “Assalamualaikum” yang langsung di retweet 413 dan 70 peminatnya. Dengan jumlah hampir 160 pengikut di twitter, Ba sepertinya sedar boleh berperanan dalam mengenalkan ajaran Islam.
Diterjemahkan dari sumber republika
Detik Islam

Jadi ‘tokan’ rokok, ganja hidup mewah tapi tak bahagia

Posted on the December 31st, 2012 under Tempatan by admin


Contoh ‘dapur’ buatan sendiri yang digunakan untuk mengambil ganja.
Bijak berniaga tapi digunakan pada jalan salah – itulah yang dapat disimpulkan daripada kisah dikongsi Deen (bukan nama sebenar) pada penulis. Di sebalik kejayaannya bergelar usahawan pada hari ini, rupa-rupanya dia mempunyai kisah silam yang menarik untuk dikongsikan.
“Dari kecil saya memang minat berniaga. Waktu darjah satu lagi saya selalu ambil alat tulis kakak lalu jual di kelas.

“Otak saya sentiasa ligat berfikir macam mana nak beranakkan duit. Mungkin sebab terbiasa tengok mak buat kira-kira perbelanjaan keluarga depan mata kot,” ujar anak bongsu daripada tiga beradik ini.
Dari satu segi sifat suka berniaga ini memang patut dipuji. Cuma yang tak baiknya, Deen sanggup berniaga apa saja yang dirasakan boleh jadi duit.
Bagaimanapun, Deen memiliki otak yang cerdik. Keputusan UPSR yang baik membuatkan dia dapat melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah berasrama.
“Masa inilah saya belajar merokok. Sifat ingin tahu buat saya mencubanya tapi tak kerap sebab rasa membazir.
“Tapi bila tengok kawan gilakan rokok, saya dapat idea untuk tambah pendapatan dengan menjualnya,” ujar Deen.
Prestasi pelajaran yang bagus di samping raut wajah baik membuatkan tiada sesiapa termasuk guru disiplin mengesyaki Deen membekalkan rokok kepada pelajar lain. Paling utama, dia mempunyai tempat simpanan terbaik.
“Saya beli rokok setiap kali keluar bandar. Nak bawa masuk rokok dalam asrama tak ada masalah tapi nak menyimpannya susah. Tapi sebagai ketua pustakawan saya mempunyai kunci stor pusat sumber jadi di situlah saya simpan tanpa dicurigai sesiapa,” kata Deen.
Perniagaan rokok yang dijalankan Deen menghasilkan pulangan lumayan buat budak sekolah sepertinya. Jenama rokok yang mendapat permintaan tinggi adalah Dunhill, Marlboro dan Pall Mall. Dibeli pada harga RM5.90 untuk 20 batang pada masa itu namun menjualnya semula 50 sen sebatang, mudah-mudah saja Deen mendapat untung.
‘Paipon’ atau ‘dapur’
Di sebalik kesibukan dengan ‘perniagaan’, kecemerlangan keputusan PMR melayakkan Deen memasuki sebuah sekolah berasrama penuh lain ketika tingkatan 4.
“Di tempat baru, saya diperkenalkan pula dengan ganja yang biasa dipanggil ‘dam’. Dalam hati terus berbisik, ‘wah ini peluang bisnes baru ni!’.
“Bila difikirkan semula, pelik juga mengapa saya langsung tak rasa gentar masa tu padahal tahu ia menyalahi undang-undang. Apa yang saya bayangkan cuma peluang buat duit,” getus Deen.
Oleh sebab karakternya yang peramah dan pandai bergaul, Deen dengan mudah berkawan rapat dengan seorang pengawal keselamatan sekolah yang dapat membekalkannya ganja. Setelah beberapa kali berurusan, dia akhirnya turut diperkenalkan terus kepada pembekal utama.
“Bila dah rapat saya dibenarkan ambil ‘dam’ secara consignment sebelum dijual pada harga RM30,” ujar Deen.
Meskipun agak mahal untuk kategori pelajar, sepaket ganja masih mampu dimiliki kerana mereka akan berkongsi membelinya. Satu plastik cukup untuk ‘dinikmati’ antara empat hingga lima orang.
Cara pengambilannya pula, biasanya dihisap seperti rokok biasa selepas ganja digulung dalam rokok daun atau disedut daripada alat buatan sendiri dipanggil ‘paipon’ atau ‘dapur’ yang diperbuat daripada botol, silinder pen dan kertas aluminium.
“Permintaan lebih tinggi setiap kali menjelang cuti sekolah sebab mereka nak bawa balik stok ke rumah. Pernah sebab nak cepat, saya datang ke tempat pembekal dan bantu dia bungkus sendiri ganja ke dalam plastik,” ujar Deen.
Kena tahan di Siam
Keputusan SPM Deen tidak terlalu teruk tapi tidak juga cemerlang. Begitu pun dia masih mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke sebuah IPT.
“Saya ambil keputusan tak nak sambung belajar sebab rasa dah nampak jalan macam mana nak dapat duit lebih.
“Caranya tak lain tak bukan, jual ganja. Selama dua tahun buat kerja tu saya dah ada ‘networking’ yang baik dan pelanggan tetap,” ujar Deen.
Justeru sebaik sahaja tamat belajar dan tinggal di rumah sewa, langkahnya lebih panjang. Deen juga bertindak lebih berani apabila melakukan sendiri kerja pembungkusan ganja. Justeru untungnya lebih besar dan lumayan.
“Kali ini saya tak turun padang lagi. Saya upah budak-budak yang buat kerja. Duit pada masa itu memang tak luak dan saya hidup mewah,” cerita Deen.
Dia amat berhati-hati menjalankan kegiatannya. Pelanggan tidak dibenarkan melakukan urus niaga terus dengannya kecuali yang sudah lama dikenali. Deen menyerahkan urusan mengambil wang dan menghantar barang kepada budak-budaknya.
Sebagai langkah berjaga-jaga agar tidak diperangkap, paket ganja biasanya diletakkan dalam sampul surat sebelum diserahkan pada pembeli di tempat awam seperti pasar malam dan kedai malam. Duit pula perlu diserahkan terlebih dahulu kepada individu lain sebelum barang diberikan.
Hinggalah satu hari, Deen melepasi sempadan Thailand seperti biasa untuk mengambil stok ganja. Entah bagaimana dia ditangkap oleh pihak berkuasa sana kerana disyaki melakukan perkara menyalahi undang-undang.
“Mujur waktu itu saya belum sempat ambil barang. Mati-mati saya tak mengaku tapi seminggu jugalah rasa azab dalam penjara di sana,” kata Deen.
Katanya, dia terpaksa bersesak bersama sembilan yang lain dalam sel kecil yang sepatutnya muat untuk 3 orang sahaja. Namun akhirnya, dia dibebaskan kerana tak cukup bukti.
“Balik saja sini, saya dapat tahu tiga budak saya kena tahan. Yang bagusnya mereka ditangkap bukan di tempat saya tapi waktu sekatan jalan. Rupa-rupanya mereka mencuri ganja milik saya bila dengar khabar saya kena tahan di Siam,” ujar Deen.
Dengan ganja seberat lebih 2000 gram, masing-masing didakwa di bawah Seksyen yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
“Sedih juga dengan nasib mereka tapi saya anggap itu satu wake-up call untuk sedar bahawa Tuhan mahu bagi peluang kedua. Sejak itu saya tinggalkan terus kegiatan yang salah dan memulakan perniagaan lain secara sah.
“Hasilnya tidak selumayan jual ganja tapi hati rasa lebih tenang dan bahagia,” ujar Deen sebelum mengakhiri perbualan.
Sinar

Curi kelapa, seorang pemuda berdepan penjara 7 tahun

Posted on the January 1st, 2013 under Tempatan by admin


KANGAR – Seorang pemuda berdepan dengan hukuman penjara sehingga tujuh tahun selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam kerana mencuri beberapa biji kelapa dua bulan lalu.
Farid Ayob, 24, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Bukit Batu Buaya Kampung Wai, Kuala Perlis.
Pemuda itu didakwa mencuri buah kelapa bersama seorang lagi rakan yang masih bebas kira-kira jam 6.30 petang pada 28 Oktober lalu.

Farid didakwa mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bagaimanapun, Pendaftar Kanan Mahkamah, Monica Joseph Gaisah menetapkan 5 Februari ini untuk keputusan hukuman.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Roslan Remeli menawarkan jaminan RM5,000 namun mahkamah membenar rayuan tertuduh dengan ikat jamin RM1,000.
Sinar
Sambutan Tahun Baru 2013 Disambut Penuh Warna-Warni
KUALA LUMPUR: Pertunjukan bunga api menerangi ruang angkasa Dataran Merdeka di sini, Isnin sempena sambutan Tahu Baru 2013.
Ia dianjurkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang menyaksikan rakyat pelbagai kaum membanjirinya sejak 6 petang, termasuk para pelancong asing.
Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin, isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Maznah Rais serta menteri-menteri kabinet turut hadir memeriahkan sambutan bersama lebih 1,300 rakyat pelbagai kaum.
Para pengunjung bersorak gembira apabila jam di Bangunan Sultan Abdul Samad berdetik sebanyak 12 kali bagi menandakan permulaan tahun baru.
Situasi yang sama turut dilihat di beberapa tempat lain di sekitar ibu negara seperti di Menara Berkembar Petronas, Bukit Bintang serta pusat pentadbiran Putrajaya.
Perayaan turut disambut di negeri lain. - BERNAMA
Sambutan Tahun Baru 2013 Disambut Penuh Warna-Warni
Pemandangan dari udara sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka pada Selasa.
KUALA LUMPUR: Pertunjukan bunga api menerangi ruang angkasa Dataran Merdeka di sini, Selasa sempena sambutan Tahu Baru 2013.
Ia dianjurkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang menyaksikan rakyat pelbagai kaum membanjirinya sejak 6 petang, termasuk para pelancong asing.
Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin, isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Maznah Rais serta menteri-menteri kabinet turut hadir memeriahkan sambutan bersama lebih 1,300 rakyat pelbagai kaum.
Para pengunjung bersorak gembira apabila jam di Bangunan Sultan Abdul Samad berdetik sebanyak 12 kali bagi menandakan permulaan tahun baru.
Pertunjukan bunga api di i- City, Shah Alam, Selangor.
Situasi yang sama turut dilihat di beberapa tempat lain di sekitar ibu negara seperti di Menara Berkembar Petronas, Bukit Bintang serta pusat pentadbiran Putrajaya.
Sambutan di Dataran Merdeka turut disiarkan secara langsung menerusi televisyen yang juga memuatkan tayangan video klip perutusan tahun baru daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Di Menara Berkembar Petronas, kira-kira 10,000 pengunjung membanjiri sekitar taman awam bagi menyaksikan sambutan dengan persembahan memukau 'Lake Symphony Fountain Show', diiringi persembahan bunyian dan cahaya yang menarik sebelum percikan bunga api memenuhi ruang angkasa tepat pada tengah malam.
Sementara itu kawasan rekreasi Taman Tasik Titiwangsa, di sini turut digegarkan dengan persembahan artis dalam Konsert KL Aktif 2013 anjuran stesen radio KLFM dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Suasana meriah di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.
Di PUTRAJAYA, percikan bunga api mewarnai ruang angkasa bagi melengkapkan acara yang turut mengadakan Konsert Ambang Tahun Baru di Dataran Putrajaya yang dimeriahkan dengan kemunculan artis-artis terkenal.
Sambutan dianjurkan Putrajaya Holdings Sdn Bhd bersama Kumpulan Ambank, yang turut disiarkan secara langsung menerusi televisyen.
Di MELAKA, acara sambutan diserikan dengan program keagamaan di Masjid Al-Alami, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang diketuai Mufti Negeri Datuk Wira Rashid Redza Md Saleh beserta bacaan Yasin dan tahlil.
Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam turut hadir bersama kira-kira 1,000 jemaah.
Hujan tidak mematahkan semangat pengunjung yang membanjiri Padang Kota Lama, Pulau Pinang untuk menyaksikan Konsert Tahun Baru dan Sambutan Tahun Baru 2013.
Acara sambutan ambang tahun baru turut diadakan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir yang disertai lebih 10,000 pengunjung tempatan dan luar negara.
Di JOHOR BAHARU, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman bersama Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyertai ribuan masyarakat menyambutnya di Sutera Square.Turut diadakan konsert oleh artis tempatan dan antarabangsa dari Taiwan dan Singapura.
Di GEORGE TOWN, 10,000 pengunjung membanjiri Padang Kota Lama bagi menyertai acara menghitung detik tahun baru.
Di IPOH, sambutan diadkan di Stadium Indera Mulia yang disertai 5,000pengunjung. - BERNAMA

 









Buka Matamu..Guna Akal Fikiranmu.... Nilai La Sendiri.....

Lebih 100,000 sertai himpunan di Dataran Shah Alam

Posted on the January 1st, 2013 under Tempatan by admin


Ada yang mendakwa 120,000 menyertai himpunan ini
SHAH ALAM: Lebih 100,000 menyertai sambutan ambang 2013 bersama para ustaz dan selebriti di Dataran Shah Alam malam tadi.
Kehadiran ikon Ustaz Azhar Idrus menjadi pemangkin perhimpunan ini yang disertai kebanyakannya oleh anak muda.

Pada sebelah paginya diadakan program Karnival Pendidikan Negeri Selangor (EduSEL) yang dipenuhi pelbagai aktiviti dan pameran yang sangat berfaedah.
Dalam masa yang sama, turut berlangsung perhimpunan sambutan ambang 2013 di I-City Shah Alam dengan persembahan nyayian dan tarian.

Bual bicara bersama Ustaz Azhar Idrus bersama Datuk Malek Nor

Bersiap untuk solat Isyak berjamaah sambil menunggu detik 12 malam

Umpama perhimpunan keluarga di Dataran Shah Alam

TAK KAN NYAWA KAT HALKUM BARU NAK BERTAUBAT...BAGAIMANA MATI MENGEJUT SEMPAT KE BERTAUBAT...KITA BUAT JAHAT DAN MAKSIAT UNTUNG KE

Pelakon sorok dalam bilik

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Seorang pelakon dan model wanita yang terkenal dengan pelbagai kontroversi, dicekup polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, kerana didapati memiliki dadah dalam simpanan di sebuah kediaman mewah di Damansara Damai, di sini, kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 petang, pelakon berusia 26 tahun itu ditahan bersama teman lelakinya, seorang penganggur juga berusia 26 tahun, selepas didapati memiliki dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram ketika pemeriksaan dalam kediaman berkenaan.
Menurut sumber, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.

“Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis,” katanya.

Ezlisa Loy Bertudung Selepas Mimpi Hari Kiamat

Posted on the January 1st, 2013 under Artis by admin

PETALING JAYA: Pelakon remaja Ezlisa Loy berkata dia menerima hidayah untuk bertudung mulai awal Disember lalu selepas beberapa kali mengalami mimpi mengenai hari kiamat.
Pemilik nama sebenar Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri, 17, ini berkata, perkara itu sudah lama dipertimbangkan sejak setahun yang lalu dan dia bertekad untuk berhijrah kerana berasa takut dengan mimpi serupa yang dialaminya secara berulang-kali.
“Baru-baru ni saya bermimpi mengenai hari kiamat. Dalam mimpi itu, saya menuju ke masjid dan secara tiba-tiba ada banyak batu jatuh dari langit.

“Saya sangat takut dan terus mencari mama tetapi mama tiada. Ahli keluarga yang lain juga tidak ada. Apabila tersedar saya terus mencari mama dan menangis.
“Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis. Saya katakan yang saya mimpi mengenai hari kiamat,” luahnya kepada mStar Online.
Adik kepada pelakon Elfira Loy ini berkata, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kejanggalan dengan penghijrahan itu walaupun ia adalah perkara baru dalam kehidupannya.
“Alhamdulillah, saya tidak hadapi sebarang masalah untuk menyesuaikan diri walaupun ia (bertudung) masih baru.
“Saya juga tiada masalah mengenai soal penampilan kerana kebetulan pula kakak (Elfira) banyak memberikan panduan dalam berfesyen ala Muslimah,” ceritanya.
Ditanya adakah penghijrahan itu akan membuatkan dia lebih selektif pada tawaran lakonan, Ezlisa berkata, dia akan hanya berlakon watak gadis yang bertudung sahaja selepas ini.
“Saya akan terima tawaran jika watak bertudung sahaja. Lakonan pun bukan keutamaan kerana saya masih di bangku sekolah.
“Lagipun, bermula sesi persekolahan 2013 ini, saya akan masuk Tingkatan 5 dan perlu beri tumpuan pada persiapan menjelang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Kalau ada kerja (tawaran), saya ambil tetapi jika tiada saya fokus pada pelajaran sahaja,” jelasnya yang baru menamatkan penggambaran telefilem berjudul Puteri & Putera Hodoh.
mStar

Tak sabar jadi suami isteri



DICEKUP...pasangan yang ditahan dalam Ops Tahun Baru di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, semalam.
DICEKUP...pasangan yang ditahan dalam Ops Tahun Baru di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, semalam.
BATU PAHAT: Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai sepasang suami isteri, sepasang kekasih yang hanya menunggu tidak sampai sebulan untuk diijabkabulkan ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, di sini, kelmarin.
Dalam operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan lingkungan 20-an itu pada mulanya berlagak seolah-olah sepasang suami isteri sebelum siasatan membongkar status sebenar hubungan mereka yang masih belum bernikah.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit enggan membuka pintu.
Menurutnya, selepas beberapa kali pintu diketuk, baru lah pasangan terbabit akhirnya membuka pintu berkenaan.

“Selepas pintu bilik dibuka, kami dapati pasangan berkenaan ketakutan selepas menyedari perlakuan sumbang mereka bakal diketahui.

“Kami dapati pasangan itu belum mempunyai ikatan sah dan tetap dikenakan tindakan kerana berada dalam bilik tertutup dan berdua-duaan sedangkan mereka bukan mahram,” katanya.
Saiful Ariffin berkata, setiap ibu bapa perlu mengingatkan anak masing-masing batasan pergaulan walaupun mereka sudah bertunang dan menunggu masa untuk bernikah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJSJ) 1997.
“Selagi belum ada ikatan, ibu bapa dan individu itu sendiri perlu menjaga batas pergaulan masing-masing,” katanya.

Mula roboh banglo

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

BERHATI-HATI...sebuah banglo dirobohkan di tempat kejadian tanah runtuh di Bukit Setiawangsa.
BERHATI-HATI...sebuah banglo dirobohkan di tempat kejadian tanah runtuh di Bukit Setiawangsa.
KUALA LUMPUR: Kerja merobohkan sebuah banglo yang terjejas teruk dalam kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa, di sini, malam Jumaat lalu sudah dimulakan jam 10 pagi, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar berkata, kerja merobohkan banglo itu dilaksanakan pemaju Island and Peninsular (I&P) Sdn Bhd bersama kontraktor dilantik secara berhati-hati dan dijangka mengambil masa beberapa hari.
“Kerja merobohkan banglo itu dimulakan pada bahagian bumbung dengan menggunakan kren. Mereka perlu melakukan kerja berhati-hati kerana masih ada pergerakan tanah.

“Oleh itu, kerja merobohkan banglo itu akan mengambil masa yang lama iaitu beberapa hari bagi menjaga keselamatan pekerja dan lot kedai serta rumah teres yang ada di bahagian bawah,” katanya ketika sidang media di Bukit Setiawangsa, di sini, semalam.

Othman berkata, 283 penghuni yang terbabit juga sudah diarahkan berpindah membabitkan tujuh banglo, 58 rumah teres dua tingkat dan 13 lot kedai.

Mesin kilang kejuruteraan meletup

SELAMAT DIRI...pekerja keluar selepas berlaku letupan sebuah mesin di kilang proses barang kejuruteraan di Jalan Haji Salleh, Meru, semalam.
SELAMAT DIRI...pekerja keluar selepas berlaku letupan sebuah mesin di kilang proses barang kejuruteraan di Jalan Haji Salleh, Meru, semalam.
MERU: “Mesin membuat barangan elektronik yang sedang digunakan tiba-tiba meletup menyebabkan semua pekerja berhampiran lari dan tidak sempat menyelamatkan barang seperti dompet, telefon bimbit dan barangan berharga lain,” kata seorang pekerja mengenai kebakaran sebuah kilang memproses barang kejuruteraan di Jalan Haji Salleh, di sini, petang semalam.
Pekerja yang enggan dikenali itu berkata, ketika kejadian jam 4 petang, pekerja kilang itu dikejutkan dengan letupan sebuah mesin yang beroperasi.

“Tiba-tiba sebuah mesin meletup menyebabkan api merebak dengan cepat ke mesin lain dan rakan sekerja tergamam sebelum masing-masing melarikan diri ke tempat selamat.
“Tapi, saya bersyukur kerana rakan sekerja sempat menyelamatkan diri dan tidak berlaku insiden yang tidak diingini seperti kecederaan dan kehilangan nyawa,” katanya.

Pekerja itu berkata, kebakaran berpunca daripada mesin elektronik yang dipercayai sudah panas kerana terlalu lama digunakan untuk memproses barangan kejuruteraan.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Mohd Hamizal Ainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kebakaran itu jam 4.04 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke tempat kejadian.
“Seramai 24 anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Pinang, Pelabuhan Klang dan Kota Raja terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran itu berikutan kebakaran yang agak serius,” katanya.

Hamizal berkata, kebakaran itu berjaya dikawal jam 4.57 petang dan punca serta jumlah kerugian kebakaran itu masih dalam siasatan.

Warga Asia sambut tahun baru dengan meriah



SEORANG pelajar bertafakur di New Delhi semalam, memperingati mangsa rogol beramai-ramai yang meninggal dunia Sabtu lalu.
SEORANG pelajar bertafakur di New Delhi semalam, memperingati mangsa rogol beramai-ramai yang meninggal dunia Sabtu lalu.
CANBERRA: Krisis kewangan? Kemelesetan? Tidak di Asia, tempat pertama di dunia yang menyambut kedatangan tahun baru 2013 dengan penuh ghairah.
Myanmar yang semakin demokratik mengadakan pengiraan detik kedatangan tahun baru buat kali pertama.
Jakarta merancang sambutan jalanan terbesar, sesuai dengan peningkatan ekonomi Indonesia.

Di Sydney, orang ramai berkhemah sejak malam Ahad lalu di pantai pelabuhan untuk berada di tempat paling bagus ketika 1.5 juta orang dijangka berkumpul untuk menyaksikan pertunjukan bunga api yang berpusat di Jambatan Pelabuhan Sydney.

Pantai itu penuh sesak ketika pertunjukan pusingan awal selama lapan minit untuk kanak-kanak berlangsung tiga jam sebelum acara sebenar di Sydney dan ketika jam menunjukkan 12 malam di Samoa dan kepulauan Pasifik Selatan yang lain menyambut ketibaan tahun baru.

Di Hong Kong, pertunjukan bunga api yang menelan belanja HK$12.5 juta (RM4.8 juta) adalah yang terbesar pernah diadakan.

Bagaimanapun, di New Delhi, semangat untuk menyambut tahun baru dicemari dengan kematian seorang mangsa rogol, Sabtu lalu.

Hotel, kelab dan persatuan penduduk di ibu negara India itu memutuskan untuk membatalkan sambutan berkenaan, sebaliknya meminta orang ramai membakar lilin sebagai memperingati mangsa. - AFP

30 mayat mangsa seksa ditemui



BEIRUT: Tiga puluh mayat dengan kesan seksaan dan sukar dikenali ditemui di Barzeh, utara Damsyik, yang menjadi lokasi lazim pertempuran di antara tentera dan pejuang antikerajaan, kata sebuah pertubuhan pemantau semalam.
Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia berkata, berdasarkan keadaan mayat berkenaan, mereka menjadi mangsa penderaan pihak tertentu.

“Identiti mayat berkenaan belum dikenal pasti,” kata pertubuhan itu. Aktivis antikerajaan yang bergabung dalam pertubuhan Suruhanjaya Awam Revolusi Syria menganggarkan ada 50 mayat ditemui dengan “kepala dipancung serta anggota badan dipotong sehingga tidak lagi mampu dikenal pasti.” Bagaimanapun, laporan itu tidak dapat disahkan kerana larangan ke atas media antarabangsa yang dikenakan pihak berkuasa Syria. - AFP

3 sekeluarga mati di air terjun



JOHANNESBURG: Sepasang suami isteri yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14 bersama-sama anak perempuan mereka, mati selepas terjatuh ketika menyeberang sebuah air terjun di Afrika Selatan.
Pasangan berkenaan bersama anak mereka berusia belasan tahun itu dipercayai berpegangan tangan ketika jatuh dari ketinggian 30 meter di air terjun berkenaan yang terletak di kawasan pedalaman, Jumaat lalu.

Menurut akhbar Beeld, mereka yang terbunuh itu ialah Pieter Prinsloo, 38, isteri, Adele, 34 dan anak mereka, Shante, 13, dari Benoni, berhampiran Johannesburg.

Mereka ditemui oleh pasukan penyelamat beberapa jam selepas terjatuh dari Air Terjun Rietfontein.

Pemilik rumah percutian, Shawne Botha mengesahkan keluarga itu menetap di chaletnya di wilayah Mpubalanga, timur Afrika Selatan.

Menurutnya, mereka keluar bersiar-siar sebaik mendaftar masuk di chalet berkenaan yang terletak berdekatan Taman Negara Kruger.

“Mereka tiba sehari selepas Krismas. Keluarga itu keluar bersiar-siar dan menemuii ajal di air terjun berkenaan.

“Amat menyedihkan kerana ketiga-tiga keluarga itu mati bersama,” kata Botha.

Menurut laporan akhbar Beeld, Prinsloo dan Adele adalah pasangan kekasih sejak kecil dan bercuti kerana meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14 semalam.

Keluarga itu dipercayai meraikan Krismas di rumah mereka di Benoni sebelum bercuti bersama anak mereka.

Kakitangan rumah peranginan itu meminta bantuan kira-kira jam 10 malam apabila keluarga itu tidak pulang.

Kawasan tragedi itu adalah antara yang paling sibuk di Afrika Selatan pada musim cuti. - DM

Iran lancar ‘perang siber’



TEHERAN: Tentera Iran menjalankan apa yang digelar sebagai latihan perang siber untuk kali pertama ketika unit tentera laut Republik Islam itu menggerakkan ‘serangan’ di Selat Hormuz, lapor media semalam.
Memetik pegawai kanan Tentera Laut Iran, Laksamana Amir Rastegari, akhbar harian berbahasa Inggeris negara itu melaporkan, serangan disasarkan ke atas rangkaian komputer pasukan pertahanan dalam usaha menerobos rangkaian berkenaan.

“Serangan juga dibuat dengan matlamat menggodam maklumat atau menyebarkan virus,” katanya. Menurut Amir, serangan siber itu berjaya dikesan dan dihalang. Sejak tiga tahun lalu, kemudahan perindustrian Iran, termasuk loji minyak dan nuklear serta rangkaian komunikasi dan sistem perbankan menjadi sasaran serangan siber.
Teheran menyalahkan Amerika Syarikat dan Israel atas serangan berkenaan. Menurut Teheran, kerajaan menubuhkan unit siber tentera dan awam bagi mengatasi serangan berkenaan. Unit tentera laut Pengawal Revolusi bekerjasama dalam latihan ketenteraan di Selat Hormuz serta Teluk Oman sejak minggu lalu. Pegawai tentera Iran berkata, latihan itu bertujuan mempamerkan kemampuan pertahanan tentera laut negara itu serta menyampai mesej keamanan serta persahabatan kepada negara serantau. Menurut media, beberapa kapal selam mengambil bahagian dalam latihan yang turut menguji sejumlah peluru berpandu itu. Bagaimanapun, tentera mendakwa, latihan itu bukan bertujuan menutup Selat Hormuz yang menjadi laluan strategik kepada perdagangan petroleum seluruh dunia. - AFP

Obama janji kekang keganasan senjata api



WASHINGTON: Presiden Barack Obama berjanji “melakukan apa yang terdaya” mengekang keganasan senjata api melalui pakej perundangan tahun depan.
Dalam temu bual dengan stesen televisyen NBC semalam, Obama menyatakan keraguannya kepada cadangan Persatuan Raifal Kebangsaan untuk meletakkan pengawal bersenjata di semua sekolah bagi mengelak tragedi di Sekolah Rendah Sandy Hook di Newtown, Connecticut, berulang. Sebaliknya, Obama berikrar untuk bersama majoriti rakyat Amerika Syarikat (AS) merangka agenda bagi mengehadkan keganasan senjata api.

“Tidak memadai bagi kita untuk berkata: Ini terlalu sukar dan kita tidak perlu mencuba.
“Saya fikir ada sebahagian besar pemilik senjata api bertanggungjawab di luar sana yang mengakui bahawa kita tidak boleh membiarkan seseorang yang bermasalah psikologi memiliki senjata seperti pemuda di Newtown itu.

“Dan, ya, ia tidak mudah dilaksanakan,” katanya. Obama juga menyatakan kesediaannya bertemu wakil Republikan dan Demokrat serta sesiapa saja yang berkaitan dalam isu berkenaan. - AP

BUMI ALLAH SANGAT LUAS...DENGAN CARA BEGINI KITA DAPAT BERITA...NAK PERGI SEMUA TEMPAT TAK KAN TERDAYA....MAHA KAYA ALLAH SWT

Pasrah walaupun banglo diroboh


lokasi rumah Jamaluddin (dalam bulatan di kiri) dan Zulhasnan (kanan) yang akan dirobohkan.


KUALA LUMPUR – Dua bekas menteri Kabinet terpaksa menyambut kedatangan tahun baru 2013 dengan berita sedih apabila banglo mereka di Puncak Setiawangsa di sini yang berdepan insiden tanah runtuh baru-baru ini disahkan tidak selamat dan terpaksa dirobohkan.
Mereka ialah Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
Jamaluddin pernah memegang jawatan sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi manakala Zulhasnan Rafique pernah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.
Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Mohd. Taufik Harun berkata, keputusan untuk merobohkan banglo mereka dibuat kerana struktur tanah di kawasan itu tidak selamat.
Beliau berkata, langkah itu juga bertujuan memberi ruang kepada zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.
Menurutnya, sebanyak tujuh buah rumah yang terletak di Jalan Puncak Setiawangsa 2 dikesan mengalami keretakan yang boleh mengundang bahaya.
“Kita sedang cuba untuk menyelamatkan tiga atau empat buah rumah di kawasan itu termasuk rumah dua ahli parlimen berkenaan.
“Bagaimanapun, semua itu bergantung pada keadaan dan jika perlu untuk dirobohkan, kita terpaksa melakukannya demi menjaga keselamatan penduduk yang lain,” katanya ketika ditemui di lokasi tanah runtuh di sini semalam.

Ikan darat, putu halba rezeki tengkujuh


NORZIRA menyediakan putu halba di gerainya di Rantau Panjang semalam.


RANTAU PANJANG - Di sebalik musim tengkujuh yang mengundang bencana banjir di Kelantan, ia turut membawa rezeki kepada penduduknya.
Setiap kali musim banjir, jualan ikan air tawar atau ikan darat dan sejenis makanan yang dinamakan putu halba boleh didapati di sana sini.
Ikan air tawar seperti toman, sebarau, keli, belut dan tembakan dijual hidup di tepi jalan dan putu halba yang ramuan utamanya adalah ubi kayu.
Mohamad Abd. Noh, 36, yang pada hari biasa berniaga getah sekerap, akan menjual ikan air tawar di tepi jalan Pasir Mas-Rantau Panjang berhampiran Sungai Kalbat 5.
Menurutnya, dia memperoleh pendapatan sehingga RM300 sehari dengan menjual ikan air tawar dalam tempoh dua bulan musim tengkujuh.
"Ikan-ikan ini saya dapat dengan memukat sendiri dan dibeli daripada orang lain," ujarnya ketika ditemui semalam.

Naik berang dalam mahkamah


MOTSAMI diiring keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar selepas dijatuhi hukuman gantung mati kerana mengedar dadah semalam.


ALOR SETAR - Seorang lelaki warga Nigeria yang bekerja sebagai setiausaha sebuah gereja di Bangkok, Thailand berang apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya atas tuduhan mengedar ganja seberat 8.73 kilogram tahun lalu.
Motsami Goitsemodimo Peter, 27, memberitahu, dia tidak faham bagaimana dia boleh dikenakan hukuman mati selain mempersoalkan bukti yang digunakan sehingga dia disabitkan dengan pertuduhan tersebut.
Dia yang merupakan graduan sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur itu terus mempersoalkan hukuman tersebut walaupun peguamnya, B. Murthy memintanya bertenang.
Tertuduh kemudian diam dan keluar dari kandang tertuduh selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab memberitahu hukuman itu boleh dirayu di Mahkamah Rayuan.

Premis judi tawar cabutan bertuah


PREMIS judi di Sentul yang berselindung di sebalik perniagaan optik ini menawarkan cabutan bertuah kepada pengunjung.


KUALA LUMPUR - Sindiket perjudian tidak pernah berhenti menggunakan pelbagai taktik untuk menarik kaki judi terus menghabiskan wang di premis mereka.
Terbaharu, sebuah premis judi internet di Jalan Pasar Sentul di sini didakwa menawarkan cabutan bertuah yang mempertaruhkan sebuah motosikal jenis Honda sebagai hadiah utama selain wang RM300.
Caranya senang sahaja. Belanja sekurang-kurangnya RM50 di pusat judi itu dan secara automatik kaki judi akan diberi kupon untuk menyertainya.
Cabutan akan dilakukan setiap hujung bulan.
Bukan itu sahaja, perniagaan haram yang berselindung di sebalik kedai optik itu turut menawarkan makan tengah hari percuma kepada pelanggan.
Seorang pelanggan yang ditemui Kosmo! memberitahu, cabutan bertuah itu diadakan hampir setiap bulan namun malangnya setakat ini tiada seorang pun yang memenanginya.

Cedera tercucuk jarum tukang jahit


Shezzylah menunjukkan baju kurung moden yang tidak menepati ukuran badannya di Shah Alam baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Hasrat tiga sahabat untuk bergaya dengan baju kurung yang ditempah daripada seorang peniaga menerusi laman sosial Facebook berkecai apabila produk yang dihasilkan bukan sahaja tidak menepati ukuran badan malah, salah seorang mereka cedera akibat tercucuk jarum yang terselit pada baju.
Ekoran itu, hasrat mereka untuk memakai baju kurung moden pada majlis perkahwinan seorang teman rapat mereka pada 22 Disember lalu tidak kesampaian.
Salah seorang mangsa yang ingin dikenali sebagai Shezzylah, 23, memberitahu, dia dan dua rakannya menempah baju dengan seorang tukang jahit dikenali sebagai Ara selepas mendapati harganya murah iaitu RM160 untuk tiga pasang.
Katanya, kejadian itu berlaku empat hari sebelum majlis perkahwinan berkenaan.
"Kami menempah baju itu kira-kira dua minggu sebelum majlis. Saya mula syak sesuatu apabila peniaga itu mengambil ukuran badan secara tidak konsisten.
"Kadang-kadang dia meminta kami datang untuk mengukur sendiri ukuran badan dan ada ketikanya, dia meminta kami menghantar sendiri ukuran tersebut," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Shah Alam, Selangor.

Banjir setiap kali hujan lebat


ABDUL RAHMAN menunjukkan sistem perparitan yang tersumbat sehingga mengakibatkan banjir kilat sering berlaku di rumahnya di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan semalam.


IPOH – Sebuah keluarga terpaksa merana lebih 20 tahun apabila rumah yang didiami ditenggelami banjir setiap kali hujan lebat di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan dekat sini.
Abdul Rahman Manap, 62, berkata, kediaman yang turut dihuni lapan ahli keluarganya termasuk isteri, Zabedah Tan Diah, 58, lima anak dan seorang cucu itu akan dinaiki air banjir sehingga satu meter setiap kali hujan lebat.
“Sejak 20 tahun lalu, hati kami sekeluarga tidak pernah tenang setiap kali hujan turun walaupun pada awal pagi kerana saya tahu rumah saya mesti menerima musibahnya.
“Jumlah kerugian harta benda tak terkira malah rumah dan laman rumah saya akan dipenuhi selut serta lumpur yang datang dari Bukit Kinding berhampiran,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Abdul Rahman berkata, selain limpahan air dan lumpur dari bukit berhampiran, sistem perparitan yang tidak diselenggara juga menjadi faktor kepada masalah banjir itu.

2 anak tidak miliki sijil lahir


ALIZAH (dua dari kanan) bersama Nur Aina Edriana (kiri) dan Nur Aiman Halim (dua kiri) dan Nur Aflin Iskandar menunjukkan sijil perkahwinan dengan bekas suaminya, Nor Azman Ismail di Klang baru-baru ini.


KLANG - Seorang ibu tunggal buntu apabila dua daripada tiga anaknya, Nur Aina Edriana, 9, dan Nur Aiman Halim, 6, masih tidak mempunyai sijil kelahiran walaupun pernah beberapa kali mengemukakan permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Klang di sini.
Alizah Sanip, 43, yang merupakan pekerja kilang ditinggalkan suami sejak tujuh bulan lalu gelisah memikirkan punca sebenar masalah itu sedangkan dia dan suami mempunyai sijil perkahwinan yang sah.
"Kali terakhir saya ke JPN cawangan Klang adalah bulan lalu. Mereka suruh tunggu dan akan telefon untuk beritahu status permohonan tersebut namun sehingga hari ini masih tidak mendapat sebarang berita," dakwanya ketika ditemui di Kampung Nelayan, Telok Gong di sini baru-baru ini.
Lebih menghairankan, anak pertamanya, Nur Aflin Iskandar, 10, tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendapatkan sijil kelahiran.
"Semua urusan pendaftaran dilakukan suami sebaik sahaja saya melahirkan anak tetapi saya dapat tahu JPN meminta dokumen lain menyebabkan perkara ini tertangguh sehingga ke hari ini," jelasnya.

Suami dituduh bersubahat bunuh isteri

PETALING JAYA - Seorang pengusaha rumah pusat kebajikan orang tua, M. Durai Raju dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan bersubahat membunuh isterinya, S. Suntarambhal, 33, yang mati dikelar dalam sebuah kereta, dua minggu lalu.
Turut dihadapkan ke mahkamah yang sama ialah rakannya, V. Nantakumaran, 24, yang didakwa atas tuduhan membunuh mangsa.
Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Surya Wati Shawal.
Durai Raju, 36, didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama kerana bersubahat membunuh Suntarambhal, seorang penjual bunga, manakala Nantakumaran pula dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ramai cedera main mercun di Filipina

SEORANG peniaga menyusun mercun yang dijual di gerainya di Manila semalam.


MANILA - Pihak berkuasa Filipina melaporkan lebih banyak kecederaan akibat bermain mercun semalam ketika petugas-petugas kecemasan bersiap sedia menghadapi peningkatan kejadian tidak diingini menjelang sambutan tahun baru.
Jabatan Kesihatan mengumumkan, angka kecederaan akibat bermain mercun meningkat kepada 186 orang sejak hujung minggu cuti Krismas, termasuk 33 kecederaan mata dan enam mangsa yang terpaksa dipotong anggota badan mereka.
Setakat kelmarin, angka kecederaan akibat bermain mercun berjumlah 171 orang.
Ketua Wad Kecemasan Pusat Rawatan East Avenue di sini, Emmanuel Bello, berkata, angka kecederaan dijangka terus meningkat.
Menurutnya, hospital berkenaan telah merawat 22 kes kecederaan akibat bermain mercun setakat ini.
"Kebanyakan kecederaan melibatkan orang dewasa disebabkan mereka mabuk. Mereka minum arak dan membakar mercun," kata Bello.
"Jika mereka hilang ibu jari, mereka hilang sebahagian besar fungsi tangan dan tidak dapat bekerja sekali gus menjerumuskan keluarga mereka ke dalam kesusahan," tambahnya.
Namun, katanya, sebahagian besar angka kecederaan melibatkan kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah yang tidak tahu tentang bahaya bermain mercun.
Keluarga di Filipina meraikan Hari Krismas dan tahun baru dengan membakar mercun yang mengeluarkan bunyi dentuman kuat serta asap hitam dengan menyebabkan keadaan di sebahagian kejiranan kelihatan seperti zon perang.
Pihak berkuasa Filipina melaporkan sebanyak 454 kecederaan akibat bermain mercun dicatatkan ketika sambutan menjelang tahun baru 2012. - AFP

Sembilan maut bas terbabas di AS


GAMBAR menunjukkan bas yang terjatuh (dalam bulatan) ke dalam gaung dari sebatang jalan raya yang licin itu.


LOS ANGELES - Sebuah bas dalam perjalanan ke Kanada merempuh rel penghadang di sebatang jalan raya yang dilitupi salji di Oregon, Amerika Syarikat (AS) kelmarin sebelum terjunam ke dalam gaung dengan menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh kata polis.
Pihak berkuasa melaporkan, lebih 26 yang lain turut cedera dalam nahas jalan raya tersebut.
Polis negeri Oregon berkata, bas itu jatuh sejauh beberapa puluh meter ke dalam gaung.
Menurut polis, kemalangan berlaku semasa bas sewa khas itu dilaporkan menuju pulang ke Vancouver, Kanada selepas bertolak dari Las Vegas, dalam negeri Nevada, AS.
Setakat ini, polis masih menyiasat punca nahas jalan raya itu yang berlaku dekat bandar Pendleton, di timur laut Oregon.
Ketika kejadian kata mereka, terdapat 40 penumpang di dalam kenderaan tersebut tetapi jumlah sebenar masih belum dapat disahkan.
Bas itu dimiliki syarikat Mi Joo Tour & Travel dari Vancouver. - AFP

Penduduk Kemboja berusaha selamatkan ikan lumba-lumba


DUA ekor ikan lumba-lumba Irrawaddy kelihatan di Sungai Mekong di wilayah Kratie, kira-kira 300 kilometer ke timur laut Phnom Penh pada 6 Disember tahun lalu.


KRATIE - Para pengawal sungai Kemboja berusaha menyelamatkan kehidupan ikan lumba-lumba dengan melakukan rondaan di Sungai Mekong bagi memastikan tiada aktiviti nelayan dan penduduk yang boleh menjejaskan kehidupan haiwan itu.
Menurut beberapa pakar, punca kematian ikan lumba-lumba dewasa adalah disebabkan jaring pukat hanyut yang ditinggalkan terlalu lama di sungai itu.
Pakar-pakar berkenaan percaya kehidupan ikan lumba-lumba berwarna kelabu itu berada dalam keadaan bahaya dan berdepan ancaman kepupusan di sungai tersebut.
Jumlah haiwan dewasa itu yang dikenali sebagai ikan lumba-lumba air tawar Irrawaddy adalah antara 85 hingga 150 ekor.
Seorang pengawal sungai, Pech Sokhan berkata, pihaknya perlu mendidik penduduk pada setiap hari tentang bahaya penggunaan pukat tersebut untuk menangkap ikan kerana ia boleh membahayakan ikan lumba-lumba.
Pukat hanyut dan kurungan ikan diharamkan di sungai itu.
Bagaimanapun, para pesalah yang menggunakan kaedah menangkap ikan tersebut tidak akan ditangkap atau didenda tetapi peralatan perikanan mereka dirampas. - AFP

Siang cari duit, malam beli kokain


BOBO duduk di atas kerusi selepas dia mengutip barang-barang yang boleh dikitar semula untuk dijual di sebuah kawasan setinggan di Rio De Janeiro pada 21 Disember lalu.


RIO DE JANEIRO - Seorang bekas askar yang hanya dikenali sebagai Bobo menghabiskan masa pada waktu siang dengan mencari barang-barang yang boleh dikitar semula untuk dijual.
Bagaimanapun, apabila malam menjelma, dia menggunakan wang yang diperoleh daripada titik peluhnya sendiri untuk membeli kokain.
"Kadangkala saya tidak tidur sepanjang malam.
"Saya bekerja untuk membantu menampung ketagihan saya.
"Namun, saya hanya menggunakan kokain pada waktu malam," katanya yang enggan mendedahkan namanya yang sebenar.
Pihak berkuasa Brazil kini berusaha untuk membantu para penagih dadah dan menghentikan penyebaran tabiat tersebut dalam kalangan penduduk. - Agensi

Monday, December 31, 2012

MEREKA TAK TAKUT BERZINA SEBAB TAK DE REJAM SERTA 100X ROTAN

Laporan setiap hari

Oleh Ardyhansah Amat
ardyhansah@hmetro.com.my

SITU...Muhyiddin menunjukkan tanah runtuh ketika membuat lawatan 
ke Bukit Setiawangsa, semalam.
SITU...Muhyiddin menunjukkan tanah runtuh ketika membuat lawatan ke Bukit Setiawangsa, semalam.
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu laporan kejadian tanah runtuh di Bukit Setiawangsa, Jumaat lalu, diserahkan kepadanya setiap hari.
Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat khas Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pemaju, INP Sdn Bhd, berhubung kejadian, di sini, semalam.

“Berdasarkan taklimat hari ini (semalam), Ikram, DBKL dan pemaju sudah mengambil langkah awal menangani masalah tanah runtuh yang berlaku pada 28 Disember lalu.
“Tindakan ini dapat mengurangkan kesan kejadian tanah runtuh membabitkan aspek keselamatan penduduk.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kejadian ini tidak menyebabkan kehilangan nyawa,” katanya.

Beliau yang turut ditemani isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman meluangkan masa lebih satu jam di kawasan kejadian untuk meninjau dan berjumpa dengan penduduk.
Kata Muhyiddin, DBKL, Ikram dan pemaju akan melakukan pemantauan berterusan di kawasan itu tanpa henti bagi mengesan sebarang pergerakan tanah di situ.

“Penghuni di 90 rumah sudah dipindahkan ke tempat terpilih dan pemaju turut membantu menanggung kos perpindahan itu.
“Dalam masa sama, satu laluan alternatif dibina memandangkan laluan utama (asal) berisiko dan berbahaya kepada pengguna,” katanya.

Sementara itu, menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pembinaan tebing dan pembangunan di situ diluluskan mengikut garis panduan perancangan pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi yang lama.

“Setakat ini pembinaan tebing itu mengikut spesifikasi garis panduan yang lama memandangkan projek ini berusia 22 tahun.

“Tetapi, jika mengambil kira garis panduan baru khusus untuk Kuala Lumpur, DBKL tidak meluluskan pembinaannya.

“Kelmarin, Ikram memaklumkan terdapat tiga rumah yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh ini.

“Bagaimanapun, selepas pemantauan serta kajian terperinci, struktur dua buah rumah milik Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis didapati stabil.

“Oleh itu sebuah rumah saja dirobohkan kerana bimbang berat bangunan itu menjadi beban kepada tanah,” katanya.

Potong gaji untuk ‘buat visa’

Oleh Mohamad Naufal Mohamad Idris
am@hmetro.com.my

BANTAH...pekerja warga asing membantah tindakan majikan mereka di hadapan Pejabat Tenaga Kerja Pelabuhan Klang, semalam.
BANTAH...pekerja warga asing membantah tindakan majikan mereka di hadapan Pejabat Tenaga Kerja Pelabuhan Klang, semalam.
PELABUHAN KLANG: Niat 33 pekerja lelaki warga asing untuk mencari rezeki di Malaysia terbantut apabila kerugian RM313,500 selepas ditipu sebuah syarikat perkhidmatan logistik, di sini.
Mereka yang terdiri daripada 26 warga India, Pakistan (lima) dan dua warga Bangladesh mendakwa syarikat tempatan itu mengambil RM4,200 hingga RM6,500 setiap seorang yang dipotong daripada sebahagian gaji mereka bagi Ogos 2010 hingga Oktober lalu kononnya bagi membuat permohonan permit kerja dan visa.

Ketua Biro Politik Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), K S Kottapan berkata, pekerja terbabit yang sudah bekerja di Malaysia sejak Ogos 2010 bimbang kerana hingga kini belum memperoleh permit kerja seperti dijanjikan majikan terbabit.

“Apabila ditanya, pengurusan syarikat itu memberi alasan Jabatan Imigresen menyimpan pasport semua pekerja terbabit menyebabkan urusan permohonan permit berkenaan tergendala.

“Syarikat terbabit juga berjanji untuk membayar semula tunggakan gaji itu pada 15 Oktober lalu, namun hingga hari ini (semalam) mereka belum memperolehnya,” katanya pada sidang media di Pejabat Tenaga Kerja, di sini, semalam.

Kottapan berkata, akibat tidak tahan dengan sikap majikan mereka, semua pekerja terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 24 Disember lalu.

“Kami juga sudah ke pejabat kedutaan masing-masing dua hari lalu dan mereka berjanji akan menghubungi syarikat terbabit secepat mungkin,” katanya.

7 lagi banglo mungkin lenyap

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tujuh banglo, termasuk dua milik Ahli Parlimen mungkin terpaksa dirobohkan jika keadaan gelongsoran tanah di Bukit Setiawangsa, di sini, tidak berubah.
Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Mohd Taufik Harun berkata, dua banglo mewah milik Ahli Parlimen itu akan dirobohkan sekiranya kajian menyeluruh dilakukan dan mendapati keperluan dirobohkan.

"Sehingga ini, kita lihat pergerakan masih aktif. Tetapi lebih stabil berbanding semalam.

"Keputusan merobohkan rumah banglo berkenaan terpaksa diambil bagi menyelamatkan situasi daripada menjadi lebih buruk ekoran kemungkinan berlaku tanah runtuh lagi," katanya ketika sidang media di lokasi kejadian, sebentar tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar berkata, kerja merobohkan banglo berkenaan dilaksanakan pemaju Island and Peninsular (I&P) Sdn Bhd dan kontraktor dilantik dilakukan secara berhati-hati dan mengambil masa beberapa hari.

"Kerja merobohkan banglo terbabit dimulakan pada bahagian bumbung menggunakan kren. Mereka perlu melakukan kerja secara berhati-hati kerana masih ada pergerakan tanah.

"Oleh itu, kerja merobohkan akan mengambil masa beberapa hari bagi menjaga keselamatan pekerja dan lot kedai serta rumah teres yang ada di bahagian bawah," katanya.

Ikat, tetak hingga mati

Oleh Muhammad Saufi Hassan
saufi@hmetro.com.my

DIBUNUH...anggota polis membawa masuk mayat mangsa  ke dalam trak untuk dibawa ke HSB.
DIBUNUH...anggota polis membawa masuk mayat mangsa ke dalam trak untuk dibawa ke HSB.
KUALA NERANG: Tiga lelaki ditemui mati dalam keadaan diikat dan badan dipenuhi kesan tetakan senjata tajam dalam sebuah kebun getah berhampiran Kampung Cebar, Tanjung Piring, dekat sini.
Mereka dikatakan diikat sekumpulan 13 lelaki kira-kira jam 11 malam Sabtu lalu, namun seorang rakan mangsa berjaya meloloskan diri dan membuat laporan polis kira-kira jam 1 tengah hari semalam.
Sumber berkata, mangsa yang terselamat itu dikatakan lewat membuat laporan polis kerana bersembunyi selama satu hari dipercayai bimbang anggota kumpulan terbabit berjaya mengesan jejaknya.

Menurutnya, lelaki itu kini dirawat di Hospital Kuala Nerang akibat kecederaan dialaminya.

“Siasatan awal mendapati tiga lelaki yang ditemui mati berusia antara 18 dan 30 tahun. Semua mangsa dan rakan mereka yang membuat laporan polis dipercayai berasal dari Arakan, Myanmar,” katanya.

Bayi mangsa bapa ayam

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my

LAPOR...Ran menunjukkan laporan polis dibuatnya. Gambar kecil, mangsa.
LAPOR...Ran menunjukkan laporan polis dibuatnya. Gambar kecil, mangsa.
KUALA LUMPUR: Tangan kanannya patah manakala seluruh tubuh kecilnya dipenuhi kesan lebam dan berbirat. Itu penderitaan seorang bayi perempuan berusia setahun dipercayai akibat didera seorang bapa ayam di Lorong Haji Taib, di sini, sejak dua minggu lalu.
Mangsa dikatakan dipukul menggunakan penyangkut baju selain dipijak lelaki berusia lewat 30-an itu kerana kegagalan ibunya berusia 34 tahun untuk melacur seperti diarahkan. Malah, ibunya turut dipercayai dipukul lelaki berkenaan.
Kejadian menimpa bayi itu disedari bekas pengasuhnya selepas melawat mangsa di rumah berkenaan, jam 9 malam kelmarin.

Pengasuh itu yang mahu dikenali sebagai Ran, 35, berkata, selepas melihat kecederaan bayi itu, dia meminta supaya mangsa diserahkan kepadanya untuk dihantar ke hospital, namun bapa ayam itu tidak membenarkan sebaliknya menghalaunya.

Menurut Ran, dia merakamkan beberapa gambar menunjukkan kecederaan mangsa sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Cinta terhalang bersalut dosa



BATU PAHAT: Satu pasangan mendakwa keengganan keluarga perempuan merestui keinginan mereka untuk berkahwin menyebabkan pasangan itu mengambil jalan songsang mengenepikan dosa dengan bersekedudukan sejak lebih setahun lalu hingga melahirkan seorang anak lelaki sedangkan mereka boleh menggunakan wali hakim berikutan berada di luar kawasan.
Malah, pasangan berkenaan bersekedudukan di rumah keluarga lelaki berusia lewat 20-an itu yang tinggal bersama bapa dan tiga anak angkat bapanya.

Kelakuan sumbang mereka terbongkar apabila penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Batu Pahat menyerbu rumah berkenaan di Punggor Rengit di sini, menerusi Ops Ambang Tahun Baru, jam 1.30 pagi, semalam.
Dalam serbuan itu, wanita berusia 20-an terbabit mendakwa bersekedudukan selepas buntu hubungan bersama teman lelakinya tidak direstui keluarga di Kemunting, Perak.

Menurut wanita itu, dia mengenali teman lelakinya empat tahun lalu dan sudah banyak kali memberitahu keluarganya di Perak, mereka mahu berkahwin.

Dia mendakwa keluarga enggan menerima teman lelakinya itu menyebabkan mereka tinggal bersama setahun lalu hingga melahirkan anak lelaki.

Jumpa mayat tanpa mata



SUNGAI PETANI: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan mengerikan apabila dua matanya hilang dipercayai dimakan biawak dalam sungai berhampiran Kampung Pengkalan Ikan Bilis, Sungai Lalang, dekat sini, semalam.
Penemuan mayat lelaki berusia 30-an tanpa sebarang identiti jam 11 pagi itu, turut menimbulkan kegemparan apabila tersangkut pada akar pokok di tepi sungai berkenaan.

Seorang penduduk enggan dikenali berkata, pada mulanya dia ternampak objek pelik, tetapi tidak menyangka ia mayat manusia. “Mayat lelaki itu berpakaian baju-T warna merah dan hanya berseluar dalam serta memiliki gelang besi pada pergelangan tangan kiri. Dia juga dipercayai sudah mati sejak beberapa hari lalu berikutan keadaan mayat sudah kembung,” katanya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Rosdi Ismail berkata, enam anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang ramai.

“Kami turut menggunakan khidmat sampan nelayan untuk membawa mayat ke tebing sebelum diserahkan kepada pasukan polis,” katanya.

Sentuhan noda

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Dengan hanya satu sentuhan, seorang lelaki Arab berusia lewat 20-an dikatakan mampu mempengaruhi wanita mengikut segala kehendaknya, menyebabkan mangsa kemudian dibawa ke hotel sebelum disamun dan dirogol.
Menurut sumber, mangsa terbaru lelaki itu seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang membuat laporan polis mendakwa dirogol lebih sekali oleh suspek di sebuah hotel di ibu kota.

Menurutnya, sebelum itu mangsa memberitahu dia dihampiri suspek ketika membeli makanan di pusat beli-belah di sini sebelum diajukan beberapa soalan.

“Mangsa yang tidak mengendahkan pertanyaan lelaki terbabit kemudian mendakwa disentuh di bahagian badan, menyebabkan dia berada dalam keadaan separuh sedar.

“Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah bilik hotel di ibu kota sebelum memaksa remaja itu supaya melakukan hubungan seks dengannya,” katanya.

Mangsa rogol mahu kahwin Februari



NEW DELHI: Mangsa rogol beramai-ramai di Delhi yang meninggal di Singapura kelmarin dijangka berkahwin dengan teman lelakinya dalam tempoh beberapa minggu lagi, menurut beberapa rakannya.
Mangsa yang juga anak kesayangan bapanya diyakini oleh semua rakan bakal mencapai kejayaan selepas selesai menamatkan pengajian dalam bidang perubatan.

Ketika rakyat India meluahkan simpati yang mendalam terhadap mangsa berusia 23 tahun yang diperkosa oleh sekumpulan perogol pada 16 Disember lalu itu, mereka yang mengenalinya menggambarkan mangsa sebagai seorang wanita muda yang sedang dilamun cinta dan disayangi ramai. Walaupun belum rasmi bertunang, semua rakan mengetahui mangsa merancang untuk berkahwin dengan teman lelakinya yang turut cedera parah dalam serangan itu yang menyebabkan kematian mangsa. Rakan mangsa, Meena Rai berkata, dia menemani mangsa membeli-belah pakaian dan hadiah perkahwinan. “Dia sepatutnya berkahwin Februari depan dengan lelaki sama yang turut diserang dalam bas itu bersamanya,” katanya yang tinggal bersebelahan kediaman mangsa di Mahavir Enclave, kawasan kejiranan di barat daya New Delhi.
“Mereka telah membuat semua persediaan dan merancang parti perkahwinan di Delhi,” katanya. Seorang lagi rakan yang menghadiri upacara pembakaran mayat semalam mengesahkan majlis perkahwinan akan berlangsung dalam tempoh beberapa minggu lagi.

“Kami tahu dia akan berkahwin Februari depan. Seluruh kawasan kejiranan sangat teruja mengenainya,” kata Usha Rai.

Pada 16 Disember lalu, mangsa dan teman lelakinya keluar menonton wayang gambar “The Life of Pi” di pusat beli-belah sebelum menaiki bas yang disangka akan membawa mereka pulang. Menurut laporan, serangan terhadap pasangan itu bermula apabila teman lelaki mangsa menjadi bahan cemuhan mengenai mengapa seorang wanita yang belum berkahwin berada di luar rumah pada lewat malam. - AFP

Masih hidup walau dua kali diisytihar mati



HARDY (kanan), anaknya, Anastasia (kiri) dan cucu, Nelli.
HARDY (kanan), anaknya, Anastasia (kiri) dan cucu, Nelli.
TOMSK (Siberia) : Seorang nenek dua kali bangkit daripada mati, malah terselamat selepas tiga hari berada di sebuah rumah mayat.
Wanita Russia berusia 61 tahun itu diisytiharkan mati sebanyak dua kali oleh doktor tetapi hidup semula, termasuk beberapa minit sebelum dibedah siasat.
Hardy Lyudmila Steblitskaya menghabiskan masa tiga hari di rumah mayat yang sejuk ketika keluarganya meratapi kematian bekas tukang masak itu di rumah mereka.

Akhbar Siberian Times melaporkan, kali pertama Hardy mengejutkan doktor, rakan dan keluarganya ialah November tahun lalu dan kali kedua pada Oktober tahun ini.

Dalam kejadian tahun lalu, dia dibawa ke Hospital Wilayah Tomsk dan dirawat beberapa hari kerana tidak sihat.

Apabila anaknya, Anastasia, 29, menelefon hospital, dia diberitahu bahawa ibunya sudah mati.

Anastasia yang begitu sedih mula merancang majlis pengebumian ibunya dan menyampaikan berita itu kepada rakan dan anggota keluarga lain.

Dia membelanjakan RM6,000 untuk membeli bunga, keranda, urusan gali kubur serta makanan.

Apabila dia ke hospital untuk mengambil mayat Hardy, dia diberitahu supaya tunggu kerana doktor belum menjalankan bedah siasat.

Seorang doktor yang kelihatan terkejut kemudian memberitahu ibunya tidak mati dan masih bernafas di katilnya.

Anastasia yang hampir tidak percaya dengan kata-kata doktor itu, memasuki bilik ibunya dan mendapati wanita itu memanggill namanya. Dia menjerit sehingga beg yang dipegangnya terlepas.

“Saya begitu terkejut hingga terlupa untuk masuk semula ke bilik itu dan memeluk ibu saya. Sebaliknya saya menelefon rakan dan keluarga dan meminta supaya kerja menggali kubur dihentikan,” katanya kepada akhbar itu.

Ibunya hanya ingat bahawa dia berada di hospital itu pada hari Jumaat dan terjaga di rumah mayat pada Isnin.

Pada Oktober lalu, Hardy yang menghidap sakit jantung, dikatakan sudah tidak bernyawa lagi ketika dimasukkan ke sebuah hospital tetapi kali ini doktor berjaya menyedarkannya semula selepas beberapa jam. - DM

Drebar teksi pulang wang RM300,000



BANGKOK: Seorang pemandu teksi memulangkan sebuah beg mengandungi tiga juta baht (RM299,755) kepada pengendali trak pembawa wang tunai yang tercicir wang itu di Jalan Rama III.
Pongsin Jirakulthavornpat memberitahu Jor Sor 100, stesen radio trafik dimiliki tentera bahawa dia memandu di jalan itu bersendirian kira-kira jam 2 pagi semalam apabila menemui beg mengandungi wang berkenaan.

Dia mengambilnya sebelum menghubungi stesen radio terbabit agar mencari pemilik wang berkenaan.
Pada jam 6 pagi, kakitangan keselamatan trak pembawa wang tunai milik syarikt Brink membuat laporan di balai polis Bukalo mengenai kehilangan satu daripada 27 beg mengandungi wang tunai dengan jumlah keseluruhan 53 juta baht (RM5.3 juta) ketika membawa wang itu untuk dimasukkan ke dalam mesin teler automatik (ATM) Bank Komersial Siam di kawasan Thon Buri. Ketua trak itu, Tossaporn Rewnak berkata, dia dan rakannya dimaklumkan penunggang motosikal dekat Hospital Krungdhon 1 di jalan Taksin bahawa satu daripada dua pintu belakang trak itu terbuka.

Mereka memberhentikan kenderaan itu dan mendapati kunci pintu belakang trak yang terbuka itu tertanggal. Mereka kemudian menghitung beg wang itu dan mendapati satu daripadanya sudah hilang. - Bangkok Post