Saturday, June 12, 2010

APA KOMEN ANDA NAK SALAHKAN SAPE

Wanita merokok serius

KUALA LUMPUR - Peratusan perokok remaja perempuan yang kini melebihi perokok remaja lelaki adalah sangat membimbangkan, lebih-lebih lagi ada remaja perempuan yang mula merokok sebelum umur 10 tahun, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau memetik kajian Tinjauan Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan pada tahun 2003 yang mendapati peratusan remaja perempuan merokok adalah sekali ganda iaitu 28.8 peratus berbanding lelaki sebanyak 14.1 peratus.

“Trend ini adalah sangat membimbangkan kerana ia menunjukkan peningkatan yang serius perokok wanita, dari peringkat umur yang masih muda lagi.

“Diramalkan jika corak ini dibiarkan berterusan, penggunaan tembakau sepanjang hayat akan mengakibatkan kematian total 250 juta remaja (seluruh dunia),” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 peringkat Institut Perubatan Respiratori di sini, semalam.

Rosnah berkata, tabiat merokok dalam kalangan remaja perempuan antara lain disebabkan pengaruh iklan yang menjanjikan kecantikan fizikal dan penyelesaian kepada cara menguruskan badan.

“Merokok tidak menjanjikan kecantikan fizikal atau kecanggihan. Yang ada hanyalah keburukan dan bahaya kepada kesihatan,” katanya.

Beliau berkata, merokok juga menambahkan risiko keguguran dan juga kelahiran bayi pramatang.

Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan badan bukan kerajaan (NGO) bergabung tenaga menganjurkan kempen kesedaran dan pendidikan mengenai bahaya merokok.

Rosnah berkata, perhatian yang diberikan ibu bapa terhadap anak-anak sahaja tidak mencukupi.

Katanya, langkah menghukum remaja yang merokok kurang efektif dan hanya akan membuat mereka memberontak sebaliknya langkah penyelesaian yang terbaik adalah untuk mendidik dan menasihati mereka. - Bernama




Gadis urut kaut RM1,200 sehari

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim, Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my
2010/06/12

KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang menjadi tukang urut dan pada masa sama menawarkan khidmat seks kepada pelanggan mampu menjana pendapatan mencecah RM1,200 sehari.

TAHAN...gadis urut warga asing yang ditahan, kelmarin.
TAHAN...gadis urut warga asing yang ditahan, kelmarin.
Ini terbukti apabila empat wanita warga asing yang bekerja sebagai tukang urut di sebuah pusat refleksologi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, yang turut menawarkan khidmat urutan ‘Body to Body’ atau B2B kepada pelanggan dengan harga RM150 sekali perkhidmatan ditahan selepas pusat itu diserbu malam kelmarin.


Serbuan kira-kira jam 11 malam itu dibuat sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) sebaik menerima maklumat awam.


Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata hasil serbuan itu, empat wanita warga asing iaitu tiga warga Thailand dan seorang warga China ditahan kerana didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja di negara ini.


Beliau berkata, semua mereka dipercayai mengurut pelanggan dengan berbogel.


“Ketika mengurut, mereka akan menawarkan perkhidmatan sampingan seperti seks oral dengan caj sehingga RM100 untuk sekali perkhidmatan sebagai caj tambahan,” katanya.


Difahamkan, seorang tukang urut itu mampu memberi perkhidmatan kepada lebih 10 lelaki dalam sehari.


Sementara itu, dalam serbuan kedua di sebuah premis lain yang terletak tidak jauh dari lokasi pertama, empat wanita warga asing ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan tidak bermoral.


Difahamkan, dua daripada wanita terbabit sanggup menggadai nyawa dengan terjun dari tingkap untuk ke premis sebelah sebelum ditahan.


“Hasil pemeriksaan, semua wanita terbabit yang juga warga Thailand berusia 20-an mengaku menjalankan kegiatan tidak bermoral dengan melakukan urutan batin dengan kadar RM150 untuk sekali perkhidmatan.


“Mereka juga mendakwa mula bekerja dari jam 11 pagi hingga 11 malam pada setiap hari,” katanya





Pusat urut guna payu dara diserbu


SEBAHAGIAN wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Sapu jeli bermula dari hujung kaki sampai ke leher sebelum tukang urut wanita warga China atau Thailand dalam keadaan bogel sedia mengurut menggunakan buah dada masing-masing bagi memuaskan setiap pelanggan.

Demikian khidmat urut yang ditawarkan oleh dua buah pusat refleksologi di Taman Tun Dr. Ismail yang telah membuka perniagaan masing-masing sejak dua bulan lalu.

Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar malam kelmarin apabila sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur menyerbu kedua-dua premis tersebut serentak.

Dalam serbuan pada pukul 10.30 malam yang diketuai oleh Deputi Supritendan Razali Abu Samah itu, polis menahan tujuh wanita warga Thailand dan seorang wanita China dipercayai sedang menunggu pelanggan di kedua-dua premis tersebut.

"Kita terpaksa mengumpil pintu hadapan salah sebuah premis kerana pemiliknya enggan membuka pintu ketika serbuan.

"Selepas setengah jam bertungkus-lumus, kita berjaya membuka pintu dan menemui empat wanita Thailand manakala seorang lagi dapat melarikan diri," kata beliau ketika ditemui di lokasi tersebut malam kelmarin.

Menurut beliau, serbuan di sebuah lagi pusat urut tidak jauh dari situ berjaya menahan tiga lagi wanita Thailand dan seorang wanita warga China

No comments:

Post a Comment