Sunday, June 19, 2011

BILA NYAWA TIDAK BERNILAI LAGI...SAMA LAH...BILA HUKUM ALLAH TIADA NILAI LAGI...BANYAK CAKAP DAN IDEA2,,,NAK SELESAI MASALAH SOSIAL...TAPI HABUK PUN TAK DE...HUKUM ALLAH TETAP DIPINGGIR...MACAM ALLAH BUAT UNDANG2 SATU PERKARA YANG SIA2..ATAU ALLAH DILIHAT TAK CUKUP MAHA BIJAKSANA...MEMANG KITA TAK MAU SEDAR DIRI...

Ditembak ketika buka pintu pagar



SEDIH... keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan ketika menunggu proses bedah siasat.
SEDIH... keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan ketika menunggu proses bedah siasat.
BUTTERWORTH: Seorang pemilik kilang beras ditembak dipercayai oleh pembunuh upahan ketika membuka pintu pagar rumahnya di Taman Sungai Puyu, dekat sini, pagi semalam.
Ooi Chong Tian, 58, dikatakan baru tiba di rumahnya pada jam 1 pagi selepas keluar minum dipercayai bersama rakannya dan membuka pintu pagar untuk meletakkan kenderaan.

Sebuah kereta dipercayai jenis Proton Wira dipandu seorang lelaki bersama seorang lagi penumpang lelaki dikatakan mengekori sebelum tiga das tembakan dilepaskan ke arah Ooi.
Satu tembakan mengenai kepala dan satu lagi di leher mangsa sebelum suspek melarikan diri dari tempat kejadian.

Menurut sumber, keluarga mangsa dan jirannya yang terdengar bunyi tembakan bergegas keluar dari rumah dan mendapati mangsa parah dan berlumuran darah.

Katanya, mereka mengejarkannya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di hospital jam 4 pagi tadi (semalam).

“Mangsa cedera parah, terutama apabila tembakan mengenai kepalanya, walaupun cuba diselamatkan pihak hospital,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias mengesahkan kejadian itu dan usaha mengesan suspek dijalankan.

Menurutnya, pihaknya mengenal pasti kenderaan, identiti suspek dan juga motif kejadian.

Katanya, usaha mengumpul bukti dan maklumat mengenainya dilakukan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Sesiapa yang ada maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan polis,” katanya.

Tinjauan Metro Ahad di bilik mayat HSJ mendapati sehingga jam 3 petang semalam, keluarga dan rakan mangsa masih menunggu bedah siasat selesai dijalankan sebelum menuntutnya.

Hidangan tarian seksi



KOTA BHARU: Gempar apabila sebuah kelab persendirian di sini menyajikan tarian wanita menjolok mata dalam satu majlis di kelab berkenaan, malam kelmarin.
Bagaimanapun, penganjuran majlis itu mengundang padah apabila diserbu anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).

Majlis sekitar jam 9.30 hingga 10.30 malam itu dihadiri 350 orang, kebanyakannya wanita, termasuk yang bertudung.
Dalam serbuan itu, penguat kuasa MPKB turut merampas beberapa botol arak.

Difahamkan, pengurusan kelab menghentikan majlis itu selepas menyedari kehadiran penguat kuasa MPKB.

Yang Dipertua MPKB, Nazran Muhammad ketika dihubungi mengesahkan serbuan dan kewujudan tarian seksi wanita itu.

Bagaimanapun, Nazran enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Dua belas polis ditahan kes dadah



KUALA LUMPUR: Dua belas anggota polis, termasuk seorang pegawai kanan, kini ditahan dan disiasat berhubung kes penagihan dan pengedaran dadah, di mana dua berdepan hukuman gantung sampai mati kerana ditangkap bersama sebilangan dadah.
Semua mereka, masing-masing enam dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan enam lagi dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields ditahan dalam dua serbuan berasingan.

Dalam serbuan serentak dijalankan di Balai Polis Sri Petaling dan Balai Polis Petaling, Jalan Klang Lama, jam 4 petang kelmarin, dua anggota polis didapati memiliki sebilangan dadah dipercayai jenis heroin, manakala empat lagi didapati positif dadah dalam ujian air kencing dijalankan.
Menurut sumber, serbuan dan pemeriksaan terbabit dijalankan JSJN IPKKL berdasarkan maklumat serta risikan sejak awal bulan lalu.

Helah lelaki dua isteri

Oleh JUNAIDI LADJANA
djuns@hmetro.com.my

TUARAN: Seorang lelaki yang dipercayai sudah beristeri dua tetapi masih mahu memadu kasih bersama kekasih gelapnya, dikejutkan dengan kehadiran penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dalam operasi khas di hotel bajet di Jalan Berunggis, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi, lelaki berusia 29 tahun itu yang bimbang dicekup sempat mengarahkan teman wanitanya berusia 25 tahun melarikan diri dan bersembunyi di dalam kereta sebelum biliknya diserbu.

Sebaik pintu biliknya dibuka, lelaki berkenaan berpura-pura menginap bersendirian selain mencabar penguat kuasa memeriksa biliknya untuk kepastian.
Namun, penguatkuasa yang mengetahui helah pasangan itu kemudian menuju ke kenderaan milik lelaki berkenaan sebelum menahan gadis yang bersembunyi di dalamnya.

Sedar helahnya tidak menjadi, lelaki itu yang meninjau melalui tingkap hotel dan melihat penguat kuasa menahan pasangannya turun ke parkir dan memberitahu mereka sudah berkahwin.

Selepas siasatan lanjut di pejabat JHEAINS, akhirnya pasangan terbabit mengaku tiada ikatan dan belum berkahwin.

Penolong Ketua Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Khamis Jamil berkata, mereka mengaku menginap di dalam bilik kerana kepenatan.

“Walau apa pun alasan diberi, mereka melakukan kesalahan apabila berdua-duaan di dalam bilik. Pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997,” katanya yang ditemui selepas operasi.
Operasi bersepadu itu turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Daerah Tuaran dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela).

Dalam operasi bermula jam 10 malam, JHEAINS melakukan pemeriksaan di tiga hotel dan satu rumah tumpangan, tetapi tiada tangkapan lain dilakukan.

Bibit jenayah rogol

Oleh MUHD IZAWAN BAHARIN
izawan@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Kegilaan remaja terhadap permainan berunsur seks yang mudah dimuat turun ke telefon bimbit boleh menyebabkan mereka terjerumus ke kancah jenayah serius seperti rogol.
Pakar Kriminologi dan Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE) Malaysia, Datuk Akhbar Satar berkata, permainan seperti itu hanya bertujuan merangsang nafsu tetapi kesan jangka panjangnya sungguh berbahaya.

“Ketagihan terhadap permainan seperti itu memberi kesan buruk kepada pemainnya, malah boleh menyebabkan berlaku kes rogol, cabul atau sumbang mahram kerana pemikiran dipengaruhi nafsu atau syahwat sukar dikawal,” katanya ketika mengulas laporan muka depan Harian Metro, semalam, mengenai kegilaan remaja memuat turun permainan yang diadaptasi daripada rancangan realiti seks ke telefon bimbit.
Sehubungan itu, beliau berkata, ibu bapa memainkan peranan penting, terutama memeriksa laman web dilayari anak mereka.

“Permainan sebegini mudah dimuat turun, jadi ibu bapa perlu sentiasa peka terhadap laman web yang menjadi kegemaran anak mereka.

“Selain itu, bagi mengelak anak melawat laman web lucah, mereka boleh menggunakan perisian yang boleh menyekat anak daripada menontonnya,” katanya.

Sementara itu, mengenai insiden godam yang berlaku terhadap beberapa laman web di negara ini, Akhbar berkata, tahap sistem pertahanan sesebuah laman web boleh menjadi pencetus meningkatkan keghairahan golongan penggodam untuk melakukan pencerobohan.

“Kewujudan ego di kalangan penggodam menyebabkan mereka mahu menguji tahap kepakaran, terutama apabila berdepan sistem pertahanan laman web yang tinggi.
“Kebiasaannya kaedah ‘pintu belakang’ digunakan untuk memecah masuk ke sesebuah laman web. Mereka ini pakar dalam sistem komputer, jadi apabila berdepan sistem pertahanan kukuh, mereka akan bertambah ghairah mahu menguji kehebatan masing-masing,” katanya.

Akhbar berkata, berdasarkan kajian, 24 peratus pencerobohan itu berlaku bertujuan mahu merosakkan sesebuah laman web, mencuri maklumat (19 peratus), memasukkan virus (16 peratus), kewangan (13 peratus), menyesakkan web (lapan peratus), curi identiti (lima peratus) dan lain-lain (15 peratus).

“Australia dan Korea Selatan sudah membangunkan strategi pertahanan siber mereka bagi melindungi daripada serangan penggodam, jadi saya melihat kita juga perlu ada satu rancangan jangka panjang kerana kegiatan jenayah siber boleh melumpuhkan negara,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, sebanyak 61 laman web dengan domain gov.my diserang sejak 11.30 malam Rabu lalu, menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap berbeza.

‘Doa mereka ada jodoh’

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my

KOTA BHARU: “Saya doakan (Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani bertemu jodoh). Jika mereka ada jodoh, Alhamdulillah,” kata penyanyi dan pelakon, Erra Fazira.
Erra berkata demikian sebagai mengulas pengakuan Yusry yang dilamun cinta dengan Lisa.

Baru-baru ini akhbar melaporkan, selepas berteka-teki dan sering memberi jawapan selamat hubungan mereka, akhirnya Yusry membuka mulut menyatakan hubungan mereka adalah ‘satu hubungan matang kerana ia lebih daripada seorang kawan’.
Malah, kedua-duanya mengaku kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan dalam bahasa mudah, mereka dilamun cinta.

Menurutnya, bukan haknya untuk mengulas hubungan bekas suaminya dengan Lisa, tetapi sebagai individu yang pernah rapat dengan Yusry dan Lisa, dia mendoakan yang terbaik untuk mereka.

“Semestinya bukan hak saya untuk mengulas hubungan mereka, tetapi sebagai individu yang pernah rapat, mengapa tidak jika mereka ada jodoh. Saya juga pernah bekerjasama dengan Lisa dan dia menarik dan baik.

“Saya kini bahagia dengan kehidupan saya dan diharapkan mereka juga sama,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan galeri tudung dan batik Desa Murni Batik Sdn Bhd (Desa Murni Batik) cawangan Kota Bharu, di sini, semalam.

Erra adalah duta Desa Murni Batik. Turut hadir, Pengarah Urusan Desa Murni Batik, Suhaimi Embong dan pemilik galeri tudung dan batik Desa Murni Batik cawangan Kota Bharu, Bibi Ramjani Illias Khan.
Sementara itu, Erra yang kelihatan manis bertudung mengakui mengimpikan untuk bertudung satu hari nanti.

“Mungkin ini latihan untuk saya (memakai tudung sebagai duta Desa Murni Batik). Insya-Allah, itu impian saya (memakai tudung),” katanya.

No comments:

Post a Comment