Wanita cantik cari Sugar Daddy di laman sosial
2010/04/26
TAIPEI: Laman sosial ‘I want a sugar daddy’ dilapor menarik minat 5,000 wanita dalam tempoh hanya dua hari.
Laman diwujudkan lima wanita cantik di Facebook 21 April lalu, mengalu-alukan penyertaan wanita yang ingin hidup mewah dibiaya sugar daddy atau lelaki kaya yang mencari wanita simpanan.
Seorang  daripada wanita itu turut memenuhi janji meletakkan gambar seksinya di  laman sosial itu jika ahli melebihi 500 orang.
Pengasas laman  itu, Leslie Liao bagaimanapun berkata, mereka sebenarnya tidak mencari  sugar daddy sebenar untuk membiaya kehidupan kerana setiap seorang  memiliki kerja yang stabil dan bergaji besar.
Mereka  melakukannya kerana cemburu dengan penghibur yang digilai hartawan dan  menaburkan kehidupan mewah.
“Saya melakukannya selepas kami berbual mengenai kepayahan membiaya pelajaran kami di luar negara dan akhirnya memutuskan untuk mewujudkan laman ini sebagai satu jenaka,” katanya. - Agensi
DUNIA
Disiasat kerana amalkan poligami
PARIS - Seorang lelaki Perancis kelahiran Algeria, Lies Hebbadj mencetuskan kontroversi mengenai polemik suami yang berpoligami apabila mendakwa memiliki perempuan simpanan yang merupakan cara hidup rakyat negara itu.
Dia menimbulkan kenyataan itu ekoran komen seorang peguam pakar dalam isu imigresen, Rabah Hached yang mengesahkan, berkahwin mengikut upacara agama tidak boleh dikira sebagai perkahwinan menurut undang-undang Perancis.
Hached kemudian menjelaskan, jika berlaku perkahwinan secara agama sama ada di Algeria atau Perancis, isteri itu dianggap sebagai wanita yang tidak berkahwin dan layak untuk menerima bantuan kebajikan negara untuk anak-anak mereka.
"Ia tidak salah untuk memiliki perempuan simpanan tetapi saya beranggapan lelaki itu (Hebbadj) sedang memperkatakan mengenai hak-hak dia untuk memiliki ramai isteri dengan berkahwin mengikut upacara agama Islam," kata Hached.
Hebbadj kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Perancis kerana disyaki mengamalkan poligami untuk mendapat subsidi negara itu bagi seorang isterinya yang sah dan kemudian diagihkan pula kepada setiap isterinya yang lain.
Menteri Dalam Negeri, Brice Hortefeux berkata, beliau mahu melucutkan kerakyatan lelaki itu jika didapati mengamalkan poligami dan menyiasat sama ada Hebbadj pernah berkahwin dengan empat isteri mengikut upacara sivil Perancis.
Hebbadj mempertahankan poligami kerana dia berkahwin mengikut upacara agama dan berkata, jika kerakyatan dirinya dilucut, ia bererti ramai lelaki di Perancis juga akan hilang kerakyatan kerana memiliki ramai perempuan simpanan. - AP
DUNIA
Polis lancar operasi banteras gigolo
JAKARTA - Polis Indonesia menahan 28 orang lelaki yang berbadan sasa dalam satu operasi membanteras gigolo pantai di kawasan pulau peranginan Bali minggu ini, kata pegawai-pegawai polis semalam.
Polis berkata, gigolo tersebut menyasarkan pelancong-pelancong wanita asing sebagai mangsa mereka.
Operasi itu bermula pada kelmarin selepas penayangan sedutan sebuah dokumentari peluncur air, Koboi-Koboi Kuta Bali. Cerita itu mengisahkan peluncur-peluncur berbadan sasa dan berkulit sawa matang menjalin hubungan cinta jangka pendek bersama wanita asing.
Seorang jurucakap majlis daerah kawasan itu, Gede Wijaya, berkata, 28 orang ditahan kerana mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang lengkap atau mengganggu ketenteraman dan keselamatan pantai. - Reuters
DUNIA
Bilik RM35,000 satu malam
DUBAI - Dengan satu bilik berharga hingga AS$11,000 (RM35,000) untuk penginapan satu malam, pereka fesyen ternama dari Itali, Giorgio Armani merasmikan hotel pertamanya di menara tertinggi dunia, Burj Khalifa di sini, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.
"Kelmarin, saya melihat hotel ini hidup (beroperasi) dan saya berasa amat tersentuh," kata Armani dalam satu sidang media di Burj Khalifa.
Harga penginapan di hotel berkenaan yang dinamakan Hotel Armani diakui mahal tetapi reka bentuk, hiasan dalaman dan susun atur hotel berkenaan menampilkan konsep ringkas tetapi elegan.
Menggunakan kombinasi warna hitam dan coklat, hotel itu menduduki sebahagian ruang tingkat bawah sehingga tingkat lapan Burj Khalifa manakala suit mewah terletak di tingkat 38 dan 39.
Ia turut dilengkapi beberapa restoran mewah dan sebuah spa, tetapi keahlian spa tersebut terhad kepada 300 ahli kelab Gaya Armani sahaja.
Pereka fesyen itu turut mereka bentuk sejumlah apartmen mewah, Armani Residence di tingkat sembilan sehingga tingkat 16 bangunan tersebut yang dijual kepada pembeli persendirian. - AFP
DUNIA
Kasino kedua Singapura dibuka
SINGAPURA - Kasino kedua Singapura dibuka semalam sekali gus meningkatkan reputasinya sebagai pusat perjudian untuk golongan kaya.
Kasino Marina Bay Sands yang dibina oleh syarikat perjudian gergasi Amerika Syarikat, Las Vegas Sands itu dibuka pada pukul 3.18 petang waktu tempatan. Ia yang bernilai AS$5.5 bilion (RM17.5 bilion) bakal meningkatkan sektor perlancongan sekali gus menjadi pusat peralihan perjudian dari Barat ke Asia.
Pengerusi Las Vegas Sands, Sheldon Gary Adelson memberitahu, penduduk Asia melihat perjudian sebagai satu hiburan manakala penduduk Barat lebih gemar berbelanja untuk makanan atau keluar dengan teman.
Kasino pertama Singapura, Resorts World Sentosa yang bernilai AS$4.4 bilion (RM14 bilion) dibina oleh Kumpulan Genting Malaysia dan dibuka pada 14 Februari lalu.
Kasino Marina Bay Sands yang setinggi empat tingkat itu mempunyai 600 meja judi, 1,500 mesin slot dan lebih 30 bilik perjudian peribadi.
Seorang rakyat Malaysia Lee Kim Lian, 68, menyatakan dia tiba kelmarin dengan wang tunai sebanyak S$10,000 (RM23,260) untuk bermain judi. - AFP
DUNIA
Persatuan bogel serbu pulau di Britain
BRISTOL - Sejumlah lelaki dan wanita yang menganggotai sebuah persatuan bogel menyerbu Pulau Flat Holm, dekat sini untuk menikmati aktiviti perkelahan dalam keadaan tanpa seurat benang, lapor sebuah akhbar semalam.
Mereka datang dari seluruh Britain dan berada di pulau berkenaan sepanjang hujung minggu lalu.
Ahli-ahli persatuan yang mengamalkan cara hidup bogel, itu turut tidak membenarkan orang lain berada di lokasi tersebut melainkan mereka bersetuju untuk turut sama melucutkan pakaian.
Pencipta telefon, Marchese Guglielmo Marconi menghantar mesej radio pertama dari Pulau Flat Holm pada tahun 1897 sekali gus menjadikan tempat itu terkenal di kalangan pelancong.
Pulau batu berkeluasan 34.8 hektar di Selat Bristol, dekat sini pernah menjadi tempat perlindungan penyeludup. - Agensi
DUNIA
Tupai pertahan bangkai rakan
LONDON - Seekor tupai sanggup berhadapan bahaya demi mempertahankan bangkai rakannya daripada menjadi hidangan sekumpulan burung gagak, lapor sebuah akhbar semalam.
Sekumpulan burung gagak itu terpaksa melupakan niat untuk menjadikan bangkai seekor tupai yang mati kerana terdapat seekor tupai yang tidak membenarkan haiwan itu memakannya.
Satu rakaman video menunjukkan kesetiaan tupai tersebut terhadap rakannya sehingga ia sanggup menghalang tiga ekor burung gagak memakan bangkai rakannya di sebatang jalan raya.
Klip video itu dapat dilihat di laman YouTube dan ia telah ditonton oleh lebih 500,000 penonton.
Dalam rakaman tersebut, tupai itu melompat sambil menggerakkan ekor bagi memberi isyarat supaya burung gagak itu beredar.
Namun, seekor demi seekor gagak mendekati bangkai itu.
Tupai itu kemudian berdiri dan dilihat berbaring di tepi bangkai rakannya seolah-olah ia bersedia untuk menerkam burung gagak menyebabkan haiwan berkenaan melupakan hasrat untuk memakannya. - Agensi
DUNIA
Ibu paling kecil di Britain
|   | 
|   GAMBAR menunjukkan Amanda  bersama anaknya yang berumur 14 bulan.   | 
HINKLEY - Seorang bayi yang berumur 14 bulan di sini mempunyai ketinggian mengatasi ibunya, Amanda Moore di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Keadaan itu berlaku kerana bayi itu dilahirkan oleh ibu paling kerdil di negara berkenaan, Amanda Moore yang berusia 25 tahun.
Bayi itu yang diberi nama Aidan dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean pada Februari tahun lalu.
Penyakit tulang yang dialami oleh Amanda menyebabkan dia setinggi 0.93 meter dan tidak lagi mampu untuk berdiri.
Namun, anaknya itu sudah setinggi 0.76 meter.
Menurut Amanda, Aidan mungkin akan menjadi tinggi seperti bapanya, Steven Fyfe, 20 yang memiliki ketinggian 1.85 meter.
Lahir dalam keadaan 14 tulangnya patah, wanita itu dinasihatkan supaya tidak mengandung kerana doktor bimbang kerangka tubuh yang kecil tidak mampu menampung kandungannya dan memintanya melakukan pengguguran.
"Namun, pada masa sama, saya merasakan perasaan kasih sayang terhadap anak ini. Kami mahukan dia," kata Amanda yang tidak bercadang untuk mempunyai anak kedua.
Menurutnya, Aidan sudah mula belajar bercakap dan sangat suka bergerak. - Agensi
NEGARA
Cucu bersubahat rompak nenek
|   | 
|   RULIAH  melihat kain yang digunakan untuk mengikat tangannya sebelum disamun di rumahnya di  Panchor semalam.   | 
MUAR - Malang bagi seorang nenek apabila cucu sendiri bersubahat dengan tiga penyamun dalam satu kejadian samun di rumahnya di Kampung Jawa, Panchor di sini semalam.
Menurut Ruliah Abu Bakar, 75, ketika kejadian, dia sedang berbual bersama cucunya itu, Siti Napisah Harun, 14, sebelum didatangi tiga individu bermotosikal.
Ketiga-tiga suspek, dua lelaki berusia belasan tahun dan seorang wanita berusia 40-an itu sempat memberi salam sebelum naik terus ke rumah dan menyamun mangsa.
Ruliah berkata, dia langsung tidak menyangka ketiga-tiga suspek itu akan menyamunnya kerana wanita berkenaan adalah kenalan Siti Napisah.
Katanya, seorang suspek lelaki terus menutup mulut dan tangannya diikat dengan kain sebelum menutup kepalanya dengan kain tudungAskar wanita didakwa raba rakan sekerja
MELBOURNE - Kapal HMAS Success sekali lagi berhadapan dengan satu skandal seks dan alkohol selepas seorang askar wanita berkelakuan tidak senonoh di Singapura baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita tersebut didakwa turun ke sebuah pelabuhan di Singapura pada bulan lalu tetapi dia kemudian mabuk seterusnya meraba rakan-rakan lelakinya.
Salah seorang daripada lelaki tersebut telah membuat aduan rasmi mengenai kelakuannya.
Perkhidmat Pasukan Pertahanan Tentera Australia telah melancarkan siasatan berhubung kes berkenaan. - Agensi
DUNIA
Belgium lulus larangan pakai burka
BRUSSELS - Majoriti anggota Parlimen Belgium kelmarin menyokong rang undang-undang yang melarang pemakaian burka di tempat awam.
Apabila undang-undang baru dikuatkuasakan nanti, Belgium bakal menjadi negara Eropah pertama yang menguatkuasakan larangan pemakaian burka.
Rang undang-undang itu diluluskan selepas 136 anggota Dewan Rendah Parlimen Belgium menyokongnya manakala dua wakil rakyat memilih untuk berkecuali tetapi tiada anggota yang menentang rang undang-undang tersebut.
Larangan itu melibatkan lokasi seperti di jalan raya, taman awam dan stadium atau mana-mana bangunan yang digunakan oleh orang ramai.
Mereka yang tidak mematuhi undang-undang baru itu boleh didenda sehingga 25 euro (RM105) atau dipenjara maksimum tujuh hari. - AFP
DUNIA
Teman seks Ribery dedah cerita
|   | 
|   ZAHIA DEHAR   | 
MUNICH - Bintang bola sepak pasukan kebangsaan Perancis, Franck Ribery menjadikan seorang pelacur bawah umur, Zahia Dehar sebagai hadiah hari lahirnya dengan membayar kos penerbangannya dari Paris ke sebuah bilik hotel di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Akhbar berkenaan memetik Zahia memberitahu majalah Perancis, Paris Match bahawa Ribery membayar beribu-ribu euro untuk penerbangan kelas pertama dan bermalam bersamanya di sebuah hotel lima bintang sempena hari jadi ke-26 bintang bola sepak antarabangsa itu pada 7 April tahun lalu.
"Saya ialah hadiah hari jadi yang comel untuk Ribery," kata Zahia yang ketika itu cuma berusia 17 tahun.
Zahia ialah antara 18 gadis yang disoal siasat dalam satu serbuan polis pada bulan lalu di rumah pelacuran Cafe Zaman, Paris yang sering dikunjungi oleh pemain-pemain bola sepak.
"Ribery berkenalan dengan saya di sebuah kelab malam di Paris. Dia menempah saya dan membayar tiket penerbangan," jelas gadis itu.
Skandal seksnya dengan Ribery yang telah berkahwin dan dianggap pemain terbaik Perancis, dikhuatiri menjejaskan persiapan pasukan kebangsaan negara itu pada pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan, Jun depan.
Zahia memberitahu beberapa pegawai polis antipelacuran bahawa dia dibayar 1,724 (RM7,317) euro sebagai habuan seks satu malam dengan tiga pemain bola sepak.
Zahia yang kini bersembunyi di sebuah vila di selatan Perancis selepas skandal itu terbongkar pada 12 April lalu, turut menyatakan kepada Paris Match bahawa dia memberitahu Ribery umurnya 18 tahun ketika itu kerana undang-undang Perancis hanya membenarkan individu berusia 18 tahun ke atas untuk menjadi pelacur.
Dalam wawancara sama, gadis kelahiran Maghribi itu menyatakan, dia mula terbabit dalam aktiviti pelacuran semasa berusia 16 tahun.
"Kali pertama saya melakukannya (melacur) juga sempena dengan sambutan hari jadi seorang lelaki.
"Saya sentiasa nampak lebih tua berbanding usia sebenar saya dan apabila saya mula menyedari bahawa saya mampu menggembirakan lelaki, saya terfikir mengapakah tidak membuat keuntungan daripada kelebihan saya?," kata Zahia yang menganggap dirinya sebagai teman sosial dan bukan pelacur.
"Semua wang yang saya peroleh milik saya kerana saya tidak bergantung kepada ibu atau bapa ayam. Saya juga menjalin hubungan seks dengan orang yang saya suka sahaja dan tiada sesiapa yang memaksa saya untuk melakukannya," tambahnya.
Menurut Zahia, keluarganya yang patuh kepada ajaran Islam tidak mengetahui kegiatan gelapnya itu sehinggalah berita mengenai skandal terbarunya di siar akhbar tempatan.
"Ibu dan bapa tiri saya tidak mengetahui aktiviti saya sehingga pendedahan skandal ini. Kini saya telah membuatkan mereka 'terkejut'," katanya. - Agensi
Gadis dua kali sedap
salman@hmetro.com.my
2010/05/01
JOHOR BAHRU: Dia bukan saja terkenal di kalangan penagih dadah, malah gadis genit perayau lorong gelap di sekitar bandar raya ini turut menjadi buruan lelaki hidung belang kerana menyediakan ‘pakej dua kali sedap’ dengan bayaran RM70 merangkumi dadah, jarum suntikan dan khidmat seks.
Ketika ditahan sepasukan anggota dan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang menjalankan operasi khas awal pagi semalam, gadis berusia 24 tahun berasal dari sebuah negeri di pantai timur itu mengaku membenarkan tubuhnya dijamah lelaki hidung belang selain menawarkan dadah.
Bagaikan tawaran harga runtuh, dia mengaku hanya mengenakan bayaran serendah RM70 bagi pakej berkenaan dengan alasan mahu mendapat untung lebih dan tidak hanya bergantung pada jualan dadah.
Mengikut pakej disediakan, pelanggan boleh mendapatkan bekalan dadah dan jarum suntikan serta layanan seks sebagai penambah `stim’ ketika bersama-sama khayal diulit dadah.
Pemeriksaan AADK dalam beg sandang dibawa gadis terbabit menemui 12 jarum suntikan belum digunakan yang dibungkus menggunakan kertas surat khabar, tiub kosong dipercayai untuk mengisi dadah, pisau lipat serta sejumlah kondom bagi aktiviti tidak bermoral itu.
Hasil soal siasat, gadis terbabit mengaku mula terjebak aktiviti tidak bermoral itu sejak setahun lalu berikutan kesempitan wang dan tidak mempunyai pekerjaan sejak sampai di negeri ini.
Katanya, dia berhijrah dari kampung halamannya ke negeri ini dengan hasrat mencari pekerjaan dan membantu keluarga selepas terpengaruh cerita rakan mengatakan Johor lubuk rezeki.
Bagaimanapun, dia tersilap langkah selepas terjebak aktiviti penjualan dadah serta kegiatan memperdagangkan tubuh. Terdahulu, sebelum ditahan gadis terbabit yang menyedari kehadiran pihak berkuasa cuba menyorok dalam gerai menjual kasut dengan berpura-pura menjadi pelanggan sebelum meloloskan diri.
Bagaimanapun, hasil kecekapan anggota AADK, dia  dicekup di Jalan Wong Ah Fook di sini pada jam 12.30 tengah malam.
Penahanan gadis itu hasil aduan orang awam yang rimas dengan kehadiran pengedar dan penagih dadah berkeliaran di kawasan itu selain risau menjadi mangsa ragut golongan terbabit.
Ketua Operasi AADK Johor, Zulhilmi Ahmat, berkata dalam operasi sama lima lagi penagih juga dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah turut ditahan di beberapa lagi lokasi di sekitar pusat bandar raya termasuk Jalan Meldrum, Jalan Dobi dan Jalan Segget.
“Ketika pemeriksaan, kami menemui tiub kosong mengisi dadah, peralatan menghisap dadah seperti jarum suntikan, sudu dan tali.
“Objektif utama operasi ialah membersihkan pusat bandar raya daripada penagih, sekali gus mengurangkan jenayah jalanan.
Akal ‘cucu pelesit'
harzrul@hmetro.com.my
2010/05/01
MUAR: Tiada nama lebih sesuai selain daripada ‘cucu pelesit’ untuk menggambarkan kelakuan buruk seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang tergamak berpakat dengan rakan lelaki berusia 15 tahun untuk merompak nenek sendiri yang berusia 75 tahun.
Bagi melengkapkan komplot jahatnya itu, remaja terbabit turut bersekongkol dengan seorang wanita berusia 40-an yang bertindak merampas wang tunai dan menyelongkar barang kemas nenek pelajar tingkatan dua itu di rumah mereka di Kampung Jawa, Panchor, dekat sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.
Kejadian malang itu bermula apabila mangsa, Ruliah Abu Bakar sedang berehat bersama ‘cucu pelesit’ itu sebelum tiba-tiba didatangi dua suspek yang menaiki motosikal secara berasingan.
Ruliah berkata, wanita berusia 40-an itu bersama remaja lelaki berusia lingkungan 15 tahun terbabit memberi salam sebelum cucunya menyuruh mereka masuk ke rumah.
Menurutnya, dia dapat mengecam suspek wanita yang dikenali sebagai Ila kerana berkawan rapat dengan cucunya serta sering berkunjung ke rumah itu.
“Saya ingatkan mereka datang untuk jumpa cucu saya saja. Tiba-tiba seorang daripada mereka bertindak kasar dengan menekup muka saya menggunakan kain.
“Saya terkejut dan cuba melawan tapi apakan daya, tenaga orang tua tak terlawan mereka berdua,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Malah, Ruliah berkata, dia diperlakukan dengan kejam dan tidak berhati perut apabila seorang daripada penjenayah itu menyerkup kepalanya dengan anak tudung dipakainya sebelum mengikat tangan menggunakan kain batik yang dipintal.
Ruliah cuba meminta pertolongan daripada cucunya, namun tanpa disangka remaja perempuan itu bersekongkol dengan penjenayah terbabit dengan membantu mereka.
“Kemudian saya dipaksa berbaring sebelum seorang daripada mereka merampas perca kain berikat getah berisi wang tunai kira-kira RM300,” katanya.
“Tidak puas hati dengan hasil rompakan berkenaan, cucu yang saya sayangi itu kemudian menyuruh dua rakannya masuk ke bilik dan menyelongkar almari sebelum mereka melarikan barangan kemas termasuk cincin dan rantai,” katanya.
Ternyata, kasih sayang seorang nenek masih menebal apabila perilaku kejam cucunya itu sanggup diketepikan apabila Ruliah berkata kepada remaja itu, ‘jangan pergi’.
Malangnya, remaja terbabit tidak mengendahkan larangan Ruliah dan meninggalkan mangsa keseorangan dalam keadaan mata tertutup dan tangan diikat.
PORT DICKSON: “Ada dia kisah dengan anak dia ke...? Dia tidak tahu bagaimana peritnya saya meneruskan hidup membesarkan dua anak tanpa duit belanja walau sesen pun,” kata ibu muda beranak dua, Syamsiah Mohd Ali, 23, yang ditinggalkan suaminya sejak November lalu.
Nasib Syamsiah dan dua anaknya yang masih kecil, Zulaikha Zuilkafli, tiga tahun dan Zulkarnain, setahun, terumbang-ambing selepas mendakwa ditinggalkan suami, Zuilkafli Yusof, 25, yang dipercayai bermain kayu tiga dan menghilangkan diri bersama teman wanitanya sejak enam bulan lalu.Malah, mangsa mendakwa digantung tidak bertali di Kampung Bukit Tongkat, Pasir Panjang, dekat sini.
Zulkifli yang dianggap suami terbaik dan beriman serta bersifat penyayang dan bertanggungjawab tiba-tiba bertukar menjadi orang hilang pedoman apabila meninggalkan keluarganya.
Menurut Syamsiah, perselisihan faham berlaku selepas dia menghidu suaminya menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.
Tak takut buang kemaluan
metahad@hmetro.com.my
2010/05/02
KUALA LUMPUR: Alat sulitnya bernilai RM15,000, 16 batang giginya RM10,000, punggungnya RM12,000, manakala payu daranya pula RM5,000. Jika termasuk hidung, dagu dan kos menambahkan lagi kewanitaan dan kejelitaan, keseluruhannya lebih RM100,000.
Mahu dikenali sebagai Lisa Aziz, 30, dia mendakwa puas dan gembira dengan apa dimilikinya hari ini selepas menggantikan alat sulitnya menerusi pembedahan menukar jantina di Bangkok, Thailand, 10 tahun lalu.
Walaupun sedar perbuatannya menyalahi hukum agama, dia rela  melakukannya kerana tidak sanggup menjadi lelaki.
“Saya  dilahirkan sebagai lelaki tetapi sejak zaman kanak-kanak, naluri saya  lebih kepada wanita. Saya tidak mampu membendung naluri itu dan sentiasa  berusaha menjadi wanita.
“Saya bercampur dengan golongan  yang sealiran dan mula belajar banyak perkara untuk mengubah diri  menjadi wanita. Pada usia 13 tahun, saya memulakan langkah pertama  dengan mengambil pil hormon,” katanya.
Sejak itu dia menyimpan impian merubah sepenuhnya diri menjadi wanita dengan melakukan pembedahan sedikit demi sedikit; bermula daripada mencantikkan gigi, mewujudkan payu dara, memancungkan hidung, meruncingkan dagu hinggalah kepada memantapkan punggung.
Lisa berkata, semua pembedahan dilakukan di Bangkok untuk mendapatkan  hasil terbaik selain harga lebih murah berbanding di negara ini.
“Gigi, payudara, hidung dan dagu, saya lakukan pembedahan sekali saja.  Untuk punggung, saya melakukannya (pembedahan) dua kali. Sekali bedah  punggung, saya berhabis RM6,000.
“Kalau awak nak tahu, untuk  payudara, saya tidak memasukkan silikon, sebaliknya sejenis cecair  dengan kos RM5,000. Namun, selagi tidak menukar jantina, saya tetap  tidak puas hati, malah tertekan, terutama ketika melihat alat sulit  lelaki masih terlekat di anggota badan,” katanya.
Menurut  Lisa, pada 2000, selepas cukup modal dan menemui hospital terbaik untuk  melakukan pembedahan menukar jantina, dia berangkat ke Bangkok untuk  berubah menjadi wanita.
“Tiada perasaan takut kerana memang  itu (menukar jantina) yang saya mahu. Ketika itu saya yakin hospital  yang saya pilih adalah yang terbaik kerana sebelumnya saya berhubung  dengan doktor pakar yang melakukan pembedahan berkenaan selama empat  bulan,” katanya sambil mendakwa alat sulitnya berfungsi seperti wanita  lain, cuma berbeza dia tidak boleh mengandung.
Dakwanya,  selepas menukar jantina dan berubah sepenuhnya menjadi wanita, ramai  lelaki menagih cinta daripadanya, termasuk suami orang.
Lisa mendakwa alat sulitnya berfungsi seperti wanita lain, cuma yang berbeza dia tidak boleh mengandung.
“Saya merasai  rangsangan pada alat sulit saya. Saya beroleh nikmat ketika melakukan  seks dengan lelaki. Tapi, prinsip saya tidak akan mengganggu suami  orang, masalahnya ramai golongan itu datang kepada saya, tetapi saya  tidak layan.
“Lelaki bujang jangan cakaplah. Ada yang datang  menangis, malah melutut pun ada semata-mata mahu menagih cinta daripada  saya,” katanya.
Baginya, dia hanya melakukan apa yang  dirasakan terbaik untuk dirinya.
Dia tidak pedulikan  pandangan negatif masyarakat dan gembira dengan apa dilakukannya serta  belum terfikir untuk berubah.
“Saya tidak kacau orang. Saya  hanya melakukan sesuatu yang menggembirakan diri saya. Apa yang saya  lakukan adalah hak peribadi saya,” katanya.
Ditanya  bagaimana jika dijemput Ilahi kelak? Lisa mendakwa keluarganya tahu apa  yang dilakukannya.
“Saya berpesan kepada keluarga, apabila  ajal tiba, kebumikan saya dalam keadaan asal (lelaki). Saya sedar ada  kes ‘wanita’ seperti saya dikebumikan sebagai wanita selepas tiada siapa  tampil membuat pengesahan.
“Kes seperti itu hanya berlaku  kepada mereka yang hidup bersendirian. Saya ada keluarga dan mereka tahu  siapa saya,” katanya.
Walaupun mengakui keluarga  menerimanya, dia tetap menerima tentangan pada awalnya.
Keluarga memahami saya kerana saya bukan ‘suka-suka’ mahu menjadi  wanita. Memang keluarga, terutama ibu, merelakan saya menjadi wanita  tetapi tidaklah sampai tahap menukar jantina.
“Namun, saya  tetap melakukannya (menukar jantina). Apabila saya beritahu keluarga,  mereka terkejut, namun lama kelamaan saya diterima seadanya,” katanya.
>Megah dilahirkan tanpa ‘asam boi’  KUALA LUMPUR: Seorang lagi  lelaki yang menukar jantina sama dengan Lisa Aziz menyifatkan dirinya  bertuah kerana dilahirkan tanpa ‘asam boi’.
Apabila ditanya  apa dimaksudkan ‘asam boi’, sambil ketawa kecil dia yang mahu dikenali  sebagai Juliana berkata, istilah itu merujuk kepada halkum.
Menurutnya, bagi golongan mak nyah, ketiadaan halkum adalah sesuatu yang  istimewa kerana membuatkan mereka lebih sempurna dan proses mengubah  suai identiti daripada lelaki ke wanita menjadi lebih mudah dan murah.
“Kalau ada asam boi, nak buang secara kikis perlukan belanja besar.  Ramai juga rakan segolongan saya buang asam boi di Bangkok, tetapi saya  dikira beruntung kerana sejak kecil tidak nampak asam boi.
“Lalu tidak hairan jika kali pertama bertemu lelaki, mereka sangka saya  wanita asli. Tanpa asam boi, rakan segolongan meletak saya pada prestij  tersendiri. Mereka menggelarkan saya NB, singkatan kepada natural  beauty,” kata Juliana yang mendakwa sudah berkahwin.
Bukan  itu saja, kata Juliana, dia tidak perlu memakan hormon untuk membesarkan  payudara, kecuali menjalani pembedahan di Bangkok bagi menukar jantina.
“Kos pembedahan saya dulu lebih RM10,000. Saya tidak masuk ICU (Unit  Rawatan Rapi) dan selepas enam hari pembedahan, baru saya dibenarkan  pulang.
“Prosedur sama, saya serahkan bahagian ‘anu’ yang  dipotong kepada rakan untuk diuruskan,” katanya.
Juliana  yang lima tahun lebih tua dari Lisa berkata, kehidupannya lebih terisi  sejak berkahwin lebih 10 tahun dengan seorang lelaki yang dikata ahli  perniagaan.
Ketika ditanya siapa lelaki itu, Juliana tidak  mahu memberitahu, namun sempat bergurau senda dengan wartawan apabila  menunjukkan gambar lelaki itu pada telefon bimbitnya tetapi mengelak  bila mahu melihat secara dekat.
Menurut Juliana, suaminya  romantis, penyayang dan memahami nalurinya. Kebahagiaan dinikmati itu  membuatkan rumah tangga mereka bertahan 10 tahun. Namun dia enggan  menjawab bila ditanya bagaimana cara pernikahan mereka?   “Yang saya  tahu, suami saya duda dan ada dua anak. Kedua-dua anaknya memanggil saya  mama,” katanya.
Sekalipun lebih 15 tahun menjalani  kehidupan sebagai wanita dan isteri, Juliana sedar asal usul  kejadiannya.
“Saya sudah jelaskan pada keluarga dan rakan  terdekat, andai tiba ajal saya, kenalah jenazah disempurnakan secara  lelaki. Saya ada cita-cita, satu hari untuk jejak ke Tanah Suci bersama  suami, paling tidak sekali seumur hidup,” katanya.
Sementara  itu, jurumekap artis, Sutex, berkata bukan sekali dua dia mendengar  masalah bila tiba urusan jenazah mak nyah, sama ada solatnya niat atas  nama lelaki atau wanita.
“Masalah ini sepatutnya  diselesaikan oleh pihak agama kita sejak dulu. Yang saya tahu, di Iran  ulama dan mufti mereka turut campur tangan dalam isu begini, malah ada  yang diberi lampu hijau untuk berkahwin,” katanya.
Sutex,  antara pencetus idea filem Anu Dalam Botol, berkata melalui filem arahan  Khir Rahman itu, ia mengajak masyarakat supaya tidak memandang serong  dan pada waktu sama menyedari ramai mak nyah memotong ‘anunya’.
> Pintu taubat terbuka  KUALA LUMPUR: “Bertaubat dan berserah kepada  Allah SWT. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang,” kata Mufti  Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid ketika mengulas pendedahan  dibuat Lisa dan Juliana.
Menurut Mohd Tamyes, walaupun  gembira dengan apa dilakukan, hakikatnya dua ‘wanita’ itu tetap lelaki.
“Walau macam mana hebat perubahan mereka, mereka tetap lelaki. Mereka  tidak ada rahim, malah rongga dalaman mereka tetap lelaki. Pintu taubat  masih terbuka. Jika tidak sempat berbuat demikian... Nauzubillah,”  katanya.
Mohd Tamyes turut membidas Lisa dan Juliana kerana  melakukan perbuatan yang jelas diketahui haram di sisi Islam.
“Mereka tahu perbuatan dilakukan haram, malah ada fatwa mengenai  pembedahan penukaran jantina haram bagi umat Islam. Inilah masalah umat  Islam kita hari ini. Daripada segi hukum Islam memang jelas salah,  tetapi mereka buat juga.
“Nak hukum ikut undang-undang, ia  sukar dilaksanakan. (Akibatnya) golongan terbabit semakin bertambah,  samalah seperti golongan gay,” katanya.
Dalam pada itu,  Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam sejak 1982  memutuskan, pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan atau  sebaliknya melalui pembedahan adalah haram daripada segi syarak.
Keputusan majlis itu yang bersidang kali keempat pada 13 dan 14 April  1982 juga membuat ketetapan bahawa seseorang yang dilahirkan lelaki,  hukumnya tetap lelaki walaupun dia berjaya ditukarkan jantina melalui  pembedahan, begitu juga bagi wanita.
Namun bagi yang  dilahirkan dengan dua alat kelamin lelaki dan perempuan, pembedahan  diharuskan ke atas mereka bagi mengekalkan satu alat jantina yang  disahkan lebih berfungsi bagi mereka.
Sementara itu,   seorang pakar sakit puan yang enggan dikenali berkata, nikmat ketika  mengadakan hubungan seks bagi lelaki yang menjalani pembedahan menukar  jantina tidak menyamai apa dirasakan wanita sejati kerana faraj dan  pangkal rahim wanita sangat sensitif pada sentuhan.
“Alat  sulit baru bagi mereka yang menjalani pembedahan penukaran jantina  dibuat daripada kulit, justeru sensitivitinya kurang. Mereka rasa nikmat  kerana ada ‘saluran’ khusus untuk melakukan hubungan seks dengan  lelaki.
“Walaupun membelanjakan banyak wang, perbezaan  fisiologi hanya pada ‘rupa’ alat kelamin itu — daripada penis (zakar)  kepada faraj buatan kerana organ lain berkaitan alat kelamin masih  dikekalkan,” katanya.
Menurutnya, risiko pembedahan  penukaran jantina bergantung kepada kepakaran doktor yang melakukannya.
“Biasanya jika doktor pakar, peralatan mencukupi, ubat digunakan  sesuai, tiada masalah selepas pembedahan. Masalah yang timbul mungkin  daripada psikologi individu yang dibedah.
“Sebab itu sebelum  pembedahan dibuat, golongan terbabit perlu berjumpa pakar psikologi dan  melalui proses tertentu sebelum bersetuju dibedah,” katanya.
Secara peribadi, beliau tidak menggalakkan lelaki melakukan pembedahan  penukaran jantina.
“Risiko seperti penyakit boleh diubati, tetapi jika berdepan masalah daripada segi psikologi, ia sukar dihadapi,” katanya.
Biayai teman lelaki
metahad@hmetro.com.my
2010/04/25
KUALA LUMPUR: Memakai tudung mencerminkan keimanan seseorang wanita tetapi bagi seorang ‘kupu-kupu siang dan malam’ ini, dia berbuat demikian untuk menyembunyikan kegiatan hariannya.
Pekerjaannya bermula seawal jam 12 tengah hari dan berakhir sehingga jam 3 pagi jika dia memilih melakukan kerja lebih masa selepas selesai kerja tetapnya di spa maksiat di ibu kota yang berakhir sekitar jam 12 tengah malam.
Wartawan Metro Ahad menjejak kegiatan  wanita berusia 22 tahun itu selepas menerima maklumat daripada seorang  rakan yang pernah melanggannya.
Maklumat diterima mendakwa  Lina, yang bekerja di spa maksiat, meletakkan harga tinggi kepada  pelanggan yang  mahukan khidmatnya di luar.
“Ketika  mengambilnya di luar tempat kerjanya kira-kira jam 12.30 pagi, saya  seolah-olah tidak percaya ‘kupu-kupu’ yang saya langgan itu bertudung.  Bagaimanapun, pakaiannya ketat juga.
“Ketika tiba di hotel tempat saya menginap, dia segera membuka tudung dan ketika itu baru kelihatan tembelangnya,” kata rakan dikenali sebagai Rozman itu.
Menurutnya, dia memperoleh nombor  telefon Lina daripada seorang lagi ‘kupu-kupu’ yang sama ‘2x5’ dengan  Lina.
“Saya mahu melanggan orang lain, tetapi dia tidak  larat buat ‘kerja lebih masa’ lalu memberi nombor telefon Lina. Saya  hubungi Lina dan kebetulan dia habis kerja.
“Pada mulanya  harga yang ditawarkan RM800 tetapi berasakan tak berbaloi, saya tawar  menawar. Kesudahannya dia bersetuju dengan harga RM500 untuk tempoh dua  jam. Saya mengambilnya dan baru saya tahu dia bertudung,” katanya.
Rozman berkata, berdasarkan perbualan mereka, Lina mengaku melakukan  pekerjaan terkutuk itu kerana teman lelaki.
Katanya, Lina  mendakwa teman lelakinya belajar di luar negara.
“Cinta  punya pasal, teman lelaki suruh jual ‘body’ kerana upahnya lumayan.  Menerusi hasil itu Lina membiayai pengajian teman lelakinya.
“Lina memberitahu, teman lelakinya yang memperkenalkan dia dengan ‘captain’ spa maksiat sehingga dia terjerumus dalam pekerjaan itu,” katanya.
Bagi membuktikan kebenaran dakwaan Rozman, wartawan  Metro Ahad menghubungi Lina untuk membawanya keluar, namun cubaan kali  pertama gagal kerana dia memberitahu ramai pelanggan sehingga tidak  larat membuat kerja luar.
Cubaan kedua berjaya kerana dia  sanggup bekerja lebih masa berikutan tidak ramai pelanggan pada hari  itu.
Tidak seperti dimaklumkan Rozman, Lina meminta bayaran  RM1,000 untuk tempoh dua jam dengan alasan pelanggan baru.
Namun apabila ‘menjual’ nama Rozman, baru Lina bersedia mengurangkan  harga kepada RM500.
Wartawan mengambil Lina kira-kira jam 1  pagi di luar tempat dia bekerja. Benar seperti diperkatakan Rozman  bahawa Lina bertudung.
Ikuti perbualan wartawan dengan Lina  Wartawan (W): Saya bawa kawan.
Lina (L): Kenapa datang dua  orang? W: Tak apa. Lepas sampai hotel kawan nak pakai kereta jumpa kawan  dia.
L: Kita nak pergi hotel mana? W: Hotel ***** L: Janji 2  jam RM500 tau.
W: Iyalah. Eh... awak pakai tudung? L: Habis  itu, abang tengok saya pakai apa? W: Tak sangkalah pula.
L:  Memang kalau di luar saya pakai tudung. Masuk spa, tukar bajulah.
W:  Baju seksi? L: Iya. Nak tarik perhatian pelanggan.
W: Lama  dah kerja? L: Tak sampai setahun.
W: La... baru lagi. Kenapa  kerja macam ini? L: Nak ‘support boyfriend’ belajar kat ‘overseas’. Saya  pun sebenarnya nak sambung belajar juga.
W: Bohonglah.
L:  Kalau abang tak percaya sudahlah. Boyfriend saya baru belajar dan saya  kenalah tolong. Dia belajar kat Australia, kos tinggi di sana.
W:  Kenapa buat macam tu? L: Kami dah bercinta sejak sekolah lagi, saya  buat semua ini untuk dia. Dia bagi jalan, saya buat. Saya bukan baik  pun.
W: Banyak ke dapat duit kerja macam ini? L: Kalau  ikutkan, apa yang saya bagi dah lebih daripada cukup, buat kerja ni  pendapatannya lumayan tetapi saya juga perlu simpan duit untuk sambung  belajar di kolej nanti. Sebab itu saya buat kerja lebih masa dan terima  ‘outcall’ (perkhidmatan di luar) pelanggan.
W: Lumayan ke?  Berapa banyak awak boleh dapat sebulan kalau macam tu? L: Boleh tahan,  untuk satu pelanggan saya dapat komisen RM100, kalau ada 10 pelanggan  sehari ‘income’ dah cukup banyak dah. Biasanya saya kerja 20 hari je  sebulan, kurang-kurang pun boleh kumpul RM10,000 sebulan. Kalau kerja  lebih, boleh dapat banyak lagi.
Namun kena juga bagi tips  kat kapten (bapa ayam) setiap hari. Sehari saya biasanya bagi RM50  hingga RM100, itu tak masuk bayaran tetap untuk kapten yang ‘jaga’ saya  di sini. Sebulan saya kena bayar RM3,000. Itu tak termasuk ‘income’  ‘outcall’, saya boleh dapat ekstra RM5,000 sebulan.
W: Kata  tadi nak sambung belajar, kat mana? L: La... dah bagitau tadi nak  belajar kat kolej, kat mana tu abang tak perlu tahu. Apasal banyak tanya  sangat? W: Saja.
L: Saya tak sukalah banyak tanya macam ini.
Selepas mendapat maklumat dikehendaki, wartawan memberitahu tidak jadi  hendak melanggannya. Lina marah dan meminta RM500 seperti dijanjikan.
Pada mulanya wartawan hanya mahu memberi RM50, tetapi Lina berkeras  mahu lebih daripada itu kerana jika tidak, dia tidak mahu turun, malah  mengugut mahu menghubungi samseng.
Selepas bertegang urat 15  minit, Lina meminta dibayar RM200 dan dihantar ke lokasi  dikehendakinya.
>Berakal tapi kurang panduan agama
KUALA LUMPUR: Tokoh agama dan penceramah bebas, Fauzi Mustapha, berkata ramai remaja yang terjebak dalam masalah sosial sebenarnya tidak dilengkapkan dengan panduan agama hingga sanggup mengetepikan soal haram dan dosa walaupun memiliki akal serta pendidikan baik.
Mengulas tindakan gadis bernama Lina, 22, yang sanggup menggadai maruah semata-mata untuk mengejar wang dan menanggung sara hidup teman lelakinya yang belajar di luar negara, beliau berkata, pengisian rohani terlalu longgar hingga membuatkan mereka terjebak dengan dosa tanpa pertimbangan sewajarnya.
“Apapun, bagi saya ia (masalah) sebenarnya berpunca daripada pendirian individu itu sendiri,” tegasnya.
Beliau berkata, mereka memberi alasan untuk mendapatkan wang dan pendapatan tetapi sebenarnya turut didorong nafsu dan ini yang dikatakan jiwa serta rohani sangat longgar.
Perunding Pakar Motivasi, Dr Rubiah Kulup Hamzah, pula berkata apa yang berlaku terhadap Lina menunjukkan kepincangan masyarakat yang tidak mengendahkan ilmu agama kepada anak.
“Kita hanya pentingkan soal pencapaian anak dalam akademik tetapi soal agama dan kerohanian diketepi hinggakan mereka (anak) tidak takut hukum-hakam agama.
“Lihat ibu bapa zaman sekarang, mereka bangga anak dapat keputusan cemerlang 10A atau 12A dalam Sijil Pelajaran Malaysia tetapi perkara berkaitan ilmu agama terabai. Fenomena ini sungguh menyedihkan dan perlu ditangani,” katanya.
Menurutnya, dia pernah mengendalikan kes berkaitan seks bebas serta hamil luar nikah dan rata-rata remaja yang terbabit dalam masalah itu dikaburi dengan cinta buta dan sikap individualistik.
“Ada (remaja) yang saya temui mengatakan apa yang mereka lakukan adalah hak individu, malah lebih menyedihkan ada yang berbuat begitu kononnya atas dasar cinta dan pengorbanan mereka untuk kekasih (teman lelaki).
“Iman mereka lemah meskipun ada yang memiliki latar belakang pendidikan dan agama yang baik. Inilah contoh jiwa yang kosong daripada ilmu kerohanian agama,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Zainul Rijal Abu Bakar, mengatakan satu faktor yang mendorong gejala sosial berleluasa dan tidak ditakuti remaja kerana ‘kelonggaran’ sistem perundangan di negara ini.
“Kelonggaran yang saya maksudkan itu adalah daripada segi hukuman, ia masih tidak memadai dan terlalu ringan iaitu sekadar membabitkan denda dan penjara, sedangkan dosa yang mereka lakukan itu sangat besar.
“Dalam situasi sekarang, lebih-lebih lagi masalah sosial yang semakin parah hari ini, wajar sekali jika ada satu undang-undang yang boleh menakutkan mereka berbuat demikian dan pada masa sama perlu ada satu formula terapi dan pemulihan yang berkesan untuk golongan itu,” katanya.
Pelacur rebutan
anbia@hmetro.com.my
2010/05/02
KUALA LUMPUR: Gadis Uzbekistan yang persis model Barat menjadi rebutan sekelompok pelancong asing dari Timur Tengah yang sanggup membayar sehingga RM500 bagi mendapatkan khidmat ranjang mereka.
Bagaimanapun, sumber polis berkata, kehadiran pelacur atasan dari Uzbekistan terbabit lebih gemar berurus niaga dengan pelanggan di kalangan lelaki warga Timur Tengah yang tidak kedekut dan sanggup membayar sebarang harga perkhidmatan.
“Oleh itu mereka  jarang melayan sapaan lelaki tempatan, sebaliknya mengutamakan pelancong  asing dari Timur Tengah yang membanjiri ibu kota ketika ini.
“Malah, berbanding pelacur dari China atau Thailand yang mempunyai  kadar harga sekitar RM200 bagi sekali perkhidmatan, gadis Uzbekistan  dianggap terlalu ‘demand’ (meletak harga tinggi) apabila meminta  sehingga RM500 bagi sekali perkhidmatan,” katanya.
Menurutnya, gadis Uzbekistan tidak gemar melayan lelaki tempatan kerana  bimbang aktiviti mereka dihidu anggota polis yang menyamar sebagai  pelanggan.
“Hanya selepas yakin mereka orang biasa, baru gadis berambut perang atau coklat gelap ini setuju untuk berunding soal harga sebelum pelanggan dibawa ke bilik sewa di beberapa hotel sekitar ibu kota,” katanya.
Aktiviti berkumpulan kumpulan pelacur Uzbekistan  terbabit berjaya ditumpaskan selepas sepasukan anggota polis Ibu Pejabat  Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menggempur beberapa lokasi,  terutama di kawasan Bukit Bintang yang menjadi sarang kegiatan mereka.
“Hasil risikan hampir 15 minit, polis mendapati lima gadis Uzbekistan  berbual dengan beberapa lelaki warga asing yang dipercayai dipujuk untuk  melanggan mereka.
“Selepas yakin dengan aktiviti maksiat  dilakukan, polis menghampiri lima gadis Uzbekistan dan dua lelaki warga  asing berkenaan sebelum memperkenalkan diri sebagai anggota polis,”  katanya.
Tindakan polis terbabit menyebabkan semua pelacur  berkenaan cuba melarikan diri sebelum dikejar dan dikepung.
“Semua gadis itu berjaya ditahan bersama dua lelaki warga Timur Tengah yang berada di lokasi kejadian. Hasil soal siasat, ada antara gadis terbabit memberi alasan kononnya berada di negara ini sebagai pelancong dan pelajar kolej,” katanya.
Mati ketagih arak
2010/05/02
SEGAMAT: Misteri penemuan mayat seorang lelaki berketurunan India pada Selasa lalu terjawab apabila polis mengesahkan dia warga tempatan berasal dari Taman Mega, Bahau, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali, berkata batang besi ekzos motosikal yang ditemui berhampiran mayat itu bukan senjata yang menyebabkan kematiannya.
Sebaliknya,  komponen motosikal itu digunakan si mati sebagai tongkat bagi membantu  dia berjalan ketika  kesakitan akibat ketagihan alkohol melampau.
“Berdasarkan laporan dikeluarkan Pakar Forensik Hospital Daerah  Segamat, kematian mangsa disebabkan oleh ‘Acute Pancreatities’ iaitu  kegagalan fungsi organ limpa dalam sistem tubuh.
“Apabila organ dalam badan gagal berfungsi, mangsa dipercayai gagal mengimbangi tubuh ketika berjalan sebelum jatuh dan mati secara mengejut,” katanya.
Pesta jilat, lekat
metahad@hmetro.com.my
2010/05/02
KUALA LUMPUR: Jilat dan lekat. Itulah permainan yang disediakan penganjur untuk pengkid dan lesbian yang menghadiri satu pesta khusus untuk golongan itu di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi semalam.
Wartawan Metro Ahad menghadiri pesta berkenaan selepas mendapat aduan orang ramai dan mendapati promosi mengenainya turut dibuat secara terbuka menggunakan laman sosial facebook di Internet.
Pesta  terbabit bermula kira-kira jam 11 malam kelmarin dan acara kemuncaknya  ialah permainan jilat dan lekat yang bermula kira-kira jam 1 pagi.
Bagaimanapun, usaha wartawan untuk merakam gambar aksi lucah golongan  pengkid dan lesbian terbabit sukar kerana penganjur mengambil langkah  berhati-hati dengan mengarahkan lampu disuramkan hingga hampir gelap.
Apabila masa ditetapkan tamat, satu pasangan diisytiharkan pemenang  dan selepas itu semua pengunjung mula berpesta kembali dengan pasangan  masing-masing.
Sebelum permainan berlangsung, banyak juga adegan menjijikkan dapat disaksikan di dalam pusat hiburan terbabit membabitkan pengkid serta pasangan mereka.
Ada yang mengambil kesempatan untuk  bercumbu, malah mengusap mana-mana bahagian tubuh pasangan tanpa  menghiraukan orang sekeliling. Dalam masa sama orang sekeliling juga  seolah-olah tidak kisah, malah ada yang bertukar-tukar pasangan.
Jika dilihat daripada segi umur, sebahagian besar pengunjung berusia  belasan hingga 20-an. Pengkid berpakaian lengkap dan penuh aksesori  manakala pasangan masing-masing pula berpakaian seksi.
Sementara itu, mengulas penganjuran pesta songsang terbabit, Pensyarah  Program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains  Islam Malaysia (Usim), Profesor Madya Dr Sapora Sipon, berkata  berdasarkan sudut psikologi, golongan seperti itu mempunyai jumlah I/D  besar untuk mencari keseronokan.
“I/D adalah elemen untuk  mencari keseronokan. Setiap individu mempunyai I/D ‘Ego’ dan ‘Super  Ego’. Oleh itu, apabila jumlah I/D terlalu banyak, ia berubah menjadi  perkara negatif.
“Dalam konteks ini, seperti yang dilakukan  golongan terbabit, mereka mencari I/D bagi memuaskan nafsu secara  songsang dan sebagainya. Selain itu, mungkin ada juga simptom songsang  dalam diri wanita berkenaan hingga mereka terbabit dalam gejala  terbabit,” katanya.
Sapora mengatakan, bukan mudah untuk  memperbetulkan kembali keadaan jika golongan terbabit terlalu lama  terdedah dengan kegiatan itu.
Peserta realiti akui bekas pelakon lucah
LONDON - Jutaan penonton rancangan realiti televisyen pencarian bakat, Britain's Got Talent terpegun menyaksikan keberanian seorang wanita, Tia Brodie (gambar) melumurkan api ke badannya yang cuma ditutupi dua penutup payu dara, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, aksi tersebut tidak sehebat pekerjaan sebenarnya sebelum ini iaitu pelakon filem lucah di Amerika Syarikat (AS).
|   | 
|   | 
Brodie, 33, yang pernah bekerja sebagai seorang setiausaha bertukar profesion sebagai penari lucah semasa berusia di awal 20-an sebelum menjadi bintang lucah beberapa tahun lalu dan pernah melakukan seks dengan lelaki serta wanita.
"Saya menerima banyak wang semasa membintangi filem lucah tetapi saya berhenti berlakon dua tahun lalu kerana cita-cita sebenar saya ialah untuk menjadi penghibur dalam arena tarian dewasa," katanya.
Pendedahan kerjaya masa lampau wanita itu dijangka mengejutkan tiga juri Britain's Got Talent iaitu Simon Cowell, Amanda Holden dan Piers Morgan. - Agensi
Aktres lucah selamatkan lelaki penghantar piza
|   | 
|   LUPE FUENTES   | 
PUERTO RICO - Seorang lelaki penghantar piza dari Brooklyn, Carlos Simon-Timmerman, telah diselamatkan oleh seorang pelakon lucah, Lupe Fuentes daripada dipenjarakan 20 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada mulanya, lelaki penghantar piza itu dituduh cuba membawa masuk cakera padat digital (DVD) lucah ke New York yang disangka pegawai-pegawai kastam di sebuah lapangan terbang di Puerto Rico dilakonkan oleh aktres porno itu semasa dia di bawah umur.
Jika disabitkan kesalahan penghantar piza itu akan dihukum penjara 20 tahun.
Namun, peguam bela lelaki penghantar piza itu, Hector Ramos-Vega sanggup mencari cara untuk menghubungi aktres lucah tersebut menerusi Internet.
Peguam itu akhirnya berjaya menghubungi aktres lucah tersebut dan memujuknya supaya memberi keterangan di sebuah mahkamah bahawa DVD lucah yang dibawa lelaki penghantar piza tersebut merupakan filem yang dilakonnya semasa dia sudah tidak dikategorikan di bawah umur.
Aktres lucah berkenaan kemudiannya tampil ke mahkamah dan mengemukakan beberapa dokumen dan tarikh penerbitan yang menunjukkan bahawa dia tidak berada di bawah umur semasa berlakon dalam filem berkenaan.
Keterangan itu menyebabkan lelaki penghantar piza itu dibebaskan.
"Saya berterima kasih kepadanya (Fuentes). Ia merupakan satu kelegaan besar," kata ibu Timmerman, Eff Simon.
Dia berkata, anaknya itu melawat kakaknya di Venezuela pada tahun lepas dan membeli DVD tersebut di satu pasar lambak dan percaya dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Peguam pemuda penghantar piza itu menyatakan, aktres lucah itu tidak meminta sebarang wang sebaliknya bersungguh-sungguh mahu membantu anak guamnya. - Agensi
Hotel bogel pertama di Turki
ANKARA - Pelancong-pelancong kini boleh menikmati sinaran matahari sambil berbogel di pesisiran pantai Turki bermula minggu depan apabila negara Islam itu membuka sebuah hotel yang membolehkan mereka tidak memakai sebarang pakaian, lapor sebuah akhbar semalam.
Dibuka khusus untuk pelancong asing, hotel bogel yang menghadap pantai itu akan dibuka pada 1 Mei depan terletak berdekatan sebuah resort.
"Pelancong dibenarkan berbogel di dalam kawasan hotel tetapi bukan di kawasan pantai awam berdekatan," kata Pengurus tempahan hotel Adaburnu-Golmar, Ahmet Cosar.
Bagi tetamu yang bertekad untuk tidak memakai pakaian mandi, pihak hotel akan menyediakan bas untuk ke pantai bogel persendirian. - AFP
Program realiti jual dara
2010/05/12
LAS VEGAS: Sebuah program realiti yang bakal diterbitkan tidak lama lagi akan menyaksikan gadis dan lelaki remaja melelongkan dara dan teruna mereka kepada pembida paling tinggi.
SEORANG gadis antara yang menawarkan dirinya untuk dilelong.
Dia kemudian memindahkan projek berkenaan ke Nevada, Amerika Syarikat, tempat terletaknya ‘bandar dosa,’ Las Vegas.
Siseley berharap memperoleh pembeli dalam lelongan yang akan disiarkan secara langsung dari sebuah rumah pelacuran.
Sisely menghabiskan masa lebih setahun mencari peserta lelaki dan wanita yang masih dara untuk menjual diri mereka di depan kamera.
Bercakap kali pertama sejak memilih peserta, Siseley berkata dia akan membayar setiap peserta sebanyak AS$20,000 (RM65,000).
Peserta juga akan menerima 90 peratus daripada harga jualan mereka. Baki 10 peratus itu akan diserahkan kepada rumah pelacuran itu.
Penerbit filem yang berpusat di Melbourne itu mengadakan saringan di  Sydney tahun lalu dengan poster berbunyi ‘Dara Dikehendaki’ yang  berlatarbelakangkan imej Virgin Mary.
Katanya: “Bahagian paling sukar ialah memberitahu ibu bapa.  Mereka  membenci saya.”
Seorang pelayan yang menggunakan nama samaran  Veronica berkata, ibu  bapanya begitu marah apabila dia mendedahkan hasrat untuk menjual  dirinya.
Katanya, dia bersetuju menyertai projek kontroversi itu kerana  mahukan wang dan menukarkan tanggapan terhadap seks.
“Secara teknikalnya, saya menjual dara saya untuk wang.  Secara  teknikalnya juga, ia akan diklasifikasikan sebagai pelacuran.  Tetapi ia  tidak akan berlarutan.
“Kerana itu, pada pendapat saya, saya tidak akan menjadi pelacur.”
Seorang peserta lelaki yang dikenali sebagai Alex, 20 berkata, dia  menyertai projek itu sebagai cara untuk berkenalan dengan seseorang.
Seorang lagi calon, Ronan, berkata, dia sudah bosan menunggu calon  sesuai untuk menjadi teman wanita dan akan menimbang sebarang tawaran.
Calon ketiga pula yang menamakan dirinya John berkata, dia bersedia  mengadakan seks dengan pembida lelaki mahupun wanita.
“Wang adalah insentif yang baik tetapi saya lebih teruja dengan  perjalanan projek itu,” katanya.
Projek berkenaan mencetuskan kemarahan aktivis keluarga.
Seorang senator di Australia menyifatkannya sebagai tidak masuk  akal, mengarut dan  meloyakan.  - Agensi
DUNIA
Agensi pekerjaan cari wanita sanggup berbogel
BIRMINGHAM – Rangkaian agensi pekerjaan milik kerajaan Britain, Jobcentre Plus mencetus kontroversi apabila ia turut memuatkan iklan kerja kosong bagi mencari lelaki dan wanita menganggur yang mahu berbogel di hadapan kamera web dan berbual lucah, lapor sebuah akhbar semalam.
Pekerjaan sebagai teman seks di Internet itu ditawarkan oleh sebuah agensi telefon seks tempatan, Faceclick, yang menjanjikan gaji lumayan sehingga mencecah £700 (RM3,340) seminggu.
Setakat ini, iklan ‘pekerjaan dewasa’ itu disiarkan di tiga pejabat Jobcentre Plus di Britain iaitu di Birmingham, Warwickshire dan Shropshire.
Seorang gadis berusia 19 tahun yang mahu identitinya dirahsiakan berkata, dia ditawarkan kerja ‘panas’ itu apabila mengunjungi agensi pekerjaan tersebut baru-baru ini.
“Kontrak pekerjaan saya sekarang hampir tamat dan saya terdesak untuk mendapatkan pekerjaan baru,” kata gadis itu.
“Namun, saya bukan begitu terdesak sehingga sanggup untuk beraksi lucah di Internet,” katanya.
“Apakah sudah menjadi peranan Jobcentre Plus sebagai agensi kerajaan untuk mengiklan pekerjaan kepada mereka yang sanggup berbogel semata-mata bagi tujuan untuk hiburan golongan dewasa?,” soal seorang penganggur, Darren John, 23. – Agensi
DUNIA
Menyamar wanita untuk kahwin lelaki
|   | 
|   | 
BEIJING - Seorang pemuda di China, Wang Mou ditangkap kerana menyamar sebagai wanita dan berkahwin dengan tiga lelaki sebelum melarikan wang hantaran pertunangan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Akhbar Dahe Daily melaporkan Mou (gambar), 18, telah berkahwin dengan tiga orang lelaki pada tahun ini.
Pemuda itu menyamar sebagai wanita selepas dia ditipu oleh seorang wanita lain yang menjanjikan untuk mendapatkan pekerjaan kepadanya.
Namun, apa yang berlaku pada dirinya ialah pemuda itu dijual oleh wanita yang menjanjikan pekerjaan kepadanya dengan dijadikan isteri kepada lelaki lain.
"Dia menipu saya. Saya kemudiannya mendapat peluang untuk melarikan diri. Saya menyedari bahawa saya dapat menggunakan kaedah yang sama sebagai jalan singkat untuk mendapatkan wang," kata Mou.
"Ramai orang menyangka saya ialah seorang wanita apabila kali pertama melihat saya," tambahnya.
Selepas perkahwinan pertamanya, dia menjual dirinya dengan bantuan seorang rakan kepada dua lagi lelaki dengan bayaran 10,208 yuan (RM4,797).
Pemuda itu ditangkap semasa cuba melarikan diri pada hari perkahwinan ketiganya oleh beberapa wanita tempatan yang kemudian menyerahkannya kepada polis setelah mereka menyedari dia sebenarnya seorang lelaki. - Agensi
Dakwa dalang banjir: Abdullah
2010/05/12
JEDDAH: Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah, mengarahkan agar pegawai kerajaan yang bertanggungjawab menyebabkan banjir kilat mengorbankan 122 orang tahun lalu, didakwa di mahkamah.
Banjir itu berpunca daripada hujan lebat di Jeddah sehingga merosakkan ribuan rumah di pinggir tebing sungai kering.Ia juga mencetuskan tanda tanya terhadap pengurusan dana awam dikhaskan untuk menyelenggara sistem perparitan di bandar raya pinggir Laut Merah itu.
Arahan Abdullah dibuat selepas hujan lebat mengorbankan tiga orang penduduk Riyadh minggu lalu, sekali gus mendedahkan kelemahan infrastruktur serta menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat terhadap tahap ketelusan kerajaan.
Abdullah yang sering mengulangi ikrarnya membasmi rasuah dalam kerajaan, turut mengarahkan sebuah jawatankuasa penyiasat dibentuk bagi mencari punca bencana di Jeddah.
“Berdasarkan kesan bencana itu, kerajaan akan mendapatkan kebenaran dan menghukum mana-mana pihak yang bersalah,” katanya, semalam.
Bagaimanapun, kenyataan Abdullah tidak menamakan mana-mana pegawai serta jumlah kakitangan kerajaan yang terbabit.
Seorang peguam yang terbabit secara langsung dalam siasatan kes itu berkata, kira-kira 200 orang berdepan tuduhan rasuah serta salah guna dana awam.
“Mereka termasuk kontraktor yang menjalankan projek kerajaan serta kakitangan kanan kerajaan,” katanya.
- Reuters
DUNIA
Keanehan di langit Perth
|   | 
|   GAMBAR menunjukkan seorang  jurugambar amatur merakamkan sebuah objek ganjil di langit Perth,  Australia.   | 
PERTH, Australia - "Adakah sesuatu yang aneh berlaku di ruang angkasa di sini?", soal sebuah akhbar kelmarin.
Seorang lelaki yang cuma mahu dikenali sebagai Mark menganggap berlaku keanehan di ruang angkasa Perth setelah dia merakamkan beberapa objek ganjil di sekitar bandar raya itu.
"Kebanyakan orang hanya meluangkan masa untuk melihat di sekeliling mereka.
"Namun, mereka jarang mendongak ke langit sedangkan perkara aneh dan menarik berlaku di langit pada setiap masa," kata Mark yang merakamkan gambar di langit Perth lebih 10 tahun lalu.
"Sesetengah benda yang saya rakam kelihatan aneh dan saya tidak dapat menerangkannya," tambahnya. - Agensi
No comments:
Post a Comment