Tuesday, February 2, 2010

MANUSIA AKHIR ZAMAN....


DUNIA

Brand-Perry rancang perkahwinan bogel

PERRY dan Brand tiba pada satu parti Grammy di Los Angeles kelmarin.

LOS ANGELES - Pelawak Britain, Russell Brand mahu mengahwini teman wanitanya iaitu bintang pop Katy Perry dalam keadaan bogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah akhbar melaporkan bahawa dia turut mengidam supaya tetamu di majlis perkahwinan mereka turut hadir dalam keadaan tanpa seurat benang.

"Namun, ia bukan keputusan muktamad. Kami masih lagi berbincang mengenainya," kata Brand kepada majalah People.

"Saya dapat merasakan majlis perkahwinan yang saya idamkan itu tidak munasabah," tambahnya.

Bagaimanapun, pelawak berusia 34 tahun itu mengakui bahawa dia tidak sabar menantikan saat bahagia untuk menjadi suami Perry, 25.

"Saya akan berkahwin dengan seorang wanita cantik. Saya turut menyukai kerja saya. Apa lagi yang saya mahukan?," katanya.

Brand bertunang dengan penyanyi yang popular dengan lagu Hot N Cold itu pada bulan lalu. - Agensi

No comments:

Post a Comment