Monday, June 28, 2010

JADIKAN TELADAN BUKAN MUDAH MENGHARUNG HIDUP BERUMAH TANGGA...

Dedah kisah dua wanita

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my
2010/06/29

KLANG: Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Ramizah Mazlan, 39, mendakwa suaminya, Badrul Hisham Abdullah menjalin hubungan dengan dua wanita menyebabkan mereka sering bertengkar sepanjang 17 tahun hidup bersama.
Ramizah berkata, pada 2006, suaminya bertemu semula bekas tunang yang dikenali sejak 25 tahun lalu dan pernah mengajak wanita berkenaan mendirikan rumah tangga.
Bekas penjaga stor itu mendakwa, Badrul juga pernah menjalinkan hubungan dengan wanita kedua pada 2008 selepas suaminya itu dilantik menjadi Adun. “Wanita (kedua) itu berusia 23 tahun. Saya terjumpa beberapa keping gambar Badrul dan perempuan itu.

“Saya juga pernah terbaca SMS dalam telefon Badrul yang antara lain mengandungi perkataan ‘sayang’ dan ‘rindu’.

“Sikap Badrul yang gemar menjalinkan hubungan dengan wanita lain menjadikan rumah tangga (kami) sering dilanda pertengkaran.

“Pada kebanyakan masa, saya akan disumpah-seranah, dimaki-hamun sebelum suami akan keluar rumah beberapa hari tanpa meninggalkan nafkah,” katanya dalam afidavit keterangan bertulis di Mahkamah Rendah Syariah, Klang, semalam.

Ramizah selaku plaintif memberi keterangan dalam perbicaraan kes permohonan cerai secara fasakh terhadap Badrul (defendan) mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Ia dibuat atas alasan defendan cuai dalam menyediakan nafkah zahir selama tiga bulan berturut-turut, menyakiti dan membuatkan plaintif menderita dan berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji.

Ramizah mendakwa, hubungan defendan dengan wanita itu juga diketahui beberapa ahli keluarga dan dapat dilihat menerusi beberapa gambar dalam telefon bimbit suaminya.

“Namun ada sekeping gambar yang saya sempat cetak,” katanya.

Kemuncak kepada masalah itu katanya adalah apabila mereka tinggal berasingan pada 4 Januari lalu selepas tercetus pergaduhan besar. Katanya, ia berpunca apabila dia mempersoalkan tindakan defendan tidak pulang ke rumah selama empat hari pada 29 Disember 2009.

“Bagaimanapun, saya mendapat tahu suami pergi ke Thailand pada tempoh itu dan ada beberapa gambar wanita dalam telefon bimbit Badrul,” katanya.

Menurutnya, sepanjang berkongsi hidup, defendan bukan saja tidak jujur, malah sering memaki hamun, mengherdik dan memarahinya tanpa sebab di depan ahli keluarga dan orang ramai.

Sehubungan itu dakwanya, dia mengalami tekanan perasaan amat teruk sehingga selalu termenung dan mengalami kemurungan.

Perbicaraan di depan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh bersambung 28 September depan.




KOMEN...LOK DENGAR KEDUA2 BELAH PIHAK...TELITI IKUT PERATURAN ISLAM...YG HAQ TU JELAS DAN YANG BATIL PUN JELAS...

No comments:

Post a Comment