Saturday, February 6, 2010

CITE NI DAH LAMA METRO...7/10/08...INGAT BAHAYA DIMANA2....



NEGARA

Syafiqah masih hidup ketika dirogol - Forensik


JOHOR BAHRU - "Penembusan ke kemaluan si mati boleh berlaku dalam keadaan sedar atau tidak".

Demikian keterangan Pakar Patologi Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Seiw Sheue Feng (gambar) selepas perbicaraan kes bunuh dan rogol pelajar Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS), Syafiqah Mohamad Borhan, 15, disambung semula di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Malah, Sheue Feng dalam keterangannya menambah, disebabkan terdapat kesan lebam pada bahagian kemaluan dan paha si mati, ia menunjukkan mangsa dipercayai masih hidup ketika kejadian itu berlaku.

"Kesan lebam menunjukkan si mati masih hidup kerana sekiranya seseorang itu sudah mati dan berlaku penembusan ke kemaluannya, ia tidak akan menunjukkan kesan lebam.

"Ini kerana, ketika itu denyutan jantungnya sudah berhenti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya peguambela, Norman Fernandez mewakili tertuduh, Abu Bakar Musa, 23, yang didakwa melakukan perbuatan tersebut pukul 5.45 pagi pada 25 Januari hingga 3.30 petang di longkang Jalan Padi Huma, Bandar Baru Uda di sini 27 Januari 2006.

Terdahulu, bagi menjawab soalan peguam terbabit mengenai kemungkinan si mati berada dalam keadaan tidak sedar selepas terjatuh ke dalam longkang setinggi 2.13 meter, Sheue Feng memberitahu, situasi berkenaan tidak memadai untuk menyebabkan keadaan itu.

"Si mati mungkin berada dalam keadaan antara sedar atau tidak yang rendah, tetapi jatuh dari ketinggian 2.13 meter pada pandangan saya tidak akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat bergerak," jelasnya.

Dalam perbicaraan yang bermula pukul 10 pagi itu tertuduh yang memakai kemeja-T putih dan berseluar jean biru dilihat hanya menundukkan kepala sepanjang prosiding.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Azahar Mohamad dan dijangka disambung pukul 9.30 pagi hari ini.

No comments:

Post a Comment