Sunday, June 6, 2010

AKHIR ZAMAN DOSA TIDAK DIGERUNI...DILAKUKAN DENGAN BANGGA....ULAMAK BISU BERTAMBAH....BERKUASA TETAPI DIAM MEMBATU.....TAKUT KEDUDUKAN TERANCAM

Rangsang pelanggan

Oleh NAZARALI SAERIL, MOHD RAZLAN SALLEH, ZAITIE SATIBI, FIRDAUS SAHAT, SHAMRAN SARAHAN dan MARY VICTORIA DASS

2010/06/06

KUALA LUMPUR: Tanpa memikirkan sensitiviti agama dan budaya Timur, ada wanita di negara ini, termasuk gadis Melayu beragama Islam, tergamak memakai pelbagai tatu di beberapa bahagian badan semata-mata mahu merangsang pasangan masing-masing ‘beraksi’ hebat di ranjang.

pix_middle
sebelum - selepas
PILIHAN...Liz Fysh menunjukkan tatu pada tubuhnya. PILIHAN...Liz Fysh menunjukkan tatu pada tubuhnya.

PILIHAN...Liz Fysh menunjukkan tatu pada tubuhnya.


Walaupun bukan semua wanita menjadikan tatu sebagai perlambangan seks, sebahagian besar merasakan ia lebih kepada perkara terbabit. Ikuti pengakuan eksklusif beberapa wanita bertatu kepada wartawan Metro Ahad.

DALING, 26 (Kuala Lumpur)

“ADA pelanggan ‘menjilat’ tatu rama-rama di belakang badan saya kerana tidak dapat menahan nafsu ketika di ranjang. Malah, ramai beranggapan wanita bertatu adalah seksi dan berimaginasi tinggi ketika melakukan hubungan seks.

Sebagai pekerja pusat urut, bukan saya saja yang cacah lukisan di badan, malah rakan sekerja lain berbuat demikian bagi menarik perhatian lelaki.

Ada yang melukis tatu di badan, atas pinggul dan dada demi menarik perhatian ramai. Siapa tidak ghairah melihat tatu di dada perempuan, lebih-lebih lagi lelaki hidung belang.


Tidak kurang juga lelaki menganggap wanita bertatu mempunyai imaginasi tinggi berkaitan seks dan mampu meningkatkan nafsu pasangannya di ranjang. Malah, ada pula yang menyangka wanita bertatu mampu memberi khidmat seks ‘ganas’.

Begitupun, bagi pemakai tatu ia membawa makna berbeza. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Saya mendapatkan lukisan tatu ini pada hari lahir ke-21 sebagai lambang kebebasan melangkah alam remaja.

Kebanyakan lelaki menyukai wanita yang dipenuhi dengan tatu corak lukisan di badan. Kebanyakan yang menjadi pilihan adalah lambang cinta retak, kala jengking, bunga ros layu, kupu-kupu atau rama-rama merah.

Lambang ini sangat popular di kalangan peminat tatu. Jika dipakai di dada atau atas pinggul, personaliti mereka lebih ketara dan kelihatan seksi serta membangkitkan nafsu sesiapa yang memandang.”


LINDA, 24 (Kuala Lumpur)

“CACAHAN tatu berbentuk bunga ros di atas dada ini kerana saya terikut pengaruh rakan. Pada masa sama, saya rasa tatu ini boleh mengubah personaliti saya.

Rakan mengatakan saya nampak lebih menonjol dengan tatu ini. Walaupun sering memakai baju penuh menutup dada setiap kali berjalan di khalayak ramai, tetapi bila bersama teman lelaki ia menaikkan nafsunya.

Bayangkan saja, siapa tidak geram melihat lukisan bunga ros merah di atas dada yang putih? Pasti ini menaikkan nafsu lelaki yang memandang.

Namun, tidak semua wanita dan gadis bertatu mempunyai imaginasi tinggi dalam hubungan seks. Saya tidak menyukai seks ganas tetapi kawan saya menyukainya. Pada masa sama, teman lelaki turut meminta saya mendapatkan pelbagai lukisan tatu di badan.”


MAISARA, 23 (Pahang)

“SAYA memakai tatu sejak enam tahun lalu kerana permintaan teman lelaki berbangsa Cina, di samping sebagai tanda kesetiaan saya terhadapnya. Tatu itu saya pilih di pangkal payudara kanan dengan lambang sepasang sayap sebagai simbol kebebasan, selain sekuntum bunga di tengah sayap itu merujuk kepada diri saya.

Saya berbuat demikian selepas tamat persekolahan apabila bekerja sambilan di hotel dan tidak menetap bersama ibu bapa.

Semuanya bermula apabila saya berkenalan dengan teman lelaki yang juga ahli perniagaan di sebuah pusat karaoke di pusat bandar ketika saya masih di tingkatan empat.

Walaupun masih bersekolah, status sebagai pelajar tidak menghalang saya berkawan dengan teman lelaki sebelum kami menjadi pasangan kekasih sehingga sekarang.

Ketika di bangku sekolah, pergerakan saya keluar masuk rumah terbatas berikutan dikongkong oleh bapa yang tegas dan banyak mengenakan peraturan sendiri.

Apabila bersama teman lelaki, saya rasa hidup ini sangat bebas kerana dia berfikiran terbuka. Disebabkan itu, sebaik habis sekolah saya bekerja di hotel di Kuantan kerana ingin berdikari.

Keluarga saya bukan orang susah, kalau saya tidak bekerja pun mereka masih mampu menanggung saya. Namun, kerana desakan hidup yang tidak mahu dikongkong menyebabkan saya ingin segera keluar rumah.

Sejak bebas daripada kawalan keluarga, hidup saya semakin liar apabila kerap mengunjungi kelab malam dan minum arak serta berhibur hingga lewat pagi.

Saya juga tidak berfikir panjang apabila teman lelaki meminta saya memakai tatu kerana menurutnya ramai rakan wanita sebangsa dengannya memakai tatu.

Tambah lagi, kebanyakan rakan saya yang berpasangan dengan teman lelaki bukan Melayu memang memakai tatu atas permintaan pasangan masing-masing.”


NADIA, 26 (Kuala Lumpur)

“SEBILANGAN gadis bertatu beranggapan mereka berbuat demikian untuk bergaya, daya penarik dan ekspresi seks terhadap pasangan atau rakan, tetapi saya berpendapat sebaliknya.

Saya ada empat jenis tatu di pinggul, tubuh belakang serta kedua-dua belah bahu, dan setiap tatu ada maksud tersendiri.

Tiga daripada tatu itu adalah ayat suci al-Quran iaitu tulisan Bismillah pada bahu kiri dan kanan, serta satu bentuk tulisan kaligrafi daripada al-Quran.

Saya membuat tatu sedemikian kerana dibebani masalah peribadi, cinta dan kehidupan sosial yang pernah dilalui.

Waktu malam saya banyak habiskan di kelab malam, minum arak dan seks bebas. Saya sangat sosial dan banyak terjebak dengan pelbagai gejala tidak bermoral.

Apabila usia meningkat, saya semakin jemu dan tertekan dengan kehidupan. Saya juga sering jatuh sakit dan sejak itu terdetik hati membuat tatu (Bismillah dan ayat al-Quran) berkenaan di badan saya.

Orang mungkin tertanya-tanya mengapa saya menulis kalimah Bismillah pada bahu, tetapi saya menganggap ia bagai ‘pelindung’ diri.

Sebagai orang Islam, saya percaya setiap insan didampingi malaikat pada bahu kiri dan kanan untuk mencatat setiap kebaikan serta keburukan yang mereka lakukan.

Sebab itu saya terfikir meletakkan tatu berkenaan di bahu saya, ia sebagai tanda dan peringatan kepada saya untuk menghindarkan perkara tidak senonoh.

Sejak tatu ini ada di badan saya, hendak minum arak pun fikir dua tiga kali, apa lagi hendak melakukan hubungan seks. Itulah kebaikannya apabila tatu ini ada di badan saya.”


LIZ FYSH, 29 (Selangor)

“ADA empat tatu di tubuh dan semuanya mempunyai maksud berlainan. Paling istimewa adalah di lengan kiri kerana ia bertulisan Jepun dengan cacahan nama kedua-dua anak. Ia sebagai tanda kasih sayang terhadap mereka.

Saya bertatu bukan kerana suka-suka. Buktinya, saya ambil masa 10 tahun untuk berfikir sebelum membuat tatu pertama di tengkuk.

Selepas itu saya mencacah tatu kedua iaitu ‘Devlin Fish’. Tatu ketiga bersimbolkan ‘Pentagram’ dengan sedikit ubah suai mengikut cita rasa saya dan kerananya, saya memenangi pertandingan tatu setahun lalu. Sebagai hadiah kemenangan, saya diberi tatu percuma dan saya memilih cacahan nama anak bertulisan Jepun berkenaan.

Saya beranggapan tatu tidak semestinya lebih menjurus kepada perlambangan seks saja kerana ia bergantung kepada individu.

Saya merancang membuat tatu baru tetapi masih memikirkan simbol sesuai. Jika ada yang mahu bertatu, nasihat saya fikirkan sedalam-dalamnya kerana jika sudah dicacah, sukar membuangnya.”


NITA, 20 (Johor)

“LAMBANG tatu pari-pari bogel berwarna biru yang duduk di atas bulan sabit umpama magnet bagi saya untuk menggoda lelaki dan membuat mereka lebih mudah melekat.

Ia bermakna saya masih kesunyian dan ingin mencari teman lelaki istimewa.
Seperkara lain, lambang tatu dari Sepanyol pada lengan saya sangat bermakna kerana ia membolehkan saya mudah mesra dengan pelanggan dan sesuai dengan kerja saya di pusat hiburan di Johor Bahru.

Selepas memakai tatu, saya menerima tawaran daripada lebih ramai lelaki untuk menjadi teman sosial. Bagaimanapun, saya masih merahsiakan perbuatan itu daripada keluarga yang berasal dari kawasan kampung di Pontian kerana sedar perkara itu mungkin menyinggung perasaan mereka.

Pada awalnya, saya tidak dapat menahan kesakitan apabila tatu dilakar lebih enam jam di beberapa bahagian badan, termasuk di lengan kiri dan paha kiri, sehingga demam dua tiga hari.

Namun tidak disangka selepas memiliki tatu berkenaan sejak hampir dua bulan lalu, saham saya semakin meningkat di mana lebih ramai lelaki, termasuk pelancong Singapura, menunjukkan minat untuk berkenalan.

Malah, saya dibawa melancong ke luar negara oleh beberapa pelanggan yang menganggap saya gadis berfikiran terbuka dan moden.




Mini skirt awal pagi

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN

2010/06/06

KUALA LUMPUR: “Saya ke majlis peribadi, bukan berhibur di disko. Lagipun, saya ditemani kakak, abang dan beberapa rakan yang rapat dengan saya.

SIAR...gambar Nora seperti yang disiarkan di Internet.
SIAR...gambar Nora seperti yang disiarkan di Internet.


Foto dimuatkan di beberapa laman web gosip dan ruangan forum itu mengundang andaian kononnya Nora baru pulang berhibur di sebuah pusat hiburan berhampiran kedai makan itu.

Ia menggambarkan seolah-olah pergerakan janda muda itu diintip pihak tertentu.


Pelbagai reaksi yang kebanyakannya ‘mengutuk’ Nora turut menghiasi ruangan komen laman web dan forum itu. Selain mempersoalkan apa dilakukan Nora ketika itu, pakaiannya juga menjadi bahan sindiran.

Menurut Nora, dia hanya memakai ‘dress’ yang sering menjadi pilihannya ketika bergambar di akhbar atau majalah.

Katanya, tidak sepatutnya ia menjadi isu.

“Memang saya terkejut apabila diberitahu gambar saya tersebar di Internet. Saya tidak dapat menghalang sesiapa pun untuk mengambil gambar saya dan meletakkannya di laman web.

“Namun saya terkilan dengan pengisiannya. Tanpa usul periksa, saya ‘dijatuhi hukuman’ dengan pelbagai kutukan dan sindiran,” katanya.

Nora berkata, dia sedar statusnya sebagai ibu tunggal dan dia tahu menilai yang mana baik dan mana buruk.

“Saya tidak kata saya sempurna, tetapi saya tahu tanggung jawab saya. Saya juga berhak menentukan haluan hidup saya.

“Justeru, saya berharap hal ini ditamatkan. Saya sudah beri penjelasan,” katanya.

Selain memberi penjelasan mengenai kontroversi itu, Nora turut diminta mengulas kejutan dibuat bekas suaminya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli yang singgah di sebuah pulau menggunakan helikopter untuk bertemu pelakon, Nur Fasha Sandha Hassan atau Fasha Sandha.

Bagi Nora, apa dilakukan itu adalah hak individu.

“Saya tiada kena mengena dengan mereka (Rizal dan Fasha). Apapun, bagi saya, tak salah... itu hak mereka,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Muka depan Harian Metro 18 Mei lalu melaporkan Rizal singgah di lokasi penggambaran drama bersiri terbitan Zeel Productions berjudul Duyung Aridinata di Pulau Lang Tengah, Terengganu, dengan helikopter.

Ia membuatkan semua pelakon dan kru penerbitan drama bersiri yang menjalani penggambaran di pulau itu sejak 4 Mei terkejut apabila kehadiran Rizal bersama beberapa VIP bertujuan membuat kejutan kepada Fasha.

Fasha ketika mengulas perkara itu hanya menyatakan Rizal dan beberapa teman ada perancangan untuk membuat kejutan di lokasi penggambaran selepas mendapat tahu dirinya terbabit pembikinan drama bersiri berkenaan di pulau itu.

Bagaimanapun, katanya, kehadiran Rizal di set penggambaran tidak disangka dan melangkaui imaginasinya.



Isteri curang

Oleh SALMAN HAMAT

2010/06/06

JOHOR BAHRU: Meskipun masih bersuami, seorang penjual minyak lintah berusia 30-an sanggup menjaja air mata dengan mendakwa dirinya janda selepas kematian suami beberapa bulan lalu demi memastikan ‘saham’nya tidak jatuh di kalangan lelaki berhidung belang di sekitar bandar raya ini.

Lebih mengejutkan, wanita bermata duitan itu dalam diam berlaku curang apabila turut menjaja tubuhnya tanpa pengetahuan suami.


Perbuatan suka-suka itu bagaimanapun dikatakan menjadi rutin wanita berkenaan hingga sanggup bertukar teman tidur demi memperoleh bayaran antara RM200 hingga RM300 setiap kali keluar bersama teman lelakinya.


Wanita terbabit juga dikatakan mempunyai keinginan pelik apabila hanya mensasarkan lelaki berusia 40 hingga 50-an yang kesunyian dan memerlukan teman untuk berhibur.


Bagaimanapun, kecurangannya mula disedari suaminya apabila wanita terbabit sering tidak pulang ke rumah pada waktu malam dengan mendakwa jualan minyak lintahnya mendapat sambutan luar biasa, sebaliknya dia didapati menemankan teman istimewanya.

Suami mangsa dikenali sebagai Azman, 40, berkata dia mula menyedari perubahan sikap teman hidupnya selepas isterinya gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri mahupun ibu sejak hampir 10 bulan lalu.


“Saya yang bekerja sebagai buruh binaan sering mempunyai kontrak di luar Johor hingga menyebabkan dia berpeluang bertemu dengan lelaki berkenaan sesuka hati... lebih menyakitkan hati apabila dia secara terang-terangan berani keluar walaupun saya ada di rumah.


“Saya pernah cuba berbincang dengannya untuk menyelesaikan masalah ini tapi dia kerap memberi alasan, termasuk sudah tidak serasi dan lebih gemar melayan lelaki dikenali di luar kerana membolehkannya hidup selesa.


“Paling menyedihkan apabila saya pernah terbaca beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah dikirim lelaki yang pernah melanggannya menyatakan hasrat untuk bertemu dan ingin memuaskan nafsu,” katanya ketika ditemui semalam.


Azman berkata, demi menyelamatkan rumah tangganya termasuk mengenangkan masa depan anak, dia menghubungi seorang daripada lima lelaki yang menjalin hubungan sulit dengan isterinya dan memberitahu perkara sebenar.


“Dalam perbualan itu, lelaki terbabit terkejut apabila saya mengaku suami kepada wanita yang dikenalinya.


“Walaupun pada awalnya dia menyatakan tidak tahu perkara itu dan hanya melayan isteri saya selepas mengaku janda, kemudian dia menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan isteri saya jika kami berpisah hingga menyebabkan saya buntu dengan apa yang berlaku,” katanya.

Azman berkata, buntu dengan perangai isterinya yang tiada kesudahan, dia merujuk perkara itu kepada Pejabat Agama Islam Daerah Johor Bahru sebagai usaha terakhir menyelamatkan perkahwinan hampir 12 tahun.


“Bagi mengelak kejadian tidak diingini, saya juga membuat tiga laporan polis berhubung kelakuan isteri di Balai Polis Pasir Gudang, termasuk pada 2 Mei dan 19 Mei lalu,” katanya.



GRO bertempiaran

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

2010/06/06

SEREMBAN: Sekumpulan wanita warga China dipercayai pelayan pelanggan (GRO) di pusat karaoke di Rahang, di sini, bertempiaran lari dan cuba meloloskan diri melalui beberapa pintu rahsia sejurus menyedari pihak berkuasa menyerbu premis dua tingkat itu, malam kelmarin.

Jurucakap polis berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihaknya selama sebulan berhubung kegiatan pemilik premis itu yang dikatakan menggunakan wanita warga asing untuk melayan pelanggan.


“Dalam operasi berakhir kira-kira jam 10 malam itu, enam wanita warga asing berusia 31 hingga 53 tahun berjaya ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati mereka warga China.


“Berikutan itu mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahguna pas lawatan sosial dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk tindakan selanjutnya.


“Seorang lelaki berusia 30-an dipercayai penjaga premis itu turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 56 (1) (d) Akta Imigresen kerana memberi perlindungan kepada warga asing,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati premis yang mempunyai lesen itu dipercayai hanya menggaji wanita warga asing untuk menjadi ‘teman sosial’ pelanggan ketika menyanyi dan tidak menawarkan perkhidmatan seks.



Gadis 'pelaris' kena cekup

Laporan dan foto ADNAN MOHAMAD

2010/06/06

KOTA BHARU: Sindiket tertentu dikesan semakin ghairah membawa masuk ‘gadis penghibur’ dari negara jiran untuk dijadikan ‘pelaris’ di premis perniagaan diusahakan mereka, selain memiliki kelembutan dalam melayan pelanggan.

Helah itu dikesan dalam serbuan dijalankan penguat kuasa Jabatan Imigresen Kelantan ke atas tiga premis di tiga daerah berlainan awal pagi semalam membabitkan penahanan 12 wanita Thailand yang bertugas sebagai pelayan pelanggan (GRO).


Serbuan bermula jam 8 malam hingga jam 4 pagi semalam itu membabitkan GRO muda berusia antara 19 hingga 33 tahun dan mereka ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas Lawatan.


Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Kelantan, Malik Zaliman Deraman, berkata serbuan dilakukan awal pagi semalam adalah hasil maklumat berkaitan kegiatan tidak bermoral disalurkan orang awam serta intipan pihaknya.



Sementara itu, dalam operasi berasingan, puluhan pelanggan yang asyik berseronok di dua pusat hiburan di Terminal 2, di sini, tersentak apabila menerima ‘kunjungan’ pihak berkuasa, kira-kira jam 11 malam.


Operasi hasil maklumat awam dan risikan itu dilakukan kira-kira 50 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM)


No comments:

Post a Comment