Wednesday, June 22, 2011

BAGAIMANA ANAK DARA YANG LAMBAT BERTEMU JODOH...IA JUGA PERLU SUAMI DAN ANAK...DAN INGINKAN SUNNAH JUGA...RASULLULLAH SAW JUGA MENGGALAKAN KAWIN DENGAN ANAK DARA....

Galak lelaki pilih ibu tunggal

Oleh Ismail Muhamad
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: “Jika sesiapa termasuk wakil rakyat nak kahwin dengan ibu tunggal, itu satu kebaikan dan digalakkan kerana dapat membela nasib mereka,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar.
Malah, katanya, Kerajaan Kelantan bersedia memberikan insentif kepada suami yang berpoligami di negeri ini, tidak kira siapa pasangan dikahwini sama ada anak dara atau ibu tunggal.
Wan Ubaidah berkata demikian mengulas cadangan pemberian insentif itu yang dikemukakan Ahmad Baihaki Atiqullah (Pas-Pasir Tumboh) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, kelmarin.

Bagaimanapun, kata Wan Ubaidah, cadangan itu akan dibincangkan terlebih dulu di peringkat Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri yang dipengerusikannya.


“Kami sambut baik dan sedia menimbangkan cadangan (pemberian insentif bagi suami berpoligami) itu di negeri ini.

Memilih Janda Atau Anak Dara

Soalan: Dr, saya seorang janda muda yang berusia 26 tahun. Baru-baru ini saya telah bercinta dengan seorang pemuda di tempat kerja saya yang berusia 25 tahun. Kami bercadang untuk berkahwin. Namun keluarganya menghalang atas alasan saya seorang janda. Mereka menggunakan alasan agama kononnya agama tidak menyukai seseorang berkahwin dengan janda. Benarkah demikian pendirian Islam terhadap golongan janda seperti saya?
Sham, Kuala Selangor


Jawapan: Saudari yang dimuliakan. Islam tidak pernah memandang hina kepada golongan janda. Bahkan RasululLah s.a.w isteri-isteri baginda hampir kesemuanya janda. Poligami yang dianjurkan oleh Islam juga antara kebaikannya membantu golongan janda yang kehilangan suami.
Namun begitu dari segi keutamaan, jika di hadapan seseorang lelaki ada pilihan antara seorang janda dan anak dara yang kedua-dua sama baik dari semua sudut, melainkan yang seorang anak dara dan seorang lagi janda, maka diutamakan anak dara.
Ini berdasarkan beberapa hadis Nabi s.a.w. yang menggalakkan berkahwin dengan anak dara. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Majah dengan sanadnya yang hasan: (maksudnya) : “Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”.
Maksud hadis di atas ialah oleh kerana anak dara belum pernah bergaul dengan lelaki, maka biasanya sifat kasar mereka itu kurang. Peluang memperolehi anak lebih luas disebabkan biasanya mereka lebih muda atau tidak terdedah kepada masalah kelahiran sebelumnya yang mungkin menghalang mereka untuk terus melahirkan anak. Juga mereka lebih redha dengan yang sedikit di sudut pemberian lelaki, atau kehebatan hubungan seks. Ini kerana mereka belum ada pengalaman untuk dibuat perbandingan. Faktor ini boleh menyebabkan rumahtangga lebih bahagia dan mesra.
Namun begitu, ada keadaan tertentu, mungkin janda lebih baik daripada anak dara. Ini seperti apabila janda tersebut lebih kuat pegangan agamanya. Ini akan menyebabkan segala ciri-ciri baik yang membawa kebahagiaan rumah tangga ada padanya. Maka janda boleh menyaingi anak dara dengan kekuatan agamanya.
Juga ada kalanya janda lebih baik berdasarkan kepada hajat lelaki yang inginkan janda untuk kebaikan tertentu. Seperti dia ingin wanita yang lebih matang, atau janda berkenaan lebih dapat menjaga anak-anaknya disebabkan faktor-faktor tertentu.
Oleh itu dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim: Kata Jabir: Ayahku mati, meninggalkan tujuh atau sembilan anak perempuan (periwayat kurang pasti). Aku mengahwini seorang wanita janda. RasululLah S.A.W telah bertanya kepadaku: “Engkau telah kahwin wahai Jabir ?” . Jawabku : Ya !. Baginda bertanya : “Anak dara atau janda?”. Jawabku : “Janda”. Sabda baginda: “Mengapa tidak anak dara, engkau bermain dengannya, dia bermain denganmu, engkau menjadikan dia ketawa dan dia menjadikanmu ketawa”. Aku kata kepada baginda: “Sesungguhnya `Abd Allah telah mati dan meninggalkan anak perempuan. Aku tidak suka aku mendatangkan kepada mereka orang yang seperti mereka, maka aku pun kahwin dengan seorang wanita yang dapat mengatur dan menguruskan mereka” Baginda bersabda : “Semoga Allah memberkatimu” atau baginda menyebut sesuatu yang baik.
Hadis ini dan sebelumnya menggambarkan tujuan galakan Nabi s.a.w untuk memilih anak dara adalah demi kemesraan dan kebahgiaan rumahtangga. Namun jika seseorang ada alasannya yang tersendiri, di mana pemilihan janda itu membawa kebaikan tertentu kepadanya, maka itu adalah haknya. Dengan itu Nabi s.a.w tidak membantah setelah Jabir r.a. memberikan alasannya. Bahkan baginda mendoakan untuk Jabir kebaikan.
Begitu juga seseorang wajar mengahwini janda untuk memberikan pertolongan kepadanya, seperti janda yang kehilangan suami sedangkan dia tanpa tempat bergantung. Ini terutama bagi janda yang berasal daripada keluarga bukan Islam atau negara yang jauh. Jika perkahwinan itu mempunyai hasrat menyelamatkan agamanya, itu adalah kebaikan. Ini kerana baginda Nabi s.a.w juga mengahwini sebahagian janda demi menolong mereka.
Apa yang penting, saudari perlu sedar bahawa Islam tidak membenci dan memandang lekeh kepada golongan janda. Cumanya, hadis-hadis itu bercakap dalam bentuk perbandingan umum. Jika saudari seorang yang beragama dan berakhlak mulia melebihi anak dara lain yang ada dalam pilihan lelaki berkenaan, atau yang dicadangkan kepadanya, maka memilih saudari adalah lebih tepat.
Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin


Bagaimana hidup dalam poligami
eena:
Bercakap tentang ilmu, berapa ramai kah lelaki (yg ingin berpoligami) tahu mengapa Tuhan benarkan poligami?  Quran memang menyebut lelaki dibenarkan kawin sampai 4 tapi mengapa?

Can someone explain to me apa maksud ayat 4:3 surah an nisak..saya cari kat internet, kebanyakannya memberi interpretasi bahawa ayat ini diturunkan selepas perang uhud, ramai wanita islam kematian suami. Maka tuhan kata, sekiranya mereka bimbang tidak dapat berlaku adil (kepada janda2 atau anak2 yatim kematian bapa, di atas harta2 mereka),maka kawin lah 1, 2, 3 atau 4. sekiranya bimbang tak dapat berlaku adil, kawinlah 1 sahaja.

kalau ingin mengikut sunnah, Rasulullah 'mengamal' monogami semasa perkahwinan baginda dengan Siti Khadijah (25 tahun?). Mungkin suami-suami boleh start berfikir untuk kawin lagi setelah berkahwin selama 25 tahun la kot....
dan dalam mengamal poligami, dari isteri-isterinya baginda, hanya seorang sahaja anak dara iaitu Siti Aishah..yang lain-lain tu semua janda.... sebaliknya, sekarang kalau cerita nak kawin lagi, mesti dengan anak dara sahaja....

Poligami adalah sesuatu yang menyakitkan.  Saya come across satu hadis yang menyatakan, Rasulullah sendiri tidak membenarkan menantu baginda, Ali untuk berpoligami kerana baginda tidak mahu anak baginda (Fatima) disakiti. 

Berdosakan wanita jika dia tidak mahu/rela dimadukan? (maksudnya adakah dikira dia menafikan/tidak menerima ajaran/suruhan tuhan?)
m.amir:
Salam.....

Penafsiran tentang tindakan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam yang melarang Saidina Ali ra. untuk berpoligami bukanlah bermakna Rasulullah tidak menggalakkan atau jauh sekali melarang poligami. Hadis tersebut mestilah dilihat secara menyeluruh dengan mengaitkan dengan hadis-hadis yang lain. Menafsirkan hanya sebahagian daripada hadis tersebut, akan menyebabkan seseorang itu terjerumus kepada kesalahan kefahaman yang serius. Memang benar Rasulullah telah melarang Saidina Ali ra. untuk ‘menduakan’ puteri Rasulullah. Berikut adalah riwayatnya : Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam amat marah ketika mendengar puteri beliau, Fatimah binti Muhammad, akan ‘dimadukan’ oleh Ali bin Abi Thalib ra. Ketika mendengar berita tersebut, Nabi terus masuk ke masjid lalu menaiki mimbar dan berseru: ‘Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al-Mughirah (kerabat Abu Jahal) meminta izin kepadaku untuk mengahwinkan puteri mereka (anak Abu Jahal) dengan Ali bin Abi Thalib. Ketahuilah, aku tidak akan mengizinkan, sekali lagi aku tidak akan mengizinkan. Sungguh tidak aku izinkan, kecuali Ali bin Abi Thalib menceraikan puteriku terlebih dahulu, Fatimah adalah sebahagian dari diriku, apa yang mengganggu dirinya mengganggu diriku, dan apa yang menyakiti hatinya menyakiti hatiku” [Jâmi' al-Ushûl, juz XII, 162, Hadits 9026].

Berdasarkan penerangan Imam Nawawi, perkara utama yang hendak disampaikan di dalam riwayat ini bukanlah berkaitan poligami. Ia berkaitan hasrat Saidina Ali ra. untuk memadukan isterinya, Fatimah binti Muhammad bersama puteri Abu Jahal. Kemarahan Rasulullah bukanlah berkaitan perbuatan poligami yang hendak dilakukan oleh Ali ra, tetapi ia berkaitan mempersatukan puteri Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan puteri musuh Allah iaitu Abu Jahal [rujuk Syarah Hadis Muslim Li Nawawi]. Di dalam sebuah hadis lain, perkara ini telah diterangkan lagi yang mana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri telah menegaskan bahawa baginda tidak mengharamkan apa yang halal dan menghalalkan yang haram. Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, ".....Dan sungguh aku tidak mengharamkan yang halal dan tidak pula menghalalkan yang haram, akan tetapi, demi Allah, jangan sekali-kali bersatu puteri Utusan Allah dengan puteri musuh Allah." [HR. Bukhari]

Oleh itu, kita perlu memahami bahawa larangan di dalam Hadis di atas adalah larangan untuk memadukan antara puteri Rasul Allah dengan puteri musuh Allah, bukannya larangan untuk berpoligami. Tambahan lagi, larangan ini bersifat khusus kepada Ahli al-Bait Rasulullah sahaja dan berlaku di dalam kes ini sahaja, berdasarkan lafaz yang jelas disebut oleh Rasulullah. Dengan kata lain, hadis ini langsung tidak ada kena mengena atau lebih tepat bukan larangan berpoligami oleh Rasulullah kepada umatnya. Ini boleh diperjelaskan lagi dengan ramai di kalangan sahabat seperti Abu Bakar dan Umar sendiri adalah mereka yang mengamalkan poligami, yang tidak pernah dicegah oleh Rasulullah.

Berkenaan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Nikahilah oleh kamu wanita-wanita (lain) yang kamu senangi dua, tiga, atau empat. Akan tetapi, jika kamu khuatir tidak akan dapat berlaku adil maka nikahilah seorang saja.” [TMQ An Nisa' (4):3), kebenaran berpoligami di dalam ayat ini bersifat mutlak. Ia bukanlah diturunkan semata-mata untuk membenarkan isteri-isteri yang kehilangan suami ketika Perang Uhud dikahwini sebagai isteri kedua, ketiga atau keempat. Ia diturunkan adalah untuk menghadkan bilangan maksimum isteri kepada empat orang. Ini adalah kerana, sebelum ayat ini diturunkan, Islam membenarkan seseorang lelaki Muslim mempunyai lebih daripada empat orang isteri sehingga tidak ada dalil yang menghadkannya. Ayat ini kemudiannya diturunkan untuk membataskan jumlah tersebut kepada empat orang.

Berkenaan meletakkan ‘berlaku adil’ sebagai pra-syarat untuk membolehkan seseorang lelaki Muslim berpoligami , hujah ini ternyata timbul dari golongan yang tidak memahami nas dengan benar. Ia juga timbul hasil dari sikap suka ‘mencari dalih’ bagi menyatakan Islam menyekat poligami. Padahal bagaimana mungkin seseorang lelaki Muslim ingin membuktikan bahawa dia mampu berlaku adil jika dia tidak diberikan peluang untuk berpoligami? Adapun firman Allah, “Kemudian jika kamu khuatir tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja” [TMQ an Nisa’(4):3], sebenarnya maksud ‘berlaku adil’ di dalam ayat ini bukan merupakan ‘pra-syarat’ untuk berpoligami, tetapi ‘berlaku adil’ itu adalah suatu perintah/hukum berasingan yang dikenakan ke atas lelaki Muslim yang mengamalkan poligami, bukannya syarat ke atas poligami itu sendiri. Dengan kata lain, mana-mana lelaki yang gagal berlaku adil (setelah berpoligami) adalah berdosa. Ini kerana dia telah tidak mematuhi perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala agar ‘bersikap adil’ di dalam perkahwinan poligaminya. Maka mereka akan dihukum sesuai dengan kesalahan yang mereka lakukan.

Tambahan lagi, jika dikaji surah al-Nisa ayat 3 di atas, ia menunjukkan bahawa terdapat petunjuk bahawa kebenaran poligami itu tidak digabungkan dengan perintah bersikap adil. Ini ditunjukkan melalui ungkapan, “Nikahilah wanita-wanita (lain) yang kalian senangi dua-dua, tiga-tiga, atau empat-empat”. Ayat ini mengandungi pengertian mengenai kebolehan berpoligami secara mutlak. Ayat ini sendiri telah pun sempurna sebagai satu ayat. Manakala kemudiannya barulah disambung, “Kemudian jika kamu khuatir…”, di mana kalimat ini merupakan kalimat yang berasingan dan tidak ada hubungan terus dengan kalimat sebelumnya iaitu ia sebagai kalam mustaknif (kalimat lanjutan). Jika ia menjadi syarat, maka ayat tersebut sudah tentu berbentuk lain, umpamanya, “Nikahilah wanita-wanita yang kalian senangi dua-dua, tiga-tiga, atau empat-empat asalkan/jika kalian dapat berlaku adil”. Tetapi ternyata, kefahaman ayat itu bukan sedemikan. [Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, Nizamul Ijtima’i Fil Islam]

Hukum poligami dan ‘bersikap adil’ datang sebagai satu ‘pakej’. Pakej ini tidak ditawarkan secara berasingan. Maksudnya jika hendak berpoligami, mestilah berlaku adil. Sekiranya hendak berpoligami tetapi tidak mahu bersikap adil, maka adalah lebih baik seseorang lelaki itu untuk tidak berpoligami. Masakan hendak berpoligami tetapi enggan bersikap adil. Inilah yang dimaksudkan dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala melarang lelaki Muslim untuk berkahwin lebih daripada seorang isteri jika mereka khuatir tidak mampu bersikap adil.

Adapun firman Allah, “Kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian” [TMQ an-Nisa’ (4):129], juga digunakan sebagai hujah untuk membuktikan bahawa tidak ada lelaki yang mampu bersikap adil. Inilah natijah dari penafsiran akal yang dipandu oleh hawa yang dibuat oleh manusia. Mereka menafsirkan makna ‘adil’ mengikut kehendak hawa mereka, bukannya merujuk kepada nas. Walhal terdapat banyak Hadis Rasulullah yang menjelaskan maksud ‘adil’ dalam ayat di atas. Maksud adil di dalam ayat di atas sebenarnya berhubung dengan keadilan pembahagian cinta dan kasih sayang. Maksudnya, seseorang lelaki itu sesungguhnya tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isterinya di dalam pembahagian cinta dan kasih sayang. Merujuk kepada ayat di atas, Ibn’ Abbas ra. menjelaskan bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah menyatakan: “Yakni di dalam masalah cinta dan persetubuhan’.

Imam Ibnu Katsir menjelaskan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri lebih cenderung terhadap (mencintai) ‘Aisyah berbanding isteri-isterinya yang lain, berdasarkan beberapa hadis riwayat Imam Ahmad dan Ahli Sunan yang lain [Tafsir Al-Quran Al-Azim, I/696]. Meskipun demikian, ia tidak mengakibatkan hak-hak isteri yang lain terabai. Keadilan yang diwajibkan kepada seseorang suami adalah bersikap seimbang di antara para isterinya sesuai dengan kemampuan yang ada pada dirinya. Ini termasuklah di dalam hal giliran bermalam, memberi makan, pakaian dan tempat tinggal dan lain-lain yang berkaitan. Jika pihak suami gagal berlaku adil di dalam hal-hal ini, maka mereka boleh dihukum.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ayat-ayat Allah); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." [TMQ Al-A’raf (7):179]

fakiri:
salam

penerangan yang jelas dari saudara m.amir..=>

Quote from: eena on 02 September, 2009, 12:30:24 PM



kalau ingin mengikut sunnah, Rasulullah 'mengamal' monogami semasa perkahwinan baginda dengan Siti Khadijah (25 tahun?). Mungkin suami-suami boleh start berfikir untuk kawin lagi setelah berkahwin selama 25 tahun la kot....
dan dalam mengamal poligami, dari isteri-isterinya baginda, hanya seorang sahaja anak dara iaitu Siti Aishah..yang lain-lain tu semua janda.... sebaliknya, sekarang kalau cerita nak kawin lagi, mesti dengan anak dara sahaja....

bukan ke segala tindakan dan perbuatan Rasulullah itu ada pengajaran dan hikmah?mengapa Rasulullah berpoligami dengan wanita bukan dara(janda dan balu)?cuba kita fikir dari sudut yang lebih positif..andai Rasulullah berpoligami dengan semua anak dara..agaknya, apakah pandangan musuh islam terhadap Rasulullah?mereka akan berkata Rasulullah kaki perempuan..sedangkan apabila Rasulullah berpoligami dengan janda pun ramai musuh Islam mempertikaikannya...cara Rasulullah berpoligami adalah untuk mendidik umatnya bahawa poligami adalah cara untuk membela nasib kaum wanita(bukan merendahkan martabat wanita ya..)..ada pun, Islam sendiri tidak menghadkan berpoligami dgn janda sahaja..

poligami itu indah jika diindahkan

poligami jadi xindah bila xdiindahkan

banyak sgt penentangan poligami sekarang..kononnya nak membela nasib wanita..di ceritakan keburukan poligami..bila berlaku poligami, heboh satu Malaysia apabila si isteri menuntut cerai-media pula mensensasikan lagi cerita ini..ditambah dengan drama2 dan filem2 yang menunjukkan keburukan poligami..jarang sekali kedengaran cerita kemanisan berpoligami..(terimakasih Kang Abik di atas novel dan filem Ayat Ayat Cinta)..=)

dah hukum kata membolehkan poligami..pasti ada hikmah yang besar disebalik kebenaran berpoligami..sama kes dengan pelaksanaan hukum hudud..jika xditerangkan secara betul, di tambah dengan kenyataan yang memandang enteng terhadap hukum Allah ini- kononnya primitif,xsesuai dengan zaman sekarang, xsesuai dengan rakyat berbilang kaum (yang sedihnya kenyataan ini diucapkan oleh umat Islam sendiri..huhu)..sedangkan AlQuran relevan sepanjang zaman hingga kiamat..

P/S:sekadar pandangan hamba yang cetek ilmu...T_T

m.amir:
Saya sokong pendapat dari fakiri......

Sebenarnya, sebilangan muslimah terasa begitu "fobia" dgn perkataan "poligami" adalah berpunca dari pemikiran barat
yg menyatakan berbagai-bagai tohmahan dan keburukan poligami (sedangkan di sisi Allah, halalkan). Kafir barat telah berusaha
memutar-belit segala fakta & peraturan hidup yg telah Allah tetapkan....agar pemikiran umat Islam menjadi keliru dan bercelaru.
Lama-kelamaan umat Islam secara tidak disedari....pemikiran umat Islam tersasar dari al-quran & hadis.

Akhirnya....kita dapat lihat.....apa yg dibenci oleh kafir barat, sama saje apa yg dibenci/dipertikaikan oleh umat Islam - kadang2 sampai tak dapat nak beza...yg mana kafir dan yang mana muslim. Sedangkan, kita sendiri telah mengetahui bahawa deenul Islam ini adalah unik maka orang-orang yg memakai "jersi" deenul Islam ini... pasti unik orangnya kannn.......
eena:
terima kasih saudara amir atas penerangan tersebut. 

poligami adalah satu yang harus,(betul?) . adakah berdosa kalau isteri tidak mahu dimadukan?  adakah dikira wanita itu telah mengharamkan apa yang dihalalkan?

mungkin benar pemikiran barat menyebabkan sebahagian dari muslimah merasa fobia dengan perkataan poligami, tetapi pemerhatian saya, kebanyakan (??) lelaki2 islam di negara kita (yang berpoligami) tidak menunjukkan contoh terbaik bagaimana poligami itu boleh jadi indah. 

sekiranya ada di sini wanita yang berpoligami (selain dari Pn Sham) dan bahagia dengan kehidupannya, saya ingin berhubung untuk belajar pengalamannya.

No comments:

Post a Comment