Monday, June 28, 2010

KAN SAYA DAH KATAKAN HARI2 BERITA BGINI KLUAR...BUKAN S/KHABAR NAK LAKUKAN JUALAN TAPI NAK NYATAKAN KES NI BYK...

Pegawai Rela disyaki rogol anak saudara ditangkap


Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin

2010/06/29

Suspek laku perbuatan keji sejak mangsa berusia enam tahun

KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang pegawai Rela dari Seberang Takir, di sini, kerana disyaki merogol anak saudaranya berusia 12 tahun sejak mangsa berusia enam tahun lagi.

Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di kediamannya yang terletak berhampiran rumah mangsa di Seberang Takir kira-kira jam 11 pagi Jumaat lalu, selepas ibu mangsa membuat laporan kes berkenaan di Balai Polis Kuala Terengganu sehari sebelum itu

Lelaki berkenaan dipercayai memperalatkan mangsa dan memperdayakan keluarganya apabila sering membawa mangsa keluar bersiar-siar ketika hujung minggu, sebelum mengambil kesempatan merogolnya.

Akibat ketakutan, mangsa tidak pernah mengadu perkara itu kepada keluarganya dan terpaksa menjadi hamba seks bapa saudaranya di merata tempat, termasuk taman permainan kanak-kanak selama enam tahun.

Bagaimanapun, kegiatan sumbang lelaki itu akhirnya terbongkar, apabila mangsa mengadu sakit di kemaluan kepada ibunya pada Jumaat lalu, yang kemudian membawa mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini pada hari sama.

Hasil pemeriksaan, doktor yang merawat mangsa mengesahkan ada kesan koyakan lama akibat tusukan pada alat sulit kanak-kanak terbabit.

Ibu mangsa yang terkejut berhubung kejadian itu, meminta anaknya menceritakan perkara sebenar.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan mengesahkan mengenai kejadian berkenaan, tetapi enggan mengulas lanjut.

Suspek kini ditahan reman selama seminggu sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.




Hantu lelaki warga asing cabul dua gadis ditahan


Oleh Asrol Awang

2010/06/29

Pekerja pameran seram peluk mangsa dari belakang

KUANTAN: Dua lelaki warga asing, masing-masing berasal dari Nepal dan Bangladesh ditahan kerana menyamar sebagai hantu di `rumah hantu dan mencabul dua gadis yang mengunjungi Karnival Jom Heboh di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), di sini, tengah hari kelmarin.

Mereka yang berumur dalam lingkungan 30-an itu ditahan dalam dua kejadian berasingan.

Dalam kejadian pertama kira-kira jam 12 tengah hari, mangsa berusia 20 tahun yang mengunjungi Karnival Jom Heboh memasuki rumah hantu itu untuk melihat pameran menyeramkan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, berkata pada masa sama, suspek warga Nepal yang kebetulan berada dalam rumah hantu itu menyamar sebagai hantu sebelum memeluk mangsa dari belakang dengan tujuan menakutkan gadis terbabit.

Katanya, akibat terkejut dipeluk lelaki terbabit, mangsa menjerit ketakutan dan meminta pertolongan pengunjung Karnival Jom Heboh sebelum berjaya memberkas suspek.

"Mangsa mendakwa tidak menyedari kehadiran suspek terbabit dari arah belakang dan meronta melepaskan diri sambil menjerit meminta tolong pengunjung lain sebelum suspek berjaya diberkas," katanya di sini, semalam.

Dalam kejadian kedua, katanya, seorang lagi gadis turut menjadi mangsa tetapi suspek kali ini lelaki warga Bangladesh.
Katanya, suspek terbabit bertindak memegang dada mangsa ketika gadis berkenaan sedang berjalan dalam rumah hantu.

"Mangsa yang terkejut apabila dicabul lelaki terbabit, menjerit meminta pertolongan menyebabkan suspek ketakutan dan cuba melarikan diri.

"Bagaimanapun, dia berjaya diberkas sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut," katanya.

Katanya, kedua-dua suspek yang ditahan dalam kejadian itu akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.



Kadar jenayah babit pelajar, kanak-kanak meningkat


2010/06/29

KUALA LUMPUR: Walaupun kadar indeks jenayah negara menunjukkan penurunan ketara iaitu 15.1 peratus dalam tiga bulan pertama tahun ini, namun perlakuan jenayah membabitkan kanak-kanak dan pelajar termasuk jenayah berat seperti rogol dan bunuh amat membimbangkan.

Lebih mengejutkan, ada kanak-kanak yang terjebak dalam jenayah seawal usia tujuh tahun.

Statistik Bukit Aman mendedahkan sepanjang empat bulan pertama tahun ini, kanak-kanak dan pelajar serta remaja tidak bersekolah berusia 7 hingga 18 tahun terbabit dalam 18 kes bunuh, 198 (rogol), dua (rompak berkumpulan bersenjata api), 185 (rompak berkumpulan tanpa senjata), 19 (rompakan) dan 141 (mendatangkan kecederaan).

Mereka turut terbabit dalam 382 kes kecurian, 584 kes curi kenderaan termasuk 558 membabitkan motosikal, 28 (ragut), 17 (pecah rumah siang hari) dan 232 (pecah rumah malam hari).

Dalam tempoh sama tahun lalu, mereka terbabit dalam 13 kes bunuh, 181 (rogol), tujuh (rompak berkumpulan bersenjata api), 74 (rompak berkumpulan tanpa senjata api); 132 (mendatangkan kecederaan), 324 (curi), 385 (curi kenderaan), 25 (ragut), 28 (pecah rumah malam hari) dan 158 (pecah rumah siang hari).

Secara keseluruhannya, mereka yang berusia tujuh hingga 18 tahun terbabit dalam 1,817 kes jenayah dengan 604 daripadanya adalah murid dan pelajar sekolah sepanjang Januari hingga April tahun ini, berbanding 1,343 kes membabitkan 453 murid dan pelajar bagi tempoh sama tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 50 kes membabitkan kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun, 507 kes (13 hingga 15 tahun) dan 1,360 kes (16 hingga 18 tahun) dengan 42 kes dilakukan perempuan.
Mengulas mengenainya, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis memerlukan bantuan ibu bapa, pentadbiran sekolah dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi membendung jenayah kanak-kanak dan remaja yang dilihat semakin meningkat.

Beliau juga mencadangkan supaya satu kajian ilmiah dibuat secara bersama oleh semua pihak berkaitan bagi mengenalpasti punca masalah itu dan cara menanganinya.

Bagi saya, masalah ini tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada polis. Tanpa bantuan masyarakat kita akan gagal dalam mengatasi masalah ini, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata perangkaan itu memberi isyarat betapa seriusnya masalah sosial dan perlakuan jenayah di kalangan kanak-kanak dan pelajar sekolah.

Bagi saya, faktor utama yang mendorong peningkatan kadar jenayah dan salah laku remaja ialah kurangnya pengawasan dan pemantauan ibu bapa terhadap pergerakan dan aktiviti anak, selain pengaruh filem, televisyen dan internet, katanya.



Enam tahun jadi hamba seks bapa saudara



2010/06/29



KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun terpaksa menanggung derita selama enam tahun apabila dia dijadikan tempat untuk memuaskan nafsu bapa saudaranya berhati binatang.
Perbuatan terkutuk bapa saudara berusia 56 tahun yang juga pegawai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) itu dilakukan di beberapa lokasi termasuk di taman permainan kanak-kanak.
Menurut sumber, bagi mengelak perbuatannya dihidu, suspek yang tinggal di sebuah kampung di Seberang Takir, di sini, dikatakan bijak menggunakan helah dengan membawa mangsa bersiar-siar setiap hujung minggu sebelum mengambil kesempatan merogolnya.

Mangsa trauma dengan perbuatan lelaki itu terpaksa memendam rasa apabila diugut merahsiakan perbuatan berkenaan menyebabkan bapa saudara berpangkat pegawai itu semakin ‘selesa’ melakukan perbuatan terkutuk terbabit.

Bagaimanapun, rahsia lelaki itu yang sepatutnya menjadi pelindung kepada kanak-kanak terbongkar selepas mangsa mengadu sakit di bahagian kemaluan kepada ibunya, Jumaat lalu, sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan.

Sumber berkata, hasil pemeriksaan doktor mengesahkan ada kesan koyak pada alat sulit kanak-kanak itu.

Ibu mangsa yang terkejut dengan hasil pemeriksaan doktor itu kemudian mendapatkan penjelasan daripada anaknya yang menceritakan segala perbuatan keji bapa saudaranya itu sejak enam tahun lalu.

Berikutan pengakuan kanak-kanak terbabit, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu pada Khamis lalu.

Polis memberkas warga emas itu di kediamannya di Seberang Takir, kira-kira jam 11 pagi, Jumaat lalu. Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, mengesahkan kejadian itu

No comments:

Post a Comment