Tembak remaja: Polis rakam keterangan saksi utama | |||
|
Saksi tersebut yan
Peguam Gobind Singh Deo (kanan) yang mewakili saksi tersebut, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Ketika menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Gobind memberitahu beliau akan mengiringi anak guamnya itu untuk memberi keterangan pada jam 3 petang ini.
Sementara itu, Gobind Singh tiba di IPK Selangor pada kira-kira 3.15 petang. Sebelum itu, kira-kira jam 3 seorang pelajar - dipercayai saksi - tiba bersama ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali dalam sebuah kereta.
Go
"Saya dimaklumkan siasatan hampir siap dan akan dihantar ke pejabat timbalan pendakwa raya untuk diambil tindakan," katanya.
Saksi ditemani anggota keluarga dan ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali.
Gobind yang juga ahli parlimen Puchong berharap siasatan kes tersebut dalam diselesaikan dengan segera bagi mengheret pihak yang bersalah ke muka pengadilan.
Ditanya keadaan anak guamnya, Gobind berkata pelajar terbabit masih trauma, tertekan dan terkejut.
Sementara itu, Gobind juga berkata, DAP akan menghantar memorandum kepada ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam tempoh terdekat supaya polis membuat kajian terhadap garis panduan penggunaan senjata api.
Katanya, beliau faham bahawa polis perlu menggunakan senjata api bagi melindungi diri, tetapi "isunya bila perlu guna".
"Harap esok (boleh hantar), tetapi kita akan bincang bersama PAS dan PKR dahulu," katanya.
Ditanya sama ada pihaknya akan menyaman pihak polis yang mengeluarkan kenyataan awal tentang kes itu, Gobind berkata perkara itu akan dipertimbangkan kemudian.
"Yang penting sekarang satu siasatan yang adil, bebas dan telus dijalankan sekarang," katanya.
Menteri bawa kes kematian Aminulrasyid ke kabinet | |||
|
Katanya, beliau berharap kes tersebut dapat disiasat dengan telus bagi mencari keadilan dan kebenaran.
Noh juga berkata, Umno negeri akan menawarkan bantuan guaman kerana keluarga terbabit berhak menyaman polis dan kerajaan Malaysia.
"Mereka juga boleh mengadu kes ini kepada pihak Suhakam," katanya
Panel khas siasat kes polis tembak mati remaja | ||
|
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, panel khas itu akan diketuai oleh Timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian itu.
Beliau berkata, siasatan tersebut akan meliputi semua aspek dan dijalankan secara telus tanpa sebarang fakta disembunyikan bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.
"Saya bukan sahaja sedih dan kesal malah terkejut dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi kejadian ini membabitkan pelajar yang baru berusia 15 tahun, justeru saya jamin siasatan dilakukan secara telus. Kita akan siasat semua aspek termasuk kewajaran tindakan polis melepaskan tembakan ketika itu.
"Saya jamin tiada apa-apa fakta akan disembunyikan dan pihak yang terbabit perlu bertanggungjawab sekiranya siasatan mendapati ada yang tidak kena dalam kes ini termasuk jika wujud faktor kecuaian," katanya kepada pemberita di Kajang hari ini.
Hishammuddin berkata, bagaimanapun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan dan menentukan siapa yang bersalah dalam insiden.
"Masih terlalu awal untuk menentukan siapa salah dan siapa yang betul, biarkan kami membuat siasatan dahulu, siasatan bersandarkan prinsip kebenaran bagi mengelakkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat, terutama yang membabitkan kes tindakan polis," katanya.
Justeru beliau meminta masyarakat agar tidak membuat spekulasi dan tuduhan melulu hingga mengeruhkan lagi keadaan.
Beliau turut memberi amaran keras kepada mana-mana pihak dan individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap kejadian itu termasuk dengan menjadikannya sebagai isu politik sehingga mengelirukan orang ramai.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 Shah Alam.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata setiap saksi dalam inkues kematian pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock diberi jaminan keselamatan sepanjang prosiding itu berlangsung.
Beliau mengulas mengenai ugutan bunuh yang diterima oleh pakar forensik United Kingdom, Dr Peter Venezis oleh pihak yang tidak berpuas hati terhadap keterangannya kelmarin.
"Kalau cakap fasal ugutan, saya pun pernah terima ugutan malah Ketua Polis Negara pun dua hari lalu dapat ugutan juga. Setiap ugutan yang diterima, kita siasat dan dalam kes Dr Venezis ini kita juga sedang membuat siasatan. Dr Venezis tidak perlu bimbang kerana polis sentiasa memberikan perlindungan kepadanya selagi beliau berada di negara ini," katanya.
Hishammuddin juga melahirkan rasa kecewa dengan sikap pakar patologi dari Thailand Dr Pornthip Rojanasunand yang menjadi saksi penting keluarga mendiang tetapi sehingga ke hari ini tidak muncul memberi keterangan sehingga mengganggu prosiding.
"Dia minta kita beri jaminan keselamatan tetapi bila kita sudah beri, dia pula buat hal dan tidak juga datang. Apa masalah dia yang sebenarnya," katanya.
- Bernama
Mangsa tembakan polis terkejut, ia berulang kembali
Ismail Hashim |
KLANG, 28 April: Mangsa tembakan rambang polis pada 16 April 2009, Shahril Azlan Ahmad Kamil melahirkan rasa terkejut yang amat sangat ekoran kejadian yang pernah menimpa ke atas dirinya setahun lalu berulang lagi kepada pelajar, Aminulrasyid Amzah, 15, pada 26 April lalu juga di Shah Alam. (Gambar: Selepas setahun, parut masih ada pada badan Shahril. Kesan tembakan itu menyebabkan paru-parunya bocor, sukar tidur malam, kaki dan tangannya kebas selalu dan tidak boleh memandu jauh) Baru-baru ini, seorang pelajar berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah meninggal dunia akibat terkena tembakan polis pada kepalanya selepas lari dengan kereta keluarganya. Ekoran itu, pelbagai pihak mendesak pihak polis jangan menutup kes ini dan membuat penyiasatan dan memberikan hukuman yang sewajarnya ke atas anggotanya yang terlibat. Peguam keluarga mangsa, N Surideran menyifatkan kes ini sebagai satu pembunuhan. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes yang membabitkan empat pegawai polis, pagi kelmarin. "Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam baru-baru ini. Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata. "Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.
Laporan berkaitan Tembak: Polis ambil keterangan saksi utama Remaja mati ditembak polis bukan kes terpencil Tembak: Najib, Hishammuddin mesti pandang serius Kematian Aminulrasyid satu pembunuhan - peguam |
Mati dipukul jiran
2010/04/29
KUALA LUMPUR: Hanya kerana sebungkus plastik berisi sampah, dua lelaki berjiran berkelahi sebelum nyawa seorang daripada mereka melayang selepas kepalanya dibelasah dan dihentam dengan kayu besbol.
PILU...ahli keluarga Chung tidak dapat menahan kesedihan.
Difahamkan sebelum kejadian, mangsa, Chung Sin, 51, bertegang leher dengan jirannya mengenai beg plastik sampah yang sengaja dibuang berhampiran pintu depan rumahnya di Flet Sri Sentul, Bandar Baru Sentul di sini.
Anak saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 26, berkata dia sebelum itu terjaga daripada tidur selepas mendengar jeritan mangsa dan jiran bersebelahan rumahnya yang bergaduh.
Menurutnya, keadaan kecoh di balkoni itu bertambah cemas apabila Chung didapati memegang batang besi, manakala jirannya bersenjatakan kayu besbol.
“Saya terpaksa masuk campur dan menasihati mereka berhenti bergaduh. Saranan saya itu dipersetujui pak cik saya yang lantas berpaling untuk pulang ke rumah.
“Namun, jiran terbabit yang masih tidak puas hati tiba-tiba menyerang dari belakang dengan memukul kepala Chung sekuat hati menggunakan kayu besbol itu. Chung rebah dan pengsan sebelum dikejarkan ke hospital,’ katanya.
Menurutnya, mangsa yang koma dan tidak sedarkan diri hampir tiga jam kemudian disahkan mati kira-kira jam 5 pagi semalam.
“Polis sudah menahan suspek serta anaknya. Malah, senjata yang digunakan untuk pergaduhan itu turut dirampas.
“Saya tak sangka perbalahan sekian lama akibat masalah pembuangan sampah dan kawasan meletak kenderaan di flet ini membawa kepada kes pembunuhan kejam,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kejadian itu bermula apabila Chung Sin bertengkar dengan jirannya yang bekerja sebagai pemandu lori.
“Chung Sin pada mulanya menegur jirannya kerana membuang plastik sampah di hadapan rumahnya, namun suspek berang dan memarahi Chung Sin,” katanya.
Apabila perbalahan mereka menjadi bertambah panas, suspek masuk ke rumah untuk mengambil kayu besbol dan memukul Chung Sin sehingga parah.
Ku berkata, Chung Sin yang menggunakan sebatang besi untuk mempertahankan diri tersungkur dan mati di tempat kejadian selepas kayu besbol itu mengenai kepalanya.
“Chung Sin yang tidak mempunyai pekerjaan dikejarkan ke HKL oleh anak saudaranya dan jiran lain, namun dia disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.
Beliau berkata, berikutan kejadian itu, polis menahan seorang suspek berusia 50-an bersama anak lelakinya yang berumur 23 tahun di sebuah rumah di sini, bagi membantu siasatan.
Mayat Chung Sin dibedah siasat di HKL dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang sabit kesalahan membawa hukuman mati.
Kepala dalam plastik
2010/04/29
JOHOR BAHRU: “Jantung saya bagaikan tercabut apabila menemui bungkusan plastik hitam berisi kepala manusia,” kata pekerja syarikat kontraktor mengangkut sampah yang tidak menyangka rutin mengasingkan bahan buangan sejak beberapa tahun membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki bogel dikerat enam.
DI SINI...tempat mayat lelaki yang dikerat enam ditemui.
Difahamkan, anggota badan mangsa dicampak ke dalam tong sampah besar di sebuah kompleks beli-belah di Taman Perling di sini, sebelum diangkut ke pusat pengumpulan sampah berkenaan.
Pekerja yang mahu dikenali sebagai Kumar, 40-an, berkata mayat itu ditemui ketika dia bersama empat rakan sedang mengasingkan sampah di pusat pengumpulan sampah berkenaan.
Menceritakan pengalaman menakutkan itu, Kumar berkata, dia bertugas seperti biasa ketika membuka timbunan plastik sampah yang dibawa sebuah lori sebelum mendapati sebuah beg plastik mengandungi sesuatu yang keras dan lebih berat berbanding bahan buangan lain.
“Sebaik membuka beg plastik itu, saya nampak seolah-olah kepala patung. Bila diperiksa dengan betul baru saya sedar ia kepala manusia.
“Pengalaman pagi tadi (semalam) cukup mengerikan dan mengakibatkan saya trauma kerana tak sangka bungkusan itu mengandungi kepala lelaki berkulit cerah.
“Saya menggigil ketakutan tapi tetap beranikan diri memberitahu pengurus bertugas sebelum pemilik pusat pengumpulan sampah melaporkannya kepada polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata beg plastik mengandungi anggota badan manusia yang dikerat itu diambil daripada tong sampah sebuah pusat beli-belah di Taman Perling, kira-kira jam 11.15 pagi.
“Hasil siasatan mendapati 80 peratus daripada tubuh mangsa masih lengkap. Selain kepala, kami menemui baki badan lelaki berkenaan dalam dua lagi beg plastik hitam,” katanya.
Menurutnya, mayat lelaki itu berkemungkinan warga asing berdasarkan keadaan fizikalnya.
Katanya, mayat berkenaan dihantar ke hospital untuk siasatan lanjut dan pihaknya percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke tempat pembuangan sampah di belakang pusat beli-belah berkenaan.
“Siasatan mendapati lelaki terbabit berusia 20-an, berkulit cerah dan mungkin dibunuh dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui.
“Kami masih berusaha mengenal pasti lelaki terbabit kerana tiada sebarang dokumen ditemui di tempat pembuangan sampah berkenaan.
“Kami juga akan menjalankan siasatan lanjut termasuk pergi ke kawasan pembuangan sampah di Perling untuk melihat sama ada terdapat kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di sekitarnya bagi mengenal pasti identiti mangsa dan penjenayah yang terbabit,” katanya.
Tangisan suara halus
2010/04/29
TANAH MERAH: “Saya terdengar suara jeritan bayi tapi tak tahu di mana. Sebaik membuka pintu rumah, saya terkejut apabila mendapati seorang bayi dibalut dengan kain selimut ditinggalkan di beranda rumah,” kata Sukma Abdullah, 53.
MALANG...bayi yang ditinggalkan
Menurut Sukma, sebelum itu dia sedang bersiap untuk tidur sebelum dikejutkan dengan suara tangisan bayi.
Katanya, dia yang tinggal berseorangan agak takut kemungkinan diganggu ‘makhluk halus,’ namun sangkaannya meleset apabila dikejutkan dengan kehadiran bayi itu.
“Ketika itu, saya ingin masuk tidur tapi terdengar suara bayi. Saya takut dan turut menyangka tangisan itu adalah anak jiran yang mungkin sakit.
“Saya kemudian memeriksa dalam rumah sebelum membuka tingkap dekat pintu utama. Saya terkejut kerana ternampak ada ‘benda’ di beranda rumah sebelum memberanikan diri membuka pintu untuk melihat dari dekat. Saya terkejut mendapati ia seorang bayi,” katanya.
Sukma berkata, dia yang panik kemudian terus memberitahu jiran berhampiran sebelum menghubungi polis.
Katanya, dia turut hairan bagaimana ada individu boleh meninggalkan bayi di situ sedangkan terdapat ramai orang lalu lalang di depan rumahnya untuk mengunjungi pasar malam.
“Bayi itu ditinggalkan dalam keadaan sempurna dan sihat cuma terdapat sedikit kesan darah,” katanya.
Bayi seberat 3.3 kilogram itu dikatakan baru berusia dua hari dan masih bertali pusat.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat awam.
Katanya, bayi terbabit didapati dalam keadaan berbungkus dengan kain tuala dan selimut.
“Bayi terbabit kemudian dibawa ke Hospital Tanah Merah bagi mendapatkan rawatan segera di unit kecemasan sejurus kemudian.
“Setakat ini bayi itu ditempatkan di Wad Penjagaan Kanak-kanak dan suspek masih dicari,” katanya.
Menurutnya, polis turut meminta kerjasama pegawai Pejabat Pelajaran Daerah selain orang ramai untuk membantu siasatan.
“Semakan akan dibuat di sekolah menengah bagi mengenal pasti pelajar yang tidak hadir ke sekolah untuk tempoh beberapa hari dan beberapa klinik swasta sekitar daerah bagi membantu siasatan.
“Mereka mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Mardiana di talian 09-9557704 begin_of_the_skype_highlighting 09-9557704 end_of_the_skype_highlighting,” katanya.
Ulat spa jaja ‘ayam’
2010/04/29
KUALA LUMPUR: Jika ulat tiket bermaharajalela di stesen bas, ulat spa pula berkeliaran di sekitar pusat spa dan penjagaan kesihatan untuk menarik pelanggan dengan tawaran khidmat seks daripada kalangan ‘anak ayam’ warga asing kepada lelaki hidung belang yang berkunjung di situ.
Modus operandi terbaru sindiket pelacuran itu terbongkar apabila polis menyerbu sebuah pusat spa dan kesihatan di Wisma MPL, Jalan Raja Chulan, di sini, malam kelmarin.
Difahamkan, ulat spa terbabit mengenakan bayaran antara RM200 hingga RM300 bagi perkhidmatan seorang pelacur yang dihantar mengikut tempat di mana saja kehendak pelanggannya.
Pegawai Turus Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPPKL) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata siasatan awal pihaknya mendapati ulat spa itu tiada kaitan dengan pengurusan pusat spa yang diserbu.
“Ulat spa itu bertindak sebagai ejen atau orang tengah menawarkan pelacur yang akan dihantar terus ke tempat pelanggan hajati menggunakan kereta dengan bayaran tertentu.
“Polis giat menjalankan gerakan memburu ulat spa ini dalam usaha membanteras aktiviti pelacuran khususnya di pusat spa dan penjagaan kesihatan di sekitar ibu negara.
“Mereka berkeliaran di sekitar pusat spa memujuk pelanggan yang berpotensi melanggan pelacur. Sindiket ini juga mempunyai rangkaian lengkap dengan alat telekomunikasi canggih dan bertindak licik melesapkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sebuah pusat spa, di sini, kelmarin.
Dalam serbuan Ops Noda bermula jam 11 malam itu, polis menahan 12 wanita warga asing dari China (2), Indonesia (8) dan Thailand (2) berusia antara 21 hingga 37 tahun, selain seorang lelaki berusia 30-an dipercayai pengurus spa terbabit hasil maklumat awam dan risikan.
Ketika serbuan dilakukan, semua wanita warga asing itu cuba melarikan diri dan bersembunyi di sebuah bilik stor kira-kira 30 meter dari pusat spa berkenaan.
“Polis terpaksa mengejar mereka sebelum menemui di dalam bilik stor yang dipadamkan lampunya dan berjaya memberkas semua wanita itu. “Mereka yang ditahan lapan warga Indonesia, dua Thailand dan dua warga China. Seorang lelaki tempatan dipercayai ‘penjaga’ wanita terbabit turut ditahan,” katanya.
Katanya, siasatan awal mendapati semua gadis itu menyalah guna pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai tukang urut.
NEGARA
Langgan pelacur guna telefon
KUALA LUMPUR - Taktik seorang pengurus sebuah spa yang bersubahat dengan 'bapa ayam' untuk menggajikan pelacur sebagai tukang urut terbongkar apabila premis itu diserbu di Jalan Raja Chulan di sini semalam.
Serbuan selama tiga jam bermula pukul 11.15 malam itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Cawangan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur melalui risikan yang dijalankan.
Difahamkan, mereka tidak melakukan aktiviti seks di situ tetapi sebaliknya sindiket tersebut akan meminta pelanggan membuat tempahan melalui panggilan telefon sebelum menghantar pelacur-pelacur yang dihajati ke lokasi masing-masing.Lubang mat sekodeng
DAMANSARA – Kisah kaki intai di Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail masih belum selesai. Tinjauan Sinar Harian ke tandas tingkat dua, Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail menemui lubang-lubang kecil dibuat khas bagi memudahkan aktiviti mengintai dibuat di setiap bilik tandas
Ahli jawatankuasa Penjaja Pasar Besar TTDI, David Ooi berkata lubang–lubang itu bukan disebabkan kerosakan bumbung tetapi sengaja ditebuk untuk memudahkan aktiviti mengintai oleh 'kaki-kaki' sekodeng itu.
Menurutnya, tindakan itu bukan sahaja mengusarkan para pengunjung malahan peniaga-peniaga di pasar itu.
Tambah mengejutkan apabila mendapati terdapat banyak kotak-kotak dipercayai digunakan sebagai tempat beristirehat untuk tidur di atas bumbung premis di situ.
Sinar Harian sebelum ini menyiarkan laporan mengenai seorang pembantu kedai diintai ketika membuang air di tandas itu.
Menurut David, tandas wanita di pasar itu perlu dibaikpulih segera oleh pihak berwajib termasuk mengubah suai semula dinding dan bumbungnya agar ianya tiada pihak yang mengambil kesempatan.
“Pekerja pembersihan pasar juga pernah membuat aduan mengenai penemuan kondom-kondom yang sudah digunakan di dalam pasar malah ada yang pernah terserempak dengan kumpulan warga asing yang membawa teman wanita mereka pada waktu siang dan malam,” katanya.
Pihak polis sebelum ini juga telah datang ke pasar ini untuk buat pemantauan dan pemeriksaan namun kumpulan warga asing itu lesap seolah-olah sudah menghidu kehadiran pihak berkuasa.
NEGARA
Parti lesbian berleluasa
KUALA LUMPUR - Menari sambil menjilat tubuh pasangan masing-masing!
Itu antara aksi panas pengunjung sebuah pusat hiburan yang majoritinya golongan lesbian dan pengkid di Jalan Munshi Abdullah di sini malam tadi.
Selepas mendapat maklumat, wartawan Kosmo! Ahad yang menyamar sebagai pengunjung di pusat hiburan itu mendapati aksi itu sebahagian daripada pakej parti liar yang diadakan khas buat pengunjung kelab tersebut pada malam minggu.
Bermula kira-kira pukul 9 malam, kelibat lebih 100 orang yang rata-ratanya terdiri golongan songsang tersebut dapat dilihat membanjiri premis berkenaan.
MRSM Bentong ditutup setahun
PEKAN – Semua 804 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong dipindah ke MRSM Pekan di sini semalam disebabkan berlaku runtuhan tanah berhampiran sekolah itu sejak 8 Disember lalu.
Sekolah tersebut juga akan ditutup selama setahun bagi membolehkan kerja membaik pulih cerun bukit yang runtuh dijalankan.
Runtuhan itu berlaku kira-kira 50 meter dari salah sebuah blok pangsapuri lima tingkat yang menempatkan guru-guru sekolah berkenaan. Ia dikhuatiri membahayakan penghuni dan pelajar.
Menurut Pengetua MRSM Bentong, Mohd. Yusoff Hassan, perpindahan tersebut juga melibatkan 74 orang guru dari sekolah itu yang akan mula mengajar di MRSM Pekan.
NEGARA
Sindiket nombor ekor terbesar di Lembah Klang tumpas
KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan sindiket nombor ekor haram membabitkan pertaruhan kira-kira RM2.4 juta sebulan dengan penahanan lima wanita warga tempatan di sebuah unit di Apartmen Suria, Taman Perindustrian Kepong di sini malam tadi.
Ketua Operasi, Supritendan Maszley Minhad dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap Bukit Aman berkata, tiga daripada mereka adalah adik-beradik dan kesemua yang ditahan berumur antara 21 dan 28 tahun.
"Dalam serbuan pukul 6.40 petang itu polis turut merampas empat buah komputer riba, enam mesin faksimili, lima telefon bimbit, wang tunai RM291.40 dan beberapa dokumen perjudian dipercayai untuk kegiatan judi ekor haram, katanya kepada pemberita di sini.Gasak kekasih suami dalam wad
anbia@hmetro.com.my
2010/05/05
SUBANG JAYA: Berang selepas mengetahui suaminya menjalinkan hubungan cinta terlarang dengan gadis lain, seorang wanita sanggup bergelut dengan kekasih suaminya itu sehingga luka di muka akibat dilibas dengan tapak kasut oleh gadis yang menjadi sasarannya.
Difahamkan, isteri berusia 46 tahun itu terlebih dahulu bertengkar dengan teman wanita suaminya berusia 30-an sebelum pergaduhan kedua-dua mereka berlanjutan sehingga berlaku pergelutan dan aksi tarik menarik rambut dalam wad sebuah hospital swasta di sini.
Ketika kejadian kira-kira jam 9.45 malam kelmarin, suami wanita itu membawa kekasihnya menziarahi seorang saudaranya yang dirawat di hospital berkenaan sebelum terserempak isterinya.
Sumber polis berkata, siasatan mendapati suami wanita terbabit berusia 51 tahun dan juga pesara tentera pernah menjalin hubungan sulit dengan wanita lain sebelum ini.
Menurutnya, dalam kejadian itu, lelaki terbabit tidak dapat berbuat apa-apa apabila kedua-dua wanita berkenaan bergelut sehingga mencetuskan kekecohan dalam wad hospital berkenaan.
“Difahamkan lelaki itu yang tiba lebih awal tidak menyangka isterinya turut merancang menziarahi saudara mereka.
“Akibatnya, mereka bertembung. Akibat terlalu marah dan cemburu, si isteri memarahi teman wanita suaminya sebelum berlaku perang mulut,” katanya.
Menurutnya, akibat tidak dapat menahan marah, kedua-dua wanita terbabit bergelut tanpa menghiraukan orang ramai yang menyaksikan insiden itu.
“Difahamkan, kedua-dua wanita itu tidak hanya memaki-hamun, malah turut bertumbuk dan saling menarik rambut.
“Difahamkan, teman wanita suami mangsa lebih kuat dan dapat menewaskan isteri teman lelakinya itu,” katanya.
Dalam pergelutan itu, kekasih suami mangsa sempat mencabut kasut dipakainya sebelum memukul muka mangsa.
“Muka mangsa luka akibat dilibas dengan kasut sebelum pergaduhan dileraikan.
“Wanita itu terpaksa menerima dua jahitan di muka kerana luka akibat dipukul dengan kasut. “Mangsa kemudian membuat laporan berhubung kejadian itu di balai polis berhampiran,” katanya.
Suami toreh ‘anu’ isteri
am@hmetro.com.my
2010/05/05
MELAKA: “Saya amat terkejut apabila suami tiba-tiba datang dari belakang sebelum merodok bahagian sulit dengan pisau pemotong buah menyebabkan saya menjerit kesakitan,” kata seorang jururawat yang menjadi mangsa kekejaman suami sendiri yang didakwa menoreh kemaluan wanita itu ketika memasak di dapur.
Wanita berkenaan berkata, suaminya, anggota tentera berpangkat sarjan, seolah-olah hilang pertimbangan apabila menoreh kemaluannya dalam kejadian di rumah mereka di sebuah taman perumahan di Bertam Ulu, dekat sini, kelmarin.
Akibatnya, wanita berkenaan yang parah terpaksa dikejarkan ke hospital dan menerima lebih sembilan jahitan pada kemaluan.
Mangsa yang berusia 40-an berkata, sebelum kejadian dia mahu memasak nasi untuk makan tengah hari dan membongkok untuk mengambil beras dalam tong apabila suaminya tiba-tiba datang dari belakang lalu merodok kemaluannya dengan tidak semena-mena.
Menurutnya, dia yang terkejut, terduduk dan meraung sambil menahan kesakitan manakala darah mula menitik ke lantai.
“Walaupun terkejut dan dalam keadaan kesakitan, saya tidak panik dan sempat mencapai telefon untuk menghubungi ambulans bagi mendapatkan rawatan.
“Suami pada masa sama seolah-olah tersedar daripada khayalan lalu cuba menawarkan bantuan untuk menghantar saya ke hospital sambil memujuk berulang kali, tapi saya menolak dengan baik walaupun dia turut menghubungi ambulans kerana sudah trauma dan ketakutan.
“Dalam tempoh 30 minit itu, saya terpaksa menanggung kesakitan sambil menahan darah mengalir kerana turut memikirkan anak bongsu berusia empat tahun yang melihat kejadian,” katanya ditemui di wad Hospital Melaka di sini, petang semalam.
Terdahulu, mangsa yang berasal dari Muar, Johor, dikunjungi rombongan Pembela BN Negeri Melaka diketuai Ketua Penyelianya, Amir Hamzah Aziz dan Penyelianya, Melvin Tan.
Jururawat berkenaan berkata, dia pelik apabila melihat perubahan tingkah laku suaminya apabila lelaki berkenaan yang tidak pernah memasak, tiba-tiba mengambil jurusan perhotelan di sebuah kolej di negeri ini bagi kursus peralihannya sebelum menamatkan perkhidmatan dalam tentera.
Malah, katanya, seminggu sebelum kejadian suaminya juga menunjukkan sikap berbeza apabila dua kali mencekiknya menyebabkan timbul persoalan kemungkinan dia mengalami tekanan.
“Berikutan itu, saya mungkin tidak akan tinggal bersama suami untuk sementara waktu kerana bimbang kejadian sama berulang.
“Namun, saya masih sayang padanya (suami) dan sudah memaafkan perbuatannya,” katanya.
Menangis digigit semut
ahmadshahrul@hmetro.com.my
2010/05/05
SEPANG: “Apa jenis manusia yang sanggup membuang bayi sekecil ini di atas lantai sehingga dihurung semut,” kata Nordin Kasbon, 61, antara individu terawal yang menemui bayi lelaki berusia kira-kira sebulan di sebuah wakaf berhampiran surau Kampung Jenderam Hulu di sini, semalam.
Menurutnya, tangisan dipercayai akibat digigit semut itu menyedarkan penduduk berhampiran mengenai kehadiran seorang bayi di situ pada jam 7 pagi.
Nordin berkata, bayi itu yang lengkap berbaju dan seluar serta sarung tangan dibalut dengan kain batik lusuh serta dibaringkan di atas simen tanpa bantal.
“Bayi itu diletakkan di atas simen dan menangis kerana digigit semut dan dahaga selepas ditinggalkan ibunya dengan harapan ada jemaah surau menemui bayi itu.
“Tanpa berlengah, saya meminta jiran menyuapkan susu ke mulut bayi itu yang cukup dahaga selepas ditinggalkan ibu,” katanya yang juga pengawal keselamatan di sebuah premis di kampung berkenaan.
Nordin berkata, berdasarkan keadaan badan dan tali pusatnya yang sudah dibuang, bayi itu mungkin berusia beberapa minggu.
Dia yakin ibu bayi itu meletakkan anaknya di wakaf berkenaan dengan harapan ditemui jemaah masjid yang selesai menunaikan solat duha di surau berkenaan.
“Selepas bayi itu dijaga penduduk kampung buat sementara, saya menghubungi polis yang kemudian membawa bayi itu mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Salak sebelum dibawa ke Hospital Serdang (HS) untuk urusan selanjutnya,” katanya yang tidak menolak kemungkinan bayi itu hasil hubungan terlarang pasangan di kampung berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Zahedi Ayob berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang membuang bayi berkenaan.
'Raja peragut'
shantynur@hmetro.com.my
2010/05/05
KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila seorang lelaki yang disyaki meragut seorang lelaki sehingga maut di Taman Maluri, di sini Disember tahun lalu mengaku melakukan kira-kira 300 kes di sekitar Lembah Klang sejak setahun lalu.
Suspek yang berusia 22 tahun dan juga pernah ditahan di Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor kerana terbabit dalam satu kes bunuh dicekup di sebuah restoran oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di Bandar Tun Razak, di sini dua minggu lalu.
Pemangku Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Osman berkata, hasil maklumat awam dan risikan, suspek yang juga seorang penganggur ditahan berseorangan di restoran berkenaan kira-kira jam 8 malam.
“Siasatan awal ke atas suspek mendapati dia mengaku melakukan 60 kes ragut sekitar Cheras dan menjadikan jenayah terbabit sebagai mata pencariannya.
“Selain itu suspek juga mengaku terbabit dalam kes ragut pada 7 Disember tahun lalu menyebabkan seorang lelaki maut manakala isterinya patah kaki setelah tercampak ke atas jalan apabila motosikal mereka hilang kawalan akibat tindakan suspek meragut rantai leher wanita terbabit,” katanya pada sidang media semalam.
Menurutnya, suspek dianggap peragut tegar dan berbahaya kerana masih melakukan jenayah itu walaupun mengakibatkan seorang mangsanya maut dan cedera parah.
“Selain itu, maklumat mendapati lelaki itu turut melakukan kegiatan jenayah itu bersama seorang lagi rakannya yang berumur 20 tahun berasal dari Selayang,” katanya. Abdul Rahim berkata, suspek menjadikan penunggang motosikal terutama wanita yang memakai barangan kemas atau beg tangan sebagai sasaran.
“Mereka melakukan kegiatan ini tanpa menggunakan sebarang senjata Malah begitu cepat dan pantas meragut walaupun ketika itu sedang menunggang motosikal.
“Buat masa ini, kita sedang memburu rakan suspek yang juga seorang penganggur bagi membantu siasatan,” katanya.
Kaki patah dipijak suami
anbia@hmetro.com.my
2010/05/06
KUALA LUMPUR: Geram selepas menerima sepucuk surat daripada isteri yang meminta cerai, seorang suami bertindak kejam dengan memijak kaki wanita itu dengan but sehingga patah selain membelasahnya hingga cedera parah.
Berikutan penyeksaan itu, mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB), dekat sini, untuk rawatan.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, perbuatan tidak berperikemanusiaan itu berlaku malam Sabtu lalu di rumah mangsa di Bukit Beruntung, dekat sini, selepas pasangan berkenaan bertengkar.
Menurutnya, suami terbabit mengesyaki isterinya mahu menuntut cerai kerana menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.
“Lelaki itu yang juga peniaga pasar malam berusia 51 tahun dikatakan gagal mengawal perasaan marah sebaik isterinya menyerahkan sepucuk surat yang mengandungi perkataan bermaksud untuk meminta cerai daripadanya,” katanya.
Menurutnya, lelaki berkenaan percaya isterinya yang berusia 33 tahun dan bekerja sebagai pembantu di sebuah pasar raya di Bukit Beruntung mahu menuntut cerai kerana mempunyai hubungan gelap dengan lelaki lain.
“Akibat cemburu dan marah, lelaki terbabit hilang pertimbangan lalu menendang serta membelasah isterinya sekuat hati. Mangsa dipijak dengan but dipakai suami selain kepalanya turut dihantuk dengan topi keledar menyebabkan wanita terbabit cedera parah.
“Isteri malang itu akhirnya terpaksa dihantar untuk rawatan ke HSB kerana cedera parah termasuk patah kaki,” katanya.
Beliau berkata, polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu segera menjalankan siasatan sebelum menahan suami mangsa di rumahnya pada hari sama.
Katanya, peniaga pasar malam itu ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Menurutnya, pasangan suami isteri berkenaan mempunyai tiga anak perempuan berusia enam hingga 11 tahun.
Kejadian keganasan rumah tangga terbabit kes jenayah terbaru selepas seorang jururawat berusia 40 tahun parah apabila kemaluannya ditoreh dengan pisau oleh suaminya yang mendakwa kononnya terdengar bisikan suara halus.
Dalam kejadian di Bertam Ulu, Melaka, kira-kira jam 10 pagi kelmarin, suspek dipercayai memeluk isterinya dari belakang sebelum merodok isterinya yang sedang memasak dengan pisau memotong buah-buahan.
Minggu lalu, seorang isteri maut selepas dibelasah suaminya yang tiba-tiba menyerang mangsa di sebuah rumah di Kuala Lipis, Pahang.
Difahamkan, mangsa, Rosmawati Abdul Rahman, 39, menemui ajal akibat kepalanya dihentak, selain perut, dada dan paha dipijak suaminya yang mendapat tahu kononnya mangsa berbual dengan lelaki lain menerusi telefon bimbit.
Lagi saksi sahkan kenyataan Azamuddin | |||
|
Kha
“Dia asalnya tidak mahu campur. Dia takut direman,” katanya yang enggan mendedahkan indentiti pihak terbabit buat masa ini.
Bagaimanapun, selepas dinasihatkan, Khalid menambah, pemilik kenderaan tersebut membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di seksyen 11 pada sebelah malam selepas pertemuan tersebut.
Pada
Dalam aduanya, Azamuddin antaranya mendakwa kenderaan yang dipandu arwah telah bergesel dengan sebuah kereta, menyebabkan beliau dikejar oleh tiga penunggang motosikal, dipercayai rakan kepada pemilik kenderaan itu.
Menurut aduan itu lagi, ketika melarikan diri, mereka telah memotong sebuah kereta polis yang kemudiannya turut mengejar mereka. Azamuddin juga dilaporkan mendakwa, tembakan terhadap Aminulrasyid dilepaskan selepas kejadian tersebut.
Bercaka
Menurut Khalid lagi, pemilik kereta tersebut memberitahunya, pada malam kejadian tersebut, keretanya digunakan oleh seorang rakannya dan keluar minum di seksyen 7 bersama tiga penunggang motosikal terbabit.
Tambahnya, kedua-dua laporan tersebut bertepatan dengan apa yang diceritakan oleh Azamuddin dalam laporan polis dan sidang medianya sebelum ini.
Menjawab soalan, Khalid berkata, walaupun kedua-dua pihak terbabit tidak menyaksikan peristiwa ketika Aminulrasyid ditembak, laporan tersebut didakwa dapat membuktikan “konsisten dan tepatnya” versi yang diceritakan kembali oleh Azamuddin.
“Kalau di bahagian awalnya (cerita itu) tepat, takkanlah di akhirnya tidak betul?” soalnya kembali.
S
“Ketelusan bukannya bermaksud telus terhadap jawatankuasa (pemantau) sahaja, tetapi juga kena telus kepada rakyat,” tambahnya.
Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia | ||
|
"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).
"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.
Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.
"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.
"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.
- Bernama
Katil berlumur darah
anbia@hmetro.com.my
2010/05/06
AMPANG: Seorang suami hanya mampu tergamam tatkala memangku tubuh isteri yang berlumuran darah dalam keadaan muka, leher dan dada parah akibat ditetak penyamun yang menceroboh masuk ke rumahnya.
Dalam kejadian samun antara jam 7 hingga 9 malam kelmarin, mangsa yang juga seorang peniaga kedai runcit, Isnati Sahid, 58, ditemui terbujur kaku oleh suaminya, Suratman Sulaiman, 62, dalam bilik tidur di rumah mereka di Pangsapuri Intan, Ampang Permai di sini, sebaik pulang dari masjid berhampiran.
Mangsa dipercayai diserang penyamun bersenjatakan parang yang menceroboh masuk ketika bersendirian di rumahnya. Suratman yang ditemui semalam berkata, penyamun dipercayai mengambil peluang masuk ke dalam rumahnya ketika isterinya bersendirian dan ingin menunaikan solat Maghrib.
“Saya ketika itu baru pulang dari masjid kerana bertugas sebagai bilal kira-kira jam 9 malam. Namun, sebaik meletakkan motosikal di hadapan rumah, saya terkejut apabila mendapati percikan darah melekat pada cermin tingkap bilik tidur.
“Firasat buruk yang berlegar di kepala ketika itu akhirnya terbukti apabila saya menemui isteri terbaring dalam keadaan berlumuran darah di atas katil sebaik meluru ke bilik tidur,” katanya.
Menurutnya, dia tergamam sebelum memangku isterinya yang ketika itu sudah tidak bernyawa. “Saya hanya mampu mengesat darah pekat pada mukanya sebelum melihat bahagian itu mempunyai kesan luka terbelah akibat ditetak.
“Malah, kesan luka dalam turut ditemui pada leher dan dadanya. Saya juga sempat melihat kedua-dua tangannya cedera ditetak selain jari tangannya hampir lumat dipercayai akibat tetakan gila penjenayah,” katanya.
Malah, semua cincin, rantai dan gelang tangan dipakai isterinya lesap selain beg pinggang serta wang jualan yang disimpan dalam laci hilang.
“Saya hilang kata-kata dan hanya mampu mendukungnya. Saya meminta bantuan jiran membawanya ke Hospital Ampang dengan menaiki van,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu meluluhkan hati kerana isterinya yang lebih dikenali dengan panggilan Mak Haji amat lemah-lembut dan pandai mengambil hati.
“Malah, beberapa hari sebelum kejadian ini, arwah kerap memicit dan menggosok badan saya setiap kali sebelum tidur. Dia sering bertanya sama ada saya sihat atau sebaliknya berikutan saya kerap demam kebelakangan ini.
“Tapi, Tuhan memanggilnya terlebih dahulu. Susah untuk terima cara kematiannya, namun semua ini sudah ditakdirkan,” katanya.
Menurutnya, dia dan isteri baru pulang daripada menunaikan umrah seminggu lalu selepas beberapa kali menunaikan ibadat sama sebelum ini.
“Penjenayah mungkin menyedari isteri saya bersendirian di rumah kerana sebelum ini Mak Haji ditemani seorang pembantu kedai wanita warga Indonesia.
“Namun, wanita terbabit ditahan imigresen baru-baru ini ketika kami menunaikan umrah menyebabkan isteri terpaksa bersendirian di rumah ketika ketiadaan saya,” katanya ketika ditemui di Surau At-Taqwa berhampiran Pangsapuri Intan, bagi menguruskan jenazah isterinya, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa maut akibat parah pada leher.
“Mangsa juga cedera pada kedua-dua tangan. Kami percaya suspek cuba menyamun dan tindakan mangsa yang cuba melawan menyebabkan lelaki terbabit menyerangnya.
“Kami (polis) mendapati dua gelang tangan milik mangsa juga dilarikan suspek. Malah, polis percaya kekejaman suspek berada di bawah pengaruh dadah ketika melakukan perbuatan itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, pihak berkuasa turut menemui sebilah parang di tempat kejadian yang mempunyai kesan darah.
“Sehingga kini kita tidak dapat memastikan sama ada ia adalah senjata yang digunakan dalam kejadian ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 395 kanun sama kerana samun bersenjata,” katanya.
Abd Jalil berkata, lakaran fotofit wajah suspek sudah diedarkan kepada orang ramai bermula semalam dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali penjenayah terbabit diminta menyalurkannya kepada pihak polis dengan segera bagi membantu siasatan.
“Kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi memastikan suspek ditangkap dengan segera dan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.
Sementara itu, jenazah mangsa yang selesai dibedah siasat di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM), Cheras, selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Jalan Kuari, dekat sini, selepas solat Zuhur, semalam.
Diperkosa bekas suami setiap hari
2010/05/06
IPOH: Dia mengharapkan sinar baru dalam hidupnya selepas diceraikan enam bulan lalu, namun belum sempat lukanya pulih, bekas suaminya boleh diibaratkan sebagai ‘singa kelaparan’ kerana dia bukan saja dirogol hampir setiap hari, malah turut menerima penderaan fizikal seperti yang dilaluinya sepanjang 20 tahun mendirikan perkahwinan.
Sebaik diceraikan, bekas suaminya tetap pulang ke rumah seperti biasa dan mengulangi tabiat lamanya dan paling menyedihkan dia dipaksa melayan nafsu serakah haram tanpa belas kasihan sejak enam bulan lalu.
Tidak tahan dengan perbuatan jijik bekas suaminya itu, mangsa berusia 44 tahun bertindak nekad melarikan diri dari rumahnya di Kampung Tawas dekat sini sebelum ditemui orang awam dalam keadaan kaki berdarah selain kesan lebam akibat didera di bahagian pipi dan muka kira-kira jam 2 pagi, dua minggu lalu.
Mangsa dibawa ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan sebelum dihantar pulang ke rumahnya semula selepas keterangan diambil.
Namun, penderitaannya tidak berhenti di situ, sebaliknya bekas suaminya yang juga anggota keselamatan masih pulang ke rumah dan terus memukul tanpa belas kasihan dipercayai geram selepas mangsa membuat laporan polis.
Trauma selepas sekali lagi diperlakukan kejam, mangsa melarikan diri dari rumah buat kali kedua sebelum berlindung di rumah kawannya dan membuat satu lagi laporan polis.
Begitulah nasib seorang ibu tunggal beranak enam yang bukan saja tidak terlepas dari penderaan bekas suaminya, malah sentiasa diburu rasa takut dan sentiasa berada dalam keadaan trauma.
Pendedahan itu diluahkan sendiri Presiden Persatuan Wanita Perak untuk Wanita (PWW), Dr Sharifah Halimah Jaafar yang mendakwa mangsa bukan saja didera secara fizikal, sebaliknya sukar mendapatkan perlindungan daripada pihak berkaitan terutama melindunginya daripada ‘diburu’ bekas suami.
Dr Sharifah Halimah berkata, mangsa mendapatkan Perintah Perlindungan Sementara (IPO) daripada Mahkamah Majistret Ipoh bagi membolehkan satu perintah perlindungan sementara dikeluarkan bagi melindunginya daripada menjadi mangsa penderaan bekas suami.
Katanya, mangsa menunggu dan bersabar sejak dua minggu lalu bagi mendapatkan perintah IPO itu yang sepatutnya berfungsi melindungi mangsa daripada didera bekas suami.
Menurutnya, mangsa kini terpaksa berlindung sementara di rumah kawannya di sini, sementara menunggu perintah IPO itu dikeluarkan mahkamah.
“Malah, mangsa perlu pulang ke rumah kerana menjaga makan dan minum enam anak berusia antara 10 hingga 20 tahun,” katanya.
Pelajar bersalin dalam tandas
2010/05/06
KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang mengandung anak luar nikah mengejutkan kakitangan Klinik Kesihatan Felda Jerangau, Ajil apabila bersalin bayi lelaki dalam tandas klinik berkenaan, pagi semalam.
Menurut sumber, kejadian berlaku ketika remaja terbabit yang belajar di sebuah sekolah menengah dalam kawasan Ajil, Hulu Terengganu ke klinik berkenaan, kira-kira jam 10 pagi, bersama guru dan rakan sekolahnya kerana mendakwa sakit perut.
Katanya, sementara menunggu giliran untuk diperiksa, secara tiba-tiba pelajar tingkatan empat itu tergesa-gesa ke tandas klinik berkenaan kononnya mahu membuang air selepas mendakwa perutnya memulas.
“Bagaimanapun, helah pelajar terbabit terbongkar selepas rakannya yang mengesyaki sesuatu berlaku terhadap remaja itu ke tandas berkenaan untuk melihat keadaannya,” katanya.
Menurutnya, ketika memasuki tandas, rakan pelajar terbabit panik selepas mendapati terdapat seorang bayi bersama remaja terbabit yang ketika itu masih lemah selepas bersalin.
“Berikutan itu, rakannya segera memaklumkan kepada guru dan kakitangan klinik yang segera ke tandas berkenaan sebelum bertindak pantas menyelamatkan ibu muda dan bayi berkenaan,” katanya. Katanya, bayi itu dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk pemeriksaan lanjut.
Tinggal nota sebelum tusuk dada
2010/05/06
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki sempat meninggalkan sekeping nota berbunyi ‘ayah minta maaf kerana terpaksa ambil jalan singkat bagi menyelesaikan masalah’ sebelum menusuk dadanya dengan sebilah pisau lipat, malam kelmarin.
Nota terakhir itu ditemui sepasukan anggota polis di sisi mayat Khairuddin Wazir Khan, 41, yang dipercayai membunuh diri selepas menghadapi tekanan perasaan ketika bersendirian di dalam bilik tidur rakannya di Blok Cempaka B, Flet Sri Kolam di sini.
Mangsa yang menumpang bilik rakannya di flet berkenaan kira-kira hampir dua bulan lalu mengalami tekanan perasaan akibat masalah rumah tangganya dan terpaksa berpisah sementara dengan isterinya.
Mayat Khairuddin ditemui rakan serumahnya dikenali sebagai Zamri, 36, dalam keadaan terlentang di bilik tidurnya ketika membuka pintu selepas pulang bekerja, kira-kira jam 11.30 malam.
Zamri berkata, ketika memasuki rumah, dia mendapati pintu bilik tidurnya tidak tertutup rapat dan menolak pintu berkenaan untuk bertanya khabar kerana sudah biasa berbuat demikian setiap kali pulang kerja.
Sementara itu, jurucakap polis Kuala Terengganu ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Tembak Aminulrasyid: Koperal polis minta dibicarakan
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 10 Mei: Seorang pegawai polis, Koperal Jenain Subi didakwa di mahkamah Sesyen hari ini atas dakwaan menembak sehingga mati Aminulrasyid Amzah, 15, yang menjadi isu genting antara polis dengan orang ramai baru-baru ini. |
Bayi PLKN
am@hmetro.com.my
2010/05/12
PAPAR: Tangisan bayi pada awal pagi yang mengundang ketakutan di kalangan pelatih kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Ovai di sini, terjawab apabila menemui bayi lelaki yang baru dilahirkan rakan mereka di dalam tandas pusat berkenaan, awal pagi semalam.
Bayi yang masih berdarah dan bertali pusat itu ditemui sekumpulan pelatih yang menyiasat arah tangisan berkenaan sebelum mengesan bunyi itu datang dari bilik air.
Sebaik memasuki tandas, kumpulan pelatih berkenaan terkejut melihat rakan mereka dalam keadaan tidak bermaya memegang bayi sebelum menghubungi pihak pengurusan memaklumkan perkara itu.
Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Nik Zaidi Nik Zakaria mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.
“Pelatih berasal dari Keningau berusia 18 tahun itu melahirkan bayi di dalam tandas kem berkenaan sebelum ditemui pelatih lain yang curiga mendengar bunyi tangisan bayi di kawasan berkenaan.
“Ibu muda bersama bayinya itu dibawa ke Hospital Papar untuk pemeriksaan lanjut dan kini dilaporkan stabil,” katanya.
Katanya, bayi lelaki cukup sifat seberat 2.63 kilogram itu juga stabil dan sedang dirawat di hospital sama.
“Siasatan awal polis mendapati pelatih itu pernah menjalin hubungan rapat dengan lelaki dipercayai kekasih yang menetap di kampungnya di Keningau.
“Ketika mendaftarkan diri di pusat latihan itu pada Mac lalu, pelatih berkenaan dipercayai sudah berbadan dua,” katanya.
Katanya, pelatih itu bijak menyembunyikan kehamilannya sehingga tidak disedari jurulatih dan rakan pelatih lain.
“Semua jurulatih mengaku tidak menyedari mengenai perkara itu sepanjang dua bulan pelatih berkenaan menjalani latihan di kem itu.
“Polis kini sedang mengesan seorang lelaki berusia 20 tahun yang boleh membantu siasatan,” katanya.
Sementara itu, Nik Zaidi turut mengingatkan pihak pengurusan PLKN melakukan pemeriksaan lebih teliti terhadap pelatihnya
“Saya mencadangkan pihak kem PLKN melakukan ujian kehamilan ke atas semua pelatih yang bakal memasuki pusat ini pada masa akan datang.
“Langkah ini bertujuan mengelak kes seperti ini berulang selain perkara tidak diingini berlaku,” katanya.
Katanya, pihak bertanggungjawab perlu menjadi kejadian itu sebagai pengajaran dan iktibar.
"Apa akan terjadi dan bertanggungjawab jika pelatih bersalin ketika sedang mengadakan latihan lasak seperti memanjat dan sebagainya.
"Kita tidak mahu berlaku sesuatu buruk berlaku yang boleh menyebabkan nyawa pelatih dan bayi dikandungnya terancam," katanya.
Pelakon cedera diserang
mfirdaus@hmetro.com.my
2010/05/12
KUALA LUMPUR: Air tenang jangan disangka tiada buaya. Itu perumpamaan bagi menggambarkan kejadian tidak diduga menimpa seorang pelakon wanita sehingga menyebabkan kecederaan pada muka serta leher akibat diserang dan disamun seorang lelaki di kawasan yang kelihatan aman dan tenteram di ibu kota, semalam.
Difahamkan, mangsa, Mislina Mustafa, 38, cedera akibat terkena serpihan kaca selepas lelaki berusia awal 30-an memecahkan cermin belakang keretanya menggunakan sebatang kayu.
Pelakon wanita itu pernah membintangi beberapa filem yang memecah panggung seperti Mokhsin, Puaka Tebing Biru dan bakal memegang watak Zaiton Sameon dalam filem menceritakan perjalanan hidup penyanyi itu mendakwa dia kini trauma.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi di Setapak di sini, Mislina yang juga dipanggil Leena mendakwa diserang seorang lelaki ketika mahu meninggalkan kawasan berkenaan.
Katanya, ketika kejadian dia yang baru masuk ke dalam Perodua Kancil miliknya selepas bersarapan dan melayari Internet di sebuah restoran makanan segera, diserang secara tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topi.
“Lelaki terbabit menghentak cermin belakang kereta dipercayai menggunakan sebatang kayu sebelum mengambil sebuah komputer riba di tempat duduk belakang dan melarikan diri menggunakan sebuah kereta yang siap menunggu di kawasan berhampiran,” katanya ketika dihubungi, petang semalam. Menurutnya, kejadian itu terlalu pantas dan mendakwa tidak dapat mengingati wajah suspek walaupun dapat melihat lelaki terbabit dengan jelas.
“Lagipun, hentakan kuat itu mengejutkan saya....terdiam seketika dibuatnya.
“Ketika itu, apa yang saya fikirkan hanya keselamatan diri dan sanggup menyerahkan segala barang termasuk wang tunai diminta penjenayah asalkan saya tidak diapa-apakan.
“Saya bernasib baik kerana suspek hanya mengambil komputer riba sebelum melarikan diri,” katanya.
Mislina berkata, dia hairan kerana suspek terlalu berani melakukan perbuatan itu di khalayak ramai.
“Apa yang pasti, lelaki terbabit sudah memerhatikan saya dari awal. Jika tidak, mustahil dia tahu saya meletakkan komputer riba pada belakang kereta,” katanya.
Mangsa cedera pada muka dan leher akibat terkena percikan kaca dan dirawat sebagai pesakit luar di sebuah klinik berhampiran lokasi kejadian.
Mislina berkata, walaupun trauma dengan kejadian itu, dia tetap bersyukur kerana terselamat.
“Saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati walaupun berada di kawasan yang disangkakan selamat kerana kejadian jenayah boleh berlaku tidak mengira masa dan lokasi,” katanya.
Difahamkan, Mislina kerugian lebih RM2,000 selepas kehilangan komputer riba kesayangannya selain terpaksa menggantikan cermin belakang keretanya.
Berikutan kejadian itu, Mislina membuat laporan di Balai Polis Setapak di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.
Rugi RM210j kerana gores, menang
shamsulmunir@hmetro.com.my
2010/05/12
KUALA LUMPUR: Walaupun pernah ditipu syarikat gores dan menang, terdapat pengguna ditipu sekali lagi oleh syarikat sama yang menukar taktik kepada peraduan koyak dan menang.
Aduan seperti itu adalah antara aduan yang diterima Pusat Khidmat Aduan Pengguna Malaysia (NCCC) membabitkan nilai kerugian berjumlah RM210 juta yang ditanggung pengguna negara ini sepanjang tahun lalu.
Angka dikeluarkan NCCC itu daripada 32,369 kes yang diterima pihaknya dengan purata sebanyak 120 aduan sehari.
Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Marimuthu Nadason berkata, jumlah kerugian yang dialami pengguna itu sesuatu yang mengejutkan namun dari sudut yang lain ia sesuatu perkara yang positif.
“Peningkatan jumlah aduan yang diterima NCCC itu menunjukkan pengguna mula sedar dengan hak mereka.
“Selain itu, mereka juga telah mula menunjukkan sikap matang dalam menjadi seorang pengguna,” katanya.
Kata Marimuthu, jumlah aduan diterima juga berdasarkan 23 kategori dikenal pasti pihaknya dan dari kategori itu, jualan langsung atau penipuan menunjukan jumlah aduan tertinggi sebanyak 2,713 aduan.
Katanya, jumlah aduan kedua tertinggi pula ialah dari kategori Perumahan diikuti aduan Komunikasi dan Multimedia.
Beliau berkata, satu kategori baru turut diwujudkan tahun lepas iaitu Agensi Kerajaan dan Perkhidmatan yang menduduki tangga kesembilan dengan 1,563 aduan yang melibatkan layanan dan perkhidmatan pekerja dan pegawai di perkhidmatan awam.
Marimuthu berkata, dari jumlah keseluruhan aduan yang dilaporkan kepada pihaknya, sebanyak 85 peratus aduan kes telah diselesaikan.
“Ia dianggap selesai berdasarkan pengguna yang berpuas hati dengan tindakan yang diambil pihaknya ke atas pihak berkenaan.
“Bagaimanapun wujud kesukaran dalam menyelesaikan aduan berkenaan perumahan apabila terikat dengan beberapa peraturan yang perlu dikemas kini kementerian terbabit dalam menjaga hak pengguna,” kata beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah NCCC.
Marimuthu berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri Seminar Kebangsaan Pengendalian Aduan 2010 di sini, semalam.
Dalam seminar yang dihadiri 170 peserta itu, pihaknya turut melancarkan laporan tahunan NCCC 2009 yang merumuskan cadangan kepada pengguna serta pihak terbabit bagi mencegah kejadian penipuan sebegini berulang.
Kata Marimuthu, ia juga boleh diguna sebagai aplikasi pencegahan kepada pengguna malah memberi kesedaran serta panduan kepada pengguna.
Seminar yang telah masuk tahun keempat itu turut membincangkan hasil daripada analisis aduan-aduan yang diterima disamping menambaik amalan perniagaan dalam meningkatkan keupayaan perkhidmatan pengguna.
Rupanya dia adik saya
am@hmetro.com.my
2010/05/12
KUANTAN: Amat menyentuh hati apabila dua lelaki yang tinggal berjiran di Kampung Razali di sini selama 21 tahun tidak menyedari mereka sebenarnya adik-beradik tiri yang terpisah selepas ibu mereka berkahwin lain.
Menceritakan semula detik pertemuan bersejarah itu, Rozak Mohd, 65, berkata dia mendapat tahu mengenai hubungan persaudaraan dengan jiran, Azizi Hamzah, 44, yang menetap di sebelah rumahnya itu selepas menghadiri pengebumian adik tiri, Mek Mah Che Ibrahim di Kemaman, Terengganu, Disember lalu.
Menurut Rozak, bapanya meninggalkan dia dan ibunya ketika dia baru belajar merangkak sebelum ibunya berkahwin semula dan dikurniakan dua lagi anak. “Apa yang saya tahu, saya hanya ada dua adik tiri iaitu Mek Mah dan Zainuddin hasil perkahwinan kedua ibu, Mek Som Awang dengan Che Ibrahim.
“Saya tidak tahu jika ibu berkahwin kali ketiga kerana saya tidak pernah menemuinya lagi berikutan saya diambil ibu saudara untuk dipelihara,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Rozak berkata, dia mendapat tahu mempunyai adik tiri lain hasil perkahwinan ketiga ibunya selepas dimaklumkan anaknya, Rosli, 34.
“Sekembalinya kami ke rumah sebaik upacara pengebumian selesai, anak saya memberitahu bapa saudaranya, Zainuddin ada menceritakan kepadanya saya ada adik tiri yang menetap di Kuantan. “Zainuddin turut memberitahu adik tiri kami baru saja bersara sebagai askar dan kini menjual ikan, selain memberitahu bagaimana rupa parasnya. Daripada cerita itu, saya menyedari ciri yang disebut itu menyamai jiran lelaki yang menetap di sebelah rumah,” katanya.
Katanya, dia memberanikan diri ke rumah jirannya pada suatu hari selepas beberapa hari gelisah memikirkan kesahihan maklumat yang disampaikan anaknya, selain ingin mendapatkan kepastian.
“Ketika menemuinya, Azizi berada dalam kereta hendak keluar bekerja sebelum saya memintanya keluar dari kereta kerana ada hal yang hendak dibincangkan.
“Azizi terkejut dan terpinga-pinga apabila saya terus memeluknya dan menangis tiba-tiba sebelum menceritakan perkara sebenar bahawa dia adalah adik tiri saya,” katanya.
Sementara itu, Azizi berkata, mulanya dia tidak percaya dengan berita yang disampaikan Rozak sebelum menghubungi abang tiri, Zainuddin bagi mendapatkan kepastian.
“Saya memang terkejut dengan kejadian yang tidak diduga ini, namun akhirnya percaya selepas disahkan sendiri oleh Zainuddin.
“Kami kemudian bercerita mengenai kisah keluarga masing-masing bagi merungkai salasilah adik-beradik lain sekali gus menjawab persoalan mengapa kami tidak pernah bertemu sebelum ini,” katanya.
Azizi berkata, ibunya menetap di Bachok, Kelantan, bersama bapanya yang juga suami ketiga dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan lapan anak.
“Saya hanya tahu ada seorang kakak dan seorang abang tiri, tetapi tidak tahu ada lagi seorang abang tiri kerana ibu tidak pernah menceritakan kisah anak pertamanya kepada saya.
“Rahsia itu ibu pendam sampai dia meninggal dunia pada 1995, manakala saudara tiri juga tidak pernah menceritakan mengenai abang tiri sulung kepada saya,” katanya.
Katanya, dia memang tidak menyangka kejadian itu yang dianggap pelik berlaku dalam hidupnya selama dia tinggal berjiran dengan Rozak yang juga bekas pekerja Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) “Hampir setiap hari kami bertemu kerana rumah kami hanya sebelah-menyebelah. Malah, kami juga bertemu setiap kali ada majlis keraian anjuran penduduk.
“Kami juga saling mengunjungi jika masing-masing mengadakan kenduri. Lebih pelik, apabila kami tidak pernah bertemu dalam satu majlis yang turut dihadiri saudara tiri yang mengenali kami menyebabkan rahsia ini terus terpendam,” katanya.
Azizi berkata, bagi mengeratkan semula hubungan kekeluargaan mereka bercadang mengadakan majlis kesyukuran pada bulan depan dan mengumpulkan semua adik-beradik.
NEGARA
Luar cantik dalam menjijikkan
MELAKA – Dipandang dari luar, sebuah kedai makan di Plaza Mahkota, Banda Hilir di sini kelihatan cantik dan bersih.
Namun imej cantik dan bersih itu terhakis dan diganti imej menjijikkan sebaik sahaja melihat tandas restoran berkenaan.
Keadaan menjijikkan itu bukan kerana tandas di situ kotor, namun tindakan pengusaha kedai makan berkenaan menjadikan tandas di situ sebagai tempat menyimpan bahan mentah masakan seperti bawang dan minyak masak serta periuk yang tentunya memualkan pelanggan apabila melihat keadaan tersebut.
Lebih memeranjatkan, tidak cukup satu tandas digunakan, sebuah lagi tandas di situ turut digunakan sebagai stor.
Pegawai Inspektorat dan Pembangunan Komuniti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd. Derus Tompang berkata, perkara itu dikesan oleh pihaknya dalam satu operasi bersepadu melibatkan 28 anggota MBMB dan Jabatan Kesihatan semalam.
“Tandas tidak boleh digunakan sebagai stor untuk menyimpan bahan mentah masakan dan peralatan memasak.
“Lagi pun, kedai ini terletak berhampiran kawasan tumpuan pelancong. Pelancong tentu berasa jijik jika melihat tandas ini dipenuhi bahan mentah untuk masakan dan ia tentu memalukan negeri Melaka,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.Gadis korban nafsu tentera
TAMPIN – Perkenalan singkat dengan seorang anggota tentera membawa padah kepada seorang pekerja restoran apabila dia dirogol bergilir-gilir oleh lelaki berkenaan bersama dua lelaki lain yang juga anggota tentera.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa berumur 22 tahun dan bekerja di Dataran Pahlawan, Melaka dirogol di sebuah rumah dekat Taman Clonlee, di sini.
Sumber memaklumkan, ketika kejadian, mangsa dikatakan baru tiga hari mengenali salah seorang daripada tiga lelaki terbabit dan dijemput balik dari tempat kerja untuk bersiar-siar serta menjamu selera.
“Pada awalnya, mangsa enggan menerima memenuhi pelawaan lelaki terbabit kerana mendapati terdapat dua lagi lelaki berada dalam kereta.
“Bagaimanapun, selepas dipujuk dan diberi jaminan yang mangsa tidak akan diapa-apakan, mangsa mengikut lelaki berkenaan. Mangsa kemudiannya bersiar-siar di sekitar bandar Melaka dan diajak mandi di sebuah kolam air panas di Alor Gajah,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah rumah di Taman Clonlee dan dipaksa membuka pakaian.
“Lelaki berkenaan juga mengugut mencederakan mangsa sekiranya enggan menurut arahan.
“Bimbang atas keselamatan diri, mangsa terpaksa mengikut kehendak mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran kira-kira jam 8 pagi, kelmarin.
Mangsa juga dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk pemeriksaan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika ditemui mengesahkan menerima laporan berkenaan.
“Polis berjaya menahan suspek dipercayai anggota tentera di sebuah kem tentera di Melaka, jam 5 petang,” katanya.
Perogol kanak-kanak terima padah
Hakim Zainal L. Saleh menjatuhkan hukuman tersebut setelah tertuduh, Muhd Hafiz Saibi, 23 dari Kampung Permatang Pasir, Gunong, Bachok itu membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan yang dihadapinya.
Berdasarkan pertuduhan yang dihadapi Hafiz, bertempat di kawasan kebun getah Kampung Gong Pak Ghani Binjai, dekat sini telah merogol dengan menyebabkan kecederaan kepada seorang kanak-kanak berusia 11 tahun 8 bulan kira-kira jam 3.30 petang.
Atas kesalahan itu, tertuduh didapati melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit bersalah boleh dijatuhi hukuman penjara selama tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.
Menurut fakta kes yang dikemukakan, mangsa bersama adik dan seorang lagi rakannya bersiar-siar di sekitar kampung berdekatan tali air di kampung tersebut.
Semasa di tengah jalan, tertuduh menarik tangan kanan dan mengheret mangsa menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong dan adik serta rakan mangsa sempat melarikan diri untuk meminta pertolongan.
Tertuduh kemudian mengeluarkan pisau dan meletakkannya di leher mangsa serta mengugut akan membunuhnya sekiranya dia menjerit.
Mangsa cuba melawan tertuduh yang bertindak membawanya ke kebun getah tetapi tidak berdaya lalu menjerit tetapi tertuduh bertindak menumbuk mulut menyebabkannya bengkak dan hidung mangsa turut berdarah.
Tertuduh terus menarik dan merogol mangsa.
Semasa prosiding dijalankan, Zainal memberi peluang kepada tertuduh yang tidak diwakili mana-mana peguam bela untuk mengemukakan rayuan, bagaimanapun tertuduh hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali.
Timbalan Pendakwa Raya, Nooriah Osman memohon kepada mahkamah untuk mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh memandangkan tertuduh bertindak merogol kanak-kanak yang masih di bawah umur serta menggunakan kekerasan.
“Tindakan tertuduh menyebabkan kecederaan fizikal dan menjadi trauma kepada mangsa,” katanya.
Zainal kemudian bersetuju dengan hujah pihak pendakwaan dan berkata pengakuan tertuduh mengaku bersalah tidak memadai untuk beliau mengenakan hukuman ringan terhadap kesalahan yang dilakukan.
“Saya mengambil kira kejadian yang menggunakan kekerasan dan senjata yang memberatkan lagi hukuman yang dikenakan terhadap kamu.
“Gunakan tempoh menjalani hukuman ini untuk merenung kembali kesalahan yang dilakukan dan tidak mengulangi kesilapan sama,” katanya semasa menasihati tertuduh.
Tertuduh turut dikenakan pengawasan pihak polis selama setahun.
Straw longkang!
PULAU TIKUS – Memang menjijikkan apabila pemilik kedai kopi di Pulau Tikus sanggup menggunakan penyedut minuman secara berulang kali untuk pelanggannya.
Rahsia itu terbongkar setelah pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Jabatan Kesihatan Daerah Timur Laut mengadakan operasi mengejut ke premis berkenaan, kelmarin.
Setelah diperiksa, penguat kuasa mendapati penyedut minuman yang sudah digunakan pelanggan dikumpulkan dalam besen dan diletakkan dalam singki.
Ahli Majlis MPPP, Ramlah Bee Asiahoo berkata, beliau nampak sendiri penyedut yang digunakan pelanggan sebelum itu dikutip dan kemudian digunakan semula.
Menurutnya, peniaga terbabit juga didapati tidak memperbaharui lesen perniagaan dan memberi pelbagai alasan kepada pegawai jabatan kesihatan dan MPPP.
Pekedai itu berkata “kaki saya sakit sebab itu tidak boleh pergi bayar lesen baru, mereka hentikan operasi saya bukan sebab makanan tetapi kerana infrastruktur saja,’ katanya yang memberikan banyak alasan dan jawapan ketika ditanya.
Pemerhatian mendapati barang makanan diletakkan di atas lantai begitu sahaja, dan ada juga yang berdekatan dengan sabun basuh.
Selang beberapa unit dari kedai kopi itu, pemilik sebuah lagi premis enggan memberikan kerjasama kepada penguat kuasa.
Antara kata-kata yang dikeluarkan ialah sekiranya kedai makanannya ditutup, dia mahu semua premis makanan lain yang berada sebaris dengannya juga ditutup, barulah ia dianggap adil.
Antara kesalahan lain yang dilakukan pekedai kopi dan makanan sekitar Pulau Tikus ketika diperiksa ialah najis tikus dilihat merata tempat, tandas kotor, kebanyakan barang makanan diletakkan atas lantai dan sampah tidak ditutup dengan baik.
Sebuah restoran makanan Cina di Persiaran Gurney turut diserbu pegawai kesihatan kelmarin dan diklasifikasikan pada tahap teramat-amat kotor.
Ahli Majlis MPPP, Ong Ah Teong berkata, pemeriksaan mendapati lipas berkeliaran di merata tempat dan ada yang berada hampir dengan makanan.
Menurutnya, penilaian yang diberikan kepada restoran itu hanya pada tahap 25.5 peratus.
“Ini adalah tahap yang teramat-amat kotor, markah lulus ialah 50 ke atas. Ketika pemeriksaan, didapati mereka tidak melabelkan makanan dan sarang sesawang di siling begitu dekat dengan tempat memasak.
“Lantai pecah dan air sisa makanan dari kedai masuk secara terus ke parit, pihak kesihatan memutuskan supaya restoran ini ditutup selama 14 hari bagi proses baik pulih,” katanya selepas operasi.
Operasi bermula pada jam 10 pagi itu turut memeriksa tujuh premis makanan di Pulau Tikus dan Persiaran Gurney Drive.
Ah Teong berkata, empat premis makanan diberi Notis Akta Makanan 1983 dan tidak boleh menjalankan sebarang operasi selama 14 hari.
Pemeriksaan setiap minggu MPPP itu dijalankan sejak Oktober 2009 dengan lebih 400 premis makanan diperiksa dan 488 saman dikeluarkan kepada pekedai atas pelbagai kesalahan.
“Pemilik kedai makanan perlu segera memperbaiki sistem pengurusan makanan bagi mengelak kedai mereka ditutup dan disaman.
“MPPP menjalankan operasi setiap minggu dan mahu semua pekedai berjaga-jaga sejajar dengan matlamat Kerajaan Negeri mahu menjadikan sebagai bandar raya bertaraf antarabangsa,” katanya.
No comments:
Post a Comment