Tuesday, December 13, 2011

MURTAD HANYA BOLEH DIBENDUNG DENGAN HUKUM ALLAH...MANA PEMIMPIN2 YANG MELAUNG2 MEMBELA AGAMA..JANGAN CAKAP..HABUK PUN TAK DE...API NERAKA ADALAH UNTUK PEMIMPIN2 DAN KUNCU2NYA YANG BERPURA2@MUNAFIK

BAHASA



Berikut saya buktikan melalui statistik Bank Dunia..bahawa 5 daripada 5 negara terkaya di dunia..TIDAK menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam urusan pendidikan, perniagaan dan perdagangan...

1. Monaco
KDNK per kapita : US$ 172,676
Luas : 1.98 km persegi
Bahasa Rasmi : Bahasa Perancis digunakan secara rasmi dalam semua urusan pendidikan dan perniagaan
2. Liechtenstein
KDNK per kapita : US$ 134,915
Luas : 161 km persegi
Bahasa Rasmi : Bahasa Jerman digunakan secara rasmi dalam semua urusan pendidikan dan perniagaan
3. Luxembourg
KDNK per kapita : US$ 108,921
Luas : 2,586 km persegi
Bahasa Rasmi : Bahasa Luxembourg, Jerman dan Perancis digunakan secara rasmi dalam semua urusan pendidikan dan perniagaan
4. Norway
KDNK per kapita : US$ 84,840
Luas : 385,252 km persegi
Bahasa Rasmi : Bahasa Norway digunakan secara rasmi dalam semua urusan pendidikan dan perniagaan (kerajaan Norway wajibkan rakyat asing belajar bahasa Norway)
5. Switzerland
KDNK per kapita : US$ 66,934
Luas : 41,285 km persegi
Bahasa Rasmi : Bahasa Perancis, Jerman, Italy, Roman digunakan secara rasmi dalam semua urusan pendidikan dan perniagaan

Ribuan kenderaan terperangkap



RIBUAN kenderaan terperangkap dalam kesesakan teruk setelah Jalan Tun Razak berhadapan Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur ditenggelami banjir lilat.



KUALA LUMPUR - Ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan teruk manakala berpuluh yang lain 'tersangkut' dalam kejadian banjir kilat yang berlaku di Jalan Tun Razak berhampiran Perpustakaan Negara di sini semalam.
Kejadian yang berlaku pada pukul 4.40 petang itu telah menyebabkan aliran trafik terhenti sepenuhnya di Bulatan Pahang menuju ke semua arah.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, julat hujan kira-kira 5 milimiter yang berlaku petang semalam menjadi punca utama berlakunya banjir kilat itu.
Katanya, kuantiti air hujan yang banyak menyebabkan sistem saliran air di kawasan berkenaan tidak mampu menampung jumlah air tersebut sehingga ia melimpah dan berlaku banjir kilat.
"Berikutan banjir kilat itu, orang ramai dari kedua-dua arah yang tersangkut akibat banjir itu diberi laluan alternatif iaitu Jalan Ipoh bagi mengurangkan kesesakan di Jalan Tun Razak.
"Polis trafik dan petugas DBKL turut bekerjasama bagi mengawal lalu lintas yang sesak akibat banjir berkenaan," katanya.


Penduduk terkejut

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

SESAK...banjir kilat menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Tun Razak, semalam.
SESAK...banjir kilat menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Tun Razak, semalam.
KUALA LUMPUR: Hujan lebat selama dua jam menyebabkan beberapa kawasan rendah di sekitar ibu kota dinaiki air sedalam 0.5 hingga tiga meter.
Antara kawasan terjejas Jalan Tun Razak, Kampung Baru dan Jalan Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas teruk hingga jam 8 malam.

Di Jalan Haji Sirat, Kampung Baru, 30 rumah dinaiki air menyebabkan penduduknya kelam-kabut mengalihkan barangan berharga ke tempat selamat.
Mangsa, Khalili Yunus, 46, yang berniaga sendiri berkata, dia terkejut apabila melihat rumah diduduki sejak 15 tahun lalu dinaiki air buat pertama kali dalam masa tidak sampai dua jam.

“Ketika tiba di rumah jam 5 petang, saya lihat rumah mula dinaiki air separas satu meter.

“Tujuh anak saya yang berada dalam rumah hanya mampu menangis melihat paras air semakin naik. Saya segera mengarahkan mereka ke tempat lebih selamat sebelum mengangkat barangan berharga ke tempat lebih tinggi,” katanya.

Menurutnya, akibat banjir itu, dia mengalami kerugian apabila beberapa perabot termasuk televisyen rosak.

Jurugambar NSTP, Yusni Ariffin, 36, yang turut menjadi mangsa banjir berkata, rumahnya dinaiki air sedalam 0.5 meter.
Katanya, punca air naik dengan cepat disebabkan longkang tersumbat menyebabkan aliran air tersekat dan melimpah ke rumah penduduk.

“Saya mahu pihak berkenaan membuat pemantauan ke atas sistem perparitan di kawasan ini kerana ia mengancam nyawa dan harta benda penduduk,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, dalam kejadian banjir di Jalan Semarak, pihaknya memindahkan 23 kanak-kanak berusia tiga bulan hingga sembilan tahun serta tiga guru sebuah taska di kawasan itu yang dinaiki air.

Katanya, pihaknya terpaksa menggunakan bot bagi menyelamatkan semua mangsa kerana keadaan air dari Sungai Bonus melimpahi tebing hingga mencecah 1.5 meter.

“Selepas selesai memindahkan semua mereka ke surau berdekatan di kawasan yang lebih tinggi, kami kemudian memindahkan 20 orang pelajar Multimedia College Sdn Bhd yang berada di bangunan bersebelahan taska itu,” katanya


Jabatan Agama Islam Johor terima 41 aduan mohon murtad

NUSAJAYA 13 Dis. - Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak menafikan wujudnya gerakan memurtadkan masyarakat Islam di negeri ini berdasarkan aduan yang diterima pihaknya.
Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, bagaimanapun gerakan tersebut sukar dikesan kerana membabitkan kumpulan kecil.
"Surat layang yang diterima mengatakan gerakan berkenaan dijalankan di hotel-hotel tertentu, namun apabila disiasat hotel yang dikatakan tidak wujud sama sekali.
"Justeru, sukar untuk kita mengambil tindakan kerana tidak mempunyai bukti kukuh. Namun sekiranya terdapat bukti kukuh, kita akan siasat supaya memberi keadilan kepada semua," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Dr. Mohamad Taslim (Pas-Maharani) mengenai sama ada wujudnya gerakan memurtadkan umat Islam di negeri ini pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Beliau berkata, sebanyak 41 aduan berkaitan permohonan murtad di seluruh negeri ini diterima hingga kini sejak 1998 dan daripada jumlah itu, 10 kes dibawa ke Mahkamah Syariah manakala 31 kes lagi diberikan bimbingan dan kaunseling.
Menurutnya, empat daripada 10 kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah ditolak dan enam lagi masih dalam perbicaraan.
"Bagi 31 aduan diterima, 21 kes adalah di Johor Bahru; empat kes masing-masing di Muar dan Batu Pahat serta dua kes di Segamat.
"Antara sebab mereka membuat permohonan untuk murtad termasuk kegagalan dalam percintaan atau perkahwinan iaitu ingin kembali kepada agama asal selain alasan dipelihara keluarga bukan beragama Islam sejak kecil," katanya.


Camry jadi sasaran lelaki cemburu



ALEX menunjukkan cermin belakang kereta Toyota Camry yang diletakkan di depan rumahnya di Taman Berjaya, Kulim dipecahkan kelmarin.



KULIM - Seorang lelaki sanggup menunggang motosikal sejauh 30 kilometer mencari bekas teman wanitanya yang dikatakan bertemu dengan kekasih baharunya sebelum bertindak memecahkan cermin kereta milik wanita itu di Taman Berjaya di sini malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Ghuzlan Salleh berkata, dalam kejadian pada pukul 11 malam, lelaki berusia 20-an dari Kepala Batas, Seberang Perai Utara itu bertindak memecahkan cermin belakang, tingkap pintu belakang dan pintu hadapan kanan kereta tersebut.
Menurut beliau, suspek yang dalam keadaan marah turut merosakkan bahagian badan dan bonet hadapan kereta Toyota Camry milik bekas teman wanitanya itu yang diletakkan di tepi jalan pintu pagar di rumah kekasih baharunya.
"Polis telah mengenal pasti lelaki tersebut dan akan bertindak menahannya dengan segera," kata Ghuzlan kepada pemberita ketika melawat lokasi kejadian di sini semalam.
Sementara itu, pemilik rumah yang juga bapa kepada teman lelaki baharu wanita itu, Alex Lim Ah Lek, 52, berkata, ketika kejadian dia dan isterinya yang tinggal di rumah tersebut sudah tidur sebelum terdengar bunyi kuat kesan ketukan benda keras di depan rumah.
"Apabila saya melihat melalui tingkap rumah, saya dapati ada seseorang yang sedang melakukan sesuatu perkara yang tidak baik pada kereta di tepi jalan hadapan rumah saya itu lalu saya menelefon Pertubuhan Prihatin Kepartian Masyarakat (PPKM) Kulim untuk mendapatkan bantuan daripada mereka," ceritanya lagi.

No comments:

Post a Comment