Thursday, January 10, 2013

ADA PUSAT ZAKAT KUTIP ZAKAT 7 HARI SEMINGGU...ADAKAH MEREKA MENGAGIH2 ZAKAT PADA ASNAF2 TUJUH HARI SEMINGGU JUGA

Sedih lihat gerai terbakar, lelaki cuba gantung diri
NURUL FATIHAH SULAINI
10 Januari 2013
Sedih lihat gerai terbakar, lelaki cuba gantung diri
Petugas kesihatan mengangkat Mohd Ridzuan.
Sedih lihat gerai terbakar, lelaki cuba gantung diri
Kain yang digunakan untuk menggantung diri.
ALOR SETAR - Gara-gara tertekan melihat gerai yang diusahakan keluarga musnah dalam kebakaran, seorang lelaki bertindak nekad cuba menggantung diri di Taman Bersatu, Jalan Kuala Kedah, di sini, semalam.
Bagaimanapun, cubaan Mohd Ridzuan Aziz, 38, yang mengalami masalah mental itu gagal setelah ibunya bertindak pantas menyelamatkannya dari meneruskan hasratnya itu.

Difahamkan Mohd Ridzuan mengalami tekanan apabila melihat gerai makanan milik ibunya musnah dalam kebakaran dan  cuba menggantung lehernya dengan kain alas meja.

Menurut ibunya, Fatimah Shah Ali, 56, dia bertindak pantas dengan mengangkat badan anaknya bagi melonggarkan kain yang dililit pada leher.

“Saya kemudian menyuruh seorang anak perempuan meminta bantuan jiran untuk menurunkan Mohd Ridzuan.

“Nasib baik saya bertindak pantas, jika tidak saya tidak tahu nasib anak lelaki saya ini,” katanya kepada media di sini, semalam.

Beliau berkata, anaknya bertindak demikian kerana terlalu sedih apabila gerai mereka di Taman Restu itu musnah dalam kebakaran .

Gerai itu satu-satunya sumber pendapatan mereka sekeluarga.
“Mohd Ridzuan mengadu sakit telinga sebelum masuk ke biliknya di tingkat atas rumah kira-kira jam 12.30 tengah hari. Namun secara tiba-tiba dengar satu bunyi yang kuat menyebabkan saya terus naik ke atas dan mendapati dia sudah tergantung di siling rumah.

“Saya dan seorang anak perempuan cuba mengangkat badannya untuk melonggarkan kain tetapi dia terlalu berat menyebabkan kami minta bantuan jiran,” katanya.
Fatimah berkata, Mohd Ridzuan pernah menerima rawatan penyakit mental sebelum ini.

 Warga emas tidak pulang ke rumah sejak sebulan maut dalam perigi
Wartawan Sinar Harian
10 Januari 2013
Warga emas tidak pulang ke rumah sejak sebulan maut dalam perigi
Ahli keluarga mangsa melawat tempat kejadian.
CHANGLUN - Kehilangan seorang lelaki kurang upaya (OKU) sejak sebulan lalu akhirnya terjawab apabila mangsa ditemui mati di dalam sebuah perigi berhampiran Sekolah Agama Al-Toyyibah di Kampung Padang Halban, Mukim Temin, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, mangsa, Fadzil Hussain, 55, atau lebih dikenali sebagai Padin ditemui mati dalam keadaan menyayat hati oleh seorang pekerja kontrak yang kebetulan menjalankan kerja-kerja pembinaan di kawasan berkenaan.

Saksi, Mohd Nizam Abdul Hamid, 35, berkata, dia secara kebetulan melalui kawasan terbabit dan terpandang sesuatu seperti bungkusan sampah dalam pakaian apabila menjenguk ke dalam sebuah perigi.

Menurutnya, apabila diteliti semula, dia mendapati bungkusan terbabit adalah mayat manusia tanpa kepala yang mana terdapat tengkorak manusia berada berhampiran mayat berkenaan.

“Saya terkejut kerana itulah kali pertama pengalaman saya menjumpai mayat serta menyaksikannya dengan mata sendiri. Sebaik menemui mayat itu, saya segera memaklumkan kepada sekolah dan menghubungi polis berhubung penemuan itu.

“Memandangkan ia merupakan pengalaman pertama saya, perkara itu masih terbayang dengan keadaannya yang sungguh menyedihkan,” katanya.

Katanya, dia yang menjalankan kerja pembinaan bersama rakannya untuk membina asrama sekolah berkenaan berada berhampiran kawasan kejadian sejak dua hari lalu.

“Sewaktu terpandang mayat itu, saya hanya nampak separuh badannya sahaja yang timbul memandangkan perigi terbabit dipenuhi dengan lumpur dan sebaik selesai kerja mengangkat mangsa naik perigi itu ditimbus sepenuhnya,” katanya.

Hilang sejak sebulan lalu

Anak saudara mangsa, Yusof Ramli, 52, berkata, sebelum itu, mangsa dilaporkan hilang sejak sebulan lalu kerana tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kenduri di Kampung Changhai, dekat sini.
Menurutnya, mangsa kebiasaannya menghadiri mana-mana kenduri di kawasan berhampiran kerana gemar membantu penduduk menjalankan kerja-kerja dalam majlis keramaian dan akan menginap di rumah saudara terdekat di kawasan itu.

“Selepas seminggu dia (Fadzil) tidak pulang ke rumah, kami menyedari kehilangannya selepas anaknya menghantar makanan kepadanya yang dikatakan berada di rumah sepupunya di kampung terbabit.

“Namun setibanya di sana, anaknya mendapati mangsa tidak lagi tinggal di situ sehinggalah laporan polis dibuat kerana bimbang dengan keadaan keselamatannya yang tidak normal seperti orang lain,” katanya.

Katanya, sememangnya dia (Fadzil) suka ke rumah saudara maranya dan dikenali ramai penduduk berhampiran itu kerana rajin membantu menyelesaikan kerja yang diberikan.

“Dia (Fadzil) tidak pernah bertindak sebegitu, sekiranya dia keluar rumah, dia akan pulang semula dan paling lama hanya tiga hari sahaja,” katanya.

Tempat mencari buluh

Anak saudara mangsa, Mahyun Ramli, 53, berkata, setelah menyedari tentang penemuan mayat terbabit, dia bersama keluarga bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kepala mangsa tertanggal akibat sudah mereput.

Menurutnya, ketika menjalankan operasi mencari mangsa sejak kehilangannya, penduduk turut bertindak mencarinya di kawasan perigi terbabit tetapi tiada tanda-tanda menunjukkan mangsa pergi ke kawasan itu.
“Selepas melihat mayatnya dalam keadaan duduk bersandar dalam perigi itu kami dapat mengenalinya bahawa itu adalah dia (Fadzil) kerana baju berlengan panjang itu memang pakaian yang biasa dipakainya.
“Tambahan pula barang-barangnya ditinggalkan berhampiran perigi menambahkan kesahihan itu,” katanya.

Katanya, kawasan terbabit merupakan tempat kebiasaan mangsa mencari buluh untuk dijadikan galah bagi mengambil upah menjolok kelapa oleh penduduk sekitar yang dianggarkan kira-kira 500 meter berdekatan rumahnya.
“Jenazah dibawa pulang dan dikebumikan di Masjid Changlun kira-kira jam 8 malam kelmarin,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ibrahim Yusof berkata, pihaknya mengesahkan kejadian terbabit dan mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Wanita terpedaya dengan bisikan
Wartawan Sinar Harian
10 Januari 2013
Wanita terpedaya dengan bisikan
Mangsa ketika ditahan di Balai Polis Kulim.
KULIM - Kerana terpedaya dengan bisikan di telinga, yang mengarahkan dia harus keluar dari rumahnya segera sebelum terperangkap, seorang wanita, Nor Shuhadah Asharo, 26, berasal dari Shah Alam, Selangor, mengambil keputusan meninggalkan keluarganya.

Bagaimanapun, mangsa ditahan polis Unit MPV di Pekan Kulim, kira-kira jam 1 pagi kelmarin, kerana mengamuk dan memarahi pengunjung serta penjual burger di kawasan itu kerana enggan memberikannya makanan.

Mangsa, yang sebelum itu dilihat merayau di sekitar kawasan perhentian bas Kulim berkata, dia memperoleh banyak wang setelah diberi oleh orang ramai.

Menurutnya, dia membeli tiket bas ekspres di kaunter KL Central, Bangsar Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu untuk datang ke sini.

“Apabila tiba di Kulim, dia cuba mencari rumah datuknya di Sungai Ular, namun gagal. Sejak dari tarikh itu, mangsa terus merayau setelah kehabisan wang.

“Saya tak mahu balik ke rumah kerana tertekan. Kad pengenalan saya disimpan oleh keluarga saya, malah suara dalam rumah suruh saya keluar segera kerana rumah saya akan menjadi panas sekiranya saya terus tinggal di rumah itu,” katanya.

Katanya, dia mengambil keputusan untuk lari dari suara itu dan tinggal bersama datuknya di sini.

“Sepanjang berada di Kulim, saya lupa saya tidur di mana dan mengapa pakaian saya koyak.
“Saya tidak berhadapan dengan masalah untuk makan kerana penduduk di sini baik. Apabila saya ditahan dan dihantar ke Balai Polis Kulim, anggota polis bertugas beri saya makanan dan pakaian. Terima kasih cikgu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, mangsa kemungkinan mengalami tekanan perasaan atau masalah sakit jiwa kerana dalam usia 26 tahun dia seharusnya tahu ke mana arah atau destinasi di tujunya.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati, kedua-dua ibu bapa mangsa bekerja sebagai guru di Shah Alam dan mangsa merupakan anak sulung dari tujuh beradik.

“Polis telah memaklumkan penemuan mangsa kepada Balai Polis Seksyen 18 dan Seksyen 20 Shah Alam. Sekiranya ada laporan melibatkan orang hilang, waris terlibat boleh mengambil mangsa di sini.

“Maklumat yang diberi mangsa ada kemungkinan salah. Jadi bagi sesiapa yang mengenali mangsa, boleh datang ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan,” katanya.
Sempat mengucap di pangkuan bapa
Wartawan Sinar Harian
10 Januari 2013
Sempat mengucap di pangkuan bapa
Mayat mangsa diangkat oleh anggota polis sebelum dihantar ke hospital untuk urusan bedah siasat
KOTA BHARU- Seorang bapa sempat mengajar anaknya mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya, selepas remaja itu terlibat dalam nahas jalan raya di Kampung Kemumin, di sini, pagi semalam.

Mangsa, Muhammad Zulyusri Naserudin, 15, yang menunggang motosikal jenis Honda bersendirian maut di tempat kejadian selepas terbabas dan melanggar tiang lampu.

Kejadian kira-kira jam 12.45 pagi, itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kaki dan kepala.

Bapa mangsa, Naserudin Mohd Kasim, 47 berkata, dia hanya menyedari anaknya terlibat dalam kemalangan selepas dimaklumkan rakan anaknya yang menghubungi telefon bimbitnya.

“Saya tergamam seketika selepas menerima berita itu dan terus bergegas ke tempat kejadian dengan hanya berbaju kemeja T dan berkain pelekat.

“Tiba di lokasi, saya lihat keadaan anak saya yang parah di sebalik tiang lampu dan terus menerpa ke arahnya sambil memangku dia di atas paha yang ketika itu masih bernafas namun keadaannya lemah dan tercungap-cungap dan melihatkan keadaannya saya ajar dia mengucap,” katanya.

Naserudin berkata, sebelum kejadian, anak kedua dari empat beradik itu, tidak memberitahu kepadanya tujuan dia keluar, dan mengambil kunci motosikal sambil berlalu pergi.

“Saya pada mulanya tidak endah dengan keadaan itu, lagipun dia sering keluar rumah bertemu rakannya.

“Namun pada hari kejadian, saya sempat menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepadanya namun tidak dijawab olehnya, tidak saya sangka, sms yang tidak berjawab merupakan petanda yang dia akan pergi buat selamanya,” katanya.

Naserudin berkata, walaupun amat perit untuk menerima pemergian anaknya, namun dia redha dengan ketentuan Ilahi.

“Semasa hayatnya, dia seorang yang baik dan tidak pernah membantah atau melawan saya, dia juga rajin  membantu saya berniaga santan di kedai saya, di Padang Tembak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 (SMKPC 2) cedera parah dan mayatnya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian
untuk bedah siasat.

Mayat mangsa dituntut ahli keluarga jam 3 petang di HUSM sebelum dibawa pulang, untuk urusan pengebumian.
Pesara forensik dituduh cabul
Wartawan Sinar Harian
10 Januari 2013
Pesara forensik dituduh cabul
Tertuduh diiringi anggota polis keluar dari mahkamah selepas berdepan tuduhan, kelmarin.
KOTA BHARU - Seorang pesara forensik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, kelmarin atas tuduhan mencabul seorang peniaga di sebuah rumah di Jalan Yaakobiah di sini, bulan lalu.

Tuduhan terhadap warga emas berusia 60 tahun itu dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Tuan Manan Tuan Soh dari Kuala Lumpur didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas wanita berusia 41 tahun itu dengan menyedari perbuatan itu akan mencabul kehormatannya jam 11 malam, 23 Disember.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad. Pada prosiding kelmarin, tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu, tertuduh melalui peguam belanya merayu supaya jaminan dikurangkan kerana memiliki anak yang masih bersekolah berusia antara lapan dan 12 tahun.

“Tertuduh masih mempunyai tanggungan dan seorang anaknya baru selesai menjalani pembedahan kerana ketumbuhan selain seorang isteri bekerja sebagai guru.

“Tertuduh juga menghidap penyakit diabetes dan asma serta berjanji tidak akan melarikan diri atau mengganggu mangsa,” katanya. Kes bersambung 20 Januari depan.

Sebelum itu, sebuah akhbar melaporkan seorang peniaga mendakwa kehormatannya dicabul selepas dipercayai dipukau seorang bomoh yang merawatnya.

Bomoh yang juga kenalan suaminya dari Kuala Lumpur itu dibawa ke Kelantan untuk merawat sakit lenguh badan yang dialami mangsa sebelum lelaki itu bertindak meraba wanita itu serta menyuruhnya membuka kain sarung dipakai dengan alasan membuang penyakit.
Didukung untuk ke sekolah
Wartawan Sinar Harian
9 Januari 2013
Didukung untuk ke sekolah
Mohd Razi mendukung Normadihah untuk ke sekolah sambil diperhatikan ibunya, Fauziah Omar di halaman rumahnya yang masih digenangi air banjir di Kampung Bendang Pak Yong.
TUMPAT – Hari pertama persekolahan Normadihah Mohd Razi, 11, tidak seperti murid lain apabila dia terpaksa didukung bapanya meredah air banjir sejauh lebih lima meter untuk ke rumah jiran sebelum menaiki motosikal ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bendang Pak Yong.

Walaupun sesi persekolahan sudah bermula dua minggu lalu, tetapi bagi Normadihah baru dapat hadir mendaftarkan diri di sekolah tersebut berikutan rumahnya masih digenangi air sedalam hampir satu meter.

Bapanya, Mohd Razi Awang, 51, berkata, dia terpaksa mendukung anaknya meredah air banjir kerana khuatir baju dan kasut sekolah yang dipakai anaknya basah.

“Persekitaran rumah saya masih digenangi air, terpaksalah mendukung anak ke tempat motosikal yang ditinggalkan di kawasan tinggi di rumah jiran.

“Dengan menunggang motosikal, terpaksa pula meredah air deras kerana masih ada jalan yang ditenggelami air untuk ke SK Bendang Pak Yong ini,” katanya yang mempunyai tiga anak.

Mohd Razi berkata, sepatutnya dia perlu mendaftarkan persekolahan anaknya pada hari Selasa minggu lalu, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana dia terperangkap dalam banjir.

“Bahaya untuk saya keluar dari rumah membawa anak ke sekolah dengan perahu kerana air sangat dalam serta deras.

“Lagipun untuk ke sekolah jaraknya hampir satu kilometer, tidak selamat untuk mereka meredah arus deras menaiki perahu.

“Hari ini, walaupun terpaksa mendukung anak, saya nekad kerana khuatir dia tercicir pelajaran,” katanya yang tinggal di Kampung Bendang Pak Yong.

SK Bendang Pak Yong antara tiga sekolah di daerah ini iaitu SK Simpangan, SK Teluk Jering dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Nurul Huda ditangguhkan sesi persekolahannya yang sepatutnya dibuka 1 Januari, tetapi ditunda pada 3 Januari berikutan banjir.

Bagaimanapun sesi persekolahan pada 3 Januari, murid di empat sekolah terbabit dikerahkan balik awal apabila paras air sungai meningkat berikutan banjir gelombang kedua melanda.

Sesi persekolahan pada 6 dan 7 Januari terpaksa ditangguhkan kerana banjir gelombang kedua masih belum surut dan hari ini (semalam) sesi persekolahan dibuka seperti biasa.

Sementara itu Guru Besar SK Bendang Pak Yong, Mohd Arifin Samad berkata, hanya 199 murid hadir ke sekolah semalam, bagi sesi persekolahan minggu ke dua selepas sekolah ini ditutup dua hari lalu berikutan banjir gelombang kedua.

“277 murid lagi tidak hadir kerana keadaan banjir di sini masih belum pulih sepenuhnya,” katanya.
Suami isteri dilokap
Wartawan Sinar Harian
10 Januari 2013
Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria
Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria
BESUT - Sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak berusia lingkungan dua tahun meringkuk di lokap selepas ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah dan daun ketum di Kampung Bukit Keluang, di sini semalam.

Pasangan itu yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dipercayai menjalankan kegiatan menjual dadah dan air ketum sebagai sumber pendapatan.

Ketua Polis Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kedua-dua mereka ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah pada jam 6 pagi semalam di rumah mereka di kampung itu.

Menurutnya, suspek lelaki berusia 28 tahun manakala isterinya 24 tahun ditahan selepas pemeriksaan di dalam poket seluar lelaki itu membawa kepada penemuan 17 biji pil dipercayai dadah jenis methamphetamine.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui dua guni daun ketum seberat 20 kilogram dan 40 bungkus air ketum di ruang tamu rumah suspek,” katanya.

Kamaruddin berkata, kedua-dua mereka ditahan untuk disiasat dan saringan air kencing mendapati silelaki turut positif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1)  akta yang sama dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Sementara dalam kes berasingan, seorang pemuda 21 tahun yang cuba melarikan diri dengan sebuah kereta Proton ditahan di tepi jalan dekat Kampung Padang Luas, Jertih jam 11.30 malam kelmarin.
Pemuda yang beralamat di Kampung Air Jertun itu ditahan sepasukan polis dari Balai  Polis Jertih.

"Polis menemui 15 biji dipercayai pil kuda di dalam kotak rokok.
“Dia didapati positif dadah selepas saringan air kencing dijalankan,” katanya.
RM200 sebulan sara tujuh anak
Wartawan Sinar Harian
10 Januari 2013
RM200 sebulan sara tujuh anak
Daud sebak ketika menerima lawatan Abdul Rahman (kiri) dan Zaidi (dua, kanan) serta Mohd Shamsir (kanan) ke rumahnya di Kampung Machang Lada, Bukit Payung.
MARANG –  Walaupun pendapatan bulanan keluarga hanya RM200 sebulan, namun ibu tujuh anak, Faridah Arifin, 45, tetap bersyukur sebab penderitaan mereka sentiasa diberi perhatian.

Menurut Faridah, suaminya, Daud Salleh, 45, diserang strok setahun lalu dan tugas menjaga keluarga itu terletak di bahunya, tetapi dia tidak mampu bekerja kuat kerana turut mengalami masalah kesihatan serta menghidap ketumbuhan dalam tekak.

Kerana faktor itu dan kesukaran Faridah untuk membahagikan masa menjaga suami dan tujuh anak membuatkan dia terpaksa memilih untuk bekerja di rumah dengan membuat kuih secara kecil-kecilan bagi menanggung keperluan keluarga itu.

“Ada kalanya anak tidak bawa duit belanja ke sekolah dan ada kalanya kami terpaksa berlapar kerana tiada wang kerana pendapatan menjual kuih hanya sekitar RM50 seminggu,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Faridah berkata demikian selepas menerima kunjungan Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar dan Pegawai Pembangunan Dun Bukit Payung, Zaidi Muda sempena program ziarah pesakit kronik di Dun berkenaan.

Hadir sama, Pegawai Pejabat Belia dan Sukan daerah, Mohd Shamsir Mohd.

Paling menyentuh hati rombongan tersebut ialah rumah didiami keluarga itu juga tidak mempunyai bilik tidur selain keluarga itu terpaksa menggunakan kemudahan tidak bersih.

Akibat rumah yang sempit itu juga, memaksa anak keluarga terbabit tidur bersama-sama di ruang tamu manakala ketua keluarga itu, Daud yang dahulunya seorang penjual ikan terpaksa tidur di satu sudut di dalam rumah berkenaan.

Faridah berkata, kesusahan keluarga mereka itu bagaimanapun mendapat perhatian dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) apabila suaminya menerima bantuan bulanan sebanyak RM450 sebulan kerana tidak mampu bekerja setahun lalu. 

Menurutnya, program ziarah pesakit kronik itu juga ternyata melegakan keluarganya yang memerlukan pembelaan daripada pemimpin kerajaan malah berterima kasih kerana sudi melawat dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga mereka.

Sementara itu, mengenai program tersebut, ia bukan sahaja bertujuan meninjau kehidupan pesakit dan bertemu masyarakat, malah pemimpin terbabit menyusuri kampung di Dun Bukit Payung untuk meninjau keperluan prasarana.

Dalam pada itu, Abdul Rahman yang diiringi Zaidi Muda serta Mohd Shamsir amat berharap agar semua pesakit termasuk ahli keluarga mereka lebih cakna dengan melaporkan keperluan mereka dengan segera kepada agensi berkaitan untuk tindakan.

“Malah kita juga akan meneruskan program seperti ini kerana orang sakit tidak dapat hadir ke mana-mana majlis untuk berjumpa orang ramai kerana pergerakan terbatas. Jadi kita yang perlu turun padang agar mereka tidak tersisih,” katanya.
Rogol: 2 pemuda di jel 20 tahun, 2 sebatan
Wartawan Sinar Harian
9 Januari 2013
Rogol: 2 pemuda di jel 20 tahun, 2 sebatan
Tertuduh keluar daripada mahkamah setelah dijatuhkan hukuman merogol gadis bawah umur, dekat sini, semalam.
KUANTAN – “Kamu berdua sudah cukup dewasa untuk menilai akibat daripada perbuatan ini tetapi masih sanggup melakukannya.

“Hukuman setimpal wajar dikenakan kepada kamu berdua sebagai satu pengajaran supaya tidak mengulangi perbuatan terkutuk ini,” kata Hakim Noradidah Ahmad terhadap Mohd Tarmizan Shamsudin,20 dan Muhammad Fadli Abduallah, 20, selepas kedua-duanya mengaku bersalah dalam Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas tuduhan berasingan merogol gadis bawah umur.

Noradidah dalam keputusannya memerintahkan tertuduh yang masing-masing berdepan dua tuduhan merogol dihukum penjara 10 tahun dan dua sebatan bagi setiap tuduhan  bermula dari tarikh mereka ditangkap bagaimana pun hukuman penjara itu berjalan serentak.

Mohd Tarmizan dari Jaya Gading dekat sini berdepan dua tuduhan merogol gadis berusia 14 tahun dalam dua kejadian berasingan  antara jam 9 pagi hingga 1.30 petang di sini, 27 Ogos tahun lalu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai juruteknik pendingin hawa didakwa  menjemput mangsa untuk bersiar-siar di Bandar Kuantan sebelum membawa gadis itu ke rumahnya di Jaya Gading.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, tertuduh didakwa merogol gadis tersebut sebelum membawa mangsa ke Pantai Sepat  dekat sini dan mengulangi perbuatan itu dalam sebuah tandas kosong kira-kira jam 1.30 petang hari yang sama.

Susulan kejadian, satu laporan polis dibuat keluarga mangsa sehingga membawa kepada penahanannya kira-kira jam 10 pagi hari berikutnya.

Sementara itu, Muhammad Fadli Abduallah berasal dari Kampung Meragih Mukim Penyor, Pekan juga didakwa atas dua tuduhan merogol gadis bawah umur yang baru berusia berusia 12 tahun 6 bulan ketika kejadian.

Tertuduh yang bekerja sebagai buruh ladang didakwa merogol mangsa sebanyak dua kali dalam sebuah rumah di Felda Chini 5 Pekan antara jam 2 pagi hingga 1 tengah hari 12 Julai lalu sebelum dia berjaya ditahan polis lima hari kemudian.

Bagi perbuatan mereka itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan.

Peguam mereka, Zaharman Zainal Abidin sebelum itu dalam rayuannya memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman yang lebih ringan memandangkan ketika kejadian anak guamnya masih muda dan perbuatan itu berlaku atas dasar suka sama suka.

Menurutnya, kedua-dua tertuduh juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan mereka juga sudah insaf atas ketelanjuran itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Hidayatul Syuhada Shamsudin bagaimana pun memohon kepada mahkamah supaya menjatuhkan hukuman setimpal terhadap kedua-dua tertuduh sebagai satu pengajaran bukan sahaja kepada mereka tetapi kepada masyarakat keseluruhannya.

Mengambil kira pertimbangan sewajarnya termasuk faktor kepentingan awam, Noradidah menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 4 sebatan terhadap kedua-dua tertuduh bagaimana pun mereka bernasib baik apabila hanya melalui  hukuman 10 tahun penjara kerana hukuman itu berjalan serentak.
Belasah untuk reda suami isteri kelahi
Wartawan Sinar Harian
9 Januari 2013
KUALA TERENGGANU - Berang tegurannya agar berhenti berkelahi tidak diendahkan oleh sepasang suami isteri yang juga merangkap jirannya, seorang lelaki ‘naik hantu’ apabila nekad membelasah ‘si suami’, dalam satu kejadian di Kampung Gelugor Kedai, Chabang Tiga, di sini, malam Ahad lalu.

Bagaimanapun, suspek berusia 30 tahun dan beralamat dari Kampung Gelugor Kedai, Chabang Tiga, di sini, ditangkap polis di kediamannya, malam kelmarin, susulan laporan dibuat oleh mangsa beberapa jam selepas kejadian.

Menurut sumber, kejadian berlaku apabila suspek cuba masuk campur untuk meleraikan pergaduhan pasangan suami isteri yang ketika itu agak tegang.

“Suspek pada awalnya cuba menegur secara baik kepada pasangan suami isteri berkenaan yang sedang bergaduh di hadapan rumah kerana menganggap perbuatan mereka akan memalukan seluruh kampung.

“Namun, mangsa yang tidak suka suspek masuk campur urusan rumah tangganya cuba bertindak kasar mengacah akan melanggar suspek dengan kereta dipandunya,” katanya.

Katanya, tindakan mangsa itu menyebabkan suspek naik angin sebelum bertindak membelasah mangsa menggunakan tangannya dan turut dipercayai suspek telah merosakkan kereta mangsa dengan memecahkan cermin kereta.

Mangsa yang tidak berpuas hati dengan perbuatan suspek itu telah mengambil keputusan membuat laporan polis beberapa jam kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian dan tangkapan suspek.

Katanya, suspek kini direman selama empat hari bermula semalam untuk disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.

Bagi kesalahan itu, suspek boleh dipenjarakan sehingga setahun atau denda hingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Sepasang suami isteri dibelasah angkara dendam
Rubiah Omar
20 September 2012
Sepasang suami isteri dibelasah angkara dendam
Kedua-dua sahabat ini mengaku membelasah sepasang suami isteri di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU- Angkara dendam lama, seorang penganggur nekad menjejaki semula ‘musuh’nya itu yang juga pasangan suami isteri bagi melangsaikan dendam yang terpendam sebelum ini.

Dendam yang dipercayai berpunca daripada masalah peribadi telah menyebabkan lelaki itu nekad memanggil ‘ahli kumpulannya’ membelasah pasangan terbabit sehingga mendatangkan kecederaan dalam satu kejadian di Jalan Cempaka 2, Perpindahan Tok Adis, Kuala Ibai, di sini, 10 Ogos lalu.

Bagaimanapun, perbuatan tidak berperikemanusiaan penganggur itu, Mohd Azhar Yaacob, 26, dari Lot Perpindahan Tok Adis, Kuala Ibai, di sini, menerima pembalasan apabila dijatuhkan hukuman denda RM2,400 oleh Mahkamah  Majistret di sini, semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Azhar mengaku salah atas dua pertuduhan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa, Hazwan Hashim, 27, dan isterinya Nurul Hamimi Ibrahim, 24.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai setahun atau denda boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan itu pada jam 6.30 petang.

Manakala seorang rakannya yang bekerja sebagai penjual ikan, Muhammad Amirudin Abd Wahab, 20, dari Kampung Telok Tok Adis, Kuala Ibai, di sini, turut menerima nasib sama dengan dikenakan denda RM1,200 selepas mengaku salah membelasah mangsa, bapa kepada seorang anak itu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala keduadua mereka tidak diwakili peguam. Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, mangsa bersama isteri dan seorang anak mereka  berada di dalam kereta Proton Satria sebelum secara tiba-tiba didatangi Mohd Azhar yang menaiki sebuah kereta Proton Viva.

Mohd Azhar telah merampas kunci kereta mangsa sebelum mengarahkan pasangan itu keluar dari kereta namun kedegilan pasangan itu menyebabkan Mohd Azhar naik angin lalu menerajang badan sebelah kiri mangsa menggunakan  kaki kanannya.

Isteri mangsa yang melihat kejadian itu cuba memarahi perbuatan Mohd Azhar dengan bertanyakan kenapa memukul suaminya, namun dia turut ditumbuk.

Mangsa yang tidak puas hati cuba menghalang Mohd Azhar yang seperti ‘dirasuk’ itu, bagaimanapun tanpa disedari secara tiba-tiba rakannya, Muhammad Amirudin datang dengan membawa bersama gergaji pokok dan mahu  memukul mangsa tetapi tidak sempat kerana dihalang oleh abang kepada rakan mangsa.

Disebabkan situasi yang agak tegang, mangsa terpaksa mengambil penyodok pasir yang secara kebetulan ada di lokasi kejadian bagi menakutnakutkan sebelum kesemua mereka beredar dari lokasi terbabit.

Berikutan kejadian itu, mangsa dan isteri mengalami kecederaan di bahagian kepala, badan, belakang badan dan luka di siku sebelah kanan.
Awas pekerja TNB menyamar
FARAH SHAZWANI ALI
9 Januari 2013
Ir Md Yuslan Md Yusof
Ir Md Yuslan Md Yusof
KUALA TERENGGANU- Awas penipu! Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati apabila berurusan dengan individu yang tidak dikenali, kerana ada yang sanggup menyamar sebagai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) semata-mata bagi tujuan menipu.

Lebih licik, individu tidak bertanggungjawab itu sanggup menipu hanya kerana ingin mencuri elektrik atau membuat sambungan pendawaian elektrik haram dan ada pula yang mencuri tembaga pada meter.

Pengurus Besar TNB negeri, Ir Md Yuslan Md Yusof berkata, walaupun kes tersebut terpencil, pengguna perlu lebih berhati-hati kerana kes tersebut ada dilaporkan berlaku di negeri ini.

“Sebenarnya orang seperti ini banyak taktik. Kes sebegini banyak berlaku di Selatan, yang mana mereka menyamar menjadi anggota kerja TNB.

“Jadi saya nasihatkan orang ramai agar pastikan jika mereka curiga, minta individu terlibat menunjukkan kad kuasa dan memakai baju atau vest berlogo TNB. Kita perlu sentiasa beringat kerana tidak mahu perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sesi Dialog Persatuan Kontraktor Elektrik Melayu Terengganu (Perkent) Bersama TNB Terengganu di Hotel Tanjong Vista di sini, kelmarin.

Sementara itu, Md Yuslan berkata, masalah kecurian kabel milik TNB masih lagi terkawal dan kecil berbanding negeri di pantai Barat.

Menurutnya, TNB mempunyai unit keselamatannya sendiri yang dinamakan Unit Perkhidmatan Keselamatan (UPK) bagi memantau pemasangan dan kes kecurian kabel di setiap daerah bagi membendung masalah itu.

“Mereka yang tertangkap akan didakwa di mahkamah. Cuma pada masa sama, saya harapkan orang ramai bekerjasama dengan kita untuk membanteras kejadian ini daripada berlaku di kawasan masing-masing,” katanya.
Polis tahan suspek kes bunuh peniaga di Temerloh

17 September 2012
TEMERLOH -  Polis menahan seorang daripada tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang peniaga di Kampung Baru Simpang Songsang di Temerloh tengah malam, semalam.
 
Suspek, 40, yang merupakan bekas pekerja mangsa dan dipercayai seorang penagih dadah serta sudah berkahwin, ditahan sepasukan anggota polis di rumahnya di Kuala Krau pada kira-kira 12.30 malam.
 
Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh Superintenden Zundin Mahmod berkata suspek sebelum ini dikatakan pernah berselisih faham dan bertengkar dengan mangsa, Abdul Talib Yadin, 56.
 
"Lelaki terbabit ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Dalam pada itu, beliau berkata isteri mangsa, Siti Rohani Salleh, 48, masih menerima ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

"Siti Rohani mendakwa dapat mengecam wajah suspek yang terlibat, dan polis juga akan membuat pengawasan terhadapnya bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya.
 
Pasangan suami isteri itu disamun tiga penjenayah ketika dalam perjalanan pulang selepas berniaga kira-kira 2.30 pagi pada 14 Sept lepas.
 
Dalam kejadian itu, Abu Talib meninggal dunia di tempat kejadian selepas diserang dan ditikam dengan senjata tajam.
 
Siti Rohani pula cedera parah di bahagian kiri dan rusuk kanan akibat ditikam tiga kali, namun berjaya melarikan diri. - Bernama
Pencuri dibelasah penduduk
SYAIRI SHAARI
10 Januari 2013
Pencuri dibelasah penduduk
Rao (kanan) menunjukkan keretanya yang cuba dicuri di Flat 700, baru-baru ini.
PANDAN PERDANA - Gara-gara mengumpil pintu sebuah kereta, seorang lelaki dibelasah penduduk apabila dipercayai cuba mencuri sebuah kereta kira-kira jam 7 pagi, di Flat 700, di sini, baru-baru ini.
Pemilik kereta berkenaan, Peter Rao, 20, berkata, dia dimaklumkan penduduk kehadiran seorang lelaki mencurigakan sedang membuka pintu keretanya.

"Saya bergegas turun lalu bertanya kepada suspek dan dimaklumkan bahawa bateri kereta itu lemah sedangkan kenderaan terbabit milik saya.

“Saya tidak berpuas hati dengan jawapan itu dan bertindak menghubungi abang.

“Namun, ketika lelaki terbabit cuba melarikan diri, penduduk menahan dan memukul dia kerana tidak berpuas hati dengan penipuannya” katanya yang baru membeli kereta tersebut enam bulan lalu dari abang iparnya.

Sementara itu, abang Rao, Ray Kumar, 28,  berkata, lelaki itu memberi alasan mengatakan keretanya dicuri kemudian ditukar cat.

"Suspek memberitahu saya,  seorang kawan tinggal di tingkat enam flat ini yang memaklumkan keretanya yang hilang dijumpai dalam kawasan itu," katanya.

Saksi kejadian, Md Azmi berkata, dia menyedari seorang lelaki berbaju hitam berlegar-legar sekitar flat pada awal pagi berkenaan.
Menurutnya, dia pada mula tidak mengendahkan lelaki itu tetapi akhirnya menerima panggilan penduduk mengatakan kehadiran individu mencurigakan cuba mencuri sebuah kereta.
“Telahan saya tepat apabila lelaki yang saya nampak sebelum itu adalah orang yang sama merayau di flat ini,” katanya.

Lelaki itu yang dipukul penduduk yang tidak berpuas hati kemudiannya diserahkan kepada polis untuk disoal siasat.

Sinar Harian difahamkan lelaki berusia 49 tahun itu tinggal di Seremban berdasarkan alamat di dokumen pengenalannya.


Lari tak tahan deraan seksual suami
Wartawan Sinar Harian
10 Januari 2013
Lari tak tahan deraan seksual suami
Jenice (kiri) bertanya sesuatu kepada tiga beranak berkenaan di Pejabat Dun Teratai, kelmarin.
AMPANG - “Saya lihat depan mata ayah memaksa emak melakukan seks dan emak akan dipukul kalau enggan berbuat demikian,” luah kanak-kanak lelaki yang berusia 11 tahun, menceritakan penderitaan ibunya.

Dia berkata, lelaki itu akan menghentak kepala serta memukul ibunya setiap kali wanita itu enggan mengadakan hubungan seks.

Menurutnya, dia tidak mahu tinggal lagi bersama lelaki itu kerana bimbang akan menjadi mangsa rogol satu masa nanti.

“Sekarang saya, emak dan adik menumpang di rumah saudara kerana mahu mengelak penderaan dilakukan ayah,” katanya ketika di Pejabat Dun Teratai bersama keluarganya bagi mendapatkan bantuan dan perlindungan, di sini, kelmarin.

Sementara itu, ibu mangsa, yang berusia 39 tahun  memohon pihak bertanggungjawab mengambil perhatian mengenai perkara ini seterusnya menyelamatkan dia daripada keganasan suaminya.

Menurutnya, dia menjadi mangsa lelaki itu sejak 2003 dan akan didera sekiranya permintaan tidak dipenuhi.

“Suami akan mengeluarkan senjata tajam mengugut akan mencederakan anak-anak jika dia tidak dilayan.

“Disebabkan tiada pilihan saya terpaksa memenuhi kehendaknya setiap hari walaupun depan anak,” katanya.

Dia berkahwin dengan lelaki itu sekitar 2000 ketika  melancong ke Malaysia dan dikurniakan dua anak sepanjang perkahwinan mereka.

Sementara itu, Adun Teratai, Jenice Lee Ying Ha yang membantu mangsa membuat laporan berkata, akan mendapatkan perlindungan bagi membela nasib mereka.

“Selain bimbang dengan persekolahan anak mangsa, saya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan mereka terjamin daripada diganggu lelaki itu,” katanya.

Jenice turut menasihati mangsa penderaan rumahtangga lain tampil membuat laporan.
Datin dedah anak dalam jagaan suami amal cara hidup bertentangan Islam
AMRAN ALI
10 Januari 2013
Datin dedah anak dalam jagaan suami amal cara hidup bertentangan Islam
Fatimah (kanan) ketika mengadukan masalah dihadapi kepada Pengarah Pembela BN, Amir Hamzah Aziz, semalam
AYER KEROH - Seorang wanita yang berstatus Datin mengharapkan bantuan pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mengembalikan anak lelakinya yang kini tinggal bersama suami di Pahang.

Ini kerana, wanita berusia 38 tahun itu bimbang akidah anak berusia 9 tahun terpesong selepas tinggal bersama suaminya, seorang mualaf yang kini tidak mengamalkan hidup cara Islam.
Difahamkan, selain anaknya itu, terdapat lagi seorang anak lelaki berusia 11 tahun yang turut tinggal bersama suaminya selepas dia tidak lagi tinggal bersama sejak 2006 dan kini sedang dalam proses penceraian.
Menurut wanita terbabit yang dikenali sebagai Fatimah (bukan nama sebenar), dia mendirikan rumah tangga dengan suaminya seorang berpangkat Datuk pada 2000.
“Saya telah melalui pelbagai penderitaan sejak berkahwin. Saya dipukul dan pernah diberi dadah oleh suami saya. Paling teruk sekali suami pernah acu untuk dera dengan seterika panas. Malah sepanjang bersamanya, dia tidak mengamalkan cara hidup Islam.

“Pada 2006 saya mengambil keputusan untuk bercerai dengannya, namun kini masih dalam proses penceraian," katanya yang mengajukan masalah dihadapinya kepada pejabat Pembela Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN), di sini semalam.

Fatimah berkata, pada mulanya, anaknya keduanya itu tinggal bersamanya setelah mendapat perintah interim dari mahkamah dan dia bertekad untuk mendapatkan hak penjagaan anak secara mutlak supaya akidah anaknya dapat diselamatkan.

Dia turut mendakwa mempunyai bukti kukuh bahawa anak yang dipelihara suaminya itu tidak mengamalkan cara hidup Islam, tidak menunaikan solat dan merayakan sambutan agama lain yang bertentangan dengan Islam, selain minum minuman keras.
“Paling saya bimbang apabila pernah dengar anak mengaku dia bukan orang Islam yang mungkin didorong oleh cara hidup agama lain sejak sekian lama.
“Saya harap proses penceraian ini dapat dijalankan segera dan mahu hak penjagaan anak secara mutlak,” katanya yang menyifatkan Pembela BN sebagai ikhtiarnya yang terakhir.
Pokok kelapa lima dahan
Wartawan Sinar Harian
10 Januari 2013
Pokok kelapa lima dahan
Maamin menunjukkan pokok kelapa yang mempunyai lima dahan.
PORT DICKSON – Sesiapa yang melalui jalan Seremban Port Dickson di Batu 1 Jalan Pantai pasti akan menyedari deretan pokok kelapa yang ditanam bersebelahan dengan Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Namun, di antara deretan pokok kelapa itu, terdapat sebatang pokok kelapa yang mempunyai lima cabang dahan.

Nelayan, Maamin Judin, 71, berkata, dia yang sering berulang alik menggunakan laluan Port Dickson-Seremban dari rumahnya ke pengkalan nelayan di Batu 1 menyedari kelainan pada pokok berkenaan.

“Pokok kelapa ini memang lain daripada yang lain, namun diakui ia bukanlah sesuatu yang mustahil.

“Ini adalah kali pertama saya melihat pokok kelapa yang mempunyai cabang dahannya di mana kebiasaannya pokok kelapa tidak mempunyai dahan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Maamin berkata, semua lima cabang pokok kelapa ini mengeluarkan buah sama seperti pokok kelapa yang ditanam di situ.

“Ketinggian pokok kelapa ini juga tidak jauh beza pokok kelapa lain dan mungkin usia pokok kelapa ini sekitar lima hingga tujuh tahun,” katanya.
Bayi ditinggal atas tembok masjid

11 Januari 2013
BUKIT MERTAJAM - Seorang bayi perempuan yang dimasukkan ke dalam kotak ditemui ditinggalkan di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh awal pagi semalam.
 
Bayi itu yang ditinggalkan di atas tembok masjid ditemui Siak masjid kira-kira 5.20 pagi.
 
Md Desa Chik, 66, berkata, beliau menemui kotak berkenaan ketika sedang menyapu lantai berhampiran tempat mengambil wuduk.
 
"Saya nampak satu kotak bertutup dan menyangka ia berisi kain seperti yang selalu diletakkan di situ untuk bersihkan masjid.
 
"Saya terus membuka kotak itu dan sebaik dibuka, saya nampak seorang bayi perempuan yang dibalut dengan kain batik, yang masih bergerak-gerak," katanya.
 
Katanya, beliau lalu memanggil rakannya yang berada dalam masjid untuk menghubungi pihak polis.
 
Sepasukan anggota polis kemudiannya datang mengambil bayi berkenaan yang difahamkan untuk dibawa ke Hospital Seberang Jaya, katanya.
   
Md Desa berkata beliau percaya bayi itu ditinggalkan lebih awal sebelum beliau tiba di masjid.
   
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Azman Abd Lah mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya agar menghubungi polis. - Bernama
Pekerja kontrak diserang guna parang, jari hampir putus
Wartawan Sinar Harian
9 Januari 2013
REMBAU – Seorang lelaki yang juga pekerja kontrak di Ladang Perhentian Tinggi, di sini, berdepan saat-saat getir dalam hidupnya apabila dia diserang menggunakan parang dan topi keledar.

Keadaan itu menyebabkan jari kanan warga Pakistan itu, Javed, 20 an hampir putus, selain cedera di lengan kanan dan bengkak di bahagian kepala akibat dihentak menggunakan topi keledar.

Kejadian berlaku apabila  penyelia Javed, seorang wanita berusia 47 tahun datang ke rumahnya menghantar barangan makanan untuk empat pekerjanya, kira-kira jam 8.30 malam.
Mereka kemudiannya didatangi dua lelaki yang tidak berpuas hati dengan penyelia berkenaan yang dikatakan memandu secara laju di kawasan ladang.

Jurucakap polis berkata,   pada mula hanya pertengkaran mulut sahaja yang berlaku  antara mangsa dan lelaki berkenaan.

Namun, selepas beberapa minit  beredar, dua lelaki berkenaan datang semula bersama dua lagi rakan yang menaiki motosikal.

“Mereka datang dan terus menyerang mangsa menggunakan parang, topi keledar sehingga mengalami kecederaan.

“Malah, suspek juga memecahkan cermin kereta mangsa dan terus beredar.  Susulan kejadian berkenaan, pengawal ladang menghubungi pihak polis dan mangsa yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes berkenaan masih lagi dalam siasatan polis.
“Kita kini sedang menggiatkan usaha bagi menangkap suspek dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.  Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, " katanya.
Jumpa mayat dalam sungai
NORRIZAH BAHARUDDIN
9 Januari 2013
Jumpa mayat dalam sungai
Lokasi di mana mayat Karnaheran ditemui dekat sebuah kolam pembiakan katak di Alor Gajah.
ALOR GAJAH  - Misteri kehilangan seorang penjaga kebun buah-buahan sejak empat hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam  anak sungai berdekatan sebuah kolam pembiakan katak di Simpang Gading, Durian Tunggal, di sini, petang kelmarin.

Mayat M Karnaheran, 36, ditemui pemilik kolam terbabit selepas terhidu bau busuk ketika memberi makan ternakannya sebelum melihat mayat mangsa yang tersangkut pada perangkap sampah.

Jurucakap polis berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian, namun baju kemeja yang dipakai sudah terbuka dan terdapat kecederaan pada bahagian kepala serta badan, dipercayai dicarik binatang.

Menurutnya, mangsa dipercayai tergelincir ke dalam sungai bersama motosikal Yamaha 100 yang ditunggangnya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis bekerja di sebuah kebun berdekatan lokasi mayatnya ditemui.

“Motosikal mangsa turut ditemui dalam sungai berkenaan pada jarak kira-kira 100 meter dari mayatnya,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, K Mathavan, 55, berkata, kehilangan anak sulung daripada dari lapan beradik itu disedari pada malam Jumaat lalu apabila dia tidak pulang ke rumah sejurus tamat waktu kerja kira-kira jam 6 petang seperti kebiasaan.

“Setiap hari, anak saya habis kerja pada jam 6 petang dan akan pulang ke rumah kira-kira jam 7 petang, namun Jumaat lalu kelibatnya langsung tidak kelihatan,” katanya yang tinggal di Kampung Simpang Gading, Durian Tunggal, di sini.

Menurutnya, selepas menyedari anaknya tidak pulang ke rumah, dia bersama anaknya yang lain keluar mencari Karnaheran di sekitar pekan Durian Tunggal dan beberapa lokasi lain, namun tidak menemuinya.

Katanya, beberapa bulan sebelum kejadian, dia menyedari perubahan sikap anaknya itu yang bertindak mengoyakkan semua gambarnya yang disimpan dalam rumah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan penemuan mayat mangsa yang dipercayai sudah terbiar sejak empat hari lalu.

Menurutnya, mangsa dipercayai tergelincir ketika menunggang motosikal berdekatan sungai itu sebelum dihanyutkan  air deras dan tersangkut pada batu perangkap sampah dalam keadaan terlentang.

“Terdapat kesukaran ketika melakukan operasi mengangkat mayat mangsa yang sudah bengkak dan lebam berikutan air sungai deras ditambah dengan keadaan hampir gelap.

“Namun dengan bantuan lampu limpah daripada jentera Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, polis bersama orang awam mengangkat mayat  mangsa dengan berhati-hati berikutan keadaan mayatnya yang semakin reput,” katanya.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

BINTANG MEMANG TAK BERAKAL...MANUSIA PUN ADA TAK BERAKAL ATAU KURANG AKAL...SEBAB TERASA TERLALU BANYAK AKAL DAN BERILMU

pix_topright

Dosa 'jahil' 15 tahun

Oleh Sharifah Norfaezah Wan Ahmad Makki Mashor dan Mohd Hafizee Mohd Arop
Kuala Lumpur: Selepas lebih 15 tahun, baru dua beradik perempuan menyedari tindakan ibu memakaikan mereka susuk sejak berusia belasan tahun bagi mengekalkan kecantikan dan memikat sesiapa memandang, adalah perbuatan syirik dan bertentangan ajaran Islam.
Hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 30, wanita berdarah kacukan Melayu dan Cina itu berkata, dia dan kakaknya, Lorina, 35, mendapat kesedaran selepas dimaklumkan rakan dan bersyukur kerana selepas berkahwin, suami membantu mereka membuang amalan itu.
Menurut Lisa, amalan memakai susuk ibarat tradisi dalam keluarga dan kekurangan pengetahuan dalam agama menyebabkan mereka menganggap ia perkara biasa serta tidak menyalahi syariat Islam.

“Ibu beragama Islam dan ayah pula saudara baru memeluk Islam kerana mahu berkahwin dengan ibu. Jadi pengetahuan kami dalam Islam memang amat terbatas.
FotoDUA beradik menceritakan pengalaman memakai susuk.

“Selain saya dan kakak, ibu, empat sepupu, tiga ibu saudara dan nenek kami turut memakai susuk. Ia bagai amalan tradisi dalam keluarga dan saya serta kakak dibawa ibu berjumpa seorang bomoh untuk memasukkan susuk sebaik saja kami akil baligh,” katanya.


‘Belum mati sudah sengsara’

“Belum mati lagi sudah sengsara, apatah lagi selepas mati. Itulah akibat diterima sesiapa yang memakai susuk,” kata Pengamal Perubatan Islam, Pusat Rawatan Pakar dan Terapi al-Quran Darul Hikmah Abdul Malek Ladzim al-Azhari.
Menurutnya, Islam melarang umatnya memakai susuk kerana amalan itu menyebabkan pengamalnya mempercayai jin atau makhluk lain selain Allah dan perbuatan menduakan Allah adalah syirik serta berdosa besar. Abdul Malek berkata, pemakai susuk bukan saja berdepan situasi paling menyeksakan kerana terpaksa melalui pelbagai prosedur menyakitkan ketika memasukkan susuk, tetapi perlu mematuhi proses pantang larang.

“Apabila si pemakai sudah membuat perjanjian dengan jin, pantang larang pula bergantung kepada pengamal perubatan. Ada yang tidak boleh melangkah telur, tidak boleh terkena air hujan yang jatuh dari atap rumbia dan sebagainya.
“Bagi mendapatkan kesan yang cepat dan baik, lebih dari seekor jin dimasukkan ke dalam anggota si pemakai,” katanya ketika dihubungi mengulas mengenai pemakaian susuk.

Menurutnya, jin yang digunakan untuk menyerap ke dalam tubuh sebagai ‘pendinding diri’ akan mengganggu hidup pengamalnya sekiranya tidak melayan kehendak serta amalan pelik diperturunkan sejak sekian lama.

 pix_topright

Joe Mafia tersungkur

Oleh Fuad Hadinata Yaacob, Zulfa Mohamad dan Azma Razana Johari
Bukit Mertajam: Selepas empat hari diburu, perancang kejadian tujuh penjenayah yang meloloskan diri daripada kawalan polis pada Isnin lalu, Mohd Fairuz Adam, 31, atau Joe Mafia dan rakannya, Mohd Noor Mohd Mustafa, 28, atau Boy, maut ditembak polis di Padang Ibu, dekat sini, selepas diekori lebih tiga kilometer, semalam.
Walaupun berjaya melepasi sempadan Daerah Seberang Prai Utara (SPU) yang menjadi tumpuan operasi dan memasuki Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), sekatan polis menyebabkan suspek tidak dapat keluar dari Pulau Pinang.
Kira-kira jam 12.30 tengah hari, kelibat suspek dan rakannya dikesan menaiki Proton Perdana dipercayai dicuri dekat Kubang Semang sebelum diekori sebuah kereta dinaiki anggota polis dari pasukan khas yang ditubuhkan bagi memburu suspek dan rakannya.

Menyedari diekori polis, suspek menghimpit kenderaan pasukan keselamatan berkenaan sebelum memecut ke arah Padang Ibu.
FotoANGGOTA polis, RELA dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengadakan sekatan jalan raya di Tol Butterworth-Kulim (BKE).

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata polis mengejar kereta suspek hingga Padang Ibu sebelum kereta suspek terbabas ketika memasuki laluan bersebelahan tali air.


Cucuh rokok, ikat kaki

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Raja Noraina Raja Rahim, Muhaamad Hafis Nawawi dan Siti Na'imah Mohamed
Kuala Lumpur: Tiga kes penderaan membabitkan seorang bayi dan tiga kanak-kanak berusia enam bulan hingga dua tahun dilaporkan berlaku di tiga lokasi berasingan, kelmarin.
Dua kes dilaporkan berlaku di Selangor iaitu Puchong dan Gombak manakala satu lagi kes di Kepong, di sini.
Bagi kes pertama, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun didera teman lelaki ibunya di Desa Jaya, Gombak, jam 10 malam kelmarin.

Teman lelaki ibunya yang berusia lewat 20-an dikatakan mencucuh puntung rokok di kedua-dua tangan mangsa manakala kakinya diikat sejak seminggu lalu.
FotoMANGSA mengalami kecederaan serta kesan lebam di muka dan kaki.

Ibu mangsa berusia 27 tahun yang tidak tahan melihat anaknya diperlakukan seperti haiwan menghubungi rakannya yang juga ibu angkat kepada anaknya bagi mendapatkan pertolongan sebelum mendapat rawatan di Hospital Selayang.


Farid nafi Diana ditahan

Oleh Elrafaei Sapi
Kuala Lumpur: “Perkara itu tidak benar dan isteri saya masih berada di sana kerana meneruskan pengajiannya,” kata pelakon terkenal, Farid Kamil mengenai desas-desus isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle Danny Beeson ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia kerana faktor kandungan melebihi bulan yang dibenarkan untuk menaiki pesawat.
Farid berkata, dia hanya kembali seorang diri ke sini kerana komitmen terhadap kerja lakonan. Sebelum itu, mereka meluangkan masa berbulan madu selama dua minggu di sana sebelum Farid kembali ke tanah air sejak seminggu lalu.

“Dia (Diana) sebenarnya mempunyai temu duga melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Asas Kesenian dan Rekaan di University of Sydney selama empat tahun di sana,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, Diana yang mengandung dua bulan perlu terus tinggal di sana kerana menantikan keputusan temu duga dan akan pulang ke sini selepas segala urusan pendaftaran pelajar selesai.

Farid yang ketika ini sibuk di lokasi penggambaran filem Bencinta terbitan Metrowealth Pictures di Pulau Langkawi menyatakan, keadaan isterinya di Sydney selamat dan tinggal buat sementara waktu bersama pelajar Malaysia di sana.

“Saya mempunyai penggambaran untuk dua filem baru ketika ini termasuk satu filem aksi arahan saya sendiri. Berkemungkinan saya akan bertemu dengannya semula pada penghujung bulan ini,” katanya.
FotoFARID mahu ambil tindakan undang-undang.
Farid bersama Diana yang melangsungkan perkahwinan pada 3 November lalu mencetuskan kontroversi pada majlis persandingan berlangsung pada 1 Disember di Taman Ekuestrian Putrajaya, Presint 5, Putrajaya apabila Farid mengenakan pakaian seragam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tetamu hadir pada malam itu turut dipertontonkan dengan persembahan lapan ekor kuda daripada Unit Berkuda PDRM.
Katanya, kontroversi yang berlaku pada majlis persandingannya itu berpunca daripada tindakan seorang penulis blog yang memutar belit fakta bertujuan memalukannya.

“Konsep pakaian yang saya tampilkan pada malam itu ada adalah suatu yang istimewa mengikut kehendak saya. Pakaian seragam itu direka sendiri, jadi tidak perlu meminta surat kebenaran sesiapa,” katanya.

Farid berkata, pakaian seragamnya itu tidak mewakili mana-mana pasukan beruniform. Malah, kontroversi itu sudah diselesaikan dan tiada apa-apa tindakan diambil dari PDRM mahupun Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Buat masa sekarang, pihak pengurusan saya iaitu Metrowealth International Group (MIG) sedang meneliti apa yang ditulis menerusi blog dan media. Jika perlu, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka,” katanya.

Katanya, tindakan akan diambil kerana faktor memalukan dirinya, memutar belit fakta sebenar, memburukkan hubungannya bersama ATM dan PDRM serta bertindak menjatuhkan hukuman padanya sebelum dibawa bincang.

“PDRM sebenarnya sudah memberi lampu hijau untuk saya memakai pakaian seragam pada malam itu. PDRM mahupun ATM tidak mengambil apa-apa tindakan cuma saya menunggu keputusan MIG untuk membersihkan nama saya,” katanya.


Dibaham anjing pak cik

Oleh Salman Hamat dan Mohd Nur Hafidz Nordin
Johor Bahru: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera selepas leher dan mukanya digigit anjing dipercayai jenis Rottweiler peliharaan bapa saudaranya di rumah lelaki berkenaan di Taman Kulai Utama, Kulaijaya, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa, Chok Thuan Seng sebelum itu berada di tadika dikatakan mahu pulang ke rumah bapa saudaranya yang terletak kira-kira 30 meter dari tadika berkenaan sebelum anjing terbabit meluru ke arahnya.
Menyangka haiwan itu ingin bermain dengannya, Chok memegangnya. Tanpa diduga, anjing terbabit terus menggigit mangsa.

Chok tinggal di rumah bapa saudaranya itu sejak dua minggu lalu bagi memudahkannya berulang dari tadika berkenaan. Di situ, dia dijaga ibu saudaranya dan seorang pembantu rumah.
FotoCHOK yang dirawat di HSA dilaporkan stabil.

Akibat kejadian berkenaan, Chok menjalani pembedahan hampir lima jam bermula 11 malam kelmarin dan keluar dari dewan bedah pada jam 4 pagi, semalam.

Rossa sudah tidak bertudung lagi

Posted on the January 10th, 2013 under Artis by admin

SEBELUM ini, penyanyi Ayat-Ayat Cinta, Rossa menarik perhatian ramai apabila sejak pulang dari menunaikan haji, penyanyi itu tampil dengan imej bertudung.
Namun,semalam penyanyi asal Indonesia itu dilihat tidak menggenakan tudung dalam satu sidang media.
Rossa mengaku keberatan untuk membuka tudungnya yang sudah dipakai sejak ke tanah suci.

Namun begitu, Rossa mengatakan dia mempunyai alasan sendiri.
“Saya ada alasan sendiri… untuk saat ini, saya ada kaitan dengan pelbagai pihak, dan pada perjanjiannya saya belum bertudung… saya belum boleh. Kalau nanti Allah menggerakkan hati orang-orang itu, saya akan pakai tudung.
“Masing-masing mempunyai keputusan sendiri, yang penting saya berkelakuan baik,” katanya.
Banyak pihak yang tidak setuju dengan keputusan Rossa itu.
Namun, penyanyi itu tidak menyalahkan mana-mana pihak.
Baginya, sesiapa pun boleh menilainya.
“Itu urusan saya dengan Allah,” katanya.
Meskipun sudah tidak bertudung sekarang, Rossa mengaku lebih memilih pakaian-pakaian yang tertutup.
Rossa Berhijab Selama 40 Hari
Sejak menyandang gelar Hajah, penyanyi Rossa pelan-pelan merubah penampilan. Meski belum sepenuhnya berhijab, namun Rossa mulai meninggalkan kostum seksi.
“Niatnya, selama 40 hari setelah pulang haji, aku berhijab,” kata Rossa. Saat ditemui Minggu (11/11/2012) di Jakarta, Rossa mengenakan hijab. Namun diakuinya, pemakaianya belum sempurna.
“Saat nyanyi, rambutku masih ada,” aku ibu 1 anak ini. “Aku belum bisa sepenuhnya pakai hijab. Seharusnya perempuan memang memakai hijab. Tapi untuk saat ini aku baru menutup pakaianku saja,” jelas Rossa. Ia akan berusaha untuk tidak lagi tampil dengan baju terbuka.
Untuk melengkapi penampilan barunya, Rossa meminta bantuan sahabatnya, seorang artis yang juga dikenal sebagai perancang busana, Ivan Gunawan. “Aku minta sama Ivan supaya baju-bajuku dipermak, biar ada tangannya. Biar penampilanku lebih tertutup,” ujarnya.
Sinar


70 terpedaya ajaran sesat Panji Langit

Posted on the January 10th, 2013 under Agama,Tempatan by admin
Banglo yang diserbu pihak berkuasa Sabtu lalu kerana didakwa menjalankan kegiatan ajaran sesat Panji Langit.
BANDARAYA MELAKA – Seorang bomoh yang mengaku dirinya perantara malaikat Jibrail berjaya memperdaya 70 pesakit yang datang berubat dengan mengikuti ajaran sesat dikenali sebagai Panji Langit.
Bomoh berusia 46 tahun yang juga mendakwa dia boleh mentafsir dosa pesakitnya itu dikatakan turut berjaya mempengaruhi seorang imam di Melaka Tengah untuk menjadi pengikutnya sejak penyebaran ajaran itu setahun lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani berkata, sejak mendapat maklumat berkenaan perkara tersebut, pihaknya telah mula memantau kegiatan lelaki yang berasal dari Muar, Johor itu.
“Ajaran Panji Langit difatwakan sebagai ajaran sesat pada 4 Disember tahun lalu selepas dibawa ke Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka.
“Ajaran dibawa bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu mengaku sebagai perantara kepada malaikat Jibrail, selain berupaya mentafsir dosa-dosa pesakitnya,” katanya.
Rahimin berkata, pengikut ajaran Panji Langit juga diminta beriman kepadanya selain mengaku dirinya sebagai utusan untuk menghapuskan dajal dan juga pemegang takbir pembinasa dajal.
“Dia yang mengaku dirinya sempurna, mendakwa imam dan ustaz sedia ada tidak boleh dipercayai dan meminta pengikutnya supaya beriman kepadanya.
“Dia juga mengaku sebagai peringatan terakhir kepada alam ini dan hari kiamat berlaku pada 21 Disember 2012,” katanya.
Pengikut sanggup serah harta benda
Menurutnya, akibat terlalu taksub, terdapat beberapa pengikut sanggup menyerahkan harta benda dan wang selepas diminta bersumpah setia.
“Kebanyakan pengikut sangat taksub, malah ada yang sanggup serah kereta mewah, wang dan barang kemas kepada bomoh ini,” katanya.
Beliau berkata, lelaki yang pernah menyebarkan ajarannya di Tengkera, Melaka Tengah sebelum meluaskannya ke Chabau, Jasin ini juga mendakwa dirinya boleh berhujah dengan makhluk halus dan iblis.
“Dalam blog yang diwujudkannya sebagai usaha menghebahkan ajaran itu, turut memaklumkan dia mampu mengubat mereka yang diganggu makhluk halus dan iblis,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai tangkapan lelaki berkenaan oleh polis, Rahimin berkata, pihaknya bercadang menangkap bomoh berkenaan, namun perlu memohon waran terlebih dahulu.
“Bagaimanapun, pihak polis terlebih dahulu menangkap lelaki yang juga pernah mengajar pengikutnya memanah ini apabila mendapati dia mempunyai senjata-senjata berbahaya.
“Buat masa ini, lelaki ini masih dalam tahanan reman pihak polis dan pihak Jaim kemudian akan mendakwanya pula di Mahkamah Syariah kerana melanggar Seksyen 60 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu menyebar ajaran bertentangan hukum syarak,” katanya.
Justeru, Rahimin menyarankan supaya pengikut ajaran Panji Langit segera bertaubat selain menghubungi Jaim untuk diambil keterangan.
Tak campur dengan masyarakat kampung
Sikap pemilik banglo yang tidak bercampur dengan masyarakat sekeliling, akhirnya membongkar kisah tidak disangka.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Chabau, Jasin, Abu Supian Abu Samah berkata, banglo yang telah wujud sejak lima tahun lalu itu sering kali menimbulkan persoalan kerana banyak kenderaan yang datang memenuhinya terutama pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.
“Apa yang pelik, majoriti kenderaan itu bukan dari negeri ini. Saya tidak kisah jika ramai orang yang berkunjung ke rumah penduduk dalam kampung ini, kerana itu hak masing-masing.
“Namun sangat mengejutkan apabila banglo berkenaan akhirnya diserbu pihak berkuasa dan banyak senjata ditemui seolah-olah mereka terlibat dalam gerakan militan,” katanya.
Dalam pada itu, Abu Supian juga menafikan dakwaan sesetengah individu yang mengatakan mereka lambat mengambil tindakan dan tidak peka dengan apa yang berlaku sehingga pihak berkuasa membuat serbuan di sebuah rumah itu yang dipercayai menjadi pusat ajaran sesat.
“Kami buat aduan dan memaklumkan kepada Jaim sejak setahun lalu.
“Pernah satu ketika, seorang bekas imam masjid kampung itu yang juga orang kanan kumpulan ajaran sesat terbabit bertemu dengan saya untuk mendapatkan kelulusan mengadakan beberapa aktiviti seperti zikir.
“Saya tidak pernah keluarkan maklum balas bersetuju, malah memintanya dapatkan kelulusan daripada polis ataupun Jaim.
“Tapi ada segelintir penduduk yang salah sangka dan menuduh saya membenarkan kumpulan ajaran sesat bertapak di kampung ini,” katanya.
Menceritakan pengalamannya, Abu Supian berkata, beliau pernah dijemput menjayakan aktiviti ibadah korban yang dianjurkan kumpulan itu tanpa mengesyaki perkara mencurigakan.
“Ibadah korban yang dilaksanakan sama sahaja seperti yang dituntut agama.
“Dalam majlis itu, saya sempat bersalaman dengan individu yang didakwa ketua kumpulan itu, namun kami tidak bercakap dan itulah kali terakhir saya bertemu dengannya,” katanya.
Banyak kenderaan mewah, tirai warna krim jadi tanda tanya
Sementara itu, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, sebelum ini, rumah bekas imam masjid yang hanya terletak beberapa kilometer dari banglo kepunyaan ketua kumpulan terbabit dijadikan tempat pertemuan dengan ahli-ahlinya, namun kemudian beralih ke rumahnya sendiri.
“Orang kampung tertanya-tanya apa yang berlaku, kerana setiap masa ada sahaja kenderaan mewah yang datang dengan nombor pendaftaran bukan dari negeri ini.
“Apa yang saya tahu, bekas imam masjid itu merupakan orang kanan kepada ketua kumpulan tersebut. Namun saya sendiri tidak pernah berjumpa dengan individu terbabit kerana dia memang tidak bercampur dengan masyarakat dan tidak pernah kelihatan dalam mana-mana program masjid,” katanya.
Katanya, selain kenderaan yang banyak, beberapa kain tirai berwarna krim yang tergantung di sekeliling rumah bekas imam itu turut menjadi tanda tanya.
“Penduduk sendiri tidak tahu ketua kumpulan itu berasal dari mana, kerana sikapnya yang tidak bergaul dengan masyarakat. Tapi yang kami tahu, individu itu berkahwin dengan isterinya yang berasal dari Chabau dan merupakan adik kepada bekas imam terbabit,” katanya.
Dalam pada itu, tinjauan semalam mendapati, pekarangan banglo berwarna coklat itu sunyi seolah-olah tidak berpenghuni.
Sinar

 pix_topright

Robot mimik emosi budak

Sacramento: Walaupun belum mencapai tahap sempurna seperti manusia, satu robot yang baru dicipta di sebuah universiti California dilaporkan sangat mirip meniru mimik muka kanak-kanak.
Dinamakan sebagai Diego-San, robot itu mampu membuat pelbagai ekspresi wajah seperti bayi, termasuk tersenyum, menyeringai dan berkerut.

Namun, kelebihan Diego-San tidak dapat dinilai sepenuhnya kerana setakat ini cuma bahagian wajah siap dibina.
Dalam klip video dimuat naik di YouTube, Diego-San yang dicipta menyerupai budak berusia setahun mempamerkan pelbagai emosi, termasuk gembira, sedih, terkejut, keliru dan marah.

Malah, Diego-San juga boleh menggigit bibir bawahnya seperti aksi kanak-kanak hampir menangis.

Robot itu dicipta sekumpulan pakar dari Institut Kajian Neural Universiti California di San Diego.
Mereka memasang kamera berdefinisi tinggi pada Diego-San bagi membolehkan robot berkenaan ‘melihat’ semua gerakan dan emosi manusia. Sejenis bahan dikenali sebagai frubber digunakan bagi menghasilkan kulit fleksibel Diego-San serta beberapa robot lain yang pernah mereka cipta.

Pakar robotik di universiti berkenaan menggunakan teknologi sains komputer canggih bagi membolehkan robot berkenaan mempelajari pelbagai pengalaman - sama seperti dialami seseorang bayi.
Ekspresi muka bahagian penting bayi berkomunikasi dan membantunya menjalin hubungan dengan orang lain. Robot bayi itu dinaik taraf daripada versi asal.

Antara pembaharuan dibuat adalah rahang baru dibina sepenuhnya bagi meningkatkan keberkesanannya. Pakar robotik, Dr David Hanson, berkata mencipta robot yang mampu memahami serta membuat ekspresi muka adalah aspek penting dalam mengajar mereka memahami perasaan manusia. “Kami mahu menghasilkan robot pintar dan empatik kerana ia jauh lebih penting,” katanya. - Daily Mail

 pix_topright

'Saya hampir hilang nyawa'

Oleh Alias Abd Rani dan Salmiah Abdul Hamid
PAGI itu agak sunyi berbanding hari-hari sebelumnya, tiada bunyi kicauan burung kecuali unggas hutan yang galak sejak malam tadi.
Cuaca agak gelap. Air Sungai Batang Lupar mengalir lesu dan dalam keadaan berbalam-balam, kelihatan beberapa kayu reput dihanyutkan dari hilir sungai.
Pagi itu, tanggal 5 Jun 2007, kira-kira jam 6.30 pagi, seperti rutin hariannya, Abang Marais Abang Adeng, 66, turun ke sungai mengalihkan perahunya yang digunakan untuk menangkap ikan.

Di dalam hati, dia tidak pernah terfikirkan apa-apa walaupun sungai itu banyak meragut nyawa manusia, bukan kerana lemas tetapi menjadi mangsa buaya.
FotoABANG Marais menunjukkan tempat dia diserang buaya sepanjang empat meter ketika mahu mengubah perahunya.

Baginya ajal ditentukan Ilahi, jika ditakdirkan mati, sesiapa pun tidak boleh berbuat apa-apa.

Ketika turun ke sungai, hujan renyai-renyai dan sesekali pandangannya tertumpu ke beberapa perahu lain yang ditambat di jeti.

Dulu, ketika kanak-kanak, sungai itu sering menjadi tempat dia dan rakan-rakannya bermain. Justeru, tidak hairanlah, kanak-kanak di kampung itu mahir berenang.

Ketika itu, air sungai agak dalam, melepasi kepala kerana air pasang dan sambil ke perahunya, bapa kepada 10 anak itu tersenyum sendiri mengenangkan kisah silam. Kehidupan zaman kanak-kanak memang me­nyeronokkan.

Ketika berenang beberapa meter dari perahunya, tiba-tiba dia mendengar air sungai berkocak kuat dan serentak itu, seekor reptilia berukuran empat meter panjang dan satu meter lebar meluru ke arahnya dari belakang.

Abang Marais panik seketika, apakah makhluk itu?

Ketika cuba menoleh, dia terkejut melihat seekor buaya dengan mulut terbuka mahu menggigitnya.

Melihat buaya secara dekat begitu memang menakutkan, jika tiada ilmu dan pengalaman, pasti menjadi mangsa sang bedal.

Namun, pengalaman sebagai nelayan, dia mengumpul segala kudrat kerana dia faham benar perangai buaya, sekali menggigit, haiwan itu tidak akan melepaskan mangsanya.

"Saya masih ingat, ketika berenang ke perahu, kira-kira 50 meter dari tebing, leher saya diterkam sesuatu dan apabila menoleh ke belakang, 'objek' itu cuba melemaskan saya.

"Saya menggunakan segala kudrat bagi menyelamatkan diri," katanya.

Mulutnya tidak henti-henti membaca ayat suci al-Quran, malah dalam fikirannya dia hanya mahu melepaskan gigitan itu.

"Saya ternampak kayu belian yang dipacak lalu memaut menggunakan ta­ngan kiri. Nyawa saya ketika itu bagaikan telur di hujung tanduk, namun saya bulatkan tekad dan bertawakal.

"Ketika itu saya terbayangkan isteri, Boriah Bujang dan 10 anak di rumah. Apa terjadi jika saya tiada lagi, siapa akan mencari rezeki? Isteri kehilangan suami dan anak-anak tanpa ayah lagi.

"Saya tawakal kepada Allah kerana jika Yang Maha Esa masih memberi izin, saya berazam untuk hidup lagi," katanya.

Air sungai yang tadinya tenang, kini bergelombang kerana dua makhluk bertarung antara hidup dan mati.

Katanya, buaya itu beberapa kali cuba melemaskan saya tapi tangan kiri saya tidak melepaskan pautan itu dan menggunakan tangan kanan, dia cuba membuka mulut buaya.

"Seperti ada kuasa luar biasa, saya melawan haiwan yang dianggap 'raja sungai'.

"Saya kata dalam hati, mesti lawan haiwan ini, bukan menyerah dan terus menjadi mangsa walaupun mulutnya menggigit tubuh saya.

"Saya terus berusaha membuka mulut sang bedal.

"Apabila bahagian leher terlepas, buaya itu cuba menggigit tangan tetapi saya terus melawan.

"Seperti tidak percaya, buaya itu melepaskan gigitan lalu melarikan diri," katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Tengah, Lingga, Sri Aman.

Dia naik ke darat dalam keadaan tubuh dibasahi darah selepas beberapa bahagian koyak akibat terkena gigitan.

Dalam kesakitan, dia meminta pertolongan penduduk kampung sebelum dihantar ke Klinik Lingga, namun disebabkan kecederaan parah, dia dikejarkan ke Hospital Sri Aman dan terlantar selama hampir seminggu dan lebih 50 jahitan.

Menceritakan pengalaman melawan sang bedal, Abang Marais berkata, dia tidak sebarang ilmu melainkan bertawakal kepada Allah.

"Saya tiada ilmu menundukkan buaya, itu semua takdir Ilahi," katanya.

Sungai Batang Lupar cukup terkenal dengan kelibat buaya, malah penduduk kerap terserempak raptilia itu ketika air surut malah ada yang berukuran 12 meter panjang dan berwarna hitam.

"Ada seekor buaya katak berwarna hitam, kerap ditemui penduduk melintang melawan arus sungai. Setakat ini, kedua-dua buaya itu tidak mengganggu penduduk kampung," katanya.

Katanya, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) ada memberitahu, ­biasa­nya buaya mengganas antara Jun hingga September kerana dalam tempoh itu, reptilia berkenaan sedang ­mengawan," katanya.


INFO:

Terdapat dua jenis buaya di Malaysia iaitu:

  • Buaya tembaga (Crocodylus Porosus) yang turut dikenali sebagai buaya katak, buaya muara dan buaya air masin. Panjangnya melebihi tujuh meter (23 kaki). Boleh menghasilkan 60 - 80 biji telur dalam satu masa.
  • Buaya julung-julung (Tomistorma Schlegelli). Panjangnya melebihi empat meter (13 kaki). Boleh menghasilkan 20 - 60 biji telur dalam satu masa.
  • Buaya di Sungai Sarawak kebanyakannya daripada spesies Crocodylus Porosus atau lebih dikenali buaya katak yang biasanya boleh hidup di kawasan air tawar dan air masin.
  • Buaya katak berukuran empat hingga enam meter panjang, mempunyai jalur putih di belakang badannya dan dikatakan berumur lebih 50 tahun serta bermaharajalela di Sungai Batang Lupar sejak 1941.
  • Penduduk tempatan Sarawak mendakwa Bujang Senang bersaiz 30 meter dengan keseluruhan badan berwarna putih.
  • Buaya jantan dewasa berukuran lima meter panjang, namun terdapat buaya yang panjangnya melebihi enam hingga tujuh meter dengan berat antara 1,500 hingga 2,500 kilogram.
  • Buaya betina bersaiz lebih kecil berbanding buaya jantan dengan purata ukuran panjangnya antara dua hingga tiga meter.
  • Dikatakan, di kalangan manusia yang menjadi mangsa Bujang Senang, tidak ada seorang pun daripada kaum Bidayuh kerana adanya perjanjian antara sang bedal dengan keturunan kaum Bidayuh.
  • Pada 1980-an, masyarakat di negeri ini pernah gempar dengan kejadian seekor buaya ganas bergelar ‘Bujang Senang’ yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak menyerang dan membaham beberapa mangsa.
  • Sekitar 1982 sehingga 1991, reptilia sepanjang tujuh meter itu membaham 13 penduduk kampung. Selepas membunuh mangsa yang ke-14, haiwan itu dibunuh pemburu berbangsa Iban dan anggota polis.
  • Serangan buaya di Sungai Batang Lupar sering dikaitkan dengan Bujang Senang sehinggalah reptilia itu dibunuh pada 22 Mei 1992.


    Kes serangan buaya di Sarawak (2012)

    Miri: Disember 2012

    Murid tahun lima, Jerrey Apat Angsa, 11, menjadi korban serangan buaya ketika mandi di Sungai Tajan, Suai, Niah. Dalam kejadian itu, kelibat mangsa langsung tidak kelihatan sebaik terjun ke dalam sungai. Mayat mangsa dijumpai terapung empat kilometer dari tempat kejadian dengan kecederaan di paha akibat gigitan buaya.

    Santubong: November 2012

    Dalam kejadian jam 6 petang, Mohamad Azlan Marzuki, 20, dari Kampung Haji Mat Taib, Kuching mengalami pendarahan teruk di bahagian kaki kanan selepas dipercayai digigit buaya ketika mandi di Pantai Pasir Panjang. Dia yang menyangka buaya itu adalah sebatang kayu, tiba-tiba digigit namun berjaya melepaskan diri dengan menyepak kepala buaya itu.

    Kuching: Ogos 2012

    Seorang buruh binaan warga Indonesia yang sedang membuang air besar nyaris maut dibaham buaya di bawah jambatan merentasi Sungai Sarawak berdekatan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

    Pai, 32, dari Pulau Jawa berkata, secara tiba-tiba buaya sepanjang lebih dua meter menyambar pinggangnya dari belakang dan berjaya melepaskan diri dengan menumbuk sekuat hati mata haiwan berkenaan.

    Kuching: Ogos 2012

    Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Maong, mengalami luka di kedua-dua paha akibat dibaham buaya air masin ketika mandi di pantai Pasir Pandak sempena cuti sambutan Aidilfitri.

    Ashley Austin Chin, 14, terselamat selepas menumbuk mata serta badan buaya yang sepanjang lebih tiga meter.

    Betong: Julai 2012

    Selepas tiga hari operasi pencarian dilakukan, akhirnya mayat Derahman Chali, 55, ditemui dalam keadaan mengerikan apabila kepala mangsa hampir putus dan hanya tinggal bahagian kiri badan manakala bahagian kanan dari paras bahu ke bawah termasuk tangan kanan serta kaki kanan, hilang.

    Mayat warga emas ini yang ditemui di seberang Sungai Kampung Medang, Spaoh iaitu 20 kilometer dari tempat kejadian, disambar Bujang Saribas ketika membasuh tangan di Sungai Saribas di Beladin.

    Saratok: Jun 2012

    Kasih mendalam terhadap isteri menyebabkan Embol Asum, 43, sanggup bergadai nyawa bergelut dengan buaya sepanjang enam meter selama hampir 10 minit bagi membebaskan isterinya yang dibaham reptilia itu di Sungai Anak, Roban.

    Bagaimanapun, usaha itu gagal apabila isterinya, Siah Munsong, 42, ditarik haiwan itu ke tengah sungai. Mayat isterinya ditemui tersangkut pada jaring dalam keadaan sempurna dengan kesan luka akibat digigit buaya.

    Serian: Mei 2012

    Detik sukar ditempuhi seorang pesakit mental apabila terpaksa bertarung dengan buaya selama 15 minit ketika mandi di Sungai Batang Sadong. Ngundi Saga, 43, dari Kampung Spaoh Jawey, Gedong ke sungai itu untuk mandi di sungai yang terletak 50 meter dari rumahnya. Meskipun kaki kirinya digigit buaya, dia berjaya melepaskan diri dengan menumbuk mata buaya itu.

    Miri: Februari 2012

    Millie Nueh, 36, terselamat daripada maut selepas bergelut dan menendang mata buaya yang menyeretnya sejauh dua meter ke tengah sungai. Buaya sepanjang lebih tiga meter itu muncul di Sungai Kebara, Batu Niah dan menggigit kaki kanannya sewaktu dia mandi jam 6.30 pagi.

  •  pix_topright

    Gagal jual tiga traktor curi

    Serdang: Empat lelaki yang dianggap penyamun amatur berputih mata selepas tindakan mereka cuba menjual tiga traktor berharga RM210,000 gagal selepas ditahan polis, Sabtu lalu.
    Semua mereka yang berusia 30 hingga 50 tahun itu baru pertama kali terbabit kegiatan itu dengan harapan mendapat wang mudah.

    Namun kegiatan mereka tumpas selepas pemilik syarikat traktor jenama Kubota yang berpusat di Puchong, di sini, membuat laporan polis pada 3 Januari lalu selepas pelanggan mereka di Ipoh membuat aduan mengatakan pesanan mereka tidak sampai walaupun sudah enam hari dihantar.
    Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, siasatan awal mendapati empat lelaki terbabit termasuk pemandu syarikat penghantaran traktor itu berpakat melarikan jentera berkenaan sebelum menyimpannya di sebuah stor di Taiping untuk dijual semula kepada pembeli.

    Katanya, pembabitan pemandu syarikat itu terbongkar selepas usaha syarikat traktor itu menghubungi pemandunya gagal selepas talian telefon bimbit ditutup menyebabkan majikannya membuat laporan polis kerana curiga dengan kejadian itu.

    “Hasil siasatan kami menyerbu sebuah stor di Taman Simpang Bersatu, Taiping, yang menyimpan alat jentera bernilai RM210,000 dan menahan empat lelaki masing-masing dua di Tanjung Malim dan dua lagi di Ipoh.
    “Semua yang ditahan tiada rekod jenayah lampau dan mereka disyaki baru mencuba untuk bergiat aktiviti curi dengan niat mahu menjual alat jentera itu,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

    Beg merah cetus gempar

    Kuala Lumpur: Satu beg merah mengandungi kotak hitam berbalut plastik yang dibawa seorang pemandu teksi ke Balai Polis Travers, di sini, selepas ditinggalkan penumpangnya mencetus kegemparan apabila ia disyaki bom, jam 6.45 petang semalam.
    Difahamkan pemandu teksi berkenaan mengambil seorang penumpang lelaki di ibu negara dan selepas satu jam memandu penumpang terbabit menghilangkan diri dan meninggalkan beg merah itu dalam teksinya.

    Memikirkan beg berkenaan kemungkinan mengandungi barangan berharga dan pemiliknya secara tidak sengaja tertinggal dalam kenderaan itu menyebabkan pemandu teksi terbabit menghantarnya ke balai polis untuk tindakan lanjut.
    Bagaimanapun, selepas diperiksa kandungan beg berkenaan didapati mencurigakan apabila kotak hitam sebesar pemain DVD dipasang suis butang dan cip elektronik menyerupai bom.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Aida Abdul Hamid berkata, sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Unit Anjing Pengesan (K9) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur digegaskan ke tempat kejadian.

    “Kami terima bungkusan berkenaan yang dibawa seorang pemandu teksi yang mendakwa ia ditinggalkan penumpangnya.
    “Ketua balai yang membuka bungkusan ini ternampak satu suis pada kotak hitam yang mencurigakan sebelum ia diletakkan di pekarangan balai polis untuk pemeriksaan UPB,” katanya.

    Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut didapati kotak itu kosong dan ia hanya dummy bom buatan sendiri dan tidak mengandungi bahan letupan.
    “Polis sudah mengambil keterangan pemandu teksi dan kini mengesan individu yang meninggalkan bungkusan itu dalam teksinya,” katanya.

    Anak dalam perut gugur

    Oleh Arifin Salleh
    Alor Gajah: Seorang wanita yang mengandung empat bulan keguguran selepas kereta dipandu adiknya terbabit kemalangan di Jalan Bandar, di sini, petang kelmarin.
    Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang, Norazura Md Saberi, 29, yang tinggal di Pulau Sebang menaiki Perodua Viva dipandu adiknya, Norshazlin, 25, bersama kakaknya, Noraini, 28, dan seorang lagi adiknya, Norizati, 13, terbabit kemalangan bersama tiga kenderaan lain.

    Mereka empat beradik yang dalam perjalanan ke Kelemak turut membawa seorang bayi perempuan berusia dua bulan dipercayai anak kepada Norhazlin.

    Kejadian dipercayai berlaku selepas Mercedes-Benz dipandu Norzila Ibrahim, 49, dan anaknya, Mohd Syazwan Helmi Shamsuri, 12, dari Kelemak dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan tiga kenderaan lain termasuk Perodua Viva dinaiki mangsa.

    Saksi, Jasni Johar, 43, berkata, ketika kejadian Mercedes-Benz berkenaan hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah Proton Wira dari arah sama dipandu seorang wanita berusia lingkungan 30-an menyebabkan kereta terbabit berpusing dan menghala semula ke arah Kelemak.