Friday, July 2, 2010

SEDAP BERSAMA..TERBEBAN SORANG SAJA...LELAKI CUCI TANGAN


SAYA masih belum berkahwin dan kakak berusia 26 tahun.

Kehidupan
keluarga saya sempurna dari segi didikan serta kerjaya membanggakan.
Baru-baru ini, saya dikejutkan dengan berita adik mengandung anak
luar nikah. Ia memberikan tamparan hebat kerana tidak menyangka perkara
itu boleh berlaku. Sebagai kakak, tentunya saya rasa bertanggungjawab
terhadap kejadian itu.Saya bersama dua lagi kakak bercadang
merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan emak dan ayah kerana
mereka sangat beremosi. Kami khuatir berlaku perkara buruk jika mereka
tahu.Kami juga bertindak demikian kerana bimbang
saudara-mara serta jiran mengetahui perkara itu, selain mengelakkan aib
pada emak dan ayah.Buat masa ini, adik saya tinggal bersama
kakak kedua bagi memudahkan proses bersalin. Saya sebenarnya tidak
mampu melelapkan mata serta melakukan kerja dengan sempurna kerana
risau ibu bapa pasti mengetahui perkara itu. Apakah yang kami lakukan
ini wajar atau sepatutnya dilakukan? Bagaimana saya boleh membimbing
adik supaya berubah serta menjadi insan berguna? Han, Pahang
HAN, hidup ini memang banyak dugaan. Daripada sebuah keluarga sempurna
serta mempunyai kerjaya sempurna, tiba-tiba hidup diduga dengan berita
mengejutkan iaitu kehamilan luar nikah adik kandung. Peristiwa itu
tentu sekali mengganggu perjalanan kehidupan keluarga Han yang selama
ini selesa.Apa yang berlaku dalam keluarga Han boleh berlaku
juga kepada keluarga lain. Masalah sosial tidak terbatas kepada
keluarga yang bermasalah saja. Ia boleh berlaku kepada keluarga yang
berantakan, berkonflik atau bahagia. Kebanyakan ibu bapa berusaha
sedaya upaya mendidik anak menjadi insan berguna. Namun, hasilnya tidak
seperti diinginkan kerana masih lagi terbabit dengan gejala sosial.
Mengandung anak luar nikah berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya
terbabit dengan seks bebas, tertipu dan tanpa kerelaan hati.
Bagaimanapun, masalah mengandung anak luar nikah perlu ditangani dengan
berhati-hati kerana kita tidak mahu kejadian membuang bayi tiada
kesudahannya. Apabila anak menimbulkan masalah, keluarga tidak boleh
berputus asa. Oleh itu, Dr amat berterima kasih kerana Han mempunyai
sifat tanggungjawab dan pada masa sama, memahami ingin merahsiakan
kehamilan daripada pengetahuan emak serta ayah kerana tidak mahu
melukakan hati mereka.Saat-saat sukar itu perlu dilalui
dengan penuh kesabaran. Setiap ahli keluarga harus saling menyokong dan
mencari jalan penyelesaian.Memang sukar untuk berhadapan
dengan situasi yang menimbulkan aib kepada keluarga. Perasaan malu
kerana takut pelbagai persepsi negatif daripada jiran dan kawan-kawan.
Perasaan berkenaan adalah lumrah. Bagi mengelakkannya, jangan mengabai
dan mengetepikan masalah utama. Bantu menangani masalah adik mengenai
kehamilan anak luar nikahnya dengan rasional.Keputusan tidak
mahu memberitahu emak dan ayah mengenai kehamilan itu wajar atau tidak
bergantung kepada keutamaan penyelesaian masalah. Apakah isu yang lebih
penting perlu diselesaikan terlebih dulu? Adakah Han lebih memikirkan
malu atau aib kepada jiran atau lebih kepada ingin menjaga perasaan ibu
bapa? Bagaimana pula dengan usaha untuk membantu adik yang hamil?.
Dalam konteks mencari jalan penyelesaian utama, berbincanglah dengan
adik dan kakak yang lain. Cari penyelesaian yang tidak merugikan kerana
adik yang sedang hamil mengalami saat traumatik hidup. Ketika ini, dia
amat memerlukan bantuan dan sokongan, terutama sekali ahli keluarga.
Seeloknya setiap ahli keluarga hadir menghulurkan simpati dan bantuan
serta menunjuk jalan supaya tidak terus sesat.Justeru, Han
perlu membimbing adik untuk menjadi seorang insan yang berguna. Jika
disisih dan dihukum, hidup adik pasti terus terumbang-ambing.
Menyisihkan tentunya lebih melukakan.Bincang dengan kakak
cara terbaik untuk memberitahu orang tua anda supaya tidak menjadi
terlalu emosional apabila menerima berita kehamilan luar nikah itu.
Pada masa sama, buat perancangan teliti untuk membantu adik. Cari jalan
supaya kejadian itu tidak menjadi berita sensasi jiran. Jangan
menafikan hak adik untuk dibantu. Perancangan teliti penting kerana
masalah itu turut membabitkan kehadiran seorang anak yang tidak berdosa
(anak adik).
Merahsiakan perkara itu mungkin menyelesaikan masalah pada waktu
sekarang. Namun, ia bukan penyelesaian sebenar. Lantaran ia realiti
sebuah keluarga yang benar-benar wujud. Tanpa mengira keluarga bahagia
atau sebaliknya. Memang tidak ada jalan mudah kepada penyelesaian
masalah yang Han hadapi. Mungkin berlaku insiden saling
salah-menyalahkan dan menimbulkan perasaan marah daripada setiap
individu yang terbabit. Ia perkara normal. Bersedialah untuk menghadapi
perkara itu selain mencari jalan keluar terbaik kepada penyelesaian
masalah. Ia antara jawapan kepada jalan keluar kepada konflik yang Han
dan adik alami. Dr doakan yang terbaik untuk Han, adik dan keluarga.


BAGAIMANA INI...SUSAHNYA WANITA...SILAKI RELAX2...TAK TERBEBAN
YANG TERBEBAN WANITA DAN KELUARGA...LELAKI LEPAS TANGAN...TERHUKUM JAUH SEKALI...

No comments:

Post a Comment