Wednesday, June 22, 2011

SYARIAT MEMBOLEHKAN KITA SUSAH2KAN...HUKUM QURAN JELAS DINAFIKAN2....BILA MUSIBAH ALLAH TURUN TERIMALAH....HASIL KEDEGILAN...SEPATUTNYA DIGUNAKAN DAN BINCANGKAN BAGAIMANA NAK DILAKSANAKAN...BUKAN MEMBERI 1000 ALASAN...KITA SAPE....ADAKAH KITA LEBIH BIJAKSANA DARI ALLAH KE...

Lima belasah penarik kereta

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Kami bukan saja kerugian hampir RM6,000, malah turut dibelasah sekumpulan lelaki tidak dikenali dipercayai rakan pemandu kereta yang hendak ditarik berikutan kegagalan pemiliknya membayar ansuran bulanan kereta selama empat bulan,” kata ejen penarik kereta, K Sathyaseelan, 22.
Menurutnya, kejadian berlaku kelmarin di Jalan 11, Selayang Baru, di sini, apabila dia bersama rakannya yang juga ejen penarik kereta, K Prabu diserang sekumpulan lelaki selepas menarik kereta terbabit.

“Kami tiba di situ kira-kira jam 4 petang dan memperkenalkan diri penarik kereta serta menunjukkan kad kuasa termasuk surat arahan penarikan yang dikeluarkan bank kepada lelaki terbabit.
“Namun, selepas menyemak kad pengenalannya, pemandu itu bukan pemilik seperti yang tertera dalam dokumen kenderaan itu dan kami meminta lelaki terbabit menyerahkan kunci sebelum menunda kereta itu,” katanya.

Bagaimanapun, tidak sampai tiga kilometer, trak penunda yang mangsa naiki ditahan lelaki terbabit yang turut membawa empat rakannya dengan sebuah kereta.

“Seorang daripada lelaki terbabit memecahkan cermin depan trak dengan besi panjang manakala empat lelaki lain membelasah kami bertubi-tubi selain merampas kunci trak.

“Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya kehilangan cincin emas bernilai lebih RM1,000 dipercayai ditarik seorang daripada lelaki terbabit ketika pergelutan itu sebelum melarikan trak bersama kenderaan yang ditarik itu,” katanya.


Cekup pelajar lari ikut teman lelaki



POKOK SENA: Hasrat seorang pelajar perempuan tingkatan empat untuk melarikan diri bersama teman lelakinya tidak kesampaian apabila pasangan terbabit ditahan dalam sebuah rumah di Taman Ambar, di sini, awal pagi kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bergegas ke rumah suspek selepas menerima aduan bapa pelajar terbabit mengenai kehilangan anak gadisnya.

Difahamkan, pelajar terbabit dipercayai sudah tiga kali melarikan diri mengikut teman lelakinya berusia 18 tahun, bagaimanapun dia pulang semula ke rumah keluarganya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.

“Kami menerima aduan bapa pelajar terbabit kira-kira tiga hari lalu berhubung kehilangan anak perempuannya berusia 16 tahun yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di Pokok Sena.

“Bapanya memberitahu anaknya itu dipercayai mengikut teman lelakinya berusia 18 tahun yang bekerja sebagai pemasang jubin sebelum serbuan dilakukan berdasarkan maklumat yang diterima ke atas rumah suspek,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, pihaknya mendapati pelajar terbabit dan teman lelakinya berada dalam rumah suspek.

“Dia (pelajar) dan suspek berkurung dalam biliknya selain dipercayai cuba melarikan diri pada keesokan harinya. Siasatan lanjut juga menemui sepucuk pistol tiruan dalam bilik suspek lalu mereka ditahan dan dibawa ke IPD Kota Setar untuk siasatan lanjut,” katanya.
Menurutnya, suspek yang tinggal bersama keluarga sering membawa pulang pelajar perempuan itu ke rumahnya berdasarkan laporan bapa mangsa.

“Suspek dan pelajar perempuan terbabit kini direman sehingga hari ini. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960 yang membawa hukuman penjara setahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

4 pembalak haram diberkas



AWAS...kakitangan Jabatan Perhutanan Selangor mengawasi pembalak haram ketika serbuan dan tangkapan dilakukan. Foto: Reuters
AWAS...kakitangan Jabatan Perhutanan Selangor mengawasi pembalak haram ketika serbuan dan tangkapan dilakukan. Foto: Reuters
KLANG: Sekurang-kurangnya empat lelaki pembalak haram yang dipercayai warga Indonesia ditahan ketika sedang melakukan kerja membawa keluar sejumlah besar pokok bakau, dekat sini, kira-kira 11 pagi semalam.
Keempat-empat pembalak warga asing itu dipercayai tidak menyedari kehadiran penguat kuasa Jabatan Hutan Selangor yang kemudiannya membawa mereka ke satu tempat untuk siasatan lanjut.

Penyeludup sembunyi di hutan nipah elak ditangkap



KANGAR: Selepas berjaya mengharungi lautan luas sejauh 45 kilometer, seorang penyeludup melarikan diri dengan bersembunyi di hutan nipah berdekatan bandar ini apabila bot gentian kaca sarat dengan muatan rokok dibawanya dikepung pihak berkuasa, malam kelmarin.
Bot yang berdaftar di Langkawi ditahan sepasukan anggota Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM), yang menaiki bot laju di Sungai Perlis berhampiran Kampung Wai membabitkan jarak lima kilometer dari bandar Kangar, kira-kira jam 7.30 malam.

Difahamkan, APMM yang terserempak dengan bot itu di perairan Kuala Perlis menghadapi kesukaran menahan penyeludup berkenaan yang mahir selok-belok laluan berliku menyusuri Sungai Perlis sebelum memintasnya di selekoh di sungai berkenaan.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Langkawi, Kapten Abdul Rahim Abdullah berkata, rokok jenama ‘John’ itu diseludup keluar dari Langkawi, sebelum dibawa ke Perlis untuk dijual di pasaran tempatan.

Beliau berkata, seorang penyeludup membawa bot itu cuba melarikan diri apabila terserempak dengan sepasukan APMM di perairan Kuala Perlis berhampiran muara Sungai Perlis.

Katanya, bot berkenaan memasuki Sungai Perlis yang berliku-liku dalam usaha meloloskan diri sebelum berjaya dipintas dan ditahan di sebuah selekoh tajam berhampiran Kampung Wai.

“Dalam keadaan cuaca yang gelap, penyeludup terjun ke tebing sungai dan melarikan diri ke hutan nipah berhampiran sebelum menghilangkan diri dengan meninggalkan muatan dibawanya,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, pihaknya menemui 700 kartun atau 140,000 batang rokok murah jenama ‘John’ bernilai RM80,000 termasuk cukai taksiran di mana rokok berkenaan digemari kumpulan nelayan dan penduduk berpendapatan rendah di Perlis dan Kedah.
“Rokok berkenaan diisikan dalam 28 bungkusan plastik berwarna hitam bagi mengelak basah atau rosak ketika diseludup keluar dari Langkawi dengan menaiki bot,” katanya.

Abdul Rahim berkata, penyeludup terbabit mahir dengan keadaan geografi Sungai Perlis dan ketika operasi mengejarnya, APMM menemui beberapa pangkalan haram wujud di sepanjang sungai yang mengalir membelah bandar Kangar.

Kecewa gagal ujian

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my

KUANTAN: Tertekan selepas gagal enam mata pelajaran dalam ujian di sekolahnya, seorang pelajar tingkatan empat patah kaki selepas terjun dari tingkat tiga sebuah sekolah menengah di sini, kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin.
Ketika kejadian, semua pelajar sedang sibuk hendak ke dewan bagi menghadiri perhimpunan pagi namun mangsa yang berusia 16 tahun tidak berbuat demikian.

Seorang rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali berkata, ketika dia bersama pelajar lain berada di dalam dewan, mereka terkejut apabila terdengar bunyi benda terjatuh sebelum disusuli suara seseorang mengerang kesakitan.

“Sebaik mendengar bunyi pelik itu, saya dan beberapa rakan bergegas keluar dewan dan mendapati seorang rakan sekelas kami mengerang kesakitan.


“Dia yang mengalami kecederaan di kaki pada mulanya mendapat rawatan awal pasukan St John Ambulans sekolah sebelum dibawa ke hospital oleh ambulans yang apabila selepas diberitahu mengenai kejadian itu,” katanya.

Jangan salah erti

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pemberian insentif kepada suami yang berpoligami tidak boleh disalah erti sebagai bentuk dorongan supaya lelaki mengamalkan budaya poligami di negara ini.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Muhamad Razak Idris, berkata golongan terbabit digesa tidak mengambil kesempatan terhadap inisiatif itu tanpa mengambil kira syarat yang digariskan dalam Islam untuk berpoligami.

“Sebaliknya, lelaki yang berpoligami perlu menjalankan tanggungjawab dengan adil dan memenuhi kriteria akhlak dalam menjaga hak semua isteri.
“Ini supaya amalan poligami yang sebenarnya suatu perkara yang diizinkan agama tidak dilihat sebagai amalan yang menzalimi wanita yang boleh memburukkan imej Islam dengan perbuatan sesetengah lelaki yang tidak ikhlas dalam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas cadangan kerajaan Kelantan untuk memberikan insentif kepada suami yang berpoligami di negeri ini, tidak kira siapa pasangan dikahwini sama ada anak dara atau ibu tunggal. Cadangan pemberian insentif itu dikemukakan Ahmad Baihaki Atiqullah (Pas-Pasir Tumboh) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Isnin lalu.

Bagaimanapun, cadangan itu akan dibincangkan terlebih dulu di peringkat Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri yang dipengerusikan Wan Ubaidah Omar yang turut disambut baik olehnya dan sedia menimbangkan cadangan itu di negeri berkenaan. Muhamad Razak berkata, daripada sudut positif, pemberian insentif itu inisiatif bagi menjaga kepentingan wanita yang menjadi isteri kedua atau seterusnya.

“Menerusi pendaftaran secara rasmi hak wanita akan dijaga kerana maklumat mereka akan diketahui. Ini penting untuk menjaga kebajikan selain memastikan hak mereka di sisi perundangan Islam terbela apabila berlaku perceraian atau kematian suami,” katanya.

Katanya, pemberian insentif itu secara tidak langsung satu usaha memastikan perbuatan ‘menyorok’ isteri kedua atau seterusnya daripada pengetahuan umum diatasi.
“Saya banyak menerima aduan berkaitan kes poligami yang dilakukan senyap-senyap mengakibatkan isteri sukar menuntut hak mereka berikutan tiada rekod.

“Sedangkan di sisi syariah, status isteri pertama atau seterusnya mempunyai hak sama rata yang dijamin agama seperti harta pusaka dan nafkah hidup,” katanya.

Beliau turut menggesa semua suami yang mengamalkan poligami mendaftarkan rekod perkahwinan mereka dan dalam masa sama dapat menikmati insentif berkenaan.

“Kepada yang berkemampuan, mereka boleh meneruskan hasrat itu, namun perlu persetujuan isteri pertama dan kebenaran mahkamah,” katanya.

POLIGAMI DALAM ISLAM DAN DIMANA KITA


Perkara ini memang sensitif untuk diperkatakan atau dibincangkan...lebih2 lagi dikalangan kaum wanita dan ibubapa yang ada anak perempuan belum kahwin...sedangkan anaknya pula bercadang atau sanggup bermadu,juga isteri yang sedang dimadukan atau akan bermadu....Bab ini memang telah banyak kali diperbincangkan dan hebohkan... juga telah lama diajukan oleh kawan lelaki2 penulis,agar penulis tulis didalam blog ini(mungkin mereka bercadang hendak pasang lebih kod)

...ini kesempatan ada....dan penulis cuba kupas mengikut ilmu yang sedikit yang ada pada penulis yang dikurniakan oleh Allah swt...memang penulis ada mengajar bab munakahat termasuklah bab poligami ini.....ayat Quran yang menyatakan keharusan@boleh berpoligami ialah pada surah an nissa ayat 3....'maka berkahwinlah kamu dengan perempuan yang baik untuk kamu dua atau tiga atau empat.......'maksud alQuran... manakala hadis saw...'pegang empat sahaja lepas yang baki'...maksud alHadis....

Jika diselidik dengan mendalam nescaya kita dapati syariat nabi Muhammad saw sesuai dengan kejadian manusia....dalam syariat nabi Musa as...seorang lelaki boleh menghimpun berapa banyak isteri tanpa had(memandang muslihat lelaki sahaja).....syariat nabi Isa as pula seorang lelaki tiada harus berkahwin melainkan seorang perempuan sahaja (memandang muslihat perempuan sahaja).Manakala syariat nabi kita dalam keadaan pertengahan antara dua syariat yang terdahulu itu....dalam hadis nabi saw telah bersabda...'sebaik2 pekerjaan itu ialah yang pertengahan'...maksud alhadis...

Maka syariat nabi Muhammad saw sesuai dengan kejadian manusia,lebih2 lagi buat masa ini dan nabi yang terakhir...kerana:
1.Boleh dikatakan tiap2 negeri didalam dunia bilangan perempuan ramai dari lelaki.

2.Bilangan lelaki kurang ramai,namun demikian setengah2 mereka banyak pula yang gugur dalam menentang musuh negara atau terkorban di medan peperangan kerana mempertahankan tanahair.dengan demikian jumlah bilangan semakin kurang....itu kita tolak yang dipenjara,di pusat2 pemulihan dadah...tiada pekerjaan dsbnya....ini menyebabkan ia bertambah kurang jumlahnya....

Ini jelas nampak daripada rashia yang tersembunyi dicelah firman Allah swt dalam surah an nissa ayat 1....iaitu 'wa nissa@wa nissa ah' yang jatuh kemudian daripada perkataan 'kathira@kasiro dalam ayat 1 surah an nissa..(sila rujuk quran untuk mendapat sebutan bunyi yang betul-juga sebagai pengesahan)...maksudnya...'wahai manusia hendaklah kamu takutkan Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu daripada yang satu(Adam)dan ia telah menjadikan daripada diri yang satu iaitu isterinya(Hawa) dan Ia(Allah) membiakan daripada keduanya lelaki yang banyak(ramai) dan perempuan2.'

Disitu Allah menyebut perempuan2 sahaja tidak disebut 'banyak@ramai',dipandang dari segi kenyataan kita dapati ramai daripada kelamin2 mempunyai anak lebih bilangan anak perempuan daripada anak lelaki..daripada nyatalah seolah2 perkataan 'nissa@nissa ah' itu bersifat dengan 'aqsar'(lebih banyak)....
..
3.Jika padukan satu sama satu sahaja jadilah yang lebih itu tidak ada tempat untuk hidup yang boleh mendapat nikmat bersama..

4.Biasalah tabi'e orang lelaki sahywatnya lebih dan sentiasa berkehendak kepada kepuasan nafsunya sepanjang masa.,manakala perempuan banyak rintangannya seperti,berhaid,mengandung,beranak dan nifas.Jika bilangan isteri itu lebih nescaya apa yang kurang daripada satu dapat disempurnakan dengan yang lain.

5.Terkadang setengah perempuan itu berkehendak kepada perlindungan untuk keselamatan atau untuk sara hidup,jika tidak ada poligami nercaya putus harapan perempuan2 yang bujang itu mendapat pembelaan.

6.Tidak sukakan poligami itu ialah kerana cemburu dan irihati tidak mahu suami bersuka2 dengan perempuan lain.Itu memang tabi'e semula jadi tidak dinafikan,tetapi perasaan itu boleh diketepikan atau dikurangkan,kerana jika dikutkan sangat membawa kepada akibat yang buruk kepada kedua2 pihak lelaki dan perempuan bujang yang lain,kerana mungkin kedua2 secara bersembunyi2 melakukan perkara yang tiada diredai Allah swt dan manusia.Sekiranya pihak isteri sanggup berkorban sedikit tentu saudara sejenis dengannya sama2 mendapat pembelaan.Jadi terjerumusnya saudata perempuan yang sejenis dengannya itu kedalam lembah kehinaan berpunca dari mereka yang sejenis dengannya juga kerana tidak hendak bertolak ansur barang sedikit pun..

7.Poligami itu diharuskan kerana dharurat untuk mengelakkan daripada kejahatan dan menarik kebaikan,itu pun disyaratkan mahu berlaku adil.Jika sekiranya tiada sanggup melakukan adil kekalkan dengan satu sahaja...Firman Allah swt...bermaksud..

'maka jika kamu takut tidak melakukan keadilan(terhadap isteri kamu)berkahwinlah satu sahaja atau cukuplah dengan hamba sahaya kamu sahaja'....surah an nissa ayat 3...

8.Dapat mengurangkan zuriat luar nikah dan berpeluang mendapat anak jika isteri tua mandul.....

jika dilihat sebab yang beri diatas ia begitu rasional@aidil dan lojik....bukan sifat Allah swt yang mempunyai seberang kelemahan sedangkan IA bersifat kesempurnaan...Mustahil Allah swt membuat sebarang kesilapan memberi atau menetapkan hukum...dan hukumNya sesuai memang dalam pelbagai zaman serta suasana serta adat resam.kerana IA lah yang mencipta manusia dan segalanya.Mustahil Allah swt ada sifat terlepas pandang.Sepandai2 kita tidak tahu bila kita akan mati atau masuk syurga atau neraka...oleh itu jangan berlagak dan takabur...orang berlagak dan takabur ini...tempatnya adalah neraka Jahanam.....Oleh itu jangan cuba2 mencabar Allah swt...(Takabur ini selendang@pakaian Allah...maksud alhadis)
Kita kena sedar bahawa kemampuan ilmu dan daya pemikiran kita terbatas...kita hanya mampu sekadar apa yang telah dikurniankan Allah swt sahaja.Lebih2 lagi kalau kita bercakap atau berfikir, sedangkan ilmu yang cakap@fikir itu, kita tidak arif@mahir...ditambah tidak menuntut ilmu agama,ditambah kita pula bergelumang dengan dosa,dengan kata lain ,kita sendiri banyak meninggalkan suruhan wajib malahan banyak membuat perkara apa yang dilarang Allah swt.

Takut kita jadi bahan@alat tunggangan syaitan...kita sesat dan menyesatkan orang lain...Menolak hukum2 dari quran,menolak walaupun satu huruf dari quran pun atau mempertikaikan hukum Allah cukup untuk kita keluar dari Islam@batal Islam kita...cakap kasar@kesatnya jadi kafir@murtad....kenapa kita sibuk hendak tahu perkara membatal puasa atau solat...kenapa kita mahu tahu,batalnya Islam...ambil diploma,ijazah pertama,kedua dan Phd ada masa menuntut ilmu fardu ain tidak masa...besok engkau orang jawablah dihadapan Allah swt.....

Dibunuh rebut perempuan



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar mati dibunuh sekumpulan lelaki dipercayai berpunca berebut teman wanita, di Bukit Maluri, Kepong, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, lelaki terbabit baru pulang bekerja sebelum dia diserang sekumpulan enam lelaki.

Kejadian itu disedari jiran berhampiran selepas terdengar jeritan mangsa di tengah jalan deretan rumah kedai berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata selepas menerima maklumat kejadian itu, sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa diserang kumpulan bersenjatakan objek tumpul sebelum mereka melarikan diri sebaik menyedari kehadiran orang ramai,” katanya.

Khalwat sebelum cerai

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Seorang duda dan ibu tiga anak masing-masing dihukum denda maksimum RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, selepas mengaku berkhalwat di rumah kedai, lapan hari sebelum wanita itu diceraikan suaminya, Februari lalu.
Hakim Syarie Drs Atras Mohamad Zin menjatuhkan hukuman itu terhadap jurutera, Saharudin Mohd Yusof, 37, dan pegawai bank, Azilawati Jusoh, 37. Penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak di tingkat dua rumah kedai di No 61/2B, Jalan Pahat K15/K, Dataran Otomobil, Seksyen 15, di sini, jam 3.35 pagi, 2 Februari lalu. Saharudin didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Azilawati didakwa di bawah Seksyen 29(1)(b) enakmen sama.
Terdahulu, Saharudin dan Azilawati memohon mahkamah mengurangkan jumlah denda dan tidak mengenakan hukuman penjara.

Bagaimanapun, Pendakwa Syarie, Khafizah Ahmad Khairi membantah permohonan itu atas alasan Saharudin dan Azilawati berpendapatan kira-kira RM5,000 dan RM4,000 sebulan. Berdasarkan fakta kes, sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang datang ke tempat kejadian melakukan pemeriksaan mendapati pintu dan pagar tertutup serta berkunci.

“Pihak berkuasa kemudian mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali dan menunggu 15 minit di luar namun pintu masih juga tidak dibuka.

“Selepas itu, amaran dengan kiraan 10 kali dilakukan dan lima minit kemudian, barulah seorang lelaki (Saharudin) yang memakai kemeja T berwarna merah dan berseluar jean panjang membuka pintu,” katanya.

Menurut Khafizah, pemeriksaan menemui seorang wanita yang memakai kemeja T serta berseluar jean di dalam bilik di rumah berkenaan.
Ketika ditahan, suasana di rumah itu suram dan hanya diterangi cahaya lampu dari luar.

Azilawati diceraikan suaminya, Norashid Jeran, 39, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, dekat sini pada 10 Februari lalu, selepas bersetuju dengan syarat untuk menyerahkan hak penjagaan anak perempuan bongsu, Dhia Delisha Hannan, 1, kepada suaminya. Difahamkan, hubungan pasangan itu retak gara-gara laman sosial popular, Facebook.

Selepas prosiding semalam, Saharudin menyerang dan mengasari seorang jurugambar sehingga memaksanya membongkokkan badannya sambil memeluk kamera bagi mengelakkannya daripada dirampas atau dirosakkan. Bagaimanapun, tindakan pantas rakan jurugambar media lain berjaya mengelak kejadian lebih buruk.

No comments:

Post a Comment