Sunday, May 29, 2011

ZINA...BUANG ANAK...HUKUM ALLAH...RASUAH...TIPU...TAMAK...JUDI...DADAH....MAKANAN TIDAK HALAL...MENCARI WANG TAK KIRA HALAL HARAM...MUDAH2 LANGGAR HUKUM ALLAH...DAN MACAM2 LAGI.......

Gejala moral kritikal

DUNGUN - Gejala keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat di Dungun agak kritikal apabila hampir 100 ditahan pihak berkuasa agama atas pelbagai kesalahan jenayah syariah sepanjang tahun ini.

Pegawai Agama daerah, Mohd Adenan Abdullah berkata, kebanyakan mereka ditahan kerana dikaitkan dengan kesalahan khalwat, persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah, berkelakuan tidak sopan di tempat awam dan mendedahkan tubuh di tempat awam.

Beliau berkata, sepanjang April sahaja, 21 ditahan Pegawai Penguat kuasa Syariah, 19 daripadanya kerana kesalahan berkhalwat sama ada di bilik hotel atau di rumah persendirian.

Menurutnya, kesemua yang ditahan meliputi pelbagai jenis pekerjaan dari pembantu kedai, pelajar hinggalah penjawat awam.

“Seorang daripadanya terdiri daripada remaja bawah umur, lima pelajar pusat pengajian tinggi manakala dua lagi penjawat awam dan sembilan lagi remaja berusia antara 18 hingga 25 tahun.

“Statistik ini menggambarkan kepada masyarakat bahawa pihak berkuasa Jabatan Agama Dungun tidak pernah berdiam diri, malah sentiasa mengambil tindakan terhadap maklumat yang diperoleh jika ada bukti kukuh yang boleh menyabitkan mereka dengan kesalahan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program penerangan undang-undang Enakmen Jenayah Syariah negeri Terengganu kepada imam dan bilal yang berlangsung di Pejabat Agama daerah Dungun.

Menurut Adenan, kajian terperinci dan langkah drastik perlu dilakukan bagi memastikan gejala ini tidak terus menular sehingga boleh meruntuhkan institusi masyarakat di sini.

“Dalam hal ini, ibu bapa harus memainkan peranan, memastikan anak mendapat pendidikan sewajarnya.

“Jangan biarkan mereka bergaul bebas tanpa batasan. Perlu selalu pantau pergerakan anak. Sebagai ibu bapa mereka juga harus menunjukkan teladan baik dengan menerapkan nilai agama,” katanya.

Pelajar beruniform kena tahan di pusat siber

Laporan dan foto RIATY ABADA
hmkk@hmetro.com.my

ASYIK... pelajar leka bermain permainan dalam talian tanpa menyedari pusat Internet berkenaan diserbu.
ASYIK... pelajar leka bermain permainan dalam talian tanpa menyedari pusat Internet berkenaan diserbu.
SANDAKAN: Seorang pelajar masih berpakaian sekolah yang asyik ‘berperang’ di permainan dalam talian, tergamam apabila perbuatannya disaksikan pegawai khas Kementerian Kerajaan Tempatan Negeri (KKTP) yang mengikuti operasi di beberapa kafe siber di Bandar Kim Fung Batu Empat, di sini, kelmarin.
Dalam operasi jam 10 pagi itu, pelajar berkenaan dipercayai gagal melarikan diri sebaik premis berkenaan diserbu.

Ketua Unit Tindakan dan Pemeriksaan Khas Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Kassim Selamat, berkata beberapa pengunjung termasuk pelajar sekolah bertempiaran lari sebaik melihat kelibat penguat kuasa MPS memasuki premis berkenaan.
“Ketika serbuan, keadaan kecoh seketika apabila sebahagian pekerja premis enggan bekerjasama sehingga mencetuskan pertengkaran.

“Operasi diadakan bersama pegawai khas KKTP bagi mengenal pasti premis yang menyalahgunakan lesen perniagaan,” katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan.

Kassim berkata, selain kafe siber itu, pihaknya melakukan serbuan ke atas sebuah lagi kafe siber yang menawarkan permainan judi haram dan refleksologi.

“Premis ini hanya memohon 10 bilik untuk tujuan membuka kafe siber, namun ketika serbuan dijalankan, lebih 10 bilik tambahan diwujudkan untuk refleksologi dan perjudian haram.

“Difahamkan, aktiviti ini dijalankan sejak sekian lama dengan berselindung di sebalik nama kafe siber,” katanya.

Cuping telinga bayi lebam

TEMERLOH – Seorang bapa mendakwa bayi lelakinya berusia 11 bulan yang dihantar ke rumah seorang pengasuh di sini didera hingga lebam pada cuping telinga dipercayai ‘dipulas’.

Bapa bayi itu, yang mahu dikenali sebagai Azhar, pemilik bengkel di sini mendakwa, walaupun dia tidak mempunyai bukti kukuh tetapi pegawai perubatan mengesahkan terdapat lebam di telinga dipercayai akibat didera.

Menurutnya, kejadian disedari Isnin lalu apabila, isterinya terlihat kesan lebam pada telinga kiri anaknya, ketika memandikannya.

“Saya mengesyaki sesuatu berlaku pada anak saya kerana dia menangis sepanjang hari, saya kemudian membawanya ke Klinik Kesihatan di Mentakab untuk pemeriksaan.

“Doktor mengesahkan ada kesan lebam pada telinga dan mengeluarkan satu laporan perubatan mengatakan kemungkinan berlaku penderaan.

“Laporan tersebut diberikan kepada saya untuk rujukan polis sekiranya saya berhasrat melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa,” katanya sewaktu ditemui di rumahnya di sebuah taman perumahan, di sini, semalam.

Azhar berkata, sebaik mengetahui kejadian, dia kemudian pergi ke rumah pengasuh terbabit untuk mendapatkan penjelasan namun tidak dilayan.

Menurutnya, tindakan pengasuh terbabit yang enggan berbincang menyebabkan dia semakin mengesyaki memang ada berlaku penderaan.

Dia berkata, sepanjang sebulan lalu menghantar anaknya ke rumah pengasuh terbabit, adik iparnya kerap menjenguk anaknya dan sering kali juga adik iparnya mendengar pengasuh terbabit memarahi anaknya.

Azhar yang mempunyai dua cahaya mata kini tidak lagi menghantar anak bongsunya ke rumah pengasuh terbabit sebaliknya meminta bantuan emak untuk menjaga anaknya.

“Ikutkan hati memang saya marah dan kecewa dengan tindakan pengasuh terbabit, saya sudah pelawa dia berbincang tetapi tidak dilayan.

“Kalau ikutkan memang saya nak buat laporan polis tetapi mengenangkan dia juga mempunyai anak kecil, saya batalkan niat saya,” katanya.

Azhar menasihati ibu bapa supaya berhati-hati dan memilih pengasuh yang lebih dikenali supaya kejadian dera yang dialami anaknya tidak berlaku pada orang lain.

Wanita jatuh dari tingkat 13

PETALING JAYA - Seorang wanita warga Vietnam ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 13 A Kondominium Tropicana Mall sebelum terhempas ke atas sebuah kereta yang menuju ke dalam parkir kompleks membeli belah di sini semalam.

Difahamkan, wanita itu ditemui dalam keadaan separuh bogel dan hanya berseluar berwarna merah.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, mangsa yang berusia 26 tahun itu terjatuh ke atas sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki sepasang suami isteri warga emas sebelum terjatuh ke atas jalan.

Kejadian itu menyebabkan mereka kebingungan kerana terkejut mendengar bunyi kuat.

Menurut wanita yang enggan dikenali itu, pada mulanya dia menyangka keretanya dilanggar dari belakang.

Bagaimanapun, mereka kehairanan apabila mendapati tiada kereta di belakang.

”Kami keluar dari kereta untuk melihat apa yang berlaku dan alangkah terkejutnya apabila mendapati seorang wanita terbaring di atas jalan.

”Dia terjatuh ke atas bonet belakang kereta sebelum terjatuh ke atas jalan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Mior Hamdan Mior Mohd berkata, ketika kejadian itu terdapat seorang lelaki yang merupakan pengurus syarikat swasta di dalam rumah tersebut.

Katanya, polis sedang menyiasat hubungan lelaki berusia lingkungan 40-an itu dengan mangsa.

Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian itu.

Menurutnya, setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

”Kita menyiasat secara terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan akan merakam percakapan keluarga, pengawal keselamatan serta jiran bagi membantu siasatan.

”Siasatan dijalankan meliputi semua aspek untuk mengetahui sama ada wujud unsur jenayah dalam kejadian ini,” katanya.Mior Hamdan berkata, wanita itu dipercayai terjatuh dari tingkap bilik dan mati di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan badan.

Katanya, mayat wanita itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Menurutnya, pihaknya sedang menanti laporan bedah siasat serta forensik.Sementara itu, difahamkan rumah itu disewa kira-kira tiga bulan lalu.

Isu Produk Makanan Halal
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) berasa amat terkejut dengan laporan tentang pendedahan Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mengenai penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Bahkan, kejutan berganda menyusur dengan dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), bahawa bahan-bahan tersebut dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai francais makanan Secret Recipe yang terkenal di Malaysia dengan langganan ramai dari masyarakat Islam.

Ini adalah lanjutan daripada beberapa kes lain seperti penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang dikeluarkan kepada Lucky Food Processing Sdn Bhd yang mengeluarkan daging, sosej dan bebola daging
kerana terdapat DNA babi dalam produk mereka serta dakwaan kepada tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi DNA babi di kedai minuman, Kluang Rail.

Rentetan insiden sebegini bukan sahaja memeranjat dan merisaukan, terutama bagi masyarakat beragama Islam, bahkan menimbulkan tanda tanya tentang proses pengeluaran sijil halal serta pemantauan yang dilaksanakan. Ini termasuklah bagaimanakah syarikat-syarikat terbabit mendapat sijil halal mereka pada mulanya dan bagaimanakah pula kekerapan dan keberkesanan sistem pemantauan pihak berkuasa terhadap pemegang-pemegang sijil halal.

Hal sebegini amatlah penting memandangkan lebih 60 peratus daripada penduduk negara adalah masyarakat beragama Islam yang pastinya berasa tertipu dengan sebarang sijil halal palsu ataupun pemegang sijil halal yang menjual produk makanan yang mempunyai najis berat seperti babi.

Jika itu berkenaan dengan masalah yang dihadapi berkenaan pihak yang mempunyai sijil, Pemuda UMNO juga gusar dengan sikap sebilangan pengusaha makanan yang tidak peka dengan sensitiviti umat Islam di mana hanya 366 daripada lebih 2,000 hotel dan resort yang terdapat di negara ini memiliki sijil halal yang diiktiraf.

Ini semua amatlah memalukan bagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang sentiasa mempelopori usaha ke arah penerokaan peluang industry pasaran makanan halal dunia, yang dianggarkan bernilai USD661 billon dan berkembang pada tahap 20 peratus setahun, tetapi menanggung masalah dalaman dari segi integriti dan pematuhan dalam isu pokok iaitu pensijilan halal.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO menggesa agar suatu tindakan yang tegas dan serius diambil di dalam perkara ini. Maka, kami menggesa agar kesemua proses permohonan sijil halal dibekukan sehingga suatu proses pengauditan yang komprehensif oleh sebuah badan audit bebas terhadap proses kelulusan permohonan persijilan halal oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) serta kesemua Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri selesai. Pada masa yang sama Pemuda UMNO juga menggesa agar Kerajaan mengkaji semula dan memantau kesemua 52 badan pensijilan halal diluar negara yang mana sekarang ini diiktiraf oleh JAKIM bagi mengeluarkan sijil halal.



Bismillahirrahmanirrahim...

(1) “ Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kpd org lain.”...Yang dimaksudkan oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat ATAU berhias cantik di dalam internet samada dalam frienster, fb atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah.Menyertai FB tidak semestinya perlu menonjolkan kecantikan wajah atau tubuh badan.Menulis dengan tulisan-tulisan yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah & mengembangkan tali persahabatan sesama manusia.     

(2) Wajah wanita adalah sebesar-besar FITNAH yang mengundang pelbagai maksiat dan dosa.Lagipun wanita adalah fitnah terbesar bagi lelaki.Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita … .”(QS. Ali Imran : 14)     
(3) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberikan peringatan dari fitnahnya sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari shahabat Abu Said Al Khudri radliyallahu ‘anhu, beliau bersabda : “Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita.”    

(4) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengisyaratkan dengan sabdanya : “Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaithan dan membelakang dalam bentuk syaithan.”     Para wanita menyerupai syaithon karena ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki seperti pernyataan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di atas. Oleh karena itu hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dengan menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan karenanya.
    
(5) Sabda RASULULLAH S.A.W.;Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita. (Muttafaq ‘alaihi) 
    
(6)Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi bersenandung:Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelitaTelah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannyaMereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdayaSedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya     

Berdasarkan dalil2 ini dan ilmu2 yang ana belajar, jika ditanya pada ana bolehkah muslimah memaparkan gambarnya pada lelaki bukan mahram umpamanya di Friendster, facebook atau sebagainya, maka jawabnya walau menutup aurat sekalipun tidak boleh dan inilah sebaik-baik jawapan. Pakai tudung atau pakai niqob juga tidak perlulah dipaparkan untuk tontonan umum. Jika benar niat kita pakai untuk Allah maka kenapa ingin pula dipaparkan pada lelaki bukan mahram? Cukuplah diletakkan gambar2 masjid atau gambar2 lain, tidak perlu paparkan kejelitaan yang kita ada ini pada bukan mahram.     

Ada yang memberi alasan bahawa dipaparkan gambar dengan niat untuk kawan2 lama kenal. Maka jawabnya tidak semestinya dengan memaparkan gambar maka kawan2 lama akan kenal, mungkin ada banyak lagi prkara lain yg boleh dibuat supaya orang kenal umpamanya melalui tulisan dan sebagainya, ini semua alasan semata-mata untuk membenarkan apa yang kita buat.   dan disini saya serta kan beberapa web video youtube untuk tatapan bersama. moga menjadi pengajaran dan pedoman untuk bersama.....

1. http://www.youtube.com/watch?v=IudSa8YILPg&feature=player_embedded  2. http://www.youtube.com/watch?v=-732Vf9L55A&feature=related  

TOLONG SEBARKAN ILMU2 ALLAH KEPADA SAUDARA2 KITA...   Wallahu’alam..  


Umat Islam diingatkan tak minum 'bir halal'
Mei 29, 11 11:16am

Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak.

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.

Katanya Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.

"Kita akan merujuk kepada Jabatan Kastam diRaja Malaysia (KDRM) untuk mendapatkan maklumat lebih jelas," kata Jamil Khir kepada pemberita selepas menutup program Juara Rakyat anjuran Umno Bahagian Padang Serai di Padang Awam Pekan Sungai Karangan, petang semalam.

Akhbar semalam melaporkan mengenai penjualan 'bir halal' di pasaran yang semakin popular di kalangan umat Islam dan dikesan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) baru-baru ini.

beer alcohol banAkhbar berbahasa Melayu yang memetik satu sumber berkata, JAIJ mengambil contoh minuman itu untuk diuji di makmal dan hasilnya mendapati bir tersebut dihasilkan dari pelbagai perisa buah-buahan mengandungi 0.5 peratus alkohol.

JAIJ kemudian memaklumkan kepada JAKIM dan KDRM supaya mengambil tindakan sewajarnya termasuk menghentikan penjualannya jika perlu.

Akhbar itu turut memetik Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsuddin sebagai berkata bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

Katanya ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semulajadi.

NONEMinuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Timur Tengah itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.

"Dalam keadaan tidak pasti, saya ingin menasihatkan umat Islam berhenti meminum minuman itu supaya tidak terperangkap dalam situasi yang mengelirukan," kata Jamil Khir.

Sebelum itu, dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa kesal kerana ada pihak-pihak yang ghairah mempermainkan institusi Mufti dan melabelkan mufti ke taraf terendah dan menyifatkan perbuatan itu sebagai biadap dan menghina agama.
- Bernama

Pengajaran kepada artis



KUALA LUMPUR: “Ini adalah pengajaran kepada artis lain kerana seburuk-buruk kejahatan dilakukan secara sembunyi, akhirnya terbongkar juga,” kata penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh mengenai pembabitan segelintir artis dengan dadah serta gejala sosial lain.
Menurut Zawawi, kes yang berlaku kepada Ameng Spring adalah contoh bahawa tiada siapa mampu menyorokkan kesalahan dilakukan, malah apabila terbongkar, ia memberi kesan kepada individu itu.

“Bagi saya, kes Ameng antara contoh terbaik bagi orang lain, terutama kalangan artis, untuk muhasabah dan memperbaiki diri sebelum terlambat.
“Ini kerana, bila tertangkap dan disabitkan hukuman, menyesal bagaimanapun tetap tidak mampu mengelak hukuman yang bakal dikenakan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Zawawi berkata, perkara ini bukan merujuk kepada artis saja, sebaliknya sebagai peringatan kepada semua lapisan masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan undang-undang serta yang dilarang dalam Islam.

Namun, katanya, impak dilakukan individu yang terkenal sebagai ‘public figure’ seperti Ameng mampu memberi kesan lebih kuat kepada orang ramai.

“Ameng sememangnya terkenal sebagai artis, oleh itu impak atas setiap perbuatan serta perkara dilakukan akan menarik perhatian ramai orang.

“Sebagai contoh, jika dia mengatakan mengambil bahan terlarang berkenaan bagi meredakan tekanan atau atas alasan lain sekalipun, kita khuatir ia turut diikuti orang lain, terutama peminat,” katanya.
Malah, Zawawi berkata, perbuatan artis tanah air sedikit sebanyak mencalar lagi imej industri hiburan negara.

“Ini yang kita tidak mahu. Bila satu demi satu artis ditahan atau dilapor melakukan kesalahan undang-undang atau terbabit dalam maksiat, orang menganggap industri hiburan teruk, sedangkan ia boleh menjadi sesuatu yang baik jika dimanfaatkan secara betul,” katanya.

Bagaimanapun, Zawawi berkata, dalam kes Ameng, hukuman berkenaan bukan jalan akhir untuk menutup peluang kepada artis berkenaan supaya lebih berjaya dalam hidup, sebaliknya mungkin sebagai pengajaran kepadanya dan rakan artis lain untuk berubah.

Katanya, ini kerana, jika Ameng tidak ditahan dan disabitkan hukuman, pasti dia (Ameng) terjebak dengan penyalahgunaan dadah yang lebih teruk.

“Kita ibaratkan hukuman ini sebagai hukuman pemulihan kerana tujuannya memang untuk menyedarkan manusia mengenai kesalahan dilakukan.

“Jadi, apabila selesai menjalani hukuman, kita berharap mereka berubah dan jadi insan lebih baik dan jika boleh, sesuai dengan statusnya sebagai artis... mungkin boleh digunakan untuk menarik orang ramai ke arah kebaikan pula selepas itu,” katanya.

Beliau berkata, hukuman itu juga bukan bermakna seseorang itu akan menempuh masa depan gelap, sebaliknya sebagai tempoh membina hidup baru.

“Ini hanya hukuman dunia dan tidak bermakna ia menutup peluang seseorang itu untuk lebih berjaya di kemudian hari.

“Rezeki terletak di tangan Allah SWT. Jadi, apabila seseorang itu insaf dan lebih mendekatkan dirinya kepada Allah, pasti rezekinya lebih melimpah ruah dan diberkati,” katanya.

Menurutnya, artis lain perlu mengambil iktibar daripada kes ini dan meninggalkan segala kegiatan buruk sebelum terlambat kerana ia akan merosakkan masa depan dan kerjaya mereka.

Ameng atau nama sebenar Wan Aminuddin Wan Ismail, 43, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka, 12 April lalu selepas mengaku bersalah atas tiga tuduhan memiliki dan memasukkan dadah dalam badan.

Mahkamah memerintahkan Ameng menjalani hukuman penjara bagi ketiga-tiga pertuduhan itu serentak bermula pada tarikh ditangkap pada 1 Februari lalu.

Rakan anggap Ameng pernah tabur jasa



KLUANG: Cubit paha kiri, yang kanan terasa juga. Begitulah luahan Blank apabila ada pihak melabelkan sahabatnya, Ameng Spring sebagai ‘tahi ganja’.
Ketika ditemui di Penjara Kluang, Blank atau Rusli Mohd Sharif berkata, soal Ameng bersalah ditentukan mahkamah, namun sebagai artis, Ameng juga pernah menabur jasa pada masyarakat hingga dikurniakan pingat Setia Mahkota Pahang (SMP) pada Mac tahun lalu.

“Kalau Ameng tiada jasa, mana mungkin dia boleh dikurniakan pingat oleh Tengku Mahkota Pahang. Sebagai sahabat, saya bersimpati apabila dia dikenakan hukuman 10 kali sebatan dan lapan tahun penjara. Saya harap Ameng benar-benar insaf sebaik dibebaskan,” katanya.
Blank yang juga vokalis kumpulan Gamma bertanggungjawab mengumpul rakan artis rock untuk melawat Ameng di Penjara Kluang pada Isnin lalu.

Bagi Blank, lawatan mengejut itu sebagai mesej supaya Ameng faham rakan artis rock tidak pernah melupakannya, sekali gus dia berharap kunjungan itu dapat menyuntik semangat pada Ameng supaya belajar menyesuaikan diri untuk menjalani kehidupan sebagai banduan.

“Ketika berbual dengannya, saya minta Ameng bersabar dengan dugaan yang diterima. Dia cuba menceriakan wajah, tapi saya tahu dia tidak selesa di tempat itu. Cuma saya minta dia jaga hemah sebagai banduan, manalah tahu hukuman lapan tahun boleh dikurangkan,” katanya.

Kunjungan Blank bersama tujuh lagi vokalis rock sebagai mewakili Malaysian Rock Kapak Fan Club (MRKFC) dan Persatuan Artis Visual Audio (PAVA).

Menurut Blank, MRKFC yang ditubuhkan tahun lalu kini mempunyai lebih 1,000 ahli dan PAVA pula dianggotai 50 kumpulan rock tanah air.
“Dua bulan lalu, kami bertemu isteri Shamrin (vokalis Fotograf) bagi mengadakan tahlil untuknya. Kami juga melawat Yazid (Search) di hospital dan ini julung kali kami ke Penjara Kluang, tetapi selagi Ameng berada di sini, kami akan menziarahinya mungkin selang tiga bulan sekali,” katanya.

Biarpun program secara ‘ad-hoc’, Blank tidak sangka sokongan diberi rakan artis rock terhadap Ameng adalah luar biasa.

“Ramai mahu menyertai rombongan ini, tetapi kami tetapkan tidak lebih 10 orang saja. Untuk mengumpul mereka tidak mudah kerana kumpulan Sejati dari Slim River (Perak), Olan dari Seremban dan Mega dari Johor Bahru. Kami cuma bertemu di Tol Ayer Hitam,” katanya.

Bersempena lawatan itu, rakan artis rock menghulurkan sumbangan peribadi melalui ‘tabung kilat’ untuk diberi kepada isteri Ameng, Sabariah Zakariah, bagi meringankan bebannya.

Untuk masa depan Ameng, selaku ahli MRKFC dan PAVA, Blank berkata, dia akan mencari jalan bersama rakan artis rock lain bagaimana caranya untuk Ameng menyumbang kembali jasa kepada masyarakat sebaik bebas dari penjara.


Guna alamat palsu



KUALA TERENGGANU: Individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan membabitkan kerugian RM200 juta, Harun Mat Saat, 45, dipercayai menggunakan alamat palsu bagi mengelak diburu pihak berkuasa ketika menjalankan kegiatan.
Malah, lelaki menggelarkan dirinya ‘Datuk’ yang juga perancang utama dalam menjalankan kegiatan berkenaan bersama empat rakan, termasuk dua yang masih menjadi buruan polis itu, dikatakan tidak pernah menetap di alamat 70, Rumah Murah Kos Rendah, Telaga Daeng Satu, Seberang Takir, di sini sebagaimana dimaklumkan BNM kepada akhbar ini sebagai alamat terakhir lelaki terbabit.

Tinjauan Metro Ahad ke kawasan berkenaan mendapati alamat terbabit tidak wujud di tiga perumahan kos rendah di situ yang dibahagikan kepada tiga kawasan iaitu Rumah Murah Kos Rendah, Rumah Murah Nelayan dan Rumah Teres Kos Rendah Telaga Daeng yang dibina secara berperingkat bermula sejak 1969.
Malah, tinjauan dibuat di kawasan Rumah Murah Kos Rendah mendapati tiada rumah bernombor 70 di kawasan itu, sebaliknya perumahan di situ menggunakan nombor tiga angka.

Penduduk, Mohamad Abdullah, 60, berkata, dia tak pernah mengenali lelaki itu atau mendengar nama syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd.

“Sejak tinggal di sini pada 1979, saya tidak pernah melihat atau mengenali lelaki ini (Harun) dan percaya dia orang luar yang menggunakan alamat berkenaan untuk mengelirukan pihak berkuasa,” katanya yang yakin lelaki terbabit menggunakan alamat palsu.

Dia berkata, sebelum ini jirannya pernah didatangi anggota polis yang bertanyakan mengenai alamat rumah terbabit tahun lalu dan percaya ia bertujuan mengesan jejak lelaki terbabit.

Pemandu bot penambang, Zakaria Ibrahim, 65, berkata, dia juga percaya lelaki terbabit menggunakan alamat palsu kerana sepanjang tinggal di kawasan itu, dia tidak pernah mengenali lelaki itu.
“Saya tinggal di sini sejak 1975 dan tidak pernah mendengar ada orang bercerita mengenai lelaki terbabit atau kegiatan penipuan membabitkan skim cepat kaya di kawasan perumahan ini,” katanya yang menetap di kawasan Rumah Murah Nelayan, terletak kira-kira 500 meter dari Rumah Murah Kos Rendah dan Rumah Teres Kos Rendah Telaga Daeng, di sini.


Gadis direman



KOTA BHARU: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menggemparkan pengurusan Kem Cancun Park, Pasir Mas, selepas melahirkan bayi perempuan di kawasan kem itu pada petang Khamis lalu, ditahan reman seminggu sehingga 2 Jun depan.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, tindakan menahan suspek berusia 18 tahun itu dilakukan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ)bagi membantu polis menjalankan siasatan berhubung kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Susulan aduan diterima, polis menahan reman suspek bermula kelmarin hingga 2 Jun. Tindakan itu susulan kejadian penemuan mayat bayi perempuan di luar pagar kem itu, petang kelmarin.
“Ketika ini suspek di bawah pengawasan polis dan ditempatkan di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Pada masa sama, kenyataan akan diambil daripada teman lelaki suspek serta ahli keluarganya,” katanya di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar bahawa tidak sampai dua minggu sejak mengikuti PLKN, seorang pelatih perempuan menggemparkan pengurusan Kem Cancun Park apabila melahirkan bayi perempuan di kawasan kem itu, petang Khamis lalu.

Difahamkan, rahsia pelajar terbabit terbongkar apabila dia dirujuk pihak pengurusan kem itu ke Hospital Pasir Mas kerana mengadu sakit perut sebelum pemeriksaan doktor mengesahkan remaja itu baru melahirkan bayi.

Berikutan maklumat itu, usaha menjejaki bayi dilakukan sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan bogel dan bertali pusat di belakang kawasan asrama pelatih perempuan kem itu.

Laporan polis dibuat kira-kira jam 4 petang, sebelum sepasukan anggota polis melakukan siasatan ke atas mayat bayi dan menghantarnya ke bilik mayat hospital sama untuk bedah siasat.
Mazlan berkata, bayi itu cukup bulan dan lengkap sifatnya ditemui jam 4.15 petang.

“Proses menuntut mayat diserahkan kepada pihak hospital mengikut prosedur ditetapkan,” katanya yang mendedahkan suspek adalah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berasal dari Tanah Merah.

Terdahulu, Mazlan merasmikan Program Larian Komuniti Polis Bersama Masyarakat. sempena Peringatan Hari Polis Ke-204, membabitkan empat kategori iaitu terbuka lelaki, terbuka wanita, lelaki veteran dan VVIP.


No comments:

Post a Comment