Friday, February 19, 2010

AKHIR ZAMAN...JIKA TIPU JAHIL IA BERDOSA


Pencegah maksiat kahwin enam dirotan 120 kali


2010/02/19


JEDDAH: Mahkamah di Al-Masarha, Jizan menjatuhkan hukuman rotan 120 kali terhadap seorang lelaki 56 tahun yang juga kakitangan Suruhanjaya Menegakkan Kebaikan dan Membanteras Kemungkaran selepas beliau didapati bersalah berkahwin dengan enam wanita pada satu masa.
Selain hukuman 20 rotan terhadap setiap isteri, tertuduh turut diarah menghafal dua juz al Quran.


Beliau turut dilarang keluar negara atau memberi ceramah dan menjadi imam di masjid.


Ketika dibicarakan, tertuduh mendakwa tidak tahu undang-undang Islam hanya membenarkan seorang lelaki mengahwini maksimum empat isteri pada satu masa.


Beliau memaklumkan kepada hakim tidak memiliki pendidikan lebih daripada sekolah rendah.


Sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh berdepan hukuman maksimum direjam sampai mati kerana beliau diklasifikasi melakukan zina kerana dua perkahwinannya dianggap tidak sah.

Namun, hakim Sheikh Salman bin Yahya Al-Wadaani berkata, bukti tidak mencukupi untuk menjatuhkan hukuman rejam sampai mati terhadap tertuduh.


Lelaki itu didakwa pada Jun 2008 selepas beliau dilapor memiliki tiga isteri warga Yaman dan tiga lagi wanita tempatan.


Hasil siasatan, pihak berkuasa mendapati dua daripada isteri Yamannya tinggal secara haram di Arab Saudi.


Hakim berkata, tertuduh akan dibicarakan secara berasingan kerana mengahwini wanita asing tanpa kebenaran Kementerian Dalam Negeri. Setiap rakyat Arab Saudi perlu mendapatkan kebenaran kementerian sebelum mengahwini rakyat asing. - Agensi

No comments:

Post a Comment