Monday, April 4, 2011

BERCINTA ITU INDAH...BILA DAH BENCI....IA BEGITU PAHIT DAN MEMBOSANKAN....KAWIN DAN BERCINTA ITU MUDAH....TAPI NAK MENGEKALKAN PERKAHWINAN DAN CINTA ITU SUSAH....

Polis rakam keterangan Badul



AR BADUL...dipanggil polis
AR BADUL...dipanggil polis
KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) sudah memanggil pelawak veteran terkenal, Armaya Aman Ramli, 63, atau popular dengan panggilan AR Badul pagi semalam untuk dirakamkan keterangan berhubung laporan seorang remaja perempuan mendakwa dicabul pelawak berkenaan.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa berkata pelawak terbabit hadir ke IPPKKL jam 10.45 pagi untuk diambil keterangan berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya.

Harian Metro semalam melaporkan pelawak terbabit menyangkal dakwaan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dia mencabul lebih daripada tiga kali bermula Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu.



Dapat e-mel bodoh

Oleh Asmah Rusman dan Noozieyantie ‘Alia Adnan
am@hmetro.com.my

KESAL...Azam menunjukkan laporan polis yang dibuatnya dan kertas kuning yang diterima daripada sindiket terbabit.
KESAL...Azam menunjukkan laporan polis yang dibuatnya dan kertas kuning yang diterima daripada sindiket terbabit.
KUALA LUMPUR: Seorang pesara tentera yang kemaruk mahu menjalankan perniagaan dengan cara mudah dan cepat kerugian RM300,000 selain terpaksa menanggung beban hutang selepas ditipu seorang wanita tempatan yang mendakwa pembekal batu permata.
Mangsa yang dikenali sebagai Azam, 42, berkata, ketika kejadian dia baru beberapa bulan bersara dan tidak menyangka wang pampasan tamat perkhidmatan yang sepatutnya digunakan untuk membeli rumah dan simpanan perbelanjaan persekolahan anaknya ‘hangus’ sekelip mata, manakala pinjaman bank atas nama isterinya berjumlah RM100,000 terpaksa dibayar ansuran selama 15 tahun.

Katanya, dia menghubungi telefon bimbit semua anggota sindiket terbabit beberapa kali selepas menyedari tertipu, tetapi tidak berjawab. Bagaimanapun, tiga minggu lalu dia menerima kiriman e-mel daripada seorang anggota sindiket itu yang menulis: ‘Awak bodoh sebab itu awak terkena.’ Azam berkata, kejadian bermula selepas dia menerima e-mel pada 24 November tahun lalu daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Farah, kononnya bekerja dengan sebuah syarikat asing beroperasi di United Kingdom.
Menurutnya, wanita terbabit memberitahu mahu mengembangkan empayar perniagaan syarikatnya dengan mencari ejen tempatan yang ingin melabur dan membeli batu permata. Katanya, pada mulanya dia enggan mempercayai tawaran itu kerana segala urusan dan pujuk rayu wanita terbabit hanya melalui e-mel dan mereka tidak pernah berjumpa. Namun, selepas berulang kali dipujuk wanita itu melalui kiriman SMS, dia terpengaruh.

“Farah beritahu jika saya menjadi ejen mereka, segala urusan jual beli akan diuruskan syarikatnya, malah pelanggan tetap yang mahu membeli barang itu juga sudah ada.

“Saya akan dibayar komisen 40 peratus manakala 60 peratus lagi milik syarikat terbabit. Harga belian sekilogram batu permata yang boleh dijadikan barang kemas, jam dan kemasan lantai itu kira-kira AS$2,250 (RM6,750) dan harga jualan mencecah AS$7,500 (RM22,500). Ini bermakna saya memperoleh keuntungan AS$5,250 (RM15,750),” katanya yang membuat laporan polis pada 21 Disember tahun lalu di Setapak.

Selepas bersetuju menjalankan perniagaan itu, Farah memberikannya nombor telefon dan nama pembekal yang akan berurusan dengan pelanggan baru di Malaysia iaitu dua wanita yang dikenali sebagai Alisyah dan Jastinez dari Kuching, Sarawak.

“Saya membuat tempahan 50 kilogram batu permata dengan membuat pembayaran melalui akaun bank sebanyak RM3,000 sebagai wang pendahuluan. Selepas itu, saya menambah pesanan barang berkenaan melalui panggilan telefon sehingga mencecah 500 kilogram. “Setiap pertambahan itu saya membuat pembayaran sebanyak enam transaksi dengan jumlah melebihi RM155,000 manakala pembayaran tunai RM130,000 dibayar terus kepada seorang wanita dipanggil Syarifah,” katanya.
Katanya, walaupun pembayaran penuh dibuat, barang yang dijanjikan masih gagal diterima, malah dia dimaklumkan penghantaran barangan itu mengalami masalah dengan Jabatan Imigresen.

“Saya diarah menambah jumlah tempahan supaya penghantaran barang yang dibuat berjalan lancar dan melepasi had ditetapkan. Namun kali ini, mereka menjanjikan bayaran tunai untuk setiap penjualan yang dibuat kepada mereka.

“Bagi memastikan saya tidak menanggung kerugian bagi setiap kilogram barangan yang ditempah sebelum itu, saya membuat bayaran seterusnya sebanyak RM10,000 walaupun ketika itu saya tidak mempunyai wang mencukupi,” katanya.

Katanya, sebelum barang itu diserahkan kepadanya, seorang ejen lelaki bernama Jeremaiah dipercayai warga Afrika menghubunginya dan memberitahu dia perlu membuat bayaran kos penghantaran RM15,000.

“Duit saya sudah ‘kering’ jadi saya hanya mampu bayar RM5,000 secara tunai kepada lelaki terbabit sebelum melangsaikan baki RM10, 000 dua minggu kemudian. Ketika berjumpa, dia menyerahkan satu beg berisi sebuah kotak keselamatan berwarna hitam seberat 30 kilogram. Apabila dibuka, kotak itu hanya mengandungi helaian kertas berwarna kuning dan kapas.

“Saya diberitahu kertas itu boleh ditukar menjadi wang kertas berjumlah AS$3,750, 000 (RM9 juta) sekiranya dicampurkan dengan bahan kimia yang perlu dibeli dengan harga RM10,000.

“Saya menyesal dan kecewa dengan kejadian yang menimpa kami sekeluarga. Siapa sangka niat untuk membuka perniagaan sebagai sumber pendapatan keluarga membawa padah,” katanya yang menyedari tertipu dengan permainan sindiket terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


‘10 sen pun tak mahu’

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

CARI PENYELESAIAN...Jimmy (kiri) berbincang dengan peguamnya di luar mahkamah, semalam.
CARI PENYELESAIAN...Jimmy (kiri) berbincang dengan peguamnya di luar mahkamah, semalam. 
SHAH ALAM: Pengacara Jimmy Shanley, berkata isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy pernah melahirkan hasrat untuk bercerai pada pertemuan terakhir mereka di luar rumah keluarga mentuanya di Sungai Buloh, dekat sini, November tahun lalu.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak mengikut kemahuan isterinya dan sejak itu mereka terputus hubungan sehinggalah Nursuhaila hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam. “Selepas itu terus tiada hubungan. Panggilan telefon tidak berjawab. Mesej tidak berbalas. Jumpa pun tak mahu.

“(Nursuhaila) pergi umrah pun tidak meminta izin saya atau memohon maaf. Saya kata pada dia solat itu wajib, mentaati suami itu wajib. Pergi umrah itu sunat.
“Kalau dahulukan perkara sunat. Susahlah,” katanya selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini menangguhkan sebutan semula kes perintah kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya pada 25 Mei depan. Jimmy, 31, atau nama sebenarnya Jimmy Norjahan Salleh memfailkan perintah kembali taat diikuti permohonan nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di mahkamah sama, masing-masing pada 3 dan 27 Januari lalu.

Pengacara Akademi Fantasia ke-8 itu dan isterinya tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010 atau hanya 20 hari selepas mereka bernikah di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.

Nursuhaila yang juga anak jutawan produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim, kini dilaporkan hamil enam bulan dan tinggal di rumah keluarganya.

Jimmy berkata, dia sanggup mengenepikan ego dan perasaan malu dengan memfailkan permohonan itu dalam usaha menyelamatkan rumah tangganya.

Pengendali program Itu Dia di Astro Ria berkata, dia tidak mahu mengakhiri mahligai perkahwinan mereka dengan perpisahan kerana ia hanya akan memperjudikan masa depan anak yang bakal dilahirkan.
“Saya tidak mahu 10 sen pun daripada dia. Kalau boleh saya mahu kami bersama-sama menjaga anak itu. Tetapi kalau dia sudah tidak berminat, saya hendak buat macam mana,” katanya. Jimmy yang pernah mengacarakan Trek Selebriti berkata, sebagai suami, dia memahami perasaan wanita mengandung yang ada kala emosional dan sedia memaafkan kesalahan pasangannya.

“Bagaimanapun, sebagai manusia biasa, walau sekaya, secantik, sebijak mana pun isteri, suami masih di tempat pertama. Jika dia ingkar perintah suami, dia mengingkari perintah Allah,” katanya.

Menurutnya, peristiwa itu boleh dianggap sebagai dugaan hidup yang merapatkan dirinya dengan Allah dan pada masa sama boleh dijadikan pengajaran kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. “Kita percaya kepada qada dan qadar tapi kalau tuan punya badan tidak mahu berubah, saya hendak buat macam mana,” katanya. Sementara itu, Nursuhaila dilihat bergegas keluar dengan ditemani pengawal peribadi sebaik prosiding selesai. Pada prosiding semalam, Jimmy diwakili peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus manakala Nursuhaila diwakili peguam syarie, Saadiah Din.



Cintailah Allah..

Menurut Ibnu Qayyim, ada 10 perkara yang menyebabkan seseorg mencintai Allah SWT:

1. Membaca Al-Quran dan memahaminya dengan baik.
2. Mendekatkan diri kepada Allah dengan solat sunat sesudah solat wajib.
3. Selalu menyebut & berzikir dlm segala keadaan dengan hati, lisan & perbuatan.
4. Mengutamakan kehendak Allah di saat ia berlawanan dengan kehendak nafsu.
5. Menanamkan dalam hati Asma’ul Husna & sifat2nya serta memahami maknanya.
6. Memperhatikan kurnia dan kebaikan Allah kepada kita.
7. Menundukkan hati dan diri ke pangkuan Allah.
8. Menyendiri bermunajat di waktu malam ketika orang sedang nyenyak tidur.
9. Bergaul bersama orang-orang soleh, mengambil hikmah dan ilmu dari mereka.
10. Menjauhkan sebab-sebab yang dapat menjauhkan kita daripada Allah.


Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda; “Pada hari kiamat Allah berfirman: Dimanakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari yang tiada naungan selain naunganKu ini,akan Aku menaungi mereka dengan naunganKu“. HR. Muslim

“Ya Allah, kurniakanlah kepada kami cinta terhadapMu dan cinta kepada mereka yang mencintaiMu dan apa sahaja yang mendekatkan kami kepada cintaMu, dan jadikanlah cintaMu itu lebih berharga bagi kami daripada air yang sejuk bagi orang yang dahaga”


Bertanyalah pada diri kita wahai sahabat..

1. Sejauhmana kt sedar hanya cintaNya yang hakiki dan sejati dalam hidup ini?
2. Sejauhmana kt mengenal asma’Nya, sifat2Nya, kehendak & laranganNya?
3. Seringkah kt mengingatiNya, menyebut namaNya melalui zikir-zikir yang panjang?
4. Seringkah kt mendekatkan diri kepadaNya dengan solat serta ibadah2 lainnya?
5. Seringkah kt merintih, mengadu dan mengharap kepada-Nya melalui untaian doa?
6. Sudahkah kt mengikuti kehendakNya dan menjauhi larangan-laranganNya?
7. Apakah kt mencintai seseorang keranaNya atau kerana dorongan nafsu?

Ku berpesan pada diri ku sendiri & buat teman-teman..

" Ingatlah, dunia ini cumalah pentas percubaan & tempat persinggahan..Renungkan" 


Cintailah Allah dengan Sepenuh Hati

Ketika Nabi SAW memasuki Madinah, ketika semua manusia memegang kendali unta beliau, kata-kata pertama yang keluar dari mulut beliau yang mulia, adalah: “Wahai manusia, cintailah Allah dengan sepenuh hati kalian.”  Artinya jangan kita membiarkan sepetak hati kita, walau sebesar atom, kecuali di penuhi dengan cinta pada Allah SWT. Jika kita memilih atau membandingkan, maka kita akan selalu memilih dengan benar. Memilih cinta Allah adalah lebih baik, dan itulah tanda cinta.

“Wahai manusia, cintailah Allah dari setiap hati-hati kalian.” (HR. Ath-Thabrani)

Cintailah Allah sebesar nikmat yang Dia berikan pada kita
Cintailah Allah karena kesempurnaan-Nya
Cintailah Allah karena karunia-Nya pada kita
Cintailah Allah karena kelembutan-Nya pada kita
Cintailah Allah karena hidayah-Nya pada kita dan
Cintailah Allah karena ia telah mengutus seorang rasul pada kita.

Musibah terbesar bagi hati ialah ketika ia tidak mampu melakukan tugas yang menjadi tujuan dasar penciptaan hati tersebut. Ia diciptakan untuk mengenal Allah dan mencintai-Nya. Jika kita mengetahui segala sesuatu di dunia, dan kita pandai menguasai segala keteramilan duniawi, tetapi kita tidak mengenal dan mencintai Allah SWT, maka hati kita sedang sakit. Dan, pada hakekatnya, kita tidak mengetahui sesuatu, sebab puncak dan dasar pengetahuan ialah mengenal dan mencintai Rabb kita. Meskipun kita menikmati kelezatan yang ada di dunia, merasa gembira dengan semua kesenangan duniawi, dan merasa bahagia dengan shahwat duniawi, namun kita belum menikmati kelezatan mengenal dan mencintai Allah SWT maka sesungguhnya kita belum merasakan kelezatan dan kesenangan dunia yang hakiki.

Ibarat kenikmatan surga yang tidak bisa dibandingkan dengan kenikmatan melihat Allah SWT maka demikian pula kenikmatan dunia. Ia tidak bisa dibandingkan dengan kenikmatan mengenal dan mencintai Allah SWT.

Wallahu A’lam




Dan orang-orang yang beriman,lelaki dan perempuan,setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Bijaksana~(Surah Al-Taubah 9-71)


No comments:

Post a Comment